Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

0026

Jungkook menghiraukan kata-kata Yun. Dia meneruskan langkah, cuba mencari arah keluar dari rumah.

"Kau dah rosakkan hidup aku. Kau bukan noona aku! Ni bukan rumah kau!"

Jungkook mengulangi ayat yang sama berulang kali. Air mata Yun mengalir deras. Jimin berlari mendapatkan Yun. Kaki Jungkook dipeluk erat.

"Hyung... Jangan tarik noona... Kesian noona sakit. Chim minta maaf, Chim janji tak buat dah. Chim tak lawan cakap hyung... Tolong hyung, lepaskan noona..."

Air mata Jimin turut mengalir laju. Namun, tiada apa yang dapat menghentikan langkah Jungkook. Dia seperti dirasuk dengan amarah.

Cahaya lampu kereta menerangi ruang hadapan rumah tersebut. Kelihatan Jin berlari sepantas yang mungkin ke arah Yun, Jungkook dan Jimin. Raut wajahnya mempamerkan kerisauan. Taehyung turut berlari mengikuti langkah Jin. Namjoon berjalan perlahan sambil memapah Yoongi yang masih pucat wajahnya.

"Jeon Jungkook!!!! Kau buat apa ni?! Kau lepaskan noona sekarang!"

Suara Jin menjerit bagaikan petir yang memenuhi ruang hadapan rumah tersebut. Dia menolak Jungkook sekuat yang mungkin. Yun ditarik ke dalam dakapannya. Jin mengusap lembut kepala Yun sambil berbisik.

"Noona... Shhh... It's okay, Jin ada dekat sini..."

Yun masih teresak-esak. Dia memeluk erat tubuh Jin. Jin dapat rasakan Yun yang dah menggigil, sejuk.

Taehyung sempat mendapatkan Jungkook sebelum Jungkook jatuh merebah ke lantai. Taehyung mengeluh seraya menggeleng.

"Kookie buat apa ni? Kookie sedar tak apa yang Kookie buat ni?"

Jungkook hanya diam membisu.

Pang!

Satu tamparan hebat hinggap pada pipi Jungkook. Yoongi mengetap bibirnya, tubuhnya menggigil, matanya memerah.

"Hey kau ni memang tak ada adab kan?! Kau sedar tak siapa yang kau tarik tu ha? Kau nak mati ke?!"

Namjoon mengusap lembut belakang badan Yoongi, cuba menenangkannya sambil mendukung Jimin yang masih lagi bersisa air mata.

"Huh? Mati? Baguslah tu. Baik bunuh je Kookie ni daripada hidup menyusahkan betul tak? Ke hyung-"

Taehyung menekup mulut Jungkook daripada terus berkata-kata. Yoongi memandang Jungkook dengan pandangan yang penuh kebencian.

"Kalau apa-apa jadi kat isteri aku, aku akan pastikan kau tak bernafas!"

Namjoon menarik Yoongi menjauhi Jungkook. Jimin yang berada di dalam dukungan Namjoon mula merangkul leher Yoongi.

"Hyung... Sabar hyung... Kalau hyung marah-marah pun nanti tak ada apa yang akan baik..."

Yoongi menarik nafas berat sebelum
menghembusnya. Dia mengusap pipi Jimin sebelum melangkah ke arah Jin dan Yun. Tubuh Yun beralih ke dalam dakapan Yoongi.

"Oppa... Yun takut. Kenapa adik Yun jadi macam ni? Yun salah, Yun tau-"

Yoongi mencium ubun-ubun Yun sambil mengusap-usap kepalanya.

"Shh, Yun jangan cakap apa-apa sekarang. Yun tarik nafas dulu. Nanti kita cakap okay? Sekarang kita masuk rumah dulu."

Jin memapah Yoongi dan Yun masuk ke rumah diikuti Namjoon dan Jimin. Taehyung memandang Namjoon sebelum memberi isyarat menyuruh dorang masuk dulu. Hoseok yang berada di hadapan pintu yang hanya memerhati dari tadi mengeluh perlahan. Dia turut mengikuti langkah yang lain untuk masuk ke rumah. Meninggalkan Taehyung dan Jungkook berdua di luar, ditemani cahaya lampu jalan.

***

Taehyung menyelimutkan tubuh Jungkook seraya duduk di birai katil. Rambut Jungkook diusap perlahan sebelum dia menghembuskan nafas yang berat.

"Apalah nak jadi dengan keluarga kita ni Kookie? Hyung pun tak tahu nak pujuk Kookie macam mana lagi. Hyung faham semua benda yang jadi ni susah untuk Kookie terima. Tapi... Haih..."

Taehyung mengeluh, lagi dan lagi sebelum bangun dari duduk dan melangkah keluar dari bilik Jungkook. Sebaik sahaja pintu ditutup, Jungkook mengeluarkan esak tangisnya yang ditahan dari tadi.

"Hyung takkan faham apa Kookie rasa... Takda siapa akan faham..."

***
Yoongi merangkul tubuh kecil Yun sambil mengusap-usap belakang badannya. Wajah polos Yun ditatap dalam kesamaran lampu tidur. Selimut ditarik menutupi tubuhnya dan Yun.

"Yun... Dah tidur ke?"

Yun hanya menggumam halus. Matanya tertutup
rapat tetapi Yoongi dapat rasakan tubuh Yun masih menggigil.

"Shhh... Gwenchana... Oppa ada dekat sini dengan Yun okay, always."

Dahi Yun dicium sebelum dia mengelap air mata yang mengalir pada pipinya.

"Oppa, Yun rasa Yun ni orang yang paling tak berguna dalam rumah ni. Kadang-kadang Yun terfikir, kan bagus kalau Yun tak datang sini jaga adik-adik. Semua benda ni takkan terjadi pun dan Kookie mesti bahagia..."

Yoongi mengeratkan pelukan. Pipi Yun dicubit perlahan.

"Apa pula cakap macam tu? Habistu tak dapatlah Yun jumpa oppa. Haneul pun tak ada. Nak ke macam tu?"

Yun ketawa kecil.

"Ish, orang cakap lain, dia cakap pasal benda lain."

"Betul lah kan apa oppa cakap? Semua benda yang jadi semua takdir yang dah tertulis Yun. Kita ni manusia, mampu merancang je. Jadi macam mana pun kita kena kuat untuk hadap semua dugaan yang datang. Yun takmolah sedih macam ni. Nanti kita pujuk Kookie sama-sama okay?"

Yun mengeluh perlahan. Dia menatap wajah Yoongi. Lama.

"Ye oppa tau oppa handsome. Jangan pandang lama-lama nanti jatuh hati lagi."

Kata-kata Yoongi berjaya membuatkan Yun ketawa. Yoongi tersenyum melihatkan wajah Yun yang pucat disinari dengan senyuman.

"Kan cantik tu kalau senyum. Comel je alolo-"

Tiba-tiba, pintu bilik Yun dan Yoongi dibuka seluas-luasnya dari luar. Wajah panik Jin terpacul dengan Haneul dipimpin. Hoseok disebelah tercungap-cungap cuba mengambil nafas.

"Hyung! Noona! Haneul nak korang! Jin dan Seok tak tau nak buat macam mana lagi. Dari tadi tak berhenti merengek..."

Yoongi mendengus. Kacau daun lah dua ekor ni.

Dia hanya mampu memandang Yun yang dah berlari mendapatkan Haneul yang masih menangis. Merah muka dia.

"Alala kenapa ni sayang? Haneul nak omma ya?"

Haneul masih teresak-esak.

"Haneul... Nak tidur dengan omma.."

Yun tersenyum. Tubuh kecil Haneul didukung.

"Gomawo Jin and Seok jagakan Haneul. Kesian korang tak cukup rehat. Now pergi rest okay? Noona ambil Haneul balik."

"Eh Jin okay je noona. Seok ni la dari semalam jaga. Dia kan tak reti jaga budak, takda kesabaran punya orang."

"Eh, Seok pun okay je lah noona. Jin hyung ni saja je."

Jin menjelirkan lidahnya pada Hoseok seraya ketawa terbahak-bahak. Hoseok yang dah geram dengan Jin terus piat telinga Jin. Menjerit-jerit Jin dibuatnya. Yun hanya menggeleng seraya tersenyum.

"Korang ni umur berapa dah sekarang? Tak berubah ish ish. Sama je perangai dari dulu. Dah, pergi gaduh dekat sana noona nak tidurkan Haneul."

Yun ketawa kecil melihatkan telatah adik-adiknya. Haneul hanya memandang dua makhluk yang masih berkelahi tu dengan wajah yang pelik.

"Omma, nape Jin oppa dengan Seok oppa gaduh-gaduh?"

Yoongi yang dari tadi hanya memerhati, turun dari katil dan mendapatkan Haneul. Pintu bilik ditutup.

"Dorang memang camtu tak betul sikit. Haneul takmo ikut perangai macam tu okay? Anak appa ni kan comel, baik, pandai..."

Yun hanya mampu tersenyum melihatkan Yoongi dan Haneul seraya mengikuti langkah Yoongi. Yun dan Yoongi berbaring di atas katil dengan Haneul di tengah-tengah.

"Goodnight omma, appa. Haneul loves you both! Omma taknak nangis tau? Kesian omma sedih."

Air mata Yun mula bergenang. Rambut Haneul diusap perlahan. Yoongi menepuk-nepuk tubuh kecil Haneul.

"Ya sayang, omma tak sedih dah ada Haneul. Omma loves Haneul too!"

"Appa omma tak love ke? Ha, appa kena sayang omma selalu tau barulah omma tak sedih."

Yoongi ketawa kecil melihat telatah anak perempuannya, comel betul macam aku. Desis hati kecilnya.

"Mestilah. Haneul jangan risau. Appa kan superhero korang! Pandai anak appa ni cakap english. Lama sangat duduk dengan Joon ke ni?"

Haneul ketawa kecil. Tubuh Yoongi dipeluk.

"Tidurlah appa. Haneul ngantuklah banyak cakap."

Yun ketawa kecil mendengarkan kata-kata Haneul. Yoongi dah mencebik sebelum menutupkan matanya.

***
Jungkook terjaga dari tidurnya. Wajahnya dibasahi keringat. Nafasnya tidak teratur dengan tangan yang masih menggigil.

"Tae hyung... ke tu...?"

***

guys thank you so much for still reading! for voting & commenting juga i appreciate it so much🥺🤍 sorry kita lambat update baru habis finals and kita ada buat smol business jual cookies so macam tak terhandle kadang-kadang. but no worries kita takkan menghilang tiba-tiba lagi dah🤣 and btw kalau ada yang suka makan cookies/pretzel boleh reply nanti kita share link ig!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com