Chapter 5
"Wei Fang! Tangkap bola ni!"
Halilintar lemparkan bola keranjangnya ke arah Fang. Bola itu di sambut baik oleh Fang. Taufan cuba hendak merampas bola itu tetapi dia tidak berjaya kerana Fang begitu tangkas sekali. Lalu Fang melantun-lantunkan bolanya sambil berlari. Gempa cuba dapatkan bola itu tetapi sekali lagi, Fang pusingkan badannya supaya bola itu tidak di rampas oleh Gempa. Fang baling bola itu untuk jaringkan goal. Blaze melompat dan cuba menolak bola itu masuk ke dalam jaringan itu tetapi dia gagal. Bola itu terlalu tinggi untuk Blaze menolaknya. Akhirnya bola itu masuk ke dalam jaringan goal
"YES!" Fang menjerit dengan begitu gembiranya
Ahli pasukan dia iaitu Halilintar dan Solar sangat gembira dengan jaringan goal dari Fang tadi. Thorn dan Ice hanya duduk di tepi gelanggan bola keranjang sambil melihat mereka main di situ. Thorn menepuk tangannya dengan begitu lincah sekali. Ice sudah rasa mengantuk. Mata dia kuyu sahaja
"Dasyatlah kau, Fang. Kau memang hebat dalam bola keranjang" Gempa tepuk bahu Fang dengan perlahannya. Dia sangat kagum dengan kebolehan Fang di dalam bola keranjang
"Aku memang hebat pun" kata Fang dengan bangganya
"Dey, apasal tak panggil aku main sekali. Kecik hati aku tau" muncul Gopal di situ
"Maaf Gopal. Kau tadi tengah sibuk makan dekat kantin. Jadi kita orang tak naklah kacau" Gempa tersengih di situ sambil garu-garu pipi dia "Tapi kalau kau nak join kita orang, bolehlah join. Aku nak berehat sekejap"
"Hehehee.. terima kasih Gempa!" Gopal terus sambut bola yang sudah dilempar oleh Blaze tadi "Mari kita mulakan! Saksikanlah kebolehan-"
KRINGGGGGGGGGGG!
"Adeh, nasib Gopal seperti aku juga" Taufan tepuk bahu belakang Gopal "Jangan sedih, Gopal. Kita berdua ni sentiasa malang tetapi hati kita tetap ceria-ceria selalu! Lepas habis sekolah kita main ok"
"Dey, kau lupa ke. Lepas sekolah aku ada kelas tambahan dengan cikgu matematik kita"
"Oh.. lupa pula aku" kata Taufan sambil tersengih
"Nasib aku dan kau sama sahajalah, Taufan" Nada suara Gopal bertukar menjadi sedih
"KITA SUNGGUH MALANG SEKALI! TETAPI ITU TIDAK-" Kepala Taufan terkena bola keranjang "ADOI! Siapa pula yang baling bola dekat aku ni?"
"Takde siapa" jawab Halilintar sambil keluar dari gelanggang itu "Jumpa dekat kelas"
"Kalau bukan Halilintar, siapa yang baling bola tu?" Thorn garu-garu kepala dia sambil menunggu jawapan dari kembar dia. Fang hanya mampu menepuk dahi dia "Kenapa Fang?"
"Beginilah Thorn, lupakan ajelah siapa yang baling bola tu dekat Taufan. Jom masuk kelas sebelum orang lain suruh kau pergi ke tempat lain"
"Siapa pulak nak suruh aku pergi ke tempat lain" Thorn garu-garu kepala dia lagi "Mesti tempat tu menarik! Tak sabar aku nak pergi ke tempat tu"
"Errr..." Fang tidak tahu bagaimana hendak menjawab kepada Thorn
"Hehehe.. kasihan kau. Jangan risau, biar aku handle kan dia" Gempa menyuruh Fang pergi masuk ke kelas terlebih dahulu. Sementara dia berkata sesuatu kepada Thorn. Fang angguk sahaja dan terus mara ke depan
"Jangan risau tentang Thorn tu, Gempa tahu nak jaga dia"
"Aku tahu sebab Thorn sendiri pernah cerita dekat aku" balas Fang sambil melihat Ice berjalan di sebelah dia "Dia cakap korang suka kenakan si Thorn tu. Sedih juga aku dengar kisah dia. Sampai ada buli dia lagi"
"Hmm.. apa boleh buat, dia tu senang sangat nak kena buli. Halilintar suka buli dia tapi bukan selalulah tapi dia tak suka bila orang lain buli Thorn. Kalau kembar lain yang buli, dia tak begitu kisah sangat"
"Adik beradik.. mestilah tak suka bila orang luar buli adik beradik kita tapi kau pun ada ada buli si Thorn tu jugakan?"
Fang dan Ice sudah pun berada di tangga sekolah. Mereka menaiki tangga itu bersama sambil berborak
"Aku jarang buli dia sebab aku ni suka buat kerja sendiri iaitu relax dan tidur. Itu ajelah kerja aku setiap hari. Duduk goyang kaki sambil melihat orang lain buat kerja"
"Pemalas punya orang" bisik Fang
"Kau dengan abang kau macam mana? Abang kau tahu ke yang kau gunakan kak Lynna sebagai double double agent"
"Tak, dia tak tahu lagi. Aku suruh kak Lynna rahsiakan tentang perkara itu. Kalau dia tahu, aku cuma takut kalau dia lari jauh daripada aku lagi. Jadi, biarlah aku dengar sahaja cerita dari kak Lynna. Dapatlah aku tahu kalau abang ok ke tak"
"Patutlah kau semenjak akhir-akhir ni ok aje. Kalau tidak, nak duduk jauh-jauh daripada kita orang aje" Fang tersenyum di situ. Mereka sudah sampai di tingkat tiga "Aku masuk kelas dulu. Jumpa lagi"
"Jumpa lagi" Ice menguap besar sambil belok ke kanan
Fang hanya berikan lambaian kecilnya. Selepas itu dia belok ke kiri. Kelas dia jauh daripada kelas Ice. Kelas dia berada di hujung bangunan dan ianya berhampiran dengan kelas muzik. Setiap kali dia pulang dari sekolah, dia mesti terdengar orang bermain piano di dalam kelas itu dan mengikut kata Gopal, ada hantu yang selalu bermain piano di dalam kelas itu. Fang tidak begitu percaya sangat dengan kewujudan hantu tetapi dia seperti ingin tahu. Kaki dia melangkah terus ke tingkap kelas muzik itu. Dia tidak sedar Halilintar sedang memanggil dia dari dalam kelas. Fang mengintai-intai sedikit dari tingkap kelas. Dia nampak bayang-bayang seorang budak perempuan sedang duduk di atas bangku piano. Alunan melody di piano itu sungguh menyeramkan kerana melody itu adalah melody lagu sedih. Fang tidak berganjat lagi kerana dia ingin mendengar lagi melody piano itu sehinggalah bahu dia di pegang oleh seseorang
"ARGHH!" Fang terkejut di situ. Lalu dia menoleh kebelakang untuk melihat siapa sedang mengganggu dia tadi
"Apa kau buat dekat sini? Menghendap gadis dalam kelas tu ke?" tanya Halilintar "Kalau kau nak menghendap, minta kebenaran dari teman lelaki dia dulu"
"Eh, hantu pun ada teman lelaki?" Fang garu-garu rambut dia sebab rasa pelik
"Hmm... kau mesti percaya cakap si Gopal tu" Fang angguk sambil tersengih "Gopal tu kaki hantu.. segala benda dia nak kaitkan dengan hantu tapi gadis yang main piano tu bukan hantu. Dia adalah teman wanita kepada Gempa"
"Ge-Gempa ada teman wanita?" Fang terkejut lagi sekali. Hati dia mahu masuk ke dalam bilik muzik itu kerana dia ingin melihat wajah gadis itu. Mesti gadis itu kelihatan ayu. Entah kenapa dia terbayangkan gadis itu rupanya seperti Yaya
"Nanti-nantilah kau tengok budak perempuan tu atau tunggu Gempa memperkenalkan gadis tu dekat kau.. Sekarang ni kita masuk ke kelas sebab kejap lagi cikgu nak datang dah"
Halilintar mengheret Fang masuk ke dalam kelas. Fang menoleh sedikit kerana dia terdengar pintu bilik muzik itu dibuka dan dia tidak sempat untuk melihat gadis itu keluar dari bilik tersebut. Halilintar sudah mengheret dia masuk. Semasa dia pergi tempat duduknya, dia boleh nampak gadis itu lalu di tepi kelasnya. Gadis itu bukanlah Yaya. Gadis itu kelihatan cantik dengan rambut panjangnya diikat tinggi. Subang dia berbentuk bunga mawar. Dari dalam kelas lagi, dia boleh bau bunga dari gadis tersebut. Fang cuba mengintai sedikit dari tingkap kelas tetapi guru kelas mereka sudah pun tiba
"Bangun semua!" jerit ketua kelas
Fang tidak dapat melihat wajah gadis itu kerana dia sudah terlambat. Dia tidak sangka pula Gempa sudah mempunyai seorang teman wanita. Selama ini dia hanya melihat Gempa dan kembar-kembar dia yang lain, hanyalah seorang remaja lelaki yang biasa dan tidak terikat dengan hubungan mana-mana gadis. Dia tidak kisah tentang itu kerana hati dia sentiasa terikat dengan abangnya
"Selamat pagi, cikgu!" kata ketua kelas
"SELAMAT PAGI, CIKGU!"
Murid-murid kelas itu mula dudukkan diri mereka termasuklah Fang sekali. Dia mula keluarkan buku-buku mata pelajaran Matematik. Walaupun dia berikan tumpuanya terhadap apa yang cikgu dia sedang ajarkan tetapi hati dia tetap tertanya-tanya, apa yang abang dia buat pada ketika ini? Adakah abang dia sihat? Adakah abang melakukan kerjanya di kedai kak Lynna dengan baik? Nanti selepas sahaja dia pulang dari sekolah, dia akan bertanya kepada Lynna
--------------------------------------------------------------------------------------
Jauh dari situ, di sebuah kedai kecil yang terletak di bandar, ada seorang pekerja lelaki sedang rajin menyusun roti-roti di dalam bekas masing-masing. Kaizo begitu tekun sekali bekerja di kedai roti itu. Kedai itu juga menjadi popular setelah para gadis mendapat tahu seorang jejaka kacak bekerja di kedai tersebut. Semuanya mahu menegur Kaizo dan ada juga yang memberikan nombor telefon mereka kepada Kaizo tetapi dia hanya abaikan sahaja mereka. Dia tidak mahu kerja-kerja di ganggu oleh mereka, jadi dia hanya melayan mereka seperti pelanggan lain
"Kau tak pergi berehat ke? Nanti kau lapar pulak" Kaizo menoleh kebelakang. Lynna baru tiba di kedai itu dengan jaket putihnya ada di tangannya "Rajin betul bekerja aku ni"
"Kalau aku jadi pemalas, nanti aku di buang kerja pula" kata Kaizo dengan nada serius dia
"Hehehe.. tapi aku tahu kau bukannya pemalas. Aku bangga dapat seorang pekerja seperti kau" Lynna menyimpan jaket putihnya di dalam sebuah almari kecil yang berada di belakang kaunter pembayaran "Nanti aku ajar kau untuk membuat kek pula. Manalah tahu suatu hari nanti, kau teringin nak jual kek ke dan buka kedai sendiri"
"Hmm.. terima kasih tapi aku rasa, biar aku kerja di sini sahaja"
"Ok.. kalau kau perlukan bantuan, aku akan bantu kau"
Kaizo sambung menyusun roti-roti tersebut. Pelbagai jenis roti yang jual di kedai itu. Semuanya kelihatan sedap dan kadang-kala, Kaizo dibenarkan membawa balik roti yang tidak habis dijual. Ada masanya, Lynna akan membawa sedikit untuk berikan kepada anak-anak buah dia yang begitu ramai itu. Kembar-kembar itu terlalu sayangkan kakak saudara mereka sehingga ada yang paksa Lynna makan malam di rumah mereka
"Kaizo.."
"Kau nak apa?"
"Adik kau suka makan roti?" tanya Lynna
"Adik aku tu gilakan donut lobak merah. Nak bercinta pun, dengan donut lobak merah dia juga" Kaizo pergi ke belakang kedai untuk menyimpan dulang kosong yang telah di gunakan tadi "Entah apa yang dia nampak dekat donut tu"
"Hehee... adik kau tu lawak juga nampak gayanya tapi... kau pernah buat donut kegemarannya untuk dia?"
"Pernah" balas Kaizo. Dia terus teringat balik tentang kisah lama. Dia tersenyum kecil di situ "Aku pernah buatkan donut lobak merah untuk dia tetapi.. donut itu tidak menjadi"
"Adik kau tak menangis pula donut dia tak menjadi?"
"Menangis lah juga" Kaizo bersandar di tepi dinding kedai itu. Dia silangkan tangannya sambil ingatkan kembali detik-detik adiknya menangis melihat donut lobak merah dia tidak begitu sedap "Dia menangis dekat dapur sebab donut yang aku buat, tak menjadi dan tidak sedap"
"Hehehe... tapi aku boleh ajar kau cara-cara untuk membuat donut lobak merah" Lynna datang dekat kepada diri Kaizo "Mungkin satu hari nanti, kau dan adik kau bersatu semula dan kau buatkan donut lobak merah untuk dia kerana kau ingin melihat senyuman di wajah dia"
"Kau sudi ke ajar aku?"
"Kau sebagai kawan aku, sudah tentu aku sudi. Lepas kedai ni tutup, aku akan akan ajar kau dan juga pekerja aku yang lain"
"Terima kasih" balas Kaizo
Pintu kedai itu terbuka dan beberapa orang pelanggan masuk ke dalam untuk membeli roti-roti yang ada di dalam kedai itu. Kaizo menuju ke arah kaunter pembayaran. Manakala Lynna pula, dia pergi memberikan dulang kosong dan penyepit kepada pelanggan-pelanggan itu. Roti yang paling popular di situ adalah roti strawberry dalam bentuk bunga. Roti itu selalu habis terlalu awal, sehingga Kaizo terpaksa membeli satu roti itu lebih awal. Dia beli roti itu untuk diri dia sendiri
Lynna terdengar beberapa orang gadis sedang memuji-muji wajah Kaizo yang kacak itu. Mereka ingin berkenalan dengan Kaizo tetapi Kaizo tidak begitu layan mereka sangat. Dia hanya jalankan kerja dia sahaja dan wajah dia tetap serius sepanjang masa. Lynna rasa, dia tidak perlu mengajar Kaizo untuk berikan senyuman kepada pelanggan mereka kerana hati dia rasakan bahawa, sikap Kaizo yang serius itu adalah sesuatu yang mencuit hatinya. Lynna pergi sambung membuat kerjanya sebelum orang lain nampak dia asyik perhatikan Kaizo sahaja
---------------------------------------------------------------------------------------
Malam itu, Kaizo pulang ke rumahnya dengan sekotak makanan. Di dalam kotak itu ada dua donut lobak merah yang telah dia buat di kedai Lynna. Dia rasa sangat berpuas hati dengan hasilnya dan rasanya, agak memuaskan. Dia bersyukur kerana ada orang sudi mengajar dia membuat donut lobak merah. Lynna bukan sahaja mengajar Kaizo seorang sahaja. Malah dia mengajar semua pekerja dia yang sudi untuk pelajari cara-cara membuat donut lobak merah. Donut lebih yang Kaizo buat tadi, dia telah berikan kepada Lynna sebagai tanda terima kasih tetapi dia tidak tahu bahawa donut tersebut akan diberikan kepada adiknya iaitu Fang
Kaizo terus duduk di atas lantai dan keluar telephone bimbitnya di dalam poket seluarnya. Dia mencari nama Keiko di dalam telephone tersebut. Dia ingin bercakap dengan adiknya dan ceritakan apa yang dia buat pada hari ini. Dia hampir menekan butang dial tetapi dia berhenti. Dia ingatkan diri dia balik. Dia perlu menahan dirinya daripada berbual dengan adiknya. Dia mahu adiknya berdikari dengan sendiri. Dia menggenggam telephone itu dan tanpa disedari oleh dia, tapak tangannya tertekan butang dail
"Hello?" Kaizo terkejut dengan suara itu "Siapa tu?"
Kaizo diamkan diri sahaja. Dia letak telephone itu di telinganya
"Thorn, siapa tu?" Kaizo kenal suara yang kedua itu
"Tak tahulah ibu. Orang tu tak nak cakap pulak"
"Bagi dekat ibu" Kaizo dengar sahaja telephone itu diberikan kepada seorang wanita yang bernama Keiko "Hello.. ini siapa?"
"Aunty" Akhirnya Kaizo bersuara juga "Aunty jangan beritahu Pang yang saya telephone"
"Jangan risau, aunty tidak akan beritahu dia"
"Adik saya sedang buat apa aunty?"
"Dia tengah buat kerja sekolah dekat dalam bilik. Rajin adik kamu, setiap malam dia akan siapkan kerja rumahnya dan dia juga sudah mula bergaul dengan anak-anak aunty" balas Keiko
"Baguslah tu aunty" kata Kaizo yang rasa lega dengan perkembangan adiknya "Dia sihat aunty?"
"Dia sihat" balas Keiko "Kaizo pula, sihat ke? Semuanya ok?"
"Saya sihat, aunty. Semuanya ok sahaja. Saya sudah mula mengumpul duit untuk masa hadapan adik saya"
"Bagus tu, Kaizo. Apa sahaja yang Kaizo lakukan, semoga semuanya dipermudahkan dan jangan buat benda yang haram pula"
"Tidak aunty. Saya tidak akan lakukan begitu. Saya tidak akan sia-siakan peluang ini dengan benda-benda haram" kata Kaizo sambil membuka kotak donut lobak merah itu "Oklah aunty, saya belum makan lagi. Kalau ada masa lagi, saya akan telephone aunty untuk tanya tentang adik saya"
"Makan elok-elok, Kaizo. Jaga diri tu"
"Terima kasih"
Selepas itu, Keiko dan Kaizo tamatkan perbualan mereka di situ. Kaizo melihat sebentar donut yang dibuat di kedai Lynna tadi. Dia tidak sangka donut lobak merah yang dia buat kali ini, ianya menjadi. Dia keluarkan salah satu donut itu dan terus berikan satu gigitan. Rasanya agak sedap dan kelembutannya, seperti donut itu cair di dalam mulutnya. Baru dia tahu kenapa adik dia tergila-gilakan donut lobak merah. Rasanya sungguh enak tetapi ini bukannya bermakna dia akan beralih arah ke donut lobak merah. Sup lobak merah tetap menjadi kegemaran dia dan dia mula rindu dengan sup kegemaran dia itu. Tekak dia mula terasa sup lobak merah ibu dia selalu buatkan. Kali terakhir dia makan sup lobak merah adalah semasa Lynna berikan kepada dia
"Hmm.. satu hari nanti, aku sendiri akan belajar buat sup lobak merah. Mungkin tidak sesedap ibu punya tetapi aku mahu cuba sehingga aku dapat sup lobak merah yang aku mahukan" bisik Kaizo
Dia bangun dari situ dan terus menuju ke balkoni rumah. Dia berdiri di balkoni itu sambil melihat bulan dan bintang menjadi peneman dia pada malam itu
-----------------------------------------------------------------------------------------------
"FANGGG! TURUN! MAKAN! SARAPAN PAGI SUDAH SIAP!"
"WEI TAUFAN! JANGANLAH MENJERIT PAGI-PAGI NI! SAKITLAH TELINGA AKU!"
"OH MAAF MAAF.. AKU CUMA NAK PANGGIL FANG AJE!"
"SUDAH! KORANG BERDUA NI, BAIK SENYAP SEBELUM AKU MENGAMUK DEKAT MEJA MAKAN NI!"
"PAGI-PAGI LAGI KORANG DAH BUAT BISING. SAKIT KEPALA AKU!"
"Aduh.. kenapa menjerit pagi-pagi ni?" tanya Keiko dengan nada marah dia
Mata dia pandang ke arah anak-anak dia iaitu Taufan, Halilintar, Blaze dan juga Gempa. Keempat-empat mereka terus berdiamkan diri di dalam dapur. Thorn dan Solar hanya menikmati makanan sarapan pagi mereka tanpa hiraukan kembar mereka yang lain. Ice pula, dia masih lagi tidur di dalam biliknya
"Maaf ibu, kami tak sengaja" kata Gempa
"Ibu akan maafkan tapi jangan buat lagi selepas ini" kata Keiko "Pergi duduk dan makan bubur tu"
"Baik ibu" kata Gempa, Halilintar, Taufan dan Blaze secara serentak
Mereka berempat duduk di tempat masing-masing. Thorn dengan baiknya, dia mengagihkan mangkuk-mangkuk itu kepada para kembarnya. Keiko keluar dari dapur kerana dia terdengar satu ketukan di pintu rumah mereka. Kembar-kembar itu mengintai sedikit untuk melihat siapa yang datang ke rumah mereka pada waktu pagi begini. Muka mereka terus berubah menjadi ceria apabila pintu itu telah dibuka oleh ibu mereka
"KAK LYNNA!"
Keenam-enam kembari itu bergegas keluar dari dapur untuk pergi menyambut kakak saudara mereka. Thorn sempat lagi makan bubur dia sebelum keluar dapur. Ice sudah berlari turun ke bawah sebaik sahaja dia dengar nama Lynna. Fang juga seperti Ice, wajah dia berseri-seri melihat Lynna di peluk oleh para kembar. Gelagat para kembar itu membuat Fang ketawa sedikit
"Kak Lynna bawa apa tu?" tanya Gempa sambil perhatikan sebuah beg kertas yang ada di tangan Lynna
"Hmm... akak bawa donut lobak merah" balas Lynna
Mata Fang terus membulat besar sebagai sahaja dia dengar perkataan donut lobak merah. Dia bergegas ke arah Lynna dengan hatinya berdebar-debar kerana dia ingin makan donut kegemaran dia. Sudah sekian lama dia tidak dapat merasai donut lobak merah. Donut yang lembut, perisa lobak merah yang sungguh menyaksikan dan apabila ianya sampai ke tekak dia, memang sangat berpuas hati sehingga dia mahu lagi
"Donut lobak merah? Sedap ke, kak Lynna?" tanya Taufan sambil garu-garu kepala dia
"Isk kau ni, mestilah sedap! Donut lobak merah tu adalah donut kegemaran aku!" kata Fang dengan bangganya "Kalau korang tak nak, biar aku makan sorang"
"Kalau kau nak makan sorang, makanlah Fang. Aku tak kisah pun" Halilintar terus ke dapur. Dia tidak begitu kisah sangat tentang donut lobak merah kerana donut bukanlah makanan kegemaran dia
"Hehehee... aku nak makan kesemua donut lobak merah.. HAHAHAAA!"
Terkejut para kembar di situ kerana melihat Fang tergelak seperti orang jahat ataupun orang gila. Selama ini, Fang hanyalah seorang remaja lelaki yang tidak tergila-gilakan sesuatu. Lynna dan Keiko tergelak di situ. Lalu mereka semua masuk ke dalam dapur untuk menjamu selera. Lynna letakkan beg kertas itu di atas meja dan keluarkan sebuah bekas makanan yang agak besar. Fang sudah tidak sabar untuk menikmati donut lobak merahnya. Mata dia asyik pandang bekas makanan itu. Lynna membuka penutup bekas itu. Mata Fang terus bersinar-sinar kerana donut lobak merahnya ada di hadapan matanya. Ada 3 donut lobak merah di dalam bekas itu
"Haih Fang.. macam orang tak makan 10 hari aje ni"
"Hehehee.. maaf kak Lynna. Fang sudah lama tak makan donut lobak merah" Lalu Lynna berikan satu donut lobak merah kepada Fang "Terima kasih kak Lynna"
"Sama-sama" Lynna kenyitkan matanya kepada Fang
"Kalau macam tu, apa kata Fang habiskan semua donut tu. Kami suka bila tengok kau gembira daripada sedih sahaja" kata Gempa
"Ha ah, betul tu! Kalau nak mengamuk, jangan nak mengamuk sebab itu aku punya.. hehehee" Blaze garu-garu kepala dia sambil tersengih "Kak Lynna buat donut ni sebenarnya untuk Fang atau untuk kita orang?"
"Sebenarnya..." Lynna mengambil nafas sedikit "Donut lobak merah ni untuk Fang"
"Abang yang buat ke?" tanya Fang serta merta "Betul tak kak Lynna? Tapi betul ke abang yang buatkan? Sebab abang tu mana reti masak. Dia tahu makan dan buat muka serius sahaja"
"Hehehee.. pandai Fang teka. Memang dia yang buat donut ni, akak yang ajar dia semalam"
"WAH! Makin bertambah gembiralah si Fang ni" kata Taufan "Kita orang nak kau happy happy bukan sedih sedih macam dulu!"
"Bukan selama ni dia memang happy ke?" kata Thorn "Halilintar cakap sebab kepala dia asyik terkena bola keranjang sampai dia tak ingat perasaan sedih, sebab tu dia asyik happy sahaja"
Gempa terus berikan jelingan dia kepada Halilintar. Taufan dan Blaze ketawa sedikit. Solar dan Ice hanya mampu gelengkan kepala sahaja
"Dia happy sebab dia dapat tahu yang abang dia ada berkawan dengan abang dia. Jadi kak Lynna ni kiranya macam double agent lah kan" kata Lynna
"Eh, kak Lynna ni ejen ke? Ejen macam drama polis tu?" Thorn garu-garu kepala dia sambil melihat Lynna "Betul ke? Kalau betul, BESTNYA!" Mata dia sudah bersinar-sinar. Gempa terus tepuk dahinya sendiri
"Hehehe.. bukanlah Thorn. Akak bukan kerja dengan polis pun. Kamu ni Thorn, ada-ada aje" Lynna mengusap kepala Thorn "Hari ni korang semua buat apa dekat rumah?"
"Tidur" jawab Ice
"Dengar lagu sambil buat kerja sekolah" kata Solar
"Errr... main game aje kot" kata Taufan
"Taufan, kita cuba game terbaru tu.. nak tak?" tanya Blaze
"Game apa?"
"Kau lupa ke Taufan.. game perang-perang, tembak-tembak.. lepas tu boleh mengamuk tak tentu pasal sebab watak tu psycho"
"Err.. ok, nanti kita main" Taufan pandang lama-lama muka Blaze. Tak tahulah sama adalah kembar dia ni betul ataupun tidak
Terus dapur itu menjadi riuh rendah kerana masing-masing sudah tidak sabar untuk jalankan aktivity mereka pada hari sabtu itu. Keiko mendengar sahaja perbualan mereka yang begitu rancak itu
"Kak Lynna, terima kasih kerana bawakan donut lobak merah untuk Fang"
"Sama-sama Fang" kata Lynna
"Donut yang abang buat ni, memang sedap. Fang rasa sangat terharu" Fang tersenyum sedikit sambil melihat donut separuh makan itu. Air mata dia mengalir keluar sedikit. Dia bukan berasa sedih tetapi rasa gembira "Nanti suruh abang buat lagi ok"
"Hehehe.. boleh aje Fang tapi akak tak naklah paksa dia sangat. Nanti akak ajar dia buat roti lain pula"
"Terima kasih kak Lynna" Fang makan donut itu dengan sepenuh hati
Keiko terpaksa meninggalkan dapur dia sebentar kerana dia terdengar satu lagi ketukan di pintu rumahnya. Dia rasa hairan, siapa yang datang ke rumah dia pada pagi ini. Lalu dia membuka pintu itu. Seorang gadis berpakaian sopan sedang berdiri di depan pintu rumah Keiko. Dia kenal siapa gadis itu dan dia tahu gadis itu sedang mencari siapa
"Ibu, siapa dekat pintu tu?" tanya Gempa
"Siapa lagi, kalau-" Belum sempat Keiko habiskan ayat dia. Fang sudah menjerit di luar dapur kerana dia kenal siapa gadis itu
"KAU!"
"EH EH! LANDAKLAH!"
To be continued...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com