Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

0048

Namjoon terkedu. Semua orang bergilir memandang Namjoon kemudian Hoseok dengan wajah panik.

Jin dah terngangga. Taehyung dengan Jimin tutup mata Jungkook sementara dorang tutup mata sendiri. Yoongi dah menggeleng dengan muka malas layan dia.

Aku pula terkebil-kebil pandang Hoseok yang menunduk seraya memegang kepala.

"Ho.. Hoseok.. Gwenchana?"

Namjoon bertanya. Dia memegang pipi Hoseok dan mengangkat wajahnya supaya memandang Namjoon.

"Gwenchana.."

Semua orang menghembuskan nafas lega.

"Fuh, nak tercabut jantung Kookie tau!"

Yoongi menghampiri Jungkook dan memegang dadanya.

"Mana jantung kau yang tercabut tu? Biar aku tolong cabutkan lagi hahahaha."

Dengan muka macam pembunuh bersiri, Yoongi mendekati Jungkook. Kelam-kabut Jungkook berlari menyorok belakang aku.

"Min Yoongi. Stop sakat Kookie boleh tak?"

Aku bercekak pinggang. Mata aku dibesarkan sambil aku pandang muka Yoongi. Geram betul aku dengan perangai dia ni. Makin hari makin menjadi-jadi.

"Eh tapi kan muka hyung tadi tu kan bila Hoseok tengok, macam familiar je."

Hoseok yang dah kembali ke alam nyata, menyertai kitorang yang dah mula berjalan untuk ke stesen permainan yang pertama. Jauh jarak dia dengan Namjoon. Fobia mungkin.

"Dalam dunia ni kan ada tujuh orang yang muka dia sama macam kita. Mungkin kita pernah ternampak dia kat tepi-tepi jalan kot."

Kata Taehyung sambil mata dia leka tengok semua permainan yang besar-besar dan tinggi tu. Terkelip-kelip mata dia dibuatnya.

"Tak.. Hoseok rasa.. Muka dia macam..."

Pandangan Hoseok terarah pada Yoongi. Bila aku tengok Yoongi, then aku teringat orang jual icecream tu.

"Yalah.. Sama nuka dia macam Yoongi."

Aku mengganguk tanda setuju dengan pernyataan Jimin. Semua orang dah terangguk-angguk. Yoongi je buat muka masam dia.

"Muka dia tu sama dengan Yoongi? Ei please lah. Yoongi berganda handsome, comel, pandai, raj-"

"OKAY KITA NAK NAIK YANG MANA DULU NI?"

Tetiba Jin menjerit. Memotong percakapan Yoongi.

"Nak berdarah telinga aku dengar kau memuji diri sendiri. Ei, dahlah bila kita nak start main ni daripada tadi asyik bercakap je."

Aku setuju dengan kau Jin.

"Wah, comelnya kereta tu! Kookie nak naik!"

Aku mengejar langkah Jungkook yang dah laju berlari ke arah permainan tersebut. Yang lain pun sama excited dia.


"Kookie nak yang merah tu!"

"Tae nak yang hijau!"

"Nak tu nak tu!"

Berlari-lari tak cukup tanah dah aku tengok budak-budak ni. Alahai, bukannya lari pun benda tu.

"Tsk, budak-budak."

Suara Yoongi menyapa gegendang telinga aku. Dia dok menggeleng kepala sambil pandang adik-adik dia yang dah berebut-rebut tu.

Phone aku keluarkan daripada handbag. Rugi tak ambil gambar dorang ni. Nanti kalau dorang dah jadi dewasa dah tak ada muka excited macam ni.

"Oppa tak nak naik?"

Aku bertanya pada Yoongi sambil tangan aku ligat mengambil gambar dorang. Mata aku pula asyik memerhatikan keletah dorang sorang demi sorang. Comel betullah.

"Tak nak lah. Bebudak je naik benda tu."

"Eleh, oppa tu bebudak sekarang. Cuba hargai masa macam ni. Yun teringin tau nak naik benda tu tapi tak dapat, tsk."

Terjegil mata Yoongi dengar aku cakap macam tu.

"Yun, tunduk kejap."

"Tak nak lah. Yun busy ni ambil gambar."

Yoongi dah menarik-narik hujung baju aku. Rimas, aku terus pandang dia. Alahai, dengan bibir termuncung dia, mata makin lama makin sepet aku tengok. Pipi dia dikembungkan. Beberapa helai anak rambut dia terjatuh atas dahi dia.

Geram sangat tengok kecomelan dia, terus aku dukung dia.

"Tadi jual mahal nak pandang kita. Em, pergilah ambil gambar dorang."

Yoongi memandang tempat lain dengan muka merajuk dia. Aku terus tersenyum tengok Yoongi macam tu. Pipinya digomol.

"Ei kenapalah comel sangat oppa ni ei!"

Tergeliat badan Yoongi cuba nak lari. Geli lah tu. Padan muka.

"Yun.. Okay, okay.. Yun menang dah dah.. Geli!"

Terkekeh-kekeh Yoongi gelak. Aku cium pipi dia banyak-banyak sampai dia lemas. Padan muka. Siapa suruh comel sangat?

"Ha, oppa nak cakap apa tadi suruh Yun tunduk?"

Tercungap-cungap Yoongi nak ambil nafas. Lepas dah stabil, dia pandang mata aku.

"Nak popo! Tapi tak apa, tak payah minta pun Yun dah kasi banyak, hehehe. Now biar oppa popo Yun pula."

Tangan kecilnya merangkul leher aku. Pipi aku dicium kiri kanan. Comel je bibir dia.

"Saranghae!"

"Nado saranghae!"

Aku memeluk Yoongi, erat. Yoongi turut membalas pelukkan aku. Rangkulan tangannya pada leher aku dieeratkan.

"Ehem, ehem."

"Ni kenapa sweet-sweet tak ajak Kookie?"

"Omaigosh berdarah mata Tae!"

"Teringin sangat aku nak ketuk kepala dia."

Kelam-kabut aku turunkan Yoongi bila dengar suara-suara sumbang yang dah mengumpat itu ini. Yoongi dengan muka selamba dia pandang yang lain.

"Jealous ke? Hahahaha, tak swag!"

Jimin dan menarik Jungkook dekat dengan dia. Taehyung pula sempat record muka jahat Yoongi tu. Namjoon dah menahan penumbuk, Jin pula menepuk-nepuk bahu Namjoon supaya bersabar. Hoseok dah berlari ke sisi aku. Tangan aku diggengam.

"Jom noona main yang lain. Yoongi dah gila. Bahaya tu."

Tergelak aku dibuatnya. Terus Yoongi buat muka masam.

"Berita melaporkan, seorang budak yang perasan swag, telah dipalaukan oleh adik-beradiknya. Nantikan apa yang akan terjadi seterusnya pada jam yang akan datang. Sekian, yang melaporkan ChimChim."

Jungkook menepuk tangan. Jimin dah terangguk-angguk seraya mengelap peluh yang terbit pada dahi. Taehyung menunjukkan thumbs up.

"Good job Chim! Nanti kita teruskan lagi siaran ni. Sekarang kita enjoy dulu!"

Taehyung menekan butang off pada camera yang sentiasa berada di tangannya.

"Ada juga budak makan selipar kejap lagi."

Yoongi mengomel sambil mengikuti langkah yang lain menuju ke stesen seterusnya.

"Wah, wah!! My jams! Noona, Joon nak naik tu!!"

Terlompat-lompat Namjoon sambil tangan dia sibuk menunjuk ke arah permainan tu. Jungkook dah berkerut dahi.

"Ei, binatang warna hijau tu Joon nak naik?"

"Nanti dia gigit kau, padan muka."

Hoseok menyampuk. Dia sebenarnya takut dengan benda tu. Sia-sia je kalau dia kena gigit nanti.

"Ei yang ni lah baru thrill! Setakat main kereta pusing-pusing tu tadi level Kookie je. Jom, jom siapa nak join Joon?"

Jungkook hanya mampu memandang Namjoon dengan bibir yang diketap. Penumbuk kecilnya ditahan. Jimin dah pegang bahu Jungkook.

"Sabar Kookie. Simpan penumbuk tu. Comel sangat. Chim gigit karang hilang."

Terus Jungkook simpan tangan dia dalam poket seluar. Taehyung dah berlari ikut Namjoon. Yoongi pun sama. Hampir-hampir Namjoon menjerit histeria sebab Yoongi cakap dia pun nak join.

"Eh, Jinnie. Tak nak naik tu ke?"

Aku menyoal Jin yang hanya diam memerhatikan keadaan yang huru-hara tu. Dia menggeleng.

"Perut Jin sakit.. Laparlah noona."

-notes

kita akan republished ff blind; taehyung.

and one more, kita ada buat ff baru! will be publish on friday ni, 24/2/2017! nanti jenguk-jenguklah kalau free ya😘

way to 100k reads! omeiji saranghae guys😭💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com