0037
Taehyung POV:
Wah! Cantiknya tempat ni...
Aku berjalan seraya memandang sekeliling kawasan tempat ni. Setiap sudut menjadi gambar dalam camera yang aku pegang.
Aku kagum betul tengok keindahan tempat ni.
Pokok-pokok yang tinggi menghijau.. Tanah yang dipenuhi rumput. Ada bunga-bunga yang berwarna-warni sepanjang laluan yang aku lalui.
Awan yang membiru, dengan laut yang terbentang luas pada sebelah kiri aku.. Gunung-ganang yang tinggi di hadapan aku. Matahari memancar pada alam menambahkan keindahan tempat ni.
Aku rasa tenang, sangat tenang. Hilang semua perasaan takut, tak sedap hati yang selama ni menghantui aku.
Korang mesti curious kan apa yang menggangu aku?
Kalau tak curious pun, buat-buat jelah eh. Aku nak cerita ni.
Sejak dua tiga hari ni, aku asyik mimpi yang pelik-pelik. Mimpi aku jadi orang dewasa, lepas tu aku gaduh dengan Yoongi..
Lepas bangun daripada tidur, mesti kepala aku sakit sangat. Tapi aku diamkan apa yang jadi dekat aku ni. Tak nak noona dengan yang lain risaukan aku..
Sebab tulah aku cuba nak alihkan perhatian aku pada benda-benda lain.
Aku mengeluh perlahan seraya menghalakan camera pada langit.
Kchakk!
Aku tersenyum puas melihatkan hasil gambar yang diambil oleh aku. Cantik...
Eh, kejap.. Apa ni?
Aku cuba zoom gambar tersebut. Nampak macam orang, tapi macam jauh je daripada aku.
Semakin aku zoom gambar tu, semakin jelas aku nampak apa yang orang tu tengah buat.
Makan.
***
Yun POV:
"Ada nampak budak ni tak?"
Lelaki itu hanya menggeleng seraya berjalan meninggalkan aku dengan wajah yang hampa.
"Ni dah orang ke tiga puluh noona tanya, tapi dia pun tak nampak. Ottoke, Kookie?"
Aku terduduk di atas tanah. Kepala ditundukkan. Wajah aku terasa panas bila air mata mula bergenang pada pelupuk mata.
"Gwenchana noona, Kookie yakin kita akan dapat jumpa Tae."
Jungkook memegang bahu aku. Dia menunduk sedikit sebelum menghadiahkan sebuah kucupan pada pipi aku.
"Tae!!"
"Taehyung yah!!"
"Tae eodiya?"
"Kim Taehyung!!"
"Yah, Taehe!!"
Bergema-gema suara budak-budak ni memanggil nama Taehyung. Aku hanya memandang mereka yang masih gigih mencari Taehyung.
"Oi, kenapa Taehe pula?"
Namjoon menyiku Jin yang sedap-sedap je tukar nama Taehyung.
"Biarlah, dia panggil aku Jin pink kau tak kisah pula?"
"Sebab kau memang Jin pink."
Hoseok menyampuk seraya bercekak pinggang. Lepas dah bagi sedas dekat Jin, dia sambung menjerit nama Taehyung.
Jin hanya terdiam memandang laut.
"Aku redha.."
Jin menggumam. Namjoon tertawa. Yoongi menjeling kedua makhluk yang masih ada masa nak bergurau tu.
"Korang ada masa nak gelak?"
Terdiam terus semua. Kembali fokus mencari Taehyung.
"Korang! Tengok ni!"
Jimin menggamit kesemuanya untuk mendekati dia. Wajahnya panik, seakan-akan baru terjumpa hantu.
"Ni bukan Tae punya ke?"
Kanta pembesar berwarna kelabu itu menjadi perhatian semua orang. Aku mengambil kanta pembesar itu daripada tangan Jimin dan meniliknya.
"Kenapa pula Tae nak simpan benda macam ni?"
Semua dah mengeluh. Aku pula yang pening sekarang ni.
"Noona takkan tak perasan? Kan Tae suka tengok dinding lah, lantailah, dengan berus gigi Chim pun dia nak tengok pakai benda ni."
Jimin menerangkan panjang lebar.
"Bukan tu je tau, Hoseok punya seluar dalam pun dia tengok pakai benda ni. Terus Hoseok cubit dia sekali."
Hoseok menyuarakan tak puas hati dia. Tercebik-cebik seraya bercekak pinggang.
Aku hanya mampu mengganguk mendengarkan luahan adik-adik aku ni, dah tak pelik dah pada aku. Sebab perangai Taehyung memang pelik dan susah nak jangka tindakan dia.
"Kalau benda ni terjatuh kat sini, maknanya, Tae mesti jalan ikut sini. Sebab ni jalan yang ada."
Yoongi dengan muka ala-ala detektif, seraya memegang dagu memandang aku. Nak dapatkan persetujuan aku kot.
"Betul ke nak jalan ikut sini? Macam hutan je kat hujung jalan tu."
Jin dah menjengket seraya terjenguk-jenguk ke penghujung jalan yang misteri tu.
"Macam nilah, korang semua tunggu dekat lobi. Biar Yoongi dengan Yu- ani.. Noona pergi cari Tae. Okay?"
Aku mengganguk setuju. Aku pun tak nak bahayakan nyawa adik-adik aku yang lain ni. Dorang budak-budak, risau apa-apa jadi je.
"Tapi, Kookie nak tolong cari Tae.. Kookie risau, Boong Boong pun. Kan Boong Boong?"
Jungkook bercakap lagi dengan patung bunny dia tu gais. Siap angguk-anggukkan kepala dia lagi konon macam Boong Boong jawab.
Apa-apalah Jungkook. Asalkan kau bahagia..
"Chim pun nak join cari!"
"Joonie dengan Jin pun!"
Namjoon ikut kempen -Nak selamatkan Taehyung. Siap sebut nama Jin lagi. Hoseok je senyap daripada tadi.
Aku tahu dia takut dan tak mungkin dia akan setuju dengan yang lain.
"Haih, tak boleh korang... Bahaya. Jin, kau jaga eh dorang? Kali ni jebal.. Jangan lepaskan pandangan daripada dorang."
Yoongi menggengam tangan Jin. Jin hanya mengganguk.
"Dah, jom adik-adik kita pergi tunggu dekat lobi."
Semuanya tetap tak berganjak.
"Macam nilah, noona kasi Jin duit. Beli icecream, okay? Siapa ikut Jin dapat icecream."
Aku menyerahkan Jin duit seraya mengelip mata pada Yoongi. Yoongi tersenyum seraya mengganguk.
"Nak nak! Kookie nak!"
Tanpa berfikir sesaat pun, terus Jungkook berlari ke sebelah Jin dan memegang lengannya. Diikuti Hoseok, Jimin dan akhirnya Namjoon.
Aku menggeleng. Hilang terus pasal Taehyung ya?
Yoongi mendekati aku seraya memegang tangan aku.
"Kajja."
***
Taehyung POV:
Aku berjalan menghampiri lelaki yang sedang duduk beralaskan kayu. Tangannya galak memanggang objek yang aku tak tahu. Mulutnya pula beria-ria mengunyah.
Dengan langkah yang malu-malu, aku mendekatinya. Lama, aku pandang lelaki tu. Tapi dia macam tak perasan kehadiran aku.
Aku pun buat keputusan untuk menegur dia.
"Anneyong.. Ahjusshi..?"
Suara yang keluar sangat perlahan. Lelaki tu langsung tak alihkan pandangan dia daripada objek yang dipanggang tersebut.
Aku mencuba sekali lagi.
"Ahjusshi?"
Kali ni tanpa teragak-agak dan sedikit kuat suara aku. Sebaik sahaja dia mengalihkan pandangan dia, memandang aku. Aku terkedu.
Wajahnya sedikit menakutkan dengan parut besar pada sebelah pipi kirinya. Bawah matanya lebam. Bibirnya juga lebam dan membiru. Seakan-akan baru lepas kena belasah. Sekilas pandang, aku boleh agak yang umur dia dalam linkungan 20 an.
Tapi, bukan tu yang menarik perhatian aku. Bila aku teliti wajah dia sekali lagi, baru aku sedar yang dia ni... Seseorang yang aku kenal..
***
Yun POV:
"Dah jauh ke dalam kita jalan ni, oppa. Hujung rambut Tae pun Yun tak nampak."
Suara aku makin lama makin serak. Air mata aku tak berhenti-henti mengalir. Risau tau? Cuba kalau jadi dekat korang..
"Oppa yakin Tae ada dekat-dekat sini. Instinct oppa kata macam tu. Kita try cari lagi okay? Mungkin dia pengsan kat mana-mana."
Aku hanya mengganguk seraya memanggil-manggil nama Taehyung. Berharap agar dia menyahut.
Tiba-tiba, Yoongi menarik tangan aku sehingga aku jatuh terduduk di atas tanah. Aku menjeling Yoongi seraya mengaduh sakit bila pinggang aku terhentak.
"Oppa, kenapa ni? Sakitlah Yun terhentak."
Tangan aku digenggam kemas oleh Yoongi. Dia meletakkan jari telunjuknya pada bibir seraya matanya galak memerhatikan sesuatu.
"Cuba Yun tengok tu.."
-cuba korang teka, siapa agaknya lelaki yang tae jumpa tu? lelaki tu ada muncul dalam episode yang lepas lepas└(^o^)┐
SORRY LATE UPDATE GAIS😭
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com