Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

0059

Jungkook menarik nafas sedalam-dalamnya. Matanya ditutup rapat, tangannya digenggam membentuk penumbuk. Renik peluh mula terbit pada dahinya.

Semua memandang Jungkook dengan wajah yang keliru. Kecuali Jimin. Ekspresi dia... Menggambarkan yang dia tengah sedih masa tu.

"I want everything to be back to normal.."

Sebaik sahaja Jungkook melafazkan ayat tu, pandangan aku terus gelap.

***

Chirp chirp chirp!!

Bunyi apa tu? Bisingnya!

Mata aku celik dengan kegeraman yang melampau. Burung manalah yang berdecit kuat sangat ni? Kacau tidur aku je.

Benda pertama yang menjadi pandangan aku ialah, rambut seseorang yang berwarna hijau-biru. Eh, siapa...?

Yoongi?

Sebaik sahaja aku nampak wajah Yoongi yang lena tidur, aku tergamam. Polosnya muka dia masa tidur, comel pula tu.

Tapi sekejap, apa maksud semua ni?

"Yoongi... Oppa... Irreona!"

Aku menggoyangkan badan Yoongi sekuat hati. Dia mula mengeliat dan menunjukkan tanda-tanda yang dia terganggu dengan cara aku kejut dia.

Berkerut-kerut dahi dia. Mata dia buka sebelah sambil tangan dia sibuk menggaru pipi.

"Hm.. Wae..."

"Oppa bangunlah. Oppa dah jadi dewasa balik!"

Mendengarkan kata-kata aku tu, Yoongi terus celik mata dia sebesar-besarnya. Dari baring malas, terus duduk segar. Wajah aku ditatap. Kedua belah pipi aku dipegang.

"Cheongmal? Kita tak mimpi kan? Yun cuba cubit oppa?"

Aku mengganguk. Jariku mencubit manja pipi Yoongi dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Air mata kegembiraan mula bertakung pada tubir mata.

Yoongi menarik aku ke dalam dakapannya. Tuhan, betapa aku rindukan pelukkan dia.

Belakang badan aku terasa diusap. Hangatnya haba daripada tangan dia, buatkan aku tersentuh. Aku rindu kau Yoongi.. Welcome back!

***

Proooot!!

"OHMANGAI UDARA!!!"

Jeritan Hoseok menguasai segenap ruang bilik tidur tu. Hoseok kelam-kabut berlari ke arah tingkap dan membuka tingakap seluas-luasnya. Tercungap-cungap dia cuba mencari nafas.

"Hah... Hah.... Tak guna siapa yang lepaskan bom ni!"

Hoseok mengetap bibir, geram. Setelah dia rasakan dia dapat bernafas dengan normal dan bau yang macam dekat loji tu hilang, dia pun berpusing menghadap ke arah katil.

Sekujur tubuh milik Taehyung tengah berbungkus bahagia dalam selimut. Atas lengan dia ada kepala Jungkook yang lena tidur. Siap peluk Taehyung lagi.

"Pergh ni sah sah Tae punya kentut. Neraka betul... Boleh pula si biskut ni tidur siap peluk-peluk dia? Share satu selimut pula tu. Hidung tersumbat ke apa budak ni.."

Hoseok masih meneruskan bebelannya seraya menggeleng. Dia kembali menghadap tingkap dan menarik nafas sedalam-dalamnya. Seketika cuma dia berasa tenang, bila dia teringat sesuatu.

"Kejap.. Macam mana aku boleh sampai nak buka tingkap ni tanpa panjat kerusi..?"

Musykil, Hoseok menghalakan figuranya pada cermin meja solek. Dia kaku memandang biasan imejnya.

"TAEHYUNG! KOOKIE! BANGUN OUI!!!!! AKU DAH DAPAT BADAN AKU BALIK HAHAHAHA!"

Kali kedua bilik tu bergegar disebabkan jeritan Hoseok. Dia berlari ke arah katil dan menghempaskan tubuh badannya di atas Taehyung dan Jungkook yang lena tidur. Tak cukup dengan hempas, dia main guling-guling pula atas dorang.

Rambut Jungkook diserabutkan, pipi Taehyung dicubit-cubit sambil dia ketawa histeria.

"Guys guys! Tolonglah bangun hahaha gembiranya aku!"

Taehyung yang rasa terganggu dengan cubitan demi cubitan yang hinggap pada pipinya, mula menyedarkan diri ke alam nyata.

"Hoseok, ni kenapa ni? Gila ke?"

Masih mamai, Taehyung menguap. Sebaik sahaja dia sedar Hoseok duduk atas perut Jungkook dan Jungkook tengah berkerut-kerut dahi sebab menampung berat Hoseok, terus Taehyung tolak Hoseok sampai jatuh katil.

"Aduh! Peliknya aku tak rasa sakit! Hahahaha mungkin aku gembira sangat! By the way Kim Taehyung, berani kau panggil nama aku eh? Aku ni hyung kau okay!"

Hoseok kembali berdiri lepas kena campak ke lantai. Sambil cakap tu, tangan dia menolak-nolak bahu Taehyung yang muka dia memang nampak rimas dan menyampah dengan perangai Hoseok.

"Tae, Hoseok tu kenapa?"

Jungkook bertanya dengan suara yang serak-serak baru bangun tidur. Matanya diusap berkali-kali cuba untuk menyedarkan diri dari mimpi yang terasa sungguh panjang.

Taehyung mengangkat bahu seraya menjarakkan diri dari Hoseok. Bahu Jungkook dipeluk dan turur ditarik menjauhi Hoseok.

"Kejap.. Kookie... Kenapa bahu Kookie macam..?"

Kata-kata Taehyung terhenti di situ. Matanya memandang Jungkook dengan pandangan yang sukar nak percaya.

***

"Omma ya! Gempa bumi!"

Jin menjerit terkejut. Serta-merta dia terduduk daripada baring. Jantungnya berdegup pantas sebaik sahaja mendengarkan jeritan yang kuat dari bilik sebelah.

Namjoon yang lena juga turut terkejut. Dia bangun dan berlari keluar daripada bilik untuk melihat apa yang terjadi.

Jin terkocoh-kocoh mencapai handkerchief pinknya, turut berlari mengikut langkah Namjoon.

Pintu bilik ditolak dari luar. Terpacul wajah Hoseok, Taehyung dan Jungkook yang terkejut memandang antara satu sama lain.

Namjoon melangkah masuk diikuti Jin.

"Korang kenapa terjerit-jerit ni?"

Taehyung dan Jungkook menudingkan jarinya pada Hoseok.

"Hoseok hyung yang menjerit tu."

"Kenapa?"

Jin menyoal seraya berpeluk tubuh memandang Hoseok yang dah tersengih-sengih malu.

"Cubalah korang semua tengok diri korang kat cermin tu."

Semuanya berlari ke arah cermin. Namjoon dan Jin terngangga. Taehyung dan Jungkook dah berpeluk. Hoseok kat belakang terangguk-angguk gembira.

"Sekarang dah faham kenapa aku jerit macam orang gila?"

Semuanya mengganguk. Jin mendepakan tangan pada dorang seraya terjerit gembira. Mereka membentuk satu bulatan dan saling berpelukan.

"Ehem! Bergembira tak ajak nampak?"

Yoongi berdiri di hadapan pintu, Yun disebelahnya dipeluk bahu. Semuanya tersenyum gembira.

"Come here hyung, noona! Let's celebrate this uyeah!"

Namjoon menggamit Yoongi dan Yun untuk menyertai bulatan mereka. Dengan senang hati, mereka berdua turut menari riang.

Cuma ada seorang di situ, yang tersenyum di bibir cuma hatinya... Merasakan yang sebaliknya.

***

"Kejap.. Satu dua tiga.. Mana Chim?"

Yoongi mengerutkan dahinya selepas mengira jumlah adik-adiknya. Tak cukup sorang.

"Haah, mana Chim eh?"

"Dari aku sedar tadi aku tak nampak Chim pun?"

"Biasanya dia tidur dengan Tae kan? Maksudnya dalam bilik ni lah."

Semua orang dah berpecah dari bulatan tersebut dan mula memanggil nama Jimin. Jungkook hanya terduduk muram di pinggir katil.

"Kookie, wae?"

Yoongi menghampiri Jungkook yang mengeluh tak sudah. Kedua anak matanya memandang lantai.

"Kookie.. Tahu Chim dekat mana..."

Wajah Yoongi bertukar gembira.

"Mana?"

Jungkook memandang wajah Yoongi sebelum memeluknya erat.

-apa korang akan buat kat author kalau chimchim mati? 😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com