0036
"Saeng semua, kita dah sampai."
Aku memarkir kereta pada tempat yang dah disediakan. Wajah Taehyung yang lena tidur dengan mulut mengganga, camera dekat tangan masih on aku pandang seraya menepuk lembut pipinya.
"Tae sayang, bangun-bangun. Kita dah sampai ni."
Aku membuka seatbelt seraya melangkah ke bahagian belakang. Pintu dibuka. Wajah Jimin yang polos terpampang. Hampir-hampir terjatuh dia keluar sebab dia sandarkan badan dia dekat pintu kereta.
"Chim, bangun. Kookie, Hoseok.. Irreona."
Dengan bersusah-payahnya aku mengejut sorang demi sorang. Tangan Namjoon yang terjulur sampai seat depan aku capai seraya menggoyang-goyangkannya.
Oma ya, susah benar nak kejut budak-budak ni. Mana taknya, satu malam dorang tak tidur sebab excited.
"Hm, kita kat mana..?"
Jin yang pertama bangun seraya terpisat-pisat. Matanya digosok menggunakan jari.
"Dah sampai hotel. Kejut dorang ni, Jin. Noona nak keluarkan beg."
Aku melangkah ke bonet dan mengeluarkan segala barang yang dibawa.
"Yoongi hyung, irreona. Joonie.. Bangun bangun."
Jin gigih menepuk-nepuk pipi sorang demi sorang. Dia melangkah ke bahagian seat depan. Jungkook, Jimin dan Hoseok turut dikejut.
"Haih, wae hyung? Kookie ngantuk.."
Jungkook dah meragam seraya kembali menutup matanya. Boong Boong dipeluk erat. Habis ditolaknya Jimin kat sebelah dia sampai terjatuh ke luar, sebab aku lupa tutup pintu tu balik tadi.
"OMO, NAMJOON TERJATUH ATAS CHIM!"
Jimin melatah. Dia mengaduh sakit bila tubuh badannya yang kecil terhempas ke atas lantai.
Kelam-kabut aku dapatkan Jimin.
"Yah.. Kenapa Kookie tolak Chim?"
Jimin dah mencebik seraya mendepakan tangannya pada aku. Terus aku dukung dia. Jungkook dah tersedar, matanya membulat.
"Mianhe.. Kookie tak sengaja, Chim. Betul.."
Jungkook dah keluar daripada perut kereta dan memandang Jimin yang masih didukung aku.
"Noona, turunkan Chim.."
Aku mengganguk.
"Chim gwenchana?"
Jimin mengganguk seraya tersenyum.
"Chim.."
Budak kecik Jungkook ni masih kaku memandang Jimin dengan wajah risau dia.
"Chim gwenchana, Kookie.. Jom tolong noona angkat barang."
Tangan Jungkook dicapai dan mereka beriringan ke bonet seraya menolong aku mengeluarkan beg-beg kecik dorang ni.
"Yah, Min Yoongi! Sampai bila kau nak tidur?"
Suara Namjoon tiba-tiba bergema. Muka dia bengang je.
"Wae Joon?"
Jin menjengah kebelakang setelah mendengarkan jeritan yang kuat tu. Taehyung dengan Hoseok pun terus terjaga.
"Yoongi ni hah, sandar kat bahu aku tak reti nak bangun. Air liur basi dia kena baju aku.. Help me Jinnie!"
Muka Namjoon dah merah sebab tahan diri daripada tolak si Yoongi ni. Kalau dia tolak takut cedera pula anak orang tu.
Jin mengeluh sebelum menggerakkan Yoongi.
"Yah, irreona!"
Tak cukup dengan gerak, pipi Yoongi ditampar-tampar, kuat. Dengan sepenuh tenaga. Nak lepaskan geram dia sebab kena panggil Yoongi hyung punya pasal.
Ni peluang keemasan untuk balas dendam. Hahaha. Kim Seokjin dah jadi jin.
"Hoi, apa ni tampar-tampar? Tak reti kejut elok-elok ke?"
Akhirnya, Yoongi kembali sedar ke alam nyata. Wajahnya berkerut. Sisa air liur yang melekat pada bibirnya dilap kasar.
"Dah kejut elok-elok, tak reti bangun."
Jin tersengih jahat seraya mengangkat bahu. Kelam-kabut dia keluar daripada kereta. Takut kena uli dengan Yoongi lah tu.
"Noona nak pergi ambik card bilik kejap eh. Nak register sekali. Korang tunggu kat sini. Jin tengok-tengokkan adik-adik ya?"
Aku memandang Jin dengan pandangan penuh pengharapan supaya dia dapat jaga dorang dengan baik. Jin mengganguk seraya mendabik dada.
"Serahkan pada Jinnie!"
Aku melangkah menuju ke bahagian reception.
"Huwa~ Bestnya tidur.."
Taehyung keluar daripada kereta seraya menguap. Matanya terus celik bila tengok pemandangan yang indah depan mata dia.
"Wah!!! Ni semua kena ambil gambar ni."
Dengan wajah yang excited, dia mula meneroka kawasan tu untuk ambil gambar.
Jin pula tengah leka menyusun beg seraya mendengar Jungkook bercakap dengan Boong Boong. Jimin pun melayan je si Jungkook tu. Hoseok masih terpisat-pisat dalam kereta. Yoongi dengan Namjoon masih bertengkar pasal air liur basi.
Ish ish.
***
"Okay, semuanya dah settle, kita boleh masuk bilik sekarang."
Aku tersenyum gembira. Separuh hari perjalanan ni berlangsung dengan baik tanpa sebarang masalah.
Setakat ni.
"Yay! Jom!"
"Chim tolong pegangkan Boong Boong kejap. Kookie punya beg ni asyik nak terjatuh je."
Jimin setia di sebelah Jungkook sambil peluk Boong Boong. Sabar betul dia daripada tadi melayan kerenah Jungkook. Sebelum pergi tadi ada dia pesan.
"Chim akan jaga Kookie supaya dia tak menangis. Noona jangan risau eh?"
Mula-mula aku kurang yakin dengan kebolehan dia sebab setahu aku dengan tahu pujuk dia. Tapi setakat ni, dia memang incredible boleh handle Jungkook. Daripada tadi, apa je yang Jungkook nak, dia ikutkan. Tabah betul ya.
"Korang kejap!"
Suara Hoseok memberhentikan langkah semua orang.
"Mana Tae?"
"Tadi bukan ke dia tidur lagi?"
Aku menyoal budak-budak ni. Setahu aku masa aku pergi register tadi dia ada je duduk seat depan tu tak bangun-bangun lagi.
"Tapi sekarang dah tak ada.. Eobseoyo!"
Namjoon menjerit histeria. Terjengket-jengket dia menjenguk dalam kereta. Manalah tahu, Taehyung tertinggal dalam kereta.
"Hoseok pun baru perasan dia tak ada sebab beg dia ni ada kat sebelah Hoseok."
Kata Hoseok sambil tunjuk beg sandang Taehyung yang berwarna biru pekat tu. Tersandar layu dekat tepi kereta tanpa tuan dia.
Aku memandang Jin.
"Jin.... Tak perasan mana dia pergi."
Aku mula mengeluh. Belum apa-apa, dah hilang budak ni.
"Gwenchana, Yoongi rasa dia takkan pergi jauh tu. Kita cari sekitar kawasan ni dulu. Lepas tu tanya orang-orang dekat sini. Semua orang ada gambar Tae kan?"
Masing-masing mengganguk.
"Kita letak barang dalam bilik dulu."
Yoongi mencapai beg Taehyung seraya melangkah mendahului yang lain. Aku memberhentikan langkah Yoongi.
"Yoongi.. Yang hilang ni Tae tau.. Rasanya kita tak ada masa nak simpan barang semua. Baik kita cari dia sekarang, takut dia pergi lagi jauh."
Yoongi kelihatan seperti berfikir sejenak sebelum meletakkan begnya dan beg milil Taehyung ke atas lantai.
"Noona, Chim dengan Kookie pergi letak barang dulu. Yoongi, Jin, Hoseok dengan Joon cari Tae dulu. Nanti kita jumpa balik dekat sini."
Wajah aku bertukar keruh. Memang taklah aku nak setuju biar dorang pergi dulu.
"Yun.. Trust me, okay?"
Yoongi mencapai tangan aku. Perlahan, aku mengganguk.
"Noona, boleh ke kalau Hoseok ikut noona? Hoseok takut.."
Hoseok dah berlari ke sebelah aku seraya menggoyang-goyangkan tangan aku.
"Boleh sayang. Kajja."
Aku memimpin tangan Hoseok. Jimin memimpin Jungkook dengan beg yang banyak.
Yoongi menggamit Namjoon dan Jin.
"Jom."
-guys, check out my beloved saeng new ff, title Secret- Taehyung (≧∇≦)/
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com