008
Aku memandang wajah Jimin yang dah pucat. Nafasnya makin perlahan. Air mata yang mengalir daripada tadi aku biarkan. Tangan aku mengusap-usap wajah Jimin dengan air.
"Chim..."
Aku betul-betul tak faham kenapa dia tetiba pengsan. Tadi lepas dia dapat mochi tu dia okay je. Melompat-lompat sebab excited. Tetiba dia terjatuh. Aku ingat jatuh je, lepas tu tak sedar dah.
Aku mengipas-ngipas wajah Jimin menggunakan flyers yang aku dapat tadi. Mana lah budak-budak ni haih kalau aku tau lambat macam ni baik aku je bawa dia gi hospital. Tapi otak aku tengah terkejut sekarang. Tak pasal-pasal accident nanti.
"Noona!!!"
Suara Taehyung kuat melaung memanggil aku. Aku mengesat air mata yang mengalir. Muka dah merah habis dah. Mata dah bengkak. Risau sangat pasal Jimin.
Taehyung tercungap-cungap setelah tiba dihadapan aku. Tanpa banyak kata, dia mendukung tubuh kecil Jimin. Sebelah lagi tangannya mencapai semua plastik yang ada.
"Noona, jom!"
Taehyung memandang aku yang dah duduk berteleku. Aku bangun dengan susah payahnya dah mengikuti langkah laju Taehyung.
Jihoon yang berada di dalam kereta, terus keluar dan bukakan pintu. Aku menggumam ucapan terima kasih. Taehyung dah duduk seat depan sebelah Jihoon. Jimin berada dalam pelukkannya.
"Hoon, kita gi hospital besar."
Jihoon hanya mengganguk sebelum menekan pedal minyak. Aku menjenguk sedikit ke depan. Wajah Jimin masih pucat. Rambutnya basah dengan peluh bercampur air yang aku sapukan tadi.
"Siannya Chim ni. Pucat habis muka dia. Macam mana dia boleh pengsan noona?"
Taehyung mengusap-usap rambut Jimin seraya menghalakan aircond pada Jimin. Kasi sejuk sikit.
"Noona pun taktau. Tengah jalan, on the way balik tadi. Tetiba dia jatuh. Tak bangun-bangun. Noona pun pelik lah sekali tengok dia pengsan."
Aku dah mula teresak-esak. Kalau apa-apa jadi dekat Jimin, aku memang takkan maafkan diri aku.
"Dia penat sangat ke ni? Noona gwenchana?"
Taehyung memandang ke belakang seraya memandang aku. Tangannya menolak anak rambut aku kebelakang.
"Haih, dah dah jangan nangis. Chim okay je ni. Noona takmo nangis okay? Tengok tu mata dah bengkak dah, merah muka. Nanti noona yang sakit macam mana?"
Taehyung dah membebel sambil mengusap air mata aku. Aku berusaha untuk berhenti menangis.
Jihoon hanya memandang adegan dua beradik tu dari pandangan tepi sambil tersenyum.
Dia teringat noonanya yang dah meninggalkan dia buat selamanya.
***
Hoseok terkocoh-kocoh mengunci keretanya sebelum berlari masuk ke dalam bangunan hospital. Dia terus ke bahagian kecemasan dan mencari wajah-wajah yang disayangi.
Jumpa.
Taehyung dah berdiri sambil bersandar dekat dinding. Tangannya menepuk-nepuk bahu Yun noona. Noona pula duduk diatas kerusi sambil memeluk Haneul.
"Eh, tu bukan Jihoon ke?"
Hoseok menggumam sendirian bila melihat satu figura yang dikenali sedang duduk bertentangan dengan noona sambil melihat telefonnya.
"Korang, mian Hoseok sangkut dalam jem tadi."
Suara Hoseok menerjah gegendang telingan aku. Aku mengangkat wajahku seraya memandangnya dengan senyuman yang tawar.
Hoseok terus mengambil tempat disebelah aku dan menarik aku kedalam pelukkannya.
"Shh, gwenchana noona. Chim akan okay, jangan risau ye? Hoseok yakin."
Aku hanya mengganguk sambil diselang-selikan dengan esak tangisan. Taehyung mengangkat Haneul yang dah tersepit kat tengah-tengah. Kesian budak tu.
Hoseok meleraikan pelukkan. Dia memandang Taehyung yang dah mengagah Haneul.
"Tae, ada call yang lain tak bagitau?"
Taehyung menggeleng.
"Tak sempat hyung. Tadi kelam-kabut."
Hoseok hanya mengganguk dan mengeluarkan telefonnya.
"Hyung, Jihoon. Kawan Tae."
Taehyung tiba-tiba memperkenalkan kawan dia tu. Aku baru teringat pasal kewujudan Jihoon. Jihoon hanya tersenyum pada aku dan bow. Aku turut tersenyum padanya.
"Hyung kenal la. Dia ni sorang jelah kawan yang tahan dengan perangai kau."
Taehyung buat-buat tak dengar sambil terus melayan Haneul. Aku hanya termenung. Fikiran aku hanya ada Jimin.
"Hoseok pergi call yang lain kejap eh? Tae sini duduk sebelah noona. Jaga dorang tau. Jap gi hyung datang balik."
Taehyung mengganguk.
***
Jungkook berlari ke arah aku dengan wajah yang risau. Rambutnya terbuai-buai sebab angin.
"Chim... Ottoke?"
Tulah benda pertama yang dia luahkan sebaik sahaja dia sampai. Jin dibelakang dah tercungap-cungap.
"Weh sumpah laju kau lari Kookie. Nasib baik hyung tak semput. Sesia je hyung pengsan sekali."
Taehyung dah ketawa kecil. Jihoon pula dah bangun dan bersalam dengan Jungkook dan Jin. Dia menghampiri Taehyung sebelum berbisik sesuatu.
"Tae, aku baliklah eh? Family kau semua dah ada ni. Aku cam takda function je."
Taehyung mengganguk.
"Gomawo Hoon-ah. Pape nanti aku call kau eh?"
Jihoon mengganguk seraya bow pada kitorang semua. Aku mengucapkan terima kasih pada dia sebab drive kitorang ke hospital ni.
"Nanti datanglah cafe hyung. Hyung belanja coffee hehehe."
Sempat Jin promote. Jihoon hanya tersenyum malu seraya mengganguk sebelum dia melangkah pergi.
"Mana Yoongi hyung dengan Joon hyung ni?"
Jungkook dah tercari-cari.
"Dorang tak sampai lagi Kookie. Nak dekat malam ni kan memang jem je. Tadi pun hyung tersangkut. Nasib baiklah Jihoon tu tau jalan takyah lalu traffic light tu."
Hoseok bersuara. Tadi dia berborak dengan Jihoon tu yang dia tau.
"Keluarga Park Jimin ke?"
Seorang yeoja yang memakai coat berwarna putih menjalan menghampiri kami. Kitorang mengganguk seraya mendekati doktor tersebut. Dia tersenyum manis.
"Keadan Park Jimin baik-baik sahaja. Dia pengsan sebab kekurangan air dalam badan. Tak ada apa yang perlu dirisaukan. Dia dah boleh discharged lepas dia sedar."
Aku menghembuskan nafas lega. Begitu juga dengan lain.
***
Yoongi menolak pintu rumah. Tanpa menunggu Namjoon dibelakangnya, dia menutup pintu. Namjoon dah menggeleng.
"Nasib baik muka aku tak jahanam terlanggar pintu ni."
Namjoon membuka pintu. Semua orang dah ada dekat ruang tamu. Jimin terbaring diatas toto di tengah-tengah ruang. Noona dekat sebelah dia sambil usap-usap kepala dia. Jin pula tengah susukan Haneul guna botol susu.
Taehyung tengok tv sambil makan biskut dengan Jungkook. Hoseok pula leka baca suratkhabar. Yoongi yang baru balik tadi terus memeluk aku erat sebaik sahaja dia sampai. Dia mencium pipi aku berkali-kali.
"Oppa.. Sikit-sikitlah. Bebudak ni semua ada."
Yoongi tak mempedulikan kata-kata aku dan terus memeluk aku erat.
"Rindu."
Aku menggeleng dengan telatahnya. Jimin yang tadi dapat perhatian sepenuhnya daripada aku dah mencebik bila tengok aku berpaling arah.
"Ish, hyung ni. Chim sakit ni. Hyung tak kisah pun."
Jimin meluahkan rasa. Namjoon yang baru mengambil tempat disebelah aku ketawa kecil sebelum mengusap kepala Jimin.
"Takpa Chim, hyung ada. Sini hyung peluk and cium Chim."
Jimin dah berura-ura nak lari. Tapi Namjoon sempat tangkap. Maka, tamatlah riwayat seorang Park Jimin bila digomol. Berair-rair mata dia tahan geli.
----------
bulan puasa camni bebanyak minum air kosong tau masa sahur and sepanjang malam tu supaya badan kita tak kekurangan air macam chimchim comel alololo ni 😂 dah nak dekat raya dah, tapi masih belum terlambat untuk kita luangkan waktu bersama dengan Dia. paling senang, zikir nama Allah tak pun selawat. masa bulan nila kita nak kumpul pahala sebab takde benda yang nak ganggu. kita kena kuatkan iman ja ^^
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com