Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

0058

"Aku rasa, maksud mimpi kau tu, kau kena sedarkan Kookie yang dia kena cakap ayat ni untuk kembalikan semua orang pada normal."

Aku bertinggung seraya memandang wajah Jimin. Jimin menepuk pipinya, bingung.

"Tak fahamlah Tae. Apa maksud Tae kembali pada normal? Bukan kita semua memang normal ke?"

Haih, menguji kesabaran juga ya nak terangkan benda complicated ni. Kenapalah Jungkook tak cakap je ayat tu kan senang tak payah nak pujuk-pujuk. Pening pula aku. Dah sakit lutut aku bertinggung daripada tadi.

Maklumlah, buat mesyuarat rahsia dalam almari. Lepas Jungkook tidur, aku terus tarik Jimin masuk almari ni. Nak bagitahu dia, supaya dia faham keadaan sekarang.

"Okay, Chim kau dengar je apa aku nak cakap ni dan kau memang kena percaya sebab semua yang akan aku bagitahu ni adalah fakta. Ya, aku tahu kau susah nak percaya sebab mesti kau fikir aku ni berimaginasi je. Tapi kali ni tak."

Aku menarik nafas sebelum mula menceritkan pasal sumpahan ni semua. Dengan bantuan cahaya pada screen phone yang pegang, dapatlah aku tengok muka Jimin yang memang dah terkejut habis. Dengan mulut melopong. Nasib baik air liur tak meleleh.

Kalau tak, memang aku dah lari terjun keluar tingkap.

"Er, kau nak aku percaya semua yang kau cakap ni?"

Lepas berpenat lelah aku cerita, Jimin bagi aku soalan yang minta kaki.

"Yalah, habis tu buat aku pepenat cerita."

Jimin buat muka judging. Eh, eh sepet ni.

"Kalau Chim tak caya, Chim tanya noona dengan yang lain. Kecuali Hoseok sebab Hoseok still belum sedar semua ni."

Aku memandang wajah Jimin. Penuh pengharapan.

"Chim je yang boleh pujuk Kookie... Sebab Chim yang mimpi semua tu.."

"Pujuk Kookie pasal apa?"

"OMAAAAA!"

Aku menjerit histeria, diikuti Jimin yang dah panjat atas badan aku.

"Apa korang buat dalam almari ni?"

Wajah Jungkook aku pandang sekilas sebelum aku tolak Jimin jauh daripada aku. Badan dia menggigil sebab terkejut.

Gila tak terkejut, macam mana si biskut ni boleh tetiba buka almari?

"Er.. Tengah cari..-"

Tak sempat aku nak bagi alasan, Jimin dah menyampuk.

"Cari sayur!!- Eh eh tak cari.. Cari err.."

Jimin dah tergaru-garu kepala. Jawapan dia tadi buat aku menepuk dahi dia, geram. Mana ada orang cari sayur dalam almari? Tulah aku nak cover tadi kau sibuk nak jawab, ish.

"Cari baju Chim. Tak jumpa tu yang sampai kitorang duduk dalam ni."

Aku memberi alasan seraya tersengih. Kaki aku turunkan hingga mencecah permaidani diikuti dengan Jimin.

"Ya ke? Kenapa Kookie dengar nama Kookie tadi?"

Jungkook memandang kitorang, pelik dan musykil. Aku dapat rasakan badan aku sejuk. Pertama kali aku rasa seram bila dengan Jungkook.

"Tae, biar Chim cakap dengan dia."

Aku memandang wajah Jimin dengan pandangan -Kau yakin?

Dan dia mengganguk. Aku pun mengorak langkah keluar dari bilik tu seraya menutup pintu.

Aku serahkan pada kau, Jimin.

***

Jimin POV:

Aku tak tahu, aku patut percaya tak apa yang Taehyung cakap tadi. Tapi.. Dia nampak serious. Dan bila aku fikir balik, semua orang pun macam nak tahu isi buku ni. Mungkin betul apa yang Taehyung cakap dan dia tak main-main.

Lagi-lagi, aku dapat mimpi macam tu. Jadi aku rasa memang tanggungjawab aku untuk sedarkan Jungkook.

"Kookie.."

Tangan Jungkook aku genggam.

"Kookie tahu kan sebenarnya apa yang Kookie kena buat?"

Jungkook mengganguk, seraya mengeluh.

"Tapi Chim... Kookie tak sanggup.."

Air mata Jungkook mula mengalir. Semakin lama semakin laju sehingga wajahnya memerah. Esakkannya makin kuat.

Aku tarik Jungkook ke dalam pelukkan aku. Rambutnya aku usap perlahan.

"Chim yakin, semua ni adalah yang terbaik untuk kita semua."

Makin kuat tangisan Jungkook.

"Ta..Tapi.... Kookie sa..yang Chim... Kooki..e taknak...."

Air mata aku mula mengalir. Jungkook... Kau buat aku tak kuat dengan keputusan aku ni.

"Kookie, pandang Chim.."

Pelukkan dileraikan. Wajah Jungkook aku pandang, lama. Air mata yang masih mengalir pada pipinya aku usap perlahan.

"Kookie buat aje okay? Chim janji, Chim takkan lupakan Kookie dan yang lain walau kat mana pun Chim berada."

Jungkook masih diam. Matanya galak merenung aku.

"Kookie... Kita tak banyak masa ni.."

Aku melirik pada jam di dinding. Tinggal dua jam sebelum peluang untuk kembali normal ni hilang.

"Tapi.. Kenapa mesti Chim? Kenapa tak boleh ambik Kookie je?"

Aku menekup mulut Jungkook seraya menggeleng.

"Sebab Chim sayang Kookie, lebih dari Chim sayang diri Chim. Ara? Dah jom turun, Kookie kena cakap ayat tu."

Jungkook mengesat air matanya. Dia masih teresak. Melihatkan dia macam tu, buat aku rasa lagi sebak. Apalah reaksi yang lain bila tahu ni sebenarnya yang akan terjadi?

Tangan Jungkook aku tarik. Kakinya dipaksa untuk mengikut langkah aku menuruni tangga. Semuanya ada dekat ruang tamu.

"Kookie, kenapa nangis ni?"

Jin mendekati Jungkook.

"Kau buat dia eh Chim?"

Yoongi ni tak boleh ke sehari tak tuduh aku melulu, ish.

"Mana ada. Kookie baru bangun tidur tu yang dia meragam."

Aku memberi alasan seraya mengambil tempat di sebelah Namjoon. Mata aku tertancap pada screen phone dia.

Main game rupanya. Kepala aku lentokkan pada bahu Namjoon.

"Eh, kau ni kenapa?"

"Saja nak manja-manja dengan hyu- Joonie.. Tak boleh ke?"

Namjoon dah buat muka- Are you kidding me mochi?

Aku hanya tersengih seraya beralih pada Hoseok yang masih leka dengan tv. Taehyung ada dekat sebelah dia mengunyah keropok cikedis. Mata dia pun tak lepas pandang tv.

Ish, ish. Dah besar-besar pun still minat Detective Conan ni.

Bahu Hoseok aku peluk dari belakang. Pipinya aku lagakan dengan pipi aku.

"Chim, wae?"

Hoseok dah mula rimas sebab rambut aku dah masuk mata dia. Aku ketawa sebelum beralih pada Taehyung dan memeluknya. Terjatuh terus plastik cikedis tu.

"Chim.. Jangan goda aku.. Aku dah ada girlfriend.."

Aku menumbuk bahunya dan mengangkat kening.

"Siapalah perempuan malang jadi girlfriend kau tu hahaha."

"Perempuan dalam mimpi dia lah, apa lagi."

Yoongi menyampuk. Pandangan aku beralih pada Yoongi yang duduk atas peha noona sebelah kiri. Sebelah kanan pula Jungkook. Dia hanya pandang aku dengan pandangan yang sayu.

"Hyu- Aish, Yoongi... Chim tau kita banyak gaduh, banyak sarkastik.. Tapi Yoongi kena tahu Chim sayang Yoongi.. Sangat-sangat."

Aku melangkah mendekati Yoongi. Yoongi dah membulatkan mata dia.

"Eh, eh.. Kau kena sampuk ke Chim?"

Aku hanya tersengih sebelum menarik rambut Jin.

"Jinnie! Thanks sebab selalu ada dengan Chim. Sayang Jinnie!!"

Jin terus peluk aku. Awh.

"Kau ni kenapa nak bersentimental dengan semua orang ni? Apa jadi masa kau dengan Kookie kat atas ha?"

Amboi Jin, sempat eh kau nak korek hahahah. Tak sabarlah tu nak tahu apa jadi. Aku hanya tersengih seraya menggeleng.

Akhir sekali, wajah noona aku pandang.

"Noona, boleh Chim nak dukung?"

Noona yang daripada tadi pandang je aku, mengganguk dan meletakkan Yoongi dengan Jungkook atas sofa. Badan aku diangkat.

Terus leher noona aku peluk dan wajah aku sembamkan pada bahu dia. Aku rasa nak nangis, tapi aku tahan.

"Chim.. Sayang noona.. Sangat-sangat."

Noona mengusap belakang badan aku, buatkan aku mengeratkan pelukkan pada leher noona.

"Noona pun sayang Chim.. Terlebih-lebih. Chim kenapa ni? Risaulah noona."

Aku merenggangkan pelukkan seraya tersenyum pada noona. Pipinya aku cium.

"Turunkan Chim, Kookie ada benda nak cakap."

Aku memandang Jungkook seraya mengganguk.

- siapa nak yoongi + yun moment utk next chapter? ehehehehe😂
apa eh nama shipname dorang yang sesuai? ce suggest😎

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com