Minggu ke 3
"Kita bertemu lagi di EDISI MALAM MINGGU MUSIM KE DUA! YEAHHHHHHH!" Hari ini Probe memakai cosplay Kaizo sebab author yang suruh. Berkerut-kerut dahi Kaizo apabila melihat Probe memakai pakaian seperti dia, siap ada helmet lagi "Hehehee.. saya hari ini akan menjadi salah seorang watak kegemaran semua iaitu KAPTEN KAIZO! Tapi Kapten Kaizo jangan marah yea. Ini pun sebab author yang suruh" Kaizo sabar sahaja "Baiklah, kita jangan membuang masa lagi tapi sebelum itu, kita terhibur terlebih dahulu! SAYA MEMPERSEMBAHKAN KAIZO DAN LYNNA DENGAN IRINGAN DARI FANG! SAKSIKANLAH NYANYIAN DUET MEREKA IAITU BRING ME TO LIFE!"
Tirai pentas di buka dan terpaparlah Fang duduk di atas kerusi dengan guitarnya. Kaizo dan Lynna berdiri di tengah pentas dengan microphone mereka. Fang terus memetik guitarnya dan lalu nyanyian duet diantara Kaizo dan Lynna bermula
How can you see into my eyes like open doors?
Leading you down into my core where I've become so numb
Without a soul my spirit's sleeping somewhere cold
Until you find it there and lead it back home
(Wake me up)
Wake me up inside
(I can't wake up)
Wake me up inside
(Save me)
Call my name and save me from the dark
(Wake me up)
Bid my blood to run
(I can't wake up)
Before I come undone
(Save me)
Save me from the nothing I've become
Now that I know what I'm without
You can't just leave me
Breathe into me and make me real
Bring me to life
(Wake me up)
Wake me up inside
(I can't wake up)
Wake me up inside
(Save me)
Call my name and save me from the dark
(Wake me up)
Bid my blood to run
(I can't wake up)
Before I come undone
(Save me)
Save me from the nothing I've become
Bring me to life
(I've been living a lie, there's nothing inside)
Bring me to life
Frozen inside without your touch
Without your love, darling
Only you are the life among the dead
All this time I can't believe I couldn't see
Kept in the dark but you were there in front of me
I've been sleeping a thousand years it seems
Got to open my eyes to everything
Without a thought, without a voice, without a soul
Don't let me die here
There must be something more
Bring me to life
(Wake me up)
Wake me up inside
(I can't wake up)
Wake me up inside
(Save me)
Call my name and save me from the dark
(Wake me up)
Bid my blood to run
(I can't wake up)
Before I come undone
(Save me)
Save me from the nothing I've become
Bring me to life
(I've been living a lie, there's nothing inside)
Bring me to life
Tepukan gemuruh telah diberikan oleh para penonton studio markas kotak "Terima kasih semua!" kata Lynna sambil lambai-lambai ke arah para penonton. Kaizo pula merampas guitar dari tangan adik dia
"Err.. abang nak buat apa dengan guitar adik?" tanya Fang sambil melihat abangnya sedang berjalan menuju ke arah Probe yang berada di tepi pentas
"Abang nak pergi belasah si robot badut tu" Probe baru sedar dengan kehadiran Kaizo di depan mata dia. Tangan Kaizo sudah siap untuk belasah Probe sepuas-puasnya
"Jangan belasah saya, Kapten Kaizo! Bukan saya yang nak tapi author yang suruh" Tetapi Kaizo tetap mahu belasah Probe "LARIIIIII!" Terus Probe terbang lari daripada Kapten Kaizo yang sudah mengganas itu
"Kak Lynna tak nak pergi tenangkan abang ke?"
"Hmmm... setiap kali akak tenangkan dia, mesti dia akan mengganas balik. Baik tak payah, kita tengok ajelah Fang" Lynna, Fang dan penonton studio markas kotak melihat sahaja Kaizo pukul Probe dengan guitar. Fang menangis di situ sebab guitar dia rosak tetapi dia rasa gembira sebab dia akan dapat guitar baru dari abang dia nanti
"ADOI ADOI ADOI! JANGAN KAPTEN KAIZO!" Menjerit Probe
"Kita akan kembali selepas ini" kata Lynna di hadapan kamera
------------------------
Kepala besi Probe penuh dengan benjol akibat dibelasah oleh Kaizo sebentar tadi. Probe telah menukar pakaian cosplay dia kepada cosplay Boboiboy pula. Boboiboy rasa nak sekeh si robot badut itu tetapi dia sabar sahaja dan tidak mahu mengamuk tak tentu pasal seperti Kaizo tadi "Hehehehe.. maaf yea semua. Tadi saya dibelasah teruk oleh Kapten Kaizo. Kita telah pun kembali ke Edisi Malam Minggu, jadi kita jangan membuang masa lagi. Saya akan memperkenalkan tetamu-tetamu kita pada hari ini!" Probe terbang ke tepi pentas "Baiklah, tetamu kita yang pertama. Dia adalah seorang gadis laju, suka memakai topi kuning biru dia, suka bersaing dengan kawan baik dia untuk dapatkan nombor satu dan suka-suka aje nak pelahankan masa. Hehehehee... dengan penampilan barunya yang amat bergaya sekali di Boboiboy galaxy dan loghat cina dia yang masih lagi kekal, saya mempersilakan YING!"
"Hai semua! Saya Ying!" Ying keluar dari pentas belakang sambil melambai-lambai ke arah penonton studiao markas kotak. Lalu dia duduk di atas kerusi sofa
"Tetamu kita yang kedua pula. Dia adalah gadis yang berserba pink, sampai kuasa dia pun berwarna pink sekali. Ramai budak lelaki jatuh hati dekat gadis pink ini kerana penampilan dia yang begitu ayu dan anggun sekali di Boboiboy Galaxy. Dia juga adalah seseorang yang tegas dan juga seseorang yang cintakan haiwan. Saya memperkenalkan YAYA!"
"Hai Yaya!" kata para penonton sambil melihat Yaya melambai-lambai ke arah mereka semua
"Tetamu kita yang terakhir! Dia adalah budak kecik yang comel seperti penguin. Suka bercerita panjang lebar sampai saya sendiri pun boleh mengantuk dengar cerita dia. Dia juga sangat mahir dalam mengigit orang dan dia adalah adik kesayangan kepada salah seorang alien pelik dan dia adalah RIZUUUU!"
"PIZU KEMBALI!" Rizu melompat keluar dari pentas belakang dia. Hari ini dia pernampilan seperti anak penguin comel. Baju penguin, seluar hitam, topi penguin, siap ada kasut penguin dan beg sandang dia pun penguin juga
"Wah! banyak betul penguin" Rizu tersenyum kepada Probe dan lalu dia duduk di sebelah Yaya "Tetamu-tetamu kita sudah pun berada di sini, jadi kita mulakan dengan sesi uji bakat! eh silap.. sesi soal jawab! Tetapi sebelum itu, saya akan baca balik soalan minggu lepas yang telah diberikan oleh Kapten Kaizo kita. Soalan dia adalah, Jikalau kamu diberikan dua pilihan, pasukan mana yang kamu akan sertai. Adakah pasukan Kapten Kaizo ataupun pasukan TAPOPS? Hehehe.. ramai juga yang nak sertai pasukan Kapten Kaizo ni. Saya akan bacakan jawapan kamu berserta dengan soalan kamu" Probe terbang ke tengah pentas dengan ipad dia "Baiklah, kamu bertiga sudah bersedia?"
"SUDAHHHH!" Jerit Yaya, Ying dan Rizu dengan penuh semangat
"Baiklah, kalau kamu semua sudah bersedia. Saya akan bacakan dari reader kita yang pertama iaitu Azuki5991 dan jawapan dia untuk Kapten Kaizo. Dia akan sertai pasukan Kapten Kaizo kerana dia tertarik dengan kuasa teknologi alien seperti helmet topen dan pedang tenaga Kapten Kaizo. Soalan dia untuk Yaya dan Ying. Kenapa kamu berdua selalu marah Fang apabila dia dapat nombor satu. Kan elok kalau kamu bertiga belajar bersama daripada asyik nak bergaduh sahaja"
"Dia orang ni, memang suka marah aku kalau aku dapat nombor satu. Asyik aku sahaja yang terpaksa korbankan jawapan betul aku" muncul Fang di atas pentas
"Kamu ni Fang, asyik nak naik atas pentas sahaja, lepas tu buat kecoh. Dari minggu pertama sampai minggu ke tiga ni" Probe gelengkan kepala besi dia
"Entahnya. Cubalah duduk diam-diam dekat bawah tu macam abang kau. Ini tidak, asyik nak aje naik ke atas pentas" marah Ying. Fang mula berapi-api dengan mereka. Lalu dia turun dari pentas dengan perasaan marah dia
"Bagus bagus.. jangan naik atas pentas lagi" Probe terus pandang ke arah Yaya dan Ying "Sila berikan jawapan kamu"
"Hehehehe... sebab kami sudah terbiasa dengan persaingan kita maaa.. lagipun nombor satu dan nombor dua selalunya menjadi milik kita berdua" kata Ying dengan malunya
"Betul tu tapi betul juga cakap si Azuki tu, belajar sama-sama daripada asyik nak bergaduh sahaja.. heheheee" Yaya tersengih
"Soalan kedua untuk Yaya dan Ying juga. Apakah pengalaman misteri yang pernah kamu lalui?" tanya Probe sambil melihat Rizu keluarkan anak patung penguin dia dari beg penguin dia
"Errr.. rasanya takde kot" kata Yaya "Ada ke Ying?"
"Ermmm... takde kot, Yaya. Saya pun tak berapa nak ingat sangat"
"Kalau tak ingat takpe. Kita pergi ke soalan yang seterusnya. Soalan ini pula untuk Rizu, apakah cita-cita Rizu? dan apakah Rizu takutkan selain daripada hantu?" Rizu terus berfikir apa yang dia takutkan selain daripada hantu
"Hah! Pizu takut kalau abang Fang kena seksa dengan author" kata Rizu sambil memeluk anak patung penguin dia "Cita-cita Pizu adalah untuk menjadi pelukis komik yang terkenal! Nanti abang Fang jadi watak utama. Watak yang suka sangat marah orang, mengamuk tak tentu pasal, suka makan donut lobak merah tapi sebenarnya dia tu rajin belajar dan sayangkan abang dia. Pizu harap komik Pizu akan menjadi lebih popular dan semua orang akan suka! dan watak abang Fang akan menjadi terkenal di seluruh dunia! Itulah cita-cita Pizu! Pizu akan berusaha untuk impian Pizu tercapai! Bila Pizu sudah terkenal nanti, Pizu nak bawak abang Fang dan abang Paizo pergi berjalan-jalan dekat negara lain. Mesti seronokkan pergi sama-sama. Pizu nak bawak dia orang pergi ke negara jepun sebab sana banyak anime yang best best!" Probe terpaksa pergi berhentikan celoteh si Rizu sebelum dia bercerita lagi panjang
"Terima kasih Rizu, terima kasih dengan cerita kamu yang panjang lebar tu" Probe rasa lega apabila Rizu sudah pun berhenti bercerita "Reader kita yang seterusnya iaitu 86, jawapan dia untuk soalan Kapten Kaizo. Dia ingin menyertai pasukan TAPOPS! Soalan dia untuk Yaya. Apakah resepi biskut Yaya? Errr.. bukan ke saya sudah pun letak resepi biskut Yaya dekat website biskut Yaya.. tapi takpe, hari ini Yaya akan beritahu kamu resepi biskut dia yang terlampau sedap, sampai buatkan semua orang lari sebab terlampau sedap sangat"
"Terima kasih Probe, nanti Yaya bagi biskut tu dekat Probe ok" Probe tidak berkata apa-apa, dia hanya tersengih sahaja "Resepi saya adalah, satu cawan tepung gandum, dua bijik telur, satu cawan susu, satu sudu perisa vanilla, dua bawang merah, tiga keping keju dan juga potongan kecil-kecilan kentang! Itu baru satu sahaja resepi saya, yang lain saya belum bagi lagi" Ramai penonton rasa nak muntah
"Jangan lupa kertas pasir sekali yea tuan-tuan dan puan-puan"
"Kertas pasir? Bila masa saya masukkan kertas pasir dalam adunan biskut saya" Terus Probe tersengih kepada Yaya
"Hehehehe... jangan marah, saya bergurau sahaja" Yaya sabar sahaja dengan Probe "Soalan seterusnya untuk Ting.. err.. maksud saya Ying!"
"Ting? Apasal nama saya jadi Ting pulak"
"Ala Ying, dekat sini dia pergi tulis jadi Ting. Janganlah salahkan saya pulak" Ying merenung tajam dekat Probe "Hehehee.. soalan dia untuk Ying. Apa khabar si Popo? Sihat tak dia? Ting selalu ke kutub untuk bermain ke?"
"Wei, nama aku Ying lah bukan Ting"
"Maaf Ying. Tersasul pulak saya" Probe tersengih lagi
"Popo sihat sahaja maaa... dia sekarang banyak gemuk sebab banyak sangat makan ikan dan saya kadang-kadang sahaja pergi ke kutub tapi dekat Pulau Rintis ni pun sudah ada anak penguin comel" Ying belai kepala Rizu yang serba comel itu
"Hehehe.. budak ni memang comel pun. Lebih comel daripada si landak tu" Fang mula berapi-api dengan Probe "Kita abaikan sahaja si landak tu. Soalan untuk Rizu, siapakah Rizu paling sayang, Yaya atau Ying?"
"Errmmmm... Pizu nak pilih dua-dua boleh? Sebab Pizu sayangkan kakak Yaya dan kakak Ying. Dua-dua selalu nasihatkan Pizu jangan ikut sangat dengan perangai abang Fang yang nakal tu tapi Pizu nak ikut perangai abang Fang yang rajin belajar dan pandai. Abang Fa-" Probe terus sumbatkan chocolate di dalam mulut Rizu
"Maaf yea Rizu. Ini untuk kebaikkan Rizu dan juga para penonton di studio markas kotak" Probe betulkan suara dia. Rizu pula makan chocolate itu dengan penuh nikmat "Seterusnya datang dari ZILAH! Dia ni peminat nombor satu Kapten Kaizo! Kalau boleh, dia nak jadi prebet Zilah. Boleh kan Kapten Kaizo?"
"Boleh tapi dia perlu hantar resume dia kepada aku dan aku perlu buat penilaian terhadap diri dia. Adakah dia lebih hebat daripada Pang atau lemah daripada Pang" kata Kaizo yang tiba-tiba sahaja muncul di atas pentas
"Kapten Kaizo boleh duduk dekat bawah yea" Kaizo hanya angkat kening dan terus turun dari pentas "Soalan dia untuk Yaya. Pernah tak Yaya suka dekat Boboiboy? antara Boboiboy dan Fang, mana satu yang akan Yaya pilih? Dia kata dekat sini, dia suka dengan penampilan baru Yaya dekat Boboiboy Galaxy. Yaya nampak cantik sangat dan saya pula... tiada berubahan. Masih robot tak guna seperti biasa"
"Saya anggap Boboiboy seperti kawan sahaja. Lagipun kami semua hanyalah kawan baik sahaja, tiada yang lebih daripada itu. Kalau saya tak nak pilih dua-dua boleh tak? Saya nak pilih Rizu!" Terus Rizu peluk Yaya dan anak patung penguin dia terkena muka Ying "Suka pula kamu"
"Mestilah! sebab Pizu adalah pilihan Yaya! Tapi kalau Pizu, Pizu akan pilih abang Fang!" Fang angguk dekat bawah pentas sambil rasa terharu sedikit "PIZU SAYANG ABANG FANG!"
"Saya tak sayang ke?" tanya Probe
"Tak sebab robot badut suka sangat cari masalah dengan abang Paizo, abang Fang, abang Boboiboy, abang Gopal, kakak Yaya dan kakak Ying" terus Rizu menjelir lidahnya kepada Probe
"Tapi bukan saya yang suka cari masalah, encik bos saya yang suka cari masalah. Saya tukang ikut sahaja tapi kita tidak perlu bincangkan tentang perkara itu sebab kita masih ada banyak lagi soalan. Soalan Zilah untuk Ying. Ying suka warna apa? Ying menggunakan spek mata sebab Ying rabun macam si landak tu?" Probe tunjuk ke arah Fang yang entah rabun ke tak sebenarnya
"Saya suka warna kuning dan biru. Tengoklah baju saya, banyak warna kegemaran saya iaitu kuning dan biru. Saya memang rabun pun.. hehehee" Ying rasa malu pula sebab dia rabun tetapi dia tetap nampak comel pakai cermin mata
"Soalan untuk Rizu. Kenapa Rizu sayang sangat dekat si landak tu? dan berapa umur Rizu sekarang ini? Dia cakap dekat sini, nama Pizu tu comel tapi nama Paizo lebih comel!"
"Sebab Pizu minat dekat abang landak. Abang landak selalu layan Pizu dengan baik, macam abang Paizo juga. Abang landak suka bawa Pizu pergi jalan-jalan dekat bandar. Kadang-kadang abang landak suka bawa Pizu bersuka ria dekat kapal angkasa abang Paizo. Abang landak selalu melindungi Pizu sebab itu Pizu sayang sangat dekat abang landak. Terima kasih abang Fang!" Tersentuh hati Fang walaupun Rizu panggil dia abang landak
"Sama-sama Rizu" Fang tersenyum sedikit
"Umur Pizu adalah 9 tahun!" kata Rizu dengan penuh semangat
"9 tahun rupanya budak kecik ni. Ingatkan 7 tahun lah tadi.. hehehe" Probe tergelak sedikit "Seterusnya datang dari miss mysteri. Dia ni tak nak join mana-mana pasukan sebab kalau tidak, dia akan jadi gila. Gila nak berlawan dan takut diri dia akan di humban masuk ke dalam hospital sakit jiwa. Dasyat juga budak ni. Baiklah, soalan dia untuk Yaya. Macam mana nak jadi tegas dekat sekolah sebagai seorang pengawas sebab tahun depan dia jadi pengawas dan adakah Yaya tahu memasak?"
"Miss kena yakin dengan diri sendiri. Jangan tunjuk malu-malu kalau nak tegas. Tegas macam singa garang pun takpe tapi jangan terlampau tegas dan garang macam Kapten Kaizo. Ingat tau, yakin tu paling penting!" kata Yaya dengan nada tegas dia "Dan saya memang tahu memasak sebab setiap hari, waktu ibu tiada di rumah. Sayalah yang jadi tukang masak"
"Ini dibawa khas dari Apa kata Yaya. Hehehehee... dah lama tak tengok program tu, rindu pulak" kata Probe "Soalan seterusnya adalah untuk Ying! Ying ada adik beradik ke? Kamu ada anak patung ke?" Rizu angkat anak patung penguin dia "Kamu suka anime?"
"Heehehehe.. Ying anak tunggal sahaja, macam Gopal dan Rizu tapi saya takda anak patung. Saya lebih suka kumpul pin-pin baju yang menarik! dan saya jarang sekali menonton anime. Maaf ya" Rizu rasa kasihan dengan Ying sebab tiada anak patung. Lalu dia berikan anak patung penguin dia kepada Ying "Terima kasih Rizu" Rizu tersenyum lebar kepada Ying
"Aloloo.. baiknya si Rizu ni. Rasa macam nak cubit-cubit aje" Probe ternampak Fang sedang berapi-api dengan dia "Hehehe.. tapi saya tak kan cubit dia. Soalan dari miss untuk Rizu pula. Apa pendapat Rizu tentang Emmy? dan antara Fang dan Emmy, mana satu paling baik?" Probe angkat sepanduk yang bertulis Emmy "Emmy! Emmy! Emmy!"
"Kakak Emmy baik! Dia suka hiburkan hati Pizu dengan ciptaan dia tapi nanti bila sekolah nak bukak dah. Abang Fang tak sama sekolah dengan Pizu tapi kakak Emmy ada untuk temankan Pizu! Kalau Pizu pilih dua-dua baik boleh tak? Sebab dua-dua baik bagi Pizu"
"Pilih aje Emmy. Abang kesayangan Rizu tu tahu nak belasah orang sahaja" Fang menahan kemarahan dia. Probe buat-buat tak tahu dan terus berkata lagi "Hehehehe.. tapi Rizu jangan ambik hati pula yea. Oh yea, saya di sini ada pesanan untuk miss mysteri dari author Lynz. Dia cakap, kalau nak ambik si landak tu dan tukarkan dia jadi arnab. Author alu-alukan tapi jangan ambik dia lama sangat nanti author rindu dekat si landak tu.."
"Cheh, tak guna punya author" bisik Fang
"Dia cakap lagi dekat sini, kalau nak bayarkan hutang saya. Dia benarkan. Terima kasih author Lynz! dan ada juga soalan untuk saya. Pendapat saya tentang Emmy adalah, dia lain daripada encik bos saya! Lebih baik layanan dia daripada encik bos saya!" Terus kepala Probe terkena tin cawan "ADOI!"
"SUKALAH TU! AKU SUDAH JADI BOS YANG BAIK PUN KAU MASIH LAGI NAK PERGI DEKAT EMMY TU! JAGA LAH KAU EMMY! AKU AKAN TANGKAP DAN HAPUSKAN KAU! MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAAA! JANGAN HARAP KAMU AKAN DAP-" Mulut Adudu kena sumbat dengan stokin busuk
"Dey, kau boleh tak duduk senyap-senyap" kata Gopal sambil sumbatkan lagi stokin busuk di dalam mulut Adudu sampailah Adudu rasa pening, lepas itu dia pengsan "Pengsan pun kau.. hehehee"
"Hehehee.. terbaiklah kau Gopal" kata Boboiboy
"Aku memang terbaik pun! Bukan macam si Fang tu. Berlagak terbaik tapi terbalik"
"APA KAU CAKAP HAH!" Fang tunjuk penumbuk dekat Gopal "Kau nak kena belasah dengan aku ke?"
"Tak nak.. hehehee.. aku bergurau aje" Gopal terus duduk diam sambil melihat tetamu di atas pentas. Fang masih lagi tidak puas hati dengan Gopal. Dia akan ajar si Gopal selepas habis rancangan Edisi Malam Minggu
"Macam-macam betul korang ni. Baiklah, seterusnya datang dari AN! Jawapan dia adalah, dia akan masuk mana-mana pasukan tapi asalkan ada Fang. Kalau dia masuk pasukan orang jahat gila tak betul, kamu nak masuk juga ke?" Fang rasa nak ketuk kepala Probe "Hehehe.. jangan marah yea Fang. Soalan dia untuk Rizu, apa yang Rizu selalu buat untuk luangkan masa bersama dengan Roy?"
"Pizu selalu main video game dengan Roy. Kadang-kadang tu Pizu tengok anime dengan dia seperti Pokemon, doreamon, digimon, sailormoon dan macam-macam lagilah tapi Pizu dan Roy selalu buat sesuatu dengan kotak kosong. Kita orang selalu buat pedang kotak, kereta kotak, robot kotak, istana kotak dan macam-macam lagilah. Kadang-kadang tu kami main lukis-lukis tapi Roy tak reti lukis sangat" Rizu tersenyum sambil lambai-lambai dekat hadapan kamera "HAI ROY! Pizu masuk TV NI!"
"Selamatlah jawapan Rizu tak panjang sangat. Reader kita yang seterusnya ialah Floral Lavender! Cik bunga Lavender kita! Dia ni telah memilih untuk masuk ke pasukan Kapten Kaizo! Soalan dia untuk Yaya dan Ying, apakah perasaan kamu berdua jikalau salah seorang dari kamu tiada dan apakah benda yang kamu suka sebagai hadiah hari jadi?" Probe menghalakan microphone dia kepada Yaya dan Ying
"MESTILAH PERASAAN SEDIH!" Jawab mereka berdua secara serentak
"Jangan tinggalkan aku Ying! Kau kawan baik aku" Yaya peluk Ying
"Saya tak kan tinggalkan kamu Yaya" Ying balas balik pelukan Yaya tadi
"Emosi pulak dia orang berdua ni" Rizu rasa nak menangis pula sebab terharu melihat keakraban Yaya dan Ying
"Soalan hari jadi tu. Yaya kalau boleh nak hadiah buku! Sebab saya boleh menimba ilmu dengan membaca buku"
"Yolah yolah.. saya pun suka kalau dapat buku sebagai hadiah hari jadi" kata Ying sambil berikan hi-5 kepada Yaya
"Soalan untuk Rizu. Ibu Rizu kerja apa? Apa yang Rizu selalu lakukan dahulu sebelum berkawan dengan abang kamu si Fang dan siapakah kawan Rizu selain daripada Roy?"
"Ibu Pizu bekerja di sebuah syarikat terkenal dekat Kuala Lumpur. Ibu selalu balik lambat tapi ibu tidak pernah lupakan Pizu. Ibu selalu benarkan Pizu bermalam dekat rumah abang Fang dan abang Paizo sebab ibu percaya mereka dapat jaga Pizu dengan baik-"
"Orang tanya lain, dia bagi jawapan panjang lebar" bisik Probe sambil melihat Rizu berceloteh di atas pentas. Yaya dan Ying tekun mendengar cerita Rizu
"Dulu-dulu sebelum Pizu berkawan dengan abang Fang. Pizu selalu pergi cari abang angkat tapi semuanya tak sudi. Pizu dulu sebenarnya pemalu. Malu nak cakap dengan abang-abang dekat sekolah tapi Pizu beranikan diri. Pizu cakap dengan dia orang tapi dia orang buat-buat tak tahu sahaja, sampailah Pizu nampak abang Fang yang penuh bergaya! Terus Pizu jadi peminat setia dia nombor satu! Pizu pada mulanya malu nak tegur abang Fang sebab dia nampak sombong tapi bila dapat cakap dengan abang Fang, terus Pizu tak rasa abang Fang ni sombong. Pizu rasa sangat gembira apabila dapat berkawan dengan abang Fang dan juga kawan-kawan abang Fang yang lain. Pizu sebenarnya tiada kawan baik selain daripada Roy. Dia tahu semua rahsia Pizu dan dia juga selalu tolong Pizu tapi Pizu tak pernah nak abaikan dia walaupun Pizu selalu sangat datang rumah abang Fang. Kadang-kadang Pizu ada juga nak bawa dia pergi ke rumah abang Fang tapi dia tak nak, dia cakap dia takut dengan abang Paizo yang garang tu tapi Pizu tak kisah. Pizu tak nak memaksa dia sebab dia adalah kawan terbaik Pizu!" Rizu terus tersenyum di atas pentas
"Panjang betul jawapan kamu" Probe menguap besar di atas pentas "Seterusnya ialah reader kita yang bernama LizzNP! Dia kata dia nak sertai pasukan Kapten Kaizo dan ini adalah kehormatan yang terbesar bagi diri LizzNP. Semoga berjaya yea Lizz. Soalan dia untuk Yaya, apakah makanan kesukaan kamu dan betul ke adik kamu suka makan biskut kamu?"
"Errr... Yaya suka makan apa yea tapi yang penting, makanan itu mestilah halal! Saya tidak tahu lah kalau adik saya suka makan biskut saya ke tak tapi setiap kali saya bagi biskut saya, dia mesti menangis"
"Kasihan adik kamu, sampai menangis dia. Baiklah, soalan untuk Ying, apa pendapat Ying tentang Gopal yang suka sangat buat masalah?" Gopal terus menutup mukanya kerana malu. Dia tahu dia ada buat salah dekat Yaya, Ying dan lebih-lebih lagi dekat kawan baik dia iaitu Boboiboy
"Haiyaa..si Gopal tu, suka sangat cari masalah. Entah kenapa dia ikut perangai si rambut cacak. Sampai kita orang sendiri kena selesaikan masalah dia tu" Gopal sudah pun sorokkan diri dia di belakang kerusi Boboiboy
"Hehehehe.. kasihan kau Gopal. Soalan ini pula untuk Rizu. Apa khabar kawan baik kamu si Roy tu? Apa makanan kesukaan Rizu? dan apakah hobi Rizu?"
"Roy sihat-sihat sahaja. Dia ada dekat rumah. Pizu suka makan kerepek pisang yang kakak Lily selalu bawakan-"
"YEAHHHH! ESOK KAKAK LILY AKAN HANTAR 30 KONTENA KEREPEK PISANG DEKAT RUMAH RIZU!" menjerit Lily di dalam studio markas kotak
"Hobi Pizu adalah melukis! Pizu suka sangat melukis gambar-gambar anime. Tadi sebelum Pizu datang ke sini, Pizu ada lukis gambar abang Fang dan abang Paizo" Probe rasa tak tahan dengan cerita Rizu yang akan menjadi panjang lebar, terus dia berikan chocolate kepada Rizu "Robot badut bagi Pizu chocolate?"
"Ambiklah dan makan elok-elok yea" Rizu terus angguk kepalanya. Yaya dan Ying gelengkan kepala sambil melihat kepala Rizu di usap oleh Probe "Baiklah, seterusnya dari Fangcool! Dia telah memilih untuk menyertai pasukan TAPOPS! Soalan dia untuk Yaya.. hmmm.. tadi Yaya baru sahaja sebut resepi dia. Kita ke soalan seterusnya, pernah tak Yaya memberikan biskut itu sebagai hadiah kepada semua yang Yaya sayang dan apa tanggapan mereka terhadap biskut tersebut"
"Pernah tapi dekat cikgu sekolah tapi Yaya tak tahu pula apa tanggapan mereka sebab mereka cakap, mereka akan makan dekat rumah" Yaya tidak perasan dengan setengah para penonton studio markas kotak, tersengih di situ
"Soalan ini untuk Ying. Pernah tak jam kuasa Ying rosak? Kalau pernah, di mana tempatnya dan jika Ying pergi ke tempat yang tiada orang dan tiba-tiba sahaja jam kuasa kamu rosak. Apa yang kamu akan lakukan?" Probe terus memberikan chocolate lagi kepada Rizu
"Jam kuasa saya tidak pernah rosak maaa... saya sentiasa sentiasa jaga elok-elok tapi kalau tiba-tiba jam kuasa saya tidak berfungsi dan saya berada di tempat yang tiada orang. Saya akan cari jalan untuk pergi meminta bantuan" Yaya dan Rizu angguk kepala mereka
"Soalan untuk Rizu. Mahu tak Rizu mempunyai adik angkat yang diambil dari rumah kanak-kanak yatim piatu dan bagaimana rasanya menjadi anak tunggal dalam keluarga kaya raya? Rizu jawab pendek sahaja yea, nanti abang badut bagi chocolate lagi" Yaya dan Ying gelengkan kepala. Fang pula rasa nak hentam Probe dengan kerusi
"Err.. tapi ibu cakap Pizu tak boleh makan chocolate banyak-banyak" kata Rizu
"Kalau macam tu, abang badut bagi kamu buah pula!" Terus muncul buah tembikai di tangan Probe dan terus dia letak di atas meja "Makan yea tapi jawap pendek sahaja"
"Pizu suka kalau ada adik angkat. Mesti dia comel macam Pizu kan dan dia mesti suka kalau dia dapat berkenalan dengan abang Fang dan abang Paizo! Sebenarnya Pizu rasa sunyi sangat jadi anak tunggal sebab tiada abang, kakak ataupun adik untuk bermain tapi sekarang Pizu sudah ada abang Fang dan abang Paizo! Mereka lah jadi peneman Pizu sekarang ini" Rizu terus berikan senyuman dia kepada Fang dan Kaizo yang ada di bawah pentas. Fang balas balik senyuman Rizu dengan senyuman ikhlas dia. Kaizo hanya duduk diam dengan muka serius dia
"Seterusnya dari Kaiza. Dia mahu menyertai pasukan Kaizo. Dia tak nak menyertai pasukan TAPOPS sebab dia tak nak menari. Cheh, mengelak rupanya dia ni. Baiklah, soalan dia untuk Yaya. Apakah perasaan Yaya saat tidak dapat selamatkan Boboiboy sewaktu dia jatuh dari langit? dan siapa yang paling Yaya sayang, Boboiboy atau Fang?"
"Pada saat itu, Yaya rasa sangat takut kerana dia jatuh dari tempat yang tinggi tapi saya bersyukur sangat yang Boboiboy selamat dan kita semua dapat berjumpa dengan Boboiboy daun! Orang yang paling saya sayang adalah kedua-duanya kerana mereka berdua adalah kawan baik Yaya" kata Yaya dengan penuh keyakinan
"Baiklah, soalan ini pula untuk Ying. Adakah Ying hanya boleh perlahankan masa sahaja atau boleh hentikan masa juga? Ying pernah ada perasaan dekat Fang tak?" Fang yang ada dekat bawah, terus tunjuk rasa nak muntah
"Saya hanya boleh perlahankan masa ataupun lajukan masa tetapi saya tidak boleh hentikan masa dan saya tidak pernah ada perasaan apa-apa dekat si landak tu. Kami hanya kawan sahaja maaa.." Fang angguk tanda setuju kerana dia dan Ying hanya kawan sahaja
"Bagus bagus.. kecik-kecik jangan nak bercinta pulak yea. Soalan untuk si penguin comel! Kenapa Rizu sayang sangat dengan si landak dan si itik tu? dan kenapa Rizu tidak muncul lagi di dalam fanfic Kawan baik ku 2?" Probe bagi Rizu makan buah tembikai lagi
"Sebab Pizu sayangkan mereka berdua lah! Abang Fang dan abang Paizo jaga Pizu dengan baik, sebab itu Pizu sayangkan mereka. Bukan ke Pizu sudah muncul dekat fanfic kawan baik ku 2 di chapter 4? Kalau belum baca, nanti baca tau" Rizu makan buat tembikai itu dengan senang hati. Probe rasa lega kerana rasuah dia telah pun berjaya. Lalu dia letakkan lagi buah tembikai di atas meja, khas untuk Rizu sahaja
"Baiklah, reader kita yang seterusnya adalah peminat setia ku! Tapi dia ni tiada soalan untuk para tetamu kita. Dia ingin menjawab soalan Kapten Kaizo sahaja. Dia cakap tak nak sertai mana-mana pasukan kerana dia ingin menubuhkan pasukan dia tersendiri iaitu pasukan untuk selamatkan haiwan dan tumbuhan yang ada di bumi dan juga mencari roh yang tidak tenang dan kembalikan roh itu ke alam dia yang sebenarnya. Wah! Kalau saya nak join boleh?" Probe tersenyum di hadapan kamera agar peminat setia dia setuju untuk dia sertai pasukan tersebut "Seterusnya dari Kaito Jack. Dia cakap dia nak masuk pasukan TAPOPS kerana kalau dia masuk pasukan Kapten Kaizo, nanti kena latihan tempur yang tahap gila itu"
"Bila masa latihan tempur aku tahap gila?" tanya Kaizo
"Latihan tempur abang memang sentiasa tahap gila pun. Sampai adik sendiri tak tahan dengan latihan tempur abang" balas Fang. Kaizo hanya diam sahaja tetapi dalam hati dia, dia akan menghukum adiknya dengan latihan tempur tahap gila dan sadis
"Soalan dia pula untuk Yaya dan Ying. Korang tak nak join trio huru-hara ke?" Mata Lily, Bella dan Faye bersinar-sinar kerana tidak sabar untuk mendengar jawapan dari Yaya dan Ying
"Errr... kalau kami tak join boleh tak sebab nanti tak jadi trio dah sebab sudah ada lima orang" terus Lily, Bella dan Faye menjadi kurang semangat dengan kata-kata Yaya tadi "Tapi jangan sedih sangat yea sebab korang bertiga memang hebat. Lagipun korang sudah pun menjadi sebahagian geng kumpulan Boboiboy!" Lily, Bella dan Faye kembali bersemangat balik
"Ha ah, betul kata Yaya tadi. Korang pun sudah berkawan dengan kami semua. Jadi tak payahlah kami nak sertai kumpulan trio huru-hara" kata Ying
"Soalan untuk Rizu. Kalau Ochobot bagi Rizu kuasa. Kuasa apa yang Rizu nak?" Rizu berfikir sebentar sambil hisap air buah tembikai itu. Mereka semua pandang Rizu dan akhirnya dia menjawab
"Pizu nak kuasa macam abang Fang! Tak pun macam kak Lynna ke, mesti bestkan ada kuasa tapi Pizu tak reti nak berlawan gunakan kuasa. Pizu hanya reti gigit orang sahaja" Rizu terus gigit buat tembikai dia
"Kuasa gigit orang tu, macam best sahaja tapi tak payah kuasa pun takpe sebab Rizu memang pakar dalam bidang menggigit orang!" kata Probe sambil usap kepala Rizu lagi "Seterusnya datang dari Karlos Kaize. Dia tidak mahu menyertai mana-mana pasukan sebab pasukan Kapten Kaizo ada latihan tempur dan pasukan TAPOPS kena menari pulak. Ni sorang lagi, menggelakan diri. Isk isk isk.. baiklah, soalan dia untuk Yaya dan Ying. Apa perasaan kamu berdua saat pertama kali kamu sertai pasukan TAPOPS dan dapat pangkat lagi tinggi daripada Boboiboy dan Gopal?"
"MESTILAH SUKA!" Jawab Yaya dan Ying
"Tak sangka saya dapat pangkat yang lebih tinggi daripada Boboiboy dan Gopal walaupun kami berdua baru sahaja sertai pasukan TAPOPS!" kata Ying dengan nada ceria dia
"Soalan ini pula untuk Rizu" Rizu terus pandang Probe dengan penuh semangat "Rizu nak tak sertai latihan tempur bersama Kapten Kaizo dan Fang?"
"Pizu nak sebenarnya tapi abang Paizo tak bagi. Dia takut nanti Pizu ketakutan pula" Kaizo angguk kepala tanda setuju "Nanti bila Pizu dah besar, Pizu akan sertai latihan tempur abang Paizo!"
"Reader kita yang seterusnya datang dari Ililara. Dia ni tak nak sertai kumpulan Kapten Kaizo sebab dia tidak suka dengan kekerasan tapi dia juga tak nak menari tapi mungkin dia akan sertai kumpulan TAPOPS! Soalan dia untuk Yaya. Hmmm.. soalan ini sudah di jawab tadi oleh Yaya. Dia cakap perasaan dia takut tapi tak sedih. Hehehee.. maaf saya jawabkan untuk Yaya pulak" Probe tersengih
"Takpe Probe. Apa soalan seterusnya?" tanya Yaya
"Soalan untuk Ying. Kalau kekuatan perlahankan masa memang perlu menggunakan tenaga yang banyak yea"
"Ha ah, ia memerlukan tenaga yang banyak tapi saya harus cepat kalau tidak, nanti mereka akan bergerak balik seperti normal" kata Ying
"Soalan terakhir dari Ililara untuk Rizu. Apa anime kegemaran kamu?" Rizu telan tembikai dia dan lalu dia menjawab
"Doreamon! dan juga POKEMON!" Jawab Rizu dengan nada ceria dia
"Yeahh.. seterusnya datang dari NITAAAAAAA! Dia ingin menyertai pasukan Kapten Kaizo sebab adalah peminat Kapten Kaizo dan dia juga merasai bagaimana rasanya latihan tempur" kata Probe
"Rasa macam nak tercabut nyawa" bisik Fang. Kaizo terdengar bisikan adiknya dan lalu dia mengetuk kepala adiknya
"Hehehee.. soalan dia untuk Yaya! Adakah Yaya pernah guna baju lain selain daripada warna pink? Apa makanan kesukaan Yaya? dan apa minat Yaya selain daripada belajar dan ulangkaji?"
"Rasanya semua baju saya berwarna pink. Saya tiada baju warna lain.. hehehe.. dan saya tiada makanan kegemaran. Maaf yea. Selain daripada belajar dan ulangkaji, saya suka memasak dan membuat biskut yang sedap" Semua orang di studio markas kotak, tersengih kecuali Kaizo
"Soalan untuk Ying. Apa Ying dapat memberhentikan masa? dan apa pendapat Ying tentang Kapten Kaizo?" Terus Kaizo tertarik dengan soalan kedua itu. Dia ingin tahu apa pendapat Ying tentang diri dia
"Saya mana boleh berhentikan masa maaa.. kalau saya dapat pun, saya akan gunakan untuk kebaikan! Pendapat saya tentang Kapten Kaizo. Dia tu sangat garang, sampai saya sendiri boleh takut dengan kegarangan dia tapi dia juga abang yang baik. Si rambut cacak tu sangat bertuah dapat abang yang baik, tegas dan garang tapi sebenarnya hati dia lembut" Kaizo rasa bolehlah dengan jawapan tadi
"Soalan untuk Rizu. Rizu ada bela kucing yang masa Rizu terjumpa tu kan. Rizu bagi nama apa dekat kucing tersebut? dan diantara kuasa-kuasa orang yang Rizu kenal, kuasa siapa yang Rizu mahukan dan apa alasannya" Probe bagi Rizu makan buah tembikai lagi supaya dia jawab dengan pendek sahaja
"Kucing hari itu, Pizu bagi dekat orang lain tapi Pizu ada bela anak-anak kucing Pikachu dan nama dia orang adalah DONUT LOBAK MERAH!" Fang menepuk dahinya
"Aduh, dia tak tukar nama anak-anak kucing tu lagi" kata Fang sambil geleng kepala
"Pizu kalau boleh, Pizu nak sama kuasa dengan abang Fang sebab kuasa dia sama kuat macam abang Boboiboy dan abang Kaizo" kata Rizu sambil lap mulut dia dekat baju
"Seterusnya datang dari mister mimpi! Dia ni mestilah nak sertai pasukan Kapten Kaizo sebab kekerasan adalah jalan yang terbaik dan dia bagi adik dia sertai pasukan TAPOPS sahaja. Adik si mister mimpi ni ada soalan untuk Rizu. Kenapa tak beritahu abang kesayangan kamu yang kamu kena buli lagi dan dia nak Rizu pergi peluk si landak tu" Rizu terus turun dari pentas dan lalu dia peluk Fang
"SAYANG ABANG FANG! Tapi Pizu nak minta maaf sebab tak bagitau abang Fang yang Pizu kena buli. Maafkan Pizu yea. Pizu sebenarnya tak nak abang Fang risau sahaja" Rizu menangis sedikit di dalam pelukan Fang. Lynna yang ada di sebelah Fang, dia belai kepala Rizu
"Takpe, abang maafkan tapi lain kali Rizu beritahu abang tau. Jangan senyap sahaja" Rizu angguk sambil lap air mata dia dekat baju Fang. Rizu tersenyum sedikit dan lalu dia kembali ke atas pentas. Dia ambil anak patung penguin dan terus peluk
"Terharunya saya" Probe mengelap air mata palsu dia "Baiklah, reader kita yang seterusnya datang dari Sofy Pinkie Pie! err.. betul ke ni? Hehehee... Dia ingin menyertai pasukan Kapten Kaizo. Ramai juga nak masuk pasukan Kapten Kaizo dan saya ingin ucapkan selamat maju jaya. Soalan dia untuk Yaya. Apa yang Yaya suka makan. Dia suka makan masakan dia sendiri"
"Eh, apasal kau pulak yang jawabkan?" tanya Yaya
"Hehehe... saja" Probe tersengih "Yaya suka minum air apa? Dia suka minum air kosong dan apa yang Yaya buat sampai Yaya cantik sangat dekat Boboiboy Galaxy?"
"Suka-suka kamu sahaja nak jawabkan soalan Yaya. Saya suka minum air yang berkhasiat! Apa yang saya buat? Saya tak buat apa-apa pun tapi terima kasih kerana katakan diri saya cantik di Boboiboy Galaxy!" kata Yaya sambil tersenyum manis
"Soalan untuk Ying. Mana satu Ying akan pilih, keluarga atau kawan? Minuman dan makanan apakah yang kamu suka?" tanya Probe
"Mestilah keluarga! Saya suka makan cekodok chocolate dan minuman kegemaran saya adalah Ice Blended Chocolate Special!"
"Ceria betul kamu ni. Soalan untuk Rizu yang terlampau banyak ni. Saya akan baca kesemua soalannya! Abang mana satu yang Rizu sayangi, Fang atau Kapten Kaizo? Lily atau Ratu Lily? Makanan dan minuman apakah kesukaan Rizu? Pernah tak abang kesayangan kamu cari pasal dan buat Rizu marah? dan soalan yang terakhir, boleh tak dia si Pinkie Pie menjadi kawan Rizu?" Probe bagi lagi Rizu makan buah tembikai
"Pizu mestilah pilih abang Fang tapi Pizu tetap sayangkan abang Paizo juga dan Pizu akan pilih Lily! Sebab Pizu takut hantu, Ratu Lily menakutkan macam pontianak. Pizu suka makan kerepek pisang dan Pizu juga suka minum air chocolate. Abang Fang tak pernah buat pasal dengan Pizu tapi kalau abang Fang buat pasal dengan orang lain, Pizu akan marah. Pizu sudi menjadi kawan kepada kakak Pinkie Pie!" Terus dia keluarkan anak patung Pinkie Pie dari beg penguin dia dan lalu dia peluk kedua anak patung dia iaitu penguin dan juga Pinkie Pie
"Pelik betul si Rizu ni tapi takpelah kerana dia masih kecik lagi. Seterusnya dari aquamarine2602! Dia ingin masuk ke dalam pasukan TAPOPS kerana pasukan TAPOPS tidak menggunakan kekerasan. Baiklah, soalan dia untuk Yaya. Diantara kawan lelaki Yaya, mana yang paling baik dan paling kacak?" Yaya terus pandang Rizu yang masih lagi makan buah tembikai
"Mestilah RIZU! Dia kan baik dan comel.. besar nanti mesti lagi comel dan kacak" Yaya peluk Rizu sambil suapkan dia buah tembikai
"Pizu sentiasa comel tapi Pizu bukan syok sendiri. Pizu takut orang ingat Pizu ni perasan pulak"
"Takdelah, Rizu bukan jenis perasan" Yaya cium pipi Rizu
"Alololooo.. manjanya. Yaya tak nak cium pipi saya ke?" Terus Yaya berikan renungan maut dekat Probe "Heheehehe... tak boleh yea, tak boleh takpelah. Kita pergi ke soalan yang seterusnya. Soalan untuk Ying, adakah Ying mempunyai seroang adik? Dia tiada adik dan Ying hidup dengan siapa di Pulau Rintis? Mestilah dia hidup dengan keluarga dia"
"Wei, apasal lu jawab soalan saya pulak" marah Ying
"Hehehee.. maaf Ying. Saya terlampau teruja pulak" Probe tersengih kepada Ying "Soalan terakhir untuk Rizu. Binatang apakah Rizu suka dan apakah pekerjaan ibu Rizu?" Lalu Probe bagi lagi Rizu makan tembikai
"WOI! SUDAH-SUDAH LAH TU BAGI RIZU MAKAN TEMBIKAI! NANTI MELETUP PERUT DIA!" Fang mengamuk di atas pentas
"Ala, saya bagi dia makan tembikai sebab tak nak bagi dia jawap panjang lebar" Fang apa kisah. Lalu dia hempuk Probe dengan meja "ADOI! ADOI! JANGAN KETUK SAYA FANG!"
"AMBIK NI AMBIK NI!" Fang teruskan lagi menghempuk Probe tanpa rasa belas kasihan. Yaya dan Ying terpaksa menutup mata Rizu kerana tidak mahu dia melihat keganasan abang kesayangan dia
"Kita akan kembali selepas ini" kata Kaizo. Dia terus naik ke atas pentas untuk piat telinga adik dia
------------------------------------
"Adoiii... habis hancur badan aku" Kasihan Probe, badan besi menjadi penyek sebelah dan Fang pula, dia kena ikat di kerusi dan mulut dia kena sumbat dengan donut lobak merah "Kita sambung balik. Apa jawapan kamu, Rizu?"
"Jawapan saya adalah.. Pizu suka kucing, penguin, beruang dan juga arnab! Masa abang Fang jadi arnab, Pizu rasa gembira sangat! Ibu tak kisah kalau Pizu nak bela kucing tapi asalkan Pizu jaga kebersihan rumah dan kucing! Ibu Pizu kerja di sebuah syarikat dekat Kuala Lumpur" Rizu peluk anak patung dia seperti dia sedang memeluk haiwan-haiwan kesukaan dia
"Seterusnya datang dari gadis bintang. Dia ingin menjawab soalan dari Kapten Kaizo sahaja dan jawapan dia adalah dia tidak mahu menyertai mana-mana pasukan. Saya ada pesanan untuk kamu dari author. Dia cakap jangan rasa malu sebab semua orang boleh buat kesilapan dan author maafkan kamu" kata Probe "Seterusnya datang dari miss blank. Haih, dia ni sampai dua-dua pasukan dia nak pergi join sebab pasukan Kapten Kaizo, bolehlah dia rasa latihan tempur dan pasukan TAPOPS pulak, bolehlah dia menari sebab dia memang minat menari. Jadi saya ucapkan kepada miss blank, selamat maju jaya" Probe betulkan suara yang hampir nak serak itu "Soalan dia untuk Yaya. Apakah perasaan Yaya apabila tidak dapat melindungi atau selamatkan kawan-kawan kamu yang dalam bahaya? Apa yang Yaya akan lakukan sekiranya kawan-kawan kamu kalah dan tinggal Yaya seorang sahaja untuk mengalahkan musuh dan adakah Yaya ada kuasa lagi?"
"Perasaan saya mestilah sedih dan marah sebab mereka dalam bahaya dan saya akan lakukan dengan terbaik untuk mengalahkan musuh-musuh saya. Saya perlu lebih pantas dan lebih bijak untuk kalahkan mereka" kata Yaya
"Jawapan yang bijak. Baiklah, soalan ini pula untuk Ying. Adakah Ying boleh undurkan masa dan hentikan masa? Macam mana Ying boleh sabar dengan sikap Fang dan Gopal?"
"Saya boleh undurkan masa tapi tidak boleh hentikan masa tapi tak tahulah kalau saya boleh hentikan masa di masa hadapan nanti. Saya seperti Yaya juga, sentiasa sabar dengan sikap mereka berdua yang suka sangat cari pasal sesama sendiri tapi saya juga tahu, nanti salah seorang dari mereka dikejar oleh Kapten Kaizo. Jadi saya tidak perlu risau sangat maa..."
"Baiklah, soalan seterusnya untuk Rizu!" Probe nak bagi buah tembikai dekat Rizu tapi dia rasa takut pula kalau Fang mengamuk lagi. Lalu dia berikan teddy bear kepada Rizu "Rizu nak jadi adik angkat kepada miss blank? dan adakah Rizu rapat dengan kak Yaya?"
"Boleh boleh! Pizu boleh jadi adik angkat miss blank! Pizu rapat dengan semua kawan-kawan abang Fang!" Rizu melambai-lambai ke arah Boboiboy, Fang, Gopal, Kaizo dan Lynna
"Kita ada soalan terakhir dari miss blank. Boleh tak Yaya dan Ying menjadi kawan baik kamu berdua?"
"BOLEH AJE!" Jawab Yaya dan Ying serentak
"Seterusnya dari Dava Juniawan. Dia akan memilih untuk bergabung dengan pasukan Kapten Kaizo kerana Kapten Kaizo hebat dan best, tidak seperti Kokoci. Soalan dia untuk Yaya, kenapa biskut Yaya tak sedap?" Yaya baru sahaja nak jawab, Lahap pula muncul
"Siapa kata biskut dia tak sedap. Biskut cik adik manis ini adalah biskut yang tersedap di alam semestar! Oh yea, saya nak tempah 10 botol biskut cik adik manis" kata Lahap kepada Yaya. Muka Yaya berubah menjadi gembira
"Sempat lagi dia tempah biskut Yaya" kata Gopal sambil melihat Yaya peluk Lahap seperti peluk teddy bear
"Apasal 10 sahaja? Kenapa tak tempah 50 terus" tanya Probe
"Tak cukup duit nak bayar" Lalu Lahap turun dari pentas dengan perasaan sedih dia
"Kasihan kamu. Baiklah, soalan untuk Ying. Adakah Ying pernah terlambat biarpun memiliki kuasa manipulasi masa?"
"Saya tidak pernah terlambat pun. Saya selalu awal maaa" jawab Ying
"Seterusnya dari adhadeva kirana. Dia ni nak menyertai pasukan Kapten Kaizo tapi kalau boleh, dia tak nak latihan tempur tahap ganas tapi Kapten Kaizo tetap akan berikan latihan tempur tahap ganas. Kalau tak nak ganas, pujuklah Lynna masuk ke dalam pasukan Kapten Kaizo. Baiklah, soalan untuk Yaya. Errr.. pening pulak saya baca ni tapi takpe, saya akan buatkan kepala saya tidak pening. Dia nak Yaya jadi kakak kepada dia dan dia juga bertanya, bagaimana boleh menjadikan diri dia berani dan tegas macam Yaya sebab ramai kawan lelaki dia suka buli dia. Dia juga ingin rasa kuih tart yang Yaya buat semasa dalam pertandingan bersama dengan Fang"
"Mestilah boleh! Kamu kenalah yakin dengan diri kamu dan jangan biarkan diri kamu dibuli oleh mereka. Kenalah bersikap tegas dan berani untuk menghadapi mereka yang suka buli kamu. Jangan sesekali tunjukkan kelemahan kamu dan abaikan sahaja mereka, lama-lama nanti mereka akan rasa bosan juga dan nanti saya buat kuih tart itu balik dan saya akan berikan kepada kamu!" kata Yaya dengan nada yang penuh semangat
"Soalan untuk Rizu. Dia dekat sini ada berikan 2 chocolate, 1 buku cerita dan kuih tart perisa matcha" Rizu tepuk tangan kerana terlampau gembira dapat hadiah dari reader "Suka pula kamu. Apakah makanan kegemaran Rizu, sudah tentu kerepek pisang! Apa hobi Rizu? dan adakah Rizu mempunyai saudara sepupu atau tidak?"
"Pizu suka melukis! dan Pizu ada sepupu tapi Pizu tak rapat sangat dengan mereka. Lagipun mereka jarang datang ke rumah Pizu" Rizu buat muka sedih sambil peluk anak-anak patung dia
"Janganlah sedih, meh abang badut bagi kamu teddy bear lagi" Rizu mengambil Teddy bear dari Probe dan terus dia menjadi gembira "Soalan seterusnya datang dari-"
"SAYA! LILY IN DA HOUSE!" Lily muncul di atas pentas dengan beg penuh dengan kerepek pisang "Nah Rizu! Kakak Lily bagi kerepek pisang dekat Rizu"
"YEAHHHH! Terima kasih kakak Lily" Rizu peluk Lily kuat-kuat
"Soalan saya untuk.. eh lupa pula. Jawapan saya untuk Kapten itik. Saya tidak akan menyertai pasukan Kapten itik kerana saya ingin menyertai pasukan TAPOPS!"
"Errr.. siapa yang tukang bagi soalan ni?" Lalu Lily menolak Probe kerana dia tidak mahu di ganggu
"Soalan saya untuk Ying. Apa sikap Yaya yang kamu suka dan tak suka?" tanya Lily sambil berebut microphone dengan Probe
"Saya suka sikap Yaya yang tegas, berani dan juga friendly itu. Sikap Yaya yang saya tak suka.. macam tiada pula.. hehehehe..." Ying tersengih. Lily angguk-angguk faham
"Soalan untuk Yaya. Apakah kelebihan yang ada pada Ying membuatkan dia sebagai kawan baik Yaya?"
"Sebab saya suka sikap dia yang rajin belajar dan juga sikap dia yang suka bekerjasama dengan saya!" kata Yaya dan terus dia peluk Ying
"Itu sahaja soalan dari Lily!" Lily cium pipi Rizu sebelum dia turun ke bawah. Probe terbang ke tengah pentas dengan hati dia yang panas dan geram terhadap Lily. Dia seperti mahu mengamuk seperti Fang tadi tetapi dia kena teruskan rancangan ini
"Tak guna punya Lily" bisik Probe "Baiklah, seterusnya dari sf38 dan dia ingin menyertai pasukan TAPOPS. Dia hanya ada soalan untuk Rizu sahaja. Rizu sekarang darjah berapa? dan masuk kelas apa?"
"Pizu darjah 3, nanti Pizu masuk darjah 4! dan Pizu akan masuk ke kelas 4 Jujur!" Makin lama makin ceria pula si Rizu sebab makan chocolate yang telah dihadiahkan oleh salah seorang reader
"Ini pula datang dari NoName02. Dia tak tahu nak pilih mana satu sebab TAPOPS ada Boboiboy dan satu lagi ada Kapten Kaizo. Jadi dia pilih dua-dua sahajalah. Soalan dia untuk Rizu, kenapa jadi anak beruang? kenapa bukan penguin?"
"Sebab Pizu pun tak tahu apa sebabnya. Tapi Pizu suka pula jadi anak beruang sebab Pizu beruang itu adalah salah satu haiwan kegemaran Pizu!" Rizu peluk anak-anak patung dia lagi. Penuh tangan Rizu dengan anak-anak patung dia
"Oh yea" Probe terbang ke arah Gopal dan lalu ketuk kepala Gopal
"Dey! Apasal kau ketuk kepala aku?"
"Sebab Gopal telah buatkan NoName ni sakit hati dan dia begitu geram sekali dengan Gopal dan akibatnya, Boboiboy yang kena tanggung kesalahan atau kesilapan Gopal" Probe ketuk kepala Gopal dan terus dia terbang ke atas pentas
"Cheh, tak guna punya Probe" Gopal bermasam muka dan Fang tergelak seorang diri yang masih lagi kena ikat
"Seterusnya datang dari Aliya Aishya. Dia ingin menyertai pasukan Kapten Kaizo kerana dia ingin melihat dunia yang Kapten Kaizo tinggal. Soalan dia untuk Yaya, dalam animasi ejen ali, watak mana yang kamu akan pilih. Alicia atau Rizwan?"
"Sudah tentu ejen Alicia!" jawab Yaya
"Soalan untuk Yaya dan Ying. Apakah pangkat Yaya dan Ying di dalam pasukan TAPOPS? dan apa khabar Cattus?"
"Kami berdua berpangkat lans koperal! dan Cattus khabar baik!" jawab Yaya dan Ying serentak
"Baiklah, soalan ini pula datang dari Raira Kieyzuhara Mint! Dia nak resepi Yaya tapi resepi Yaya ada dekat website tempahan biskut Yaya! takpun, kamu boleh cari jawapannya di bahagian atas. Dia ingin bagi kawan-kawan dia rasa biskut Yaya" kata Probe "Seterusnya dari Safa miranda. Dia ingin memilih pasukan TAPOPS! Soalan dia untuk Yaya. Pernah tak Yaya rasa biskut kamu? dan dia ingin berikan cabaran kepada Yaya untuk merasa biskut kamu sendiri"
"Sebenarnya saya sendiri tidak pernah rasa biskut saya tapi sekarang ni, biskut saya sudah habis di ambil oleh Lahap. Nanti kalau saya buat lagi, saya akan rasa biskut saya" jawab Yaya
"Soalan untuk Ying. Ying asal dari negara mana? Sudah tentu Ying berasal dari Malaysia! Dia selalu cakap loghat cina dengan keluarga dia. Kadang-kadang tu ada sedikit dia cakap dengan kawan-kawan cina dia" Ying baling tin cawan ke arah kepala besi Probe "Alamak! Maaf Ying.. saya janji saya tidak akan menjawab soalan kamu lagi"
"Boleh percaya ke ni?" Probe hanya tersengih sahaja
"Hehehehe... soalan untuk Rizu. Rizu suka tengon anime apa?"
"Rizu suka tengok anime doreamon dan pokemon!"
"Soalan terakhir untuk Yaya dan Ying. Negara mana yang kamu berdua suka selain daripada Malaysia dan apakah alasannya?"
"Yaya kalau boleh nak pergi negara yang dekat-dekat dulu sebab Yaya nak tengok negara jiran seperti Indonesia"
"Saya pula mahu pergi ke Jepun ataupun Korea. Mesti dekat sana best-best" kata Ying pula
"Bagus bagus.. jangan lupa bawa saya sekali. Baiklah, seterusnya datang dari gadis misterius. Dia mahu memilih pasukan Kapten Kaizo kerana dia ingin melihat wajah kacak Kapten Kaizo" Probe tergelak "Soalan dia untuk Rizu. Kenapa Rizu suka anak patung penguin? Kenapa bukan anak patung haiwan lain seperti koala bear, kucing, singa, itik dan macam-macam haiwan lagi lah"
"Sebab anak patung penguin comel!" Rizu tunjuk anak patung penguin dia yang serba comel itu "Pizu ada juga anak patung haiwan lagi seperti anak patung landak dan itik!"
"Dia juga di sini ada soalan untuk Kapten Kaizo dan Fang" Probe turun ke bawah untuk memberikan soalan kepada dua beradik alien itu "Kenapa Kapten Kaizo dan Fang kacak sangat? Sampai buat dia tergila-gila melihat kamu berdua"
"Pergilah tanya ibubapa kita orang. Ibu aku yang lahirkan kita orang, mestilah kita orang ada baka kacak dan cantik daripada mereka" jawab Fang. Kaizo hanya senyap sahaja
"Terima kasih landak kerana sudi menjawab soalan dia" Probe terbang ke atas pentas "Seterusnya dari guest yang bernama Roxelyn. Dia ingin memilih pasukan Kapten Kaizo kerana dia tidak pandai menari. Soalan dia untuk Rizu. Rizu sedih tak kalau abang kesayangan kamu tiba-tiba sahaja terbang pergi ke angkasa lepas ikut abang Kaizo tanpa beritahu Rizu?"
"Mestilah Pizu sedih tapi Pizu yakin, abang Fang tak kan tinggalkan Pizu! Kalau abang Fang pergi, abang Fang kena beritahu Pizu bila abang Fang akan balik ke sini. Pizu akan sentiasa menunggu abang Fang pulang ke bumi sebab Pizu tak nak kesunyian" Rizu menangis sedikit dan lalu dia lap air mata dia
"Ingat tu landak! JANGAN BUAT RIZU SEDIH! KALAU TIDAK, RAMAI YANG AKAN BELASAH KAMU NANTI"
"WEI! BILA MASA AKU NAK BUAT RIZU SEDIH PULAK!" marah Fang kepada Probe
"Saya beri amaran sahaja. Janganlah marah saya pulak" Probe terus ke dua reader dia yang terakhir "Baiklah, seterusnya dari Fangboy_Sasunaru. Jawapan dia untuk Kapten Kaizo, dia mahu masuk pasukan Kapten Kaizo. Soalan dia untuk Yaya. Siapa kawan-kawan Yaya selain daripada kawan-kawan superheroes Yaya? dan boleh tak jadi adik angkat kepada dia?"
"Sudah tentu boleh! Saya ada kawan lain seperti Amy, Suzy, Siti, Iwan, Lily, Faye, Bella dan juga Rizu" jawab Yaya
"Soalan berikutnya untuk Ying. Kenapa dulu Ying seorang pemalu dan sekarang tidak? Boleh tak kalau Ying menjadi adik angkat kepada dia?"
"Boleh boleh! Soalan pertama itu, saya sudah menjadi lebih yakin dan tidak lagi rasa malu semenjak saya mempunyai jam kuasa!" kata Ying dengan penuh keyakinan
"Soalan untuk Rizu. Apa pendapat Rizu tentang abang Boboiboy? Adakah Rizu ini anak tunggal?"
"Pizu memang anak tunggal pun. Abang Boboiboy tu baik. Dia tak nakal seperti abang Fang tapi Pizu tetap sayangkan abang Fang! Abang Boboiboy suka tolong orang dan dia selalu menolong kawan-kawan dia yang dalam kesusahan" kata Rizu
"Kita sudah berada reader kita yang terakhir iaitu maisara huda! Dia cakap dia ingin menyertai pasukan TAPOPS sebab dia tidak suka dengan cara Kapten Kaizo yang terlampau ganas itu. Soalan dia untuk Rizu, kenapa Rizu comel sangat?" Probe cubit-cubit pipi Rizu
"Sebab Pizu comel lah! Semua orang sayangkan Pizu! YEAHHHH!"
"Abang badut pun sayangkan Rizu juga. Baiklah, seterusnya dia mahu Yaya rasa keenakan biskut dia tapi lain kali lah yea sebab biskut Yaya telah di habiskan oleh Lahap. Soalan terakhir paling akhir sekali untuk Ying. Boleh tak kalau Ying hentikan pergaduhan Ying dan Yaya time exam?"
"Hmmm.. rasanya tak boleh kot sebab kami berdua suka bersaing untuk dapat nombor satu!" kata Ying
"Dan aku juga jadi mangsa dapat nombor 3 sebab terpaksa korbankan jawapan" bisik Fang yang masih lagi tidak puas hati dengan Yaya dan Ying
"YEAHHHH! Kita sudah pun selesai menjawab semua soalan pada minggu ini! Nampaknya minggu ini tiada kekecohan dari si landak ataupun Lily kerana kita ada tetamu yang sopan santun tapi hari ini Ratu Lily tiada pula. Mana dia pergi yea?" Probe garu-garu kepala besi dia "Kita abaikan sahaja. Seperti biasa, kita akan terhibur dahulu. Saya di sini ingin mempersembahkan Bella dengan nyanyian beliau iaitu WE ARE YOUNG!"
Bella sudah pun bersiap sedia berada di tengah pentas. Lagu melody tersebut telah dimainkan dan lalu Bella nyanyi
Give me a second I,
I need to get my story straight
My friends are in the bathroom getting higher than the Empire State
My lover she's waiting for me just across the bar
My seat's been taken by some sunglasses asking 'bout a scar, and
I know I gave it to you months ago
I know you're trying to forget
But between the drinks and subtle things
The holes in my apologies, you know
I'm trying hard to take it back
So if by the time the bar closes
And you feel like falling down
I'll carry you home
Tonight
We are young
So let's set the world on fire
We can burn brighter than the sun
Tonight
We are young
So let's set the world on fire
We can burn brighter than the sun
Now I know that I'm not
All that you got
I guess that I, I just thought
Maybe we could find new ways to fall apart
But our friends are back
So let's raise a toast
'Cause I found someone to carry me home
Tonight
We are young
So let's set the world on fire
We can burn brighter than the sun
Tonight
We are young
So let's set the world on fire
We can burn brighter than the sun
Carry me home tonight (Nananananana)
Just carry me home tonight (Nananananana)
Carry me home tonight (Nananananana)
Just carry me home tonight (Nananananana)
The moon is on my side (Nananananana)
I have no reason to run (Nananananana)
So will someone come and carry me home tonight (Nananananana)
The angels never arrived (Nananananana)
But I can hear the choir (Nananananana)
So will someone come and carry me home (Nananananana)
Tonight
We are young
So let's set the world on fire
We can burn brighter than the sun
Tonight
We are young
So let's set the world on fire
We can burn brighter than the sun
So if by the time the bar closes
And you feel like falling down
I'll carry you home tonight
"Terima kasih semua!" Para penonton studio markas kotak berikan tepukan gemuruh kepada Bella. Probe terbang ke tengah pentas
"Nampaknya, berakhir sudah untuk minggu ini! Minggu depan saya akan menjemput tiga tetamu kita untuk membuat kecoh. Saya akan menjemput dua musuh ketat iaitu Lily dan Ratu Lily dan pertama kalinya, saya akan menjemput Komander Kokoci kuih koci! YEAHHH! BOLEH BELI KUIH KOCI DARI DIA!" terus dia kena baling dengan tin cawan dari Adudu "Aduh, sakitnya tapi saya akan abaikan sahaja. Sila berikan dua soalan kepada mereka berdua tapi ada juga yang bagi lebih daripada dua. Tuliskan soalan anda di ruangan review! Jumpa lagi semua di Edisi Malam Minggu!" Probe melambai-lambai di depan kamera
Lalu Yaya muncul dengan soalan dia "Baiklah, soalan saya-" Rizu pun muncul sekali "Aik, kenapa Rizu ada dekat sini?"
"Sebab Pizu pun nak bagi soalan untuk minggu ini. Bolehkan?" Yaya terpaksa berikan kepada Rizu "Terima kasih kakak Yaya! Baiklah, soalan Pizu untuk kamu semua! Siapakah watak OC kegemaran kamu dari fanfic Aku Abang, Kau Adik? Watak OC adalah watak own character yang telah direka oleh author Lynz sendiri. Berikan jawapan anda di ruangan review!" Rizu terus larikan diri sebab nak cari abang kesayangan dia. Kapten Kaizo pula pergi dekat Probe sebab nak senarai nama yang nak sangat masuk ke dalam pasukan dia
"Hehehee.. habislah korang" kata Probe
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com