0061
Yun POV:
Dua hari berlalu sejak hari semua orang kembali ke badan mereka, kecuali Jimin..
Aku mengeluh seraya melangkah ke dapur. Niat di hati nak masak sarapan, tapi bila aku tengok bawah tudung saji, makanan semalam masih banyak lagi.
Dorang ni tak makan ke?
Aku mengambil tempat di atas kerusi. Duduk memangku dagu dengan fikiran leka menerawang memikirkan Jimin.
Kenapalah jadi macam ni? Tak boleh ke semuanya jadi normal je balik? Kenapa mesti amik memori Jimin?
Setiap kali aku teringatkan Chim, automatik air mata aku gugur membasahi pipi.
"Yun..."
Pantas aku menyeka air mata yang bersisa. Depan dorang, aku kena tunjuk aku kuat. Tapi tak di depan Yoongi.
Yoongi menarik kerusi disebelah aku. Dia memegang kedua-dua bahu aku seraya memandang wajah aku. Yoongi mengeluh sebelum menarik aku ke dalam pelukkannya.
Aku mula menangis teresak-esak. Perasaan sedih yang tak dapat dibendung semakin kuat menghimpit dinding hati aku. Rasa sesak, sakit.. Perasaan yang penuh dengan kesakitan.
Satu persatu memori aku dengan Jimin terlintas dalam minda. Keletah dia, comel dia, manja dia.. Cara dia petah berkata-kata...
"Yun.. Shhh... Gwenchana, kita akan cari jalan untuk dapatkan Chim balik, okay.."
Yoongi mengusap rambut aku, lembut. Dahi aku dikucup. Bajunya basah dengan deraian air mata aku.
"Tak... Yun tak kuat oppa... Macam mana kita nak dapatkan Chim balik? Dia ada kat mana? Kesian dia oppa.. Dia sosorang.. Dia cukup ke makan tu? Macam mana kalau orang yang ada dengan dia sekarang ni dera dia oppa... Macam mana...?"
Yoongi merenggangkan pelukkan dan memegang kedua-kedua tangan aku. Aku masih tersedu-sedu.
"Look here, sayang."
Aku memandang mata Yoongi yang turut menggambarkan kesedihan. Tak berkelip dia pandang aku.
"Chim cuma hilang ingatan. Kita masih boleh cari dia dan jaga dia macam biasa. Masih ada peluang untuk kita tinggal dengan dia.. Kita jangan putus asa okay?"
Suara Yoongi kedengaran bergetar, aku pasti dia menahan tangis.
Aku hanya diam mendengarkan kata-kata Yoongi. Air mata masih laju mengalir. Minda aku tak henti-henti memainkan suara Jimin.. Telatah dia...
Tubuh Yoongi aku tarik ke dalam pelukkan. Aku menangis.. Dan terus menangis.
Suasana menjadi sunyi seketika, sebelum aku merasakan ada air yang menitis pada kepala aku.
"Oppa rindukan Chim juga.. Rindu sangat adik oppa tu..."
Kedengaran esak tangis Yoongi bergabung dengan tangisan aku..
***
Jungkook POV:
Yoongi hyung.. Menangis?
Aku melangkah perlahan menuju ke bilik setelah melihatkan Yoongi hyung dan Yun noona di dapur. Tubuh dihempas disebelah Taehyung hyung yang menutup mata dengan earphone terletak elok pada telinganya.
Aku nampak ada beberapa titis air mata membasahi pipi Taehyung hyung..
Ni semua memang salah aku. Aku yang buatkan Jimin hyung pergi.. Salah aku sebab mulakan semua ni.. Salah aku...
"Kookie?"
Suara tu..
"Chim hyung?"
Mata aku tak berkelip memandang figura Jimin yang berdiri memandang aku dengan senyuman.
"Chim hyung jangan pergi.. Jangan tinggalkan Kookie dengan yang lain. Kitorang sayang hyung sanga-sangat... Jebal..."
Jimin hyung masih tersenyum sebelum mengusap perlahan kepala aku.
"Jagakan noona, Yoongi hyung dan yang lain untuk Chim okay? Chim pun sentiasa sayangkan korang."
Sebaik sahaja Jimin habis mengutarakan ayat tersebut, aku tersedar daripada mimpi.
"Kookie! Kookie!!!"
Aku duduk secara mengejut. Wajah Taehyung hyung yang panik menjadi tatapan aku.
"Ke.. Kenapa hyung?"
Taehyung hyung mengurut dada seraya menghembuskan nafas.
"Hyung ingat Kookie sakit tadi tiba-tiba diam je. Hyung kejut pun Kookie tak bergerak.."
Aku memandang kosong dinding di hadapan aku tanpa ada niat untuk membalas kata-kata Taehyung hyung.
"Kookie, Tae.. Noona panggil makan."
Jin hyung menjengah daripada luar bilik. Matanya bengkak dan bibirnya sedikit pucat. Jin hyung langsung tak sentuh makanan semalam. Dia hanya minum air je.
Kata Jin hyung, dia betul-betul tak ada selera..
"Tae taknak makan."
"Kookie pun."
Jin hyung mengeluh sebelum melangkah masuk ke dalam bilik tersebut dan melabuhkan punggung di birai katil.
"Makanlah sikit.. Kita kena bagi semangat dekat noona dengan hyung. Dorang nampak je macam kuat tapi sebenarnya.. Hyung tahu dorang sedih."
Aku dan Taehyung hyung hanya diam. Menanti kata-kata yang akan keluar dari bibir Jin hyung.
"Hyung lagilah sedih.. Budak Chim tulah yang selalu cari pasal dengan hyung.. Haha.. Comel je dia.."
"Dia selalu jaga Kookie.. Ambil berat pasal Kookie.. Bila Kookie sedih atau menangis, dia yang pujuk Kookie. Bila Kookie risau, dia bagitahu Kookie semuanya akan baik-baik aje.. Hyung.. Kookie rindu Chim hyung.. Kookie rindu dia hyung.. Kookie tak sanggup lagi nak tahan rasa ni... Jebal hyung, Kookie nak jumpa dia..."
Aku mula menangis teresak-esak. Taehyung hyung dah campak earphone dan phone nya ketepi sebelum memeluk aku. Aku dapat rasakan badan Taehyung hyung turut menggigil.
"Hyung pun nak jumpa dia balik... Tapi macam mana Kookie? Macam mana..? Cuba bagitahu hyung macam mana..."
Jin hyung menggoyangkan lengan aku dengan deraian air mata.
***
Di luar pintu bilik pula, Namjoon dah terduduk bersandar pada dinding. Lesu, tak bermaya. Fikirannya terasa kosong. Kehilangan seorang adik, memang impaknya besar.
"Joonie.."
Hoseok menghampiri Namjoon dan duduk bersebelahannya. Nafas berat dihembus.
"Kau rasa, betul ke Chim ada dekat rumah anak yatim tu? Tempat yang omma jumpa dia?"
Namjoon hanya diam. Tak mengganguk tak menggeleng.
"Aku ada terfikir sebenarnya.. Patut tak kita pergi ke rumah tu semula dan tengok Chim ada ke tak?"
"Apa gunanya Hoseok.. Dia bukannya ingat kita pun."
Hoseok menahan tangis seraya mindanya ligat berfikir. Cara untuk kembalikan Jimin.
"Memang.. Memang dia tak ingat kita. Tapi kita ingat dia, betul tak? Kita ambil jela dia macam mana omma ambil dia sebagai anak angkat dulu."
Mendengarkan cadangan bernas yang meniti bibir Hoseok. Namjoon pantas menyeka air mata. Mindanya memikirkan cadangan itu dengan teliti.
Wajahnya bertukar serious.
"Kita kena bincang dengan semua orang pasal ni. Dari pandangan aku, aku memang setuju."
Hoseok terangguk-angguk. Dia berdiri dan menghulurkan tangannya pada Namjoon. Namjoon menyambut huluran itu.
"Tapi serious aku rindu Chim."
"Gila ke siapa tak rindu dia? Dahlah comel, dengan perangai blur dia tu. Haih, kenapalah mesti Chim? Kenapa tak aku je?"
Hoseok mula menyalahkan diri sendiri seraya melangkah beriringan dengan Namjoon. Sedas ketukan singgah pada bahu Hoseok.
"Kau ingat, kalau kau yang hilang ingatan, kitorang tak sedih ke? Sama je tau tak..."
Hoseok yang tak sempat nak mengelak ketukan Namjoon, menghembuskan nafas lega bila dia memeriksa bahunya, tiada kecederaan.
"Baguslah kau reti control tenaga luar biasa kau tu sekarang. Tsk."
- official shipname for yun and yoongi= yooyun! bcs majority nak ni😂❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com