Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

0022

Namjoon pov:

"Hyung, hari ni birthday Kookie kan?"

Aku memandang wajah Jin hyung yang sedang fokus pada pembuatan rotinya. Dia terhenti seketika, memandang aku sebelum mulutnya tergangga.

"Eh ye la? Hyung terlupa!!"

Aku menggeleng, nasib baik reminder dekat phone aku berbunyi. Kalau tau, aku pun lupa sebenarnya. Yalah, dengan macam-macam benda yang jadi, aku cuma fikirkan keselamatan ahli keluarga aku.

"Ottoke hyung? Takkan kita tak celebrate?"

Jin hyung menjeling jam di dinding.

"Baru pukul 2 petang ni. Sempat kalau hyung nak buat cake. Joon contact bebudak ni cakap balik nanti kita celebrate."

Aku mengganguk. Nombor telefon Hoseok didail sementara mata aku memandang kelibat Jin hyung yang kelam-kabut ke dapur.

"Yeobseyo?"

"Nae, Joon. Kenapa?"

"Kau kat mana ni Seok?"

"Kat rumah je. Tengah teman Chim tengok tv."

"Kookie mana? Tae? Noona?"

Hoseok diam sejenak sebelum menjawab.

"Kookie keluar dengan Tae sekali dengan Haneul pergi taman. Noona teman Yoongi hyung. Tadi dia ada balik kejap, bawa cake katanya nak bagi Kookie makan. Harini kan birthday dia. Tapi tak tau kenapa sekejap je dia naik tadi pastu dia dah keluar balik cakap nak pergi jaga Yoongi hyung."

"Lah noona dah beli cake ke? Jin hyung tengah buat tu untuk Kookie. Kalau noona dah beli tak pelah aku dengan Jin hyung balik je nanti kita celebrate."

"Eh, buat jelah Joon. Banyak-banyak best sikit makan."

"Ei kau ni, makan je tau. Nanti tolong inform noona tau Seok."

"Hehe siapa je tak suka makan kan? Okay nanti aku call noona dengan Tae sekali takut dia balik awal pula tak sempat kita nak hias. Kau balik pukul berapa ni?"

"Dalam 630 macam tulah okay. Nanti aku minta Jin hyung tutup cafe awal sikit."

"Arasseo."

Talian dimatikan. Aku melangkah ke dapur untuk tolong Jin hyung.

***

Hoseok pov:

"Siapa call hyung?"

Jimin memandang aku dengan pandangan curious dia tu. Rancangan Detective Conan yang masih bersiaran di tv dah tak menarik minat aku. Sekarang ni aku tengah fikir mana nak cari balloon.

"Joon hyung. Chim tau kan hari ni birthday Kookie?"

Jimin melopong.

"Chim tau tapi Chim lupa..."

Nak tergelak aku tengok muka budak ni.

"Takpa Chim jangan risau bukan Chim sorang je lupa hyung rasa. Entah-entah Kookie tu sendiri lupa hari ni birthday dia."

Tersengih-sengih Jimin dengar lawak aku.

"Habis tu apa plan kita hyung?"

"Jom, kita pergi jaga barang nak hias sikit bilik."

Baru je aku bangun dari duduk, Jimin menarik hujung baju aku. Mata sepetnya memandang tepat ke arah aku. Tapi dia senyap je.

"Wae Chim?"

"Kita kena ke hias.. Kookie hyung boleh nampak ke?"

Aku kaku mendengarkan kata-kata Jimin.

***

Yun pov:

Wajah comel Yoongi aku usap perlahan. Air mata yang masih mengalir lesu aku lap kasar. Tangannya yang terasa sejuk seperti ais aku genggam erat.

Sedihnya hati ni Tuhan je tahu bila dengar Jungkook cakap macam tu. Ye, aku mengaku aku bukan noona yang baik untuk dorang. Tapi bila dengar ayat-ayat yang keluar dari mulut Jungkook tu buatkan perasaan aku macam dicarik-carik jadi cebisan kecil.

"Oppa... Yun rasa Yun dah tak boleh nak jadi kuat. Keluarga kita kucar-kacir disebabkan Yun. Oppa terlantar macam ni pun sebab Yun.."

Aku memandang sayu wajah Yoongi yang pucat. Matanya tertutup rapat. Dia baru lepas makan nasi, lepas tu makan ubat. Sebab tu dia tidur lena, mengantuk ubat tu.

"Yun sayangkan oppa sangat-sangat. Tapi Yun tak tahu macam mana lagi Yun nak buat. Kookie dah bencikan Yun.. Adik-adik yang lain pun sama, oppa. Oppa pun mesti benci Yun kan sebab Yun lah oppa jadi macam ni.."

Aku membiarkan air mata yang mengalir deras. Suara yang sudah bertukar serak aku hiraukan. Sesungguhnya hati aku rasa berat sangat sekarang ni.

"Oppa.. Yun nak pergi sekejap. Kalau Yun tak balik, oppa jaga adik-adik dengan anak kesayangan kita tu tau. Yun percayakan oppa.."

Aku menunduk sedikit sebelum mencium dahinya dan juga pipinya. Lama, aku menatap wajah namja yang sangat aku sayangi ni sebelum aku melangkah keluar dari hospital.

Tanpa hala tuju.

***

Jin pov:

"Kau ni Joon, hancur cake ni jadinya."

Aku bercekak pinggang sambil memandang tajam Namjoon yang dah menggaru kepala sambil tersengih-sengih.

"Mianhe hyung... Hehehe ala boleh fix la tulisan ni nanti Joon buat."

Baru je Namjoon nak amik piping tu, aku terus tepis tangan dia.

"Tak payah. Biar hyung buat."

Permukaan cake yang dah tercemar dek Namjoon aku pandang sayu. Mana taknya, dia picit piping icing tu sampai terkeluar semua isi. Dah tak jadi tulisan dah dibuatnya.

Elok-elok aku suruh dia tulis happy birthday our Kookie, dah jadi happy bi-pastu bersepah icing sebab dia picit kuat sangat.

"Ala hyung nanti cake ni masuk perut juga. Apa lah gunanya cantik dimata tapi nanti jadi poo poo."

Aku menjeling tajam wajah Namjoon sebelum dia berlari ke arah pintu.

"Joon tunggu dalam kereta. Babai hyung! Jangan marah-marah nanti makin tua."

Aku hanya mampu mengeluh dengan perangai adik aku ni. Cake yang dah tak rupa cake tu aku cuba selamatkan.

***

Jimin menyambut aku dan Namjoon di hadapan pintu rumah dengan wajah yang mengantuk. Sebaik sahaja dia nampak kotak cake yang dibawa Namjoon, terus tersenyum dia.

"Hyung! Cake untuk Kookie hyung eh?"

Aku mengganguk seraya mendukung Jimin.

"Nape Chim je sambut kitorang ni? Yang lain mana?"

"Aik sejak bila hyung balik nak kena bersambut ni?"

Eh muncul pula si kuda ni dengan rambut basah dia. Baru mandi kot. Baru je aku nak mulakan perang mulut, Jimin dah menyampuk.

"Kita nak celebrate birthday Kookie hyung tanpa Yoongi hyung ke?"

Keadaan jeda seketika.

"Em... Tapi Yoongi hyung tak boleh makan cake lagi, Chim."

Jimin mencebik mendengarkan jawapan Namjoon.

"Kalau macam tu lepas kita makan cake kita pergi melawat Yoongi hyung, okay? Chim rindu dia."

Aku tersenyum seraya mencium pipi gebunya.

"Arasseo, sekarang kita siapkan makanan dulu sementara tunggu Tae, Kookie dengan noona."

***

Taehyung melangkah masuk ke rumah dengan sebelah tangannya memapah Jungkook. Haneul pula berada dalam dukungan Jungkook, tidur dengan penuh selesanya.

"Hyung, lepasni Kookie nak try belajar jalan tanya hyung pegang. Kalau tak sampai bila-bila pun Kookie kena bergantung kat hyung kan."

"Ish Kookie ni. Tak apalah. Selagi hyung ada, selagi tu hyung akan jaga Kookie."

Taehyung mencebik sambil memandang wajah tampan Jungkook. Pipinya semakin cengkung. Bibirnya pucat. Taehyung hanya mampu mengeluh lemah.

Dia melangkah memasuki rumah. Tiba-tiba, riuh rendah rumah tu dibuatnya dengan bunyi tiupan wisel.

Aku dan adik-adik aku yang lain muncul sambil menyanyikan lagu selamat hari lahir sambil meniup wisel. Namjoon dan Jimin dah peluk Jungkook. Hoseok memegang cake sambil aku cuba menghalang angin daripada mematikan lilin.

Jungkook tersenyum. Ketawa kecilnya memenuhi ruang.

"Gomawo hyung...."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com