Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 4

"Apa doktor kata tadi, ibu?"

"Ibu, Fang ok ke?"

"Tiada benda serius kan?"

"Ibu, Ice nak pergi tidur"

"Dia mengamuk ke tadi? Itu yang buatkan dia rasa sakit tu... agaknya"

"Jantung dia bagaimana ibu? Ada orang hantar voodoo ke? Tadi Halilintar cakap Fang sakit sebab voodoo"

"Yang kau pergi percaya cakap si Halilintar tu apasal"

"Anak-anak ku, Fang ok. Doktor cakap tiada benda serius" kata Keiko yang sudah dikerumuni oleh anak-anak dia "Semua jangan risau. Fang ada dekat atas, dia tengah tidur dekat dalam bilik"

"Betul ke ibu?"

"Betul Halilintar" Keiko rapatkan badan Halilintar kepada diri dia "Jangan risau, kawan kamu sihat. Tiada apa yang berlaku"

"Jadi, kenapa dia rasa sakit tadi tu?" tanya Gempa sambil duduk di sebelah ibunya "Ada sesuatu terjadi ke?"

"Voodoo ke?" kata Thorn lagi dengan mata dia penuh dengan harapan. Lalu Taufan tolak kepala Thorn dengan tangan dia "Kenapa?"

"Ada nyamuk dekat kepala kau tadi.. hehehee"

"Taufan, tak baik buat macam tu dekat Thorn" Taufan terus tundukkan kepala dia kerana dimarahi oleh ibu dia "Thorn.. Fang tak terkena voodoo. Jangan percaya benda-benda karut tu"

"Tapi..." Thorn terus keluarkan anak patung dalam bentuk Halilintar "Thorn ada try plushie ni.. manalah tahu menjadi ke tak. Cuba ibu tengok" Keiko berkerut-kerut dahi apabila melihat Thorn cucuk-cucuk badan anak patung itu dengan jarum peniti

"Adoi.. adoi... sakit.. sakit" Halilintar terus berpura-pura jatuh dan pengsan di atas karpet rumah. Thorn menjadi ketakutan tetapi pada masa yang sama, dia rasa suka pula Keiko hanya gelengkan kepala sahaja melihat anak-anak dia dalam bermacam-macam ragam

"Thorn, jom kita pergi makan. Kita tinggalkan Halilintar dekat sini"

"Tapi... ibu tak nak kejutkan Halilintar ke?"

"Hmmmm... Thorn pergi simbah dia dengan air dan ibu pergi simpan anak patung ni dekat tempat lain ok. Kalau dia nakal lagi, bagitau dekat ibu, biar ibu cubit manja dekat dia.. hehee" Terus Halilintar bangun dari situ. Kembar-kembar dia yang lain ketawa kecil di situ kecuali Thorn. Dia cuma garu-garu kepalanya sambil melihat Halilintar dengan mata bulatnya

"Ibu ni.. baru nak main-main dengan Thorn"

"Kamu ni Hali, suka kacau si Thorn tu. Sudah, sudah.. jom kita pergi makan sama-sama. Tadi ibu ada singgah satu kedai kek ni, ibu ada beli kek" Keiko bangun dari kerusi sofanya sambil mengajak anak-anaknya masuk ke dalam dapur "Halilintar, kejutkan Fang. Boleh kita makan sama-sama dengan dia"

"WAH! HARI JADI FANG KE HARI NI?" Keiko menahan gelakan dia melihat mata Thorn sudah bersinar-sinar "Tapi Thorn tak beli hadiah apa-apa untuk dia.. macam mana ni?"

"Tak perlu bagi hadiah pun, Thorn. Lagipun hari ni bukan hari jadi Fang pun. Betul tak ibu?" tanya Gempa

"Betul tu sayang" Keiko belai kepala Gempa

"Kalau bukan hari jadi Fang.. hari jadi siapa?" Thorn berfikir sejenak di kerusi sofa itu

Keiko sudah masuk di dalam dapur dengan anak-anak kembar dia yang lain. Manakala Halilintar sudah naik ke atas untuk pergi kejutkan Fang. Dia melihat pintu bilik dia terbuka luas. Kipas dipasang pada kelajuan maksima. Fang ada di atas katil sedang tidur nyenyak. Halilintar cuba fikirkan untuk kejutkan Fang dalam bentuk kreatif. Simbah dengan air? Halilintar tidak mahu lakukan begitu takut ibu dia marah. Jerit dekat telinga Fang? Sudah tentu Fang akan belasah dia nanti atau dia rendamkan kaki dan tangan Fang di dalam air sejuk. Dia tergelak di situ sambil fikirkan idea nakal dia

"Apahal kau gelak-gelak tu?"

"Cheh, dia dah bangun" bisik Halilintar "Ibu ajak kau makan kek dekat bawah. Kalau kau tak nak, takpe. Kita orang boleh simpankan sedikit untuk kau" Halilintar terus keluar dari bilik tidurnya

"Wei tunggu, aku pun nak kek juga" Fang tergesa-gesa keluar dari katil dia. Lalu dia keluar dari bilik itu dan turun ke bawah bersama Halilintar "Macam mana sekolah tadi?"

"Hmmm... bolehlah. Takde apa yang menarik pun" Kening dia terangkat sebelah kerana Thorn masih lagi ada di ruang tamu sedang berfikir dengan seriusnya "Kau pula, ok ke? apa doktor kata tadi?"

"Aku ok. Doktor kata aku takde penyakit apa-apa. Dia pun tak boleh nak explain kenapa tiba-tiba aku rasa sakit"

"Mungkin ada petanda buruk kot" balas Halilintar sambil masuk ke dalam dapur. Fang berhenti di muka pintu dapur. Halilintar menoleh kebelakang "Kenapa?"

"Kau kata tadi petanda buruk" Halilintar angguk kepalanya "Jangan-jangan.. abang aku.." Muka Fang berubah menjadi cemas. Hati dia berdebar-debar sambil fikirkan kejadian buruk yang terjadi terhadap abang dia

"Fang.." Keiko bangun dari kerusi dia "Fang.." dia memanggil nama Fang lagi tetapi Fang tidak dengar panggilan itu. Keiko sentuh bahu Fang dan dia melutut di depannya "Fang, jangan fikirkan benda yang negatif. Aunty pasti, abang kamu selamat"

"Macam mana aunty tahu dia selamat? Kalau dia tak selamat macam mana? Sudahlah tiada siapa yang akan jaga dia nanti"

"Beginilah, aunty akan cuba untuk mengetahui tentang abang kamu. Kalau dia selamat, Fang jangan risau ok. Kalau dia ada masalah, aunty akan beritahu Fang dengan segera" Keiko terus peluk Fang dengan tangannya belai kepala Fang "Apa-apa pun terjadi, kamu harus tabah. Aunty ada di sini, anak-anak aunty pun ada"

"Terima kasih, aunty" Fang rasa tenang sedikit. Pelukan yang dia dapat dari Keiko tadi, dia teringat tentang arwah ibunya. Pelukan dan kasih sayang mereka adalah sama, mungkin ini adalah kebetulan sahaja tetapi dia rasa sangat bahagia pada saat itu

"Mari kita makan tapi kalau Fang tak nak, aunty tak paksa" Keiko lepaskan pelukan dia. Lalu dia bangun dari situ

"Fang akan makan sekali" Dia mengesat air matanya yang sudah mengalir keluar "Tapi sebelum tu..." Dia keluar dari dapur untuk mengajak seseorang iaitu Thorn. Kenapa dia rasa sangat kasihan dengan Thorn yang selalu dipermainkan oleh kembar-kembar dia. Dimana-mana sahaja mereka akan mempergunakan Thorn dan Fang rasa tidak senang pula

"Hai Fang!" Thorn terus sedarkan diri dia. Dia tersenyum apabila Fang ada di hadapan dia "Fang dah ok ke? Ada rasa sakit lagi?"

"Takde. Terima kasih kerana bertanya" Fang balas balik senyuman Thorn tadi "Mari kita pergi makan kek. Ibu kau yang beli dekat kedai tadi"

"Ibu ada cerita tadi tapi.. kek tu untuk siapa?"

"Untuk kita semualah" balas Fang. Lalu dia duduk di sebelah Thorn "Aku nak tanya ni"

"Tanya apa?"

"Kau tak rasa sedih ataupun marah ke setiap kali kau dipermainkan oleh kembar-kembar kau terutama sekali si Halilintar tu?"

"Hmm.. marah tu, adalah juga tapi sikit sahaja tapi hanya seorang sahaja yang tidak akan buat begitu kepada diri aku iaitu Gempa. Dia selalu layan aku dengan baik. Kadang-kadang aku fikir diri aku bodoh. Selalu percaya sangat apa yang dia orang katakan. Ada juga beberapa pelajar dekat sekolah panggil aku bendul ataupun sengal. Hati tu rasa sakit bila dipanggil begitu tapi aku buat-buat tidak dengar sahaja. Aku tidak mahu perkataan membuat diri aku lebih emosi. Aku tahu diri aku bukan bodoh tapi bila dia orang buat begitu, aku fikirkan diri aku ni memang bodoh sangat ke? Aku akui, diri aku tidaklah sepandai mana seperti Solar tapi aku tetap berusaha"

"Baguslah tu tapi kau seorang yang ceria dan suka bermain"

"Betul tu! Aku tak kisah kalau aku tidak ramai kawan kerana aku sudah ada kawan tersendiri iaitu kembar-kembar aku sendiri" Thorn rasa lega sedikit apabila dia dapat luahkan apa yang terpahat di hatinya "Terima kasih kerana sudi mendengar luahan hati aku"

"Sama-sama" kata Fang "Jom, nanti dia orang habiskan kek pula"

"ERK!" Thorn terus lari masuk ke dalam dapur

Fang tergelak kecil melihat gelagat Thorn yang begitu comel itu. Dia terpandang telefon rumah itu. Dia seperti mahu telefon abangnya tetapi dia tahu abang dia tidak akan menjawab panggilan dia atau abang dia akan senyap sahaja. Dia ingin bertanya khabar dan bagaimana abang dia sekarang ini tetapi apa yang dia boleh buat kalau abang dia sendiri tidak mahu menjawab. Jadi dia terpaksa tunggu sehingga abang dia kembali

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaizo terasa kepala dia ada denyutan-denyutan yang membuatkan kepala dia sakit. Mata dia terbuka sedikit demi sedikit dengan tangan dia sudah pegang sebuah ikatan yang ada di kepalanya. Dia tidak tahu dimana dia berada sekarang ini. Dia bangunkan diri dia dan mata dia sudah terbuka luas. Baru dia sedar, dia kini berada di atas katil hospital. Kaki kanannya patah dan bahu kirinya ada jahitan. Dia melihat sekeliling bilik itu. Lalu dia ternampak seorang gadis yang dia hanya mengenali namanya sahaja. Gadis yang bernama Lynna itu sedang nyenyak tidur di atas kerusi sofa. Lalu dia cuba ulangkan balik apa yang telah berlaku. Dia hanya ingat, domput dia jatuh dan dia terpaksa berpatah balik untuk mengambilnya. Selepas itu dia cepat-cepat melintas jalan raya itu tetapi dari situ, semuanya hitam

"Kau dah bangun"

"Apa yang terjadi tadi?" tanya Kaizo. Lynna bangun dari sofa untuk pergi berdiri di sebelah katil Kaizo

"Kau kemalangan, Kaizo. Aku temankan kau sementara kau belum terjaga. Ada sesiapa nak kau suruh aku telefonkan? ahli keluarga kau?"

"Tak perlu. Kau tak perlu telefon sesiapa" balas Kaizo. Dia baringkan diri dia balik di atas katil itu "Tapi aku harus keluar dari sini" Dia ingin turunkan kaki dia ke lantai tetapi terasa sakit sehingga dia terpaksa baring di atas katil itu

"Kau mana boleh keluar. Kau belum ok lagi"

"Maaf, aku kena keluar juga kerana aku tiada duit untuk bayar ini semua"

"Jangan risau, itu aku boleh uruskan tapi kau pasti ke kau tak nak aku telefon sesiapa? Nanti ibu bapa kau risau pula"

"Ibu bapa aku sudah lama tiada" Suara Kaizo begitu perlahan sekali

"Maaf, aku tidak tahu. Bagaimana dengan adik beradik kau? Tak kan kau tak nak beritahu mereka juga"

"Aku hanya ada adik seorang sahaja tapi dia tidak perlu tahu. Aku tidak mahu dia rasa bimbang. Aku tak nak tengok dia melihat aku begini. Jadi, aku rahsiakan" Kaizo bayangkan kalau Fang ada di sini. Mesti adik dia tidak mahu keluar dari bilik dan akan temankan dia sepanjang hari "Kau tidak perlu risau. Adik aku ada orang yang tolong jagakan dia. Aku tinggalkan dia di rumah itu kerana aku perlu pergi mencari kerja supaya kehidupan kami lebih stabil nanti. Bila aku sudah bersedia, aku akan kembali dan bawa dia pulang"

"Kau seorang abang yang baik. Pergorbanan kau terlalu besar tapi aku harap dia akan faham. Aku akan rahsiakan perkara ini daripada adik walaupun aku sendiri tidak kenal adik kau.. hehehehe" Kaizo tersenyum sedikit apabila dia terdengar gelakan dari Lynna tadi

"Terima kasih tapi aku tak mampu nak bayar kau balik nanti. Aku tidak mempunyai banyak wang"

"Takpe.. aku faham. Biarlan semua perubatan aku yang bayar. Kau tidak perlu risau. Aku akan temankan kau dekat hospital sehingga kau boleh keluar dari sini" Lynna tarik sebuah kerusi dan duduk di situ untuk berborak dengan Kaizo "Aku sepatutnya pergi ke rumah aunty aku tapi benda lain pula yang berlaku. Aku sudah beritahu dia. Nanti-nanti aku akan datang ke sana. Bolehlah aku bawa makanan untuk kau nanti. Kau nak makan apa-apa tak? aku akan minta aunty aku buatkan atau aku yang buat sendiri nanti.. hehe"

"Tak perlulah susah-susahkan diri kau"

"Aku ikhlas, Kaizo. Aku ingin berkawan dengan kau"

"Kalau kau ikhlas, apa kata kau sendiri buatkan sup lobak merah untuk aku" Kaizo berikan senyuman ikhlas dia kepada Lynna. Dia naikkan diri dia sedikit untuk berborak dengan Lynna "Aku sepatutnya nak beli bahan-bahan untuk buat sup lobak merah tapi tak jadi pula"

"Sebab apa?"

"Sebab..." Kaizo cuba cari alasan lain supaya Lynna tidak tahu perkara yang sebenarnya "Sebab.. sebab aku tak reti masak"

"Oh.. kalau begitu, aku akan tunaikan permintaan kau yang pertama iaitu sup lobak merah"

Senyuman Lynna membuatkan Kaizo rasa tenang. Dia sedar, dia perlukan kawan pada ketika ini. Seorang kawan yang dapat membantu dia didalam kesusahan. Sebelum ini, dia mempunyai ramai kawan tetapi tiada seorang pun datang untuk menghulurkan bantuan. Semuanya lari dan tinggalkan dia bersendirian dengan masalah-masalah dia. Jadi dia terima persahabatan dari Lynna seikhlas hati. Maka, pada saat itu, terjalinlah sebuah persahabatan diantara mereka berdua

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

"FANGGGGGG! BANGUN! BANGUN! SEKOLAH!" Thorn goyang-goyangkan badan Fang sehingga dia bangun dari tidur "Bangunlah Fang! Ibu suruh Fang bangun"

"Hmmm.. yelah yelah!" Fang terus bangun dengan rambut dia yang kusut masai. Dia gosok-gosok matanya dan terus terpandang katil Halilintar. Katil itu kosong dan sudah siap dikemaskan dengan rapinya "Mana Halilintar?"

"Dia dah ada dekat dapur, tengah sarapan pagi. Cepatlah mandi! Bolehlah kita pergi sekolah sama-sama nanti"

"Yea yea.. aku nak pergi mandilah ni. Yang kau tiba-tiba ceria semacam pagi-pagi ni kenapa?"

"Sebab ibu buat nasi lemak hari ni!"

"Nasi lemak?" Kepala Taufan muncul sedikit di muka pintu bilik "Ibu buat nasi lemak? Betul ke?"

"Yea Taufan! Agaknya itu sebab Halilintar terlebih rajin pagi ni. Selalunya dia akan liat sedikit nak bangun awal" kata Thorn sambil tolong lipatkan selimut Fang "Nasi lemak ibu sentiasa menjadi kegemaran kami adik beradik! Tanpa nasi lemak ibu, kami akan menjadi malas sedikit.. lebih-lebih lagi si Halilintar"

"WEI! CEPAT CEPAT! SEBELUM NASI LEMAK IBU BUAT HABIS! CEPAT KE DAPUR!" Taufan terus berlari ke dapur sambil memakai baju sekolah dia. Rambut dia masih belum diurus lagi. Gempa, Solar, Ice dan Blaze terus berlari ke dapur. Riuh rendah rumah itu dengan larian mereka

"JANGAN HABISKAN NASI LEMAK TU! KALAU TIDAK, RASAKAN AMUKAN DARI AKU NANTI!" Fang boleh dengar jeritan Blaze

"Kau kenapa tak pergi makan nasi lemak ibu kau? Pergilah, nanti aku turun lepas sahaja aku siap"

"Ok!" Thorn letak lipatan selimut itu di atas katil. Dia keluar dari bilik itu dengan siulannya.

Fang rasa lega sedikit kerana semuanya kembali tenang. Tiada jeritan di waktu pagi, kalau tidak, boleh pening kepala dia. Fang turun dari katil itu dan terus mengambil tualanya di penyidai baju yang ada di dalam bilik itu. Semalam dia ada mimpi tentang abang dia ada di sisi dia. Bukan abang dia sahaja yang ada, ibu bapa dia juga hadir di dalam mimpi itu. Mereka berempat bergelak ketawa dengan bahagianya di dalam mimpi indah itu. Fang tersenyum bersendirian sambil masuk ke dalam bilik air tetapi hati dia tetap rindukan mereka. Apa abang dia sedang lakukan pada hari ini?

"Abang sudah sarapan pagi ke?" bisik Fang "Nanti aunty Keiko akan beritahu aku kalau abang ok ke tak. Harap-harap aunty dapatlah berjumpa dengan abang. Adik akan tetap menunggu abang di sini. Adik tidak akan pergi ke mana-mana selagi abang tidak kembali"

30 minit kemudian, Fang sudah bersiap-siap dengan pakaian sekolahnya. Hari ini dia kelihatan segak seperti biasa. Cermin mata ungunya sudah dipakai di mata dia. Rambut dia kelihatan kemas dan seperti biasa, cacak seperti landak. Fang tersenyum bangga di cermin apabila dia melihat diri dia sudah kelihatan bersih

"Wei, kau nak makan ke tak?" muncul Halilintar di pintu bilik

"Aku nak makanlah ni tapi korang dah habiskan ke nasi lemak tu?"

"Belum" balas Halilintar. Dia masuk ke dalam bilik untuk mengambil beg sekolah dia "Ibu ada simpankan sedikit untuk kau. Pergilah makan sebelum ada mulut yang pergi makan nanti"

"Ok, terima kasih"

"Oh yea, aku kena pergi awal hari ni sebab aku lumba dengan kawan aku siapa sampai sekolah dulu. Jadi aku suruh Taufan temankan kau"

"Ok, semoga kau menang nanti" balas Fang. Dia mengambil beg sekolahnya dan keluar dari bilik itu bersama Halilintar "Kau dan kawan kau memang suka berlumba ke?"

"Sukalah juga. Kita orang kadang-kadang lumba siapa lebih hebat. Kadang-kadang aku menang, kadang-kadang kawan aku menang. Kalau kau nak join, lain kali kita bolehlah lumba"

"Aku on aje tapi hari ni aku nak rasa nasi lemak yang ibu kau buat tu. Aku tengok semuanya berebut nak pergi makan.. hehehe.. macam orang tak makan setahun"

"Begitulah kehidupan kita orang setiap hari. Mesti nak berebut punya. Padahal ibu selalu masak cukup-cukup untuk kita orang. Takdelah yang merajuk nanti kecuali Blaze. Kalau dia rasa tak cukup, salah seorang terpaksalah korbankan makanan dia orang" Halilintar turun dari tangga itu. Fang ada di belakang dia "Aku jumpa kau dekat sekolah nanti"

"Ok"

Sampai sahaja di bawah, Halilintar terus ke pintu rumah dan Fang pula ke dapur. Keiko ada di dapur dengan Taufan dan Gempa. Mereka berdua masih lagi tengah makan nasi lemak. Thorn, Blaze, Ice dan Solar sudah naik ke atas untuk bersiap sedia, untuk ke sekolah nanti. Fang duduk di hadapan Gempa sambil mengucapkan selamat pagi kepada mereka bertiga

"Selamat pagi, Fang" Keiko terus letakkan sepinggan nasi lemak di hadapan Fang "Makanlah, lepas tu boleh pergi ke sekolah bersama mereka nanti"

"Terima kasih" Fang baru perasan bahawa Taufan dan Gempa sedang tersengih kepada diri dia "Apasal?

"Takde apa" jawab Taufan "Nanti kau pergi sekolah dengan aku kan.. hehehehe"

"Ha ah" Fang rasa pelik dengan Taufan asyik tergelak sahaja. Dia terus abaikan sahaja "Aunty, nanti aunty pergi periksa tentang abangkan?"

"Yea Fang, nanti aunty Keiko tanyakan dia kalau dia ok ke tak. Jangan risau, Fang" Keiko belai rambut Fang "Hari ni, anak buah aunty akan datang ke rumah. Nak masak apa yea nanti"

"Ibu buat apa nanti untuk dia? MESTI MAKANAN KEGEMARAN DIA KAN! BIHUN TOM YAM!"

"Hah! Betul juga tu, Taufan! Mesi dia akan suka nanti. Jadi ibu kenalah pergi cari-cari bahan untuk buat bihun tom yam nanti"

"Siapa anak buah aunty tu?" tanya Fang dengan mulutnya penuh dengan nasi

"Dia anak tunggal kepada abang aunty. Dia ada sebuah kedai bakery dekat bandar ni"

"Tapi kenapa ibu pergi beli kek dekat kedai lain? IBU BELOT ANAK BUAH SENDIRI?!" Taufan sahaja buat muka terkejut. Gempa tergelak sedikit melihat kembar dia yang begitu riang sekali

"Mana ada ibu belot anak buah sendiri. Ibu nak juga cuba kek lain dari kedai lain. Sudah sudah, pergi siap-siap cepat. Nanti lewat pula"

"BAIK IBU!" Taufan dan Gempa terus ambil beg sekolah mereka yang sudah tersedia di atas kerusi sofa "FANG! NAK KAMI TUNGGU KE?"

"KEJAP!" Mulut Fang masih lagi penuh dengan nasi. Dia makan dengan gejolohnya kerana ingin cepat "SIAP!" Dia telan nasi-nasi itu "Saya pergi dulu aunty"

"Hati-hati anakku!"

Keiko melihat anak-anak dia dan Fang, berlari keluar dari rumah. Solar masih lagi pakai kasut dia. Hari ini dia pakai cermin mata bergaya lain pula. Mengikut kata Solar, dia ingin bergaya seperti artis k-pop. Keiko pun boleh pening dengan anaknya yang suka bergaya tapi blur memanjang. Macam mana pun perangai mereka semua, dia tetap sayangkan setiap seorang kerana dia tahu, anak-anak dia mempunyai kebolehan tersendiri dan juga keistimewaan yang tersendiri

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"KAK LYNNA!" Halilintar, Taufan, Gempa, Blaze, Ice, Thorn dan Solar peluk kakak saudara mereka. Adik beradik kembar itu baru pulang dari sekolah dan tidak sabar untuk berjumpa dengan kakak saudara mereka iaitu Lynna

"Ada bawa apa-apa untuk kami tak?"

"Ada roti untuk, Taufan tak?"

"Kak Lynna apa khabar?"

"Sudah sudah! Kasihan kak Lynna kamu tu. Karang tak bernafas dia nanti" Adik beradik kembar itu terus lepaskan pelukan mereka "Mana Fang?"

"Dia lewat sikit, ibu. Cikgu Papa panggil dia sebab kerja sekolah matematik" balas Halilintar

"Ok, kamu semua pergi mandi. Lepas tu bolehlah kita makan bersama kak Lynna nanti"

"BAIK IBU!" Mereka berlari ke atas dengan riuh rendahnya. Taufan asyik menjerit sahaja, Thorn dengan gelak ketawa dia kerana mendengar kisah lucu dari Blaze. Solar buat kerja sendiri. Sambil dia panjat tangga, sambil itulah nyanyi lagu korea seorang diri. Gempa hanya perhatikan sahaja adik beradik kembar dia

"Macam-macam betul dia orang ni"

"Biasalah Lynna" Keiko duduk di sebelah anak buahnya "Macam mana dengan kedai kamu tu?"

"Semuanya berjalan dengan lancar aunty. Maaflah semalam Lynna tak datang sebab kawan Lynna kemalangan"

"Takpe, aunty faham. Bagaimana dengan kawan kamu tu? Dia ok?" tanya Keiko

"Dia ok, dia ada di hospital lagi. Cuma Lynna kasihan tengok dia. Dia ada seorang adik, tapi dia tinggalkan adik dia di rumah orang lain dan dia perlu mencari kerja dan kumpul duit untuk masa depan dia dan adik dia nanti. Ibu bapa dia sudah lama meninggal, aunty" Keiko melihat anak buah dia dengan perasaan pelik "Kenapa aunty?"

"Nama kawan kamu ialah Kaizo ke?"

"Yea aunty, nama dia Kaizo. Macam mana aunty tahu?"

"Sebab itu abang saya" Keiko dan Lynna terus pandang ke arah pintu rumah. Fang ada di situ dengan perasaan terkejut dia "Abang kemalangan ke? Dia ok ke?" Fang berlari ke arah Lynna. Mata dia sudah berkaca "Boleh tak bawa saya pergi melawat abang dekat hospital?"

"Sebenarnya abang suruh akak rahsiakan perkara ini daripada kamu. Dia tak nak kamu tahu tentang kemalangan itu"

"Tapi akak, saya nak sangat jumpa abang. Saya rindukan abang. Saya rindu suara abang yang kadang-kadang serius tu" Fang menangis di riba Lynna "Bolehlah akak. Bawalah saya jumpa abang"

"Macam mana ni aunty?" Lynna pandang mak cik dia dengan penuh kerisauan

"Hmmm... kalau aunty tak benarkan, aunty takut dia akan duduk termenung sambil fikirkan nasib abang dia"

"Tak pun, saya boleh berikan update setiap kepada Fang" Terus Fang angkat kepala dia untuk melihat Lynna "Kenapa Fang?"

"Akak, saya tahu saya memaksa akak untuk bawa saya pergi melawat abang dekat hospital tapi kalau abang tak benarkan, saya mengalah" kata Fang dengan hati dia yang sudah bersedihan "Tapi akak kena janji dengan saya, jaga abang dengan baik. Tolong dia bila dia di dalam kesusahan"

"Baiklah, akak akan janji dengan kamu dan akak akan beritahu perkembangan abang kamu nanti" Lynna belai kepala Fang

"Tapi akak kena rahsiakan yang akak kenal saya sebab saya tidak mahu abang putus hubungan antara akak dan abang. Dia perlukan kawan pada saat-saat ini. Saya tahu dia buat begini untuk kehidupan kita pada masa hadapan juga nanti. Jadi saya sekarang ini, akan tunggu abang sehingga dia sudah bersedia"

"Akak akan rahsiakan" Lalu Lynna berikan sebuah kotak kecil "Akak ada bawa dari kedai bakery akak. Nanti kongsi dengan adik beradik kembar tu ok"

"Akak, nanti tolong bawakan sup lobak merah untuk abang" Lynna terus angguk kepalanya sambil berikan senyuman lembut dia kepada Fang "Terima kasih akak"

"Sama-sama, Fang"

Tanpa disedari oleh mereka bertiga, adik beradik kembar itu mendengar perbualan mereka di ruang tamu. Mereka hanya duduk diam di tangga dan tersenyum sesama sendiri. Mereka yakin, Fang adalah seorang yang tabah dan dapat menerima apa sahaja berita dari kakak saudara mereka nanti. Apa-apa yang terjadi nanti, mereka akan sentiasa berada di sisi Fang supaya dia tidak keseorangan

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sudah satu minggu Kaizo berada di dalam hospital. Dalam seminggu itu juga Fang dapat tahu perkembangan abang dia dari Lynna. Fang rasa lega apabila dia dapat tahu abang dia akan keluar dari hospital pada hari itu. Kadang-kadang Lynna ada tunjuk gambar Kaizo kepada Fang. Gambar itu Lynna akan print dari handphonenya dan terus dia berikan kepada Fang. Hubungan Fang dan Lynna masih lagi tidak diketahui oleh Kaizo. Mereka rahsiakan pertemuan mereka berdua dari Kaizo

"Terima kasih Lynna kerana temankan aku di hospital" kata Kaizo sambil berjalan dengan menggunakan tongkat. Kaki dia masih lagi belum sembuh tetapi dia sudah boleh pulang ke rumah

"Sama-sama, Kaizo" Lynna membawa Kaizo ke restaurant yang dia bekerja sebelum ini "Boss kau mesti risaukan kau sebab pekerja paling kacak dia tiba-tiba sahaja kemalangan"

"Entahlah Lynna. Boss aku tu macam takde perasaan tapi aku harap dia faham kenapa aku tidak dapat datang bekerja"

"Mesti dia akan faham"

Mereka sudah sampai di sebuah restaurant yang agak popular di bandar itu. Kaizo menyuruh Lynna tunggu diluar, manakala dia masuk ke dalam untuk memberitahu dia cuti dalam beberapa hari. Jadi Lynna berdiri di tepi penghadang jalan sambil menunggu Kaizo. Dia berharap semuanya berjalan dengan lancar tetapi sebaik sahaja Kaizo keluar dari restaurant itu. Air muka Kaizo terus berubah menjadi marah, sedih dan bengang

"Kaizo, kenapa?"

"Boss aku tak guna tu. Sesuka hati dia sahaja pecat aku sebab tak datang. Aku ada alasan kukuh pun, dia langsung tak nak terima. Macam mana aku tak marah. Selamat aku tak mengamuk dekat dalam tu" Kaizo terus beredar dari restaurant itu. Dia tidak mahu melihat restaurant itu lagi. Lynna berjalan di sebelah Kaizo "Sekarang aku sudah tiada kerja, kaki aku belum baik pulih lagi dan apa yang aku perlu buat sekarang? Cari kerja baru dengan kaki aku begini"

"Sabar Kaizo. Mungkin kau ada peluang lain di kedai lain"

"Kau cakap senang ajelah" nada Kaizo agak marah pada ketika itu "Agaknya nasib aku memang sentiasa malang"

"Jangan cakap begitu, Kaizo. Kau boleh ubah nasib kau"

"Macam mana? Beritahu aku"

"Kau bekerja di kedai bakery aku" balas Lynna. Kaizo terus berhenti berjalan di situ "Kenapa? Kau tak nak ke?"

"Betul ke?"

"Betul. Aku ikhlas, Kaizo. Lagipun aku boleh ajar kau membuat kek, roti, biskut dan bermacam-macam lagi dan aku akan bantu kau untuk ubah nasib kau. Kau jangan fikirkan diri kau tu malang, fikirkan ini adalah peluang baru untuk diri kau. Macam mana? Kau setuju tak?" Lynna tunggu jawapan dari Kaizo

"Bagi aku fikir dulu" balas Kaizo. Lalu dia sambung balik berjalan dengan tongkat dia

"Ok, aku akan tunggu. Jom pergi makan, aku lapar. Kau lapar tak?"

Kaizo tidak berkata apa, dia ikut sahaja ke mana Lynna ingin bawa dia pergi. Di dalam pemikiran dia, mungkin dia akan ambil kerja itu. Bekerja di kedai kawan baik dia sendiri, mungkin tiada masalah. Mungkin juga sesuatu yang istimewa akan berlaku, hanya masa sahaja yang akan beritahu apa yang bakal terjadi nanti..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com