0033
Laman yang biasanya sunyi, hari ni riuh-rendah dibuatnya.
"Tae! Boleh tak kau jangan tolak-tolak aku?"
"Yah!!! Yoongi kenapa kau pijak istana aku!"
"Ish, korang ni tak boleh diam ke?"
"Omo! Kookie terlupa something!"
Dalam banyak-banyak jeritan, jeritan Jungkook mendapat perhatian semua orang.
"Lupa apa?"
Aku bertanya seraya bertinggung di sebelah Jungkook yang turut bertinggung. Tangan kananya memegang cangkul. Wajahnya memerah kerana matahari yang memancar. Dahinya dipenuhi renik-renik peluh.
"Nak tanam serpihan gigi."
Aku mengetuk dahi.
Kookie, aku kalah dengan tak boleh move on kau ni.
"Mana boleh tanam, dah hilang dah pun benda tu."
Yoongi menyampuk.
"Entahnya, semua sebab Joon lah. Elok-elok ada rupa gigi separuh, terus jadi habuk."
Hoseok yang leka menyiram pokok bunga turut menyampuk. Namjoon hanya mampu mencebik seraya meneruskan kerjanya.
Cabut rumput.
Jin kata..
"Ha, Joon kau cabut rumput. Karang kalau kau buat benda lain, jahanam."
Namjoon hanya mampu merungut dalam diam. Habis rumput yang dicabut tu dah tak rupa rumput dah.
Aku kembali melangkah ke bahagian stor. Mataku mengerling pada Jimin yang leka buat istana pasir- Eh tak istana tanah. Budak ni, lain aku suruh buat, lain dia buat.
"Noona, tengok ni. Cantik kan Chim buat?"
Jimin berlari ke arah aku dengan muka excited dia. Aku mengusap kepalanya seraya tersenyum.
"Cantik, pandai Chim bina. Tapi rasanya noona suruh Chim buat benda lain."
Jimin tersenyum malu. Wajahnya disorokkan di balik kedua belah tapak tangannya.
"Mianhe noona, Chim dah lama nak bina istana macam ni. Chim selalu tengok kat dalam TV orang buat kat tepi laut."
"Chim nak pergi laut ke?"
Mata Jimin yang sepet membesar. Mulutnya tergangga menampakkan giginya yang putih bersusun.
"Nak, nak!! Nak Chim nak pergi."
Jimin dah menari-menari mengelilingi istana tanah yang dibinanya. Rambut dia yang dah panjang sikit tu ditolak ke belakang.
"Pergi mana? Chim nak pergi mana?"
Hoseok yang terdengar Jimin menyanyi riang, siap menari lagi. Terus curious tengok Jimin macam tu.
"Pergi laut!"
Taehyung yang mendengar perkataan laut, terus campak katak yang dia baru jumpa tadi. Habis diulinya katak tu dalam tanah.
Katak, bersyukurlah Taehyung dah lupakan kau.
"Nak pergi mana? Bi t ch?"
Namjoon hampir-hampir tersedak rumput yang dipegang. Aku menggeleng seraya ketawa.
"Beach lah Tae! Ish kau ni jangan main sebut je kalau tak tahu."
Namjoon mengetuk kepala Taehyung.
"OMO KEPALA AKU DAH PECAH AAA ANDWE!"
Taehyung terduduk dengan kaki terjelepok. Air matanya mengalir laju. Tangannya memegang kepala.
Seketika suasana sunyi. Namjoon hanya terkaku berdiri di sebelah Taehyung.
"Pecah? Kepala boleh pecah ke? Mana Tae, Kookie tengokkan."
Jungkook melangkah ke arah Taehyung. Tangan Taehyung ditolak ke tepi. Dia mengusap-ngusap kepala Taehyung.
"Mana ada pecah pun. Ish Tae ni. Dah, dah janganlah menangis. Macam baby lah Tae ni, hahaha."
Jungkook ketawa. Yoongi yang baru datang dari arah stor, dengan muka penat dia. Peluh menitik-nitik. Tangannya menyorong kereta sorong yang dipenuhi barang-barang lama yang nak dikitar semula.
"Kau cakap orang, kau lagi baby. Pasal Doraemon pun nak nangis."
Yoongi berjalan melepasi Jungkook dengan wajah poker face. Jungkook memegang dada seraya terduduk perlahan-lahan. Matanya membesar merenung tanah.
"Tae... Kookie rasa hati Kookie macam kena tikam dengan pisau."
Aku ketawa kecil melihatkan drama yang berlangsung. Ish, sehari tak ada drama tak sah budak-budak ni.
"Yoongi, kenapa cakap Kookie macam tu, dia kan memang baby. Tak baik tau. Kesian Kookie, dahlah comel."
Jin merapati Jungkook. Kepala Jungkook disandarkan pada bahunya seraya tangannya mengelus pipi Jungkook.
Jungkook masih terkaku. Taehyung dah berhenti menangis. Masih tersedu-sedu.
"Apalah bawa back up. Tak swag."
Yoongi melaung dari jauh. Yelah, dia kat hujung laman tu ha susun barang. Budak-budak ni dekat depan.
"Dah tu Kookie. Jinnie ada. Jangan risau okay? Kalau Yoongi cakap macam tu lagi, nanti Jinnie tarik hidung dia. Biar panjang macam Pinocchio."
Jin ketawa, Jungkook turut ketawa seraya memeluk Jin.
Aku melangkah menghampiri Taehyung. Dia ni jarang menangis, kalau dia menangis maknanya dia betul-betul sakit atau terkejut atau yang sewaktu dengannya.
"Tae, sini noona dukung."
Aku mendepakan tangan. Taehyung menyambut seraya memeluk aku erat.
"Gwenchana.."
"Tae.. Tae takut sebab Joon yang ketuk.. Nasib baik tak pecah.."
Aku menyembunyikan senyuman aku.
"Sakit tak?"
"Sakit sikit.. Kat sini.."
Taehyung menundukkan kepalanya. Aku terkedu.
"Uish, lebam ni Tae. Kita pergi letak ubat."
Aku tergesa-gesa melangkah memasuki rumah meninggalkan laman yang hiruk-pikuk.
Namjoon memandang Taehyung, sayu. Air matanya menitis perlahan, namun pantas diseka.
***
Yoongi POV:
Heh, aku dah agak dah akan jadi macam ni.
Kalau macam nilah gayanya, sampai aku tua pun tak jumpa lagi buku tu.
Jin hyung mencari buku tu di atas rak yang tinggi menggunakan tangga. Apalah, pendek.
"Yoongi, hyung rasa..."
"Hm?"
"Tak nampak apalah kat atas ni. Boleh tolong ambil lampu suluh?"
Aku mengeluh seraya mencapai lampu suluh di luar stor. Kemudian aku hulurkan pada Jin hyung.
"Adududu, tak sampai lah hyung. Turunlah dulu."
Kaki aku dah jengket habis pun tak dapat sampai kat Jin hyung yang tengah berdiri atas tangga tu. Logiklah, tinggi kot.
"Ish, kau ni pendeklah."
Jin hyung melangkah menuruni tangga dengan berhati-hati. Mulut dia ni kan, nak aje aku goyang tangga ni biar dia terjatuh bergolek.
Dengan topi pink dia tu. Ish, sakit mata aku.
"Diamlah. Hyung tinggi sikit je pun dari Yoongi. Ish, nyampah."
"Tinggi banyak okay. Please lah. Tengok kaki I yang panjang ni."
Jin menunjukkan kakinya yang panjang sikit je tu daripada aku. Aku mencebik.
"Yoongi goyang tangga ni karang ha.."
"Goyanglah. Ingat hyung takut?"
Jin menjelir lidah. Tangannya dihulurkan untuk menyambut lampu suluh yang berada pada tangan aku.
Kepala aku dah bermain macam-macam agenda jahat nak goyang Jin pink ni.
Tapi aku batalkan niat aku bila nampak Yun melangkah masuk.
"Macam mana?"
"Hm, macam nilah. Jin tengah nak suluh kat atas ni."
Jin hyung kembali memanjat tangga.
"Tae okay ke noona?"
Aku kembali mengemas barang-barang dalam stor ni. Apalah banyak sangat habuk. Tak pernah kemas ke?
Hm, memang tak pun. Sejak masing-masing dah tinggal berasingan, memang langsung tak sentuh stor ni. Dari luar, cantik je. Sekali bila masuk.. Hm. Usah dibincangkan.
Soalan Jin hyung yang dibiar sepi tu, dia ulang balik.
Baru kau tahu rasa kena palau macam mana.
"Noona, Jin tanya ni.."
"Ha, apa dia?"
Mata Yun melilau ke dalam stor. Apa Yun ingat kalau pandang je macam tu, boleh jumpa ke buku tu sayang oi...
"Tae okay tak?"
"Oh okay, kepala dia lebam sikit. Sekarang tengah tidur."
Aku menggeleng.
Namjoon.. Namjoon...
-happy new year guys!
nanti kita baca comment korang pasal ending tu and choose mana yang best eh hehehe thankyou sebab sumbangkan idea^^
oh ya, ada new year challenge ayay.
Post your selfie for 24 hours---
And tag ten random people.
/Image deleted/
maafkan patik jikalau ada mata yang rosak hahahahaha
I tag;
Swag_Mochi
ara_nisVeNus
_yoongibae
YoojungNuna
-not2much
acearries
Chokkie-
hyerinnn_
MichaZara
sugamint-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com