Chapter 8
Thorn menggigil kesejukan walaupun diri dia sudah di bungkus oleh selimut. Dia telah dijumpai oleh Yaya dan Ying sewaktu dia berjalan seorang diri di dalam hujan. Mata dia merah dan bengkak akibat terlampau banyak sangat menangis tetapi tiada siapa mahu salahkan dia. Mereka rasa kasihan melihat Thorn menangis tidak terhenti-henti. Fang, Yaya dan Ying duduk di ruang tamu. Mereka tunggu Thorn membuka cerita kenapa dia berjalan seorang diri di dalam hujan. Kilat di luar mula berdentum di luar rumah itu. Thorn tutup kepalanya di dalam selimut lembut itu
"Nah, ambik air ni" Kaizo menghulurkan secawan chocolate panas kepada Thorn
"Te-terima ka-kasih.." Thorn keluarkan mukanya sedikit. Dia mula keluarkan tangannya dari selimut itu untuk mengambil air dari Kaizo
Kaizo tinggalkan mereka di situ. Dia hanya ke dapur dan berdiri di situ sambil perhatikan Thorn dari jauh
"Wei, dekat mana korang jumpa Thorn tadi?" tanya Fang
"Kita orang jumpa dia tengah jalan-jalan seorang diri dekat bandar. Kita orang ada offer kan diri untuk hantar dia balik tapi dia tak nak"
"Ha ah, dia cakap dia nak ke rumah abang Kaizo. Jadi kita orang temankan dia"
"Dia yang tunjukkan jalan?" tanya Fang lagi
Yaya dan Ying anggukkan kepala mereka kepada Fang
"Dia ada kata apa-apa lagi tak?" tanya Kaizo secara tiba-tiba "Kalau dia mahu bermalam di sini, esok pagi aku boleh hantar dia pulang ke rumah nanti"
"Takpe... ke?... Thorn tak.. menyusahkan.. ke?" Nada Thorn kelihatan sedih pada ketika itu. Kedua tangan dia pegang cawan itu untuk hangatkan tangan dia yang sejuk "Minta maaf kalau.. Thorn ada menganggu.. korang"
"Kau tak ganggu kita orang pun" kata Fang "Tapi esok janji dengan kita orang yang kau kena balik ke rumah. Aku tak nak ibu kau risaukan tentang kau"
Thorn mengangguk kepalanya sedikit. Dia menghirup air chocolate panas itu. Dia tidak lagi menangis. Air mata dia sudah kering kerana terlampau banyak sangat menangis. Kaizo duduk bersila di sebelah Thorn dan lalu dia berkata
"Aku sudah hantar mesej dekat ibu kau. Dia setuju untuk benarkan kau bermalam di sini. Kau sudah makan ke?"
"Belum tapi Thorn tak lapar sangat" Dia hanya berbohong sahaja kerana dia tidak mahu menyusahkan mereka semua. Dia tahu dia sudah pun menyusahkan ibu dia, kakak saudara dia dan juga adik beradik kembar dia
"Jangan cakap begitu maa... aku tahu kau sebenarnya lapar. Biar aku masakan sesuatu untuk kau"
"Eh, takpelah Ying.. biar aku sahaja yang buatkan" Yaya sudah pun bangunkan diri. Dia terus ke dapur rumah itu "Kau nak makan apa Thorn? Aku masakan untuk kau.. tak pun aku buat biskut aku yang sedap tu"
"Habislah pengsan si Thorn ni nanti" bisik Ying sambil menelan ludah
"Apasal?" tanya Fang
"Wei, lupa tak tahu ke.. si Yaya tu kalau buat biskut, memang tak sedap"
"Ohhh.. tapi tak kan kita nak biarkan sahaja. Kita kena buat sesuatu" Fang mengusap dagunya sambil perhatikan Yaya di dalam dapur
Yaya sibuk mencari bahan-bahan untuk membuat biskut di dalam dapur Kaizo tetapi malangnya, rumah Kaizo tidak mempunyai bahan-bahan untuk memaksa. Di dalam dapur itu hanya mempunyai sebungkus roti yang sudah separuh makan, dua tiga bungkus mee segera, sebotol serbu koko, susu, air mineral dan juga beberapa bungkusan biskut. Yaya hanya mampu gelengkan kepala sahaja
"Macam mana abang Kaizo boleh tinggal di sini dengan makanan yang tidak mencukupi?"
"Abang aku tu mana reti masak. Dia tahu makan aje.. hehehe..." Kaizo terus ketuk kepala adiknya dengan bantal "Adeh.. janganlah marah abang. Adik hanya bergurau sahaja"
"Maaflah Thorn, aku jumpa biskut dan roti aje.. kau makan biskut sahaja bolehkan?" Yaya hulurkan sebungkus biskut kepada Thorn
"Atau nak kita orang belikan makanan" tanya Ying
"Eh, tak payahlah susah-susah.. air chocolate ni pun sudah mencukupi" Thorn berikan senyuman kecil dia kepada dua gadis itu
"Betul kau tak nak makan?" tanya Kaizo
Thorn gelengkan kepala sahaja tanpa melihat Kaizo
"Hmmm..." Kaizo palingkan mukanya ke arah Yaya dan Ying "Kamu berdua boleh pulang ke rumah. Esok pagi aku akan bawa dia dan adik aku pulang ke rumah mereka"
"Korang jaga diri elok-elok" kata Fang
Yaya dan Ying tidak berkata apa. Mereka hanya terus ke pintu rumah bersama Kaizo. Mereka berdua berikan lambaian kecil mereka kepada Thorn. Pintu rumah itu sudah dibuka dan lalu dua gadis itu keluar dari situ. Mereka tidak risaukan sangat tentang Thorn kerana mereka tahu, Thorn akan dijaga dengan baik oleh Kaizo dan juga Fang
"Thorn, kau tak nak cerita ke apa yang terjadi tadi?"
"Aku... sebenarnya... malu nak cerita dekat kau dan abang kau" Nada Thorn pada ketika itu agak perlahan
"Malu? Kenapa kau nak rasa malu pula" tanya Fang lagi
Mata Thorn memandang Kaizo sudah pun duduk bersila di sebelah Fang. Mereka sedang menunggu Thorn jawapan dari Thorn. Dia mula rasa tidak begitu selesa kerana dua adik beradik itu asyik perhatikan dia sahaja. Lalu dia tundukkan kepalanya sambil menatap permukaan air chocolate itu. Dia boleh bau chocolate dari air tersebut. Chocolate itu mengingatkan tentang ibu dia yang suka makan chocolate. Ibu dia tidak akan makan seorang diri, dia akan berkongsi chocolate itu dengan anak-anak dia yang seramai tujuh orang itu
"Kalau kau tak nak cerita, aku tidak akan memaksa. Kau perlukan berehat. Esok jangan kau nak lari lagi, faham?"
"Fa-faham abang Kaizo" balas Thorn
"Bagus.. habiskan air kau"
"Ok" Thorn menghirup sedikit air tersebut
Kaizo bangun dari situ. Dia pergi keluarkan beberapa bantal yang tersusun simpan di dalam almari. Fang rasa pelik, berapa banyak bantal abang dia ada. Selama ini, dia tidak pernah nampak abang dia peluk bantal begitu banyak sekali. Lalu dia terfikir mungkin abang dia terlalu rindukan adik dia yang serba kacak ini, sehingga dia beli begitu banyak bantal. Lalu Kaizo baling sebiji bantal berwarna purple ke arah adiknya tetapi Fang tidak sempat menyambut bantal tersebut kerana bantal itu terkena pada mukanya
"ABANGGG!"
"Jangan nak marahkan abang pula. Salah kau sebab tak tangkap bantal tu"
"Dah tu, macam mana adik nak tangkap sebab abang main baling sesuka hati dekat adik. Bukannya nak beritahu adik" Muka Fang berubah menjadi masam
"Kau sepatutnya lebih peka, bukannya asyik berangan sampai ke planet mana"
Thorn tersengih di situ dan lalu dia tergelak kecil. Hati dia tenang melihat pergaduhan manja di antara adik dan abang. Dia suka melihat mereka berdua. Dia suka cara Kaizo sekeh kepala adiknya dan gelakan dari mereka selepas sahaja selesai berhenti bergaduh. Dia mula merindui adik beradik kembar dia. Esok dia tabahkan diri untuk berdepan dengan ibu dia. Thorn tahu dia akan rasa malu di depan adik beradik kembar dia nanti. Dia juga tahu perkara ini tidak boleh dipanjangkan lagi dan tidak mahu timbulkan satu lagi masalah. Thorn pandang di luar balkoni rumah itu, hujan sudah berhenti turun. Awan-awan hitam mula bergerak dan dia boleh nampak sedikit cahaya bulan di sebalik awan itu
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Pagi itu, Kaizo membawa adiknya dan Thorn pulang ke rumah mereka. Perut masing-masing sudah berbunyi kerana belum lagi bersarapan pagi. Thorn sudah terbayangkan makanan kegemaran dia iaitu waffle dan di atas waffle itu ada chocolate syrup. Tekak dia mula teringin merasai kesedapan dan kelembutan waffle tersebut dan chocolate yang cair di dalam tekak dia. Mereka lalu di tepi taman permainan. Tempat permainan kanak-kanak itu habis basah terkena hujan malam semalam. Beberapa orang dewasa sedang sibuk mengadakan senaman pagi mereka. Udara pagi itu sangat nyaman dan agak sejuk sedikit. Ada juga yang masih lagi tidur di atas katil kerana malas hendak bangun awal pagi
"Kau ok tak pagi ni, Thorn?"
"Aku ok aje" balas Thorn kepada Fang "Kau pula.. ok ke tak dapat tinggal bersama abang kau?"
"Aku ok.. asalkan dia tak lari jauh" Fang terus palingkan mukanya ke arah abang dia yang berjalan di sebelah dia "Terima kasih abang"
"Hmm.. sama-sama" jawab Kaizo
Kaizo hanyu mahu melihat adiknya gembira. Dia tidak suka kalau dia sendiri yang membuat hati adiknya sedih. Kalau orang lain yang buat, sudah tentu dia akan ajar orang itu. Jikalau ada sesiapa yang cuba membuli dia, Kaizo tahu apa yang akan dia buat
"Abang nanti singgap makan sekejap tau. Jangan nak pergi ke mana-mana pula sebab adik tahu hari ni abang cuti"
"Ha ah, abang Kaizo nanti bolehlah main video game dengan kita orang semua! Bolehlah abang Kaizo cuba kalahkan markah tinggi si Halilintar tu"
"Yea yea... aku akan duduk sekejap dekat rumah korang tu" balas Kaizo "Tapi aku tidak boleh duduk lama, aku ada hal"
"Hal apa abang?"
"Hal takde apa-apa" jawab Kaizo dengan nada serius dia
"Hal apa yang takde apa-apa tu?" Fang garu-garu kepala dia sambil melihat wajah abang dia "HAH! Abang ada hal nak keluar jalan-jalan dengan kak Lynna yea!"
"Mana ada! Kau jangan nak merapu" Kaizo ketuk kepala adiknya
"Rasanya.. mesti kak Lynna ada dekat rumah" kata Thorn "Kak Lynna tak suka tengok ibu bersedihan. Ibu selalu anggap dia seperti anak sendiri dan kita orang pula, selalu anggap dia seperti kakak sendiri. Apa-apa yang terjadi dekat keluarga kita orang, kak Lynna akan datang untuk membantu"
"Baiknya dia"
"Dia memang baik. Kita orang sentiasa hormati kak Lynna" Thorn mengesat air matanya sendiri "Nakal macam mana pun kita orang, dia tak kan marah"
"Kak Lynna tu macam terlampau sempurna sangat aku tengok"
"Takdelah.. dia bukanlah sempurna sangat. Mungkin di mata orang lain, dia nampak sempurna tapi kita orang tahu kelemahan dia. Kak Lynna bukanlah seorang yang pandai seperti Solar atau Gempa. Dia bukanlah seorang yang bodoh juga. Dia ada kepandaian dia yang tersendiri"
"Betul kata kau" Tiba-tiba Kaizo mencelah perbualan mereka berdua "Setiap orang ada kepandaian yang tersendiri tapi jangan jadi bodoh sombong pula. Dia pandai dalam bab-bab memasak"
"Dan adik pula pandai dalam matematik!"
"Yea, kau memang pandai dalam matematik" Kaizo mengusap kepala adiknya "Bukan itu sahaja yang kau pandai. Dalam bab nakal pun kau sudah terlebih pandai"
"ABANG!" Fang terus bersilang tangan
"Hehee.. comellah tengok korang bergaduh" kata Thorn "Hati aku rasa gembira"
"Nanti kau nak cakap apa dekat ibu kau?"
"Aku akan meminta maaf dari ibu aku" jelas Thorn "Aku takkan lari dan aku akan beranikan diri untuk berdepan dengan ibu aku sendiri. Aku akan bersedia dengan apa yang akan bakal berlaku nanti. Aku tak nak kecewakan hati dia lagi seperti semalam. Membuat dia kecewa adalah dari kesalahan aku sendiri"
"Ibu kau adalah seorang yang baik dan aku yakin dia akan faham apa yang terjadi semalam"
"Terima kasih abang Kaizo" Hati Thorn menjadi lega sedikit. Bibir dia mula tersenyum seperti biasa "Fang.. kau tahu tak, ada satu lagu ni.. aku dan adik beradik kembar aku suka sangat nyanyi masa kecik-kecik dulu tapi Halilintar suka sangat buat lagu jadi seram. Ada masanya, dia nyanyi lagu tu waktu malam sambil duduk atas katil. Memang menakutkan sangat"
"Lagu apa yang korang suka nyanyi tu?" tanya Fang
"Hmm.. kejap, bagi aku ingatkan balik" Thorn mendongak sedikit untuk cuba mengingati lagu tersebut
Kaizo mula perasaan sesuatu. Dia dapat rasakan ada seseorang sedang mengekori mereka. Lalu dia pusing kebelakang. Tiada siapa di belakang mereka. Hanya mereka bertiga sahaja yang ada di kawasan perumahan itu. Kaizo berasa pelik
"Kenapa abang?" tanya Fang
"Takde apa" Kaizo sambung berjalan bersama adiknya dan juga Thorn
Dia cuba menoleh sedikit dan tekaan dia tadi memang tepat. Dia tidak begitu nampak kerana orang itu nampak begitu jauh sekali daripada mereka. Mungkin orang itu baru sahaja tiba kawasan itu atau mungkin itulah orang yang mengekori mereka sebentar tadi, itu yang di fikirkan oleh Kaizo
"HAH! Aku dah ingat lagu tu.."
"Macam mana lagu tu, Thorn?" tanya Fang lagi
"Lagu dia macam ni.. if you go down to the woods today, you're sure of a big surprise. If you go down to the woods today, you'd better go in disguise! For every bear that ever there was, will gather there for certain, because today's the day the teddy Bears have their picnic"
https://youtu.be/AI2LP1aqSA8
Fang menggigil sedikit kerana dia rasa aneh dengan lirik lagu tersebut. Lagu itu seolah-olah untuk menakutkan seseorang. Dia terbayangkan seorang gadis berambut panjang sehingga muka dia ditutupi oleh rambut sendiri, duduk di atas kerusi sambil memeluk anak patung beruang. Tangan kanan gadis itu mengusap-usap kepala anak patung tersebut sambil nyanyikan lagu itu secara sayu dan menakutkan
"Kita sudah sampai!" Thorn gembira melihat rumah dia "Eh.. itu Solar"
"Apa dia buat dekat luar?" tanya Fang
"Entahlah... SOLAR!" Thorn berlari ke arah Solar
Pada ketika itu, Solar sedang berdiri dengan penuh gaya di tepi pintu pagar rumah. Dia memakai cermin hitam sambil melihat sekumpulan gadis lalu di depan rumah mereka. Gadis-gadis itu tergelak malu sambil melihat Solar
"Dia tu... memang blur ke? Atau pura-pura jadi blur?" bisik Fang dengan penuh kepelikan "Haih, adik beradik kembar ni, memang betul-betul buat aku tak faham"
"Perangai pun aku tak faham juga" kata Kaizo
Berapi-api hati Fang dengan ayat dari abangnya. Kaizo mula berpura-pura tidak nampak muka adiknya yang berubah menjadi merah sedikit. Mata dia asyik perhatikan Thorn berlari ke arah Solar dan selepas itu, kepala Thorn terus di tepuk oleh Solar. Seterusnya, mereka berdua berpelukan di situ. Solar rasa lega melihat Thorn sudah pulang ke rumah. Mereka terkejut sedikit kerana terdengar jeritan dari Blaze
"KENAPA KAU PERGI KEJUTAN AKU PAGI BUTA MACAM NI! SERANGAN BANTAL BERAPI!"
"WEI! IBU YANG SURUH AKU KEJUTAN KAU! JANGAN NAK MARAH-MARAHKAN AKU PULA! LEPAS TU NAK MENGAMUK!"
Suara jeritan Halilintar sedang membalas balik keamukan Blaze tadi
"HABIS TU! KAU NAK AKU MENGAMUK DEKAT IBU?"
"BILA MASA AKU NAK KAU PERGI MENGAMUK DEKAT IBU PULAK!"
"APA NI, PAGI-PAGI LAGI SUDAH NAK BERGADUH! KORANG BUKANNYA NAK TOLONG IBU DEKAT DAPUR"
"SENYAPLAH GEMPA!" Jerita Blaze dan Halilintar secara serentak
Thorn tersengih di situ sambil garu-garu kepalanya. Begitulah kadang-kadang setiap pagi. Mesti ada sahaja agenda yang mereka ingin bergaduh. Kaizo dan Fang tersenyum kecil kerana mereka juga seperti adik beradik kembar itu. Sentiasa bergaduh manja di awal pagi. Kadang-kadang itu bergaduh sebab berebuatkan makanan. Kadang-kadang bergaduh kerana habiskan makanan dan ada kalanya, bergaduh salah seorang daripada mereka menggunakan tandas begitu lama sekali
"IBU! THORN DAH BALIK!" Pintu rumah itu sudah dibuka oleh Taufan. Mata dia sudah berkaca kerana terlalu gembira melihat Thorn ada di situ. Lalu dia melompat keluar dan peluk Thorn "Selamat kembali, Thorn"
"Ha ahlah, THORN DAH BALIK!" Blaze pula berlari keluar dari rumah dia. Lalu dia diikuti oleh Halilintar, Gempa dan Ice
"Thorn.." Datang satu suara lembut. Taufan lepaskan pelukan dia untuk memberikan ruang kepada ibu mereka untuk melihat Thorn "Anak ku sudah pulang"
Keiko melutut dan lalu memeluk Thorn seerat-eratnya. Dia menangis kerana anak dia sudah kembali. Thorn juga turut menangis di dalam pelukan ibunya
"Maafkan Thorn, ibu. Thorn janji, Thorn tidak akan buat begitu lagi"
"Ibu maafkan" kata Keiko sambil belai rambut anaknya "Kau apa-apa terjadi dekat diri Thorn, jangan lari dari ibu. Ibu tak nak kehilangan seorang anak"
"Thorn cuma takut ibu akan marah diri Thorn dengan lebih teruk"
"Tak.. ibu tak marah. Halilintar sudah beritahu ibu apa yang berlaku semalam. Jangan fikirkan lagi Thorn. Usah menangis lagi anakku, ibu mu ada di sini. Ibu sentiasa ada di sisi kamu" Lalu Keiko berdiri dan mengesat air mata anaknya "Mari.. ibu sudah sediakan sarapan pagi untuk kita semua"
Halilintar cuba tidak menangis di situ. Dia menahan air matanya. Taufan dan Gempa ketawa kecil di situ kerana melihat gelagat Halilintar. Blaze rasa senang hati melihat Thorn sudah pulang. Keamukan dia sebentar tadi sudah dilupai. Ice tersenyum dan lalu dia menguap besar. Solar hanya bersilang tangan sambil tersenyum kecil
"Waffle dan chocolate?"
"Yea Thorn, makanan kegemaran kamu"
"Terima kasih ibu!" Thorn berikan senyuman dia kepada ibunya
"WAH! Kalau macam tu.. aku pun nak ibu buatkan makanan kegemaran aku. Jadi, lepas ni aku kenalah lari dari rumah.. hehehee" Halilintar terus tepuk kepala Taufan "Wei! Aku bergurau aje"
"Kalau nak bergurau pun, cubalah jangan jaga hati ibu" marah Halilintar
"Hehehee... maaf ibu" Taufan mengusap-gusap kepalanya sambil tersengih "Yelah, asyik si Thorn tu aje dapat makanan kegemaran dia"
"Sebab dia ni special" balas ibu mereka "Tapi anak-anak ibu semuanya special. Semuanya ada keistimewaannya tersendiri. Mari semua masuk ke dalam"
Keiko tersenyum gembira melihat anak-anak dia mengusik Thorn sambil masuk ke dalam rumah. Mereka mahu melihat Thorn ketawa seperti biasa
"Mari Kaizo, Fang.. kita makan sama-sama" Keiko pelawa dua adik beradik itu masuk ke dalam "Terima kasih kerana menjaga Thorn dengan baik"
"Sama-sama aunty" balas Fang
Fang dan Kaizo masuk ke dalam rumah terlebih dahulu. Keiko pandang ke arah kawasan perumahan dia. Tiba-tiba dia dapat rasakan ada seseorang sedang perhatikan mereka sebentar tadi. Mata dia melihat sekeliling kawasan itu. Hanya ada sekumpulan gadis tadi sedang sibuk berborak sambil berjalan jauh dari rumah dia. Mungkin perasaan dia sahaja, bisik di hati Keiko. Lalu dia masuk ke dalam rumah dan tutup pintu rumah dia. Kaki dia terus bergerak ke dapur. Kelihatan anak-anak dia sedang bergurau senda di meja makan bersama Lynna. Makanan mereka semuanya sudah tersedia di pinggan masing-masing. Kaizo hanya perhatikan adik dia sedang berbuat bising bersama adik beradik kembar itu. Suasana dapur pada ketika agak riuh rendah dengan gelak ketawanya, suara adik beradik kembar yang suka menjerit, gaduh-gaduh manja dan bermacam-macam lagi. Hati Keiko rasa bahagia melihat suasana begitu dan dia berharap, ianya akan kekal buat selama-lamanya
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tengahari itu, mereka semua sudah berkumpul di ruang tamu kecuali ibu kepada adik beradik kembar iaitu Keiko. Ibu mereka sedang sibuk siapkan kerja dia di dalam bilik yang telah diubahsuai menjadi perpusakataan kecil. Kaizo sibuk melayan adik beradik kembar itu bermain video game. Dia sedang berlawan dengan Halilintar dengan menggunakan seorang watak yang ada di dalam game tersebut
"Cepat Hali! Jangan biarkan abang Kaizo kalahkan watak kau" kata Gempa
"Aku tengah berusahakanlah ni" balas Halilintar sambil menekan butang-butang di alat kawalan video game dengan begitu cepat sekali
Kaizo kelihatan begitu tenang sekali. Dia seperti didalam dunia dia tersendiri. Dia dapat bayangkan watak video game itu adalah diri dia. Seorang pahlawan yang pakar dalam bidang lawan. Manakala pesaingan dia iaitu Halilintar kelihatan cuak setiap kali nyawa dia tinggal sedikit. Sudah beberapa kali Halilintar menghantar serangan ke arah watak Kaizo tetapi serangan itu tidak berjaya. Kaizo berjaya menepis setiap serangan tersebut. Akhirnya Halilintar kalah apabila watak video game Kaizo berikan serangan terakhir dia iaitu serangan belahan tenaga
"WAHHH! ABANG KAIZO SANGAT HEBAT!" kata Thorn sambil bertepuk tangan
"ABANG KAIZO IS THE BEST!" kata pula Taufan
"ABANG KAIZO IS SUPER AWESOME! YAHOOOOOO!" Blaze memandang tinggi terhadap Kaizo dan dia melihat diri Kaizo sebagai idola dia tersendiri "Sungguh terharu sekali"
Halilintar mengaku kalah dan dia memang kagum dengan kehebatan Kaizo. Dia sudah memasang satu cita-cita untuk menjadi hebat seperti Kaizo. Para kembar itu tidak henti-henti memuji Kaizo dan kehebatan dia didalam bermain video game. Mereka semua ingin berlawan dengan Kaizo kecuali Solar. Dia tidak menyertai kembar dia bermain video game. Dia hanya duduk di sebuah sudut kecil yang membuat kerusi dan meja kecil. Ruangan itu sesuai untuk sesiapa membuat kerja sekolah, baca buku atau bermacam-macam lagi. Ianya mempunyai sebuah tingkap yang tinggi dan di luarnya mempunyai pelbagai jenis bunga. Sesiapa sahaja yang duduk di situ, akan rasa tenang. Fang mula sedar Solar tiada bersama mereka. Lalu dia bangun dan nampak Solar duduk di ruangan kecil itu sambil menonton sebuah cerita di laptopnya
"HAHAHAAA! Tak sampai 5 minit si Thorn dah kalah"
"Aku bukannya mahir sangat dalam bab lawan ni. Aku bukan macam kau, Blaze" kata Thorn
"Takpe takpe.. nanti Thorn berlatih banyak-banyak ok" kata Blaze
"Apa kata kita tengok kak Lynna lawan dengan abang Kaizo" Gempa mengambil remote controller itu dari tangan Thorn dan terus hulurkan kepada Lynna "Mesti dasyatkan. Nak tahu juga siapa yang menang"
"Ha ahlah! Kak Lynna pun hebat juga dalam game lawan-lawan ni" kata Taufan
"Ok, ok... tapi kalau Kaizo kalah, jangan merajuk yea.. hehehee" Lynna tergelak sedikit
"Buat apa aku nak merajuk. Kau tu yang sepatutnya jangan nak merajuk sangat kalau kalah" balas Kaizo
"WUUUUUU! Sesi menunjuk kehebatan masing-masing" Taufan pandang ke arah Kaizo dan selepas itu Lynna "Mari kita mulakan SEKARANG!"
Maka bermulalah sesi perlawanan diantara Kaizo dan Lynna. Mereka berdua tidak mahu mengalah dan ternyata perlawanan itu sangat sengih. Fang mula beredar dari situ. Dia ingin pergi menegur Solar. Selama dia tinggal di sini, amat jarang sekali dia dapat berborak dengan Solar. Selalunya, Solar akan duduk di dalam bilik dan buat kerja dia sendiri. Hanya kembar dia yang lain sahaja yang membuat bising didalam rumah. Solar boleh dikatakan jenis suka bergaya dan Fang tidak faham sangat kenapa Ice memanggil sikap Solar yang blur itu
"Apa kau tengah buat tu?" tegur Fang
Solar menoleh kebelakang dan lalu dia kembalikan perhatian dia ke arah skrin laptopnya. Dia sedang menonton sebuah drama korea tanpa subtitle. Fang tidak begitu faham sangat apa yang mereka sedang katakan
"Aku faham apa yang dia orang katakan" jawab Solar tanpa ditanya oleh Fang "Bukan setakat bahasa korea sahaja. Aku juga ada belajar bahasa lain seperti jepun, latin, mandarin dan juga bahasa arab. Aku ni boleh dikatakan lebih bijak daripada kembar aku yang lain" Mata dia masih lagi perhatikan drama korea itu
"Pandai juga yea kau"
"Terima kasih" balas Solar "Halilintar tu boleh dikatakan pandai juga tapi dia tu kadang-kadang tak tunjuk kepandaian dia. Gempa seperti aku tapi aku lebih sedikit daripada dia. Taufan dia, bolehlah juga dikatakan pandai walaupun banyak sangat main dalam kelas. Sebab itu mereka bertiga sama kelas. Blaze.. dia hanya pandai bermain sahaja tetapi dia tidak pernah gagal di dalam peperiksaan. Ice tu suka tidur dekat dalam kelas tapi markah peperiksaan dia hanya cukup-cukup makan sahaja. Thorn pula, dia memang perlu diajar dan tahap untuk mengajar adalah mempunyai tahap kesabaran yang sangat tinggi. Hanya Gempa dan ibu sahaja yang boleh ajar dia. Kalau Halilintar yang ajar, sudah tentu Thorn akan menangis"
"Kenapa kau tak ajar dia?"
"Aku? Kalau aku ajar.. takut dia tidak faham pula nanti. Aku takut nanti dia faham benda lain pula. Kau tahulah dia tu macam mana, sengal tahap luar biasa"
"Hehehee.. tahap luar biasa"
"Tapi kau pula.. kau memang pandai dalam matematik. Aku nampak kerja-kerja latihan matematik kau. Aku memang kagum dengan kau"
"Terima kasih" kata Fang dengan penuh bangga "Tapi kau ni sebenarnya.. betul ke kau blur?"
"Takdelah.. itu cuma pandangan orang sahaja. Aku cuma suka bersendirian dan suka fikir seorang diri tapi kadang-kadang tu suka juga berpura-pura buat blur" Solar tersenyum di situ "Tapi aku ni memang suka bergaya cool macam dekat dalam drama korea ni.. hehee.. nak uji para gadis. Tahap lelaki manakah yang mereka suka.. hehee"
"Adeh.. boleh pulak macam tu" Fang gelengkan kepala dia "Kalau macam tu, aku pun nak cuba juga. Aku pastikan aku lebih bergaya daripada kau"
"Cheh, dia pun sama juga" bisik Solar. Dalam hati dia suka apabila ada orang lain ingin bergaya sekali seperti dia
Solar tahu selain daripada diri dia, Halilintar sudah cukup bergaya walaupun tanpa disedari oleh diri dia sendiri. Ramai gadis mahukan Halilintar tetapi tiada satu pun menjadi pilihan hati Halilintar. Dia hanya mahu meluangkan masanya bersama kawan-kawan dia ataupun dengan adik beradik kembarnya. Dia sayangkan keluarga dia dan juga kawan-kawan dia walaupun dia tidak pernah tunjuk kasih sayangnya kepada mereka
"Abang aku tu bijak juga. Dia tu tahu kalau aku nak buat nakal. Kadang-kadang tu dia biarkan aku buat nakal sebab dia suka tengok aku kena hukuman dari dia"
"Sebab dia suka buli adik dia sendiri" kata Solar
"Memang pun.. buli aku tapi sayangkan aku. Ibu dan ayah aku takde pula nak melarang dia"
Fang mengalihkan perhatian dia ke arah abang dia. Sedikit senyuman terukir di bibirnya. Dia melihat abang dia begitu berkobar-kobar untuk menewaskan persaingan dia. Abang dia menang pada pusingan pertama tetapi kalah pada pusingan kedua. Kini Kaizo dan Lynna berada di pusingan terakhir iaitu pusingan penentuan. Fang berharap abang dia akan menang di dalam perlawanan itu tetapi sebahagian daripada hati dia, Fang ingin sangat melihat abang dia kalah dengan seorang gadis yang lemah lembut
"CEPAT KAK LYNNA! KALAHKAN ABANG KAIZO!" jerit Taufan
"ABANG KAIZO! JANGAN BAGI KAK LYNNA SERANG LAGI!" jerit pula Halilintar
"KAK LYNNA! BAGI SERANGAN BERTUBI-TUBI DEKAT ABANG KAIZO!" Blaze mencelah juga
"Abang Kaizo.. abang Kaizo tak rasa malu ke kalau abang Kaizo kalah dengan budak perempuan?" tiba-tiba sahaja Thorn bertanyakan soalan "Tak pun abang Kaizo tak rasa bersalah sebab menang. Yelah, abang Kaizo pergi kalahkan kak Lynna"
"Wei Thorn, apahal tiba-tiba kau tanya begitu pulak?"
"Heheheee... maaf Halilintar" Thorn tersengih kepada Halilintar
"Kejutkan aku bila dah habis" Ice tidurkan diri dia diatas kerusi "Rasa lama sangat dia orang berlawan ni" Dia menguap panjang dan terus pejamkan matanya
"CEPAT KAK LYNNA! Nyawa kak Lynna sikit tu"
"Sabar Thorn, akak tengah berusaha nak kalah Kaizo ni" Lynna menekan-nekan butang kucing dan merah. Watak dia melompat dan mengelakkan diri daripada serangan watak Kaizo "Akak akan cuba hapuskan dia"
"Boleh ke?" tanya Kaizo di dalam keadaan yang tenang
"Hehehee.. mestilah kak Lynna boleh" Taufan yang menjawab "Wah! Dasyat betul serangan kak Lynna tadi. Tengok, nyawa abang Kaizo pula yang tinggal sikit"
Kaizo tidak akan mengaku kalah. Dia akan tetap berlawan walaupun nyawa watak video game dia sudah tinggal sedikit. Kaizo terus menghantar satu serangan tetapi serangan itu tidak berjaya kerana berjaya ditepis oleh Lynna. Selepas itu dia melibas-libas pedangnya sambil melompat ke arah watak video game Lynna
"ABANG!"
Kaizo terkejut dengan jeritan adiknya. Secara tidak langsung, dia tertekan butang lain dan menyebabkan dia kalah di dalam perlawanan itu. Dia bangun dan terus berdepan dengan adiknya yang telah menganggu dia bermain video game tadi. Muka dia kelihatan marah. Fang sudah menelan ludah kerana dia telah menganggu abang dia tadi secara tidak sengaja
"Kenapa kau panggil aku tadi?" tanya Kaizo dengan nada seriusnya "Pastikan bukan benda merapu. Kalau tidak, kau akan dapat balasannya nanti"
Para kembar duduk jauh sedikit daripada Kaizo. Solar sudah pun memasang earphone di telinganya. Manakal Lynna pula, dia tidak berganjat dari kerusi sofanya. Dia hanya memilih watak video game untuk bermain lagi. Dia terasa seronok main game lawan-lawan itu
"Hehehee..." Fang tersengih di situ "Sebenarnya... adik..."
"Sebenarnya kau nak apa?" Kaizo mengangkat kening sebelah "Kau nak kena sekeh dengan aku ke?"
"MANA ADA! Adik cuma nak cakap.. ADIK LAPAR! Jomlah abang kita pergi makan dekat luar"
"Makan dekat luar? Boleh boleh.." Kaizo terus tersenyum sinis "Kau ambik makanan, lepas tu kau pergi makan dekat luar rumah"
"ABANG!" Fang cuba menumbuk badan abangnya secara manja tetapi muka dia telah ditutup oleh tapak tangan abangnya "ABANG!"
Kaizo tersenyum sinis lagi dan selepas itu, dahi dia berkerut apabila tapak tangan dia di jilat sedikit oleh adiknya
"Sebut pasal makan ni.. aku terus rasa lapar" kata Taufan secara tiba-tiba "Ibu tak masak apa-apa ke untuk tengahari ni?"
"Ibu tengah sibuk dekat dalam bilik. Kita order pizza ajelah. Tak pun suruh kak Lynna masak" Gempa palingkan kepalanya ke arah Lynna "Tapi..." terus dia tersengih kecil "Kak Lynna tengah seronok main game pula.. adeh kak Lynna ni"
"Tak pun kita suruh abang Kaizo yang masak!" Mata Blaze sudah bersinar-sinar sambil melihat Kaizo "Abang Kaizo masakanlah untuk kita orang yang tengah kelaparan ni"
"Abang aku masak? HAHAHAAAAA! Buat lawak aje kau ni" Kaizo ketuk kepala adiknya tetapi Fang masih lagi ketawa di situ. Dahi Kaizo mula berkerut-kerut "Abang aku mana reti masak. Kalau suruh dia masak, terus hancur makanan tu nanti.. HAHAHAAA!"
"MACAMLAH KAU TU PANDAI SANGAT MASAK!"
"Adik pandai apa" kata Fang dengan bangganya "Biar aku sahaja yang masak. Korang rasakanlah masakan aku yang special tu! Heheee.." Dia mula perasan diri dia adalah yang terhebat di situ. Dia akan buktikan kepada mereka yang dia pandai memasak, bukan sekadar tahu bermain bola jaring dan pandai di dalam matematik sahaja
"WAH! AKU TAK SABAR NAK RASA MASAKAN KAU!"
"AKU PUN! AKU PUN!"
"MESTI SEDAPKAN!"
"YAHOOOOOOOOO!"
Halilintar tersenyum kecil sahaja sambil melihat Taufan, Blaze, Thorn dan Gempa tidak putus-putus memuji Fang dan juga kata-kata semangat. Dia berharap masakan Fang nanti tidaklah sekadar percakapan sahaja. Kaizo juga berharap begitu tetapi dia teringin juga melihat adik dia gagal. Dia kembali tersenyum sinis sambil melihat adiknya tersenyum bangga di situ. Lynna dengar perbualan mereka sebentar tadi dan dia mengharapkan yang terbaik dari Fang
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Petang itu, Kaizo dan Lynna mula pulang ke rumah mereka setelah seharian bersama adik beradik kembar dan juga Fang. Kaizo akui, masakan adiknya pada tengahari tadi amat menyelerakan sehingga perebutan diantara adik beradik kembar itu. Keiko rasa bangga dengan Fang dan dia memuji dengan masakan Fang yang sedap itu
"Macam mana dengan spagetti adik kau tadi?" tanya Lynna sambil berjalan di sebelah Kaizo
"Hmm.. bolehlah" balas Kaizo dengan nada serius dia
"Aik.. macam tak sedap aje bagi kau"
"Bukan itu yang aku maksudkan.. masakan dia boleh dikatakan sedap"
"Ohh.. begitu.. hehee" Lynna tergelak kecil di situ. Lalu dia mendongak kepalanya sedikit untuk melihat langit biru pada petang itu "Cuaca hari ni sangat indah. Tiada awan mendung, tiada hujan dan sentiasa biru. Angin pun bertiupan dengan tenang sahaja. Agaknya cuaca hari ini tahu apa yang kita lalui iaitu gembira"
"Gembira?"
"Ha ah.. gembira dan tenang kerana Thorn pulang ke rumah. Semalam hujan sebab perasaan kita orang sedih dan hari ini gembira. Aku tak sempat nak ucapkan terima kasih kepada kau"
"Terima kasih?" tanya Kaizo sambil mengangkat kening sebelah
"Yelah, terima kasih kerana menjaga Thorn malam tadi"
"Hmm.. itu sudah menjadi tanggungjawab aku untuk menjaga dia tapi aku bersyukur kerana dia tidak pergi ke tempat lain"
"Begitu juga dengan aku" kata Lynna dengan gayanya yang agak perlahan "Aku tidak mahu fikirkan apa yang berlaku ke atas diri dia nanti jikalau kita tidak menjumpai dia. Aku tak nak fikirkan benda yang bukan-bukan"
"Usahlah kau fikirkan kerana semuanya sudah selesai. Dia sudah pulang dalam keadaan selamat" Kaizo berikan sedikit senyuman kepada Lynna "Hari ini kau tidak pergi menjenguk kedai roti kau?"
"Tak.. aku percayakan pekerja-pekerja aku. Mereka pasti dapat lakukan dengan baik. Kalau ada apa-apa yang berlaku, mereka sendiri akan menghubungi aku" jelas Lynna
"Kedai kau tu.. kau tak nak ubahkan jadi sebuah kedai cafe ke?" tanya Kaizo secara tiba-tiba
"Hmm.. itu adalah salah satu impian aku tapi.. aku perlu kumpul duit lagi untuk mengubah segala-galanya. Bila sudah cukup nanti, kedai roti itu akan menjadi sebuah kedai cafe roti. Aku selalu bayangkan pelanggang-pelanggang aku duduk minum kopi sambil menikmati roti-roti dan juga kek yang aku buat. Suasana kedai aku juga mesti aman, tenang dan tidaklah terlalu sesak sangat. Boleh dikatakan kedai aku sesuai untuk sesiapa yang nak berdating! Hehehee.." Lynna seperti memandang sesuatu di langit iaitu sebuah sinar harapan
"Aku harap impian kau akan tercapai suatu hari nanti"
"Terima kasih, Kaizo" balas Lynna
"Tapi.. aku akan tolong kau untuk mencapai impian kau"
"Betul ke ni?" tanya Lynna dengan perasaan ragu-ragu "Kau jangan nak main-main dengan aku pula"
"Takdelah.. aku cuma ingin membalas balik jasa baik kau. Selama ini kau tolong aku, sekarang ni.. giliran aku pula. Kau adalah kawan aku.. boleh dikatakan kawan baik juga. Aku katakan ini adalah ikhlas"
Wajah Lynna terus menjadi seri dengan kata-kata ikhlas dari Kaizo sebentar tadi. Bibir dia terus mengukir sebuah senyuman. Kaizo membalas senyuman itu dengan senyuman ikhlas dia
"Kita sama-sama usahakan kedai itu menjadi sebuah cafe" kata Lynna "Bolehlah adik kau atau anak-anak buah aku duduk di kedai kita tu"
"Kedai kita? Bukan kedai kau ke"
"Hehehe.. sebab kau nak bantu aku.. jadi aku katakan kedai cafe kita berdua. Aku sudah bayangkan untuk tema cafe kita nanti. Cafe di dalam bentuk vintage. Ada kerusi dan meja lama-lama ataupun kita buat sebuah cafe Harry Potter. Mesti ramai akan teruja nanti! Lagipun aku sudah idea macam mana cafe bertemakan Harry Potter..."
Kaizo hanya mendengar idea-idea dari Lynna. Dia tidak bercakap banyak kerana dia suka melihat Lynna bercerita kerana ianya membuat diri dia tenang. Sedang dia asyik mendengar cerita Lynna, dia tidak sedar bahawa ada seseorang sedang perhatikan mereka berdua dari jauh lagi. Orang itu memakai sehelai jaket labuh berwarna perang dan di tangan dia ada sepasang teropong. Orang itu hanya tersenyum kecil sahaja
to be continued...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com