007
Aku memimpin tangan Jimin. Sebelah lagi tangan mengangkut plastik-plastik yang banyak. Haneul dikendong dibelakang.
"Chim yakin ke ni?"
Jimin bersungguh-sungguh mengganguk.
"Chim selalu tengok Hoseok hyung. Mesti Chim reti sebab dia hehehe. Lagi pun tengok lah tu noona. Hadiah dia mochi yang banyak tu. Homeiji, Chimchim nak!"
Aku hanya menggeleng. Makin dibiar makin pelik-pelik si kecik ni.
Akhirnya, Jimin dah ada dekat atas stage. Ramai orang yang record dia, cakap dia comel. Hm, adik Yun kan, mestilah comel.
"Wah, nampaknya kita ada peserta yang sangat comel ye harini? Nama siapa?"
Pengacara tu dah hulurkan mic pada Jimin. Jimin tersengih malu. Tangan kecilnya menggaru kepala sebelum dia menjawab.
"E.. Ehem.. Nama saya Jimin."
Dengan suara yang malu-malu, Jimin menjawab. Tak pernah aku dengar suara dia mengada macam tu kecuali masa cakap dengan Haneul. Selama ni macam nak pecah anak tekak.
Terdengar jeritan-jeritan dan kata-kata semangat yang dilemparkan buat Jimin. Macam concert dah aku rasa.
Lagu dipasang. Jimin mula menari perlahan. Aku terkedu seketika. Macam mana aku boleh tak perasan dia ada talent ni?
Phone dikeluarkan dari kocek seluar. Plastik diletakkan di atas lantai dan aku mula merakam Jimin yang tersenyum gembira.
Sekilas aku pandang Haneul, kemain besar mata dia. Amboi, anak aku sorang ni.
***
"Sebenarnya hyung.. Joon hyung ada cakap dekat Kookie, Kookie nak tak kerja dekat syarikat appa."
Jungkook melirik sekilas pada Jin. Reaksi Jin hanya biasa-biasa, tapi nampaklah dia macam terkejut. Jungkook meneruskan kata bila Jin hanya diam.
"Sebab hyung kata, Yoongi hyung dah macam orang gila nak handle syarikat tu. Dia kan takdalah bijak mana sebab tu lah kot. Eh tak tak hehehe Kookie bergurau."
Sempat lagi biskut ni.
Jin menghembuskan nafas.
"Em.. Kenapa pula Joon tanya dekat Kookie tak tanya hyung dulu?"
Jungkook mengangkat bahu. Muka Jin nampak macam sedih sikit.
"Kookie rasa sebab Joon hyung pening kot. Dia tak boleh nak fikir lah tu. Mesti Yoongi hyung pressure dia. Ish ish."
Jungkook dah tergeleng-geleng. Jarinya bermain dengan kertas yang patutnya dia buang dalam tong sampah. Dicarik-cariknya kertas tu jadi serpihan.
"Hyung tak kisah kalau Kookie nak kerja kat situ. Tapi tulah, hyung ada Kookie je kat sini. Nak ambil pekerja lain, hyung tak yakin. Adik hyung jelah yang hyung percaya."
Jin dah berpaling daripada Jungkook. Dia menuang air kosong ke dalam cawan seraya meneguknya. Matanya hanya memandang ke ruang cafe yang kosong. Petang petang macam ni memang tak ada orang sangat.
"Hm, okay hyung. Nanti Kookie reject."
Jin memandang Jungkook, lama sebelum dia berkata.
"Hyung kan dah kata hyung tak kisah. Kookie decide lah mana yang Kookie rasa bagus untuk Kookie. Tapi bila hyung fikir-fikir balik, lebih baik Kookie kerja kat syarikat appa tu. Atleast bergerak lah sikit otak Kookie tu dari kat sini dok bancuh air, buat cake."
Jin tersenyum. Jungkook hanya memandang kosong wajah Jin sebab dia sendiri tak pasti Jin betul-betul ke nak lepaskan dia.
***
Hoseok membetulkan posture tangan Baekhyun sambil tersenyum.
"Okay, good! Macam nilah yang hyung nak tengok. Bagus bagus. Keep this good work okay?"
Hoseok mengusap kepala Baekhyun yang dah tersenyum. Senang hati dia bila harini Baekhyun tak buat banyak salah yang simple simple. Kalau choreo yang susah tu logiklah nak salah kadang-kadang.
"Kalau macam ni, mesti kitorang boleh debut cepat kan?"
Kai terkelip-kelip mata memandang Hoseok. Botol air dihulurkan pada Hoseok.
"Maybe? Hahaha, kalau dah okay semuanya hyung akan aturkan debute korang dalam bulan ni juga."
Melompat-lompat semuanya dengar apa yang Hoseok cakap. Hoseok pula hanya ketawa kecil melihatkan telatah mereka.
Sedang dia leka memerhatikan mereka, telefonnya berdering. Hoseok mencapainya, tanpa melihat nama pemanggil, dia menjawab.
"Yeobseyo?"
"Hoseok!! Tolong noona!! Chim tiba-tiba pengsan. Noona tak tau nak buat apa ni.."
Hoseok tersentak tatkala mendengarkan suara aku yang dah serak sebab menangis daripada tadi.
"Ha noona kat mana ni?"
"Kat supermarket belakang rumah kita. Datang cepat Hoseok."
Hoseok terus berlari keluar tanpa menghiraukan panggilan-panggilan juniornya.
***
Jihoon menghirup coffee sambil buat iklan. Taehyung yang leka memandang ke luar tingkap ternampak bayangan Jihoon. Mencebik terus dia.
"Eh, hello. Yang kau fefeeling artis ni pahal? Minum jelah macam orang normal."
Jihoon ketawa.
"Aku rasa perangai tak betul kau ni melekat kat aku lah. Tak pernah-pernah aku macam ni."
"Ah takda maknanya. Selama aku kenal kau, dua kali lima je sama perangai dengan aku. Sebab tu kita boleh jadi chingu tau tak."
Taehyung pula dah tersenyum. Jihoon lah satu-satunya orang yang dia paling percaya lepas keluarga dia.
"Eh kau dah dapat ke gambar untuk projek 23?"
Jihoon meletakkan cawan ke atas meja. Dia memandang Taehyung yang dah berkerut-kerut. Yelah, tengah fikir yang mana satu lah tu.
"Ala yang kena jadikan budak model tu."
"Oh!! Belum lagi."
"Aku tak ada idea lah nak ambik gambar siapa. Kau dah ada ke? Macam relax je."
Taehyung tersenyum petak.
"Ada. Saeng aku ehehehe."
"Saeng kau ada berapa?"
"Ada sorang. Eh jap anak buah pun aku ada sorang."
Mata Jihoon dah bercahaya.
"Tae.. Boleh ke kalau..?"
Taehyung mengganguk sambil ketawa.
"Jangan buat muka macam tulah. Boleh je tapi aku kena tanya noona aku dulu lah. Anak dia kan."
Jihoon menumbuk angin dengan muka excited. Kurang satu kerja nak mencari.
"Eh Tae phone kau bunyila."
Kelam-kabut Taehyung cari phone dia dalam beg. Tulah, barang kemain bersepah. Dia campak je semua dalam beg tu.
"Eh nape Hoseok hyung call aku?"
Taehyung menjawab panggilan tersebut.
"Yeobse-"
"Tae!! Tolong pergi supermarket belakang rumah kita tu. Chim pengsan. Noona asyik menangis je dia tak boleh fikir nak buat apa tu. Tae bawa dia pergi hospital cepat. Hyung tersangkut dalam jem ni!"
Wajah Taehyung terus berubah riak risau. Tanpa matikan talian, dia mengambil semua barangnya.
"Jihoon, saeng aku sakit. Aku kena bawa dia gi hospital ni. Nanti aku call kau eh."
Taehyung dah kelam-kabut bangun, hampir tersadung kerusi. Jihoon yang terkedu sambil mengganguk. Dia hanya memandang kelibat Taehyung yang berlalu pergi.
Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Laju dia kejar langkah Taehyung.
"Tae! Kim Taehyung! Kau tak ada kereta oi jauh tu nak balik dekat rumah kau. Sini lah naik aku."
Jihoon menjerit pada Taehyung yang dah berhenti depan pintu keluar cafe tu. Seketika Taehyung hanya memandang Jihoon sebelum dia terangguk-angguk.
"Ha aku lupa!! Jom Hoon!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com