Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2

2013. Kuala Lumpur, Malaysia

REENA memulas tombol pintu itu dengan lemah. Tadi, dia baru saja selesai meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-15. Tahun ini sedikit istimewa kerana dia telah menjemput rakan-rakannya ke rumah bagi mengadakan sedikit jamuan makan. Walau bagaimanapun, kekesalan di wajahnya terpancar jelas. Bahkan, tadi ada beberapa rakannya yang menegur wajah masamnya itu. Hal ini kerana sahabatnya, Marsha tidak dapat hadir ke parti ulang tahunnya. Padahal, dia sudah membelikan Marsha kek kesukaannya sebagai tanda terima kasih kepada Marsha yang selalu ada di setiap suka dan dukanya.

Dia memerhatikan setiap penjuru kamarnya. Matanya tertumpu pada beg kertas yang terletak di atas meja belajar. Beg kertas itu terlihat cantik dengan ilustrasi epal digigit di tengahnya. Dia membuka beg kertas itu dengan berhati hati. Di dalamnya terdapat kotak berbentuk kuboid dan sekeping kad ucapan. Di atas kad ucapan itu tertulis,

"Selamat Hari Jadi Reena! Maaf sebab saya tak dapat datang parti hari lahir awak. Sebagai gantinya, terimalah hadiah sederhana daripada saya yang biasa-biasa. Saya harap awak suka. Salam. - Marsha."

Otot mukanya mula bergerak sedikit demi sedikit. Cuba mengukir senyuman. Lucunya, tuannya masih ingin menjaga ekspresi. Takut-takut dikecewakan oleh harapan. Sebaik kotak itu terbuka, terlihat sebuah telefon pintar di dalamnya. Akhirnya, senyuman manis itu terukir jua. Dia sangat senang menerima pemberian istimewa ini.

'Iphone 5!' Hatinya berdesis. Sudah berjuta kali dia merayu kepada ibu bapanya untuk membelikan telefon terbaru keluaran syarikat Apple itu. Akhirnya, dia tidak perlu merayu lagi. Marsha memang orang yang paling kenal akan dirinya. Memang tidak salah lagi dia memilih Marsha sebagai sahabatnya.

"KAMSAHAYO..." ucap Marsha kepada guru Bahasa Koreanya. Memang sejak hari pertama Marsha mengikuti kelas Bahasa Korea, berterima kasih dalam bahasa Korea menjadi kewajiban yang telah ditetapkan oleh gurunya. Bahkan, frasa pertama yang dia pelajari ialah terima kasih.

Kata gurunya, terima kasih ialah ucapan terpenting setelah maaf. Meskipun ringkas, dua kata itu telah menjadi punca kepada ribuan bahkan jutaan senyuman. Selaut air mata bahkan berjaya ditahan dek kata terima kasih. Terima kasih juga menggambarkan personaliti dan penghargaan kita terhadap seseorang. Lain nada, lain pula personaliti dan niatnya

"Marsha, awak tak nak balik ke?" tanya Chayra, rakan sekelasnya. Marsha tersenyum memandang Chayra. Haih, dia memang orang Melayu sejati. Dia bahkan memakai baju kurung dan tudung bawal untuk ke kelas tuisyen.

"Jom!" ajak Marsha.

Mengingat kembali masa-masa pertama mereka bertemu membuat Marsha tersenyum mengingat memori masa lalu. Dia masih ingat, saat itu dia melihat Chayra diperas ugut oleh sekumpulan pelajar dewasa. Dari pengamatannya mereka berusia awal 20-an.

"Apa? Tak ada duit? Jangan tipu!" Sebaik sahaja Marsha sampai, itulah ayat pertama yang terpacul dari sepasang bibir yang tidak kelihatan merah lagi akibat sering merokok. Saat itu, Marsha hanya berani memerhati secara senyap. Situasi itu terlalu berbahaya baginya yang baru berusia 13 tahun.

Namun...

"Ambil beg dia!" Mendengar kalimat itu, membuatkan Marsha sudah tidak mampu lagi menahan amarahnya. 'Ini dah melampau! Dia orang tak berhak menceroboh privasi orang!' Hatinya berdesis.

Akhirnya, dengan wajah pura-pura berani, Marsha melangkahkan kaki mendekati kelompok itu. Untung dia merupakan atlet tae kwan do. Mampulah dia melawan jika nanti dipukul.

"Hei!" Ringkas, tapi cukup mengejutkan, itulah kata yang menjadi pilihan Marsha untuk menyapa mereka. Mata mereka yang tadinya tertumpu pada Chayra kini beralih pandangan.

Marsha menelan kasar air liurnya. 'Pahit.' Otaknya mencerna. Kecut juga perutnya melihat jegilan mata mereka yang seakan-akan mahu keluar dari kantungnya.

"Apa hei, hei?! Kau fikir aku anjing?" herdik salah satu daripada mereka. Dengan senyuman sinis terukir di wajah, Marsha membalas.

"Mungkin lebih teruk, anjing tak memeras ugut."

"Hei!" jerit salah seorang daripada mereka sambil mengepal tangan.

"Saya bukan anjing." Penuh bersahaja, provokasi menjadi teknik Marsha bagi membangkitkan api kemarahan mereka. Tangan yang tadi dikepal, akhirnya maju jua.

Bunyi siren kereta polis berjaya mematikan niatnya untuk menumbuk Marsha. Dengan wajah cemas, dia mengajak rakan-rakannya untuk segera beredar.

"Hahaha."

"Eh, Chayra? Kenapa awak gelak?" tanya Marsha kehairanan.

"Sebenarnya mana ada polis. Itu cuma nada dering telefon saya. Kebetulan tadi ayah saya telefon," ujar Chayra dengan tawa yang masih tersisa.

"Oh... Hahaha." Marsha yang mendengar penjelasan itu ikut tertawa.

"Marsha, awak dengar saya tak?" Suara itu akhirnya berjaya mematikan lamunan panjang Marsha mengenai kejadian yang sudah pun dua tahun berlalu.

"Hah? Apa?"

"Awak dah beli tiket MTV World Stage?" Soalan yang tadinya sudah ditanya terpaksa Chayra ulang kembali.

"Oh, saya belum beli. Saya sibuk berlatih kebelakangan ni. Seminggu sebelum konsert saya ada pertandingan tae kwan do," balas Marsha bersahaja.

"Awak kena beli cepat sebelum habis."

"Mestilah. Eh, malam ini awak dengan Reena jadi datang rumah saya, kan? Kita kan dah janji nak tengok cerita sama-sama?" tanya Marsha.

"Mestilah!" balas Chayra, yakin.

10 September 2013. Jam 23:37.

SELESAI menonton filem, mereka pergi ke dapur untuk memasak makanan tengah malam. Sebenarnya, makan pada waktu tengah malam bukan tabiat pemakanan yang baik. Tapi mereka sering melakukan itu. Anehnya, mereka masih memiliki pinggang seramping kerengga. Mungkin kesan sering minum jamu.

"Sedih betul cerita tadi." Reena menjadi orang pertama yang membuka suara setelah menonton filem. Perlahan, dia mengusap sedikit air matanya yang tiba-tiba mengalir.

"Betul. Saya sampai menangis tadi," balas Chayra, mengiakan kata-kata Reena. Teringat filem bertema persahabatan itu membuat dirinya terharu dengan perjuangan mereka.

"Saya nak kita janji, bahawa apapun yang terjadi, kita akan selalu bersama-sama," sahut Marsha.

"Janji!" Dengan penuh semangat, mereka mengungkapkan kata keramat itu. Dalam hati masing-masing bertekad, bahawa tak akan ada kata pisah antara mereka. Meski badai menghempas, mereka akan selalu bergandingan tangan menghadapi cabaran dunia. Seketika, ada satu titis mutiara jatuh dari pelupuk mata sang remaja.

Rasanya takut sekali jika harus kehilangan. Dari kecil, temannya cuma mereka. Meskipun dia hidup ditemani segunung harta warisan, tetap saja tidak mengubah hakikat bahawa ayahnya tidak pernah ada ketika dia memerlukan.

Jika dilihat di kamarnya, ada segunung pingat dan puluhan piala telah dia menangi. Tapi sayang, semuanya hanya tersimpan bak barang antik. Ayahnya tidak pernah tahu betapa hebat anaknya ini. Kalau ditanyakan tentang impian terbesarnya, bukan beg dengan jenama mahal, bukan juga percutian mewah, hanya sebaris ucapan tahniah daripada ayahnya. Itu sudah lebih daripada cukup.

'Kalaulah ayah tahu...'

15 September 2013. Jam 05:10.

AKHIRNYA hari yang ditunggu-tunggu tiba jua. Setelah lebih kurang sebulan mempersiapkan diri, inilah hari yang mana dia akan menunjukkan kehebatannya.

Dengan semangat berkobar-kobar dia turun dari katil yang jadi tempat beradu selama lapan jam, menuju ke kamar mandi.

Sudah menjadi kebiasaan, Marsha mengambil masa lebih dari 30 minit hanya untuk mandi. Tepat jam 5.43 pagi, Marsha menyarungkan telekung putihnya bagi menunaikan solat subuh. Walau seteruja apapun dia, kewajibannya sebagai seorang Muslim tidak boleh diabaikan. Usai menunaikan solat subuh, dia segera ke dapur untuk menyediakan sarapan. Sebenarnya, dia diberi kebebasan untuk melantik pembantu rumah tetap, tetapi dia lebih suka memanggil mereka ketika ada acara besar sahaja.

Dia tidak suka berlama-lama di dapur. Oleh itu, dia segera menghabiskan makanannya dan terus bergegas ke sekolah. Tiba-tiba, memori hitam tentang dapur menjengah kepalanya.

10 tahun lalu...

4 Mac 2003. Jam 20:23. Kota Bharu, Kelantan.

"SELAMAT hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi..." Penuh ceria, ibu dan ayah Marsha menyanyikan lagu hari jadi bersempena ulang tahun kelahirannya yang kelima.

Sambutan itu tidak mewah, cuma disambut di dapur rumah mereka dengan hidangannya hanya kek hari lahir buatan ibunya. Tapi itu sudah cukup membahagiakan. Tidak ada impian yang lebih besar berbanding menyambut hari lahir bersama ibu dan ayahnya. Pekerjaan ayahnya sebagai ahli perniagaan menyebabkan mereka jarang dapat berkumpul bersama.

Datin Marina terlihat sedang cuba menyalakan api pada lilin hari lahir Marsha.

"Ibu, boleh kakak nyalakan? Kakak nak cuba." Marsha yang ketika itu baru berusia lima tahun, cuba meminta izin.

"Tak boleh kakak, kakak kecil lagi," tegah Datin Marina.

"Kakak nak juga! Kakak dah besar!" Marsha kecil mula merengek, diiringi deraian air mata. Sebenarnya, agak berbahaya membiarkan Marsha merengek, kerana rumah boleh bersepah hasil amukannya. Bimbang anaknya bertindak tidak semena-mena, Datin Marina terpaksa memberi kepercayaan palsu kepada anak kecil lima tahun itu. Dalam hatinya berdoa, semoga tidak akan ada kejadian buruk berlaku.

"Argh!" Marsha menjerit. Mancis yang menyala di tangannya dicampak sembarangan. Rasa terkejut akibat rasa panas daripada mancis itu menyebabkan kanak-kanak itu bertindak refleks.

Mancis itu jatuh mengenai wayar kipas yang berselirat di bawah meja. Sekejap saja ia telah menyambar langsir yang dipasang di tingkap dapur.

Keterujaan Marsha akhirnya membawa padah. Mancis pada tangannya telah menyebabkan rumah mereka hancur dijilat api. Kejadian itu juga telah meragut nyawa Datin Marina.

Marsha sempat menjadi pesakit skizofrenia sebelum akhirnya sembuh hasil bantuan psikiatri. Mereka berpindah ke Kuala Lumpur bagi membantu perubatan Marsha. Kejadian itu telah menjadikan dapur sebagai salah satu tempat yang tidak disukai Marsha.

Lamunannya terhenti apabila teksi yang ditumpanginya sampai di pekarangan sekolah. Dapat dilihat, guru-guru dilanda panik ketika para peserta belum lengkap. Penonton pula sudah mula mengambil tempat. Dia dapat melihat beberapa sepanduk tertulis namanya. Itu bukan lagi hal yang asing bagi dirinya, kerana dia boleh dikatakan sangat terkenal meskipun tidaklah popularnya bintang televisyen.

Hari ini, sekolahnya dan SMK Sri Kota mengadakan pertandingan tae kwan do. Sebagai harapan pasukan, sudah tentu Marsha akan ikut bertanding.

Sudah kurang lebih setengah jam dia menunggu kedatangan ayahnya. Jangankan batang hidung, bayangnya pun tidak kelihatan sama sekali. Sebentar lagi, pertandingan bakal bermula.

Dia mengambil telefon bimbitnya yang berjenama Apple. Lama dia merenung telefon bimbit itu sebelum akhirnya mendail nombor telefon ayahnya.

Tuuutt...

"Helo ayah, ayah kat mana? Pertandingan nak mula dah ni," tanya Marsha dengan penuh harapan.

"Maaf, kakak. Hari ini ayah ada mesyuarat tergempar. Ayah tak dapat datang." Seketika, matanya seolah-olah buta, dunianya gelap.

Nasib baik, itu tidak berlangsung lama. Dia segera mendapatkan dunianya kembali. Dengan semangat yang masih tersisa, dia berkata, "Oh, tak apa ayah. Kakak faham..." Segera dia mematikan telefon. Dia tidak mahu mengganggu urusan ayahnya.

'Patutnya, aku tak boleh terlalu berharap.' Hatinya berdesis.

"Perhatian kepada para peserta, pertandingan akan bermula dalam masa lima minit. Sila berkumpul di lokasi pertandingan." Suara yang dikeluarkan pembesar suara itu berjaya menarik perhatian Marsha. Tanpa bertangguh, dia segera berlari ke lokasi pertandingan.

Pertandingan berlangsung dengan sangat sengit. Kelihatannya, kedua-dua pasukan memiliki atlet yang handal-handal belaka. Akhirnya, pasukan tuan rumah dapat mengalahkan pasukan lawan dengan perbezaan tipis.

Dengan bangga, Marsha membawa pulang pingat emas yang dia menangi.

9 September 2013.

"WAH, ramainya orang! Kita dah datang awal, tapi ada orang yang lagi awal," ujar Marsha, teruja.

"Betul, untung kita dah ada tempat." Reena mengusap dada, sementara Chayra tersenyum.

"Wah... Tak sabarnya nak masuk! Mana tahu nanti kat pintu masuk terserempak dengan Suho ke..." Marsha tersengih-sengih. Sekali pandang, lagaknya sudah seperti kera dapat bunga!

"Marsha, awak nak bangun sendiri ke saya yang kejutkan?" Chayra bertanya sarkastik.

"Chayra, mimpi tangga kejayaan. Teruslah bermimpi sehingga impianmu tercapai." Marsha berkata ala profesor.

Chayra tersenyum sinis. "Ottoke geureon mareul halsu ittji? (Macam mana awak boleh cakap macam tu?)" ucapnya dengan nada sarkastik.

"Wae? Ib dakchyeo! (Kenapa? Diam!)" Marsha membalas berani. Tatapan Marsha kepada gadis itu sama sekali tidak terlihat takut.

Reena berkerut mendengar perbualan mereka. "Janganlah bercakap dalam bahasa yang saya tak faham!" Remaja itu memprotes.

Marsha dan Chayra saling berpandangan, lalu tertawa. "Jomlah kita masuk! Kalau kita duduk kat sini, macam mana nak tengok konsert?" Malas memanjangkan topik, Chayra melangkah maju diikuti Marsha, meninggalkan Reena sendirian.

"Tunggulah!" jerit Reena.

Dua sekawan berhenti menunggu gadis itu yang tertinggal sekitar lima langkah. Mereka tertawa. "Sini-sini," ucap Marsha meraih tangan gadis itu.

"Kau orang cakap apa tadi?"

Mereka memandang sesama sendiri, seolah-olah sepakat untuk merahsiakannya. Lalu, seolah-olah dirancang, mereka berjalan serentak, membuat Reena semakin kesal.

"Cakaplah!"

Marsha dan Chayra hanya tertawa dalam diam, berpura-pura tidak mendengar kata-kata itu. Rasanya ada perasaan puas yang muncul ketika bergurau senda seperti itu. Ah, momen itu terlalu berharga untuk dilepaskan.

"Terima kasih sebab sudi bekerjasama. Ini duitnya." Seorang lelaki dengan sut hitam menyerahkan sampul itu kepada orang di depannya.

"Sama-sama," jawab individu tersebut.

"Jangan bergerak! Ini polis!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com