Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Minggu ke 5

"HAI SEMUA! Sayalah Probe, host kamu untuk EDISI MALAM MINGGU!" Hari ini Probe berpakaian seperti Tok Aba, atuk kepada Boboiboy! "Kita bertemu kembali dan saya yakin kamu semua sudah tidak sabar lagi untuk para tetamu kita menjawab soalan-soalan dari kamu semua! Tapi sebelum itu, kita terhibur dahulu dengan persembahan dari Boboiboy, Gopal, Fang, Yaya dan Ying! dengan lagunya bertajuk sahabat"

Kau ada di kalaku suka
Di kalaku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada di kalaku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kaulah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidupku
Kaulah yang di situ
Setia menunggu ku
Kaulah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau ada di kala ku jatuh
Di setiap bangunku
Terus menemaniku tanpa rasa jemu
Kau ada di setiap tawa
Di kala bahagia
Kau menjadi sahabatku selamanya

Kaulah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidupku
Kaulah yang di situ
Setia menunggu ku
Kaulah yang satu
Menjadi sahabatkuSahabat... tetap bersama mu jika
Kau perlu... kan ku... dan ku tak kaku
Tak kekok kalau sampai buntu
Kita belok
yo...yo
Berjangkit sesama seperti mengusik
Si melatar
Kau kau jangan kau melampau dan
Kalau siapa mengusik Najwa tolong
Bagi tau aku tapau

Ku tahu ku kan selalu ada
Ada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu, menjadi

Ohh...ohhh...ohhhh

Menjadi sahabatku...

"Berikan tepukan gemuruh untuk superhero kita!" Para penonton studio markas kotak bertepuk tangan sambil tersenyum melihat mereka semua. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying terus melambai ke arah para penonton sambil turun ke pentas kecuali Fang kerana dia adalah tetamu kita pada hari itu "Sepatutnya lagu ini adalah duet antara Yaya dan Boboiboy tetapi Yaya tidak mahu berduet. Jadi mereka menjemput rakan-rakan dia untuk nyanyi sekali" Probe terbang ke tepi pentas "Mari kita mulakan dengan sesi seksakan Fang! Eh silap... sesi membalas dendam.. eh silap lagi.. sesi soal jawab.. hehehee... maaf yea"

"Cheh, boleh lagi nak buat lawak" bisik Fang yang berada di dalam belakang pentas

"Baiklah, saya akan memperkenalkan tiga tetamu undangan kita pada hari ini. Tetamu kita yang pertama, dia sebelum ini tidak pernah dijemput ke Edisi Malam Minggu. Dia juga mempunyai personality yang sama dengan si landak tetapi dia bukan jenis yang suka mengamuk tak tentu pasal seperti landak. Dia juga adalah salah seorang ahli dari pasukan Trio Huru Hara dan dia adalah BELLA!"

"Hai semua!" Bella melambai-lambai sambil berjaya ke tengah pentas

"Silakan duduk yea cik Bella" Bella duduk di atas kerusi sofa yang ada di tengah pentas

"Tetamu kita yang seterusnya. Dia adalah sepupu kepada si landak tapi dia tidak mempunyai sifat panas baran seperti landak. Dia adalah kawan baik kepada Bella dan Lily, dan juga salah seorang daripada ahili pasukan Trio Huru Hara juga. Dia adalah Faye!"

"Apa khabar semua?" Faye keluar dari pentas belakang dengan senyuman menawan dia

"Saya khabar baik cik Faye ku yang manis" jawab Probe dengan suara ala-ala manja. Faye duduk di sebelah Bella dan ternampak Lily sedang mengigit sehelai sapu tangan sambil menangis-nangis sebab tak dapat nak jadi tetamu pada hari itu

"Cheh, gatal juga si robot badut ni" bisik Fang lagi "Takpe, takpe... nahas dia nanti"

"Tetamu kita yang seterusnya. Dia bukan seekor landak tetapi mempunyai nickname landak dan Lily suka memanggil dia landak daripada menggunakan nama betul dia. Dia mempunyai seorang abang yang sangat garang dan tegas tetapi dia tetap sayangkan abang dia, walaupun sudah banyak kali dibuli dan dia adalah LANDAK! atau lebih dikenali sebagai FANGGGGG!" Fang keluar dari pentas belakang dengan senyuman paksa dia

"Hai semua" kata Fang sambil duduk di sebelah Faye

"Yeahhh! Ketiga-tiga tetamu kita sudah pun berada di atas pentas. Sebelum kita mulakan sesi soal jawab, saya akan baca balik soalan minggu lepas yang telah diberikan oleh Yaya. Soalan dia berbunyi begitu, apakah pendapat kamu tentang kemunculan Boboiboy Daun? Hampir semua reader menjawab dengan jawapan yang sama. Mereka katakan Boboiboy Daun mempunyai mata yang lebih besar daripada pecahan yang lain. Lebih comel, lebih polos, lebih kelakar, lebih hebat dan lebih lurus bendul. Ada juga mengatakan Boboiboy Daun ini seperti Lily. Jadi saya tidak perlu menjawab jawapan kamu bolehkan.. hehehehehee... baiklah, semua sudah bersedia?" tanya Probe dengan suara yang penuh semangat

"SEDIAAAAA!"

"Baiklah, kita mulakan dengan reader kita yang pertama. Soalan ini datang dari cute girls dan soalan dia untuk Fang. Fang suka tak main lawan pedang dengan Halilintar? dan bagaimana rasanya kalau terkena tusukan pedang Halilintar? Boleh tak Fang menjadi kawan dia?"

"Aku suka berlawan pedang tapi tak kisahlah lawan dengan sesiapa pun, asalkan kita dapat berlawan bersama!" kata Fang. Lalu dia sambung lagi "Mestilah rasa sakit, lebih-lebih lagi terkena pedang Hailintar. Rasa macam kena petir dan kalau kau nak kawan aku, boleh aje tapi dengan satu syarat. Jangan nak ambil donut lobak merah aku"

"Lerrr... boleh pulak macam tu" Faye gelengkan kepala

"Dia dan donut lobak merah dia, tak boleh dipisahkan. Kalau dipisahkan, boleh naik angau si Pang ni"

"Betul tu Bella. Angau tak angau, memang bangau si landak ni" Fang berkerut-kerut dahinya dan hati dia mulai panas dengan Probe dan Bella "Baiklah, seterusnya dari Ana tapi soalan dia untuk Yaya pulak. Sudikah Yaya menjadi kawan dia? Kita ada video siaran langsung dari rumah Yaya!" Computer Adudu memacarkan muka Yaya di skrin computer

"Hai semua! Saya Yaya dan untuk soalan Ana tadi, saya sudi menjadi kawan kamu"

"Puas hati dengan jawapan anda? Kalau puas, kita ke reader kita yang seterusnya" Lalu muka Yaya hilang dari skrin computer itu. Probe terus membaca soalan yang seterusnya "Ini datang dari mister mimpi tapi cik mimpi yang bagi soalan. Soalan dia untuk Fang, mana satu Fang akan pilih abang kamu atau donut lobak merah? Jawab jangan tak jawab" Probe tergelak sedikit. Fang sudah mula berpeluh kerana dia tidak tahu mana satu dia mahu pilih

"Errr... abang aku penting tapi donut lobak merah pun penting jugak... errrr... TAK TAHU LAH AKU NAK PILIH MANA SATU" Fang menghantuk-hantuk kepalanya di meja yang ada di hadapan dia

"Isk isk.. boleh jadi gila si landak ni" kata Probe

"Dah tak betul adik aku ni" bisik Kaizo

"Aku pilih KAPTEN DONUT KAIZO MERAH! YEAHHHH!" terus Fang menjerit secara tiba-tiba. Boboiboy, Gopal, Faye dan Bella menepuk dahi mereka. Manakala Lily terbayangkan Kaizo menjadi sebiji donut

"Apasal aku rasa lain macam aje nama donut tu" bisik Bella sambil memerhatikan Fang yang terbayang dirinya sedang makan donut lobak merah

"Sedap tu tapi Boboiboy lebih sedap! Sebab donut perisa oren" Lily mula berangan seorang diri. Kaizo hanya pandang Lily dengan mengangkat kening sebelah

"Soalan dari cik mimpi untuk Bella pula. Dia cakap jangan terperdaya dengan kekacakan Cikgu Aiman tu sebab cikgu tu kejam tahap itik! Soalan dia, Bella masih suka dekat cikgu Aiman tu?"

"Tak suka! Aku tak boleh lupakan tentang episode dia denda aku! Memang memalukan sungguh, habis imej aku"

"Memang patut imej kau di calarkan" tambah si Fang

"Eleh, cakap orang.. kau pun sama juga"

"Wei Bella, imej aku sudah lama tercalar semenjak darjah 6 lagi! Tapi aku tetap bergaya" Fang terus buat muka cool dia dekat peminat perempuan dia yang ada di studio markas kotak. Ramai yang menjerit nama Fang sebab dia nampak begitu bergaya sekali. Bella malas nak layan, terus dia menjelirkan lidahnya kepada Fang

"Korang berdua ni suka sangat bergaduh"

"Apa boleh buat Faye, sudah menjadi jodoh mereka untuk bergaduh" kata Probe. Fang dan Bella berikan jelingan maut kepada Probe "Heheheee.. seterusnya dari Dava Juniawan. Pendapat dia tentang kemunculan Boboiboy Daun memang sangat mengejutkan. Baiklah, reader kita yang berikutnya iaitu Taufania. Soalan dia untuk Fang, kenapa landak suka sangat dengan donut lobak merah?"

"Sedap donut lobak merah itu adalah yang tersedap di alam semestar!"

"Dan ia juga dapat tenangkan Fang kalau dia tengah marah ataupun tengah mengamuk tak tentu pasal" muncul Gopal di atas pentas

"Errr.. bila masa Gopal muncul ni?" tanya Probe

"Heheheee... aku saja nak bagi informasi yang berguna untuk orang ramai"

"Bagus tu Gopal tapi sila duduk di bawah yea" Gopal terus turun ke bawah "Soalan untuk Faye, adakah senang menjadi sepupu kepada Fang dan Kapten Kaizo?"

"Hmmm... senang tu memang senang tapi tiap-tiap hari boleh pening kepala ni sebab dia orang suka sangat bergaduh. Lepas tu bisinglah satu rumah sebab jeritan dari mereka berdua. Faye pun kadang-kadang lari ke rumah Bella sebab tak tahan sangat dengan perangai dia orang. Apalah nasib Faye dapat sepupu perangai suka bergaduh tapi mesra" mengeluh Faye

"Takpelah Faye. Bersabar ajelah yea" kata Probe sambil usap-usap kepala Faye. Fang terus mengetuk kepala Probe dengan tukul besi "Adoi! Maaf Fang.. saya cuma nak tenangkan dia sahaja.. heheheee" Probe tersengih kepada Fang yang sedang berapi-api itu "Seterusnya dari Azuki5991. Soalan dia untuk Fang, siapakah yang mengajar kamu mengawal atau memandu kapal angkasa abang kamu? Lahap atau abang kamu sendiri? Dan adakah kamu meminta untuk membenarkan memandu kapal angkasa atau kamu yang suruh kamu belajar lebih awal?"

"Mestilah abang aku. Dia kan abang terbaik aku dan sudah tentu abang aku paksa aku belajar memandu kapal angkasa dia tu!" Fang nampak abangnya hanya angguk tanda puas hati

"Soalan seterusnya untuk Bella" Probe betulkan suara dia "Abang kau si Aidan tu macam mana? garang ke? Dan adakah Bella betul-betul sukakan si panas baran iaitu landak? Kalau berani, jawab dengan jujur"

"Hehehee.. malu pulak nak cakap tapi aku jenis yang berani yang ramai yang sudah tahu aku suka dekat Fang!" kata Bella sambil berdiri bercekak pinggang "Tapi aku tak kisah pun kalau dia tak suka dekat aku"

"Betul tu! Aku memang tak suka kau!" jawab Fang

"Bagus bagus.. tapi kalau suka sama suka, mesti selalu bergaduhkan. Macam suami isteri" Fang dan Bella merenung tajam ke arah Probe

"Lupa pula.. abang aku garang bertempat tapi dia tu kuat walaupun dia cacat tapi aku tetap sayangkan abang aku. I LOVE YOU ABANG!" Bella melambai-lambai di hadapan kamera "Nanti adik buatkan nasi goreng untuk abang ok!"

"Wah! Bestnya kamu ada abang. Ini pula soalan untuk Faye, apakah yang menyebabkan daddy kamu benarkan kamu duduk di bumi bersama Kapten Kaizo dan Fang?"

"Hmmm... sebab Faye beritahu perkara yang sebenarnya dan Faye terus memujuk daddy lagi sampailah dia pening kepala... hehehehee.. lepas tu dia bagi pindah ke sini! Jadi Faye dapatlah berkawan dengan Lily dan Bella! Bestnya!" Faye terus memeluk Bella dan Lily muncul di atas pentas, dia juga memeluk Bella. Fang pula kena tolak oleh Lily. Dia mula berapi-api dengan Lily

"Nak kena budak ni" bisik Fang dengan muka marah dia

"Alololooo.. sweetnya.. saya pun nak peluk juga tapi takut kena marah pula. Lily boleh turun ke bawah yea" Probe tersengih sambil terbayangkan diri dia kena peluk dengan gadis trio huru hara

"Tak nak" jawab Lily

"Turun!"

"Tak nak!"

"Isk budak ni.. saya suruh turun dia tak nak pulak. Meh saya pukul kamu dengan SPATULA GERGASI! Pukul Lily macam pukul lalat!" terus Lily lari dari situ "Tahu takut!"

"Bukan takut tapi Lily bukan lalat lah!"

"Abaikan sahaja suara sumbang tu yea tapi dia memang lalat pun. Lalat yang suka mengacau orang, lebih-lebih lagi dua adik beradik alien" Lily rasa nak ketuk kepala Probe dengan tukul besi tetapi Rizu dengan pantasnya, dia berikan anak patung Boboiboy kepada Lily. Terus dia menjadi tenang "Seterusnya dari AN! Soalan dia untuk Fang, apa pendapat Fang tentang Boboiboy daun? dan motorbike tu Motobot yang bagi ke?"

"Pendapat aku.. biasa aje"

"Cemburu lah tu" bisik Gopal sambil tergelak sedikit

"Tapi aku tak kan kalah dengan kuasa terbaru dia! Hahahaaa! dan motorbike itu.. yea kot Motobot yang bagi.. hehehehee" Fang tersengih

"Boleh pulak main kot kot..karang saya sangkut si landak ni dekat pengakut baju, baru dia tahu"

"APA KAU CAKAP!" Fang ketuk kepala Probe dengan tukul besi

"Maaf Fang.. saya bergurau aje" Fang terus kembali ke tempat duduk dia dengan tukul besi "Aduh, sakit kepala aku. Soalan untuk Bella, apa khabar abang kamu sekarang? masih kena buli?"

"Abang saya sihat sahaja, dia ada dekat rumah. Abang saya masih kena buli tetapi dia tahu macam mana nak lawan-lawan orang tukang buli dia tu! Dia tidak takut dengan pembuli dia. Terima kasih kerana bertanya" kata Bella dengan sopan santunnya. Fang rasa nak muntah pula apabila dia melihat kesopanan Bella. Faye terus ketuk kepala Fang

"Soalan untuk Faye. Boleh tak Faye menjadi kawan dia? Faye suka warna apa? dan Faye memang selalu keluar makan dengan Gopal ke?"

"Boleh boleh! Faye sudi berkawan dengan kamu. Warna kegemaran saya adalah 3P!" Faye tunjuk tiga jari dia "Pertama adalah warna Purple, kedua ialah Pink dan yang terakhir sekali ialah Peach! WARNA 3P!" Lily bertepuk tangan melihat kawan baik dia yang begitu ceria sekali menjawab soalan "Saya memang selalu keluar makan dengan Gopal sebab Gopal kan kuat makan macam saya!"

"Betul tu sahabat baik ku! Kami adalah pasukan makan!" Gopal muncul balik di atas pentas dan terus Fang menolak Gopal. Lalu dia bergolek-golek jatuh di bawah pentas "Aduh... ganas betul si panas baran tu"

"Wei Fang! Kau tak boleh ke tolak Gopal macam tu" marah Boboiboy tetapi Fang buat-buat tidak tahu sahaja "Jaga dia nanti" bisik Boboiboy sambil menolong Gopal untuk bangun. Lynna hanya gelengkan kepala sebab perangai tak senonoh Fang. Rizu pun gelengkan kepala juga

"Baiklah, seterusnya dari adik beradik K! K yang pertama adalah Kaiza! Hai Kaiza! Soalan dia untuk Fang, kenapa Fang suka cari pasal dengan orang lain dan kenapa Fang suka sangat dengan donut lobak merah?"

"Hmmm... bukan aku sudah jawab ke soalan yang kedua tu. AKU SUKA SEBAB DONUT LOBAK MERAH ADALAH ANTARA YANG TERSEDAP DI ALAM SEMESTAR! FAHAM?!" Fang menjerit di dalam studio markas kotak sampai ada sedikit tanah yang jatuh ke atas lantai. Probe menjadi risau pula "Aku suka cari pasal sebab aku kan nakal dan aku memang tak serik kena belasah atau kena kejar dengan abang aku!"

"Bila adik aku nak insaf, entahlah. Sampai stress aku dibuatnya" Berkerut-kerut dahi Kaizo kerana terlampau geram dengan kenakalan adiknya. Lynna usap-usap lengan Kaizo supaya dia tenang

"Oh begitu.. dasyat jugak si landak ni" kata Probe "Dia ada cabaran untuk Fang dan Kapten Kaizo. Dia mahu kamu bertukar peranan dan kuasa"

"Errr..." Fang melihat abangnya yang muka serius itu, lalu dia gelengkan kepala "Macam abang aku nak bagi aje kuasa dia tu. Dia tu kan tegas, kuasa dia mana boleh di sentuh oleh sesiapa pun"

"Kalau tak boleh, kita suruh author Lynz tuliskan kisah mereka berdua tertukar peranan dan kuasa! Hehehee.." Probe tergelak sedikit "Kaiza ni tiada soalan untuk Bella tapi... Fang dan Bella perlu berdiri di tengah pentas dan pandang satu sama lain" Fang dan Bella ikut sahaja arahan Probe. Mereka berdua bertentang mata dengan perasaan nak cari nahas dengan satu sama lain "Baiklah, cabaran dia untuk kamu berdua adalah PEPERO GAME!" Probe keluarkan sebatang biskut chocolate yang panjang. Dia terus berikan kepada Fang "Fang gigit sebelah, Bella gigit sebelah" Mereka ikut sahaja arahan dari Probe "Makan sampai pepero itu tinggal 1 cm atau 0.2 cm ke.. jangan nak pergi cium pulak! Karang aku ketuk dengan tukul besi ni, tak pun dengan spatula gergasi"

Lalu mereka berdua makan secara perlahan pepero itu dan muka Bella naik merah. Hati dia berdebar-debar kerana makin lama makin dekat muka mereka berdua. Fang hanya buat muka biasa sahaja. Dia tidak mahu bertentang mata dengan Bella. Sebenarnya hati dia pun berdebar-debar juga tapi dia tenangkan dirinya

"PEDANG TENAGA!" Pepero itu terbelah kepada dua "KEGILAAN APAKAH INI! KENAPA BAGI CABARAN PELIK-PELIK KEPADA MEREKA BERDUA?!"

"Errr.. Kapten Kaizo bawak bertenang yea" Kaizo menyimpan pedang tenaga dia dan suruh mereka berdua pergi kembali ke tempat masing-masing. Muka Bella masih lagi terasa panas, hati dia rasa nak meletup tadi dan Fang, muka bosan tetapi hati dia rasa lega kerana abang dia telah berjaya menggagalkan pepero game itu "Hah! Apa kata kita tengok Kapten Kaizo bermain PEPERO GAME dengan LYNNA! Mesti ramai yang teruja nanti"

"PEDANG TENAGA!"

"MAAFKAN SAYA KAPTEN KAIZOOOO!" Probe terus larikan diri kerana diri dia sudah dikejar oleh Kaizo

"MANA KAU NAK LARI! KAU SURUH AKU MAIN GAME YANG BUKAN-BUKAN PULA!"

"SELAMATKAN SAYA ENCIK BOS!"

"Kita akan kembali selepas ini" kata Faye sambil lambai-lambai di hadapan kamera

----------------------------------

"Adeh, habis kepala besi aku" Kepala Probe penuh dengan benjol bertingkat-tingkat "Kita sudah kembali ke Edisi Malam Minggu. Kita sambung balik, soalan dari Kaiza untuk Faye. Perangai apakah yang kamu tidak suka terhadap Lily?"

"Hmmm... takde kot" jawab Faye

"Bagus kalau tiada. Seterusnya dari Kaito Jack, soalan dia untuk Bella. Betul ke Bella ada hati dekat si landak tu?"

"Tak payah sebut pun, aku sudah tahu dia ada hati dekat aku" Fang yang menjadi tukang jawab "Aku sahaja yang tiada hati dekat minah perasan tu"

"Wei! Aku bukan minah perasanlah!" marah Bella

"Err.. korang jangan bergaduh yea" tegur Faye sambil tersengih

"Aku tak kan bergaduh kalau dia tak mulakan dulu" jawab Fang dengan nada bosan. Bella rasa nak ketuk kepala Fang dengan tukul besi "Ketuklah kalau berani"

"Siaplah kau nanti" bisik Bella

"Isk isk isk... suka sangat nak cari nahas. Soalan seterusnya untuk Faye, kenapa kamu tidak beritahu kepada Fang yang Bella suka dekat dia?"

"Sebab sepupu aku sudah lama tahu, semenjak dari tahun lepas lagi" jawab Faye sambil melihat Fang dan Bella. Mereka berdua duduk sambil pandang ke tempat lain. Pening kepala Faye kalau berterusan begini

"Kaito ni ada permintaan. Dia minta author buatkan kisah cinta tentang Fang dan Bella" Probe tergelak sedikit sambil melihat Fang dan Bella memandang satu sama lain dengan perasaan geram

"Tak kuasa aku bercinta dengan dia. Mengikut kata abang aku, aku kan masih kecik lagi. Betul tak abang?"

"Hmmm... bolehlah" jawab Kaizo. Bella hanya senyap sahaja, dia terus pandang ke tempat lain. Dia malas nak melihat muka Fang yang berlagak dan sombong itu

"Errr.. kalau author Lynz nak buatkan, dia akan buat tapi kena ikut mood dialah.. hehehee" jawab Probe "K kita yang terakhir, iaitu Karlos Kaize. Dia tiada soalan apa-apa untuk para tetamu kita tetapi dia cakap perangai Boboiboy daun tu lebih kurang macam Lily" Probe tergelak sedikit dan mata Lily bersinar-sinar kerana perangai lebih kurang macam Boboiboy daun "Suka pula dia.. seterusnya dari Miss Mysteri! Soalan dia untuk Nutella, maksud saya Bella.. hehehe.. apakah mata pelajaran kegemaran kamu? dan adakah Bella tahu seni mempertahankan diri?"

"Bella suka mata pelajaran Matematik, English dan Sains! Tapi.. saya bukan nutella yea walaupun nutella itu adalah makanan kegemaran saya"

"Hah! dengar tu Fang. Nutella adalah makanan kegemaran Bella" Fang ketuk-ketuk kepala Probe dengan tukul besi, terus tambah benjol baru di kepala besi Probe "Adeh.. kena ketuk lagi"

"Bella tak pernah belajar seni mempertahankan diri tapi kalau kawan aku dalam bahaya, aku akan selamatkan mereka dengan cara aku sendiri!" kata Bella dengan penuh keyakinan

"Miss ni ada sesuatu untuk Fang" Probe terus tunjukkan Robin kepada Fang "Dia cakap dia nak tengok reaksi Fang"

"Oh, nak tahu apa reaksi aku" Fang tunjuk penumbuk di hadapan muka Robin "Ini reaksi aku.. selamat aku tak tumbuk muka kau. Bawa dia pergi jauh daripada aku!"

"Baiklah" Probe suruh Robin turun ke bawah. Robin turun dengan rasa malu, sampai dia tidak sanggup untuk melihat wajah Kaizo "Kasihan dia.. seterusnya dari Boboiboy Ice.. EHHHHH! PECAHAN KAMU BERIKAN SOALAN KE, BOBOIBOY?!"

"Errr.. mana saya tahu. Entah-entah dia hantar soalan secara senyap-senyap" Boboiboy tersengih sambil garu-garu satu badan "Apasal badan aku gatal ni?"

"Kau tak mandi kot" jawab Fang dengan nada sinis dia

"Wuuuu... Boboiboy ku busuk tak mandi lagi"

"Mana adalah Lily" kata Boboiboy sambil garu-garu badan dia "Tapi.. saya pergi balik rumah sekejap, nak mandi" Terus Boboiboy lari

"Kasihan Boboiboy. Soalan dari Boboiboy Ice untuk Fang dan Bella, KENAPA KORANG SUKA SANGAT CARI GADUH SESAMA SENDIRI?" Probe ketuk kepala Fang dan Bella dengan ipad mini terbaru dia "Jawab cepat!"

"Woi! Kalau tak ketuk kepala aku tak boleh ke?"

"Maaf landak tapi sila jawab soalan tersebut" Probe tersengih

"Sebab dia yang suka mulakan dulu" kata Fang sambil tunjuk ke arah Bella

"Eleh, cakap orang... tapi kau pun suka mulakan dulu jugakan" Bella terus pandang ke tempat lain dan Fang pandang ke tempat lain juga. Faye juga yang rasa janggal dekat situ

"Probe, apa soalan seterusnya?" tanya Faye secara lembut

"Soalan seterusnya... ini pula datang dari miss blank. Soalan dia untuk Fang, dari mana kamu dapat helmet cendawan ungu tu? dan selain daripada donut lobak merah, apa lagi yang kamu suka?"

"Helmet tu.. abang aku kot yang bagi.. kalau dia yang bagi.. APASAL ABANG BAGI HELMET CENDAWAN! TAK PASAL-PASAL, KAWAN-KAWAN ADIK KETAWAKAN ADIK TAHU TAK! SAMPAI BOBOIBOY DAUN CAKAP ADIK NI TRAGEDI FASHION!" Kaizo hanya angkat kening sebelah sahaja sambil melihat adiknya menjerit-jerit di atas pentas "Apalah nasib ku ini" mengeluh Fang sambil menjawab soalan seterusnya "Saya suka makan bubur lobak merah yang abang aku buatkan selain daripada donut lobak merah"

"Soalan seterusnya untuk Bella. Semenjak bila kamu suka Fang? apa khabar abang awak? dan apakah makanan dan warna kegemaran awak?"

"Hmmm.. semenjak bila yea.. semenjak Fang tahu rahsia aku. Dia sendiri yang dapat tahu aku yang selalu menulis cerita detektif Iris dekat internet dan dia juga yang tegur aku sebab aku berlakon sahaja dekat sekolah. Semenjak tu aku terdetik suka dekat dia tapi aku suka cari gaduh dengan dia. Macam Lily kata, memang best cari nahas dengan si Pang tu" Fang merenung tajam ke arah Bella

"Betul tu Bella! Lily suka bila landak mengamuk tak tentu pasal!" Bella tersenyum dengan percakapan Lily tadi

"Abang aku khabar baik. Dia sihat. Aku suka makan nutella, buat sandwich sedap! Kalau buat nutella cookies lagi sedap! dan warna kegemaran aku adalah pink dan purple" Bella terus tunjuk peace di depan kamera

"Soalan untuk Faye pula. Kamu beli dekat mana alat-alat yang Faye selalu guna? dan dia ajak Faye keluar makan bersama Gopal"

"Faye beli dekat planet asal saya lah tapi MENGGUNAKAN KAD KREDIT SERBA MEWAH! heheehehehee.. tapi kad kredit tu kena rampas dengan abang Kaizo. Dia cakap, kalau nak duduk sini, tak boleh guna kad kredit itu sesuka hati Faye sahaja" Faye buat muka sedih dekat Kaizo tetapi Kaizo berikan wajah serius dia sahaja "Faye suka makan! bolehlah saya keluar dengan miss blank! Nanti saya bawa Gopal sekali"

"Seterusnya dari gadis comel! Soalan dia untuk Bella sahaja. Bella suka Fang tak? MESTILAH DIA SUKA!" Bella terus kepala Probe "Apasal Bella ketuk kepala saya, betul lah kan jawapannya"

"Sebab Probe jawab soalan aku. Jadi aku ketuklah kepala Probe dan jawapan saya seperti Probe katakan tadi"

"Hmm... yelah. Gadis comel ini juga mahu Boboiboy menjadi boyfriend kepada dia" Probe terus melihat Lily. Wajah dia berubah menjadi lain, seperti orang mahu pengsan sahaja "Tapi.. Boboiboy tiada di sini sebab dia balik rumah, nak mandi. Gadis comel tulis ajelah surat cinta kepada dia yea" Probe betulkan suara dia "Seterusnya dari LizzNP, soalan dia untuk Fang. Bagaimana pendapat kamu tentang cikgu garang kamu tu? Apa mata pelajaran kegemaran kamu? Haiwan kesukaan kamu? Apa pendapat kamu tentang Bella dan apakah biggest fear kamu? Aduh, banyak betul soalan ni"

"Cikgu Aiman tu garang, macam abang aku. Suka denda orang, macam abang aku tapi abang aku juga yang terbaik. Aku lebih suka mata pelajaran matematik sebab aku suka nombor. Haiwan kesukaan aku bukan landak tapi kucing. Pendapat aku tentang si Bella tu, no komen.. malas aku nak bagi pendapat. Buat sakit hati aku sahaja dan aku paling takut kalau aku kehilangan abang aku sebab dia satu-satunya abang aku. Aku tidak mahu keseorangan"

"Jangan risaulah Fang, Faye kan ada"

"Terima kasih Faye" Faye berikan senyuman manis kepada Fang

"Soalan untuk Bella. Mahu tak menjadi kawan LizzNP? Seronok tak jadi trio huru hara? apakah saat perasaan Bella apabila kamu buli Fang? Soalan yang lain, rasanya Bella sudah menjawab.. maaf yea.. hehehee" Probe tersengih di depan kamera

"Boleh juga aku menjadi kawan kamu. Trio huru hara tu memang seronok! Boleh huru harakan keadaan! heheheee... perasaan aku masa buli Fang memang perasaan tak puas hati dengan si Pang tu. Rasa macam sekeh kepala dia sebab dia tu ingat, diri dia hebat sangatlah. Padahal mana ada hebat sangat pun"

"Diamlah kau!" marah Fang tapi Bella hanya menjelir lidah kepada Fang

"Korang ni kan.. aku suruh juga Emmy buatkan minuman khas untuk korang berdua. Minuman cinta tanpa gaduh!" Fang dan Bella menepuk muka Faye dengan bantal "Selamat bantal bukan tukul besi" kata Faye

"Soalan untuk Faye dari LizzNP. Apa pendapat kamu tentang Boboiboy Galaxy? Ada Spacebook tak? Apa rancangan tv yang kamu suka?"

"Pendapat Faye.. sepupu saya semakin kacak pulak.. hehehee... maaf yea Lizz, Faye tiada Spacebook dan Faye suka menonton rancangan Running Man! Terliur pula Faye tengok makanan korea" Faye terbayangkan diri dia berada di Korea sambil menikmati makanan-makanan yang ada di sana

"Baiklah, kita ada cabaran untuk Fang dari gadis misterius. Dia cakap Fang tidak boleh makan donut lobak merah tetapi Lily dan Ratu Lily akan makan donut lobak merah di hadapan kamu sepanjang Edisi Malam Minggu. Kalau kamu berjaya, dia akan berikan donut lobak merah yang lebih banyak! Tapi Ratu Lily tiada pada malam ini, jadi saya gantikan tempat dia dengan Gopal ok" Lalu Fang keluarkan sepit dan sehelai kain hitam "Errr... landak nak buat apa dengan dua benda tu?"

"Tutup mata dan hidung aku supaya tidak nampak mereka makan dan tidak mendapat bau wangi donut lobak merah!" Faye menolong Fang membalut mata Fang dengan sehelai kain hitam yang panjang dan lalu Fang sepit hidung dia "Heheheheee..."

"Semoga berjaya yea Fang" Lalu Probe pergi bisik sesuatu dekat Bella "Apa kata Bella pergi cium si landak tu" Bella ketuk kepala Probe dengan tukul besi

"Adeh.. saya bergurau aje" Probe terbang ke tepi dengan muka sedih dia

"Aku akan berjaya!" gelak Fang sekuat hati. Gopal makan donut lobak merah dengan senang hati dan Lily makan sikit-sikit sebab tak berapa suka sangat dengan donut lobak merah itu

"Dia ada soalan untuk Fang. Sudikah Fang berdating dengan dia dekat kedai donut?"

"Hmmm... aku sudi dating dengan donut lobak merah aje! HAHAHAHAHAAA!" Bella terus menepuk kepala Fang "WOI! Siapa yang tepuk kepala aku?" Bella hanya senyap sahaja dan Faye tergelak sedikit "Ni mesti si Bella tepuk kepala aku tadikan"

"Entah.. tak tahu" Fang terus membuka balutan di mata dia dan cabut sepit di hidungnya. Dia terus memandang ke arah Bella "Apa? Kau ada hutang dengan aku ke?"

"Jaga kau nanti, Bella"

"Soalan untuk Fang lagi, kenapa muka Fang macam orang jepun? Aik, macam jepun ke? Bukan Kapten Kaizo ke muka macam orang jepun? Pelik aku.. donut lobak merah memang makanan kegemaran dia, rambut dia memang macam landak dan sebenarnya Fang separuh takut separuh tidak takut kalau abang dia separuh gila" Probe pula jadi tukang jawab semua soalan dari gadis misterius tapi Fang tidak begitu kisah sangat sebab terlampau sibuk nak cari gaduh dengan Bella "Oh yea, author Lynz ingin minta maaf dekat gadis misterius tentang gantung landak dan suruh Kapten Kaizo bunuh adiknya sendiri. Ini kerana author Lynz tidak lagi mengambil cabaran bunuh-bunuh yea.. dia cakap, keep it clean dan cabaran untuk Fang, dia suruh Fang bagi bunga mawar ni dekat Ying dan cakapkan 'Ying, aku suka kepada kau' dan dia akan berikan kepada kamu donut lobak merah" Probe berikan bunga mawar merah kepada Fang

"Bunga ni? dekat Ying?" Lalu Fang turun dari pentas dan terus berikan kepada orang lain iaitu abang dia sendiri "Maaf Ying, bunga ini untuk abang aku sahaja dan aku hanya anggap kau sebagai kawan sahaja. Aku tak dapat donut lobak merah pun takpe, janji aku ada abang aku" Kaizo mengambil bunga itu dan ucapkan terima kasih kepada adiknya. Lynna tersenyum melihat Fang berikan sekuntum bunga mawar merah kepada Kaizo. Ying tidak kisah kalau tak dapat bunga sebab dia pun anggap Fang sebagai kawan sahaja. Fang terus naik ke atas pentas

"Jadi, kalau Fang anggap Ying sebagai kawan sahaja.. siapa yang ada dihati Fang?" tanya Probe

"Donut lobak merah dia tu lah" jawab Bella dan Faye serentak

"Heheheee... seterusnya dari Dark Princess. Soalan dia untuk Fang, adakah landak betul-betul rabun?" Fang angguk sahaja "Jawapan dia, dia memang rabun walaupun suka sangat makan lobak merah. Soalan terakhir dia untuk Fang, pernah tak terkena pedang tenaga Kapten Kaizo?"

"Hmmm... pernah kot tapi.. tak ingat pulak" jawab Fang

"Baiklah, soalan ini pula dari guest yang saya tak tahu apa nama sebenar dia. Soalan dia untuk Fang, kalau ejen Alicia jadi adik Fang boleh? sebab dia pun panas baran dan dia boleh dikatakan kepala besar"

"Kalau boleh.. tak nak, boleh tak? Sebab aku sudah ada abang yang garang, malas nak ada kakak yang panas baran macam diri aku" jawab Fang dengan nada yang bosan

"Err.. boleh kot" kata Probe "Soalan seterusnya untuk Bella. Semenjak bila Bella suka bersaing dengan Fang? Bella ada hati dekat Fang?"

"Semenjak dia datang balik ke sekolah setelah dia habis selesai kena gantung sekolah" jawab Bella dengan penuh keyakinan "dan aku mengaku, aku memang ada hati dekat dia tapi aku tidak pernah bertindak gedik terhadap dia!" Fang fikir balik, kata Bella memang betul. Dia mana bergedik dekat diri dia, selalu nak bergaduh adalah, fikir Fang

"Soalan untuk Faye, adakah Faye sepupu Fang? macam mana boleh jadi sepupu Fang? Aik, adakah orang bertanya soalan ini ragu-ragu dengan status Faye?" Probe garu kepala besi dia sebab pelik

"Saya memang sepupu Faye pun. Saya jadi sepupu Faye sebab pak cik saya adik beradik dengan ibu Fang dan abang Kaizo" jawab Faye sambil tersenyum mesra

"Errr.. kita ada soalan tambahan pula, dari gadis misterious untuk Fang. Apa pendapat Fang tentang fanfiction Yaoi berkisah tentang kehidupan Boboiboy dan Fang? Wahai cik gadis misterious, Kapten Kaizo telah menjawab soalan itu pada Edisi Malam Minggu musim pertama, minggu terakhir. Reaksi dia memang menakutkan, sampai dia cantas ipad lama aku" Probe teringat balik ipad lama yang sudah dirosakkan oleh kommander Kokoci pada minggu lepas "Sudah nasib badan kamu, wahai ipad lama ku" mengeluh Probe seorang diri

"Ha ah, abang aku tak suka baca fanfiction Yaoi begitu dan aku pun tak berapa suka, naik geli badan aku" seram sejuk Fang rasa

"Kita ke reader kita yang seterusnya, iaitu Ililara. Soalan dia untuk Faye dan Bella, apakah perasaan kamu jika Lily tidak bersama dengan kamu? dan apakah reaksi kamu jika Ratu Lily bergabung dengan pasukan huru hara korang?"

"Mestilah sedih!" kata Faye dan Bella serentak

"Tanpa dia, tak huru hara namanya..." Faye angguk dengan jawapan Bella "Tapi kalau kita orang bergabung dengan Ratu Lily tu, mesti kita orang pening kepala sebab Lily dan Ratu Lily asyik nak bergaduh berebutkan Boboiboy tu"

"Betul tu, Faye setuju tapi aku pun tengah pening dengan sepupu dan kawan baik aku yang suka cari pasal dan suka cari gaduh" Bella pun angguk dengan jawapan Faye

"Ala, kau suruh ajelah Bella tu jangan cari gaduh dengan aku. Kau kan kawan baik dia" kata Fang secara tiba-tiba

"Suruh aku pulak, kau buat lah sendiri!" balas Bella dengan perasaan marah dia

"Malas aku" Fang terus bermasam muka

"Boleh pulak rasa malas si landak ni" kata Probe "Baiklah, soalan dia untuk si pemalas iaitu landak ungu bernama Fang" Berkerut-kerut dahi Fang "Apakah pendapat landak selepas sahaja melihat Boboiboy Daun?"

"Hmmm... pendapat aku, dia tu biasa aje" jawab Fang

"Eleh, mengaku ajelah kau tu cemburu"

"Senyaplah kau, Bella" Fang rasa nak ketuk kepala Bella dengan tukul besi "Apa soalan seterusnya, Probe?"

"Soalan ini untuk abang kamu" Probe terbang ke bawah pentas dan pergi ke sebelah Kaizo "Apakah reaksi Kapten Kaizo kalau kapal angkasa milik kamu, tiba-tiba rosak sebab gara-gara si landak"

"Aku akan menghukum dia. DIA INGAT KAPAL ANGKASA TU MURAH KE? MAHAL, TAHU TAK!"

"Tahu lerr abang" Fang melihat wajah bengis abang dia "Heeheheee.. kalau rosak, adik gantikan baru nanti"

"Aik, ada duit pulak kamu" Probe garu-garu kepala besi dia

"Aku guna ajelah duit abang aku" Fang tersengih tetapi Kaizo masih perhatikan diri dia dengan muka masam "Heheheeee.. nanti adik kumpul duit banyak-banyak, lepas tu adik bayar balik hutang abang" Kaizo perhatikan adiknya yang sudah rasa tidak selesa. Badan Fang terasa panas dan berpeluh-peluh pula. Fang rasa nak pengsan pula, terus dia pandang ke tempat lain sambil fikirkan donut lobak merah dia

"Soalan kedua untuk Kapten Kaizo, adakah Kapten Kaizo tak sengaja beli helmet cendawan untuk adik kamu?"

"Entah.. tak sengaja kot tapi helmet tu memang sesuai sangat dengan Pang" jawab Kaizo dengan nada serius. Fang tidak dengar jawapan dari abangnya sebab angau dia kepada donut lobak merah, telah pun kembali. Probe terus terbang ke atas pentas

"Baiklah, soalan seterusnya dari Floral Lavender dan soalan dia untuk Fang. Di dalam fanfic 'Do I Remember You' kamu dan Boboiboy menjadi adik beradik, apakah pendapat kamu tentang fanfic itu?" Fang terus tersedar dan lalu menjawab soalan tersebut

"Errr... maaf kepada pemberi soalan sebab saya sendiri tidak pernah baca mana-mana fanfic" Fang tersengih di depan kamera sambil buat peace "Minta maaf banyak-banyak yea"

"Tapi cerita si Bella buat, boleh pulak kau baca"

"Senyaplah kau Faye" Faye tergelak sedikit kepada sepupu dia

"Soalan untuk Bella. Boleh tak Bella ceritakan masalah kamu ketika bersekolah di KL dulu sampaikan kamu terpaksa sekolah di Pulau Rintis dan menjadi sikap dingin dan sombong seperti Fang?

Bella menghelakan nafas "Maaf, Bella tidak boleh ceritakan kisah itu kepada sesiapa sebab kisah itu memang buatkan hati aku rasa perit. Aku tidak mahu ingatkan paling tentang kejadian itu" Bella mengelap air mata dia yang sudah mengalir keluar. Faye peluk Bella supaya Bella tidak menangis di atas pentas

"Oh.. jadi kita jangan tanya lagi" Probe bagi sapu tangan dekat Bella dan Bella mengambil sapu tangan itu "Baiklah, soalan untuk Faye. Semasa kamu mula pindah sekolah di Pulau Rintis, ada tak kawan-kawan kamu yang selalu meminta-minta pada kamu, mencari kamu lagi?"

"Dia orang langsung tak bertanya khabar atau mencari Faye tapi Faye tak kisah sebab Faye ada dua kawan baik dekat sini, iaitu Lily dan Bella"

"Nasib kamu pun sama seperti Bella yea tapi nasib Lily sahaja saya tidak tahu" Lily hanya tersenyum lebar duduk di bawah pentas "Ini pula soalan dari cute girls untuk Faye, boleh tak Faye tolong ceritakan kenapa Faye suka makan?"

"Faye suka makan sebab Faye suka merasa pelbagai jenis makanan yang ada dalam pelbagai jenis rasa! Lagipun, makan itu adalah satu nikmat perlu kita menikmatinya!" jawab Faye dengan riangnya "Faye suka makan semenjak kecik lagi, ramai ingat Faye akan gemuk sebab banyak sangat makan tapi badan Faye tetap kurus"

"Wah, kalau macam tu.. tiap-tiap hari saya sumbat kamu dengan makanan yea" Fang terus ketuk kepala Probe dengan tukul besi "Heheheee... maaf, saya bergurau aje. Adeh.. sakit betul si landak ni ketuk" Probe usap-usap benjol di kepalanya "Oh yea, dia nak Boboiboy jadi best friend kepada si cute girls tapi dia masih lagi belum kembali. Lama betul dia mandi. Umur Boboiboy dalam fanfic Aku Abang, Kau Adik adalah 12 tahun nak masuk 13 tahun. Seterusnya dari adhadeva kirana, soalan dia untuk Fang. Fang suka baca buku apa? Boleh tak dia nak pinjam buku novel Fang?"

"Aku suka baca buku yang berkenaan detektif, action dan juga sains fiksyen! Novel aku? nak pinjam? Boleh kot tapi jaga buku tu dengan elok dan jangan bagi rosak!"

"Soalan untuk Bella pula, apa cita-cita Bella? apakah mata pelajaran yang kamu sukai? dan sudikah Bella menjadi kawan kepada dia?"

"Cita-cita aku adalah ingin menjadi doktor! Mata pelajaran yang aku sukai ialah matematik, sains dan english dan saya sudi menjadi kawan kamu" jawab Bella dengan begitu tenang sekali

"Soalan dia untuk Faye pulak.. kalau misalnya Faye menyertai pasukan abang sepupu kamu iaitu Kapten Kaizo, apa perasaan Faye dan apa yang Faye akan lakukan saat kamu menjadi ahli pasukan beliau?"

"Errr.. kalau tak sertai boleh?" Faye tersengih "Sebab Faye lebih selesa tidak menyertai mana-mana pasukan kecuali pasukan trio huru hara kerana ianya tidak melibatkan tentang misi-misi penting seperti misi abang sepupu aku"

"Bagus Faye, hidup bebas tanpa fikirkan tentang misi penting!" kata Probe "Semua hadiah dari dia, saya akan hantarkan terus ke rumah dia orang yea. Nampaknya kita akan tahu juga, siapakah pemenang untuk menjadi peminat setia kepada Boboiboy tapi Boboiboy masih belum kembali lagi. Mengikut kata Zulaila Athirah, Lily memang layak jadi peminat setia Boboiboy-"

"YAHOOOOOO!" Menjerit Lily kegembiraan

"Tetapi hati dia tersentuh dengan jawapan yang diberikan oleh Ratu Lily-"

"BOOOOOOOO!" itu Lily yang buat

"tapi dua-dua memang layak jadi peminat Boboiboy!" Probe joget-joget sikit "Baiklah, soalan dia untuk Fang, jika ditakdirkan Fang tiba-tiba kehilangan salah seorang kawan kamu disebabkan salah Fang sendiri, adakah Fang akan rasa betul-betul menyesal dan adakah Fang boleh hidup dengan hati penuh kesesalan?"

"Kalau ditakdirkan begitu, aku akan menyesal seumur hidup" kata Fang "Tapi aku akan pastikan aku tidak akan kehilangan kawan-kawan baik aku"

"Jaga dia orang dengan baik yea" Probe usap-usap kepala Fang dan terus Fang bermasam muka dengan Probe "Soalan untuk Fang lagi, siapa sahabat terbaik Fang?"

"Mestilah Boboiboy sahabat terbaik aku" Fang tersenyum sedikit kepada Boboiboy yang sudah kembali dari mandi

"Dia ada soalan untuk Kapten Kaizo" Probe terbang ke tepi Kaizo "Kalau ditakdirkan Kapten Kaizo adalah abang kepada Boboiboy, adakah Fang akan rasa cemburu kerana sikap Kapten Kaizo yang sebagai abang kepada Boboiboy, bertentangan dengan reality?"

"Dia akan menjadi cemburu terlebih. Dia tidak suka kalau orang lain bermanja dengan aku kecuali Rizu" jawab Kaizo

"Betul tu! Hanya Pizu dan abang Fang sahaja yang boleh bermanja dengan abang Paizo!" Rizu terus memeluk Kaizo "Sayang abang Paizo!"

"Alolooo.. manja betul Rizu ni" Probe belai sedikit kepala Rizu dan terus dia terbang ke atas pentas "Seterusnya dari Yaying FaBoiGop32 atau lebih dikenali sebagai Yaya, Ying, Fang, Boboiboy dan Gopal.. heheheehe.. tapi bukan mereka yea yang bagi soalan. Dia dekat sini nak suruh saya buat muka comel sampai buatkan dia jatuh hati.. tunggu yea" Probe terus muncul di hadapan kamera dengan mata dia seperti mata anime yang comel "Lihatlah mata ku yang comel dan jatuh hati kepada saya" Probe berkelip-kelip mata di hadapan kamera, siap ada blush-blush pink di pipi besinya

"Woi! Bagilah soalan yang seterusnya"

"Yelah yelah... tak sabar pulak si landak ni. Soalan dia untuk Bella tapi... dia memang salah satu pasukan trio huru hara.. hehehe.. siapakah Bella apabila tanpa trio huru hara?"

"Bella akan tetap menjadi Bella juga tanpa adanya trio huru hara tapi kalau takdenya trio huru hara, aku tak kan dapat kawan baik iaitu Lily dan Faye. Terima kasih korang kerana sudi berkawan dengan Bella!"

"Sama-sama Bella" balas Faye

"Soalan ini pula untuk Fang, apakah sikap yang ada pada diri Fang sebenarnya? Dan jika Fang adalah makanan, makanan apakah yang nak dikatakan oleh Kapten Kaizo?"

"Sikap aku mestilah panas baran, sombong dan berlagak seperti yang dikatakan oleh kawan-kawan aku sendiri" jawab Fang

"Tapi abang Fang ni ada sikap baiknya. Dia sayangkan abang dia, sayangkan kawan-kawan dia, rajin, suka belajar dan suka menjaga kebersihan" Rizu pula muncul di atas pentas "Betul tak abang Fang?"

"Errr.. betul lah tu" Rizu memeluk Fang pula dan terus dia turun ke bawah tanpa disuruh atau dihalau oleh Probe

"Oh yea, tentang makanan itu... aku tidak dapat nak menjawab tapi kalau nak juga jawapan, donut lobak merah kot" Fang tersengih

"Donut pun donut lah" Probe gelengkan kepala "Soalan seterusnya dari aquamarine2602, soalan dia untuk Fang. Pada waktu Fang kecik, adakah kamu jenis panas baran juga macam sekarang?"

"Hmmm.. mengikut kata abang aku, masa aku kecik.. aku ni manja, kuat bermanja dengan abang aku" Fang terus berkelip-kelip mata dekat abang dia yang sedang bermuka serius itu "Cheh, bukan nak bagi senyuman" bisik Fang

"Ada lagi soalan untuk Fang, jika kamu disuruh pilih diantara abang kamu dan kak Lynna. Siapakah yang akan kamu pilih? dan kenapa Fang selalu bergaduh dengan abang kamu?"

"Sudah tentu aku akan pilih abang aku tapi kak Lynna jangan risau, Fang tetap sayangkan kak Lynna!"

"Terima kasih Fang" jawab Lynna

"Aku selalu bergaduh dengan abang aku sebab dia suka sangat nak buli aku"

"Tapi kau juga yang suka cari pasal dengan aku" muncul Kaizo di atas pentas pula kali ini "Kalaulah kau masih bersikap manja macam dulu, sudah tentu aku tidak akan bergaduh dengan kau selalu"

"Kalau abang tak buli adik, tak marah-marahkan adik atau suruh adik buat itu ini, mesti adik tak kan bergaduh dengan abang tapi abang juga abang yang terbaik buat adik" Fang memeluk abangnya dan terus lepaskan. Kaizo turun dari pentas tanpa disuruh oleh Probe

"Adik beradik yang begitu mesra dan akrab sekali" Probe mengesat air mata palsu dia "Soalan untuk Bella, adakah benar Bella menyukai Fang? dan apakah alasannya yang kamu menyukai Fang?"

"Memang benar pun tapi aku suka dia sebab dia tu rajin dan pandai dan aku tertarik pula dengan sikap panas baran dia, kesombongan dia dan berlagak dia macam diri aku tapi aku bukan jenis yang suka mengamuk tak tentu pasal. Panas baran macam mana pun dia, hati dia tetap ada kelembutannya" Bella tersenyum sedikit kepada Fang

"Hmm... terima kasih" jawab Fang. Faye pandang ke arah sepupu dan lalu dia pandang ke arah kawan baik dia, terus dia tersenyum di situ, seperti dia tahu sesuatu

"Soalan terakhir untuk Faye dari aquamarine, adakah Faye satu sekolah dengan Fang? Adakah Faye mempunyai adik beradik? apakah makanan kegemaran Faye dan siapakah yang paling sesuai sekali dengan Boboiboy, Lily atau Ratu Lily?"

"Faye memang satu sekolah dengan Fang tapi tak sama kelas" Muka dia menjadi sedih sekejap "Faye tiada adik beradik dan Faye suka makan macam-macam! sampai tiada makanan kegemaran.. hehehee.. yang paling sesuai.. dua-dua kot" Faye tersengih sambil garu-garu kepala

"Lupa pulak, apakah keputusan UPSR Fang, Bella dan Faye? Soalan ini dari Aliya Aisya" Probe keluarkan satu kertas yang tertulis keputusan UPSR mereka "Jangan risau, saya ada keputusan kamu semua tapi Faye tidak menduduki UPSR pada tahun lepas. Keputusan Fang dan Bella adalah, SEMUA A! LULUS! TIADA B ATAUPUN C!" Fang dan Bella bangga dengan keputusan mereka

"YEAHHH! Soalan dari kawan baik Bella dan Faye! IAITU LILY!" Bella dan Faye terus tersenyum lebar kepada Lily "Soalan untuk Faye, seronok tak sekolah dekat bumi? Apakah pendapat Faye tinggal serumah dengan Kapten Kaizo dan landak?"

"Seronok sangat sekolah dekat sini sebab Faye mempunyai ramai kawan! tapi lagi seronok kalau Lily sama sekolah dengan Faye.. UWAAAAAA!" Bella terus memeluk Faye sambil berikan sehelai tisu kepada Faye "Terima kasih Bella"

"Lily pun nak sama sekolah dengan korang" balas Lily sambil menangis-nangis di bahu Boboiboy

"Faye sebenarnya cukup pening dengan perangai dia orang yang suka sangat menjerit-jerit dekat rumah. Sampai Faye terpaksa larikan diri ke rumah Bella! Tiap-tiap hari mesti ada aje dengan pergaduhan dia orang, lepas tu berbaik balik, lebih-lebih lagi si Fang ni. Dia akan bermanja dengan abang dia" jawab Faye yang tidak puas hati dengan pergaduhan dua orang sepupu dia

"Soalan untuk Bella. Apa sebab asal Bella mula start join Lily yang serba huru hara? Dan apakah first impression Bella waktu mula jumpa Lily dulu?"

"Hmmm... Bella start join Lily sebab rasa seronok pula dengan perangai pelik Lily yang suka huru harakan keadaan dan dia juga suka cari pasal dengan si Pang! Hahahaha! Suka pula aku dan first impression aku masa tu ialah seperti mahu cekik-cekik Lily tu.. heheheee.. maaf yea" Bella tersengih kepada Lily

"Takpe! Lily pada awal pun rasa nak cekik-cekik Bella juga"

"Tapi Faye sahaja yang tak nak cekik-cekik korang" kata Faye secara tiba-tiba

"ITU SEBAB FAYE PALING BAIK DAN PALING FRIENDLY, BUKAN MACAM SI LANDAK PANAS BARAN YANG SUKA MENGAMUK TAK TENTU PASAL!" Bella dan Lily jawab serentak sambil peluk Faye seerat-eratnya "TRIO HURU HARA SELAMANYA!" Kali ini Faye ikut menjerit sekali

"Bestnya korang.. nak juga ada kawan baik begitu tapi encik bos saya suka ketuk kepala saya" Menangis Probe seorang diri di atas pentas. Fang dengan muka bosan dia "Lily ada lagu request tapi nanti dulu yea. Kita akan bawa ke minggu lain yea. Baiklah, kita sudah pun sampai ke reader yang terakhir iaitu Fangboy Sasunaru! Soalan dia untuk Fang, jikalau Boboiboy menipu Fang yang mengatakan dia tiada abang tapi sebenarnya ada. Apa Fang akan buat dekat dia? Dan boleh tak jadi adik angkat dia?"

"Soalan kedua tu boleh dan soalan pertama tu" Fang turun ke bawah dan terus ke Boboiboy "AKU AKAN SEKEH KEPALA DIA MACAM NI! SIAPA SURUH TIPU AKU LAGI! RASAKAN! RASAKAN!"

"Wei wei! janganlah sekeh aku..." Fang lepaskan kepala Boboiboy "Kau ni, tak payahlah nak sekeh kepala kau"

"Ala, dah dia tanya apa yang aku buat, jadi aku buatlah" Fang terus naik ke atas pentas

"Kau ni, memang saja kan" Fang buat-buat tidak dengar dengan kata-kata Boboiboy tadi

"Soalan untuk Bella, kenapa tidak luahkan perasaan Bella kepada si landak? dan adakah kamu masih lagi buli si Fang?"

"Tak payah luahkan pun, dia sudah tahu. Sekarang ni aku tak buli dia tapi suka cari pasal dengan dia.. heheheehee" Bella tersenyum sinis kepada Fang

"Soalan untuk Faye, Faye suka makan apa? dia suka makan macam-macam! Dan apa Faye rasa dapat sepupu yang garang dan seorang lagi yang suka marah-marah?"

"Rasa pening kepala adalah" jawab Faye sambil picit-picit kepala dia

"Kasihan kamu. Dia adalah beberapa soalan terakhir untuk Kapten Kaizo!" Probe terbang ke tepi Kaizo "Adakah Kapten Kaizo minat manga? Waktu Fang kecik, adakah dia seorang yang nakal? Di dalam fanfic Aku Abang, Kau Adik.. watak siapakah yang Kapten Kaizo tak suka?"

"Aku tidak begitu minat dengan manga. Pang masa kecik, dia terlampau manja sangat dengan aku dan dia tidak nakal tapi sekarang ni, kenakalan dia memang boleh buat aku mengamuk tak tentu pasal dan watak aku tidak suka adalah watak-watak musuh aku atau musuh kawan-kawan adik aku" jawab Kaizo dengan nada serius dia

Beep Beep Bepp

"Errr.. saya telah mendapat satu soalan dari gadis comel. Dia ni peminat Fang dan ingin tahu apa maksud lagu cina yang dia nyanyikan untuk Boboiboy" Kaizo merampas mikrofon Probe dan lalu menjawab soalan itu

"Aku tahu maksud lagu tu tapi aku nak nyanyikan untuk adik aku. Pang has gotten tired, so close your eyes and sleep, It is good for your health to sleep early, Pang is a good baby" Kaizo kembalikan mikrofon itu kepada Probe

"Abang Kaizo... Fang tertidur pulak" kata Faye yang berada di atas pentas. Para penonton studio markas kotak melihat Fang tertidur di atas pentas. Kaizo hanya tersenyum sinis sahaja. Probe tergelak sedikit

"Terima kasih Kapten Kaizo kerana berjaya menidurkan si landak! Aman sikit rasanya... Kita sudah pun berakhir dengan sesi soal jawab. Sekarang ini kita terhibur dulu sebelum saya bacakan pengumuman penting dari author Lynz. Lagu-lagu yang kamu request, saya akan bawakan ke minggu yang lain. Baiklah, kita akan dipersembahkan dengan nyanyi duet dari Kaizo dan Lynna, dengan lagu yang bertajuk At The Beginning!"

We were strangers
Starting out on a journey
Never dreaming what we'd have to go through
Now here we are
And I'm suddenly standing
At the beginning with you

No one told me I was going to find you
Unexpected, what you did to my heart
When I lost hope
You were there to remind me
This is the start

And life is a road that I wanna keep going
Love is a river I want to keep flowing
Life is a road, now and forever
Wonderful journey
I'll be there when the world stops turning
I'll be there when the storm is through
In the end I wanna be standing
At the beginning with you

We were strangers
On a crazy adventure
Never dreaming how our dreams would come true
Now here we stand, unafraid of the future
At the beginning with you

And life is a road that I wanna keep going
Love is a river I want to keep flowing
Life is a road, now and forever
Wonderful journey
I'll be there when the world stops turning
I'll be there when the storm is through

In the end I wanna be standing
At the beginning with you

Knew there were somebody somewhere
Like me alone in the dark
Now I know my dream will live on
I've been waiting so long
Nothing's gonna tear us apart

And life is a road that I wanna keep going
Love is a river I want to keep flowing
Life is a road, now and forever
Wonderful journey
I'll be there when the world stops turning
I'll be there when the storm is through
In the end I wanna be standing
At the beginning with you

Life is a road and I wanna keep going
Love is a river I want to keep going on
Starting out on a journey
Life is a road and I wanna keep going
Love is a river I want to keep flowing
In the end I want to be standing at the beginning
With you

Ramai pula yang berikan tepukan gemuruh kepada mereka berdua. Lynna terus lambai-lambai kepada mereka dengan senyuman mesra dia dan Kaizo pula, cepat-cepat turun dari pentas "Terima kasih semua" kata Lynna dengan nada lemah lembut dia

"Terima kasih Kaizo dan Lynna dengan nyanyian duet kamu berdua! tapi jangan tanya saya kenapa mereka pilih lagu tu yea. Hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang tahu. Baiklah, saya akan bacakan pengumuman penting dari author Lynz. Author Lynz ingin berhenti seketika dengan Edisi Malam Minggu tapi dia akan sambung balik bukan dengan musim terbaru tapi sambung dari musim kedua. Jangan tanya bila author Lynz akan sambung balik, jadi tunggu dan lihat sahaja. Saya di sini pun rasa sedih sebab kerja saya sebagai host terpaksa berhenti seketika tapi takpe... kita akan berjumpa lagi tapi tak tahu bila! tapi kamu bolehlah hantar surat peminat kamu kepada watak-watak kegemaran kamu yang ada di dalam fanfic Aku Abang, Kau Adik.. saya akan membaca surat-surat tersebut bersama watak-watak kegemaran kamu! Semoga anda terhibur dengan Edisi Malam Minggu pada hari ini!" Probe lambai-lambai di depan kamera sambil menangis

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com