0035
"Tae, bagi baju tu dekat Hoseok, Tae kan ada banyak lagi baju. Kenapa nak ambil Hoseok punya?"
Aku memandang wajah Taehyung yang dah cemberut seraya memeluk baju tersebut. Hoseok di sebelah aku menyorokkan wajahnya.
"Hm, ambiklah."
Taehyung menghulurkan baju tersebut pada Hoseok seraya melangkah perlahan menuju ke almarinya. Dia duduk di hadapan almari tersebut seraya mengomel itu ini.
Nasib baik Taehyung ni bukan jenis keras kepala. Kalau Jungkook atau Yoongi confirm Hoseok kena melalak macam nak pecah rumah baru dia dapat balik baju dia.
"Dah, pergi sambung kemas baju."
Hoseok tersenyum lebar dan mengganguk. Dia melangkah ke biliknya.
Aku kembali menuju ke bilik aku. Nak sambung kemas barang-barang aku pula.
"Yun, nampak tak oppa punya beanie yang ada tulis Swag tu?"
Yoongi menjengah daripada luar pintu bilik. Aku berfikir sejenak sebelum menggeleng.
"Haish, mana pula perginya benda tu?"
Yoongi berlalu pergi dengan matanya melilau ke sekeliling rumah.
"Tengok ni tengok! Hahaha, kelakar kan?"
Suara Jimin ketawa memenuhi ruang tamu. Jungkook turut ketawa riang.
"Apa yang korang seronok sangat tu?"
Aku melangkah ke arah ruang tamu seraya duduk di atas sofa. Lega rasanya dah siap packing. Nak tunggu budak bertujuh ni siap packing, mungkin aku boleh tidur dulu.
"Noona, tengok ni! Kelakar lah seluar dalam ni hahaha."
Jimin menunjukkan objek yang aku tak dapat kenalpasti lagi apa dia tu, berwarna hitam.
"Betul ke ni seluar dalam? Kenapa macam pelik je?"
Aku menilik-nilik benda yang dikatakan seluar dalam oleh Jimin dan Jungkook tu.
"Tadi Chim jumpa tu atas lantai dalam bilik Yoongi. Lepas tu dia tanya Kookie tu siapa punya hehehe. Kookie tak tahu tapi Kookie tahu tu seluar dalam cuma tak jumpa mana nak masukkan kaki. Kookie pun gunting lah bagi ada lubang. Cantik kan? Pandai tak Kookie, noona?"
Jungkook beria-ria cerita dengan wajah excited dia. Tersenyum lebar dia sampai nampak gigi dia yang comel tu. Jimin dekat sebelah dia pula terangguk-angguk seraya ketawa mengekek mendengarkan cerita Jungkook.
"Sini noona tengok hasil kerja Kookie."
Aku menghulurkan tangan seraya tersenyum. Apa-apa jelah budak-budak ni. Senyuman aku hilang dan aku terkedu bila ternampak tulisan Swag pada benda tu.
"Noona wae? Tak cantik ke Kookie gunting?"
Jungkook dah masam muka dia. Jimin yang daripada tadi bahagia gelak pun terhenti.
"Kenapa muka noona macam terkejut?"
Aku masih kaku seraya memandang beanie Yoongi yang dah habis dikerjakan Jungkook.
"Tak ada ap-"
"Noona, boleh tak tolong bawakan berus gigi Yoongi? Beg dah penuh."
Suara Yoongi menyapa. Kelam-kabut aku sorok beanie tu belakang badan aku seraya berpura-pura tak ada apa yang terjadi.
Yoongi menghampiri dan menghulurkan berus gigi dia kepada aku. Dia mengerutkan dahinya.
"Noona kenapa macam panik je?"
"Er.. Tak.. Ma-mana ada.."
Aku cuba untuk tersenyum. Ni kalau Yoongi tahu, confirm budak berdua ni jadi gulai. Dahlah dia sayang sangat beanie tu.
"Korang tahu kenapa dengan noona?"
Yoongi menyoal Jimin dan Jungkook.
"Meolla, tapi tadi Kookie dengan Chim cuma tunjukkan sel-"
Aku pantas menutup mulut Jungkook seraya menariknya ke atas pangkuan aku. Pipinya aku elus-elus seraya tersenyum.
"Kookie, masamnya bau! Tak mandi lagi eh?"
Jungkook hanya tersengih malu.
"Kookie nak mandi dengan Chim. Tadi dia tunggu Chim siap kemas."
Jimin menjawab bagi pihak Jungkook yang dah memerah muka dia sebab aku cakap dia macam tu. Sebenarnya, aku nak cover dorang.
Tak sanggup aku tengok dorang jadi gulai.
"Sekarang dah siap kemas ke belum?"
Aku menyoal Jimin. Mataku mengerling pada Yoongi yang dah buat muka- Kenapa korang macam pelik je?
Jimin mengganguk.
"Ha, pergilah mandi. Lepas tu makan sebelum kita pergi. Nanti lapar pula dalam kereta."
Jungkook turun daripada pangkuan aku dan menyambut huluran tangan Jimin seraya berlari ke bilik dorang. Yoongi yang masih tercegat seraya bercekak pinggang memandang aku.
"Ke..Kenapa..?"
Yoongi semakin hampir dengan aku. Matanya merenung tajam wajah aku.
"Dekat muka Yun ni ada bulu kucing. Ish, dahlah Yun alah dengan habuk. Nanti sakit macam mana?"
Yoongi mengambil bulu kucing tu seraya meniupnya pada lantai.
"Oh.. Hahaha, gomawo.."
Cepatlah pergi balik bilik kau, oppa yang disayangi..
"Oppa nak pergi mandi."
Yoongi melangkah menjauhi aku. Aku menghembuskan nafas lega.
Tapi tiba-tiba dia pandang aku balik.
"Rumah kita ada kucing ke?"
"Em, tak ada.. Pagi tadi je masa Yun nak buang sampah Yun ada pegang kucing ni ehehe sebab nampak dia kat gate tu."
Aku tersenyum paksa.
"Oh, okay. Jangan lupa eh berus gigi tu. Gomawo!"
Yoongi berjalan malas. Aku menghembuskan nafas lega.
Kalaulah dia tahu tu bukan bulu kucing, dan sebenarnya bulu beanie Swag dia tu..
***
Taehyung mengambil tempat di sebelah aku.
Jimin, Jungkook dan Hoseok di seat belakang, Namjoon, Jin dan Yoongi di seat paling belakang. Barang-barang yang dah siap dikemas aku letakkan dalam bonet.
Menggeleng aku tengok beg baju dorang. Lagi-lagi Jin, macam nak pergi setahun.
"Yahoooo!! We go go to beach!"
Taehyung menjerit gembira. Namjoon yang baru nak buka mulut, nak betulkan English dia terdiam.
Nasib baik kali ni betul.
"Tak sabarnya nanti Kookie nak mandi kolam!"
Jungkook dah terpejam-pejam mata sambil peluk patung bunny dia. Tak boleh kalau tak bawa patung tu. Mahu merengek tak dapat tidur.
Tapi aku kesian dekat patung tu. Elok-elok gigi dia ada dua, cukup sifat, Jungkook pergi potong separuh. Katanya..
"Barulah Boong Boong sama dengan Kookie!"
Nasib kaulah, Boong Boong. Dapat tuan macam budak tak cukup wire ni.
"Ish, Jin tak nak mandi kolam, Jin nak mandi laut."
Jin menyampuk seraya memandang pemandangan di luar tingkap. Tangannya memegang handkerchief berwarna pink yang bersulam 'Jinnie♡'
Ya guys, aku yang jahitkan untuk dia sebab dia merengek-rengek nak.
"Aku sokong! Mandi laut baru swag."
Aku ingat budak Yoongi ni tidur. Wujud lagi rupanya. Dia excited kot?
"Tapi kan, dalam laut tu bahaya lah.. Ada sotong, ikan.. Ei, kalau kena gigit macam mana?"
Hoseok memeluk tubuh. Wajahnya menggambarkan perasaan takut. Jimin disebelahnya menepuk-nepuk bahu Hoseok.
"Gwnchana, Chim kan ada. Nanti Chim protect Hoseok."
Jimin tersenyum. Hoseok hanya membalas dengan jelingan.
"Chim tu pendek. Nak berenang pun tak reti ada hati nak tolong Hoseok."
Senyuman Jimin terus mati. Dia hanya kaku memandang wajah Hoseok.
"Sa-sampai hati cakap macam tu.."
"Chim! Walaupun Chim pendek, Kookie sayang Chim tau. Uljimaa, dont worrie worrie.."
Jungkook menggengam tangan Jimin yang dah cembeng.
"Tu pun nak menangis ke?"
Yoongi menambahkan lagi kesakitan di hati Jimin. Dahlah kena panggil pendek.
"Ish, dahlah tu. Korang ni suka sangat usik Chim."
Namjoon yang leka dengan phone, menyampuk. Jin pula dah sumbat earphone.
"Lagu apa kau dengar tu?"
Belum sempat Jin menjawab, Yoongi dah menarik sebelah earphone Jin dan meletakkannya pada telinga dia.
Wajah Yoongi berubah. Dia ketawa sekuatnya.
"My honey bunny, sugar plum..? Hahahahaha seriously Kim Seokjin?"
Perutnya ditekan-tekan. Kelakar sangatlah tu.
"Diamlah. Lagu ni best apa comel je."
Jin menjeling Yoongi. Dia terfikir Yoongi tu hyung je. Kalau tak memang dah kena pijak.
"Biasalah Jin pink tu, Yoongi. Kena faham taste dia."
Taehyung yang daripada tadi sibuk ambil gambar, menyampuk.
Jin hanya mampu memandang luar tingkap seraya buat muka pasrah.
-THANKYOU FOR 70K READS AND VOTES AND COMMENTS. THANKYOU FOR 2K FOLLOWERS, SARANGHAEYOOOO WITHOUT YOU GUYS, SPARKZNLE HANYALAH BISKUT KERING. MUAH XOXO
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com