Chapter 3
Adikku Pang,
Abang ingin minta maaf kerana terpaksa tinggalkan kau lagi sekali. Abang rasa serba salah tapi abang terpaksa lakukan ini demi kebaikan kau juga. Adikku, janganlah menangis kerana ketiadaan abang di sisi adik. Abang nak adik tabah dan tunggu sehingga abang kembali. Bila abang sudah kembali, kita akan dapat hidup bersama semula dan kita akan mulakan kehidupan yang baru. Harap adik faham apa yang abang cuba lakukan. Adik kalau ada apa-apa masalah, beritahu sahaja dekat aunty Keiko. Dia setia mendengar segala luahan dari hati adik. Anggaplah dia sebagai ibu kamu tapi adik ingat, jangan buat perkara yang abang tidak suka. Buat baik kepada dia kerana dia yang akan menjaga adik nanti. Jangan lari dari rumah kerana abang tidak mahu kau menyusahkan aunty Keiko. Adik jangan nakal-nakal dan belajar rajin-rajin. Jaga diri adik elok-elok dan jangan risaukan tentang diri abang. Mulakanlah kehidupan baru di rumah itu dan kita akan mulakan kehidupan baru pada suatu hari nanti
Dari abang mu, Kaizo
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dua hari selepas sahaja Kaizo pergi tanpa meninggalkan khabar. Fang asyik duduk termenung di tepi rumah, mahupun di sekolah. Dia akan merenung jauh sambil fikirkan tentang kenangan dia bersama abangnya. Dia dapat melihat diri dia semasa kecil sedang bermain bola dengan abangnya di padang. Fang senyum sedikit tetapi di dalam hatinya, terasa sangat perit kerana mengingati kenangan itu. Dia tidak menangis kerana air matanya sudah kering. Dia sudah puas menangis tetapi tangisan itu tidak dapat kembalikan abangnya ke sini. Jadi dia hanya tunggu sahaja apabila tiba masanya abang dia kembali untuk bawa dia pergi. Adik beradik kembar sudah puas untuk mengembirakan Fang balik tetapi semuanya gagal. Tiada ketawa kecil atau senyuman kecil dari Fang, hanya sebuah wajah yang tiada ekspresinya
"Fang, kau ok ke hari ni?" Fang tidak menoleh kerana dia tahu siapakah orang yang bertanya itu. Dia tidak menjawab soalan Gempa tadi. Dia hanya duduk diam di atas bangku sekolah sambil melihat pelajar-pelajar sedang berseronok dengan rakan-rakan mereka
"Fang, kau lapar tak? Aku ada bawakan makanan untuk kau" Gempa cuba memujuk Fang yang sedang bersedihan itu. Dia juga ada menghulurkan sebiji karipap kentang kepada Fang tetapi tangan Fang tidak berganjat dari situ "Fang, janganlah macam ni. Makanlah sedikit" Fang tidak berkata apa, dia terus bangun dan beredar dari situ
"Sudahlah tu Gempa. Jangan paksakan dia sangat. Lambat lanun, dia akan datang dengan sendirinya"
"Habis tu, kita nak biarkan dia bersendirian begitu sahaja, Yaya?" Yaya hanya gelengkan kepalanya Gempa "Kau ada rancangan ke?"
"Hmm.. cadangan aku, jangan biarkan dia bersendirian tapi jangan paksa dia buat sesuatu. Nanti lama-lama, hati dia akan terbuka juga. Mungkin perasaan sedih itu ada tapi aku yakin, dia akan dapat mengatasinya apabila kita berada di sisi dia. Buatkan dia gembira sementara dia menunggu abang dia kembali" Yaya melihat Fang sudah berjalan jauh daripada mereka "Dia perlukan kawan, kita akan menjadi kawan dia"
"Betul kata Yaya. Kita jadi kawan dia tapi secara perlahan-lahan. Mungkin sekarang dia tak terima tapi lama-lama nanti dia akan anggap kami semua adalah kawan dia" kata Ying sambil tersenyum di situ
"Terima kasih Yaya, Ying. Aku akan cuba menjadi kawan terbaik dia"
"Dey, bukan ke aku kawan terbaik kau?" Gopal muncul dengan sepinggan nasi lemak dia "Aku dari awal kita berkenalan sehingga sekarang, aku melayan karenah kau dan kembar-kembar kau tu. Semuanya buat kepala aku pening tapi best!"
"Hehehee... kita orang memang best pun!" muncul Taufan di belakang Gopal. Tangan dia cuba hendak mengambil telur yang ada di dalam pinggan nasi lemak Gopal tetapi tangan dia di tepis oleh Gopal sendiri "Alaa.. bagilah aku makan telur tu"
"Pergi beli sendiri lah" Gopal terus makan nasi lemaknya secara cepat kerana takut kalau ada orang lain cuba mengambil makanan dia
"Mana kembar-kembar korang yang lain?" tanya Yaya
"Halilintar dengan kawan-kawan dia. Entah apa dia orang buat. Blaze tengah main dengan Thorn. Jangan Blaze mengamuk lagi sudah. Si Solar dan Ice ada dekat kantin tengah makan" jawab Gempa "Aku nak pergi tengok Fang kejap. Takut dia pergi menangis seorang diri dalam tandas"
"Yelah tu, entah-entah dia tengah makan" balas Gopal
"Haiyaa.. lu ni, ingat makan sahaja. Cubalah fikirkan pasal kawan terbaru kita tu. Dia tengah kesedihan tu, pergilah tolong dia. Pulihkan hati dia tu, jangan nak ingat makan sahaja" Ying terus mencekak pinggang sambil berikan renungan tajam ke arah Gopal
"Entahnya Gopal ni. Cubalah satu hari jangan fikirkan tentang makanan, mesti kau rasa diri tu lengkapkan?"
"Dey, janganlah bebel dekat aku! Aku suka sangat makan, itu sudah menjadi kegemaran aku... Amma! Appa! Kenapalah dia orang suka sangat bebel dekat anak mu ini" Menangis Gopal sambil kunyah nasi lemaknya
Tanpa mereka sedari, Taufan sudah pergi ikut Gempa secara senyap. Dia juga ingin melihat apa Fang sedang buat sekarang ini. Dia melihat Gempa sudah berhenti di tepi gelanggang bola keranjang. Fang tidak nampak dengan kehadiran Gempa kerana diri dia berada jauh daripada Gempa. Sebuah bola tergolek jatuh di kaki Fang. Bola itu di angkat oleh Fang sendiri. Dia seperti mahu bermain dengan bola itu tetapi kenangan dia bermain bola keranjang bersama abangnya, membuatkan bola itu terlepas dari tangannya. Bola itu tergolek masuk ke dalam gelanggang bola keranjang. Lalu bola itu di berhentikan oleh seseorang dengan menggunakan kakinya
"Wei, kau ok ke?" Halilintar yang bertanya. Fang tidak menjawab "Wei, kau nak main bola dengan aku tak?"
"Malas" balas Fang. Dia sudah mula beredar dari situ tetapi tangan Halilintar begitu pantas pegang lengan Fang "Woi, lepaskan tangan aku. Apa masalah kau?" Lalu Halilintar lepaskan tangan Fang
"Masalah aku adalah apabila lihat diri kau seperti tak nak hidup dekat dunia ni. Setiap hari kau dengan drama sedih kau tu. Aku tahulah abang kau tinggalkan kau lagi tapi kau perlu ingat yang abang kau masih hidup lagi. Setengah orang nasib mereka takdelah baik sangat macam kau. Aku mana ada ayah, ada ibu sahaja tapi aku takdelah bersedihan sampai tak nak tegur sesiapa pun" Halilintar angkat bola keranjangnya dan terus lempar ke arah Fang. Bola itu dapat disambut baik oleh Fang
"Hmmm.. aku ada abang tapi ibu bapa aku sudah tiada. Sekarang ni aku macam menumpang dekat rumah korang aje. Aku ni sudah macam anak yatim pulak atau lebih dikatakan macam anak pungutan dekat tepi-tepi jalan. Aku lebih rela ikut abang aku tu. Tak kisahlah kehidupan aku macam mana pun, tapi asalkan aku dapat bersama dengan abang aku" Fang lembar bola itu kepada Halilintar balik dan ianya dapat disambut dengan baik. Nada dia begitu marah sekali. Fang ingin luahkan apa yang terpahat dihatinya
"Kalau kau tak duduk dekat rumah kita orang, aku tak kisah. Kau boleh aje keluar. Takde siapa pun nak paksa" Bola itu terus lempar kembali ke arah Fang. Bola itu disambut oleh Fang
"Hmm.. macamlah aku boleh lari dari rumah kau. Ibu kau mesti akan cari aku dan bawa aku pulang ke rumah" Fang terus duduk bersila di atas rumput sambil menolak bola itu bergolek ke arah Halilintar "Aku memang nak lari dari rumah itu tapi abang aku tak bagi kerana dia akan bawa aku pergi bila dia sudah kembali nanti. Aku tak tahulah berapa lama aku akan tinggal di situ. Aku tidak tahu macam mana kehidupan aku tanpa dia dan dia pula, macam mana kehidupan dia tanpa aku. Aku tak naklah tunggu di sini dan dia pula, sudah mula melupai aku, itu yang aku takut tapi paling aku tak nak fikirkan sangat, kalau dia betul-betul pergi buat selama-lamanya"
"Hmm... tapi kalau abang kau pergi buat selama-lamanya, kau masih ada kita orang. Kau sudah menjadi sebahagian keluarga aku dan ibu aku sudah anggap kau seperti anak sendiri" Halilintar duduk bersila bersama dengan bolanya tadi "Dia bersusah payah untuk gembirakan hati kau semenjak dua hari ini. Kami semua pun sama juga tapi kau aje yang masih lagi sedih. Kau janganlah terlalu sedih sangat, abang kau pergi buat sementara aje"
"Sementara kau kata. Kalau bertahun-tahun dia pergi dan tak kembali, macam mana tu? Karang orang ingat ibu kau kutip aku dekat mana-mana, terus jadi anak angkat dia"
"Hehehee.. ala, kalau jadi anak kutip pun, maknanya kau sangat bertuah" Halilintar menolak bahu Fang sedikit. Selepas itu Fang tersenyum sedikit dan tolak bahu Halilintar sedikit juga "Kau jangan nak sedih-sedih. Lagi kau sedih, lagi tulah aku nak baling bola ni dekat muka kau"
"Yelah yelah.. mana kawan-kawan kau?"
"Kawan-kawan aku dah pergi kantin. Jadi tinggal aku sorang dekat sini main bola sorang-sorang. Kau nak join? Bolehlah kita lawan main bola keranjang" Fang ambil bola itu dari tangan Halilintar. Dia bangun dari situ dan lalu masuk ke dalam gelanggang sambil melantun-lantun bolanya "Mari kita lihat, siapa lagi hebat. Kau atau aku"
"Mestilah aku" balas Fang dengan perasaan bangganya "Aku ni pandai main bola keranjang. Abang aku pun selalu kalah dengan aku.. HAHAHAAA!"
"Yelah tu.. boleh percaya ke? Marilah buktikan kepada aku, kalau kau tu hebat sangat" Halilintar tersenyum sinis dan sudah bersiap sedia untuk berlawan dengan Fang
Mereka tidak perasan Gempa dan Taufan sudah pun ada di tepi gelanggang. Mereka berdua tersenyum melihat Fang sudah kembali bersemangat
"Halilintar juga yang berjaya buat Fang tersenyum"
"Kenapa? Kau cemburu ke Gempa? hehehee.. aku tahulah kau tu seperti abang sulung kepada kami semua, tapi berikanlah kepada orang lain yang memahami Fang seperti Halilintar. Bagi aku, sifat dia orang boleh dikatakan sama cuma si Fang tu suka marah-marah" Taufan perhatikan Fang melantun-lantunkan bolanya dan terus lempar untuk masuk ke dalam jaringan gol
"Macam Blaze tapi tak tahulah kalau Fang suka mengamuk juga" Gempa ketawa sedikit di situ. Bola tadi dapat dijaringkan oleh Fang "Hmm.. hari ini Blaze takde pulak mengamuk dekat sekolah. Selalunya ada"
"Jangan cakap, kejap lagi adalah tu" Tetapi tekaan Taufan salah. Blaze tidak mengamuk kerana Thorn asyik dipermainkan oleh Blaze. Hati Blaze rasa senang hati pula tetapi pada masa yang sama, dia rasa bersalah kerana suka mempermainkan Thorn yang serba bendul itu
"ADOI!" Kepala Taufan terkena bola keranjang dari lemparan Halilintar tadi "Adeh, takde tempat lain ke kau nak baling?"
"Aku tak sengajalah tapi kalau kau nak join main, marilah. Dua lawan dua.." Taufan sudah angkat bola yang ada di tepi kaki dia tetapi loceng sekolah sudah berbunyi. Waktu rehat sudah pun tamat "ALAAAAAAA!"
"Lain kali ajelah, Taufan. Jom masuk kelas. Lepas ni cikgu Papa pula yang masuk. Ujian matematik lagi" Gempa mengeluh kecil di situ kerana diri dia agak lemah dalam mata pelajaran matematik
"TIDAKK! UJIAN MATEMATIK! AKU BELUM ULANGKAJI LAGI!" Taufan berlari lintang pukang sambil menjerit-jerit di kawasan sekolah. Halilintar dan Fang tergelak melihat gelagat Taufan yang suka menjerit sambil berlari
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Tengahari itu, kebiasaan para pelanggan akan datang ke restaurant, gerai ataupun cafe untuk makan. Pada waktu itulah para pekerja sibuk dengan kerja masing-masing, samada menghantar makanan ataupun minuman, mengangkat pinggang-pinggang kosong atau sibuk memasak di dalam dapur. Kaizo begitu tekun sekali mengambil pesanan dari para pelanggan. Restaurant itu telah menjadi kunjungan para gadis kerana mereka tertarik dengan ketampanan Kaizo. Semuanya ingin mengurat atau berkenalan dengan Kaizo tetapi hati Kaizo tidak begitu terbuka dengan layanan mereka sehinggalah pada hari itu
"Saya akan menjadi pelayan kamu pada hari ini, apa pesanan kamu?" kata Kaizo tanpa berikan senyuman kepada pelanggannya
"Hehehee.. saya nak pesan nombor telefon awak boleh?" kata salah seorang gadis itu. Gadis itu memakai cermin mata bulat dan mempunyai rambut yang panjang sampai ke bawah bahu. Kawan sebelah dia tergelak kecil di situ tetapi Kaizo abaikan sahaja
"Isk korang ni, ada-ada aje. Maaf yea dengan kelakuan kawan saya. Mereka bergurau sahaja" Gadis itu berikan senyuman kecil kepada Kaizo "Saya mahu bihun tom yam satu dan apple juice satu"
"Hehehe.. relaxlah Lynna, kita orang saja jea" kata gadis tadi yang memakai cermin mata tadi "Saya pula nak fish and chips dan air.. bagi air kosong sahaja"
"Dan saya nak sandwich ayam dan air kosong juga"
"Terima kasih" balas Kaizo
Dia terus beredar dari situ sambil gelengkan kepala kerana gadis-gadis itu tadi tidak henti-henti bergelak kecuali seorang. Dia menoleh sedikit untuk melihat gadis itu. Gadis yang bernama Lynna itu hanya mendengar sahaja perbualan dari kawan-kawan dia yang lain. Lalu dia pergi kaunter untuk berikan pesanan mereka tadi. Itu adalah pertama kali dia nampak gadis itu dan kali kedua adalah semasa Kaizo hendak beli barang di sebuah pasaraya selepas sahaja Kaizo pulang dari kerja. Ketika itu, Kaizo sedang membelek-belek sekotak biskut. Dia tidak begitu gemar makan biskut tetapi disebabkan dia bukanlah seseorang yang reti masak, jadi dia terpaksa beli biskut. Kaizo rindui masakan adiknya dan juga ibu dia. Tekak dia seperti inginkan merasai sup lobak merah yang selalu dibuat oleh ibunya sendiri atau adik dia. Entah kenapa, pada hari itu dia seperti ingin mencuba untuk membuat sup lobak merah. Lalu dia letak kotak biskut itu ke dalam bakulnya. Kaizo pusing badan dia dan terlanggar seseorang
"Maaf, saya tidak sengaja"
"Takpe tapi sepatutnya saya yang patut minta maaf dekat kamu" Kaizo mengangkat kepalanya dan dia tidak terkejut melihat gadis siang tadi "Kamu... gadis tadi"
"Nampaknya kita bertemu kembali di sini. Maaf tentang kawan-kawan saya tadi. Mereka pantang nampak orang kacak seperti awak. Nama awak Kaizo kan?"
"Yea, saya Kaizo dan awak pula ialah Lynna. Saya terdengar mereka panggil kamu Lynna tadi" Kaizo mengambil beberapa kotak biskut lagi dan masukkan ke dalam bakul dia "Maaf, saya perlu pergi" Dia beredar dari situ tanpa melihat Lynna. Lynna tidak bercakap apa, dia hanya perhatikan Kaizo berjalan ke arah bahagian makanan yang lain
"Kenapa aku rasa lain macam?" bisik Kaizo "Jangan fikir yang bukan-bukan. Kau sepatutnya fokuskan tentang diri kau dan juga adik kau"
Dia tenangkan diri dia balik dan terus ke bahagian sayur. Dia membelek-belek sayur di situ tetapi fikirkan dia tetap kepada gadis tadi. Lalu dia letak sayur itu ke tempat asalnya dan dia mengambil keputusan untuk balik ke rumah sahaja. Bakul tadi, dia letak sahaja di atas lantai. Dia keluar dari pasaraya itu tanpa membeli apa-apa. Lynna nampak apa yang terjadi tadi. Dia ingin pergi mengejar Kaizo tetapi kaki dia seolah-olah tidak mahu bergerak. Lalu dia melihat sahaja Kaizo pergi dari situ dengan tangan kosong
"Dia seperti ada masalah, tapi apa?" bisik Lynna
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
"ANAK-ANAK KU! MARI TURUN MAKAN! AJAK FANG SEKALI!" Keiko boleh dengar anak-anak dia sedang berebut-rebut untuk turun ke bawah dan terus ke dapur. Orang pertama yang sampai di dalam dapur adalah Blaze
"IBU!"
"Blaze! Happynya kamu pada hari ni. Ada apa-apa ke?" Keiko letak sepiring pinggang di hadapan Blaze yang sudah duduk di kerusinya
"Blaze happy sebab BLAZE DAPAT MARKAH PENUH DALAM UJIAN BAHASA ENGLISH!" Keiko tersenyum bangga melihat Blaze "Ibu, nanti Blaze nak hadiah boleh?"
"Hadiah? Kalau ibu buatkan makanan kegemaran Blaze esok boleh? Kalau Blaze nak hadiah juga, kena tunggu hujung tahun" Keiko belai kepala Blaze. Hati Blaze kecewa sedikit tetapi dia tak naklah buat hati ibu dia kecewa pula kerana dia baru sahaja buat ibu dia bangga dengan diri dia. Lalu Blaze berikan senyuman kepada ibunya "Jadi, esok Blaze nak ibu masakan apa?"
"Roasted chicken.. hehehee" jawab Blaze sambil tersengih. Tangan dia sudah mencapai senduk nasi "Bolehkan ibu?"
"Boleh"
"Amboi, terus dapat makanan kegemaran esok" kata Gempa yang baru masuk ke dalam dapur "Lepas ni, kita semua kena berusaha lebih untuk dapat markah yang bagus-bagus supaya ibu bangga dan buatkan makanan kegemaran kita nanti!"
"Eloklah tu, Gempa. Mari semua, kita makan sama-sama" Keiko melihat anak-anak kembar dia sudah berada di dalam dapur. Dia tersenyum apabila nampak Fang ada bersama mereka "Mari Fang, kita makan sekali"
"Terima kasih aunty Keiko" kata Fang yang rasa serba malu sedikit. Dia duduk di sebelah Halilintar dan lalu dia mengambil bau makanan yang ada di atas meja "Aunty masak semua ni?"
"Yea Fang, semuanya aunty yang masak" Keiko letak nasi di dalam pinggang Fang "Fang sayang nak lauk apa?"
"Lauk ayam"
"Ibu layan Fang baik aje, mesra aje.. ini buat Thorn cemburu" Keiko tergelak sedikit "Ibu kenapa gelakkan Thorn? Ada apa-apa dekat muka saya ke?" Thorn mengesat mukanya dengan tangan dia ada kesan kuah kari ikan
"Thorn Thorn.." Keiko mengambil tuala untuk mengelap muka anaknya "Ibu layan Fang dengan baik sebab dia tetamu kita. Tak kan ibu nak layan dia seperti anak tiri pula. Tak baik tau layan tetamu begitu. Lagipun hati dia sedih, mungkin kecewa sedikit, jadi kita janganlah tambahkan lagi dengan sikap-sikap buruk kepada dia. Anak-anak ibu semuanya baik-baik" Dia lap muka Thorn tadi
Hati Fang terdetik seketika apabila dia teringat tentang abang dia. Adakah abang dia sudah makan? bisik di hati Fang. Dia menyuap dirinya secara senyap. Dia melihat nasi dan lauk yang ada di pinggan dia, dia seperti tidak lalu untuk makan. Dia takut kalau abang dia lapar dan tidak cukup duit untuk membeli makanan. Dia dulu selalu tinggalkan sedikit makanan untuk abang dia. Fang tidak mahu abang dia kelaparan. Dia menahan air matanya. Keiko mula perasan dengan riak wajah Fang yang berubah menjadi sedih. Dia terus ke kerusi Fang
"Fang, jangan sedih Fang. Abang kamu pandai jaga diri"
"Saya tahu aunty tapi saya cuma takut kalau abang belum makan sebab tiada duit hendak beli makanan" Keiko belai rambut Fang sedikit
"Tak, dia tidak akan kelaparan. Aunty ada berikan dia bantuan sedikit. Jadi kamu tidak perlu risau" Keiko mengesat air mata Fang yang sudah mengalir keluar "Fang sambung makan. Lepas ni bolehlah kamu buat kerja sekolah atau menonton TV dengan mereka" Fang terus sambung makan. Halilintar melihat Fang sekejap dan selepas itu, dia melihat ibunya
"Ibu, boleh tak Fang pindah ke bilik saya?"
"Kenapa Halilintar?"
"Sebab Fang perlukan seseorang untuk dia luahkan perasaan dia dan Ice suka sangat tidur. Dia bukannya jenis suka dengar luahan seseorang. Dia kaki tidur aje"
"Wei, cakap elok-elok ok" kata Ice dengan nada bosan dia "Tapi memang betul pun cakap kau, aku memang kaki tidur dan suka relax aje" Keiko gelengkan kepalanya "Bagi ajelah si Fang duduk dekat bilik Halilintar tu. Boleh Ice duduk sorang-sorang balik. Tiada gangguan untuk saya tidur dengan aman"
"Yelah tapi Fang dan Halilintar jangan gaduh-gaduh pula"
"Yes!" Halilintar terus tolak bahu Fang sedikit "Kau kalau ada apa-apa masalah, beritahu aje dekat aku"
"Ok, terima kasih" jawab Fang dengan nada sedih dia tetapi pada masa yang sama, dia terasa sedikit gembira. Dapatlah dia berborak dengan Halilintar daripada si Ice kerana Ice sentiasa berada di atas katil, dibuai mimpi dan paling membuat Fang rasa geram adalah dengkuran dari Ice
Malam itu, Fang mengangkat beg baju dia dan masuk ke dalam bilik Halilintar. Bilik itu sangat berbeza dengan bilik Ice. Warna dinding bilik itu berwarna merah dan ianya dipenuhi dengan poster-poster kumpulan penyanyi kegemaran Halilintar. Terdapat dua buah katil di dalam bilik itu, seperti bilik Ice juga
"Masuklah, kau boleh ambik katil dekat situ" kata Halilintar sambil tunjuk katil di sebelah kanannya. Katil itu kecil dan tidak besar tetapi Fang tidak begitu kisah. Asalkan dia ada tempat untuk diri dia rehatkan diri "Kau boleh sangkut baju kau dekat dalam almari aku"
"Terima kasih" kata Fang sambil letak beg bajunya di atas katil "Bilik kau ni memang bersepah betul yea"
"Hmm.. itu sudah menjadi kebiasaan tapi kalau kau sukakan dengan kebersihan, aku boleh aje bersihkan bilik ni"
"Takpe tapi jangan sepahkan katil aku nanti" Halilintar terus baling sebuah bantal ke arah muka Fang "Bantal ni aku ambik yea.. hehehee"
"Kau bawa baju kau aje ke?" tanya Halilintar
"Takdelah, aku ada bawa album sekali. Album ni, ibu kau ada simpankan" Fang keluarkan sebuah album kecil dari beg bajunya. Dia duduk di atas katil itu dan lalu dia membuka album tersebut. Halilintar duduk di sebelah Fang untuk melihat gambar-gambar di dalam album tersebut. Sekeping gambar seorang wanita dan seorang lelaki, membuat hati Fang rasa sayu dan sangat merindui mereka
"Itu ibu bapa kau?"
"Yea.. dia orang meninggal tiga tahun lepas. Ibu dan ayah aku meninggal sebab kemalangan. Pada masa tu, aku ada dengan abang aku dekat rumah. Bila aku dapat berita tu, aku peluk abang aku. Aku tak nak lepaskan abang aku pada ketika aku" Fang sentuh sedikit gambar ibu bapa dia "Diri aku rasa seperti tak nak hidup dah pada masa itu tetapi abang aku marah dekat aku. Jangan sia-siakan kehidupan aku hanya kerana mereka sudah tiada di dunia ini tapi selepas itu, semuanya sudah berubah. Duit ibu bapa kita orang, sudah diambil oleh adik beradik ayah aku. Mereka tidak tinggalkan sedikit pun kita orang. Jadi abang aku terpaksa tanggung semuanya. Dia terpaksa berhenti sekolah dan pergi mencari kerja tapi semua kerja dia tidak kekal. Aku pun, terpaksa berhenti sekolah juga kerana tidak mampu. Nak beli baju sekolah baru, kena guna duit lagi. Baju lama aku dah kotor dan singkat.. sekarang ni, abang aku tinggalkan aku dekat sini dengan korang. Abang aku, entah dimana dia berada sekarang. Aku rindukan dia tapi aku perlu tabahkan hati aku untuk menunggu kepulangan dia"
"Dia akan kembali juga" kata Halilintar
"Sedih betul kisah kau" Tiba-tiba datang satu suara. Fang dan Halilintar terkejut dengan kehadiran Taufan di bilik mereka "Hehehee.. aku sibuk dekat sini boleh?"
"Apasal kau tak pergi kacau si Gempa sahaja?" tanya Halilintar dengan suara yang agak marah sedikit
"Hehehee.. aku memang kacau dia tadi tapi dia halau pula sebab dia tengah buat kerja sekolah. Jadi aku datanglah ke bilik korang" Taufan tersengih di situ "Nak kacau si Solar, dia asyik blur aje. Lagipun bosan pulak kalau aku kacau dia. Tak habis-habis dengan lagu k-pop dia. Aku sendiri tak berapa nak faham apa yang dia orang nyanyikan"
"Solar tu peminat k-pop? Tak percaya aku" Fang tergelak tetapi dia kadang-kadang ada juga nampak Solar menari di dalam bilik dia dengan cermin mata yang penuh bergaya
"Hmm.. perangai adik beradik aku ni macam-macam. Jadi kau kenalah percaya tapi jangan percaya bulat-bulat macam si Thorn tu. Dia tu sengal semacam" kata Halilintar "Fang, kalau rindukan abang kau. Kau pergilah hubungi dia"
"Ha ah, betul juga tu. Kau hubungilah dia"
"Aku sudah cuba hubungi dia, Taufan tapi abang aku tak nak angkat phone dia" Fang terus tutup album itu. Hati dia sudah mula kembali sedih "Kadang-kadang aku rasa macam aku buat silap dekat dia tapi tak mungkin sebab dia sendiri cakap, yang dia akan kembali.. tapi kadang-kadang tu, hati aku selalu mengatakan yang dia tidak akan kembali. Macam-macam bisikan yang aku terima, satu pun aku tak terima. Diri aku sudah menjadi macam orang tiada arah sebab tak nak fikirkan apa-apa"
"Kasihan kau tapi kita cuba juga malam. Manalah tahu abang kau tiba-tiba angkat phone dia sebab dia rindukan kau juga" Taufan tarik tangan Fang untuk keluar dari katil itu "Jomlah jomlah jomlah"
"Wei!" Fang tarik tangan dia dari pegangan Taufan "Aku tak naklah. Aku tak nak diri aku kecewa lagi!"
"Tapi kalau kau cuba, kau tidak tahu apa yang akan berlaku" Halilintar tidak mahu memaksa Fang tapi dia tahu, Fang harus cuba kalau diri dia sudah terlalu rindukan abang dia
Fang terus berfikir seketika. Mungkin apa yang dikatakan oleh Halilintar dan Taufan tadi, mungkin abang dia akan jawab panggilan dia
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Kaizo hanya terbaring di atas katil sambil termenung ke arah siling rumah. Pemikiran dia asyik terbayangkan wajah adiknya sedang menangis kerana mahukan abang dia. Adakah yang dia lakukan ini adalah betul ataupun salah? fikir Kaizo dengan perutnya sudah berbunyi-bunyi. Dia tergelak sedikit di dalam kegelapan itu. Rumah sewa dia tidaklah terlalu besar. Ianya sesuai untuk orang-orang bujang seperti dia. Rumah itu ada satu bilik tidur, satu bilik air, satu dapur dan ruang tamu yang agak kecil tetapi bagi dia, ianya sudah cukup sempurna. Di tepi rumah dia ada sebuah halaman kecil untuk menanam pokok bunga tetapi Kaizo hanya biarkan kosong. Rumah itu tidak mempunyai television ataupun radio untuk hiburkan hati Kaizo. Hanya buku-buku novel sahaja sebagai peneman dia. Dulu dia selalu bergurau senda dengan adiknya tetapi sekarang ini, dengan siapa dia perlu bergurau senda? Kalau diikutkan hati, dia mahu menelefon rumah Keiko untuk berbual dengan adiknya tetapi dia tidak buat begitu. Dia tidak mahu dengar pujuk rayu dari adiknya sendiri. Kaizo mengiringkan badan dia. Secara tidak langsung, handphone dia berbunyi. Kaizo tidak angkat serta merta, dia melihat siapa yang sedang menelefon dia sekarang ini
"Aunty Keiko? Tak, tak mungkin itu adalah aunty yang call. Mungkin ini adalah Pang" Kaizo ingin menjawab panggilan itu tetapi pada masa yang sama, hati dia katakan jangan tapi akhirnya dia mengalah. Dia jawab panggilan itu
"Abang!" Kaizo tersenyum kecil apabila dia dapat mendengar suara adiknya tetapi Kaizo tidak menjawab. Dia hanya membisu sahaja "Abang? Kenapa abang tidak bercakap? Abang.. kalau abang tak nak bercakap.. biarlah adik sendiri bercakap. Adik rindukan abang. Abang rindukan adik tak? Kalau abang rindukan adik, abang kena nyanyikan lagu kegemaran adik.. hehehe.. abang sudah makan? Adik sudah. Hari ini aunty Keiko masak lauk sedap-sedap. Abang pulanglah ke sini dengan cepat. Bolehlah abang rasa masakan aunty Keiko lagi. Hari ini adik sudah mula berborak dengan anak-anak aunty. Kalau tidak, adik akan jauhkan diri daripada mereka sebab adik nak bersendirian. Adik tak nak mereka ganggu adik tapi... hati adik sunyi. Walaupun adik mahu bersendirian, dia orang tak nak tinggalkan adik kerana dia orang tahu adik perlukan seseorang seperti mereka. Abang, adik akan tunggu abang dekat sini. Abang jaga diri baik-baik.. selamat malam, abang"
Panggilan itu terus terputus. Kaizo menangis kerana tidak menjawab soalan adiknya tadi. Dia menangis kerana tidak berborak mesra dengan adiknya. Kenapa, kenapa, dia buat begitu? Untuk tambahkan lagi kesedihan di adiknya? bisik di hati Kaizo
"Maafkan aku, Pang. Abang rindukan adik. Abang selalu nyanyi lagu kegemaran kau. Tak kiralah siang ke malam ke, abang akan tetap nyanyi juga lagu tu. Abang sebenarnya tidak makan malam ni. Tak tahulah kenapa abang tak beli makanan tadi tapi jangan risau, esok abang akan makan. Aunty Keiko memang pandai masak. Tiba-tiba abang rindu pula dengan masakan aunty Keiko tapi paling abang rindukan adalah masakan ibu. Ingat tak makanan kegemaran abang iaitu sup lobak merah? Mungkin satu hari nanti, abang akan cuba masak sup lobak merah. Dan satu hari nanti juga, abang akan bagi kau rasa sup lobak merah yang abang buatkan. Yea adik, abang akan pulang ke sana bila abang sudah mampu untuk menanggung kehidupan kita berdua. Baguslah adik sudah mula berborak dengan mereka tapi adik jangan bersendirian lagi selepas ini. Pergilah main dengan mereka. Kawan-kawan kau akan temankan kau buat sementara ini... adik tunggu, abang akan pulang. Selamat Pang"
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan paginya, Kaizo sudah keluar dari rumah untuk ke tempat kerjanya. Sebelum dia ke sana, Kaizo berhenti di sebuah gerai untuk membeli nasi lemak. Perut dia masih lagi dalam kelaparan. Dia rasa agak malu sedikit apabila perut dia berbunyi sehingga orang-orang yang berdekatan dengan diri terdengar bunyian itu. Setelah dia habis bayar nasi lemak dan beberapa kuih yang dia ambil tadi, Kaizo mula ke tempat kerjanya. Jauh dari situ, Lynna mula terserempak dengan Kaizo
"Kaizo!" Lynna terus memanggil Kaizo dari seberang jalan tetapi panggilannya tidak didengari oleh Kaizo. Jadi dia biarkan Kaizo melintas terlebih dahulu
Traffic light belum lagi hijau. Orang ramai sedang berdiri menunggu lampu itu bertukar menjadi hijau. Akhirnya lampu itu sudah bertukar. Kaizo terus berjalan di dalam orang ramai itu. Lynna tunggu Kaizo sampai baru dia tegur. Tiba-tiba ada sesuatu terjatuh dari tangan Kaizo. Dia pergi patah balik untuk mengambil barang itu, lampu hijau itu bertukar menjadi merah. Kereta-kereta di situ sudah mula bergerak dan berikan hon kepada Kaizo. Tangan Kaizo sudah mencapat barang yang dia terjatuh tadi iaitu dompet duit itu. Lalu dia berlari untuk selamatkan diri dia dari dilanggar oleh keretea tetapi, tanpa disedari olehnya. Sebuah kereta sudah menghampiri diri dia
"KAIZOOOO!"
Jauh dari situ, jantung Fang seperti terkena tikaman pisau. Dia terjatuh di tepi tangga sambil pegang dadanya
"Fang, kau ok ke?" tanya Gempa
"Aku.. aku.. aku ok tapi kenapa jantung aku rasa tiba-tiba sakit?"
Gempa terus pandang Halilintar dan Taufan. Adakah ini petanda buruk atau Fang sebenarnya sakit?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com