Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Minggu ke 4

"YEAHHHH! KITA TERHIBUR LAGI DI EDISI MALAM MINGGU! DAN HOSTNYA IALAH SAYA!" Probe hari ini berpakaian baju melayu berwarna purple, siap pakai sokong sekali. Ini pun sebab salah satu peminat Probe yang request "Comel tak saya pada hari ini?"

"COMEL!" kata para penonton studio markas kotak

"Wah! Terima kasih semua! Hari minggu adalah hari untuk beristirehat dan juga hari untuk hiburkan hati kita yang sedih tapi jangan sedih-sedih kerana para tetamu kita pada hari ini akan menghiburkan anda semua! Sebelum itu, kita terhibur dahulu dengan Boboiboy and the 7 powers! dan lagunya adalah Lelaki seperti aku!"

Tirai pentas dibuka dan kali ini, Thorn menjadi penyanyi utama. Pecahan Boboiboy yang lain bermain dengan alat muzik masing-masing, kecuali Ice. Dia sudah tertidur di atas piano dengan dengkuran dia yang begitu kuat. Halilintar seperti mahu bagi pedang Halilintar dekat Ice tapi dia teruskan bermain dengan guitar elektriknya

Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak

Memang tak ada lelaki sehebat aku
Tapi yang lebih hebat banyak

Maka tak perlu kau susah hati
Banyak lelaki yang bisa kau pilih
Untuk kau jadikan sandaran hati

Memang tak ada lelaki seseksi aku
Tapi yang lebih seksi banyak

Memang tak ada lelaki setampan aku
Tapi yang lebih tampan banyak

Maka tak perlu sedu sedan itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku menjadi pacarmu

Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Ceritanya aku sedang belajar setia
Makanya dari itu kamu jangan memaksa
Kerna aku memang tak suka mendua

Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Oo baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak

"OH YEAH BABY! Memang tiada lelaki yang seperti AKUUUUUUUU!" Terus para gadis yang ada di bawah pentas, menjerit keseronokan "Terima kasih semua! Nanti ada masa, jemputlah saya nyanyi lagi" Thorn buat muka comel dia kepada para gadis. Lalu gadis-gadis itu semuanya pengsan di atas lantai markas kotak "Eh, dia orang tertidur ke?"

"Aduh, dia orang bukan tertidurlah. Dia orang pengsan sebenarnya" kata Probe yang sudah pun terbang ke tengah pentas

"Pengsan? Dia orang pengsan sebab tak cukup udara ke? Yelah, kan kita berada di bawah tanah, mana cukup oksigen dekat sini. Lepas tu dengan ramainya orang dekat sini" Fang dan Gopal menahan gelakan dia. Probe rasa seperti mahu mengetuk kepala Thorn dengan mikrofonnya

"Err.. takpelah. Thorn pergi duduk dekat bawah. Bawa pecahan kamu sekali yea"

"Baik!" Thorn dengan gembiranya, duduk bersila di atas lantai markas kotak sambil melihat gadis-gadis bangkit dari pengsan tadi. Gempa terpaksa cantumkan semula pecahan dia sebelum apa-apa terjadi lagi

"Harap anda semua sudah terhibur dengan nyanyian Thorn tadi. Baiklah, saya akan memperkenalkan tetamu-tetamu kita pada hari ini!" Probe terbang ke tepi pentas "Tetamu kita yang pertama, dia adalah hantu segala hantu yang suka sangat bergaduh dengan kembar nama dia. Dia juga adalah bekas Ratu kejahatan tetapi dia sudah menjadi Ratu kebaikan. Saya mempersilakan RATU LILY!" Terus suasana studio markas kotak menjadi seram sejuk. Gopal menggigil ketakutan kerana takut dengan hantu pontianak iaitu Ratu Lily. Dia sorok di belakang kerusi Fang dan Fang rasa kerusi dia sedang bergoyang-goyang kerana Gopal memegang kerusi itu dengan tangannya yang bergetar-getar

"Woi, kau boleh tak duduk diam" marah Fang

"Maaf Fang.. aku takut dengan hantu Lily tu" kata Gopal sambil memejam matanya. Ratu Lily muncul di atas pentas secara mengejut dan lalu..

"HAI SEMUAAAAA!" Suara ceria dia keluar dengan penuh semangat. Hari ini Ratu Lily berpakaian baju kurung Kedah berwarna hitam dan hijau "Sayalah RATU LILY! RATU KEBAIKAN! BUKAN RATU KEJAHATAN!" Lily yang berada di belakang pentas, menjelir lidahnya kepada Ratu Lily

"Wah, cerianya Ratu Lily pada hari ini. Silakan duduk yea" Ratu Lily duduk di atas sofa "Nampak ayu pula Ratu Lily hari ini. Baiklah, tetamu kita yang seterusnya. Dia adalah musuh ketat kepada Ratu Lily. Nama pun sama dengan Lily tetapi dia bukan Ratu, dia hanyalah seorang gadis pelik yang suka panjat pokok.. err.. betul ke ni?" Probe garu-garu kepala besi dia "Dan dia juga suka mengacau si landak, saya memperkenalkan LILY THE AWESOME!"

"HAI HAI! SAYALAH LILY!" Lily melompat-lompat keluar dari belakang pentas. Lily pula memakai baju kebaya berwarna oren dan rambut dia diikat dua dengan ribbon oren dia. Lalu dia duduk jauh sedikit daripada Ratu Lily. Mereka berdua bertentang mata, masing-masing cuba untuk berlawan tetapi Probe mengetuk kepala mereka berdua dengan spana

"ADOIII!" menjerit mereka berdua

"Hah, padan muka. Cubalah duduk dediam, jangan nak tenung mata masing-masing, lepas tu nak lawan" Lily dan Ratu Lily bermasam muka kepada Probe "Kita sambung balik! Tetamu kita yang terakhir, dia belum lagi muncul di dalam fanfic Aku Abang, Kau Adik tapi author pun tak pasti nak muncul kan dia ke tak. Dia juga adalah alien kepala kotak seperti encik bos saya tetapi dia adalah kommander pasukan TAPOPS! Pelindung power sphera! dia adalah KOMMANDER KOKOCI KUIH KOCI!"

"KUIH KOCI KAU PANGGIL AKU!" Kokoci muncul dengan spana lebih besar dan lalu dia mengetuk-getuk kepala Probe. Kokoci kelihan segak sekali dengan pakaian baju melayu berwarna merah. Dia siap pakai songkok sekali

"ADOI! Maafkan saya.. saya bergurau sahaja" menangis Probe kerana kepala besi dia penuh dengan benjol "Kommander pergilah duduk, saya nak mula dah ni" Kokoci terus duduk di sebelah Lily. Ratu Lily dan Lily terpaksa duduk rapat-rapat "Sebelum kita mulakan, saya akan membaca balik soalan Rizu pada minggu lepas. Soalan dia adalah, siapakah watak OC kegemaran kamu? Saya akan membaca jawapan kamu, beserta dengan soalan kamu" Probe terbang ke tengah pentas dan abaikan Lily dan Ratu Lily yang sedang bermain memijak kaki masing-masing. Kokoci rasa macam nak ketuk kepala mereka berdua dengan spana tetapi dia menahan dirinya buat begitu "Semua sudah bersedia?"

"SEDIAAA!"

"Baiklah, readers kita yang pertama datang dari miss mysteri. Mengikut kata dia, watak OC kegemaran dia adalah Lynna tapi dia cakap dekat sini, author Lynz pun watak kegemaran dia juga. Dia cakap Lynna teringatkan dia kepada author Lynz tapi bila masa watak author Lynz keluar dalam fanfic dia sendiri? Pelik aku.. hmmmm" Probe garu-garu kepala besi dia "Baiklah, soalan dia untuk Ratu Lily. Ratu Lily apa khabar? Mahu tak dia meletakkan television dan kelengkapan rumah di alam sana? Ratu Lily suka warna apa? Nak ikut dia pergi berjalan-jalan tak? Nak menonton Harry Potter dan Danny Phantom sama-sama tak? Isk budak ni.. macam-macam betul dia nak"

"SAYA SUKA! SAYA SUKA! Saya suka kalau ada television dekat alam roh tu, bolehlah saya menonton macam-macam dan bolehlah saya menonton cerita yang kamu nak tu bersama. Saya sihat sahaja dan saya sudi keluar berjalan-jalan dengan miss mysteri. Saya suka warna hijau dan hitam sebenarnya, macam baju kurung yang saya tengah pakai ni" Ratu Lily tersengih. Lily pula lega sebab bukan warna oren

"Soalan untuk Lily. Apakah pandangan anda tentang Robin yang sekarang berada di dalam pegangan dan jagaan miss mysteri?"

"Errr... tak tahu tapi kalau boleh, SEKSA DIA LAGI! MUAHAHAHAHAHAHAAA! Sebab dia dan abang dia jahat, buat jahat dekat Boboiboy ku" Lily berpura-pura menangis di situ. Lalu kepala dia kena ketuk dengan spana Kokoci, terus Lily berhenti menangis

"WOIII! SUKA PULAK KAU YEA TENGOK AKU TERSEKSA!" Lily hanya menjelir lidah kepada Fang dan Fang berapi-api dengan Lily. Dia baru nak naik atas pentas, Kaizo sudah pegang baju adiknya

"DUDUKLAH DIAM-DIAM!" Kali ini Kaizo pula menjerit dekat adiknya. Terus Fang duduk diam sambil bermasam muka

"Hehehee.. adik beradik yang sangat menarik untuk ditonton. Soalan seterusnya untuk Kokoci! Kenapa kommander Kokoci pendek sangat? Kamu kommander tahap apa? dan apa teknologi alien lain yang kamu tahu?"

"SEBAB AKU NI MEMANG ALIEN PENDEK! Itu pun nak tanya ke. Aku adalah kommander tahap paling tinggi sekali! dan teknologi alien itu adalah rahsia kerana si Adudu ada di sini" Kokoci terus pandang ke arah Adudu yang tersengih di situ

"Heheheee.. garang juga Kokoci ni" Probe tergelak sedikit "Seterusnya datang dari Zilah! Tapi watak kegemaran dia bukan dari watak OC.. hmm.. dia cakap dia minat dengan watak Kapten Kaizo dan juga Fang tapi Fang sedikit sahaja"

"Cheh! Aku sedikit sahaja dia minat" bisik Fang yang sedang berapi-api

"Soalan dia untuk Lily. Boleh tak kalau Lily tak panggil Kapten Kaizo 'Kapten Itik' dan apakah warna kegemaran kamu?"

"Mestilah oren! Tapi maaf kalau saya suka sangat panggil abang Kaizo Kapten Itik. Lily sudah terbiasa" Lily tersengih di atas pentas sambil garu-garu kepalanya

"Soalan seterusnya untuk Kokoci. Bila pasukan TAPOPS ditubukan"

"Pasukan TAPOPS ini sudah lama ditubuhkan tapi bila tu, itu adalah rahsia kerana musuh-musuh aku ada di sini" Kokoci memandang lagi ke arah Adudu "Mereka tidak perlu tahu tentang apa-apa rahsia kami semua termasuklah bila pasukan TAPOPS ditubuhkan"

"Lerr... rahsialah pulak" kata Probe "Reader kita yang seterusnya tapi LizzNP ni nak jawap soalan Rizu sahaja. Watak kegemaran dia adalah Rizu dan Lynna! Oh yea, dia ada kirimkan 3 kotak donut lobak merah untuk Fang" Mata Fang terus bersinar-sinar dan muka dia berubah menjadi anak kucing. Kaizo melihat reaksi adiknya yang sudah gila dengan donut lobak merah, lalu dia mengetuk kepala adiknya tetapi Fang buat-buat tidak tahu sahaja "Sekotak teh hijau untuk Kapten Kaizo" Kaizo terasa hendak senyum tetapi menahan bibirnya. Lynna tergelak sedikit melihat bibir Kaizo tergerak-gerak "anak patung penguin untuk Rizu"

"YEAHHHH! PIZU SUKA PENGUIN!" Lily buat ala-ala suara Rizu

"dan akhir sekali, anak patung badut untuk Gopal" Terus Gopal pengsan "Pengsan pulak dia ni. Seterusnya dari gadis misterius. Watak kegemaran dia adalah LILY THE AWESOME!"

"YAHOOOOOOO! SAYA MEMANG AWESOME!" Lily menjerit-jerit di situ sehingga membuatkan tangan dia tertumbuk muka Ratu Lily

"KAU TUMBUK MUKA AKU!"

"Mana ada, Lily tak sengaja" Lily tersengih tetapi Ratu Lily bertukar menjadi ratu pontianak. Mata Kokoci membulat besar kerana terkejut dengan perubahan Ratu Lily "Eleh, ingat Lily takut sangat ke" Lily bangunkan diri untuk berhadapan dengan ratu pontianak tersebut

"Ohhh! Tak takut yea" Ratu Lily terus bangun dari situ. Mereka bertentangan mata lagi, dan Probe berikan spana kepada mereka berdua. Masing-masing sudah bersiap sedia untuk berlawan. Ratu Lily genggam spana dia dengan erat dan Lily akan menggunakan teknik-teknik dia sudah belajar dari latihan tempur Kaizo. Mereka terus menyerang satu sama lain sambil berlawan spana. Lily menggelakkan dirinya daripada di ketuk oleh Ratu Lily. Perlawanan mereka berdua membuatkan Kokoci rasa kagum. Dia mahu melihat sejauh mana mereka boleh berlawan. Kaizo sudah rasa naik bosan dan terus dia melompat dan mendarat di atas pentas dengan penuh bergaya. Lily dan Ratu Lily terus berhenti berlawan

"Kenapa abang Kaizo?" Lily tahu yang Kaizo akan buat sesuatu yang buruk terhadap diri dia dan juga Ratu Lily

"Kau nampak tangan aku" Lily dan Ratu Lily angguk kepala "Kau nak aku piat telinga korang ke?" Terus mereka lari dari situ sebab tak nak kena piat telinga. Kaizo biarkan mereka berlari ketakutan. Kokoci hanya menepuk tangan sahaja sebab terlalu kagum dengan Kapten Kaizo

"Errr.. nampaknya duo Lily sedang larikan diri. Kita akan berehat sebentar" kata Probe

--------------------------------------

"Aku sangat kagum dengan kamu berdua! Kamu berdua boleh menyertai pasukan TAPOPS!" Lily dan Ratu Lily berpelukan sambil melompat-lompat kegembiraan sebab tidak sangka dapat masuk di dalam pasukan TAPOPS "Tapi dengan satu syarat. Jangan nak bergaduh selepas ini, kalau tidak. Aku akan buang kamu berdua dari pasukan TAPOPS!"

"BAIK KUIH KOCI!" Lily dan Ratu Lily memberi tabik kepada Kokoci yang sedang berkerut-kerut dahinya itu

"Sudah habis ke?" tanya Probe

"Sudah. Kamu boleh sambung dengan rancangan kamu" kata Kokoci sambil duduk di tempat asalnya. Lily dan Ratu Lily tersenyum lebar di situ

"Baiklah, soalan dari gadis misterius untuk Ratu Lily. Kenapa kamu suka sangat bergaduh dengan Lily? Lily tidakk salah apa-apa"

"Saya bergaduh dengan dia kerana dia juga meminati Boboiboy seperti saya tetapi watak saya keluar lebih awal daripada dia. Kenapa watak dia perlu di wujudkan, sudahlah nama sama. WHY AUTHOR LYNZ! WHYYYYYY!" Menangis Ratu Lily di situ. Lily usap-usap belakang Ratu Lily "Terima kasih kawan separuh musuh" Ratu Lily mengesat air matanya

"Heheheehe... kamu berdua ni, sekejap berbaik, lepas tu jadi musuh balik. Sudah menjadi frenemy, kawan tapi musuh" Probe tergelak sedikit "Dia juga ada soalan untuk Boboiboy!" Probe terbang ke bawah pentas "Soalan dia, siapakah yang akan menjadi pilihan kamu, Lily ataupun Ratu Lily?" Probe mengacukan microphone nya kepada Boboiboy

"Errrr... tapi saya anggap mereka berdua sebagai kawan sahaja" Boboiboy tersengih "Maaf yea"

"Hmm.. bolehlah dengan jawapan tu tapi saya ingin minta maaf dekat gadis misterius. Saya tidak faham pula dengan soalan kamu untuk si landak, minta maaf banyak-banyak dari saya. Nanti saya hantar tanda tangan Fang kepada kamu sebagai tanda minta maaf" Probe terus terbang ke atas pentas "Baiklah, reader kita yang seterusnya ialah AN! atau lebih dikenali sebagai Aini! Dia ni tiada soalan tapi ada jawapan untuk pertanyaan Rizu. Watak kegemaran dia sudah tentu LILY THE AWESOMEE!"

"YAHOOOO!" Kali ini Lily berhati-hati supaya tidak tertumbuk Ratu Lily ataupun Kokoci "Seterusnya datang dari Azuki5991. Suka pula dia ni dapat masuk dalam pasukan Kapten Kaizo. Tahniah saya ucapkan. Baiklah, jawapan dia untuk si comel penguin, sudah tentu Lynna adalah watak oc kegemaran dia!" Probe kembali ke nada serius dia "Soalan untuk Lily. Macam mana rasanya sekolah di jepun? Dapat kawan baik seperti Faye dan Bella tak?"

"Seronok memang seronok! kerana sambung belajar di Jepun adalah impian Lily" Mata dia bersinar-sinar sambil melihat lampu markas kotak. Ratu Lily pandang keatas dan cuba untuk melihat apa yang Lily sedang melihat sekarang tapi apa yang dia nampak, hanyalah seekor cicak sedang duduk diam di tepi lampu markas kotak "Lepas tu, Lily setiap hari dapat pakai kimono warna oren. Lily telah berusaha keras untuk sambung belajar di Jepun dan akhirnya, tercapai juga" Lily berdrama di situ

"Tahniah saya ucapan. Oh yea, dia juga ada cabaran untuk Lily"

"Cabaran apa?" tanya Lily

"Cabarannya adalah ULANGKAJI MATA PELAJARAN MATEMATIK BERSAMA KAPTEN KAIZO!"

"WUUUUU! Best tu tapi.. tak tahulah siapa yang akan mengaku kalah nanti, abang Kaizo ataupun saya. Dia kan sentiasa tak puas hati dengan Lily" Kaizo angguk sahaja "Entah-entah dia bagi latihan tempur versi matematik" Lily menggigil sebab takut dengan latihan tempur versi matematik. Kaizo hanya tersenyum sinis "Tapi LILY TAK KAN MENGALAH DAN LILY AKAN TERIMA CABARAN ITU!"

"Bagus, boleh aku ajar dia sepanjang masa" bisik Kaizo dengan perasaan sadis dia

"Semoga berjaya yea. Soalan ini pula kommander Kokoci, ada cerita tak macam mana kommander boleh berjumpa dengan Motobot? dan kenapa kommander suka memakai double cermin mata?" Terus Probe pakai cermina mata tapi bukan double, triple terus "Adeh, tak nampak aku"

"Aku jumpa Motobot semasa aku di dalam pencarian power sphera dan aku terpaksa berlawan dengan alien-alien durjana tetapi aku tidak mengalah. Aku teruskan sahaja pencarian aku dan akhir aku berjumpa juga dengan Motobot" Lalu Kokoci berkata lagi "Aku memakai double cermin mata kerana itu adalah gaya aku tapi jangan tiru yea, ini adalah gaya original aku dan aku sahaja yang boleh bergaya begini"

"Tapi macam mana Kokoci boleh nampak?" tanya Probe

"Itu kamu tidak perlu tahu. Teruskan sahaja dengan soalan-soalan seterusnya" Kokoci tunjuk spana kepada Probe supaya tidak banyak sangat soal

"Baiklah Kokoci. Soalan untuk Ratu Lily, seandainya ibubapa Fang dan Kaizo ada di hadapan kamu sekarang, apa yang kamu akan cakap kepada mereka?"

"Kepada ibubapa Fang dan Kaizo. Ratu Lily ingin minta maaf banyak-banyak dengan kesilapan saya. Maafkan saya yea sebab dulu hati saya penuh dengan kegelapan. Tiada cahaya yang ingin membimbing saya kearah kebaikan" Ratu Lily menyesal dengan perbuatan dia tapi hati dia sedikit gembira kerana dia telah pun berubah menjadi baik "Dan saya tidak akan sia-sia dengan peluang kedua saya! Saya Ratu Lily, tidak akan kembali menjadi Ratu kejahatan!" Lily bertepuk tangan tanda sokongan walaupun mereka adalah musuh ketat. Kaizo berharap ibu dan ayah dapat dengar kemaafan dari Ratu Lily tapi dia orang memang sudah lama maafkan Ratu Lily. Fang masih tidak puas hati walaupun dia sudah maafkan Ratu Lily

"Oh yea, sebelum saya terlupa. Kepada Zilah, author ingin mengatakan. Fanfic Dunia Baru itu, author tengah kehilangan inspirasi. Jadi terpaksalah tunggu inspirasi dia kembali yea" Probe terus dengan reader yang seterusnya "Soalan untuk Lily dari Cute girls, antara semua pecahan Boboiboy, siapa yang Lily minat dan kenapa?"

"SUDAH TENTU BOBOIBOY GEMPA! kerana dia adalah ketua untuk semua pecahan dia yang lain. He's a leader! dan dia juga seorang yang sopan, kuat dan tidak pernah cari pasal!" Lily terbayangkan saat dia menari bersama Gempa "Oh bahagianya diri ku" Ratu Lily menjentik dahi Lily tetapi Lily abaikan sahaja

"Seterusnya dari Baby cuties. Soalan dia untuk Ratu Lily. Apakah kuasa Ratu Lily?"

"Dulu saya adalah kuasa tapi sekarang ni, dah jadi hantu. Mana ada kuasa lagi dah.. uwaaaa!" menangis Ratu Lily "Dulu kuasa saya adalah manipulasi elektrik dan juga telekinesis. Sekarang kuasa merasuk orang ajelah" Ratu Lily tersengih di situ

"Hmm... merasuk orang. Menarik" bisik Kokoci sambil mengusap-usap dagunya "Boleh guna untuk berlawan musuh"

"Seterusnya..hmmm.. Nini dan Nana, adik beradik ke ni? Nono dan Nunu tiada ke? hehehehehe.. jawapan dia untuk Rizu, mereka sukakan Boboiboy sebab dia chubby! Tapi soalan Rizu, siapakah watak OC kegemaran kamu? watak OC itu adalah watak yang telah dicipta oleh author Lynz sendiri tapi takpe, author maafkan. Baiklah, seterusnya datang dari Ililara! Nampaknya dia ada soalan untuk si landak" Probe terbang ke bawah pentas dan pergi ke arah Fang "Soalan untuk landak, Siapa yang berikan helmet kamu di dalam episode 6 Boboiboy Galaxy? Abang kamu ke?"

"Mana aku tahu! Helmet tu sudah tersedia dekat dalam kapal angkasa tu dan ada sehelai kertas yang mengatakan itu adalah trend terkini. Jadi aku pakailah helmet tu sebagai helmet keselamatan" kata Fang dengan nada marah dia "Mesti abang yang letakkan helmet cendawan tu. Habis adik kena gelak dengan kawan-kawan adik dan juga Cikgu Papa"

"Entah, mana abang tahu" Kaizo buat-buat tidak tahu sahaja. Fang berapi-api dengan abangnya tetapi dia senyap sahaja, malas nak mengamuk. Kalau tidak, mesti kena kejar dengan abang dia sendiri

"Hehehee.. kasihan kau landak" Probe terbang ke atas pentas balik "Soalan dia untuk duo Lily. Apakah pendapat kamu tentang kemunculan Boboiboy Daun?"

"Seronok tak terhingga!" kata Ratu Lily

"Kecomelan dia memang mengugat keimanan ku" kata Lily pula

"Mata dia besar dan lebih comel daripada pecahan yang lain" Lily angguk setuju dengan kata-kata Ratu Lily "Tapi lurus bendul budak tu"

"Betul tu tapi lurus bendul pun, dia tetap comel macam pecahan Boboiboy dia yang lain. Rasa nak cubit-cubit pipi Boboiboy daun tu" Lily dan Ratu Lily terbayangkan mereka pergi berjalan-jalan bersama Boboiboy Daun

"Seronoknya" kata duo Lily dengan nada orang tengah berangan

"Beranganlah korang. Soalan ini pula Kokoci, kommander kuih koci" Kokoci ketuk kepala Probe dengan spana "Maaf.. saya tersasul tadi"

"Lagi sekali tersasul, aku akan ketuk kepala kau dengan spana lebih besar lagi" marah Kokoci sambil tunjuk spana dia

"Baik Kokoci. Soalan untuk kamu, siapakah paling hebat di dalam pasukan TAPOPS dan adakah Kokoci tahu tentang Gopal melempar Tabs itu?"

"Aku tidak mahu memilih kasih. Semuanya hebat-hebat di dalam pasukan TAPOPS. Tiada sorang pun yang tidak hebat dan aku sebenarnya tahu tentang itu tetapi aku senyap sahaja. Aku akan suruh Kapten Kaizo sahaja pergi hukum si Gopal tu" Gopal menggigil di tempat duduknya dan Kaizo terus tersenyum sinis apabila terdengar perkataan 'Hukum'

"Suka pula si Kapten Kaizo ni. Kalau pasal menghukum orang, dialah nombor satu" kata Probe. Kaizo cukup bangga dengan sikapnya yang suka menghukum orang "Seterusnya dari Gadis Comel! Comelnya kamu!.. hehehe.. soalan dia untuk Boboiboy" Probe terpaksa turun balik "Apa perasaan Boboiboy dapat bilik stor dengan Gopal?"

"Perasaan saya sedih tapi saya kena ingat, kalau saya nak bilik yang lebih cantik macam bilik Yaya dan Ying, saya kenalah berusaha untuk naikkan pangkat saya" kata Boboiboy

"Bagus! Berusahalah superhero bumi. Semoga berjaya" Probe terbang ke atas pentas "Soalan untuk Kokoci, dekat mana Kokoci jumpa Motobot?"

"Dekat sebuah planet yang aku tidak ingat apa nama planet itu" jawab Kokoci

"Hmmm... agaknya nama dia panjang sangat atau susah nak sebut sampai Kokoci lupa nama planet tu" kata Probe sambil melihat soalan seterusnya "Soalan untuk Ratu Lily, Ratu Lily tak bosan ke dengan sikap Fang yang panas baran tu"

"Mestilah bosan. Tiap-tiap hari nak marah orang sahaja tapi selamatlah saya duduk dekat tempat lain"

"Lily pun sama juga. Bosan dengan panas baran dia tu tapi Lily rasa seronok pulak tengok si landak mengamuk tak tentu pasal, lepas tu mesti kena kejar dengan abang dia. Oh, bahagianya" kata Lily

"INGAT SERONOK SANGAT KE KENA KEJAR DENGAN ABANG AKU! TIAP-TIAP HARI ASYIK KENA DENGAN PEDANG TENAGA DIA SAHAJA!" Kaizo ketuk kepala adiknya "Abang pun satu, suka sangat ketuk kepala adik"

"Sebab kau tu suka sangat nak marah orang" kata Kaizo dengan nada serius dia

"Betul tu! Lily setuju seratus peratus!" kata Lily dengan penuh semangat "Tapi kalau landak tak panas baran, itu bukan landak namanya, itu sudah menjadi benda lain"

"Apa nama benda lain tu?" tanya Probe

"Entah" Lily tersengih di situ

"Lerr.. ingatkan tahu tadi. Baiklah, seterusnya dari guest yang tiada nama tapi dia telah mengatakan SAYA NI COMEL!" Lily dan Ratu Lily rasa nak muntah, begitu juga dengan orang lain kecuali Kaizo, Kokoci dan Emmy "Dia lah yang suruh saya pakai baju melayu warna purple hari ini. Terima kasih banyak-banyak guest! Seterusnya dari BBB-Chan. Dia cuma ingin mengatakan Boboiboy, Kapten Kaizo dan yang lain-lain adalah watak kegemaran dia kecuali si landak"

"Takpe, aku ada ramai lagi peminat" kata Fang "Terutama sekali author Lynz yang suka seksa aku" Fang masih lagi tidak puas hati dengan seksaan yang diberikan oleh author Lynz

"Kasihan kau yea landak, nasib malang betul. Lain kali jangan jadi watak yang bergaya dan handsome sangat, takdelah author Lynz terpikat"

"Betul juga cakap Probe. Nanti Lily ajar dia cara-cara untuk menjadi Lily!"

"Buang masa sahaja" bisik Fang yang tengah berapi-api dengan Lily, Probe dan author Lynz

"Kita pergi ke reader yang seterusnya. Ini datang dari Aliya Aishya. Watak OC kegemaran dia adalah Yaya tapi dia bukan watak OC" Probe tergelak sedikit "Soalan untuk ku-errrr... Kommander Kokoci. Pangkat kommander lebih tinggi daripada Kapten Kaizo?"

"Sudah tentu. Pangkat aku lebih tinggi dan lebih hebat daripada Kapten Kaizo"

"Tapi Kapten Kaizo lebih hebat daripada Kokoci" Kokoci merenung tajam ke arah Probe "Hehehee... jangan pandang saya begitu, takut saya. Soalan seterusnya untuk duo Lily. Kenapa kamu berdua selalu bersaing nakkan Boboiboy? Kenapa nama korang sama?"

"SEBAB BOBOIBOY SEORANG YANG BAIK! lebih baik daripada si landak tu!" kata duo Lily serentak. Fang bermasam muka

"Betul tu Lily! Dialah orang pertama yang aku terpikat dengan kebaikannya"

"Lily terpikat sebab pipi tembam dia" Lily berkelip-kelip mata dekat Boboiboy "Kebetulan pula, nama kita orang sama tapi watak Ratu Lily yang muncul dulu sebelum saya. Lily cuma muncul masa musim ke 2 sahaja. Oh sedihnya"

"Betul tu! Dialah yang telah meniru nama aku!"

"Bila masa Lily tiru nama Lily!" Mereka berdua bangun serentak dan terus bermain mengibas-gibas tangan diantara satu sama lain "Ambik ni ambik ni!"

"Errr.. kita tunggu sehingga dia orang habis lawan. Kita berehat sebentar"

Lalu Ratu Lily pijak kaki Lily "ADOOIIIIIIIII!" Lily pula ketuk kepala Ratu Lily dengan spana dan berlakulah pertarungan diantara Lily dan Ratu Lily

------------------------------------

"Kita sudah pun kembali! Lily dan Ratu Lily telah ditenangkan semula dengan piat telinga mereka dari Kapten Kaizo" Kamera menunjuk ke arah duo Lily yang sedang mengusap-usap telinga mereka yang sudah merah-kemerahan. Kaizo duduk bersilang tangan, sangat puas hati kerana dapat piat telinga mereka. Lynna hanya gelengkan kepala sahaja

"Kita sambung dengan reader kita yang seterusnya. Dia adalah bunga Lavender dan dia adalah peminat watak OC kepada Lynna! Sebab Lynna adalah seorang yang peramah, lemah lembut, berbudi bahasa dan suka memberikan nasihat. Baiklah, soalan dia yang pertama untuk Kokoci si kuih koci"

"BUKAN KE AKU SUDAH BERITAHU JANGAN PANGGIL AKU KUIH KOCI!"

"Tapi Kokoci, si Lavender yang tulis" Kokoci melihat ipad Probe dan lalu dia pijak-pijak ipad itu sampai dia puas hati "Selamat tak hancur ipad aku yang telah dicantas dengan Kapten Kaizo pada musim pertama" Probe peluk ipad dia dan terus dia baca soalan dari Lavender "Soalan dia, bagaimana perasaan kamu apabila dapat bergabung dengan pasukan Kapten Kaizo"

"Aku rasa sangat gembira" itu sahaja jawapan dari Kokoci

"Soalan kedua untuk bunga Lily. Apakah hobi, makanan dan warna kegemaran kamu?"

"SUDAH TENTU MENGEJAR BOBOIBOY!" Lily tersenyum lebar di atas sofa itu "Tapi selain itu, Lily suka menulis, kacau abang Kaizo dan landak, bermain dengan Rizu, bergaduh dengan ratu pontianak dan juga datang ke Pulau Rintis sesuka hati sahaja macam hari ini"

"Isk isk isk... kejar Boboiboy pun sudah menjadi salah satu hobi kamu?"

"Mestilah Probe, kalau tak kejar, bukan Lily namanya tu"

"Apa namanya?" tanya Probe

"Entah" Lily tersengih lagi. Probe seperti mahu ketuk kepala Lily dengan spana tapi dia sabar sahaja

"Soalan terakhir dari Lavender untuk Ratu Lily. Apakah kamu dahulu ada pengalaman buruk sehingga menyebabkan menjadi jahat atau kamu memang super jahat secara semula jadi"

"Dia memang jahat semula jadi pun" Lily yang jawabkan

"Apasal kau pulak yang jawabkan" Lily buat-buat tidak tahu sahaja kepada Ratu Lily. Dia hanya bersiul-siulan di situ. Berkerut-kerut dahi Ratu Lily tetapi dia terus menjawab soalan Probe tadi "Memang betul kata musuh ketat saya tadi. Saya telah dilahirkan dengan penuh kegelapan dan kekejaman. Tiada siapa mahu berikan kasihan sayang kepada diri ku sehinggalah saya terpikat dengan Boboiboy" Ratu Lily berkelip-kelip mata dekat Boboiboy dan Boboiboy rasa seram sejuk pula. Lily pijak kaki Ratu Lily sekuat hati "ADOIIIII!"

"Heheheheehe..." Tiba-tiba sahaja Lily terpandang kearah Kaizo yang sedang mengangkat kedua belah tangannya. Lily rasa sakit pula telinga dia walaupun tidak dipiat oleh sesiapa pun

"Padan muka kau" bisik Ratu Lily

"Hmmm.. nampaknya kita ada soalan lagi daripada Aliya Aishya, soalan dia untuk Kapten Kaizo" Probe terbang ke bawah dan terapung-apung di tepi Kaizo "Apa yang Kapten Kaizo lakukan semasa Fang masih bayi lagi?"

"Aku selalu bermain dengan dia dan aku suka bermanja dengan dia semasa kami masih kecik lagi tetapi sekarang ini, entah kenapa dia jadi panas baran. Aku pun tak tahu apa puncanya" Kaizo melihat adiknya sedang tersengih itu "Apa yang abang buat dekat kamu sampai jadi panas baran? Dulu kau tidak begitu"

"Kalau abang nak tahu" Fang merampas mikrofon dari tangan besi Probe dan terus dia naik ke atas pentas. Dia menjerit sekuat hati dekat abangnya "SEBELUM ABANG HANTAR ADIK KE BUMI! ABANG ABAIKAN ADIK DAN SUKA MARAH ADIK KALAU ADIK KACAU DENGAN MISI ABANG! SELAMA ITULAH ADIK MENAHAN KEMARAHAN ADIK DEKAT ABANG! LEPAS ABANG HANTAR ADIK DEKAT BUMI, ADIK KELUARKAN SEGALA-GALANYA DAN SEBAB ITU PUNCANYA ADIK MENJADI PANAS BARAN DAN SUKA MARAH-MARAH!"

"Tapi masih nak belagak dan sombong" kata Gopal tetapi nasib dia begitu baik sebab Fang tidak dengar kata-kata dari dia

"Bagus.. luahkan lagi isi hati kau, Pang" kata Kaizo dengan nada serius dia "Apa lagi kau nak luahkan?"

"ADIK TAK SUKA APABILA ABANG PANGGIL ADIK PANG! MACAM NAK KENA LEMPANG AJE!" Terus kepala Fang kena ketuk dengan periuk dan lalu dia pengsan di atas pentas. Probe mengambil mikrofonnya semula

"Senyap pun.. sesiapa sila heretkan si landak ni turun dari pentas" Kaizo terpaksa mengheret adiknya turun dari pentas "Terima kasih Kapten Kaizo. Begitulah tadi sesi luahan dari Fang. Seterusnya dari Roxelyn tapi dia hanya hendak menjawab soalan Rizu sahaja dan jawapannya sudah tentu RIZU! tapi malangnya, Rizu tidak dapat hadir pada hari ini kerana terpaksa ikut ibunya pergi ke Kuala Lumpur. Jadi hadiah sekotak choki-choki untuk Rizu, saya akan simpan dulu yea. Roxelyn juga ada cabaran untuk duo Lily, boleh tak kamu berdua jangan bergaduh dan tidak membuat Kapten Kaizo marah?"

"Hmmm... boleh kot. Itu pun kalau si pontianak ni tidak mengacau Boboiboy ku!" Ratu Lily terus keluarkan kuku tajam dia kepada Lily "Cakarlah kalau nak kena kejar dengan abang Kaizo" Terus Ratu Lily simpan balik kuku tajam dia

"Hehehee... bagus bagus. Kalau nak bergaduh, gaduh tempat yang tiada Kapten Kaizo. Cabaran kedua dari si Roxelyn, sebenarnya saya tidak berapa nak faham. Jadi saya ingin minta maaf tapi jangan sedih, saya akan menghantar tanda tangan Boboiboy dan juga Rizu kepada kamu!" Probe betulkan suara dia yang sudah serak "Seterusnya dari Ethia Ice! Hai Ethia Ice! Wah, jawapan si Ethia ni, dia suka dengan watak OC Lily dan Ratu Lily kerana nama mereka sama dengan bunga kegemaran dia iaitu LILY!" Lily dan Ratu Lily tersenyum lebar dan mata mereka bersinar-sinar "Soalan dia untuk Lily, sudi tak Lily untuk pergi ke Pulau Rintis untuk bantu dia pergi kenakan si cendawan ungu iaitu Fang atau lebih dikenali sebagai landak"

"WUUUUU! MESTILAH SUDI! Kalau tak buat hal dekat dia, memang tak aman Lily rasa. Lagipun Lily suka tengok dia mengamuk tak tentu pasal" Terus satu pacaran cahaya keluar dari atas Lily. Mereka semua rasa pelik, dari mana cahaya itu datang? "Oh landak ku, tunggu Lily cari pasal dengan kamu yea" Fang mula mengeluarkan aura-aura kegelapan dia. Hati dia cukup panas dengan Lily "Abaikan sahaja si landak ungu tu" kata Lily lagi

"Memang setiap hari si Lily ni kacau Fang?" tanya Kokoci

"Memang setiap hari. Kalau boleh, tontonlah kesemua video dimana landak dilanda huru-hara dari Lily" Probe berikan seguni video kepada Kokoci "Jangan lupa menonton tau"

"Baiklah" jawab Kokoci yang sudah tidak sabar untuk menonton kesemua video tersebut

"Dia juga ada soalan untuk Kokoci. Boleh tak dia nak sertai pasukan TAPOPS?"

"Boleh memang boleh tapi aku kena melihat kemahiran kau dalam misi-misi yang aku akan berikan nanti. Jika kamu gagal, kamu tidak akan dapat menyertai pasukan TAPOPS!" kata Kokoci dengan begitu serius sekali "Aku tidak mahu ahli pasukan berlawan sambil lewa macam si Gopal" Gopal tersengih di bawah pentas

"Hehehehe.. baiklah, seterusnya dari adik beradik triple K! Tapi saya mulakan dari Kaiza dulu. Dia suka dengan watak oc Bella, Lily, Emmy dan Lynna tetapi dia tidak menyukai watak Ratu Lily sebab dia terlampau seram" Hati Ratu Lily berkecai sebab dia terlampau seram sangat "Soalan dia untuk Kokoci, boleh tak Kokoci tukar lagu pasukan TAPOPS, tak pun tukar gaya menari dia? sebab geli dia melihatnya"

"Tidak boleh kerana lagu dan tarian itu sudah bertahun-tahun kami guna. Jangan pandai-pandai nak tukar!" marah Kokoci

"Dan satu lagi, boleh tak bagi bilik yang elok untuk Boboiboy dan Gopal, nanti dia akan bayar"

"Itu pun TIDAK BOLEH!"

"Habis tu, apa yang boleh" tanya Probe

"Boleh tengok sahaja tapi tidak boleh menukar sesuka hati" jawab Kokoci dengan nada tegas dia

"Soalan ini pun untuk Lily. Boleh tak Lily berhenti bergaduh dengan Ratu Lily, nanti dia berikan stok pisang setahun dan diantara pecahan Boboiboy, mana satu pilihan Lily?"

"Boleh ke tak boleh kalau nak berhenti bergaduh dengan ratu pontianak tapi Lily nak juga stok pisang tu. Rasanya boleh kot tapi Ratu Lily tidak boleh menghendap atau bermain mata dengan Boboiboy ku!" Ratu Lily melirik matanya kepada Lily tetapi Lily abaikan sahaja "Boboiboy Gempa adalah pilihan Lily!"

"Soalan seterusnya untuk Ratu Lily! Dia suruh Ratu Lily berhenti bergaduh dengan Lily dan dia akan suruh Kapten Kaizo kurungkan Lily dan kamu boleh pergi berdating dengan Boboiboy" Ratu Lily tersenyum luas sambil melihat Kapten Kaizo

"SAYA SETUJU! SAYA SETUJU!" Kali ini Lily pula melirik matanya kepada Ratu Lily "Sekarang juga saya tidak akan bergaduh dengan Lily!"

"Kalau aku kurungkan si pelik tu, sudah tentu dia akan hancurkan kapal angkasa aku" bisik Kaizo

"K kita yang seterusnya iaitu Kaito Jack. Bagus budak ni sebab dia suka semua watak di dalam fanfic Aku Abang, Kau Adik. Soalan dia untuk Kokoci, kenapa Kokoci suruh Boboiboy tidur di dalam stor? Kalau Gopal takpe, dia tidur dalam tong sampah pun takpe... isk isk isk... kejam sangat tu" Probe terkejut melihat Gopal memeluk kaki pendek Kokoci sambil menangis-nangis

"Janganlah suruh saya tidur dekat dalam tong sampah pula. Kasihanlah dengan diri ku ini. Saya hanya manusia yang tidak pernah lari dari kesilapan" merayu-rayu Gopal

"Tapi misi yang aku berikan, KAU PERGI GAGALKAN! SEBAB ITU KAMU BERDUA SEBAGAI CADET SAHAJA DAN SEBAGAI CADET, KENALAH TIDUR DI TEMPAT YANG TIDAK BEGITU MENARIK SEPERTI BILIK STOR!" menangis Gopal lagi sebab takut dengan suara garang Kokoci

"Garang jugak si Kokoci ni" bisik Probe. Kokoci menyuruh Gopal turun dari pentas itu dan terus Gopal turun dengan hati yang sedih "Soalan seterusnya untuk Ratu Lily, pernah tak Ratu Lily terfikir nak bawak roh Boboiboy ke alam hantu?"

"Pernah tapi tak kan saya nak paksa dia pula" jawab Ratu Lily "Tapi kalau nak bawak si Lily, saya setuju seratus peratus!"

"Bolehlah Lily berkawan dengan hantu"

"Nanti bawa balik seekor hantu yea" kata Probe

"Baik Probe!" kata Lily sambil berikan tabik kepada Probe

"Soalan untuk Lily. Kenapa Lily tak suruh Emmy cipta alat untuk menangkap hantu?"

"Sebenarnya Lily dulu pernah suruh si Adudu cipta alat untuk menangkap hantu tapi alat tu sudah hancur pula tapi takpe! LILY AKAN SURUH EMMY CIPTAKAN UNTUK SAYA! Terima kasih kerana berikan saya idea yang bernas" Lily ketawa sinis di situ. Ratu Lily seperti mahu mencekik Lily tetapi dia menahan tangannya kerana tidak mahu telinga dia kena dipiat lagi oleh Kaizo

"K kita yang terakhir iaitu Karlos Kaize. Dia cakap dia cuma watak Lynna sahaja. Soalan dia untuk Kokoci, betul ke Kokoci percaya dekat Papa Zola sebagai kapten?" tanya Probe "Papa Zola jadi Kapten Papa Zola?! Dasyat ni!"

"Saya percayakan dia akan menjadi kapten yang terbaik" jawab Kokoci sambil angguk kepala

"Soalan untuk duo Lily. Nanti joinlah pasukan trio huru hara, lepas tu tukar nama dan lepas tu berlawan dengan TAPOPS dan juga Kapten Kaizo"

"Tapi saya memang salah satu ahli pasukan Trio huru hara pun tapi... BOLEH KE KITA ORANG BERLAWAN DENGAN PASUKAN HEBAT-HEBAT SANGAT TU? Kami semua tiada kuasa nak berlawan, Lily cuma tahu teknik panjat pokok dan tendang saya" Lily buat muka sedih

"Saya no komen" jawab Ratu Lily

"Ini pula datang dari Zulaila Athirah! Saya di sini sihat sahaja, Laila tapi kepala saya sentiasa kena ketuk dengan encik bos saya. Kasihan saya tau" Probe buat suara sedih dan menggedikkan. Lalu dia ubahkan suara dia kepada lebih serius "Soalan dia untuk duo Lily. Dia ingin bertanya, siapakah diantara kamu berdua yang paling suka dan paling minat dengan Boboiboy? dan berikan sebab dari hati. Jawapannya mestilah selain daripada comel dan baik hati" Lalu Lily berdiri di tengah pentas dan terus dia berdrama

"Sekian lama Lily menatap jauh wajah Boboiboy ku yang bulat seperti pau, dari situ Lily berazam untuk mengetahui lebih lanjut tentang superhero Pulau Rintis yang terlampau popular itu. Lily sanggup pergi ke Pulau Rintis untuk menyiasat dan akhirnya, Lily terjumpa Rizu si comel penguin. Dari situ Lily berkenalan dengan Rizu, landak dan abang Kaizo dan dari situ juga Lily dapat berkawan dengan Boboiboy walaupun dia suka main kejar-kejar dengan Lily" Boboiboy menepuk dahinya "Dari situ juga Lily dapat mengenali lebih mendalam lagi tentang Boboiboy. Dia seseorang yang setia kepada kawan dia, suka berikan kata-kata semangat dan tidak suka mengalah. Dia akan berjuang sehabis-habisan walaupun sudah beberapa kali dikalahkan oleh musuh-musuh dia. Lily sangat tertarik dengan sikap dia yang lebih matang daripada si landak-"

"Cheh, sempat lagi nak masukkan aku" bisik Fang

"Walaupun Lily suka mengejar dia tetapi dia masih anggap Lily sebagai kawan dia. Terima kasih Boboiboy kerana sudi berkawan dengan Lily" Para penonton studio markas kotak berikan tepukan kepada Lily. Sekarang giliran Ratu Lily pula. Dia bangun dan Lily kembali ke tempat duduk dia

"Saya pada awalnya, memang kejam sampai saya seksa si Fang. Saya masa tu memang tidak tahu perasaan belas kasihan sehinggalah saya tersentuh dengan kebaikan Boboiboy. Dia memang seseorang yang sangat prihatin. Dia selalu risaukan tentang kawan-kawan dia, lebih-lebih lagi si Fang yang banyak sangat masalah dengan author Lynz. Dia juga tidak menolak kalau saya ajak dia pergi berjalan-jalan di bandar Pulau Rintis. Dia tidak kisah kalau dia berkawan dengan hantu seperti saya dan dia tidak pernah singgungkan hati dan perasaan saya. Dia juga yang selamatkan diri saya daripada membuat kejahatan lagi, dialah yang berikan cahaya kebaikan kepada diri saya untuk menjadi baik. Bukan dia sahaja, Kaizo dan Lynna juga membantu saya. Terima kasih Boboiboy kerana mengubah diri saya menjadi baik" Ratu Lily terima tepukan gemuruh daripada para penonton studio markas kotak. Dia mengesat air matanya dan lalu kembali ke tempat duduk dia

"Laila sudah puas hati dengan jawapan mereka? Siapakah yang layak menjadi peminat Boboiboy? Kita saksikan jawapan dari Laila pada minggu hadapan! itu pun kalau ada.. hehehee" Probe tergelak sedikit "Soalan dia lagi untuk duo Lily, jika kamu terdengar orang lain minat Boboiboy, adakah korang akan berbaik atau hapuskan peminat Boboiboy itu?"

"Mestilah berbaik!" jawap duo Lily

"Tapi kalau kita orang" Lily tunjuk diri dia dan Ratu Lily "Akan sentiasa menjadi musuh ketat! Demi Boboiboy ku, Lily akan melindungi Boboiboy daripada Ratu Lily!" Ratu Lily hanya angkat kening sebelah dan tidak berkata apa kerana yakin Boboiboy akan menjadi milik dia

"Dia juga ada cabaran untuk duo Lily. Cabaran dia adalah, jika kamu berdua betul-betul peminat setia Boboiboy, sila buktikan kepada Laila iaitu dengan merampas pedang tenaga Kapten Kaizo dan dia ni pun peminat Boboiboy juga dan dia ingin berlawan dengan kamu berdua dekat kapal angkasa Kapten Kaizo" Lily dan Ratu Lily pandang kearah Kaizo yang sudah memegang pedang tenaga dia. Dia tersenyum sinis kepada mereka berdua. Lily dan Ratu Lily rasa takut pula

"Hehehehee.. tapikan... minggu lepas ke minggu satu lagi.. Lily pernah ambik pedang tenaga abang Kaizo. JADI MAKNANYA LILY LAH PEMINAT SETIA BOBOIBOY!"

"ITU MINGGU LEPAS! DIA SURUH BUAT SEKARANG!" marah Ratu Lily yang tidak puas hati

"Alah, ratu pontianak cemburu sebab tak dapat pedang tenaga abang Kaizo. Dia cuma dapat pedang si Putera Pang tu... MIAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAAAA!" Lily ketawa terbahak-bahak sambil memeluk perut dia sendiri. Ratu Lily keluarkan kuku tajam dia dan lalu dia ingin mencakar Lily tetapi Lily begitu pantas sekali, dia keluarkan pengetip kuku dan terus ketip kuku tajam Ratu Lily

"TIDAKKKKKK! MY KUKU!" Menangis Ratu Lily "JAGA KAU LILYYYYYYYYYY!" Lily hanya menjelir lidah sahaja. Ratu Lily menangis-nangis melihat kuku dia telah dipotong oleh Lily. Kokoci hanya gelengkan kepala

"Isk isk isk... apalah korang berdua ni" Probe pun turut gelengkan kepala besi dia "Seterusnya dari Raira Kieyzuhara Mint! Dia ni banyak soalan untuk Kokoci bukan kuih koci. Adakah Kokoci sudah berkahwin? Err.. kamu nak pergi melamar dia ke? Jangan lupa menjemput saya sekali yea. Soalan dia yang lain, berapakah umur Kokoci sekarang? dan bagaimana Kokoci boleh menyelinap masuk ke dalam kapal angkasa Borara dan jadi orang suruhan dia?"

"Aku belum kahwin lagi kerana terlalu sibuk dengan misi aku tapi kalau kamu melamar saya, saya sudah tentu menolak sekeras-kerasnya! Umur saya adalah rahsia tapi saya masih muda lagi. Pada suatu ketika dahulu, saya telah menghantar resume saya kepada Borara dan terus dia menerima saya sebagai orang suruhan. Dia tidak tahu bahawa saya adalah kommander Kokoci menyamar sebagai orang suruhan sahaja. Dari situ saya dapat semua maklumat tentang Borara"

"Dan dari situ juga saya dapat berjumpa dengan Kokoci!" Probe betulkan suara dia balik "Baiklah, seterusnya dari Dark Princess! Watak OC kegemaran dia adalah Lynna! Pertanyaan dia untuk Ratu Lily, kenapa kamu tidak pergi belasah Fang lagi?"

"Jangan cakap belasah sahaja, saya akan merasuk dia lagi! HAHAHAHAHAHAHAHAAA! Tapi sekarang ni saya sudah menjadi baik, jadi kalau nak rasuk si Fang tu, rasuk untuk kenakan Lily sahaja" Ratu Lily tersenyum sinis melihat Fang

"APA PANDANG-PANDANG! NAK RASUK AKU LAGI LAH TU!" marah Fang tapi Ratu Lily tetap melihat Fang dengan senyuman sinis dia "Nahas kau nanti" bisik Fang

"Seterusnya dari BBB Chan. Dia nak lontarkan soalan kepada tetamu kita pada hari ini. Soalan pertama untuk Ratu Lily, kamu tak rasa kasihan ke masa hapuskan ibubapa Fang dan Kapten Kaizo?"

"Masa tu... saya sebenarnya tidak mengerti belas kasihan. Saya cuma tahu bunuh orang sahaja" kata Ratu Lily dengan nada sedih

"Sudahlah tu Ratu Lily, semuanya sudah berlalu. Jangan fikirkan tentang masa lampau kamu, fikirkan masa depan kamu sahaja. Sekarang kamu sudah berubah menjadi baik, dan kamu juga sudah minta maaf dekat Fang, Kaizo dan juga ibubapa mereka berdua. Ibubapa mereka pun sudah maafkan Ratu Lily kan" Ratu Lily mengangguk kepala sambil mengesat air matanya "Jangan sedih-sedih lagi, kami semua akan sentiasa berada dengan Ratu Lily untuk membimbing kamu menjadi seseorang yang baik atau lain kali, roh yang baik" Lalu Ratu Lily peluk Lynna

"Terima kasih Lynna" Ratu Lily peluk Lynna seerat-eratnya

"Bila masa Lynna ada dekat atas pentas ni?" tanya Probe

"Sebab aku yang suruh dia naik ke atas pentas dan pergi nasihatkan si ratu pontianak tu" kata Kaizo

"Oh begitu" Probe melihat Ratu Lily masih lagi memeluk Lynna. Lily rasa cemburu pula, sebab dia pun nak rasa kena peluk dengan Lynna "Soalan ini pula untuk Kokoci, bila birthday Kokoci?"

"Hmmm... aku lupa bila birthday aku"

"Boleh pulak begitu. Baiklah, soalan terakhir untuk Lily. Tak bosan ke asyik bergaduh dengan si landak tu? dan kalau boleh dia nak berkawan dengan Boboiboy"

"LILY TIDAK PERNAH RASA BOSAN! Sebab dia sangat menarik pun untuk cari gaduh. Boleh buat Lily ketawa seorang diri.. hehehee" Lily ketawa sedikit. Lynna sudah pun turun ke pentas dan Ratu Lily sudah tidak lagi menangis "Boleh boleh.. boleh berkawan dengan Boboiboy tapi BERKAWAN SAHAJA! hehehee.. jangan marah yea" Lily tersengih

"Reader kita yang seterusnya iaitu adhadeva kirana. Watak OC kegemaran dia adalah Lynna dan Faye kerana Lynna adalah seorang yang baik dan pengertian. Faye pula seseorang yang ceria dan suka berkawan dengan sesiapa sahaja dan juga suka makan. Baiklah, soalan dia untuk Lily. Apakah hobi Lily. Rasanya jawapan itu sudah kita ketahui. Soalan seterusnya untuk Lily juga, kenapa Lily bagi Kapten Kaizo cake kopi? Apakah warna kesukaan Lily. Sudah tentu oren! dan sudikah Lily bermain dan jalan-jalan dengan dia dan soalan terakhir, berapakah umur Lily?" Mata Probe berpusing-pusing sebab banyak sangat soalan

"Sebab Lily tak tahu yang abang Kaizo tak boleh minum atau makan kopi. Dasyat betul tengok abang Kaizo jadi gila. Menyeramkan sungguh. Lily sudi bermain dan berjalan-jalan dengan kamu! Umur Lily di dalam fanfic Aku Abang, Kau Adik adalah 15 tahun! Tua sedikit dari Boboiboy" kata Lily dengan suara ceria dia

"Tua-tua pun boleh minat dekat si pipi tembam tu.. isk isk isk.." Lily dan Ratu Lily tersengih kepada Probe "Soalan untuk Ratu Lily, jika Ratu Lily dapat kesempatan menjadi manusia, apa yang kamu akan lakukan dan makanan apa yang awak akan makan? Ratu Lily sekarang tinggi di alam roh? Kalau yea, pernah bertemu tak abang-abang awak di sana?"

"Kalau saya jadi manusia, sudah tentu saya mahu masuk ke sekolah yang sama dengan Boboiboy dan saya juga ingin menembus balik semua kesalahan saya terhadap Fang dan Kaizo. Saya akan buat segala-galanya yang mereka suruh!" Fang tersenyum sinis kepada Ratu Lily, manakala Kaizo pula, masih dengan muka serius dia "Makanan yang saya akan makan adalah kesemua makanan yang ada dekat kedai Tok Aba! tapi siapa abang-abang awak?" Ratu Lily garu-garu kepala dia

"Seterusnya untuk Kokoci, kenapa kamu sama pendek seperti encik bos saya? Kokoci tinggal dengan siapa selain Motobot? Dia juga nak memiliki Motobot sebagai sahabat dia, boleh ke?"

"Kerana kami dari keturunan alien pendek-pendek. Kami tidak mempunyai DNA seperti Borara ataupun Ejojo. Selain daripada Motobot, saya juga tinggal bersama dengan Cattus dan juga Bellbot, sementara ahli pasukan TAPOPS yang lain pergi bersuka ria dekat dalam fanfic author Lynz tetapi kamu tidak boleh memiliki Motobot kerana aku sebagai kommander Kokoci, aku perlu melindungi dia sepanjang masa" kata Kokoci dengan nada tegas dia "Aku tak berikan Motobot kepada sesiapa, kecuali kuasa untuk lima superhero kita"

"Ala, Lily pun nak juga. Lily pun nak merasa ada kenderaan seperti Boboiboy. Kalau macam si ratu pontianak ni lainlah, sebab dia ada kuasa untuk merasuk orang dan terbang macam hantu" Lily terus merayu kepada Kokoci, siap peluk kaki pendek Kokoci "Boleh yea boleh yea.. bolehlah Lily pergi menolong Boboiboy nanti"

"AKU KATA TAK BOLEH! TAK BOLEHLAH! KAU NAMPAK SPANA GERGASI AKU?" Kokoci teruskan keluarkan spana sebesar gajah yang entah muncul dari mana

"Tak nampak" Sebenarnya Lily nampak tapi buat-buat tak nampak

"KAU NAK AKU KETUK KE?" Lily terus gelengkan kepala. Lalu dia duduk balik dengan muka sedih dia "Bagus, duduk diam-diam. Kalau tidak, aku ambil balik keahlian TAPOPS kamu"

"Kasihan Lily" Probe bagi sapu tangan dekat Lily dan terus Lily lap hidung dia yang sudah berair "Soalan ini pula dari Dava Juniawan, bagaimana Kokoci boleh bergabung dengan pasukan Tengkotak?"

"BILA MASA AKU BERGABUNG DENGAN PASUKAN TENGKOTAK! AKU HANYA SEBAGAI PENGINTIP SAHAJA!" Marah Kokoci lagi

"Jangan marah-marah Kokoci, nanti cepat tua. Langsung tak comel dah" Kokoci merenung maut ke arah Probe dan tangan sebelah dia sedang mengangkat spana gergasi dia "Menakutkan betul. Baiklah, seterusnya dari meow meow manja atau lebih dikenali sebagai kitty manja! Soalan dia untuk kommander kuaci"

"KOMMANDER KUACI?! DIA INGAT AKU NI KACANG KE APA!" Terus ipad Probe kena rampas dan lalu Kokoci ketuk-ketuk ipad itu sehingga hancur, langsung tidak boleh berfungsi "Nama aku elok-elok, terus jadi kuih koci, kuaci, laici dan macam-macam lagi. Siapa lagi nak ejek nama aku?" Semua duduk diam dan tidak berkata apa lagi sebab takut dengan kegarangan kokoci dan juga spana gergasi itu

"Ipad aku!" menangis Probe

"Kita akan berehat sekejap" kata Fang sambil makan donut lobak merah di hadapan kamera

"Komputer! Berikan soalan tadi kepada Probe" kata Adudu

"Baik encik bos!" Komputer terus mencari balik soalan-soalan yang masih belum ditanya lagi dan akhirnya jumpa "Ini dia soalan-soalan yang masih lagi belum dijawab"

"Terima kasih encik bos! Kau lah encik bos yang paling baik hati" Probe rasa terharu pula

"Hmm... sama-sama" Adudu terus turun ke bawah untuk kembali ke tempat duduk dia

"Baiklah, kita sambung balik soalan dari Kitty Manja" Probe perlu lebih berhati-hati sekarang ini kerana tidak mahu Kokoci pergi musnahkan Komputer pula "Soalan dia untuk Kokoci, tak rasa bosan ke asyik satu kumpulan dengan si Gopal?"

"Bosan? Aku tidak mengerti apa itu bosan. Aku hanya tahu untuk melindungi dan menyelamatkan power sphera sahaja dan aku akan pastikan Gopal tidak akan melakukan kesilapan dia lagi sekali" Gopal terus sorok di belakang kerusi Fang sebab takut dengan renungan maut Kokoci

"Seterusnya dari gadis misterius. Dia cakap, LAIN KALI LANDAK JAWABLAH DENGAN LEMAH LEMBUT!" menjerit Probe dekat telinga Fang

"WOI! Kalau tak jerit dekat telinga aku tak boleh ke?" Fang ketuk kepala Probe dengan spana

"Hehehee... saya hanya mahu sampaikan sahaja dari gadis misterius ni" Probe terus terbang ke atas pentas

"Fang Fang... bila orang tanya elok, kita kenalah jawab dengan elok. Tak baik jawab marah-marah, nanti orang tak suka" Fang rasa malu pula apabila ditegur oleh Lynna "Lain kali jangan buat lagi"

"Dia akan buat lagi" jawab Kaizo. Lynna hanya gelengkan kepala sahaja

"Dengar tu Fang, dengarlah nasihat dari kakak awak tu yea. Baiklah, soalan dia untuk Ratu Lily. Mahu tak Ratu Lily berkawan dengan dia? dan kuku Ratu Lily tu diasah supaya lebih tajam untuk mencakar si landak panas baran" Probe tergelak sedikit tetapi Ratu Lily menangis di atas sofa

"Macam mana nak cakar dia kalau kuku saya sudah dipotong oleh Lily" Ratu Lily melihat kuku-kuku dia yang sudah menjadi pendek. Lily hanya tersenyum bangga sahaja

"Jangan sedih Ratu Lily, nanti saya belanja awak kuku palsu yang lebih tajam macam pisau"

"WAHHH! Terima kasih Probe" Ratu Lily peluk Probe "Kamulah robot yang terbaik daripada yang terbaik dan saya sudi berkawan dengan gadis misteri itu!"

"Errr... nama dia gadis misterius" Ratu Lily tak dengar sebab sibuk sangat peluk Probe "Reader kita yang seterusnya dari aquamarine2602. Watak kegemaran OC dia adalah geng trio huhu hara iaitu Bella, Lily dan Faye! dan dia paling suka adalah Lily!"

"YEAHHHHHHH!" Lily meloncat-loncat kegembiraan

"Dan dia mahu berkawan dengan kamu bertiga" Lily angguk tanda boleh "Bolehlah tu jawapan dia. Baiklah, soalan dia untuk Ratu Lily. Seram tak tinggal di alam roh"

"Tak seram tapi yang paling menariknya ialah dapat jumpa pelbagai jenis roh. Macam-macam perangai ada, yang pelik macam si Lily pun ada. Yang garang macam Kaizo pun ada tapi malangnya, tiada roh untuk robot"

"Kasihan robot-robot sebab tiada roh" Probe menjadi sedih tetapi lepas itu, dia terus gembira "Soalan dia untuk Kokoci, kenapa pangkat Boboiboy dan Gopal lebih rendah daripada Papa Zola?"

"Itu sebab mereka gagal dalam misi mereka" jawab Kokoci sambil melihat Gopal tersengih di bawah pentas

"Soalan terakhir dari aquamarine untuk Lily. Menurut Lily, kamu anggap Kapten Kaizo dan Fang sebagai? dan adakah Fang itu kawan baik Lily?"

"Hmmmm... Lily anggap mereka sebagai abang dan adik yang sentiasa tidak puas hati dengan Lily dan yea, saya anggap si landak tu sebagai kawan baik Lily walaupun Lily suka sangat cari pasal dengan si landak tu. Landak kalau mengamuk tak tentu, memang menarik! Lebih-lebih lagi apabila dia bertukar menjadi hantu bayang! Memang menakutkan" Fang sabar sahaja dengan jawapan Lily dan dahi dia berkerut-kerut, seperti mahu mengamuk di situ juga tetapi dia menahan dirinya buat begitu

"Baiklah, soalan kita yang ter-" Lily terus menolak Probe dan lalu dia mengambil mikrofon Probe "Aduh.. suka sangat tolak aku ni"

"Hehehee.. sebenarnya! LILY PUN NAK JAWAB SOALAN DARI RIZU! Lily ada tiga watak OC kegemaran. Yang pertama adalah RIZU! sebab dia comel, kelakar dan suka berceloteh! Yang kedua adalah kak Lynna! Kerana dia lemah lembut tapi dia kuat dan terakhir sekali adalah FAYE! MY BEST FRIEND KU!" Terus Faye muncul dan lalu peluk Lily

"LILY!"

"FAYE!"

"LILYYY!"

"FAYEEEEEEE!"

"LILYYYYYYYYYYYY!"

"FAYEEEEEEEEEEEEE!"

"Sudahlah tu.. sampai esok tak kan habis" marah Probe

"Hehehee.. maaf yea" Faye turun dari pentas

"Baiklah, soalan Lily untuk Kommander Kokoci! Mahukan Kommander Kokoci terima saya sebagai ahli pasukan TAPOPS?" tanya Lily "Tapi Kommander Kokoci sudah terima saya tadikan" Kokoci angguk tanda betul "Soalan yang kedua untuk Kokoci, adakah benar watak kommander terinspirasi atau diambil atau direka atau dicipta oleh director Encik Nizam dari kuih koci itu sendiri sebab saiz dan warna kommander Kokoci yang pendek bin hijau itu seperti kuih koci, kalau diperhatikan dengan lebih dekat dan teliti" Aura-aura gelap Kokoci muncul dan tangan sebelah dia sedang memegang spana gergasi. Lily rasa takut pula melihat Kokoci "Rasa macam tengok landak pula" kata Lily sambil tersengih. kaki dia sudah bersiap sedia untuk larikan diri

"AKU BUKAN KUIH KOCIIII!" Lily larikan diri dan Kokoci mengejar Lily dengan spana gergasi dia "KAU DIBUANG DARI PASUKAN TAPOPS! SAMA JUGA DENGAN RATU LILY!"

"WHAT?!" Terkejut Ratu Lily "Kenapa saya perlu dibuang juga? LIFE IS NOT FAIRRRR!"

"LILY ADA SOALAN UNTUK RATU LILY! BILA NAK MENGAKU KALAH!" Lily sempat lagi bagi soalan dekat Ratu Lily sambil selamatkan diri daripada Kokoci tengah mengamuk

"Sempat lagi budak ni" kata Gopal

"BELASAH DIA! BELASAH DIA KOKOCI!" Fang rasa seronok pula melihat Lily kena kejar dengan Kokoci "CARI NAHAS LAGI! PADAN MUKA KAU! HAHAHAHAHAAAA! ADOI!" Kaizo mengetuk kepala adiknya

"Adeh, huru hara jadinya" Pening kepala Probe "Silakan jawap soalan tadi, Ratu Lily"

"Jawapan saya, SAYA TIDAK AKAN MENGALAHHHHH!" kata Ratu Lily dengan penuh keyakinan. Lily sudah penat berlari dan akhirnya dia diketuk oleh Kokoci. Benjol kepala Lily. Jadi mereka berdua kembali ke tempat duduk

"Kita sudah sampai dengan reader kita yang terakhir! Ini datang dari Fangboy Sasunaru. Watak OC kegemaran dia adalah Lynna! Baiklah, soalan dia untuk duo Lily, jikalau Boboiboy sudah mempunyai pasangan kekasih pilihannya sendiri, apakah duo Lily akan lakukan?" Kamera terus halakan kepada duo Lily

"Lily akan menjadi sedih tapi Lily terpaksa akur dengan pilihan Boboiboy sendiri tapi yang paling penting, Boboiboy abaikan persahabatan kita tau" kata Lily

"Tak, Boboiboy tak kan abaikan persahabatan kita. Boboiboy sentiasa menghargai persahabatan kita semua" jawab Boboiboy dengan tenang

"Ratu Lily pun akan menjadi sedih tapi saya akan sokong hubungan kamu, bukan dengan Lily" Ratu Lily tersenyum sinis kepada Lily tetapi Lily buat-buat tidak nampak

"Soalan untuk Lily pula, selain daripada Boboiboy, siapakah yang Lily suka diantara kawan lelaki kamu sendiri?"

"Hmmm.. jawab Rizu boleh? sebab dia comel macam penguin. Suka sangat bermain dengan dia sampai tak ingat dunia" jawab Lily

"Soalan untuk Ratu Lily, jikalau Fang dan Kapten Kaizo tidak menerima kemaafan dari kamu, apakah tindakan kamu untuk mereka maafkan kamu?"

"Saya tidak akan berputus asa. Saya akan tunjukkan yang sudah menyesal dengan perbuatan saya!" Ratu Lily siap berdiri sambil bercekak pinggang

"Soalan dua terakhir untuk Kokoci. Kenapa tak naikkan pangkat Boboiboy? dan adakah pasukan Kapten Kaizo salah satu pasukan hampir sama seperti pasukan Kokoci?"

"Aku tidak naikkan pangkat dia kerana dia gagal di dalam misi dia" kata Kokoci dengan tegas "Dan pasukan TAPOPS sama seperti pasukan Kapten Kaizo, cuma dia kapten dan aku adalah kommander. Ada apa-apa lagi soalan?"

"Tiada! KITA SUDAH HABIS MENJAWAB SEMUA SOALAN! HOOOREEYYY! Boleh makan kuih koci selepas ini sebab dari awal tadi asyik sebut kokoci aje, sampai otak saya pun terbayangkan diri saya sedang makan kuih koci. Tekak pun sudah terasa kuih koci" Berkerut-kerut dahi Kokoci "Tapi.. saya robot, boleh ke makan? Kepada yang terliur nak makan kuih koci, silalah pergi beli kuih koci secepat mungkin sebelum kehabisan. Baiklah, sebelum kita berakhir, kita akan terhibur dahulu tetapi kepada reader yang request Fang menyanyi. Terpaksa tunggu minggu hadapan sebab dia tengah mood tak betul. Entah kenapa si landak tu, datang bulan ke apa?" Probe terbang ke tepi pentas "Baiklah, dipersilakan nyanyian duet dari Ratu Lily dan Boboiboy dengan lagu mereka I LOVE YOU!" Lily terus pengsan sebab kekasih hati dia berduet dengan Ratu Lily. Probe mengipas-gipas Lily dengan kertas "Ini hanya permintaan sahaja, Lily" Terus Lily bangun dengan senyuman sinis dia. Tirai pentas dibuka. Boboiboy dan Ratu Lily sudah bersedia untuk bernyanyi tetapi Lily juga turut menyibuk sekali

-Boboiboy, Lily dan Ratu Lily-

Mungkin kita pernah rasa tentang cinta
Yang takdirnya bukan untuk kita
Mungkin ini adalah cara meluah cinta
Tanpa berkata atau berpandang mata

Lily dan Ratu Lily berebutkan mikrofon itu dan Boboiboy terpaksa berdiri jauh. Lalu duo Lily terpaksa kongsi bersama mikrofon itu

-Lily dan Ratu Lily-

Mungkin aku mencintaimu
Walaupun engkau tak pernah tahu
Mungkin aku mencintaimu
Tanpa lelah atau pun jemu

I'm sorry but I love you
I'm sorry if I miss you
Even if I can't have you
You know I'll always be there for you

Duo Lily berebut untuk bernyanyi bersama Boboiboy pula. Lily menolak Ratu Lily dan Ratu Lily menolak Lily jauh dari Boboiboy. Para penonton rasa seperti menonton persembahan tolak menolak di atas pentas. Boboiboy rasa malu dengan kelakuan mereka berdua

-Boboiboy, Ratu Lily dan Lily

Mungkin kita tak bersama itu takdirnya
Tak mengapa asal kau bahagia
Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu

-Lily dan Ratu Lily

I'm sorry but I love you,
I'm sorry if imiss you,
Even if I can't have you,
You know I'll always be there for you.
I'm sorry but I love you

"Adeh, memang huru hara pentas" kata Probe setelah habis menyaksikan perebutan mikrofon untuk bernyanyi bersama Boboiboy sampai Boboiboy pun rasa nak lari dari pentas itu "Apa nak jadi dengan budak-budak ni.. isk isk isk.. Nampaknya, kita sudah pun selesaikan dengan hiburan huru-hara tadi. Pada minggu depan, saya akan menjemput landak segala landak iaitu FANG! tetamu kita yang kedua pula, adalah BELLA! dan tetamu kita yang terakhir sekali, adalah FAYE!"

"UWAAAAA! APASAL PISAHKAN LILY DARIPADA KAWAN-KAWAN LILY!" Lily berguling-guling di atas pentas sambil menangis

"Err.. kita abaikan dia. Berikan dua soalan anda kepada para tetamu kita tapi ada juga yang bagi lebih daripada dua. Tuliskan soalan anda di ruangan review dan kita akan berjumpa lagi pada minggu hadapan di EDISI MALAM MINGGU!" Probe terus tinggalkan pentas dan biarkan Lily berguling-guling lagi di atas pentas keseorangan

Yaya muncul kali ini sebab minggu lepas dia tak dapat nak bagi soalan "Hai semua! Saya Yaya dan saya akan berikan soalan kamu untuk minggu ini! Apakah pendapat kamu tentang kemunculan Boboiboy Daun? Jangan lupa berikan jawapan anda di ruangan review. Bye semua!" Yaya melambai-lambai di hadapan kamera

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com