Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

008

Yun POV;

Aku memegang dahi. Pening kepala macam ni.

"Oppa, kita kena bawa Haneul juga.. Tak kan nak tinggalkan dia sosorang kat rumah?"

Wajah Haneul yang comel dengan pipinya yang memerah aku pandang. Leka dia minum susu dalam botol yang dipegang Jimin.

"Bawalah.. Tapi kena gilir-gilir dukung."

Aku mengguk.

"Dia dah habis minum susu tu.. Jomlah."

Yoongi mendukung Haneul dengan susah payahnya. Terhuyung-hayang dibuatnya.

Langkah dituju ke pejabat polis berdekatan. Nasib baik lampu jalan ada. Tak adalah menakutkan sangat.

Jam pada pergelangan tangan dikerling. 11.59 malam.

Lengan Yoongi ditarik.

"Oppa, dah nak pukul 12. Kita tunggu kejap depan ni okay. Bila kita dah jadi dewasa kita masuk laporkan."

"Noona, kenapa tak masuk lagi?"

Namjoon bertanya dengan wajah panik. Aku menggamit budak-budak tu untuk datang dekat aku.

"Sekarang ni kita kena tunggu pukul 12. Sebab ada magik yang akan berlaku. Hehe."

"Woah, magik apa? Chim suka magik-magik ni! Shiung shiung."

Jimin dah berpusing-pusing sambil buat bunyi yang pelik-pelik. Kononya macan tengah buat persembahan magik. Aku hanya menggeleng.

Ingatkan badan je jadi budak, fikiran pun sama. Tsk.

"Yun, dah pukul 12."

Suara Yoongi mematikan lamunan aku pada Jimin yang hampir-hampir terlanggar tiang sebab leka berpusing. Nasib baik Jin sempat tarik tangan dia. Kalau tak, benjol kepala budak ni.

"Okay adik-adik noona, get ready..."

Semua orang dah berdiri kaku sambil pandang antara satu sama lain. Jimin menahan nafas sampai merah muka dia. Aku ketawa.

"Yah, tak payah tahan nafas pun lah. Hahaha."

"Eh? Ehehehe. Chim ingat kena.."

Jimin tersenyum malu. Badannya terliuk-liuk.

Aku syak dia kena penyakit Jungkook lah. Memandangkan sekarang ni dia maknae antara kitorang semua.

Jam diperhatikan.

12.01

12.02

12.03

dan sehinggan jam 12.10 pagi, masih tiada perubahan.

Tiba-tiba..

"Noona! Noona dah jadi dewasa balik!"

Aku terkedu seketika sebelum tersenyum.

"Yes! Aw i miss you my bigself."

Aku memeluk tubuh. Leka seketika, bila ada tangan kecil yang menarik-narik hujung baju aku.

"Yun.. Wae Yun je yang jadi besar? Oppa tak? Yang lain tak?"

Mataku memandang budak-budak di hadapan aku. Haneul yang didukung Yoongi aku ambil dan aku pula yang mendukungnya.

"Hm... Meolla."

"Yay! Noona dah jadi besar boleh manja-manja dengan noona lagi. Yay, yay!"

Jimin dengan Hoseok dah terkinja-kinja. Namjoon dengan Jin pun tak kurang riuhnya siap berpeluk-peluk, laga-laga pipi. Happy sangat ke tu?

Then baru semua orang perasan ada aura hitam yang datang dari Yoongi. Muka dia masam je.

"Aigo, oppa ni... Sini Yun dukung Yoongi dulu."

Aku bertinggung seraya mendukung Yoongi. Rasa pelik, tapi rindu. Yoongi merangkul leher aku dan kepalanya disembamkan. Haneul yang turut didukung dah tertidur dengan bibir memuncung. Haih, ikut perangai siapa lah ni?

"Noona! Chim nak juga! Nak juga! Huwaaaa!"

Jimin dah menghentak-hentak kaki. Hosoek dah ikut Jimin. Jin hanya diam dan memandang Yoongi dengan mata yang mencerlung.

"Joon pun nak..!"

Namjoon join Jimin yang hentak-hentak kaki. Dia lagi kronik, siap tarik-tarik baju aku lagi.

Prak!

"Er.. Mianhe. Ehehehehe."

Aku hanya mampu memandang baju aku yang dah terkoyak sikit. Nasib baik bahagian bawah. Kepala Namjoon diusap. Nak marah memang taklah.

"Excuse me.. Ni kenapa malam-malam bising sangat? Ada apa-apa nak buat laporan ke?"

Suara seorang ahjusshi menyapa. Wajahnya bengis dan memegang cota. Matanya memandang budak-budak ni. Terus dorang lari sembunyi belakang aku.

"Mianhe, saya memang datang nak buat laporan."

"Kalau macam tu, masuklah."

Aku mengikuti langkah ahjusshi tu. Sempat aku baca nama yang tertera pada teg namanya, Kang Haneul.

Eh, nama macam anak aku je. Hehe.

Aku menarik kerusi dan duduk di hadapannya, yang lain berdiri mengelilingi aku sementara Yoongi dah duduk atas peha, Haneul pula masih lena tidur.

"Nama?"

"Jung Ji Yun.."

Tap... Tap.. Tap

"Umur?"

"27 tahun."

Tap..Tap..

"Family?"

"Semua ni..."

Tap..Tap..

Aku berkira-kira patut ke aku bagitahu dia pasal eomma, omma dan appa?

Dan aku decide untuk tak bagitahu. Nanti risaukan dorang pula. Aku yakin aku boleh selesaikan masalah ni... Hope so.

"Okay, jadi apa laporan yang Cik Jung nak laporkan?"

Aku menarik nafas sebelum menceritakan semua yang terjadi. Khusyuk dia mendengar cerita aku.

"Ahjusshi.. Ni dompet orang jahat tu. Jin terkutip."

Jin tiba-tiba menyampuk lepas aku sudahkan cerita. Kakinya dijengket sebelum letakkan dompet tu atas meja.

"Oh senanglah kalau dah tau identiti!"

Ahjusshi tu meneliti satu-persatu maklumat tentang orang yang menculik Jungkook dan Taehyung. Berkerut-kerut dahi dia cuba menganalisis.

"Kami akan selesaikan kes ni. Cik boleh balik dulu dan tunggu panggilan daripada kami ya."

Aku menggeleng.

"Saya nak sertai encik.. Jebal.. Saya sangat risaukan dua orang adik saya tu.."

"Tak boleh cik... Ni kerja bahaya, kerja polis. Cik tu perempuan. Ada budak-budak lagi. Cik tunggu di rumah ya?"

Aku mengeluh. Yoongi yang sedari tadi hanya memandang ahjusshi tu dengan mata yang buntang menggengam tangan aku.

Keciknya tangan dia! Lama aku tak pegang tangan ni aw. Hehehehe.

"Yun, kita tunggu rumah, okay?"

"Hm, arraso oppa."

Ahjusshi tadi yang sibuk call sana sini memandang aku sekejap. Aku pandang dia balik.

Oh, mesti dia pelik aku panggil Yoongi oppa. Hahaha.

"Kami balik dulu ya encik. Tolong.. Selamatkan adik-adik saya."

"Baiklah, kami akan cuba sedaya-upaya."

Ahjusshi tu kembali bercakap dengan rakan sekerjanya. Aku dengar-dengar dia sebut details pasal Kim Junmyeon tu.

Aku bangun dari kerusi dan letakkan Yoongi dekat lantai. Lenguh kaki aku dibuatnya pangku dia.

"Jin nak noona dukung. Em."

"Eh, eh. Dah kenapa ni."

"Noona, jebal?"

Mata Jin dah berkelip-kelip. Tangannya disatukan dengan muka berharap. Aku mengeluh. Macam mana nak kata tak boleh?

"Andwe! Tadi hyung dah. Sekarang Chim lah pula.."

"Hoseok bila?"

"Joon?"

Semua orang dah bising dan berebut. Pening aku dengan dorang ni.

Aku memandang Yoongi yang hanya diam. Tak join pula budak-budak ni membising.

"Gwenchana. Yoongi kasi adik-adik dulu peluk noona. Tapi noona janji peluk Yoongi juga nanti, tau?"

Aku mengganguk dan tersenyum. Comelnya dengar dia panggil aku noona balik.

"Biar Yoongi dukung Haneul. So, noona boleh dukung dua orang sekali. Hehehe."

Tetiba rasa sebak dan terharu. Yoongi ni banyak mengalah.

"Gomawo Yoongi."

Aku menyerahkan Haneul pada Yoongi. Jimin dan Namjoon yang dah cemberut tu aku dukung dan cium-cium pipi dorang.

Setengah perjalanan, Jin dan Hoseok pula didukung dan dicium. Haih, geramnya..

Yoongi dibelakang yang leka bercakap sambil menepuk-nepuk Haneul aku pandang.

What a cute sight.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com