Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 6

"LANDAK! LANDAK!"

Hati Fang terus membara-bara apabila dia bertemu kembali dengan kawan dia sewaktu mereka sekolah rendah lagi. Dia tidak tahu hendak bercakap apa, samada dia perlu gembira atau menjerit dekat gadis itu kerana sikap gadis itu sungguh menjengkelkan

"Eh, korang berdua kenal ke?" tanya Gempa

"Yup! Fang adalah kawan Lily semasa kita orang darjah 1 lagi"

"Ohh... patutlah Lily jerit-jerit gembira tadi yea" kata Keiko sambil pelawa Lily masuk ke dalam rumah itu "Tapi kenapa Fang nampak macam marah sahaja?"

"Entahlah aunty.. si landak tu memang dari keturunan yang suka marah orang sahaja. Abang dia pun sama juga tapi tak tahulah kalau abang Kaizo masa sama macam dulu ke tak. Oh yea, mana abang Kaizo?" Lily mencari-cari Kaizo di dalam rumah itu. Dia mengintai di dalam dapur, tiada Kaizo di situ. Hanya ada keenam-enam kembar yang sedang sibuk makan bubur sahaja

"Tak tahulah dia buat apa sekarang ni tapi dia tak tinggal dengan aku pun" balas Fang sambil menuju ke dapur

"Ohh... korang bercerai ke?"

"Aduh..." Gempa tepuk dahinya sendiri "Dia orang mana ada bercerailah Lily"

"Habis tu? Bergaduh sampai tidak mahu duduk rumah sebumbung! KENAPA GEMPA? KENAPA?!" Lily goyang-goyangkan kepala Gempa "TELL ME WHYYYYY!"

Keiko sudah bersilang tangan sambil berikan renungan mautnya ke arah Lily. Terus Lily lepaskan kepala Gempa dan lalu tersengih di situ

"Adehh.. pening kepala aku" Gempa terus duduk di atas kerusi sofa untuk rehatkan diri dia "Sebenarnya.. kisah si Fang dan abang dia.. memang menyedihkan"

"Sedih macam mana tu?" tanya Lily

"Biar aku sendiri yang ceritakan" Fang sudah kembali di ruang tamu tetapi kali ini, tangan dia ada sebiji donut lobak merah. Lily duduk dan sedia mendengar cerita dari Fang "Sebenarnya.. ibu bapa aku sudah lama meninggal dunia"

"ERK?! Ibu bapa kau sudah tiada..." Terkejut Lily. Dia kenal ibu bapa Fang kerana dia selalu datang rumah Fang untuk mengacau kawan dia "Abang kau pula?"

"Abang aku masih hidup lagi tapi dia terpaksa tinggalkan aku dekat sini supaya dia pergi mencari kerja tanpa ada bebanan dari aku" Fang gigit donut itu sedikit "Pada mulanya aku memang sedih sebab dia buat begini dekat diri aku tapi selepas dia muncul balik, baru aku faham sedikit demi sedikit. Jadi aku terpaksa bersabar untuk menunggu kepulangan dia. Lagipun aku ada kak Lynna"

"Kak Lynna tu kakak kau ke?" tanya Lily lagi "Bila masa kau ada kakak" Dia garu-garu kepalanya

"Bukanlah.. kak Lynna tu kawan kepada abang aku. Abang aku tidak tahu bahawa kawan dia selalu cerita dekat aku apa yang dia buat pada hari ini. Jadi aku dapat tahu perkembangan abang aku dari dia dan donut ini pula.. abang aku yang buatkan. Dia tak tahu kak Lynna yang bawakan donut ini kepada aku"

"Kak Lynna memang baik orangnya tapi.. aku tak tahu kau sudah kehilangan ibu bapa kau. Takziah aku ucapkan" Suara Lily pada masa itu kelihatan sedih. Lalu dia berkata lagi "Jadi.. abang kau sebenarnya ada juga di sekitar bandar ini cuma dia jauh daripada kau"

"Hmm.. begitulah nampak gayanya" balas Fang

"Boleh aku tanya?"

"Gempa nak tanya apa?" Lily tersenyum sambil melihat Gempa

"Kenapa kau panggil Fang, landak? Ada kisah menarik ke sebalik panggilan landak tu"

"OH! Aku nak dengar kisah menarik tu" Blaze muncul di ruang tamu bersama Taufan. Muka mereka kelihatan ceria kerana kedatangan Lily "Cepatlah cerita Lily"

"Ok ok" Lily batuk sedikit sebelum dia mulakan ceritanya "Landak tak nak dengar sekali ke?"

"Malas" Fang bersilang tangan sambil bersandar di tepi tiang rumah "Kau jangan nak putar belitkan cerita"

"Baiklah landak!" Lily bangun dari sofa itu. Dia mula bermundar mandir dengan kedua tapak tangannya di belakang "Lily kenal landak semenjak kita orang darjah satu lagi. Pada ketika itu, rambut landak amatlah selekeh sekali! Macam orang tak mandi sebulan. Lily ketawakan dia sehingga abang dia muncul di belakang Lily"

"Lepas tu" Muncul Halilintar di ruang tamu itu. Dia mula mahu mendengar cerita tersebut

"Lepas tu.. abang Kaizo tepuk kepala Lily dan terus Lily menangis. Landak pula.. dia ketawakan Lily sepuas-puasnya sehinggalah Lily lari balik rumah adik beradik ni. Lily tidak mengadu dekat ibu bapa Lily kerana Lily tahu, mereka hanya bergurau sahaja tapi tak tahulah kalau abang Kaizo bergurau ke tak masa tu" Lily mengusap-gusap dagunya

"And then?" Ice pula muncul kali ini. Dia duduk bersila di atas lantai sambil menguap besar

"And then keesokan harinya. Lily tunggu landak dekat sekolah. Masa tu landak dan Lily comel-comel aje. Suara si landak pun comel aje. Betul tak landak?"

"Hmmm... bolehlah" jawab Fang

"Sambung balik cerita Lily tadi.. Tak lama Lily tunggu si landak ni sampai dan akhirnya, dia sampai juga dengan abang dia. Pada ketika itulah Lily terkejut dengan perubahan rambut landak. Mula-mula nak panggil rambutan tapi tak best. Lepas tu nak panggil durian tapi tak best juga.. tetapi akhirnya, Lily telah mendapat satu panggilan yang akan kekal buat selama-lamanya iaitu LANDAK!" Lily tersenyum bangga di situ "Begitulah kisah panggilan nama landak"

"Tapi lepas dia dah pindah ke tempat lain, aku rasa aman sebab takde siapa nak panggil aku landak"

"Yea ke Fang.. entah-entah rindu dengan nama panggilan tu.. hehee" Taufan tergelak sedikit di situ. Fang tolak kepala Taufan sedikit "Adeh.. aku bergurau aje"

"Ala.. landak tu memang macam tu. Tidak boleh bergurau langsung" kata Lily sambil gelengkan kepalanya "Apalah landak tu, dia dan abang dia.. sama aje perangai. Abang Kaizo tu garang tapi landak ni panas baran.. isk isk isk... tapi ibu bapa dia orang lembut aje orangnya. Sopan santun dan baik orangnya. Takde marah-marah macam dia orang berdua tu. Lily rasa rindu pula dengan ibu bapa landak" Dia duduk di atas kerusi dengan wajahnya yang sudah berubah sedih

"Mereka sudah tiada tapi... ibu bapa aku sentiasa hidup di dalam hati aku. Kasih sayang mereka kepada aku dan abang aku sentiasa ada di sini" Fang letakkan tapak tangannya di dadanya. Dia boleh merasai degupan jantungnya sendiri "Aku tak kan lupakan mereka, aku tak kan lupakan kasih sayang mereka.. aku tak kan lupakan pelukan terakhir dari ibu dan ayah aku"

"Kalau Fang nak menangis.. menangislah di sini. Kalau nak luahkan, luahkanlah kepada kami semua. Kami tidak akan halang, kami akan dengar luahan hati Fang"

"Terima kasih aunty.. tapi masa sekarang ini, biarlah Fang simpan di hati ini"

"Ok tapi jangan simpan lama-lama" kata Keiko. Lalu dia peluk tubuh badan Fang yang kecil itu "Aunty tahu, diri aunty bukanlah ibu kandung kamu tapi kalau Fang ada masalah, luahkan sahaja kepada aunty"

"Terima kasih aunty" bisik Fang. Dia menangis sedikit di dalam pelukan Keiko itu. Dia menangis kerana peluakn itu seakan-akan seperti pelukan ibunya. Tangan dia mula membalas balik pelukan Keiko. Fang pejamkan mata dia dan bayangkan dia di dalam pelukan ibunya "Ibu.." bisik Fang

Para remaja kembar, Lynna dan juga Lily, rasa terharu melihat mereka. Halilintar menahan air matanya daripada mengalir keluar. Dia asyik pandang ke tempat lain dan mengesat matanya. Gempa tidak pernah melihat Halilintar menangis sebelum ini. Dia tidak mahu ketawa di situ kerana takut nanti suasana berubah menjadi lain pula

"Aunty.."

"Kenapa Fang?" Keiko lepaskan Fang di situ

"Macam mana aunty kenal abang?"

Keiko duduk di atas kerusi bersebelahan dengan Gempa. Lalu dia tarik tangan Fang untuk ceritakan kisah sebenarnya

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Awal pagi itu, Keiko sibuk pergi mencari barang-barang dapur di bandar. Dari satu kedai ke kedai yang lain dia asyik keluar masuk. Barang-barang yang dia beli semuanya adalah untuk masak makanan anak-anaknya yang seramai tujuh orang itu. Dia tidak hiraukan cuaca panas terik pada hari itu. Dia hanya fikirkan anak-anak dia sahaja. Dia tidak mahu mereka dalam kelaparan. Keiko berjalan menuju ke kedai yang terakhir iaitu sebuah cafe. Dia ingin membeli kopi dan beberapa kek untuk diri dia dan juga anak-anak dia. Sewaktu dia tiba di tepi kedai tersebut, dia ternampak seorang pemuda lelaki sedang duduk di depan kedai. Pemuda itu kelihatan runsing. Muka pemuda itu kelihatan pucat sedikit. Dia kelihatan seperti tidak makan atau tidak dapat tidur dengan lena dalam beberapa hari. Lalu Keiko datang dekat kepada pemuda tersebut

"Kamu ok ke?" tanya Keiko

"Saya ok sahaja" jawab pemuda lelaki itu

"Betul ke? Saya nampak kamu seperti risaukan tentang sesuatu.. ada apa-apa yang saya boleh bantu?"

"Tiada apa yang kamu boleh bantu saya... maaf.. saya perlu pergi dulu"

Pemuda itu terus bangun dari kerusi kedai cafe tersebut. Air muka wajahnya itu berubah menjadi sedih. Keiko rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan lelaki itu. Dia perlu buat sesuatu

"Nanti dulu" kata Keiko. Lelaki menoleh kebelakang "Apa kata kamu duduk berbual dengan saya sebentar... saya nampak, awak seperti ada masalah"

"Yea, saya memang ada masalah tapi.. biarlah saya selesaikan masalah saya sendiri"

"Jangan begitu.. saya ikhlas hendak menolong awak. Mari, biar saya belanja kamu makan... saya nampak awak seperti orang tengah kelaparan"

Lelaki itu mengangguk kepalanya. Dia tidak berkata apa selepas sahaja Keiko menjemput dia masuk ke dalam cafe itu. Keiko pergi membeli dua cawan teh untuk diri dia dan lelaki itu. Dia juga sempat membeli pasta untuk lelaki itu. Selepas itu, mereka duduk di tepi tingkap untuk berborak

"Ceritalah masalah kamu"

"Hmmm..." Lelaki itu pegang secawan teh yang ada di atas meja bulat. Dia hanya pandang air teh itu sambil teringatkan seseorang iaitu adik dia "Saya sebenarnya.. tengah mencari kerja untuk menyara kehidupan saya dan adik saya tetapi.. saya tidak mahu tinggalkan adik saya seorang diri di rumah"

"Sekarang ni dia ada dekat rumah?"

"Yea.. dia pandai jaga diri dia tapi saya mahu keselamatan dia di jaga oleh seseorang. Saya cuma takut kalau apa-apa terjadi terhadap dia semasa saya tiada di rumah nanti"

"Ibu bapa kamu dimana?"

"Mereka sudah tiada" balas lelaki itu dengan nada yang agak perlahan "Sekarang ini.. semuanya di bawah tanggungan saya. Duit pun tidak mencukupi untuk menyara kehidupan kami berdua. Duit simpanan ibu bapa kami, telah di ambil oleh mak cik dan pak cik saya. Sekarang rumah yang kami tinggal, tak lama lagi.. akan di jual.. saya kena cari rumah sewa. Mungkin juga kami terpaksa pindah dari sini"

"Apa nama kamu?"

"Kaizo" balas dia

"Nama saya adalah Keiko. Panggil aunty Keiko pun boleh. Kaizo... adik tu masih sekolah lagi ke?"

"Tidak" Kaizo bermain-main dengan pastanya. Dia tidak lalu untuk makan walaupun perut dia terasa lapar "Saya berhentikan dia kerana ada masalah kewangan"

"Hmm... Kaizo, aunty nak bagi cadangan boleh?"

"Cadangan apa aunty?"

"Apa kata kamu berdua tinggal dengan aunty. Rumah aunty tu besar dan muat untuk lagi dua orang"

"Eh.. tak perlulah aunty.. saya menyusahkan aunty sahaja" Kaizo bermain-main lagi dengan pastanya "Saya tak nak menyusahkan sesiapa, aunty"

"Kamu tidak menyusahkan aunty. Aunty ikhlas hendak menolong kamu dan paling penting sekali adalah adik kamu kerana ada orang akan menjaga dia. Tidaklah dia keseorangan selepas ini. Aunty juga akan uruskan persekolahan dia dan kamu pula.. kamu boleh pergi cari kerja tanpa perlu rasa risau tentang adik kamu. Kaizo, tinggal sahaja dengan aunty. Anak-anak aunty mesti suka melihat kamu dan adik kamu nanti"

"Terima kasih.. tapi.."

"Tapi kenapa?" tanya Keiko

"Saya rasa, biar adik saya sahaja tinggal dengan aunty. Biar saya seorang sahaja yang pergi mencari kerja. Saya akan kembali selepas sahaja kehidupan kami kembali pulih tapi.. kenapa aunty tegur saya tadi? Aunty tak takut ke kalau saya ni tiba-tiba orang jahat atau seorang kaki penipu yang mahukan duit aunty sahaja"

"Sebab aunty nampak air muka kamu yang kelihatan sedih itu. Kesedihan kamu memang amat jelas sekali dan aunty dapat rasakan sesuatu yang tidak kena dengan diri kamu. Mata kamu tadi juga boleh dikatakan seperti inginkan pertolongan dari seseorangan tetapi kamu tidak tahu dimana kamu ingin mencari bantuan. Tekaan aunty memang tepat sekali" Keiko menghirup air tehnya sedikit. Lalu dia berkata lagi "Kaizo, kalau itu yang kamu mahukan.. aunty akan tunaikan. Aunty akan jaga adik kamu dan kamu, pergilah cari kerja yang halal dan jangan sia-siakan peluang ini. Kamu boleh menjenguk adik kamu di rumah aunty nanti"

"Terima kasih aunty" Kaizo rasa lega sedikit. Dia terus makan pasta itu sambil diperhatikan oleh Keiko

"Makanlah Kaizo.. badan kamu nampak kurus aje. Nanti aunty belikan makanan sedikit untuk adik kamu. Dia suka makan apa?" tanya Keiko dengan senyuman ikhlas dia

"Hmm.. donut lobak merah" balas Kaizo

"Cafe ni tiada jual donut lobak merah pula.. tapi aunty beli makanan yang lain bolehkan?"

"Boleh aunty"

"Kaizo, nanti aunty berikan nombor rumah aunty kepada Kaizo. Nanti kamu boleh telephone aunty bila kamu nak hantar adik kamu"

"Kalau boleh, saya nak hantar dia ke rumah aunty secepat mungkin" balas Kaizo

"Kamu tak nak berbincang dengan dulu ke?"

"Tak perlulah aunty. Saya tahu dia akan membantah dan saya paling takut kalau dia lari dari rumah"

"Susah juga kalau begitu. Kamu buatlah apa yang terbaik untuk adik kamu"

"Yea, saya akan buat apa sahaja untuk adik saya. Lagipun, buat masa ini.. dia perlukan kasih sayang dari ibu dan ayah. Mungkin aunty boleh jadi ibu angkat kepada dia. Dengar masalah dia, berikan nasihat kepada dia.. kalau dia tak nak, takpelah.. bagilah dia masa"

"Aunty akan sayangkan dia seperti aunty sayangkan anak-anak aunty" Keiko membuka beg dompet dia dan keluarkan sedikit wang "Kaizo.. ambiklah duit ini sedikit. Belilah makanan untuk kamu berdua sebelum kamu serahkan adik kamu kepada aunty"

"Eh... tak perlulah aunty. Saya macam susahkan aunty sahaja"

"Jangan begitu Kaizo.. aunty ikhlas bantu kamu dan adik kamu. Duit ini untuk keperluan kamu berdua. Takdelah kamu berdua kelaparan nanti"

"Terima kasih aunty" Kaizo menangis sedikit. Air matanya menitis ke dalam pinggan pasta itu "Saya tidak tahu macam mana nak balas budi aunty"

"Kamu balaskan dengan buktikan kepada aunty dan adik kamu yang kamu boleh menyara kehidupan kamu berdua di masa hadapan nanti"

"Saya akan buktikan" Kaizo mengambil sedikit wang itu dari tangan Keiko. Dia rasa malu sedikit untuk melihat muka Keiko. Lebih-lebih lagi orang lain memandang dia dengan muka pelik mereka. Ada juga berbisik-bisikkan tentang diri dia "Aunty.. kalau dia marah kerana saya tidak jelaskan kepada dia.. harap aunty bersabar dengan sikap dia yang suka panas baran itu"

"Jangan risaulah.. anak-anak aunty ada pelbagai perangai. Aunty setiap hari bersabar dengan mereka dan makin lama, makin sayang dengan anak-anak aunty. Kasih sayang aunty tidak berbelah bahagi. Semuanya sama rata.. begitu juga dengan adik kamu nanti. Kalau dia menangis, merajuk atau marah-marah aunty.. aunty akan bersabar dan berusaha untuk pujuk hati dia"

"Hmm.." Kaizo angkat cawan teh dia. Kaizo tidak minum. Dia hanya merenung ke dalam teh itu "Sebenarnya.. saya rasa kejam pula nak tinggalkan dia dekat rumah aunty. Dia sudah kehilangan ibu bapa dan saya pula.. pergi tanpa beritahu dia nanti. Saya tidak tahu apa perasaan dia nanti. Adakah dia akan benci terhadap saya nanti"

"Kalau dia benci pun, mungkin hanya sekejap sahaja... tak mungkin dia akan benci kamu buat selama-lamanya. Dia sayangkan abang dia"

"Betul tu aunty.. dia memang seorang yang manja tapi panas baran" Kaizo tergelak di situ. Selama ini, dia hanya fikirkan tentang kehidupan dia dan adik dia sahaja sehingga dia terlupa hendak bersenyum

Keiko suka dengar gelakan itu dan wajah Kaizo sudah kelihatan ceria sedikit. Kaizo tidak lagi nampak begitu pucat

"Kamu habiskan makanan kamu.. lepas ni pergilah beli makanan adik kamu. Nanti kita berjumpa lagi. Semoga semuanya akan dipermudahkan"

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

"Ohhh.. macam tulah kisah ibu kenal abang dia" kata Blaze "Tapi kenapa dia tak nak duduk dekat sini sahaja? Kan senang begitu"

"Senang memang senang, anakku tapi.. biarlah dia belajar susah senang di alam baru ini. Lagipun Kaizo mahukan yang terbaik untuk adik dia. Fang pun perlu bersabar.. biarlah abang kamu cari duit supaya masa depan kamu berdua terjamin"

"Terima kasih aunty" Fang tersenyum sedikit di situ "Saya akan tunggu abang pulang dan pada masa itu, sudah tentu abang sudah berjaya dan kami berdua akan bina kehidupan baru bersama"

"Sekarang ni.. abang kau dengan kehidupan baru dan kau pula.. kehidupan kau dengan kita orang" kata Gempa "Dan setiap saat kau berada di dalam keluarga kita orang, kau akan menjadi saksi dengan karenah kami semua"

"Betul tu! Kita orang ni suka huru-harakan keadaan. Lebih-lebih lagi kalau Blaze mengamuk" tambah Taufan

"Mengamuk adalah hobi kegemaran aku!" kata Blaze dengan penuh semangat

"Kegemaran kau? Jadi kalau aku setiap hari buat kau mengamuk, kau akan menjadi bertambah suka?" tanya Thorn sambil garu-garu kepala

"Bukanlah! Aku bergurau aje" Blaze tolak sedikit kepala Thorn "Kau ni.. memang setiap bendul aje"

"Hehehee... maaf" Thorn tersengih di situ

"Tapi paling penting sekali.. kita orang sayangkan kau, Fang kerana kau sudah menjadi sebahagian keluarga kita orang. Kau macam kembar kita orang nombor 8"

"Wuuuuu... kembar nombor 8.. hehehee... oklah tu landak" Lily bangunkan diri dia semula "Landak kena bangga kerana abang landak telah dijumpai oleh aunty Keiko yang tersangatlah baik! Aunty Keiko ni penyayang orangnya! Macam ibu landak.. dan landak jangan nak buat aunty Keiko naik stress dengan perangai landak yang suka sangat panas baran tu!"

"Yelah Lily.. aku tak kan buat begitu sebab aunty Keiko seperti ibu aku sendiri. Dua-duanya penyayang dan sentiasa bersabar dengan karenah anak-anak dia orang" kata Fang "Terima kasih aunty kerana tidak berputus asa dengan Fang dan tidak memarahi Fang bila Fang buat hal"

"Sama-sama" balas Keiko

"Kalau abang kamu lihat kamu sekarang ni, mesti dia rasa bangga dan terharu"

"Hehehee... dia mesti bangga dengan adik dia sendiri" kata Fang kepada Lynna "Tapi... apa abang buat hari ni? Dia kerja ke hari ni, kak Lynna?"

"Tak, akak bagi dia cuti sehari.. dia tu asyik kerja aje. Memang rajin teramat abang kamu tu"

"Abang.. dia memang rajin macam adik dia yang comel ni!" Fang kelip-kelipkan mata dia kepada Lynna. Lalu Halilintar baling bantal sofa ke arah kepala Fang "WOI!"

Halilintar bersiul sahaja dan buat-buat tidak tahu. Thorn tunjuk ke arah Halilintar secara senyap. Begitu juga dengan Ice. Dia tunding jarinya dengan mata dia sudah terpejam tidur. Fang rasa pelik dengan Ice. Adakah dia berpura-pura tidur atau dia boleh dengar apa yang kami sedang berborak semasa dia tidur, fikir Fang

"Cheh, apasal kau baling bantal dekat aku?" Muka Fang naik merah kerana ingin mengamuk di situ tetapi dia tenangkan diri

"Yang kau tiba-tiba buat muka comel dekat kak Lynna apasal?" tanya Halilintar pula

"Sebab dia ada informasi tentang abang aku.. heheheeee..." Fang palingkan mukanya ke arah Lynna. Dia ingin bertanyakan sesuatu tetapi dia lupa pula soalan itu "Errr... takpelah"

"Kenapa Fang?"

"Takde apalah kak Lynna"

"Hari ni kamu semua tak pergi main dekat luar ke?" tanya Lynna kepada para kembar itu "Hari ni kan hari Sabtu. Masa untuk berehat atau bersuka ria dengan kawan-kawan atau sanak saudara"

"Saya tahu tidur sahaja" jawab Ice dengan muka dia sudah di conteng oleh Taufan dan Blaze. Ibu mereka hanya mampu gelengkan kepala sahaja

"Saya tahu hari ni ada drama korea episode baru" jawab Solar "Ke.. episode tu baru keluar semalam. Lupa pula" Dia garu-garu kepalanya sambil melihat siling rumah

"Macam-macam betul si Solar ni" bisik Keiko "Kalau nak main dekat luar.. hati-hati dan jangan nak pergi kacau orang pula"

"Kalau orang kacau kita, boleh ke ibu?" tanya Thorn dengan senyuman comelnya. Mata dia bulat besar dan bersinar-sinar. Keistimewaan yang ada pada diri Thorn adalah, dia mempunyai sepasang mata yang comel besar daripada kembar dia yang lain. Ramai yang suka melihat matanya itu, terutama sekali para gadis di sekolah

"Hmmm... kalau orang tu kacau Thorn, jangan sesekali nak balas balik. Kita abaikan sahaja dan pergi ke tempat yang ramai orang supaya orang tu tidak boleh mengacau kita lagi. Kalau boleh, jangan jalan seorang diri"

"Baik ibu!" kata Thorn sambil berikan tabik hormat kepada ibunya

"Kak Lynna nak bawa kami jalan-jalan ke hari ni?" tanya Taufan "Saya dengar, dekat bandar ada karnival makan! Mesti Gopal ada dekat situ sebab makanan adalah kegemaran dia"

"Kalau kamu semua nak pergi, akak akan bawalah"

"SUDAH TENTU KAMI NAK!" Jerit para kembar itu

Fang dan Lily tersenyum sahaja melihat gelagat kembar-kembar itu. Ice seperti biasa, dia sudah terbayangkan Ice Chocolate di karnival makanan itu. Solar pula, tekak dia sudah merasai makanan Korea. Lily terbayangkan dia dan Gempa sedang bersiar-siar di karnival itu sambil bergaduh-gaduh manja untuk membeli makanan yang mana satu. Fang tidak begitu kisah sangat. Jauh di dalam hati dia hanya mengatakan dia ingin berjalan-jalan bersama dengan abang dia di karnival itu. Mesti sangat indah sekali jika abang dia ada di situ dan mereka berdua dapat bergurau senda seperti dahulu kala. Mungkin dia akan terserempak dengan abang dia di karnival itu atau dia hanya dapat melihat abang dia dari jauh sahaja. Dia takut kalau abang dia cuba larikan diri lebih jauh lagi, sehingga dia sendiri tidak tahu abang dia berada di mana

"Fang.. kau tengah fikirkan tentang abang kau ke?" tanya Gempa

"Ha ah.. agaknya, dia pergi ke tak karnival dekat bandar?"

"Entahlah Fang.. aku pun tak tahu tapi kau kena ikut kita orang. Kau tak boleh duduk dekat rumah dan fikirkan tentang abang kau sahaja"

"Aku tahulah, Gempa" kata Fang dengan nada marah dia "Aku memang nak pergi pun"

"Ibu tak pergi sekali ke?" tanya Taufan

"Tak.. ibu ada kerja yang perlu di selesaikan. Kamu semua pergilah berseronok hari ni. Nanti ibu bagi duit dekat setiap seorang, termasuklah kamu sekali, Fang"

"Terima kasih aunty" Fang tersenyum sedikit

Di dalam hati Fang, dia tidak berhenti berdoa agar dapat bertemu dengan abangnya di karnival tersebut dan dia juga berharap abang dia tidak akan larikan diri. Dia tidak mahu abang dia jauhkan diri dia lagi. Mungkin sesuatu yang menakjubkan akan berlaku nanti, bisik di hati Fang sambil melihat luar tingkap rumah itu

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Karnival makanan adalah sebuah karnival yang selalu di anjurkan oleh penduduk bandar itu. Setiap tahun, mereka akan mengadakan karnival itu mengeratkan lagi hubungan masyarakat di bandar itu. Bandar itu mempunyai penduduk dalam pelbagai bangsa dan agama. Semuanya kenal satu sama lain tetapi di kalangan mereka, ada juga yang tidak ingin berkenalan dengan jiran-jiran mereka. Ada setengah kedai, mempunyai pemilik kedai yang baik orangnya dan ada juga yang sombong tetapi mereka tidak lepaskan peluang untuk mempromosikan jualan makanan mereka di karnival itu. Ada juga setengah kedai bergabung dan membuka sebuah tempat permainan yang agak tertarik di kalangan remaja iaitu sebuah rumah hantu

"RUMAH HANTU!" Gopal teruja melihat rumah hantu yang terletak di tengah karnival tersebut

Karnival itu telah diadakan di sebuah dataran yang lapang. Di dataran itulah pelbagai acara yang pernah diadakan di situ

"Kau dan rumah hantu.. memang tak dapat dipisahkan" kata Halilintar

"Kau tak nak join ke atau kau sebenarnya takut" Gopal menyindir Halilintar. Senyuman sinis dia terus terukir di bibirnya "Kalau tak nak, aku tak kan beritahu peminat kau yang kau tu takut masuk rumah hantu.. hehehe"

"Cheh, berani kau.. aku akan buktikan yang aku bukan penakut"

"Kalau macam tu! Jom beratur" Gopal mengheret Halilintar ke tempat orang ramai sedang beratur panjang

"Aku nak ikut sekali.." kata Ice secara tiba-tiba "Bolehlah aku tengok hantu untuk hiburkan hati aku sedang mengantuk ni"

"Bagus.. siapa lagi nak ikut? Taufan? Blaze? errr.. Blaze tak payah kot.. hehehee"

"Aik, apasal pulak Gopal?" tanya Thorn

"Isk kau ni.. kalau tiba-tiba hantu tu sangat menakutkan dan ianya boleh membuat Blaze mengamuk tak tentu pasal. Naya kita semua nanti. Tak pasal-pasal, ada juga yang demam 10 hari sebab gara-gara Blaze mengamuk"

"Macam Blaze lebih menakutkan dari hantu aje" kata Fang

"Isk kamu ni Gopal.. tak baik kata macam tu tentang Blaze. Siapa nak masuk rumah hantu, pergi beratur. Siapa yang tak nak masuk, jom ikut akak pergi beli makanan"

Hanya Gopal, Halilintar dan Ice sahaja yang beratur di luar kawasan rumah hantu. Lynna membawa yang lain ke sebuah gerai yang menjual makanan jepun dan juga korea. Gempa sudah di heret jauh oleh Lily. Mereka sedang bermain sebuah permainan iaitu baling bola kecil ke dalam tin-tin kosong. Lily mahu Gempa menang sebuah teddy bear besar untuk diri dia

"Kak Lynna, Thorn nak makan tu" Dia tunjuk sebuah makanan berbentuk bulat leper. Ianya seperti pancake dan orang jepun namakan makanan itu Okonomiyaki. Aroma makanan tersebut menusuk ke dalam hidung mereka sehingga membuatkan perut adik beradik kembar itu berbunyi

"Boleh.. kita kongsi ramai-ramai ok" kata Lynna

"YEAH! TERIMA KASIH KAK LYNNA!"

"Seronok betul budak-budak kembar ni" bisik Fang. Dia rasa lucu melihat mereka berdiri di gerai makanan dengan begitu tekun sekali perhatikan seorang pekerja membuat Okonomiyaki untuk mereka berempat

"Fang tak nak ke?" tanya Lynna dengan nada lembut dia

"Takpelah kak Lynna.. Fang jadi tukang tengok ajelah"

"Atau sebenarnya Fang mengharapkan kamu dapat bertemu dengan abang kamu di sini"

"ERK! Macam mana kak Lynna tahu?"

"Hehehee.. dari rumah lagi akak boleh nampak Fang seperti mengharapkan sesuatu tapi akak berharap dia ada di sini. Mungkin kamu berdua dapat bertemu semula di sini dan lepaskan rindu kamu kepada dia" Lynna mengusap kepala Fang sedikit "Tapi sebenarnya Fang takut.. takut kalau abang kamu lari lagi jauh dari sini"

"Kak Lynna pandai yea teka apa yang terpendam di dalam hati Fang"

"Takdelah, akak ada dengar cerita kamu dengan abang kamu dari aunty Keiko. Jadi akak dapatlah teka apa yang akan terjadi tapi... mungkin kali ini, abang kamu tidak akan lari lagi jauh"

"Yea ke kak Lynna. Kalau akak salah macam mana?" tanya Fang dengan tangannya sudah bersilang di dadanya

"Kalau akak salah, akak akan pergi dan cari abang kamu. Akak akan pujuk dia balik ke sini sebab adik dia tengah menangis tak tentu pasal.."

"Kak Lynna!"

"Akak bergurau aje" Lynna tergelak sedikit

Thorn, Taufan, Solar dan Blaze sudah dapat makanan mereka. Lynna membawa mereka ke sebuah meja bulat besar untuk duduk dan makan makanan mereka sementara menunggu Gopal, Halilintar dan Ice keluar dari rumah hantu tersebut. Gempa sekarang ini sedang membeli dua biji burger. Satu untuk diri dia dan satu lagi untuk Lily. Fang hanya perhatikan orang lalu lalang di karnival itu. Beberapa para remaja perempuan sedang bergambar dengan sebuah maskot di dalam bentuk haiwan beruang. Anak-anak kecil sedang meloncat-loncat kegembiraan apabila mendapat gula-gula kapas dari ibu bapa mereka. Fang juga turut terserempak dengan Yaya dan Ying yang sedang menikmati ice cream vanilla. Suasana di karnival itu, semakin lama semakin meriah dengan kehadiran dari penduduk-penduduk bandar tersebut

"Kak Lynna, Thorn nak beli air" Thorn bangun dari tempat duduk dia dan terus berdiri di hadapan Lynna

"Thorn nak air apa? Biar akak sahaja yang pergi beli"

"Eh.. takpelah kak Lynna, biar saya sahaja yang beli. Lagipun gerai tu tak jauh pun" Thorn tunjuk ke arah sebuah gerai kecil yang menjual air vanilla dan chocolate milk shake "Saya beli dekat situ aje"

"Ok tapi ingat.. jangan merayap ke mana-mana. Lepas dah siap beli, datang ke sini terus" kata Lynna dengan nada tegas dia

"Baik kak Lynna!"

"Tunggu! Aku pun nak ikut juga" Fang terus ikut Thorn dari belakang

Lynna hanya perhatikan mereka berdua dari jauh. Dia mahu pastikan kedua budak lelaki itu tidak merayap ke mana-mana. Dia percayakan mereka tetapi kadang-kadang, budak-budak boleh hilang dalam sekelip mata sahaja kerana mereka ternampak sesuatu yang menarik. Dia tidak mahu benda itu berlaku ke atas dua budak lelaki itu. Mata Lynna masih lagi tidak alihkan perhatian sehinggalah Blaze memanggil namanya kerana baju dia kotor akibat terkena sos dari makanan yang dia makan tadi. Thorn dan Fang sudah sampai di gerai tersebut. Mereka berdua memesan dua air vanilla milk shake. Sambil mereka tunggu, sambil itulah mereka perhatikan orang gerai itu buatkan air mereka

"Wei.. kau Thorn kan?"

Thorn dan Fang pusing kebelakang. Seorang budak lelaki berbadan besar, mukanya bulat seperti belon, rambut dia kelihatan nipis dan mereka boleh bau peluh dari badan budak itu

"Ha ah, aku Thorn.. kau siapa?"

"Aku kawan kepada Gempa" Fang tidak begitu yakin sangat. Dia perhatikan lelaki itu sambil mendengar percakapan dari lelaki itu "Gempa nak aku bawa kau pergi jumpa dia"

"Apasal Gempa tak datang ke sini sahaja?" tanya Fang. Muka budak lelaki itu terus bertukar menjadi marah sedikit

"Wei, dah itu yang Gempa suruh.. jadi aku ikut ajelah. Kalau tak nak sudah.." kata budak lelaki itu

"Gempa nak aku seorang sahaja ke?"

"Ha ah, kau seorang sahaja tapi.." Budak lelaki itu pandang ke arah Fang "Kawan kau ni pun boleh ikut sekali"

"Kenapa Gempa panggil aku?" tanya Thorn lagi

"Dia panggil sebab... ada kecemasan!"

"HAH?! Kecemasan? Aku kena beritahu kak Lynna" Thorn baru hendak pergi balik ke tempat duduk mereka tetapi lengan dia sudah di pegang oleh budak lelaki itu "Kenapa?"

"Tak boleh.. kita kena pergi sekarang.. Gempa cari kau" Budak lelaki itu mengambil dua air vanilla milkshake dari penjual gerai itu "Air korang dah siap, jom kita pergi"

"Thorn.. aku rasa.. baik kita jangan ikut" bisik Fang "Aku tak berapa nak yakin sangat dengan dia"

"Kalau Gempa betul-betul dalam masalah, macam mana? Nanti dia ingat aku abaikan dia pula"

"Ok ok.. kalau apa-apa berlaku, kita lari dari budak ni ok" Thorn angguk kepalanya kepada Fang

Mereka berdua mengambil air itu dari tangan budak lelaki tersebut. Mereka ikut budak itu di dalam kesesakan karnival itu. Fang tidak tahu ke mana budak itu ingin membawa mereka. Thorn tidak begitu rasa ragu-ragu. Dia ikut sahaja sambil minum air vanilla milkshake dia. Budak itu tidak berhenti di mana-mana gerai. Dia hanya teruskan berjalan sehingga keluar dari kawasan karnival tersebut

"Wei, kau nak bawa kita orang pergi mana hah?" tanya Fang

"Baik kau ikut sahaja" kata budak itu

Fang sudah pegang tangan Thorn untuk lari dari situ tetapi mereka berdua sudah di halang oleh sekumpulan budak lelaki. Mereka semua kelihatan lebih tua daripada Fang dan Thorn. Apa yang paling takutkan oleh Fang, muka mereka seperti muka gangster. Salah satu daripada mereka terdapat kesan parut di bahagian tepi pipinya. Thorn sudah menggigil ketakutan. Air dia terlepas dari tangannya setelah salah satu daripada kumpulan itu menolak Thorn pergi ke tempat yang sunyi. Fang juga turut di tolak oleh mereka. Fang dan Thorn telah dibawa ke bahagian belakang bangunan tinggi. Tempat itu sunyi dan jarang orang lalu di situ. Hanya ada tong sampah dan kotak-kotak kosong sahaja. Seekor kucing putih sedang menyorok di belakang tong sampah itu. Kucing itu kelihatan takut dan ingin lari dari situ kerana anak-anak dia berada di tempat lain

"Woi, kau nak buat apa dekat kita orang?" Fang lepaskan diri dia daripada salah satu budak besar itu

"Mana Gempa? Apa korang buat dekat Gempa?" tanya Thorn dengan suara ketakutan dia. Thorn terus berdiri di sebelah Fang dan menarik-narik lengan baju Fang "Jom kita lari dari sini"

"Lari? Buat apa nak lari.. kita orang belum lagi berseronok dengan korang" kata salah seorang budak lelaki berambut panjang "Oh yea.. Gempa tiada di sini. Kami bawa kau ke sini sebab kembar kau si Halilintar tu.. cuba nak kenakan kita orang minggu lepas. Dia tu memang patut di ajar. Sekarang, aku nak bagi dia amaran dengan berikan pengajaran kepada kamu berdua. Lagi sekali dia kacau kita orang, memang padahlah kembar-kembar dia yang lain"

Lelaki itu menggenggamkan kedua belah tapak tangannya. Lalu dia cuba hendak menumbuk Thorn tetapi Fang pergi tolak Thorn ke tepi supaya diri dia yang terkena tumbukan tersebut

"FANG!" Thorn tidak sanggup melihat Fang terjatuh dari situ. Bibir Fang berdarah sedikit

"Thorn.. lari dari sini!" kata Fang

Thorn tidak mahu tinggalkan Fang keseorangan di situ. Dia cuba hendak selamatkan Fang dengan menumbuk-numbuk lengan lelaki tadi itu tetapi tumbukan dia agak lemah. Tiba-tiba tubuh badan Thorn di seret oleh dua orang lelaki. Kali ini, mereka berdua di belasah teruk oleh sekumpulan lelaki gangster itu. Fang tidak dapat menahan kesakitan dia. Dari satu jeritan ke jeritan yang lain, dia memanggil nama abang dia sehinggalah mata dia tertutup rapat. Semuanya menjadi gelap

To be continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com