Chapter 7
Fang rasa sakit sedikit apabila luka dia di sentuh dengan sesuatu benda sejuk. Mata dia mula bergerak-gerak. Dia tidak tahu dimana dia berada sekarang ini. Apa yang dia dengar pada waktu itu adalah satu suara yang dia agak kenali ketika itu. Suara itu agak garang sedikit. Ianya suara seperti abang dia. Fang mula berfikir, adakah selama ini adalah mimpi dia sahaja? Lalu dia celikkan matanya untuk melihat kebenaran realiti itu
"Abang?" Fang tidak terkejut melihat abang dia ada di sisinya. Lalu dia dudukkan dirinya di situ "Abang! Adik sangat gembira dapat jumpa abang kerana adik tadi mimpi yang abang tinggalkan adik dekat rumah aunty Keiko. Jadi adik terpaksa bertahan dengan karenah anak-anak dia kembar 7 tu. Memang pening kepala adik. Dia orang tu suka buat bising"
"Ehem" Fang terus menoleh kebelakang. Ternyata Halilintar ada di situ bersama dengan kembar-kembar dia
"Errrr... tadi tu bukan mimpi ke?" tanya Fang sambil tersengih
"Bukan" balas Kaizo
"Jadi.. kau tak suka tinggal dengan kita orang ke?" tanya Halilintar. Muka dia berubah menjadi marah "Kau sebenarnya tak suka dengan kita orang ke?"
"Eh.. mana adalah. Aku suka tinggal dengan korang cuma... korang suka buat keadaan menjadi huru-hara"
"Hmm.. apa-apa ajelah" Halilintar terus bangun dari situ. Lalu dia pergi duduk di balkoni rumah itu
"Aku tidak bermaksud begitu.. aku suka tinggal dengan korang semua. Gelagat korang memang membuat hati aku terhibur" luah Fang di situ. Gempa dan Taufan tidak begitu tersinggung sangat kerana mereka memahami perasaan Fang
"Jadi.. kau memang tak kisah ke kita orang buat huru-hara dekat rumah?" tanya Blaze
"Tak pun.." balas Fang "Mana Thorn? Dia ok ke?" Dia baru sedar yang Thorn tiada di dalam rumah itu
"Thorn ada dekat luar rumah. Dia cakap dia nak ambik udara segar dengan si Solar tu" balas Gempa "Fang, kau dan Thorn tadi kena belasah dengan budak-budak samseng sebab apa?"
"Sebab aku" Fang tidak perlu menjawaba kerana Halilintar sudah menjawab pertanyaan Gempa tadi. Halilintar masuk ke dalam rumah kembali dengan muka seriusnya
"Apa kau buat sampai dia orang berdua kena belasah teruk? Jangan cakap kau pergi cari pasal dengan dia orang lagi" kata Gempa dengan nada marah dia "Kalau ibu tahu, ibu mesti marah kau"
"Ala... aku cuma selamatkan seorang budak dari dia orang sahaja sebab mereka tu suka buli budak tu. Memang teruk jugalah budak tu kena buli tapi aku bukannya tumbuk dia orang pun atau buat kecoh tapi aku tak sangka pula dia orang buat macam ni dekat Thorn dan Fang"
"Teruk juga budak-budak zaman sekarang ni. Memang tidak boleh di usik" kata Lynna
"Adik aku juga yang jadi mangsa" kata Kaizo yang tidak begitu puas hati "Selamat aku nampak kau semasa dia orang bawa kau ke tempat yang sunyi tapi aku menyesal kerana tidak sampai dengan lebih cepat. Maafkan aku, Pang"
"Adik maafkan" balas Fang sambil pegang tangan abangnya "Jadi abanglah yang selamatkan adik dan Thorn tadi"
"Yea.. kau masa tu sudah tidak sedarkan diri. Masa aku nampak kawan kau tidak sedarkan diri juga, aku terus menelefon Lynna untuk meminta bantuan tapi aku tak sangka pula kawan kau tu adalah adik saudara dia. Nampaknya dunia ni semakin kecil. Ke mana sahaja aku pergi, mesti ada sahaja yang tidak mahu pisahkan kita berdua"
"Sebab adik perlukan abang" jawab Fang
"Kaizo.. kau janganlah lari lagi jauh dari adik kau selepas ini. Kasihan dia nanti"
"Tak, aku tak kan lari. Aku sudah fikir masak-masak" Kaizo menatap wajah adiknya. Lalu bibir dia tersenyum sedikit "Abang akan kekal duduk di sini dan tidak akan lari tapi ada syaratnya"
"Apa syaratnya? Abang bagi adik tinggal dengan abang ke?"
"Bukan.. syaratnya, kau kena duduk di rumah aunty Keiko. Bila abang sudah dapat membiayai kesemuanya nanti, baru kita boleh tinggal bersama"
"Ok" Nada suara Fang agak sedih sedikit tetapi dia rasa bersyukur kerana abang dia tidak akan lari lagi selepas ini. Lalu dia pergi memeluk abangnya "Terima kasih abang kerana tidak larikan diri abang jauh daripada adik. Terima kasih banyak-banyak abang"
"Sama-sama" balas Kaizo sambil mengusap kepala adiknya "Kalau abang tak nampak adik tadi, tak tahulah apa yang akan terjadi dekat adik. Mungkin..." Tangan Fang terus tutup mulut abangnya
"Abang tidak perlu fikirkan begitu.. yang penting sekarang, adik sudah selamat walaupun mata ni lebam dan ada kesan-kesan luka sedikit"
"Betul kata Fang tu" kata Lynna "Hmm... mesti aunty Keiko akan marah akak sebab tidak jaga kamu berdua dengan baik"
"Kak Lynna jangan risau, biar Hali sahaja yang kena marah. Lagipun ini bukan salah kak Lynna, salah Hali juga"
"Hali, kau jangan salahkan diri kau" Gempa bangun dan pegang bahu Halilintar "Kau hanya mahu selamatkan seorang budak kecik sahaja. Mereka yang patut dipersalahkan bukan kau ataupun kak Lynna. Aku rasa, ibu pasti akan faham kenapa kau buat begitu"
"Ha ah, ibu tak kan marah kau dengan beitu teruk sekali" kata Taufan
"Betul tu" Mereka semua pandang ke arah Ice yang sedang bercakap di dalam tidurnya
"Thorn pun sokong kata-kata mereka" muncul Thorn di pintu balkoni dengan wajah ceria dia. Muka dia ada kesan luka sedikit dan ada kesan lebam di bahagian tangan dan kaki dia tetapi semangat dia tidak pernah patah "Thorn percaya niat Hali adalah untuk menolong budak itu sahaja. Kalau ibu marah, Thorn akan mempertahankan Halilintar!"
"Heheee.. bukan Thorn sahaja, kita orang pun akan join sekali" kata Taufan
"Hmm.. korang ni.. macam-macam betul" Lynna geleng kepalanya "Tapi akak pasti ibu kamu tidak akan memarahi Halilintar nanti. Dia akan cuba bagi nasihat sahaja. Kamu semua nak balik rumah dah ke? Mana si Solar tu?"
"Dia tengah berangan dekat luar rumah tu. Konon-konon diri tu oppa dalam ala-ala drama korea" jawab Ice di dalam tidurnya
Mereka rasa pelik melihat Ice. Adakah sebenarnya dia memang tidur atau berpura-pura tidur sahaja? Gempa pergi ke balkoni rumah itu untuk memanggil Solar
"Kak Lynna, kalau kita pergi balik ke karnival, boleh ke?" tanya Thorn. Dia rasa bersalah dengan Lynna kerana mengingkari kata-kata Lynna tadi. Dia agak takut kalau Lynna memarahi dia nanti "Kak Lynna.."
"Kenapa Thorn?" tanya Lynna
"Akak marah Thorn ke?" Kepala Thorn hanya tertunduk sahaja. Dia tidak mahu melihat wajah Lynna yang sedang kecewa sedikit dengan Thorn "Maafkan Thorn kerana terlalu percayakan mereka dan tidak panggil akak tadi"
"Hmm..." Lynna bangun dari situ untuk berdepan dengan Thorn "Akak tak marah, akak cuma kecewa sahaja. Thorn perlu berhati-hati selepas ini. Jangan mudah sangat percaya cakap orang. Akak tidak mahu melihat Thorn tercedera lagi. Kalau Kaizo tidak nampak apa yang berlaku tadi, akak tidak tahu apa yang mereka akan lakukan dekat kamu berdua nanti. Kalau ibu kamu tahu, mesti kena marah"
"Hmm... rasanya ibu akan marah dekat Thorn dan Halilintar. Kita orang berdua mesti kena kurung dan tak boleh keluar pergi mana-mana" Tangan Thorn terus peluk tubuh badan Lynna "Thorn tak suka tengok ibu marah"
"Tadi kata nak mempertahankan aku.. sekarang jadi terbalik pulak"
"Biarkanlah dia Hali. Si Thorn sudah menyesal tu" kata Taufan "Tetapi.. kita semua kena bersatu kalau musuh-musuh si Hali datang menyerang lagi! TIADA SIAPA DAPAT MEMECAHKAN KITA BERTUJUH! HIDUP ADIK BERADIK KEMBAR!"
"HIDUP BLAZE!"
"HIDUP TAUFAN!"
"HIDUP THORN!" jerit Thorn yang sudah kembali bersemangat
"Hidup bantal peluk selamanya!" kata Ice yang masih lagi tidur
"HIDUP ABANG DAN ADIK SELAMANYA!" Kaizo terus angkat kening dia sambil perhatikan adiknya "Hehehee.. adik pun nak join dia orang sekali"
"Sehari tidak bersama dia orang, memang tak seronok. Alangkah bertuahnya kalau akak tinggal bersama korang tapi akak ada rumah sendiri"
"Kalau macam tu, akak jual rumah akak.. lepas tu pindah masuk dekat rumah kita orang!" Mata Thorn bersinar-sinar sambil melihat Lynna "Mesti akak akan pening kepala dengan perangai kita semua!"
"Maaf Thorn.. akak tak boleh tinggal dengan kamu semua tapi jangan sedih, akak akan selalu datang ke rumah dan bawa macam-macam makanan untuk kamu semua!"
"YEAHHH! ROTI STRAWBERRY! ROTI STRAWBERRY!" Blaze dan Thorn menjerit-jerit di situ sambil melompat seperti dapat sesuatu yang menarik
"Saya nak roti keju!" kata Taufan
"Saya pula nak roti cream" muncul Gempa bersama Solar
"Garlic bread satu" kata Halilintar dengan nada seriusnya
"Ok ok.. nanti akak bawa nanti. Jom balik"
"Wei Ice, bangunlah.. kita nak balik dah" Halilintar tendang-tendang kaki Ice sedikit "Kau ni, asyik tidur aje. Dalam rumah hantu pun kau boleh mengantuk tengok hantu"
"Jap lah.. bagi aku 1 minit sebab mimpi aku tak habis lagi" kata Ice dengan mata dia masih terpejam lagi "Sedap betul minum air Ice Blended Chocolate dalam mimpi aku ni"
"Sempat lagi si Ice ni" bisik Halilintar
"Macam mana yea si Ice boleh rasa air tu dalam mimpi?" tanya Blaze sambil mengusap dagunya "Memang betul-betul handal. Kalau macam tu, aku pun nak cuba juga"
Lalu Blaze baringkan diri dia di atas lantai. Dia pejamkan matanya dan bayangkan sebotol air susu chocolate. Dia boleh rasa kesejukan susu chocolate itu melalui ruang tekaknya. Blaze menjilat bibirnya sedikit. Kembar dia yang lain tergelak melihat Blaze. Kaizo dan Lynna tersenyum kecil sahaja dan Fang pula, dia dapat melihat harapan baru sudah terbit di dalam hatinya. Abang dia tidak akan larikan diri lagi dan dia sudah merasai kebahagian sedikit. Mereka akan bersama, cuma tinggal di rumah berasingan. Dia akan tetap bersabar untuk menunggu mereka bersatu kembali seperti dulu. Di hati dia hanya berdoa agar abang dia berjaya dan dapat duduk di sebuah rumah yang besar. Dia boleh bayangkan setiap hari mereka gelak ketawa di dalam rumah itu dan gambar ibu bapa mereka tergantung di dinding rumah itu. Ianya akan menjadi sebuah rumah bahagia selamanya
"Ok, 1 minit sudah berlalu. Jom balik" kata Gempa
"Ok ok... aku sambung mimpi aku dekat rumah" Ice bangun dari situ "Sampai rumah nanti, aku nak rehatkan diri sambil minum air chocolate"
"Bukan kau nak mimpi ke?" tanya Blaze
"Rehat sambil bermimpi sambil minum air chocolate" jawab Ice sambil menguap besar
"Boleh yea kau buat begitu" kata Taufan sambil mengangguk kepalanya "Kalau kita semua buat sama-sama, tentu seronok! dan ibu pun rasa pelik dengan kita orang"
"Nanti kau cubalah sekali dekat rumah. Memang best!" Blaze celikkan mata dia "Aku nak jadi macam Ice lah selepas ni. Mesti kita orang dapat mimpi benda yang sama!"
"Hehehe.. jom balik" Lynna sudah pun berdiri di pintu rumah
Kaizo sudah membuka pintu itu. Dia tidak kisah kalau mereka ingin duduk lama di rumah itu. Fang tidak berganjak dari tempat duduk dia. Mata dia hanya melihat adik beradik kembar itu memakai kasut masing-masing sambil bercerita tentang keistimewaan Ice sebentar tadi. Kaizo lalu perasan yang adiknya tiada bersama mereka
"Pang! Kau tak nak balik ke?"
"Hmmm.." Lalu Fang bangun. Dia tidak pergi memakai kasutnya tetapi dia terus berdiri di tepi abangnya "Adik nak tidur sini malam ni boleh? Esok adik balik.. adik janji"
Kaizo tidak berkata apa. Wajah adiknya seperti mengharapkan sesuatu dan Kaizo tidak berani hendak mengecewakan hati adiknya. Dia tidak mahu melihat wajahnya bertukar menjadi sedih. Cukuplah dengan kesedihan yang dia sudah berikan sebelum ini. Dia tidak mahu melihat air mata mengalir dari mata adiknya
"Kaizo?" panggil Lynna
"Abang?"
Adik beradik kembar itu melihat Kaizo dan menunggu jawapan dari lelaki kacak itu. Mereka semua terdiam sebentar. Akhirnya Kaizo menjawab pertanyaan adiknya
"Baiklah... kau boleh bermalam di sini dan esok, abang akan hantar kau pulang ke rumah aunty Keiko"
Fang tidak berkata apa. Dia hanya membalas dengan sebuah pelukan dan satu senyuman dari bibirnya. Mereka boleh lihat wajah Fang berubah menjadi ceria dan ada seakan-akan bersinar-sinar. Tiada apa yang dapat dikatakan oleh mereka. Hanyalah sebuah rasa kebahagian melihat seorang adik dapat meluangkan masa bersama dengan abangnya. Adik beradik kembar itu turut berasa gembira di situ
"Esok bolehlah abang sarapan pagi dekat rumah aunty" kata Fang. Kepala dia mendongak sedikit untuk melihat wajah abangnya
"Tapi.. esok abang kerja. Abang cuma boleh hantar kau ke sana sahaja"
"Alaa..."
"Maafkan abang, adik" kata Kaizo
"Tapi aku sebagai boss kau.. aku berikan kau cuti pada hari esok. Kau boleh masuk bekerja hari isnin nanti"
"Eh? Takpe ke Lynna?"
"Takpe" kata Lynna dengan nada lembutnya "Aku cuma mahu kau meluangkan masa kau bersama adik kau sahaja. Dia sudah lama tidak bersama dengan abang dia. Jadi aku berikan peluang ini kepada kau"
"Terima kasih kak Lynna!" Dari pelukan abangnya, terus Fang memeluk Lynna pula. Fang menangis di situ kerana gembira "Terima kasih... terima kasih.. Fang sangat terharu"
"Sama-sama Fang" Lynna belai sedikit rambut Fang "Tapi jangan bergaduh pula..."
"Gaduh-gaduh manja takpe kan?" Fang tergelak di dalam tangisan dia "Fang selalu bergaduh dengan abang masa dulu-dulu tapi gaduh macam mana pun, kita orang tetap rapat. Selalunya abang yang akan pujuk Fang dulu tapi.. kadang-kadang tu, Fang ada juga sakitkan hati abang sebab tak dengar cakap dia"
"Macam mana kau pujuk abang kau?" tanya Halilintar
"Aku peluk dia, lepas tu aku cium-cium muka dia sampai dia mengalah walaupun asyik kena tolak aje"
"Kalau macam tu, kalau Blaze mengamuk atau Halilintar tengah marah.. aku naklah cuba teknik kau tu" kata Taufan sambil tersenyum lebar seperti dia mendapat sesuatu idea yang menarik "Kalau ibu tengah marah pun, boleh tenangkan dengan cara tu!"
"Boleh juga... boleh aku gunakan bila ibu nak marah aku nanti" Thorn bertepuk tangan tanda gembira "Jom balik rumah! Tak sabar nak kena marah!"
Gempa, Solar dan Taufan menepuk dahi mereka sendiri. Halilintar hanya gelengkan kepala sambil silangkan tangan dia. Ice sudah pun berada di rumah kerana ingin menikmati cuaca yang tenang pada hari itu. Dia melihat burung-burung sedang berterbangan di langit. Blaze seperti Thorn, dia memberik high-five kepada Thorn
"Sudah.. sudah.. jom pulang. Nanti si Fang tak dapat nak luangkan masa bersama abang dia sebab korang ganggu dia"
"BAIK KAK LYNNA!" jawab para kembar tersebut
Seorang demi seorang keluar dari pintu rumah itu sambil melambai-lambai ke arah Fang. Rumah itu kembali menjadi seperti biasa iaitu sunyi. Hanya tinggal Fang dan Kaizo sahaja di rumah yang serba kecil itu. Rumah itu tidak mempunyai perabut ataupun apa-apa hiburan. Fang tidak kisah tentang itu kerana dia hanya mahu meluangkan masanya dengan abang dia
"Ceritalah kepada abang tentang pengalaman kau dekat sekolah baru"
Selepas itu, Fang bercerita tentang sekolah baru dia, kawan baru dia dan bermacam-macam lagi kepada abang dia. Mereka duduk di atas lantai sambil berborak mesra seperti seperti. Suasana rumah itu berubah dari sunyi kepada gelak ketawa dari dua adik beradik yang terkenal dengan keakraban mereka
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lynna berjalan di bahagian belakang sambil memerhatikan 7 adik beradik kembar itu berborak dengan begitu riuh rendah sekali. Suara masing-masing boleh didengari kepada sesiapa yang lalu bersebelahan dengan mereka. Para kembar itu agak terkenal di bandar itu. Semuanya kenal dengan watak-watak mereka yang begitu unik sekali
"Hali.. kenapa Gopal tadi takde?" tanya Thorn secara tiba-tiba
"Gopal tak ikut sebab dia rasa seronok sangat dekat karnival tu" balas Halilintar "Banyak makanan katakan. Dia tu asyik makan aje"
"Kau tu.. takut dengan hantu tadi.." kata Ice dengan selambernya "Aku ni.. setiap kali hantu menjerit dekat muka aku, terus aku menguap besar"
"Hehehe.. tak sangka pula si Hali takut dengan hantu"
"Senyaplah kau, Gempa" Halilintar terus bermasam muka
"Hehehee... Hali takut hantu. Bolehlah aku takut-takutkan dia malam tadi"
"Kau jangan mengegade ok, Blaze" balas Halilintar dengan nada marahnya
Halilintar sudah panas hati dengan Blaze. Dia tidak mahu memarahi Blaze sangat kerana dia tahu sifat Blaze yang suka mengamuk itu. Lalu dia berdiam diri sahaja dan tidak menyertai mereka berborak sepanjang perjalanan mereka pulang ke rumah. Mata dia asyik pandang orang lalu lalang di situ. Setengah orang-orang di situ, baru pulang dari karnival di bandar. Halilintar tersenyum sedikit melihat seorang budak lelaki sedang memegang tali belon yang terapung di udara. Lagi sebelah tangan dia di pimpin oleh ayah dia. Anak kecil itu bercerita tentang keseronokan dia berada di karnival tersebut. Hati Halilintar kembali tenang sedikit
"Gempa.. tadi kenapa Lily tak ikut kita orang?" tanya Thorn lagi
"Kau ni.. macam-macam soalan betul" Gempa mendongakkan kepalanya sedikit "Lily tak ikut tadi sebab dia nak lepak dengan Yaya dan Ying. Dia sebenarnya risau tentang apa yang terjadi dekat Thorn dan Fang. Dia suruh aku pergi dan dia akan melawat kita orang nanti. Dia cakap dia akan bawakan ole-ole dari karnival"
"Baiknya si Lily tu"
"Dia memang baik pun, kak Lynna tapi... dia kadang-kadang tu suka buat perangai pelik dia"
"Ha ah, betul tu Taufan. Macam hari tu.. dia pergi cubit semua pipi kita orang" kata Blaze sambil angguk kepalanya "Sampai Halilintar cuba nak larikan diri daripada dia tetapi akhirnya, pipi Hali menjadi mangsa cubitan dia. Blaze tak kisah kena cubit sebab Blaze pun pergi cubit dia balik"
"Cubit pipi dia?" tanya Lynna
"Takdelah.. cubit lengan dia sampai lebam" kata Blaze dengan gembiranya "Biar dia rasakan akibat cubit pipi aku! Dia belum lagi rasa keamukan dari aku lagi.. hehehee"
"Haih, dengan perempuan pun kau nak mengamuk juga"
"HAHAHAA! AKU ADALAH BLAZE! DAN AKU MEMPUNYAI KUASA MENGAMUK! Dengan sesiapa sahaja aku akan mengamuk kecuali ibu dan kak Lynna!" Blaze berjalan terus ke depan dengan bangganya. Dia meninggalkan adik beradik kembarnya di belakang
Mereka sudah menghampiri kawasan perumah mereka. Rumah-rumah di kawasan itu agak besar dan mewah. Ada setengah rumah mempunyai kolam renang yang tersendiri. Rumah mereka pula hanya mempunyai kawasan lapang yang luas dan ibu mereka suka menanam pokok bunga di sekeliling rumah mereka. Rumah itu juga mempunyai 6 bilik tidur. Bilik kosong mereka dijadikan tempat untuk membuat kerja rumah atau untuk beristirehat sambil membaca buku atau bermain komputer. Ianya agak besar, seperti sebuah rumah agam. Makin lama mereka makin hampir dengan rumah mereka. Pergerakan Thorn juga semakin perlahan. Dia takut hendak bersemuka dengan ibunya kerana dia takut dia dimarahi oleh ibu dia
"Thorn kenapa?" tanya Lynna dengan perasaan prihatin dia
"Takut..." jawab Thorn. Suara dia agak perlahan ketika itu
Adik beradik kembar dia berhenti berjalan apabila dia mendengar perkataan Thorn tadi. Mereka pusing kebelakang untuk melihat Thorn
"Thorn takut kena marah dengan ibu"
"Jangan risaulah Thorn, aku pun kena marah nanti" kata Halilintar. Dia cuba tenangkan hati Thorn pada ketika itu "Aku tidak akan lari dan aku akan berada di sisi kau nanti kerana kau kembar aku dan kita adalah adik beradik. Kita akan menghadapi ini bersama"
"Terima kasih, Hali"
Gempa, Taufan, Ice, Blaze dan Solar terkejut melihat Halilintar memeluk Thorn. Sedikit senyuman terukir di wajah Halilintar. Thorn menangis di dalam pelukan Halilintar. Dia selama ini tidak pernah dapat sebuah pelukan dari kembar dia yang berhati dingin. Tangan Halilintar lepaskan pelukannya. Thorn tersenyum sedikit dengan air matanya masih mengalir lagi
"Tapi mesti Hali tak kena marah sangat sebab Hali buat benda baik dan aku pula.. percaya cakap orang itu bulat-bulat. Fang yang halang aku tadi tapi aku degil"
"Jangan salahkan diri kau.. tapi kalau aku bebetul dalam bahaya dan kau yang datang, sudah tentu aku rasa bersyukur tapi kau harus berhati-hati juga siapa yang berikan maklumat itu"
"Ok" kata Thorn "Tapi.. tetap.. salah.. aku juga..." Kaki dia bergerak kebelakang sedikit
"Thorn, jangan cakap begitu" pujuk Lynna. Dia sentuh sedikit lengan Thorn tetapi tangan ditempis oleh Thorn sendiri
"JANGAN SENTUH THORN! KALAU AKU TAK DENGAR CAKAP DIA, TAK MUNGKIN AKU DAPAT LUKA DEKAT BIBIR NI! FANG PUN JADI MANGSA KEADAAN! MESTI ABANG DIA RASA MARAH DEKAT AKU CUMA TIDAK MAHU TUNJUKKAN SAHAJA! SEMUANYA SALAH AKU! SEBAB AKU NI JENIS MUDAH PERCAYA CAKAP ORANG! AKU TAHU ORANG LAIN SUKA PANGGIL AKU BENDUL!"
Suasana terus bertukar menjadi tegang. Mereka melihat Thorn menangis di situ. Mereka cuba dekatkan diri kepada Thorn tetapi kaki Thorn sudah melangkah pergi dari situ. Dia melarikan diri jauh daripada adik beradik kembar dan juga Lynna. Semakin lama semakin jauh dia pergi sehingga Thorn hilang dari pandangan mereka. Pintu rumah mereka terbuka secara tiba-tiba. Lalu Keiko keluar dari rumah itu kerana dia terdengar jeritan Thorn tadi. Dia tidak tahu apa yang berlaku sebentar tadi tetapi dia perlu pergi mencari Thorn
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Malam itu, Fang duduk di tepi balkoni rumah abang dia sambil melihat bintang-bintang di langit. Dia bayangkan wajah ibu bapanya ada di langit itu. Senyuman mesra mereka, gelak ketawa mereka dan juga suara mereka masih lagi di ingatan Fang. Suara ibu dia agak lembut. Manakala suara ayah dia agak garang sedikit tetapi hati dia sebenarnya lembut. Mereka berdua sangat menyayangi anak-anak mereka iaitu Fang dan Kaizo. Kasih sayang dari mereka berdua, masih lagi boleh dirasai oleh Fang. Dia teringat pelukan dan belaian kasih sayang dari ibunya. Tangan ibu dia sangat lembut dan ayah dia pula, suka bergurau senda dengan mereka berdua. Ada masanya, mereka akan dimarahi oleh ayah mereka kerana membuat nakal. Dia tidak akan lupa saat-saat mereka bersama sehinggalah hari terakhir dia dapat melihat wajah ibu dan ayahnya. Muka mereka kelihatan ceria dan tiada tangisan atau perkara pelik-pelik yang berlaku. Lambaian terakhir dari mereka membuatkan hati Fang menangis. Air mata dia mengalir dan terus menitis di tepi balkoni itu
"Pang..."
Fang cepat-cepat mengesat air matanya dan terus dia pusing kebelakang dengan senyumannya. Dia mahu sembunyikan kesedihan di hatinya dengan senyuman tersebut tetapi Kaizo kenal adiknya. Dia kenal senyuman itu adalah bukan senyuman sebenar dari adiknya. Itu hanyalah sebuah topeng sahaja
"Pang, kau rindukan ibu dan ayah?"
"Macam mana abang tahu?" tanya Fang. Senyuman tadi terus bertukar menjadi sedih
"Sebab kau adik aku dan sudah tentu aku kenal kau"
Kaizo berjalan ke arah adiknya. Di tangan dia ada sebungkus makanan. Dia sebentar tadi keluar sekejap untuk membeli makanan. Kaizo tidak membeli makanan yang banyak tetapi cukup untuk adik dan dia berjamu selera. Makanan yang dia beli adalah nasi goreng daging merah sahaja. Makanan sederhana sahaja dia beli untuk mereka berdua. Kaizo duduk di sebelah adiknya. Dia keluarkan satu bekas makanan dan hulurkan kepada adiknya
"Pang, bukan kau seorang sahaja yang merindui mereka. Abang pun rindukan mereka. Setiap hari abang cuba mencari kekuatan untuk meneruskan kehidupan abang dengan mengingati tentang kau dan juga mereka. Abang katakan pada diri ini, semua yang aku lakukan ini adalah untuk kau seorang sahaja"
"Tak kan takde untuk abang juga?" tanya Fang
"Ada tapi mungkin sedikit.. abang tak kisah pun sebenarnya. Abang cuma nak kau belajar pandai-pandai, buat rasa bangga dan kalau boleh, jadilah orang yang berguna. Duit yang abang kumpulkan pun, adalah untuk kegunaan masa hadapan kau nanti"
"Abang... adik tak kisah tentang duit tu semua. Adik cuma nak, kita boleh hidup bersama di bawah satu rumah. Adik pun tak kisah kalau duduk dekat rumah sewa ni. Kita tak perlukan rumah besar. Lagipun, kalau rumah besar macam mana pun.. yang tinggal pun, hanya kita berdua sahaja nanti. Kalau adik pergi belajar di tempat yang jauh.. nanti abang rasa sunyi sebab duduk dekat rumah yang besar. Rumah kecil seperti ini pun sudah mencukupi. Asalkan kita bahagia"
"Terima kasih adikku" kata Kaizo sambil tersenyum kecil "Makanlah, nanti sejuk pula nasi tu"
"Ok" Fang membuka bekas makanan itu. Nasi goreng daging merah itu kelihatan sedap dan Fang tidak sabar untuk merasainya. Lalu dia mengambil sekeping daging dan masuk ke dalam mulut dia
"Macam mana? Sedap?"
"Sedap tapi.. adik nak rasa masakan abang"
"Abang mana reti masak. Kalau abang masak, nanti kau juga yang bising"
"Hmm.. kalau macam tu, suruh kak Lynna ajar abang masak"
"Yelah" balas Kaizo
"Abang ingat tak lagi masa kita kecik-kecik dulu. Kita selalu gunakan bantal, kerusi dan juga selimut untuk membuat khemah. Kita main dekat dalam khemah tu sampai tak ingat masa. Ibu selalu datang dan berikan kita orang makanan"
"Yea, abang ingat lagi" Kaizo suapkan diri dia dengan sedikit nasi
"Ibu selalu buatkan kita biskut chocolate ataupun donut lobak merah. Kadang-kadang tu ayah akan sertai kita juga masuk dalam khemah tu.. seronok sangat pada masa tu. Ayah akan ceritakan tentang pengalaman dia masa dia kecik-kecik dulu dan kita pula, rajin mendengar cerita ayah"
"Ibu pun ada sertai kita bertiga dalam khemah itu juga. Abang rasa bahagian melihat kita semua berada di dalam sebuah khemah yang kecil itu. Gelak ketawa dari ibu dan ayah membuat abang rasa tenang"
"Samalah juga dengan adik" Fang kembali melihat sebuah bintang di langit "Bila abang sudah besar, adik sudah besar... kita sudah tidak buat khemah tu lagi. Masing-masing sudah sibuk tapi sesibuk mana pun abang.. abang tetap meluangkan masa abang dengan adik"
"Betul tu Pang. Abang akan cari juga masa untuk bersama dengan dengan kau dan juga dengan ibu bapa kita. Masa itu sangat berharga kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi nanti. Adakah kita meninggalkan mereka atau sebaliknya. Selama kita bersama, abang rasa sangat bersyukur dan sebab itu abang tidak mahu sia-siakan setiap saat kita bersama dengan mereka"
"Kalau begitu, bolehlah setiap hari adik datang ke sini sebab nak luangkan masa bersama dengan abang"
"Hmm.. maaf Pang" Kaizo menatap wajah adiknya sebentar "Abang tidak boleh lagi buat begitu seperti dulu. Abang sudah bekerja dan kau perlu bersekolah. Abang bukan mahu abaikan kau tapi kau perlu faham. Beginilah adik, setiap hari Sabtu dan Ahad, kita luangkan masa bersama. Nanti abang akan bincangkan dengan Lynna"
"Terima kasih abang.. nanti minggu depan hari Sabtu, kita main bola ok"
"Ok" balas Kaizo "Ajaklah budak-budak kembar tu sekali"
"Abang pun jangan lupa ajak kak Lynna sekali.. hehehee" Fang tersenyum sinis kepada abang dia
"Apasal kau senyum macam tu?" Kaizo angkat kening sebelah sambil merenung tajam ke arah Fang "Kau jangan nak fikirkan yang bukan-bukan. Abang dan dia hanya kawan sahaja"
"Ok" kata Fang masih tersenyum-senyum lagi. Dia hanya makan secara senyap dan menikmati saat indah itu bersama abangnya supaya dia tidak lupa
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Thorn masih belum lagi dijumpai. Keiko tidak berputus asa mencari anaknya di seluruh kawasan perumahan itu dan juga bandar. Anak-anak dia dan juga anak saudara dia juga menolong Keiko mencari Thorn. Dari satu kedai ke satu kedai mereka pergi periksa tetapi gagal menemui Thorn. Setiap tempat yang Thorn suka pergi, mereka sudah pergi periksa tetapi gagal. Keiko menjadi risau dan dia tidak akan biarkan anak dia berada di bandar itu keseorangan. Lebih-lebih lagi dia sudah mengetahui tentang kejadian di karnival sebentar tadi
"Mana si Thorn ni..." kata Taufan "Tak kan dia sudah keluar lari dari bandar ni pulak"
"Isk kau ni.. janganlah fikir macam tu. Nanti ibu risau pula" kata Gempa. Mata dia asyik perhatikan setiap sudut di bandar itu. Dia tidak mahu terlepas pandang "Tadi.. sebelum pulang dan sampai ke rumah, dia nampak ok sahaja. Siap nak backing si Hali lagi. Lepas tu, bila nak sampai rumah, terus jadi lain pula"
"Mungkin perasaan takut dia belum sampai lagi" Lynna sertai perbualan Gempa dan Taufan secara tidak langsung "Semasa dia di rumah Kaizo, dia nampak begitu semangat lagi tetapi apabila dia sudah semakin menghampiri untuk berdepan dengan ibu dia. Perasaan takut dia mula timbul dan paling dia takuti adalah mengecewakan hati ibu dia"
"Kak Lynna rasa... adakah Thorn membuat ibu lebih marah sebab lari dari kita semua?"
"Mungkin perasaan marah itu tidak ada kerana waktu begini, ibu kamu hanya hiraukan tentang anak dia. Kita semua risaukan tentang Thorn. Akak cuma takut kalau orang yang buat tadi temui dia sebelum kita dapat mencari dia"
"Kak Lynna jangan fikir macam tu. Kita kenalah berfikiran positif" kata Taufan
Lynna tersenyum sedikit walaupun terpaksa. Mereka teruskan berjalan dan lalu di tepi sebuah taman permainan yang sunyi. Tiada kanak-kanak atau orang dewasa ada di situ. Hanya sebuah permainan untuk kanak-kanak kecil berdiri megah di tengah-tengah taman tersebut. Keiko rasa sedikit sedih kerana anaknya Thorn tiada di situ. Semakin lama, semakin sedih hati Keiko. Dia ingin menangis di situ kerana dia tidak tahu dimana Thorn berada sekarang. Mereka sudah cuba mencari Thorn di rumah kawan-kawan mereka tetapi dia tiada di situ
"Ibu.. ibu ok ke?" tanya Halilintar
"Ibu risau... ibu tak tahu mana nak cari Thorn dah" Nada Keiko ketika itu agak sedih. Anak-anak dia tidak pernah melihat ibu mereka kelihatan sedih seperti itu "Kamu semua pulanglah ke rumah dulu. Biar ibu seorang sahaja yang mencari dia"
"Tapi ibu.. tak kan ibu nak cari dia seorang diri"
"Jangan risau, Gempa. Ibu pandai jaga diri" Keiko peluk kepala Gempa dan lalu dia lepaskan pelukan itu "Ibu nak kamu pulang dan berehat. Kak Lynna akan jaga kamu semua sementara ibu tiada di rumah"
"Tapi ibu pun perlu berehat juga" kata Blaze "Tak pun kita minta pertolongan dari Fang dan abang dia. Takdelah ibu keseorangan nanti"
"Ibu tak nak ganggu mereka. Ibu hanya mahu Fang gembira bersama dengan abang dia" balas Keiko
"Betul juga cakap ibu tu" Taufan angguk kepalanya "Yelah, Fang nak luangkan masa dia bersama abang dia. Tiba-tiba kita pula ganggu dia. Macam tak adil pula kalau begitu. Biarlah mereka berdua bahagia di rumah kecil itu"
"Aku sokong sahaja" Ice menguap besar di situ
"Ibu..." panggil Solar
"Kenapa anak ku?"
"Macam mana kalau Thorn lari ke rumah abang Kaizo?"
"Soalan yang bagus, Solar" Tangan Keiko mula belai kepala Solar "Kalau dia ada di situ, ibu biarkan dia bermalam bersama Fang dan abang dia. Ibu yakin mereka akan hantar Thorn pulang ke rumah esok pagi"
"Kalau begitu.. ibu telefonlah abang Kaizo"
"Baiklah Blaze.. ibu akan telefon dia sebelum kamu mengamuk.. hehehe"
"IBU!" Blaze menghentak kaki kanan dia dan selepas itu, dia silangkan tangannya
"Ibu bergurau sahaja"
Keiko keluarkan telefon bimbitnya dari poket seluarnya. Dia terus mendial nombor telefon Kaizo. Anak-anak dia mula diamkan diri untuk mendengar perbualan ibu mereka nanti. Lynna pun turut diam sekali
"Kaizo.. ini aunty" kata Keiko "Aunty nak tanya, ada tak Thorn dekat rumah Kaizo?" Lalu dia diam sekejap sambil mendengar jawapan dari Kaizo
"Dia ada tak, ibu?" tanya Blaze yang sudah tidak sabar
"Wei wei, senyaplah" marah Halilintar
"Dia tiada di situ? Ok, terima kasih Kaizo.." Keiko diam sekejap dan lalu dia berkata lagi "Takde apa-apa.. kamu pergilah luangkan masa bersama adik kamu. Jangan risaukan tentang kami di sini" Dia terus putuskan talian dia dengan Kaizo
"Thorn tiada dengan mereka"
"Tiada Gempa.. dia tiada di situ"
Para keenam kembar itu terus memeluk ibu mereka untuk kurangkan rasa kesedihan di hati. Keiko mula menangis di situ dan cuaca terus berubah menjadi hujan. Ianya seperti tahu apa yang mereka rasai pada ketika itu
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pintu rumah balkoni Kaizo sudah ditutupi rapat kerana hujan sudah mula turun dengan lebatnya. Bunyi-bunyi guruh berdentum di langit gelap. Sekali sekala, kilat terpancar di udara dan mereka boleh lihat awan-awan hitam di sebalik pancaran tadi. Kaizo baru selesai menjawab telefonnya tadi
"Abang, siapa tadi tu?"
"Aunty Keiko" Kaizo simpan telefonnya ke dalam poket seluar dia "Dia tanya tentang Thorn"
"Aik, kenapa dengan Thorn?"
"Aunty Keiko cuma bertanya Thorn ada dekat sini ke tak. Mesti kawan kau larikan diri sebab takut kena marah" Kaizo kembali duduk di sebelah adiknya "Tapi dia suruh kita orang jangan risau"
"Jangan risau? Macam boleh! Kita kena pergi tolong dia orang... tak kan kita nak biarkan Thorn berjalan dalam hujan macam ni"
"Kau nak pergi cari dia?"
"Yea abang" Fang mula bangunkan diri dia "Dia kawan adik.. selama adik berada di rumah aunty Keiko, mereka semua melayan adik seperti keluarga sendiri. Adik tidak pernah disisihkan oleh mereka. Jadi adik mahu tolong mereka"
"Baiklah.. tapi sekarang ni tengah hujan. Abang takde payung untuk melindungi kita berdua. Aku tidak mahu kau jatuh sakit nanti"
"Kalau macam tu... kita lindungi diri kita dengan kain ajelah.. hehehee"
Tiba-tiba satu ketukan berlaku di pintu rumah itu. Kaizo terus ke pintu rumahnya untuk mengetahui siapa yang datang rumah pada waktu malam begini. Fang ada di belakang abangnya. Dia berharapkan Thorn yang akan muncul di depan pintu rumah abangnya. Kaizo membuka pintu itu dan ternyata ada dua gadis yang Kaizo tidak begitu kenali berdiri di hadapan pintu rumah dia. Seorang gadis bertudung pink dan seorang lagi adalah gadis berbangsa cina
"Eh, Yaya.. Ying" Fang terkejut sedikit
"Kau kenal mereka?"
"Yea, mereka adalah kawan adik dekat sekolah tapi.. kenapa korang ada dekat sini?" tanya Fang kepada dua gadis itu
Yaya dan Ying tidak menjawab, mereka cuma ketepi sedikit dan Thorn rupanya ada di belakang mereka di dalam kesejukan akibat terkena hujan
To be continued...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com