Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Minggu ke 7

"Kita kembali lagi di EDISI MALAM MINGGU! YEAHHH! tepuk tangan semua" Para penonton dan juga readers kena paksa tepuk tangan oleh Probe. Hari ini semua berpakaian seperti itik dan Probe memakai topi kepala itik. Microphone dia pada hari ini berwarna kuning. Hiasan di studio markas kotak juga berubah, terdapat pelbagai warna belon berbentuk itik "Sepatutnya Edisi Malam Minggu untuk esok tapi kita nak sambut hari jadi seseorang" bisik Probe di hadapan kamera. Ramai yang hadir pada hari ini, termasuklah Lynna, Rizu, Bella pun ada sekali, Ratu Lily pun ada juga dan ramai lagi "Hari ini kita ada kejutan khas untuk Kapten Sadis atau lebih dikenali sebagai KAPTEN KAIZO!"

Fang membawa abangnya naik ke atas pentas kerana mata Kazio telah ditutup dengan sehelai kain "Kau nak bawa aku ke mana ni?" Telinga dia pun dia tutup juga dengan earphone. Fang telah memasang lagu rock untuk abang dia

"Baiklah, saya akan kira sampai tiga... 1,2,3"

Terus balutan dimata Kaizo dan earphone nya dibuka oleh Fang "HAPPY BIRTHDAY KAPTEN KAIZO!" Probe sudah pun keluarkan sebuah kek 20 tingkat. Kaizo terkejut dengan kek tersebut dan hiasan berbentuk itik di dalam studio markas kotak. Terdapat pelbagai hadiah di sebuah meja, semuanya untuk Kaizo. Meja makanan, meja hadiah dan juga kerusi khas telah tersedia ditepi pentas. Probe terus letak sebuah topi itik di atas kepala Kaizo

"Errr.. cukup ke kek ni? kalau tak cukup.. saya tambah satu lagi!" Probe pegang satu lagi kek dan lalu dia letakkan kek itu di bahagian atas sekali "Jangan terjatuh sudah, saya sudah penat-penat buat kek lobak merah ni" Probe melihat kek dia yang begitu tinggi. Dia rasa sangat bangga dengan diri dia "Baiklah, kita ada persembahan dari Fang dengan lagunya Can't Help Falling in Love" Probe menyuruh Kaizo duduk di atas kerusi khas dia sambil saksikan adiknya membuat sebuah persembahan

Fang berdiri sambil memetik guitar dia "Lagu ini khas untuk semua yang saya sayangi terutama sekali abang saya" kata Fang sambil tersenyum

Wise men say
Only fools rush in
But I can't help falling in love with you
Shall I stay?
Would it be a sin
If I can't help falling in love with you?

Like a river flows
Surely to the sea
Darling, so it goes
Some things are meant to be
Take my hand,
Take my whole life, too
For I can't help falling in love with you

Like a river flows
Surely to the sea
Darling, so it goes
Some things are meant to be
Take my hand,
Take my whole life, too
For I can't help falling in love with you
For I can't help falling in love with you

"Selamat hari jadi abang!" kata Fang sambil melihat abangnya yang sedang duduk di atas sofa sambil membuka hadiah dari Lily. Penonton di studio markas kotak memberikan tepukan gemuruh kepada Fang "Sekarang saya akan-" terus Fang kena tolak dengan Probe. Fang bergolek-golek dan lalu dia jatuh dibawah pentas bersama dengan guitar dia. Fang melihat guitar dia ada kerosakkan yang teruk, dia mula berapi-api dengan Probe

"Hehehehe.. maaf yea Fang. Baiklah, kita akan-" Fang terus muncul di belakang Probe dengan guitar dia yang telak rosak. Lalu dia mengetuk-getuk Probe dengan guitar tersebut "ADOI! ADOI! MAAFKAN AKU FANGGG!" Fang terus mengejar Probe yang cuba terbang selamatkan diri daripada kena ketukan lagi

"Hmmm.. nampaknya robot badut kita kena kejar dengan adik aku. Kita akan berehat sebentar" kata Kaizo sambil melihat itik biru bulat, hadiah dari Lily "Apakah benda ini? SIAPA YANG BAGI AKU ITIK!" Semua menggigil ketakutan, Lily pula sorok di belakang kerusi Boboiboy

--------------------------------------------

"Aduh, sakitnya badan aku" Probe muncul kembali dengan plaster di merata tempat badan besi dia dan sebuah benjol besar di kepala besi dia. Fang sedang duduk diam di bawah pentas kerana dia sudah pun berpuas hati dapat belasah Probe sepuas-puasnya "Baiklah, sebelum kita mulakan acara kita. Encik Boss saya akan berikan sepotong kek kepada kamu semua. Kek ini sudah dipotong khas oleh Kapten Kaizo sebentar tadi, semasa saya kena belasah dengan adik beliau. Dia telah menggunakan pedang tenaganya untuk memotong kek ini tapi jangan risau, encik bos tidak meletak apa-apa jenis racun di dalam kek tersebut"

Adudu terpaksa menjadi orang suruhan Probe pada hari ini. Dia dan Ochobot mengagihkan kek-kek tersebut kepada para penonton studio markas kotak. Kek yang lebih, Kaizo terpaksa bawa balik dan suruh adiknya habiskan kesemua lebihan kek tersebut

"Kita jangan membuat masa lagi, saya akan memperkenalkan tetamu kita yang pertama. Dia adalah superhero paling ayu, paling tegas, paling cantik dan juga paling bijak! Dia suka menasihati kawan-kawan lelaki dia yang suka buat hal dan dia adalah superhero kesayangan kita semua iaitu YAYA!"

Yaya keluar dari pentas belakang. Dia membawa sebuah lagi kek hari jadi khas untuk Kaizo "Hai semua! Hah! Saya ada bawakan kek hari jadi untuk Kapten Kaizo! Ini adalah kek pandan!" Yaya meletak kek tersebut di meja makanan. Kaizo duduk di situ sebelah meja makanan dengan topi itik dia, muka dia serius sahaja. Tiada senyuman dari dia

"Terima kasih, Yaya" kata Kaizo. Dia dipaksa duduk di situ oleh adiknya sendiri. Yaya pergi duduk di sofa yang berada di tengah pentas

"Sukanya saya! tapi malangnya, saya tidak dapat merasa kek kamu Yaya" Probe buat-buat sedih. Selepas itu, suara dia terus bertukar ceria "Tetamu kita yang seterusnya, dia adalah gadis amoi paling comel! Dia suka sangat memakai topi biru kuningnya, dia adalah gadis paling laju sekali di Pulau Rintis dan dia adalah YING!"

"Hai semua! Saya Ying! Selamat hari jadi Kapten Kaizo. Saya ada bawakan hadiah untuk Kapten Kaizo!" Ying terus berikan hadiah itu kepada Kaizo

"Terima kasih Ying" Kaizo masih lagi dengan muka serius dia. Ying terus duduk di atas sofa bersama dengan Yaya

"Seronoknya Kapten Kaizo dapat hadiah! Tapi birthday saya lambat lagi.. tapi saya sendiri tidak tahu bila birthday saya.. menyedihkan" kata Probe "Baiklah, tetamu kita yang terakhir! Dia adalah sepupu kepada itik dan landak, dia adalah sahabat sejati kepada Lily the awesome yang baru sahaja habis dinner date beliau bersama dengan Boboiboy-"

"APAAAA?!" Menjerit Ratu Lily

"Jangan risau, saya hanya bergurau sahaja Ratu Lily" kata Probe sambil ketawa sedikit "Mana kita tadi.. Oh yea, dia adalah gadis yang suka sangat berfashion dan kita berikan tepukan gemuruh kepada FAYEEEE!" Faye hari ini berpakaian kuning, bertopikan kepala itik dan rambut dia hari ini berwarna hitam "Wah! lawanya Faye hari ini! Tapi pakaian dia begitu pelik" kata Probe sambil pimpin tangan Faye ke sofa

"Terima kasih Probe" kata Faye sambil duduk di sebelah Ying "HAI SEMUAAAAA! Nama saya Faye!"

"HAI FAYEEE!"

"Bagus! ketiga-tiga gadis ayu kita ada pada hari ini! Baiklah, sebelum kita mulakan acara sesi soal jawab. Saya akan ingatkan kamu balik soalan minggu lepas yang diberikan oleh Fang yang separuh gila pada hari itu. Soalan itu adalah, apakah reaksi kamu jika Fang dan Kapten Kaizo muncul di pintu rumah kamu. Saya akan bacakan jawapan kamu dan juga soalan kamu untuk mereka bertiga!" Probe terbang ke tepi pentas. Kaizo sedang makan kek lobak merah dia, dia rasa kek itu terlampau manis dan terus dia tolak ketepi "Kamu bertiga sudah bersedia?"

"Sudah!" kata Yaya, Ying dan Faye serentak

"Baiklah, soalan kita yang pertama datang dari dark princess. Hmmm.. soalan ini untuk Fang tapi takpe, Fang akan tetap jawab soalan kamu" Probe terbang ke bawah dan pergi ke sebelah Fang "Soalan dia, apakah rasanya saat Fang kena gari tenaga dari abang kamu?"

"Mestilah sakit! ingat gari tenaga tu tak sakit ke, bukannya macam kena gigit semut tapi macam kena genjatan elektrik, tahu tak!" Fang terus bermasam muka sebab asyik dia sahaja yang kena gari tenaga. Kaizo dengan muka tiasa perasaan, langsung tiada simpati terhadap adiknya. Dia hanya minum teh hijau dengan tenang

"Marah sungguh si landak ni... harap banyak bersabar yea" Probe terus lari ke pentas sebelum dia kena belasah dengan Fang lagi "Hehehehe... soalan kita yang seterusnya datang dari LizzNP. Dia kata kalau mereka ada dekat depan rumah dia, dia akan membawa mereka berdua berjalan-jalan di Kota Kalianda! dia ingin juga memeluk Fang, itu pun kalau Kapten Kaizo bagilah.. hehehe.. dia cakap dekat sana banyak makanan tapi.. cik Lizz kena bawa Gopal sekali, dia kan suka makan"

"BETUL TU!" Tiba-tiba sahaja Gopal menjerit "Makan adalah kegemaran aku!" Probe hiraukan sahaja dia

"Soalan dari dia adalah untuk Ying, kenapa Ying comel sangat? kalau Ying senyum memang sangat comel! Ying nak tak jadi kawan dia?"

"Terima kasih LizzNP kerana cakap saya comel. Saya sendiri pun tidak tahu diri saya ni comel dan kamu boleh jadi kawan saya! Saya suka berkawan" Ying terus senyum di hadapan kamera "Comel tak senyuman saya?"

"COMEL COMEL!" Probe terus menghalang senyuman comel Ying di hadapan kamera "Soalan dia yang seterusnya untuk Yaya! Yaya pernah tak cuba biskut itu sendiri? Dia ingin merasa biskut Yaya tu. Jangan risau, kamu semua boleh order biskut Yaya dilaman web yang akan tertera di kaca television anda. Anda boleh membeli sebanyak mana yang anda mahukan!"

"Wah! Probe jadi ejen menjual biskut saya! TERHARUNYA SAYA! Biskut saya tu, saya tidak pernah rasa tapi mesti sedapkan rasanya, kan kan kan" Mata Yaya bersinar-sinar di hadapan kamera "Nanti saya akan membuat biskut banyak lagi supaya Probe dapat menjual biskut saya! Jangan lupa beli tau!" Para penonton dibawah tersengih sahaja. Tiada siapa nak beli kecuali Lahap. Dia sudah pun membuat pesanan sebanyak 100 bungkusan biskut Yaya dilaman web khas biskut Yaya

"Sama-sama. Nanti untungnya, kita bahagi sama rata ok!" Probe terbang ke tepi "Soalan terakhir dari Lizz untuk Faye. Siapa penyanyi kegemaran kamu? aik, dia ni asyik minta nak berkawan aje.. tiada kawan ke kamu? dia tanya dekat Faye, nak tak jadi kawan dia dan yang paling akhir sekali, Faye sudah berkawan baik dengan Lily yea" Faye merampas microphone probe

"Maaf Probe" dia usap-usap kepala besi Probe terus muka Probe rasa merah dan panas sebab malu "Soalan untuk Lizz tadi! Saya suka sangat berkawan! Kalau Lizz nak berkawan dengan saya, sudah tentu boleh! Dan Lily adalah sahabat baik ku! HAI LILYYYYY!"

"HAI FAYEEEE!" Mereka berdua melambai-lambai sambil tersenyum besar

"Untuk jawapan terakhir saya soalan Lizz tadi, penyanyi kegemaran saya adalah TIADA! sebab saya suka semua lagu!" Faye bagi balik microphone tersebut kepada Probe

"Wah! begitu semangat sekali jawapan dari Faye" Probe ejaskan muka dia yang masih lagi kemerah-merahan "Seterusnya datang dari Rifat, hehe.. jawapan dia untuk soalan Fang. Dia takut nanti kena belasah dengan Kapten Kaizo dan dia juga takut dia kena gelak dengan Kapten Kaizo sebab markah matematik dia rendah.. alahai, kasihan kamu. Takpe, nanti saya hantar biskut Yaya khas dari rumah Yaya sendiri! Baiklah, soalan dia untuk Yaya, apakah resepi biskut Yaya. Resepi dia ada di laman website biskut Yaya. Di situ terdapat banyak resepi biskut Yaya. Soalan dia yang seterusnya untuk Yaya juga, berapa umur adik Yaya dan apa khabar encik Gajah yang bernama Mr. Aleby?"

"Hmmm.. gajah saya kena hantar pergi zoo sebab dia makin lama makin besar dan sudah tidak muat untuk duduk di dalam rumah dan umur adik saya adalah 2 tahun!" kata Yaya "Oh yea, terima kasih Probe sebab masukkan resepi saya di dalam laman web biskut saya. Lagi terharu saya"

"Hehehe.. mestilah, ramai nak tahu resepi biskut Yaya! Semuanya nak memcuba" dia melihat penonton di bawah pentas, semuanya tersengih sambil gelengkan kepala "Ini pula datang dari AN. Dia cakap dia suka kalau Fang datang rumah dia tapi kalau Kapten Kaizo, dia nak bagi penampar sahaja sebab sibuk" Probe lalu keluarkan patung kecil seperti barbie. Anak patung itu berupakan Kaizo "Ini adalah Kapten Kaizo, saya akan tampar dia untuk pihak AN" Probe tampar anak patung itu. Selamat Kaizo tak perasan sebab dia tengah minum teh hijau dia dengan penuh ketenangan. Jiwa raga dia tenang sekali apabila dapat minum teh hijau

"Hehehe.. Seterusnya datang dari jovitapuput.. nama apa ni? pelik pula nama ni... baiklah, jawapan dia untuk Fang. Sudah tentu dia akan rasa tersangat bahagia. Dia cakap dia akan ajak mereka untuk berselfie dan akan show-off dekat kawan-kawan dia supaya mereka cemburu! Bagus tu, bagi dia orang cemburu lagi! Soalan dari jovitapuput.. rasa nak gelak pula nama dia ni.. hehehe.. maaf yea.. soalan dia untuk Ochobot" Ochobot terus muncul disebelah Probe

"Apa soalan dia untuk aku?" Ochobot rasa sangat gembira kerana ini pertama kali dia mendapat soalan dari reader

"Soalan dia adalah, Ochobot memang nak hidup macam manusia ke? Apa perasaan Ochobot apabila ternampak manusia boleh makan makanan?"

"Jawapan aku.. kalau boleh, aku nak juga merasa menjadi manusia. Sehari pun takpe tapi adakah impian aku akan menjadi kenyataan" Dia ambik microphone Probe dan terus muncul di hadapan kamera "Wahai manusia yang pemurah hati, jadikan lah aku sebagai manusia dalam masa sehari. Bolehlah aku merasa makanan yang ada di bumi ni dan aku memang sedih melihat kawan-kawan aku semuanya dapat makan. Nak juga merasa kek Kapten Kaizo tu" Menangis Ochobot di hadapan kamera. Probe mengambil balik microphone dia. Kamera itu ikut sahaja Probe pergi ke tengah pentas

"Aku faham perasaan kau, Ochobot. Janganlah sedih" Probe turut menangis. Ada juga yang rasa sedih terhadap mereka berdua "Ba-baiklah, kita ke soalan yang seterusnya" Probe lap air mata palsunya "Soalan untuk Faye, kenapa Faye mahu menjadi kawan kepada Lily? adakah sebab Lily tidak suka kepada Kapten Kaizo?"

"Isk isk isk.. itu bukan sebabnya. Kaizo tu sepupu saya! Saya kawan dengan Lily sebab Lily seorang periang macam saya! Dia juga mempunyai perangai yang pelik tapi menarik dan dia bukan gila macam sepupu saya"

"APA KAU CAKAP! KAU CAKAP AKU GILA!"

"Mana ada Fang, aku cakap kau gila donut lobak merah aje" Faye terus tersenyum kepada Fang yang masih lagi berapi-api "Sebab itu saya suka berkawan dengan dia! HAI LILYYYY!"

"HAI FAYEEE!" Mereka melambai-lambai lagi

"Tadi dah lampai, sekarang nak lambai-lambai lagi.. adeh, tapi takpe, best friend lah katakan. Macam saya dengan encik bos" terus Adudu baling tin cawan ke arah kepala besi Probe "ADOI!"

"BEST FRIEND APA KEBENDANYA! KAU TU TUKANG KULI AKU AJE!"

"Apalah encik bos ni.. merajuklah macam ni" Probe terus buat-buat tak tahu dengan encik bosnya "Baiklah, soalan seterusnya untuk Yaya dan Ying. Selain daripada membantu orang, apa kamu buat dengan kuasa kamu yang super hebat itu!"

"Senang aje!" kata mereka berdua

"Saya tidak akan menggunakan kuasa ini untuk kepentingan diri saya kecuali kalau ada hal kecemasan sahaja!"

"Yolah, yolah! Mana boleh guna kuasa ini sesuka hati. Kami sebagai superhero yang berwawasan, akan menggunakan untuk menolong orang dan melawan musuh-musuh bumi" kata Ying dengan muka ceria dia

"Hah! bagus tu tapi jangan jadi macam si landak tu. Suka sangat salah guna kuasa, lebih-lebih lagi untuk membelasah orang" Fang menahan kemarahan dia, hati dia seperti mahu belasah Probe lagi sekali "Hehehe.. jangan marah yea landak. Baiklah, seterusnya dari Nitaaaaaaaaa! Dia ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI KAPTEN KAIZO!"

"Terima kasih" kata Kaizo yang masih lagi menikmati teh hijau dia

"Jawapan untuk Fang, mestilah dia suka hati, senang hati, makan hati.. eh silap.. bukan makan hati.. hehehe" Probe tersengih sorang-sorang "Soalan dia untuk Faye, kad kreadit kamu gunakan itu, adakah sama dengan kad kredit Plutonium kepunyaan Adudu?"

"Hmmm.. lain kot tapi rasanya macam sama sahaja kegunaan dia.. hehehe.. ini pun, ibubapa saya yang bagi" Faye tersengih

"Soalan untuk Faye lagi, apakah pendapat Faye tentang Gopal dan adakah Faye suka cartoon My Little Pony?" terus lagu tema My Little Pony keluar, Gopal pula yang nyanyi sekali bersama dengan lagu tersebut. Probe tutup lagu itu

"Pendapat saya tentang Gopal.. hmmm.. dia kuat makan macam saya tapi dia takde perangai pelik macam Lily tapi dia sentiasa bersama dengan kawan-kawan dia walaupun mereka dalam susah atau senang. Gopal tu kawan yang baik"

"Jadi Fang tu kawan yang jahat lah yea" Probe tergelak sedikit

"Fang bukan jahat pun cuma perangai dia sahaja nampak macam budak jahat. Jawapan saya yang untuk soalan kedua itu, saya pernah menonton My Lilttle Pony dan saya faham kenapa Gopal suka cartoon itu.. hehehehe.. saya pun minat juga tapi bukan macam Gopal yang terlampau minat sangat" Gopal rasa malu pula sebab minat dengan My Little Pony

"Oh begitu. Jangan risau Gopal, saya akan hadiakan kamu sebuah kuda pony untuk kamu pada hari jadi kamu nanti!" Terus Gopal muncul disebelah Probe dan lalu dia peluk Probe

"Terima kasih wahai robot badut! Aku tidak akan lupa jasa baik mu!" Probe menolak Gopal ketepi pentas dan terus dia terjatuh tergolek "Adoi! DEY! apasal kau tolak aku!"

"Sebab tiba-tiba saja kau peluk aku" Gopal bermasam muka "Baiklah, soalan seterusnya untuk Yaya. Kenapa selepas sahaja Yaya melepasi garisan kawasan sekolah, terus berubah menjadi singa garang?"

"Sebab saya kenalah mengikuti peraturan sekolah, sesiapa yang melanggar peraturan sekolah, terus saya akan denda mereka! Buku denda saya penuh dengan nama-nama budak nakal terutama sekali si Fang" Dia keluarkan buku denda dia yang tebal itu dan tunjuk kepada orang ramai. Ada yang menggigil ketakutan melihat buku denda itu

"Cheh, aku juga yang kena" bisik Fang

"Soalan untuk Ying, kenapa Ying selalu cakap laju walaupun tanpa menggunakan laju dan apakah warna kegemaran Ying?" Probe mengacukan microphone nya kepada Ying

"Saya memang suka cakap laju maaa.. dari kecil lagi saya memang cakap laju, sampai keluarga saya sendiri tidak tahu kenapa saya suka sangat cakap laju dan warna kegemaran saya adalah biru dan kuning!"

"Laju betul dia cakap, sampai saya sendiri tidak faham apa dia cuba cakapkan tapi takpe, saya buat-buat faham sahaja. Baiklah, seterusnya dari Hwang635. Dia ingin mengucapkan saengil chukkaehaminda. Dalam bahasa melayunya SELAMAT HARI JADI! Baiklah, jawapan dia untuk soalan Fang adalah, dia rasa amat bahagia kerana Fang dan kapten Kaizo adalah watak kegemaran dia! Soalan dia untuk Faye" Faye terus duduk tegak untuk mendengar soalan dia "Macam mana agaknya bila kamu gila? adakah kegilaan kamu macam Kapten Kaizo atau macam adiknya si landak tak betul" Fang baling kerusi ke arah Probe tetapi Probe sempat menggelakkan diri

"Cheh, tak kena pula" Fang sabar sahaja dengan Probe sebab panggil dia landak tak betul

"Hehehe.. apalah si Fang ni, main baling kerusi pula. Kalau boleh, kita ketuk Probe dengan meja!" Faye angkat meja di hadapan dia dan terus dia ketuk-ketuk Probe tanpa belas kasihan. Semua terkejut dengan tindakan ganas Faye tadi kecuali Lily, Kaizo dan Fang. Lily siap bertepuk tangan, Kaizo hanya melihat sahaja dengan muka serius dia dan Fang pula ketawa besar sebab puas hati Probe kena ketuk dengan Faye

"Adoi! Adoi! ADOI!" terus Faye berhenti ketuk Probe "Sakitnya kepala ku.. sampai hati Faye ketuk saya dengan begitu ganas sekali" Probe pura-pura menangis

"Ala, itu baru sedikit sahaja. Lagipun orang yang tanya soalan tu tanya macam mana kalau aku jadi gila. Begitulah caranya" terus dia senyum kepada para penonton

"Me-menakutkan" Menggigil Probe "So-soalan se-seterusnya untuk Faye juga, boleh tak dia nak pinjam alat mengubah style pakaian. Dia cakap dia nak ubah Kapten Kaizo dan Fang jadi perempuan.. hehehehe..."

"Boleh boleh! SAYA AKAN TUKAR SEMUA STYLE PAKAIAN PENONTON DI SINI!" Faye keluarkan alat berupa handphone dan lalu dia menukar semua orang berpakaian costume itik termasuklah dia sekali. Kazio terkejut dengan pakaian dia. Pakaian dia bertukar kepada gaun berwarna biru dan rambut dia menjadi ala-ala puteri, siap ada tiara sekali

"FAYEEEE! TUKAR BALIK PAKAIAN AKU!" Kaizo sudah keluarkan pedang tenaga dia

"Ma-maaf abang Kaizo! Saya.. saya.. saya akan tukar balik" Faye cemas dan dia tertukar Kaizo menjadi seorang puteri. Muka Kaizo merah padan, dia betul-betul marah dan malu pada masa yang sama sebab dia diketawa besar oleh penonton di studio markas kotak "Alamak..." Faye menelan ludah sebab muka Kaizo begitu menakutkan

"MARI SINI KAUUUUUUU!" Kaizo kejar Faye dalam gaun dia yang labuh. Dia kejar Faye di atas pentas dan lalu dia terjatuh di tepi meja makanan dan terkena kaki meja, kek lebihan 21 tingkat itu terjatuh di atas Kaizo. Memang amat memalukan buat Kaizo dalam sejarah hidup dia, sudahlah Edisi Malam Minggu adalah siaran langsung dan juga pada hari jadi dia. Dia yakin ada yang tangkap gambar terutama sekali Lily sebab dia bawa 10 kamera. Lily tersenyum nakal

"ITIK JATUH! ITIK JATUH! ITIK JATUH!" Lily melompat-lompat sambil menjerit-jerit di situ

"Alamak, kita akan berehat sebentar sebelum Kapten Kaizo mengamuk tak tentu pasal" kata Probe yang sudah cuak

-------------------------------------

"Aduh, selamat kembali ke Edisi Malam Minggu" Probe ada benjol bertingkat-tingkat di kepala dia akibat Kaizo mengamuk tak tentu pasal. Kini Kaizo sedang tenangkan diri disebelah Lynna. Hanya Lynna dan teh hijau sahaja dapat tenangkan dia tetapi disebabkan teh hijau dia sudah habis, Lynna sebagai pengganti. Pakaian Kaizo sudah kembali kepada yang asal tetapi yang lain, masih lagi memakai costume itik "Baiklah, kita sambung balik" Probe terbang ke tepi. Yaya dan Ying tersenyum di hadapan kamera dan Faye tersengih-sengih sebab salah dia

"Soalan terakhir dari Hwang635 untuk Yaya, kenapa biskut Yaya tak sedap tapi kek Yaya selalu sedap.. hmm.. pelik ni"

"Biskut saya sedap apa, nanti kita bagi semua penonton dekat sini rasa biskut saya!" Mereka semua gelengkan kepala kecuali Lahap. Dia terliur untuk makan biskut Yaya "Kek saya sedap sebab saya buat jadi sedaplah! Macam kek pandan saya buat tu, habis pun Kapten Kaizo makan seorang" Kek pandan tadi sebenarnya Kaizo telah berikan kepada orang lain untuk habiskan. Dia hanya makan sedikit sahaja dan lebihan kek tersebut, dia sumbat di dalam mulut adiknya. Walaupun sedap tetapi dia ingin menjaga kesihatan

"Tapi apasal saya rasa macam kertas pasir"

"TUMBUKAN PADU!" Probe terjatuh dan tunggang terbalik dibuatnya "Mana ada macam kertas pasir! Tak baik tau cakap makanan orang tak sedap" Terus Yaya duduk bersilang tangan sebab marah kepada Probe

"Adeh, baiklah.. seterusnya dari Sakura no Hana" kata Probe yang masih lagi tunggang terbalik "Dia juga ingin mengucapkan TANJOUBI OMEBETOU! dalam bahasa melayunya selamat hari jadi. Hmm.. tadi korea, sekarang jepun pula.. kejap lagi bahasa apa pula?" Probe terbalik kan dirinya "Dia ada bagi hadiah tapi hadiah murah sahaja, nanti cari lah dekat tempat meja hadiah itu. Baiklah, jawapan untuk Fang. Dia akan terkejut beruk sampai tak terkata apa dan dia akan belanja korang minum air kocak! Perisa teh hijau untuk Kapten Kaizo dan perisa lobak merah untuk Fang! Soalan dia untuk Faye, kerap betul Faye datang ke sini, ibubapa Faye tak marah ke? dan selain daripada Paris dan Jepun, kemana lagi kamu pergi?"

"Hmmm.. mana lagi aku pergi yea... hah! Faye ada pergi ke Australia hari itu, bawa Lily jalan-jalan tengok kangaroo! Lepas tu kita orang pergi makan dekat London, lepas tu kita orang sambung jalan-jalan dekat Italy, Spain, shopping dekat Dubai.. macam-macam tempat lah kita orang pergi" Ada juga yang rasa cemburu dengan mereka sebab dapat pergi ke sana sini dalam masa satu hari sahaja. Gopal cemburu sebab tak bawa dia sekali, dia pun nak ikut dan merasa makanan negara lain

"Dasyat! Lain kali Faye bawa saya pula ok!"

"OK!" Mereka berdua ber hi-5 di situ "Baiklah, untuk Yaya dan Ying. Kamu berdua semakin cantik dan matang di Boboiboy galaxy! penampilan pun dia suka. Ramai yang sudah tidak sabar dengan Boboiboy Galaxy! dan dia ada permintaan untuk author Lynz. Dia nak Yaya dan Ying nyanyikan sebuah lagu berbentuk persahabatan!"

"Itu Sakura no Hana kena tunggu selepas sahaja habis sesi soal jawab" kata Yaya dan Ying "Kami berdua telah menyediakan lagu istimewa untuk kamu semua!"

"Hehehe.. tak sabar nak tengok mereka nyanyi. Baiklah, Ililara juga ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi Kapten Kaizo tapi bukan dalam mana-mana bahasa. Hehehehe.. reaksi dia kalau Fang dan Kaizo muncul di pintu rumah dia, dia akan rasa senang sangat! Soalan untuk Yaya, dalam pertarungan dengan musuh yang selalu sangat kalah, solat adalah kewajiban setiap muslim, adakah Yaya tetap solat?"

"Mestilah, solat itu wajib! Saya mana pernah tinggalkan solat. Solat dulu baru pergi lawan musuh!" kata Yaya

"Soalan untuk Ying pula, apa khabar ibubapa Ying?"

"Mereka sihat-sihat sahaja, mereka ada dekat rumah sedang menonton Edisi Malam Minggu! Hai ibu! hai ayah!" Ying melambai-lambai di hadapan kamera, Probe pun turut ikut melambai-lambai di hadapan kamera

"Hai ibubapa Ying!" kata Probe "Baiklah, seterusnya datang dari Badai403. Dia akan rasa senang dan gembira kalau Fang dan Kapten Kaizo muncul di pintu rumah dia! Soalan untuk Yaya, macam mana boleh Yaya pandai dan sedap ke biskut Yaya?'

"Mestilah sedap biskut yang saya buat! Nanti order dekat laman web yang dibuat oleh Probe! Saya jadi pandai kerana tiap-tiap hari saya belajar! Saya selalu ulangkaji setiap hari" kata Yaya "Dan jangan lupa makan makanan yang berkhasiat dan bagus untuk otak kamu"

"Oh yea, dia ada permintaan untuk Yaya. Dia nak Yaya nyanyikan sebuah lagu bertajuk Terima Kasih Cikgu tapi versi Upin dan Ipin!" Probe berikan microphone nya kepada Yaya

"Errr.. boleh" Yaya tersengih "tapi saya meminta Boboiboy, Fang, Gopal dan Ying untuk nyanyi bersama saya" Boboiboy, Fang dan Gopal naik ke atas pentas dan mereka semua berdiri di tengah pentas. Fang bawa Ukelele dia ke atas pentas dan terus mereka nyanyi lagu tersebut bersama

Setiamu cikgu telah mengajar kami
Membekalkan ilmu untuk masa depan
Dari ABCDE 12 dan 3 hingga aku tahu baca dan kira

Tak terhingga pengorbananmu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu

Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu

Kaulah pelita hidup bagi kami semua
Menuju jalan ke arah yang benar
Penuh ikhlas dan tulus membimbing dan mengajar
Untuk memastikan kami berjaya

Tak terhingga pengorbanan mu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu

Terima kasi pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu

Tak terhingga pengorbanan mu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu

Terima kasi pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajar ku
Terima kasuh ku kepada mu cikgu

Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajar ku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu

Terima kasih pada mu cikgu (terima kasih cikgu)
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku (terima kasih cikgu)
Terima kasuh ku kepada mu cikgu

Terima kasih cikgu

"Berikan tepukan gemuruh untuk superhero bumi kita! Syabas! Syabas!" Para penonton berikan tepukan gemuruh kepada mereka berlima. Boboiboy, Fang dan Gopal kembali ke tempat duduk mereka. Yaya dan Ying kembali duduk di sofa. Faye sangat teruja dengan nyanyian mereka tadi "Seterusnya dari VanillaBlue12. Dia ada pertanyaan untuk Yaya dan Ying. Pernahkah korang bergaduh tapi bukan pasal ujian tetapi kerana hal lain?"

"Kita pernah bergaduh tentang perkara lain ke, Ying?"

"Tak pernah pula, Yaya. Kami selalu bergaduh pasal ujian sahaja maaa.. pasal lain tidak pernah pula"

"Ha ah, betul tu! Kami sahabat baik yang tidak pernah bergaduh selain daripada ujian!"

"Saya cukup terharu dengan persahabatan kamu berdua. Semoga Faye dan Lily tidak bergaduh juga yea" kata Probe "Baiklah, seterusnya dari Ailsa cinta hatiku, dia suka sangat kalau Kaizo dan Fang datang ke rumah dia sampai dia sendiri nak cubit pipi Fang sampai lebam!" Probe sudah berada di bawah, dia cubit-cubit pipi Fang. Fang mula berapi-api dengan Probe. Aura bayang-bayang dia sudah keluar, terus Probe lari ke tempat lain "Hehehe.. maaf yea landak. Dan dia juga mahu peluk Kapten Kaizo. Saya rasa tak perlu peluk dia sebab takut nanti saya kena dengan pedang tenaga dia"

"Tahu pun takut" bisik Kaizo

"Baiklah, pertanyaan dia kepada Faye, kamu suka warna apa dan apa nama ibubapa kamu?"

"Saya suka warna 3P iaitu pink, peach dan purple!" Terus dia tukarkan style rambut dia berwarna pink, peach dan purple "Nama ibu saya Lola, nama ayah saya Ryuu"

"Comel pula nama ibu kamu. Lola the pretty lady!"

"Terima kasih Probe!" Faye terus peluk Probe. Muka Probe menjadi merah sebab kena peluk dengan gadis cantik. Dia lepaskan pelukan dia dan kembali di tempat duduk dia

"Seronoknya dapat kena peluk! Hehehe.. seterusnya soalan untuk Yaya.. soalan biskut Yaya sudah dijawab tadi. Jadi saya ke soalan seterusnya untuk Yaya juga. Kenapa Yaya tidak lagi memelihara Potato semenjak ada adik?"

"Alamak! AKU TERLUPA TENTANG POTATO! Maaf semua!" Yaya terus terbang keluar untuk pergi mencari kucing yang dia sudah lama lupakan "MAAFKAN SAYA POTATO!"

"Apalah Yaya ni, kata pencinta haiwan tapi boleh lupa tentang kucing dia.. isk isk isk.. Soalan terakhir untuk Ying, mana ibubapa Ying dan Ying pandai masak tak?"

"Ibubapa saya ada dekat rumah maaa.. sudah tentu saya pandai masak! tapi saya cuma pandai masak sikit-sikit sahaja. Saya bukan macam Yaya" Ying terus tersengih sambil lambai-lambai di hadapan kamera supaya ibubapa dia nampak dia di studio markas kotak

"Bagus Ying, jangan tak reti masak yea semua. Jadilah seperti Yaya, Ying dan landak. Mereka bertiga ni pandai masak" kata Probe "Soalan seterusnya datang dari Farel. Dia cakap dia tak tahu nak buat kalau Kapten Kaizo dan Fang datang ke rumah dia. Mungkin dia akan mengajak mereka makan dim sum yang dibuat oleh ibu dia sendiri! Bestnya!" Gopal pula rasa cemburu. Dia pun nak dim sum juga, fikir Gopal "Soalan dia khas untuk Faye. Selain Pulau Rintis, Faye merayap ke mana lagi? Bagi Faye, Fang itu macam mana? Adakah Faye kesal dengan sikap dia?"

"Hmmmm... Faye rasa Faye sudah jawab soalan pertama tu tadi tapi takpe! Faye akan merayap ke KL, London, Australia, Italy, Spain, Dubai, China, Japan, Korea dan macam-macam tempat lagi! Rasa tak puas lagi sebab Faye selalu merayap seorang. Cuma hari itu sahaja saya pergi bawa Lily berjalan-jalan" Lily terus tersenyum lebar dan bangga dapat berkawan dengan alien yang sama perangai macam dia "Tentang sepupu saya tu, dia tu memang panas baran, cepat marah, tak sabar, suka cari pasal, kenakalan dia tahap memang nak kena kejar dengan abang dia tapi dia sebenarnya budak baik. Selalu fikirkan keselamatan kawan diri daripada diri dia sendiri dan dia sayangkan semua yang dia sayang! Abang dia adalah nombor satu dihati dia!" Fang rasa malu pula bila Faye cakap tentang diri dia "Dan saya tidak kesal dengan sikap Fang sebab dia sepupu kesayangan saya!"

"Terharu saya kalau encik bos cakap tentang saya macam tu tapi dia hanya tahu baling cawan tin sahaja" Probe menangis di hadapan penonton "Apalah nasib ku ini!" Adudu terus ketuk kepala Probe dengan tukul besi "ADOI!"

"TAHU PUN SAKIT! CEPAT HABISKAN PROGRAM KAU NI!" marah Adudu

"Baik encik bos!" Probe berikan tabik dekat encik bosnya "Seterusnya datang dari miss mysteri! Dia cakap dia tiada perasaan tapi dia akan pukul Kapten Kaizo sampai koma.. dasyatnya budak ni" Kaizo pula datang ke arah Probe dan rampas microphone Probe

"SIAPA BUDAK NI! BERANI KAU NAK PUKUL AKU SAMPAI KOMA! KELUARLAH KAU, MARI KITA BERTARUNG DAN KITA LIHAT, SIAPA AKAN KOMA NANTI!" Kaizo berikan balik microphone itu kepada Probe yang sedang menggigil. Dia turun ke bawah untuk memeriksa nama kesemua penonton di studio markas kotak. Miss Mysteri tiada di situ. Kaizo akan tetap mencari budak itu sampai dapat

"Saya rasa saya tak perlu cakap lagi apa dia nak buat dekat adik dia.. takut dia mengamuk pulak nanti. Baiklah, dia ni ada sebuah permainan untuk kamu semua tapi author kata. Itu permainan dari miss mysteri sendiri dan dia nak miss mysteri buat permainan itu takut nanti author Lynz terbuat lain pula. Soalan dia untuk Boboiboy dan Rizu, kamu berdua nak tak pergi berjalan-jalan dengan dia dan adik dia?"

"Mestilah nak!" kata Boboiboy dan Rizu

"Tapi Pizu takut nanti abang Fang cemburu tak tentu pasal, boleh ke Pizu bawa abang Fang sekali?" tanya Rizu

"Err.. boleh kot" Probe yang jawabkan "Soalan kedua untuk Kapten Kaizo. Kapten Kaizo ada berapa jenis senjata"

Jawab Kaizo hanyalah "Rahsia" itu sahaja jawapan dari dia

"Hehehe.. dia takut kalau orang lain tahu tentang senjata dia yang lain. Hmm.. nampaknya miss mysteri tiada soalan untuk tetamu kita pada hari ini tapi takpe. Kita sambung dengan soalan dari reader kita seterusnya. Inilah dia soalan dari Lily! Dia ada dekat sini" Probe pandang ketepi dan terkejut melihat Lily sudah berada di atas pentas sambil tersenyum melihat Probe

"Hai Probe! Apa soalan aku? cepatlah bacakan!"

"Pelik bin ajaib budak ni. Ceria semacam. Mungkin sebab tiada pergaduhan diantara Lily dan Ratu Lily. Baiklah, soalan dari Lily" kata Probe. Lily terus duduk di atas sofa bersama dengan Yaya, Ying dan Faye "Oh yea lupa pula, dia ni takut kalau landak dan itik tiba-tiba sahaja muncul dekat pintu rumah dia. Biasalah, selalu cari pasal dengan mereka" Lily tersengih di situ. Probe sambung berkata lagi "Lily nak tanya, bagaimana rupa bentuk alat yang dapat pergi menjelajah merata tempat di bumi ini! Adakah alat itu sama dengan alat menukar style fashion Faye? Apa lagi alatan itu boleh buat lagi dan bila Faye nak bawa Lily pergi berjalan-jalan dengan menggunakan alat itu?"

Faye terus keluarkan alat berbentuk handphone di dalam beg kecilnya. Dia angkat dan tunjukkan kepada semua orang "Ini adalah alat dapat mengubah style fashion saya dan kamu semua! Tapi saya tidak akan menukar style fashion kamu sebab takut tersilap lagi" Faye pandang ke arah Kaizo yang sedang tidak puas hati dengan kejadian tadi. Faye terus bersambung lagi "Dan jam ini adalah bukan jam kuasa! Jam ini dapat membawa saya pergi kemana-mana sahaja di bumi ini! Soalan terakhir tadi, sudah tentu saya akan membawa Lily pergi berjalan-jalan! macam hari itu!" Faye dan Lily terus berpelukan. Probe pun join sekali tetapi dia kena tolak oleh Lily

"Sibuk aje robot badut ni" kata Lily

"Ala, baru nak berpelukan dengan korang" kata Probe dengan nada sedih dia "Seterusnya soalan untuk Ying, awak selalu dapat markah tertinggi ke dalam peperiksaan? Siapakah persaingan yang hebat diantara kawan-kawan kamu"

"Mestilah semua markah saya tinggi-tinggi! Persaingan terhebat saya ialah YAYA! tapi kadang-kadang Fang pun persaingan terhebat juga" kata Ying

"Ha ah, betul kata Ying. Kami berdua suka bersaing! tapi kami tetap kawan baik!" Yaya sudah kembali ke studio markas kotak. Dia sudah jumpa kucing dia Potato dan sekarang berada di rumah sedang menikmati ikan goreng. Kali ini Yaya dan Ying pula berpelukan. Probe nak join tapi takut kena tolak pula

"Saya pun nak peluk tapi.." dia pandang Adudu, terus tak jadi nak peluk sebab takut kena ketuk dengan tukul besi "Soalan ini datang dari Dava juniawan. Dia bertanya, game apa korang paling suka?"

"Game lumba lari, boleh ke?" tersengih Ying

"Saya.. saya... saya jarang main game" kata Yaya

"SAYA SUKA MAIN SEMUA GAME!" kata Faye dengan cerianya

"Saya pun! saya pun! GAME HARI ITU SERONOK SANGAT DAN AKHIRNYA AKU MENANG! DAN AKU DAPAT DINNER DATE BERSAMA DENGAN BOBOIBOY DEKAT KAPAL ANGKASA LEPAS!" Lily pula menyibuk juga jawap soalan itu. Ratu Lily menahan cemburu dia, kuku tajam dia tiba-tiba sahaja keluar. Gopal yang duduk disebelah Ratu Lily, takut melihat kuku tajam itu. Terus dia menggigil

"Sungguh romantik tu!" kata Probe "Seterusnya datang dari Fangcool. Dia kata dia akan peluk Fang dan Kaizo dengan begitu erat. Lepas tu, dia akan ajak masuk, berborak dengan dia, minta tangkap gambar bersama, minta tanda tangan dan juga ingin mereka tidur di rumah dia" Probe betulkan suara dia sebab banyak sangat cakap "Soalan dia untuk Fang, apasal Fang tak cuba untuk dekati Ying? dia kan cantik dan apa yang kamu berikan hadiah untuk hari jadi abang kamu?"

"Takde soalan lain ke nak tanya. Asyik tanya aku suka siapa, aku suka siapa, aku suka siapa. Sibuk aje nak tahu dan Ying tu hanyalah kawan sahaja. Mana ada lebih daripada itu. Buang masa aku sahaja, lebih baik aku belajar" kata Fang dengan nada bosan dia "Hadiah untuk hari jadi abang aku, itu selepas sahaja habis Edisi Malam Minggu sebab hadiah tu ada dekat rumah" Fang memberikan senyuman kepada abang dia yang duduk disebelah dia

"Bagus tu landak. Belajar dulu. Lepas habis sekolah, kalau nak bercinta, bercintalah sampai lebam, tiada siapa nak halang tapi kalau hati terluka, jangan merana lama-lama. Tiada siapa nak pujuk hati tu nanti.. apalah aku merepek ni, terlebih makan kerepek pisang kot tapi saya mana boleh makan.. hehehe" Probe ketawa sedikit "Seterusnya, soalan ini untuk Ying. Adakah Ying suka kepada Fang? Bila sudah sekolah menengah nanti, adakah Ying nak bercinta dengan Fang? isk isk isk.. budak ni, asyik tanya pasal cinta sahaja"

"Aiyooo... seperti Fang cakap tadi, kami ni kawan-kawan sahaja maaa.. saya anggap dia sebagai kawan sahaja tiada lebih daripada itu. Masa sekolah menengah nanti, saya tak nak bercinta dengan si Fang tu. Hati masing-masing lain-lain maaa.. tidak boleh memaksa diri kita supaya suka dekat orang itu. Seperti Probe cakap tadi, kalau kita paksa juga, nanti diri kita yang terluka" Yaya, Faye dan Lily mengangguk dengan jawapan Ying tadi

"Jawapan yang tepat sekali! Baiklah, seterusnya soalan cinta lagi untuk Yaya pula. Adakah Yaya suka kepada Boboiboy selain daripada si landak? Nanti hari jadi Fang, Yaya nak bagi hadiah apa? Dia cadangkan bagi biskut Yaya yang sedap tu" Fang hanya gelengkan kepala kerana dia tidak mahu biskut Yaya "Dia cakap Fang sangat suka dengan biskut tersebut sebab dulu dia selalu beli!"

"WEI! MANA ADA!"

"Ala landak, mengaku ajelah kau selalu beli biskut Yaya" Probe ketawa sedikit. Fang sudah bersiap sedia untuk baling kerusi dekat Probe tetapi Rizu menghalang dia buat begitu

"Terima kasih Fang sebab selalu beli biskut aku. Hadiah apa aku nak bagi dia bila hari jadi dia nanti? tapi hari jadi Fang sudah lepas tapi.. kalau untuk tahun depan, mestilah bagi hadiah buku untuk dia! Oh yea, lupa pula.. saya suka berkawan dengan Boboiboy tapi saya hanya anggap dia sebagai kawan saya sahaja"

"Hah! hadiah buku takpe, jangan hadiah benda pelik-pelik sudah!" kata Fang

"Hehehehe... seterusnya datang dari Fluttershy kind! Dia ni adalah kuda pony dekat cartoon tu! Dia cakap kalau Kapten Kaizo dan Fang muncul, reaksi dia biasa sahaja dan janji Kapten Kaizo tidak buat hal. Soalan untuk Yaya dan Ying. Kenapa korang berdua selalu aje nak jadi nombor satu!"

"Sebab kami nak jadi yang terbaik di kelas kami!" jerit Yaya dan Ying "Sebab itu kami selalu rebut nak jadi nombor satu! Kita berdua adalah antara yang terbaik!" Yaya dan Ying berpelukan

"Aku juga yang kena korbankan jawapan betul aku kepada yang salah" bisik Fang yang masih lagi tak puas hati tentang tahun lepas

"Hehehee... seronoknya korang berpelukan" kata Probe. Dia hanya dapat bayangkan dia berpelukan dengan encik bos dia "Baiklah, hanya tinggal beberapa lagi soalan. Seterusnya dari aquamarine2602. Dia tanya bila author nak datang lagi? Jangan risau, saya akan jempu dia pada minggu hadapan! Ok, kembali kepada soalan dia. Soalan dia untuk Yaya. Apakah warna kesukaan Yaya selain daripada warna pink? dan apakah mata pelajaran kesukaan kamu?"

"Hmm.. saya suka warna kuning! dan saya suka semua mata pelajaran sebab semuanya seronok dan menarik untuk dipelajari!"

"Soalan seterusnya untuk Faye pula. Faye ni kuat makan macam Gopal tapi tetap kurus macam si keding tu" kata Probe sambil tunjuk ke arah Fang "tapi kenapa tubuh kau kurus dan apakah makanan kegemaran kamu?

"Saya kurus sebab.. entahlah! Memang badan saya begitu, makan banyak macam mana pun, badan saya tetap kurus dan makanan kegemaran saya ialah CHOCOLATE!" Gopal pun turut menjerit chocolate juga. Dua-dua gilakan chocolate "Nanti kita makan chocolate lagi ok, Gopal!"

"OK FAYE!" balas balik Gopal

"Ceria sungguh Faye ni. Banyak sangat makan chocolate budak ni" kata Probe "Soalan ini datang dari peminat aku! HAI HARUKO1212! Jika Kapten Kaizo dan Fang muncul di pintu rumah dia, dia akan menghempas tutup pintu itu sebab dia nak saya sahaja yang datang! YEAHHHHHHH! perasan pula aku ni.. hehehehe" Probe betulkan suara dia balik kepada serius "Soalan untuk Ying, kamu duduk dengan siapa dekat rumah?"

"Dengan ibubapa sayalah. Kadang-kadang nenek saya datang rumah saya" terus dia tunjuk peace dekat Probe

"Soalan terakhir dari Haruko1212 untuk Yaya. Berapa umur adik Yaya? Eh, ini sudah dijawab tadi.. umur dia 2 tahun!" Probe terbang ke tengah pentas "Seterusnya datang dari Nur Alya, soalan dia dihantar terus melalui handphone author. Soalan pertama untuk Faye, adakah Faye benci dengan Ratu Lily?"

"Faye tak pernah bencikan sesiapa walaupun Ratu Lily bunuh aunty dan uncle saya. Jadi jawapan saya, saya tidak bencikan Ratu Lily" kata Faye sambil berikan senyuman kepada Ratu Lily

"Terima kasih Faye" bisik Ratu Lily. Air mata dia mengalir sedikit kerana rasa terharu sebab ada orang tidak bencikan dia

Soalan kedua untuk Faye juga. Adakah Faye rasa gembira dapat berkawan dengan Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying?" tanya Probe

"Mestilah gembira! Faye dapat mengenali kawan-kawan sepupu Faye! Dia orang semuanya baik-baik! Seronok sangat dapat berkawan dengan mereka" kata Faye dengan suara ceria dia

"Kita sudah sampai kepada reader kita yang terakhir iaitu Encik Melayu W. Dia cakap kalau landak dan itik datang, dia akan rasa pelik.. pelik? kenapa rasa pelik? dan dia akan mengambil gambar mereka dan lalu dia akan merampas kuasa mereka berdua dan bagi aku kuasa penembus! BESTNYAAAA!"

Kaizo mula untuk keluarkan pedang tenaga dia tetapi Lynna menghalang Kaizo. Jadi tiadalah Kaizo mengamuk tak tentu pasal "Soalan dia untuk Faye, macam mana Faye dapat koko di galaxy. Kan koko di galaxy sudah habis?"

"Koko di galaxy memang sudah habis tapi saya memang tiada koko" Faye tersengih sambil tunjuk peace

"Koko yang bermutu tinggi, hanya di kedai Tok Aba sahaja. Baiklah soalan kedua terakhir untuk Yaya. Kalau jodoh Yaya dengan Boboiboy, adakah kamu akan terima?" tanya Probe kepada Yaya

"Hmm.. soal jodoh tu. Saya akan terima sahaja tapi buat masa sekarang, saya tidak mahu fikirkan sangat kerana saya sendiri tidak tahu siapa jodoh saya. Mungkin jodoh saya bukan Boboiboy. Tapi penting sekarang ini, belajar untuk UPSR!" kata Yaya dengan nada ceria dia

"Betul kata Yaya, jodoh tu lain cerita. Kita tidak perlu bertanya mereka buat masa sekarang kerana mereka masih kecik dan comel lagi. Baiklah, soalan terakhir untuk hari ini. Soalan untuk Ying. Kenapa kepala Ying nampak besar dalam Boboiboy galaxy?"

"Hmm.. sebab apa yea.. mungkin ikatan rambut saya nampak kepala saya besar kot. Sebab itu kot" kata Ying "Tapi yang penting, jangan lupa 25 November, pukul 5 petang di TV3! Nantikan Boboiboy Galaxy!"

"Semua tak sabar nak tengok ni. Lebih-lebih lagi author Lynz.. sebab nak tengok Fang katanya. Baiklah, sebelum kita berakhir. Encik Melayu ni ada cabaran untuk Lahap, iaitu makan biskut Yaya sebanyak 1000 tapi biskut tu tak buat dia pengsan"

"Betul tu! Biskut ni sangat sedap! sangat bertoksik! Nak bagi sejuta biskut dia pun takpe. Aku akan telan semuanya!" Terus Yaya melompat-lompat kegembiraan. Dia lalu peluk Lahap begitu erat sekali

"Terima kasih Lahap!" kata Yaya yang sangat terharu

"Macam jejak kasih sahaja" Langsir merah menutup pentas Edisi Malam Minggu "Nampaknya ramai tidak sabar dengan persembahan kita yang terakhir pada malam ini. Tanpa kita membuang masa, SAYA MEMPERSILAKAN YAYA DAN YING DENGAN LAGU MEREKA IAITU YOU'RE MY BEST FRIEND!" Tirai pentas itu dibuka semula. Yaya dan Ying pegang microphone masing-masing sambil bersandar dibelakang badan masing-masing. Melody lagu dimain dan terus mereka nyanyi

Ooh, you make me live
Whatever this world can give to me
It's you, you're all I see
Ooh, you make me live now honey
Ooh, you make me live

You're the best friend
That I ever had
I've been with you such a long time
You're my sunshine
And I want you to know
That my feelings are true
I really love you
You're my best friend

Ooh, you make me live

I've been wandering round
But I still come back to you
In rain or shine
You've stood by me girl
I'm happy at home (happy at home)
You're my best friend.

Ooh, you make me live
Whenever this world is cruel to me
I got you to help me forgive
Ooh, you make me live now honey
Ooh, you make me live

You're the first one
When things turn out bad
You know I'll never be lonely
You're my only one
And I love the things
I really love the things that you do
You're my best friend

Ooh, you make me live.

I'm happy, happy at home
You're my best friend
You're my best friend
Ooh, you make me live
You, you're my best friend.

"TERIMA KASIH!" kata mereka berdua "Jumpa lagi semua! dan SELAMAT HARI JADI KAPTEN KAIZO!" terus belon-belon itik pelbagai warna jatuh di atas pentas dan juga di bawah pentas dari siling studio markas kotak. Boboiboy sudah larikan diri kerana takut belon meletup

"Kesian Boboiboy. Lari pulak dia. Baiklah, saya akan umumkan tetamu kita pada minggu hadapan. Tadi baru saya katakan saya akan menjemput Author Lynz lagi sekali ke Edisi Malam Minggu. Bukan dia seorang sahaja, saya juga akan menjemput Ochobot dan juga Ratu Lily sebagai tetamu kita untuk minggu hadapan! Hanya dua soalan untuk mereka sahaja.. tapi.. ada juga yang hantar soalan untuk orang lain, adeh.. Sila hantarkan soalan kamu kepada mereka di ruangan review! Jumpa lagi semua!" Probe melambai-lambai ke arah kamera dan terus join birthday party Kaizo. Lily sempat tangkap gambar Fang cium pipi abang dia, Fang kena ketuk dengan abang dia, Fang dan Kaizo bergaduh sedikit dan akhir sekali, Kaizo peluk adiknya

Faye muncul di hadapan kamera "HAI SEMUA! Soalan saya untuk minggu ini. Antara kami semua, siapakah yang layak menjadi best friend kamu? SEORANG SAHAJA! JANGAN NAK MELEBIH PULA! DAN KENAPA? Tuliskan jawapan kamu di ruangan review! Jumpa lagi! Peace out!" terus Faye cium kaca kamera itu

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com