0062
"No 2K45 kan?"
Namjoon memeriksa alamat yang tertera pada skrin phone. Dia mengganguk seraya memandang wajah Hoseok.
"Betul lah ni. Tapi kenapa macam sunyi je?"
Semua mata memandang rumah banglo berwarna peach dengan gate berwarna coklat gelap. Laman yang luas, dihiasi dengan tanaman tanaman yang segar. Nampak nyaman, dan sunyi.
"Kita try tanya dulu lah, okay?"
Yoongi membuka seatbelt, diikuti yang lain. Namjoon mematikan enjin kereta seraya turut melangkah keluar daripada kereta.
"Kenapa nombor rumah ni pelik eh? Macam dalam cerita penyiasatan. Hehe."
Taehyung berbisik pada Jin, dan mendapat hadiah sebuah ketukan di kepala. Taehyung mengaduh sakit sebelum mencebik, mengejar langkah Jin yang dah jauh ke depan.
"Oppa, betul ke rumah ni?"
Yoongi mengangkat bahu.
"Manalah oppa tahu. Oppa pun omma pungut. Huhu, betul ke ni Joonie? Tae? Jinnie?"
Namjoon berkerut-kerut dahi. Taehyung pula hanya memandang blur wajah Yoongi. Hoseok seakan-akan berfikir.
"Tekan je loceng dulu. Kalau kita dok tanya antara kita betul ke tak, sampai ke tua pun tak dapat jawapan."
Mendengarkan kata-kata Jungkook yang sungguh deep tu, Yoongi terus menekan loceng seraya berdehem.
Cukup lima kali loceng ditekan, Yoongi mengeluh.
"Macam tak-"
Kreeek....
Bunyi pintu dikuak kedengaran. Memecahkan sunyi di kawasan banglo tersebut.
Seorang yeoja yang umurnya dalam anggaran 30 tahun, memakai blouse berwarna biru tua, dipadankan dengan skirt petal bercorak bunga, rambutnya yang hitam berkilat disanggul tinggi, berjalan perlahan-lahan menuju ke arah gate.
"Cari siapa ya?"
Tanya yeoja itu, lembut suaranya.
"Er.. Betul ke ni Pusat Anak Yatim Bighit?"
Jin bertanya. Yang lain hanya diam. Yeoja tersebut mengangguk.
"Ada tak budak lelaki bernama Park Jimin yang tinggal dekat sini?"
Seketika yeoja itu terdiam. Dia memandang satu persatu wajah di hadapannya itu. Seakan-akan mencari kepastian adakah patut dia beritahu, atau tidak?
"Boleh saya tahu, kenapa cari budak yang bernama Park Jimin ya? Apa kaitan awak semua dengan dia?"
Yun mengambil nafas sebelum menceritakan tentang Jimin. Tapi pasal sumpahan tu semua, dia cut lah. Kalau dia cerita mahu kena halau dengan yeoja tu sebab dia ingat dorang gila.
"Oh.. Kiranya dia tu adik awak lah?"
Yun mengganguk.
"Adik kitorang!"
Jin menyampuk.
"Hyung Kookie.."
Jungkook menambah.
Yoongi tersenyum melihat telatah adik-adiknya. Bahu Yun dirangkul.
"Jemputlah masuk dulu. Dulu, rumah ni memang ramai kanak-kanak. Tapi sebab ada satu kes dera dan sorang kanak-kanak meninggal, terus rumah ni jadi sepi. Rumah ni menjadi blacklist bagi rumah anak yatim. Park Jimin tu, saya jumpa dekat depan rumah. Menangis-nangis dia. Bila saya tanya, dia sesat ke? Dia tak cakap.. Dia menangis je sampai lah saya dukung dan bawa dia masuk dalam rumah."
Mendengarkan kata-kata yeoja tersebut, pelbagai reaksi dapat dilihat daripada wajah mereka.
"Kes dera? Apa maksud awak ya?"
"Ada salah satu pengasuh, yang kurang tahap kesabaran dia. Kami tak tahu langsung dia ada mendera seorang kanak-kanak ni. Katanya dia benci budak tu sebab selalu merengek. Haih, budak kan? Mestilah manja dan merengek semua."
Yeoja tersebuh mengeluh seraya melangkah menuju ke pintu rumah. Tombol pintu dipulas dan pintu terbuka luas.
"Ish apalah pengasuh tu. Tak ada adab. Kesian budak tu. Sini lah bagi Kookie jaga."
"Kan, kan. Kalau nak ikut panas baran, baik tak payah jadi pengasuh. Jadi Hulk sana."
Taehyung menyampuk. Menggeleng Hoseok, Namjoon dengan Jin mendengarkan perbualan dorang.
"Sayang, cat!"
Yoongi terjerit perlahan bila ada seekor kucing berwarna putih bersih melintas dihadapan dorang. Yun hampir-hampir terpijak kucing tu.
"Aiyo kucing, lain kali nak jalan tu tengok-tengoklah kiri kanan sikit. Ni main lintas je. Reti-retilah tekan brek tu."
Hoseok mengetuk kepala Taehyung yang dah membebel entah apa-apa.
"Kau ingat dia kereta nak brek-brek?"
Taehyung hanya tersenyum petak.
"Ha jemput duduk ya. Saya panggilkan Jimin dan nak buat air sekejap."
***
Sorang budak lelaki berjalan terkedek-kedek menghampiri yang lain dengan ibu jari dihisap. Mata sepetnya melilau melihat wajah-wajah asing dihadapan matanya. Rambutnya yang hitam lembut, beralun bila ditiup angin kipas.
Baju bercorak "Baby Bear" yang tersarung pada tubuh kecilnya, membuatkan dia kelihatan sungguh comel. Tangannya berada dalam genggaman yeoja tadi.
"Jimin, duduk atas sofa ya? Omma nak buat air kejap untuk tetamu kita."
Ya, memang budak tu Park Jimin.
Yun kehilangan kata-kata. Yoongi, Namjoon dan Hoseok tak berkelip memandang Jimin yang sedang berusaha memanjat sofa.
Mata Taehyung dan Jin mengikut langkah si kecil tu. Jungkook pula?
Dia dah pergi tolak punggung Jimin supaya dia senang nak naik atas sofa tu.
"Go.. Gomawo.."
Kata Jimin, perlahan..Jungkook tersenyum melihat Jimin.
"Aigo, kyeowo! Geramnya Kookie tengok Chim."
Habis pipi gebu Jimin dipicit-picit Jungkook. Jimin pula dah mengelak dengan sedaya upaya dia. Gigih dia menepis tangan Jungkook. Muka dia dah mula muram, Jimin mencebik.
Kelam-kabut dia merangkak ke hujung sofa dan bungkuskan diri dia dalam selimut yang ada dekat situ. Bibir kecilnya menggumam.
"Omma..."
Jungkook terkesima.
"Alamak, Kookie dah takutkan dia..."
Jin mula mengusik Jungkook yang dah risau.
"Ayok, tatayok. Nanti Chim tak suka Kookie. Ayok!"
Kali ni, Taehyung pula ketuk kepala Jin.
"Hyung ni, dah besar kan? Cuba buat perangai dewasa sikit."
Jin mencebik.
Sementara Yun dan Yoongi yang masih tak lepas memandang Jimin, sama-sama mendekati Jimin yang masih berbungkus dalam selimut.
"Chimchim.."
Panggil Yun, lembut. Jimin mengeluarkan sedikit kepala dia.
"Si.. Siapa Chim..?"
"Ah mian. Maksud noona ni, Jimin."
Yoongi tersenyum seraya mengusap rambut Jimin yang masih kelihatan takut.
"Jimin jangan takut okay? Noona dengan hyung semua ni bukan orang jahat. Kitorang datang sini nak jumpa Jimin."
"Kenapa nak jumpa Jimin?"
Dahi Jimin berkerut. Yun mengambil peluang mendepakan tangannya untuk mendukung Jimin. Tapi Jimin kekal statik dalam selimut tu. Yun mengeluh hampa.
"Sabarlah, dia belum kenal kita mestilah dia takut."
Yoongi berbisik pada Yun.
"Kitorang nak jumpa Jimin, sebab nak ajak Jimin main. Hehehe, Jimin suka main apa?"
Yoongi mendekati Jimin lagi. Meninggalkan Yun yang terduduk bersimpuh dibelakang.
"Jimin.. Suka main pedang! Shiu shiu!!"
Jimin mula mengeluarkan badannya daripada selimut. Yoongi tersenyum manis.
"Jom, main dengan hyung, nak?"
Yoongi mengangkat keningnya. Jimin seakan-akan berfikir.
"Minum dulu ya.."
Suara yeoja sebentar tadi menggangu sesi beramah mesra Yoongi dan Jimin.
"Omma!!!"
Jimin pantas berlari ke arah yeoja tersebut dan memeluk kakinya.
Terdetik di hati Yun..
"Mesti susah nak dapatkan Chimchim yang dulu.."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com