Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

0049

Jin POV:

Gosh, kebulurnya...

Bila dorang nak sudah main benda hijau ni? Bukannya best pun.

"Jinnie, pergi beli makanan sikit alas perut dulu. Tulah, noona suruh makan sebelum keluar hotel tadi, tak nak. Excited sangat."

Aku hanya mampu memuncung sambil buat muka kesian dekat noona. Menggeleng noona dibuatnya. Duit yang dihulur oleh noona aku capai.

"Jinnie bawa Kookie tengok makanan kejap eh noona?"

Noona mengganguk. Hoseok yang berada atas pangkuan noona aku pandang seraya menggamitnya untuk ikut aku. Tapi dia menggeleng.

"Hoseok nak duduk dengan noona. Jinnie pergilah dengan Kookie."

Aku mencapai tangan Jungkook yang muka dia clueless habis. Tak faham apa yang tengah jadi agaknya sebab masa noona cakap suruh aku beli makanan tu, dia leka tengok yang lain naik benda hijau tu.

"Kita nak pergi mana ni Jinnie?"

Jungkook genggam tangan aku. Takut hilang lah tu. Dah lah ramai orang, kalau budak ni hilang jenuh nak mencari.

"Cari makanan. Jinnie laparlah. Kookie tak lapar ke? Bosan tunggu dorang main."

Mata Jungkook terus melilau cari kedai makanan. Dengan kasut berbunyi dia tu. Haih, sabar jelah dengan kecomelan budak ni.

"Lapar. Kookie jarang kenyang. Kalau kenyang pun lima minit je lepas tu mesti lapar balik."

Jungkook menarik nafas sebelum menyambung kata-kata.

"Tulah Kookie pelik. Apalah yang Joonie suka sangat dengan benda hijau tu. Dahlah muka dia menakutkan, ei macam Taetae."

Ketawa aku meletus. Terbayang muka Taehyung jadi hijau. Sebiji macam alien.

"Ish, tak baiklah Kookie ni cakap macam tu, hahahaha."

Walaupun aku rasa nak setuju dengan apa Jungkook cakap tadi, aku kenalah nasihat dia sebagai abang. Ecececeh.

"Jinnie! Marshmallow!!"

Genggaman pada tangan aku dilepaskan. Jungkook dah berlari ke arah kedai yang berwarna serba pink dengan corak marshmallow pada pintu depan dia.

Cantiknya kedai ni...

"Kookie! Tunggulah Jinnie."

Jungkook yang dah excited semacam tu terjenguk-jenguk kedai tu daripada luar. Dah macam budak sesat aku tengok.

"Jinnie cepatlah! Kookie nampak banyak marshmallow dengan chocolate. Sedapnya!"

Aku melajukan langkah dan memimpin tangah Jungkook untuk masuk kedai tu. Wanginya, bau chocolate!

Pelbagai jenis marshmallow berderet kiri kanan kedai tu. Daripada yang kecik macm semut sampailah yang besar macam kaki Jungkook.

Dekat tengah-tengah kedai tu ada tiga chocolate fountain. Satu pink, chocolate dan putih. Aku syak mesti perisa chocolate, strawberry dan vanilla.

"Welcome to World of Marshmallow! Adik cari apa?"

Tegur satu suara daripada belakang aku. Haih, soalan dia ni memang tak logik lah. Takkan aku cari baju pula kalau masuk kedai marshmallow?

Aku memusingkan badan dan memandang dia. Jungkook dah lama hilang dalam dunia dia sendiri sambil tengok chocolate fountain tu.

"Nak marshmallow!"

Aku bagi jawapan budak-budak. Yeoja tu dah tersenyum senget dekat sambil pimpin tangan aku dekat dengan dereta marshmallow.

"Nama siapa?"

Dia bertinggung seraya pandang aku. Eh, eh aku ni customer je kenapa sampai nak tahu nama?

Haih, susahlah kalau famous sangat ni.

"Jinnie.."

Aku menjawab perlahan. Mata aku sibuk memerhatikan pelbagai jenis chocolate yang ada dekat situ.

"Okay, Jinnie nak yang mana? Noona tolong bungkuskan."

"Kookie nak bungkus noona boleh?"

Eh, eh sejak bila budak ni... Amboi siap kenyit-kenyit mata lagi. Daripada siapa kau belajar ni Jungkook...

"Hahaha, boleh sangat. Alololo, comelnya Kookie ni."

Yeoja tu dah cubit pipi Jungkook. Tersengih-sengih Jungkook dengan pipi dia dah memerah.

Mengada kau ya, siap nanti aku membebel.

"Tak, Kookie cakaplah bebetul nak bungkus apa. Jinnie tinggal Kookie kat sini karang."

Jungkook dah tergelak. Siap tutup mulut guna tapak tangan. Sejak bila entah sopan bebenar.

"Kookie nak... Ala, Kookie tak nampak lah.. Tinggi sangat."

Jungkook dah mencebik. Yeoja tu dah tersenyum sebelum mendukung Jungkook.

Aku dah picit dahi. Pening betul kalau jalan dengan Jungkook ni. Sebab dia comel sangat tu yang orang selalu mesra dengan dia.

Aku hanya memerhatikan Jungkook tunjuk itu ini sambil ketawa. Yeoja tu pun macam happy je melayan Jungkook.

Tsk, tak apa. Palau tu memang dah biasa dalam kamus hidup Jin. Nanti aku nak cari makanan lain lah, tak ada selera nak telan marshmallow ni.

Tengah aku berduka lara, telefon aku tetiba berbunyi. Kelam-kabut aku cari dalam poket.

"Yeobseyo."

"Kau dekat mana ni? Dorang dah habis naik benda hijau tu. Noona cakap kitorang datang ambil kau lepas tu kita terus naik mainan yang lain."

Fuh sekali nafas je Yoongi cakap. Daebak.

"Aku dekat kedai World of Marshmallow. Dari tempat benda hijau tu kau jalan terus je nanti nampak kedai warna pink. Kat situlah aku dengan Kookie tengah pilih marsh-"

Tut.. tut... tut...

Tak guna kau Yoongi...

"Jinnie! Kookie dah siap pilih. Bayarkan, teehee."

Amboi bila sampai nak bayar baru kau teringat dekat aku ya? Bertuah.

Tanpa banyak cakap aku terus ke kaunter dan bayar. Malas nak membebel dekat Jungkook.

"Wah, cantiknya!"

"Tengok tu ada chocolate meleleh!"

Suara-suara riuh mula kedengaran. Dah sampailah tu budak-budak ni. Noona berjalan menghampiri aku seraya tersenyum pada yeoja dekat kaunter tu.

Taehyung dengan camera dia tak habis-habis dia merakam. Aku pula dah cuba sedaya upaya untuk masuk dalam rakaman dia.

"Tepilah Jinnie!"

"Ala, tolong ambilkan gambar Jinnie boleh? Kedekutlah Tae ni."

Aku dah cemberut. Taehyung dengan muka malas layan dia ambil gambar aku, nampak sangat ambil tak ikhlas sebab gambar pun senget...

***

Kitorang meneruskan perjalanan lepas singgah dekat kedai ayam goreng, fishcake panas panas, kimbap, pancake dan tak dilupakan, icecream.

Barulah terasa bersemangat sikit aku nak naik benda-benda ni. Perut sudah kenyang.


"Wah, noona! Yang tu apa? Macam seronok je."

Taehyung dah terkinja-kinja. Namjoon dah mengganga. Jungkook pula tak berkelip mata dia.

Hoseok dengan Yoongi diam je, kenyang sangat mungkin?

"Jinnie, dah dahlah tu makan. Nanti jadi gemuk padan muka. Ada lengan lipat-lipat macam Chim ni."

Jimin dah picit lemak yang ada dekat dengan lengan dia sendiri.

"Hei, Jinnie ni fabulous tau. Makan banyak mana pun tetap kurus macam ni."

Dengan ayat riak lagikan takbur, aku menyumbat marshmallow yang terakhir ke dalam mulut. Harap-harap Jungkook dah lupa pasal marshmallow ni sebab tadi dia pesan.

"Simpan Kookie sikit tau, kalau takda, Kookie gigit Jinnie!"

Tapi sebab aku geram sangat dengan Jimin, aku dah tertelan marshmallow terakhir tu.

Mari berdoa semoga Jungkook lupa.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com