Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Minggu Pertama

"Kita kembali lagi di EDISI MALAM MINGGU MUSIM KE DUA! Ramai juga yang tidak sabar dengan kemunculan Edisi Malam Minggu musim ke dua yea" Probe berjoget-joget di atas pentas dengan bajunya yang berwarna pink "Apa khabar para penonton di studio markas kotak dan juga di rumah? Adakah anda semua sihat? dan adakah anda semua sudah bersedia untuk mendengar soalan-soalan untuk para tetamu kita pada minggu ini!"

"SEDIAAAAA!"

"Bagus bagus!" Probe terbang ke tepi pentas "Sebelum kita mulakan dengan acara sesi soal jawab pada hari ini. Kita akan berhibur terlebih dahulu. Saya akan mempersembahkan Fang dan Lynna untuk menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk Heal the world!" Tirai pentas mulai buka dan muncullah Fang dan Lynna di tengah-tengah pentas. Mereka sudah bersiap sedia untuk nyanyikan sebuah lagu yang telah di request kan oleh salah satu readers

There's a place in your heart
And I know that it is love
And this place could be much
Brighter than tomorrow
And if you really try
You'll find there's no need to cry
In this place you'll feel
There's no hurt or sorrow

There are ways to get there
If you care enough for the living
Make a little space
Make a better place

Heal the world
Make it a better place
For you and for me
And the entire human race
There are people dying
If you care enough for the living
Make it a better place
For you and for me

If you want to know why
There's love that cannot lie
Love is strong
It only cares of joyful giving
If we try we shall see
In this bliss we cannot feel
Fear of dread
We stop existing and start living

The it feels that always
Love's enough for us growing
So make a better world
Make a better place

Heal the world
Make it a better place
For you and for me
And the entire human race
There are people dying
If you care enough for the living
Make a better place for you and for me

And the dream we were conceived in
Will reveal a joyful face
And the world we once believed in
Will shine again in grace
Then why do we keep strangling life
Wound this earth, crucify its soul
Though it's plain to see
This world is heavenly
Be god's glow

We could fly so high
Let our spirits never die
In my heart I feel you are all my brothers
Create a world with no fear
Together we cry happy tears
See the nations turn their swords into plowshares

We could really get there
If you cared enough for the living
Make a little space
To make a better place

Heal the world
Make it a better place
For you and for me
And the entire human race
There are people dying
If you care enough for the living
Make a better place for you and for me
Heal the world
Make it a better place
For you and for me
And the entire human race
There are people dying
If you care enough for the living
Make a better place for you and for me

Heal the world
Make it a better place
For you and for me
And the entire human race
There are people dying
If you care enough for the living
Make a better place for you and for me

There are people dying
If you care enough for the living

"Terima kasih semua!" kata Lynna apabila dia mendengar tepukan gemuruh dan juga sorakan dari para penonton studio markas kotak. Lynna dan Fang pergi kebelakang pentas dan Probe terbang ke tengah pentas

"Sedihnya lagu tadi tu" kata Probe sambil mengelap air mata palsunya "Amat bermakna sekali lagu tersebut. Baiklah, kita jangan membuang masa lagi. Saya akan menjemput tetamu kita yang pertama. Dia adalah seorang budak lelaki yang sukakan oren, suka memakai topi terbalik, suka minum jus oren dan juga adalah superhero yang terkenal di Pulau Rintis! Dia adalah Boboiboy!" Lagu tema Boboiboy galaxy terus di mainkan. Boboiboy keluar dari pentas belakang dan melambai ke arah para penonton studio markas kotak

"Hai semua!"

"HAI BOBOIBOY!"

"Bagus bagus.. kamu duduk di situ yea" kata Probe sambil melihat Boboiboy duduk di atas sofa baru. Sofa itu baru sahaja di beli semalam dengan menggunakan kad kredit Adudu "Tetamu kita yang seterusnya. Dia adalah landak yang berasal dari planet landak. Dia suka sangat mengamuk tak tentu pasal tapi ada ke landak yang suka mengamuk?" Fang muncul di belakang Probe dengan aura-aura kegelapan dia. Tangan dia sudah mula untuk menyerang Probe "Dia juga adalah-" Probe rasa macam mendung pula, dia menoleh kebelakang dan terkejut melihat Fang "Err... heheheheheee... Fang pergi duduk dekat sana yea. Saya bergurau aje tadi tu"

"Bergurau apanya! AKU BUKAN LANDAK DARI PLANET LANDAK LAH!" Fang ketuk kepala Probe dengan kerusi "AMBIK NI AMBIK NI AMBIK NI!" Boboiboy terpaksa mengheret kawan baik dia untuk pergi duduk di atas sofa "Wei! Bagilah aku belasah si robot badut tu"

"Boleh tak kau duduk diam-diam. Minggu pertama, dah kau nak buat hal" kata Boboiboy

"Yelah yelah" Fang terus duduk dengan muka masam dia. Badan besi Probe sudah penyek sedikit akibat kena pukul tadi

"Adeh.. apalah si Fang ni" kata Probe "Baiklah, kita sambung balik. tetamu kita yang terakhir-"

"BOBOIBOY-CHANNNNNNN!" Lily terus keluar dari pentas belakang dengan baju dia yang berwarna oren. Topi oren, kasut oren, ribbon oren dan segala-galanya oren. Boboiboy menepuk dahinya

"Aik! Aku belum mula lagi, dah kau keluar pula... aduh.. hancur edisi malam minggu hari ini"

"Hehehehe... maaf Probe" Lily cium pipi besi Probe sebagai tanda minta maaf. Muka Probe menjadi merah sebab malu kena cium. Lily terus duduk di atas sofa, di tengah-tengah antara Fang dan Boboiboy. Dia sudah bersiap sedia untuk menjawab soalan dari readers-readers atau lebih di kenali dari peminat dia

"Nampaknya semua sudah pun berada di sini. MARI KITA MULAKAN ACARA SESI SOALAN JAWAB! Baiklah, sebelum kita mulakan. Saya ingin baca balik soalan yang telah diberikan oleh Lynna pada minggu lepas" Probe betulkan suara dia "Jika kamu memiliki jam kuasa, adakah kamu akan menggunakan untuk kebaikan atau kejahatan? Saya telah menerima banyak jawapan dari soalan ini. Saya akan baca jawapan kamu dan juga soalan kamu nanti" Probe melihat tetamu dia yang sudah bersemangat untuk menjawap soalan mereka, kecuali si Fang yang masih lagi bermasam muka "Nampaknya mereka sudah tidak sabar. Baiklah, soalan pertama datang dari Etnia Ice. Dia ni peminat Boboiboy dan Fang. Soalan pertama dari dia untuk Boboiboy dan Fang. Adakah kamu berdua bff atau bf sahaja? Jangan ingat bf tu boyfriend yea, salah makna tu.. hehehehe" Fang pura-pura rasa nak muntah

"Sudah tentulah kami ni best friend! kalau best friend forever tu... itu pun kalau si Fang tak pergi balik ke angkasa lepas dia tu" kata Boboiboy

"Errrr... jawapan saya sama sahaja dengan Boboiboy" Fang tersengih kepada para penonton

"Cheh, meniru jawapan kawan baik sendiri! tapi takpe" Probe terus baca soalan kedua seterusnya "Soalan kedua ini pula untuk Lily" Lily sudah meloncat-loncat di atas sofa "Soalan dia, kenapa Lily suka Boboiboy dan kenapa suka sangat berlawan dengan Ratu Lily? Dia kan sudah menjadi baik"

"Lily suka Boboiboy sebab dia lebih comel daripada si landak tu" Fang menahan kemarahan dia "Lagipun Boboiboy ni lebih baik dan lebih matang daripada si landak yang tak berapa nak matang sangat. Asyik nak cari pasal dengan orang sahaja"

"Woi! Kau pun sama juga.. cakap orang pulak" marah Fang tetapi Lily buat-buat tidak tahu sahaja

"Ratu Lily memang baik pun tapi AKU TAK KAN SERAHKAN BOBOIBOY KU KEPADA SI PONTIANAK TU! Lily berlawan dengan dia sebab kita kan suka rebut Boboiboy tapi kemenangan akan menjadi milik Lily!"

"Eleh, dia akan kalah juga nanti" bisik Ratu Lily yang ada di bawah pentas sebagai penonton hari itu "AKU TAK KAN KALAH DENGAN KAU LILY!"

"NOPE! AKU AKAN MENANG!" Jawab Lily balik

"KALAH!"

"MENANG!"

"KALAHHH!"

"YEA! KAU AKAN KALAH NANTI!" kata Lily dengan penuh semangat

"BETUL TU! AKU AKAN KALAH NANTI.. EH! TAK TAK TAK! AKU AKAN MENANG NANTI!" Lily ketawa di atas besar kerana akhirnya dia menang dalam perbalahan ini "Cheh, tak guna punya Lily" bisik Ratu Lily dengan muka masam dia. Gopal takut pula melihat Ratu Lily berubah sedikit demi sedikit menjadi pontianak

"Hehehe.. apalah korang ni. Selamat korang tak main lawan-lawan kali ni yea. Baiklah, soalan seterusnya dari adhadeva kirana. Dia kata, dia akan menggunakan jam kuasa untuk kebaikan! Bagus tu! Jangan nak guna kuasa untuk belasah orang pula yea tapi janganlah belasah saya nanti.. hehehehe" Probe tergelak sedikit "Soalan dia untuk Boboiboy. Bolehkah Boboiboy bertukar atau berpecah kepada Gempa atau Halilintar dan bolehkah Boboiboy menjadi abang kepada dia sebab sudah lama dia tunggu jawapan dari Boboiboy tapi sampai sekarang masih belum lagi ada jawapannya"

"Heheee..." Boboiboy tersengih sambil garu kepalanya "Mestilah boleh kalau nak saya jadi abang kamu. Maaf yea sebab saya berikan jawapan lambat dan sudah tentu saya boleh bertukar atau berpecah kepada Gempa atau Halilintar"

"Soalan kedua untuk Lily" Mata Lily bersinar-sinar kerana tak sabar nak jawab soalan dia "Lily apa khabar? dan sudikah Lily menjadi kawan kepada dia dan dia ada berikan chocolate khas untuk Lily!" Probe keluar 4 jenis kotak chocolate yang berlainan perisa. Dia berikan 4 kotak chocolate itu kepada Lily

"Wah! Terima kasih!" Lily buka kotak chocolate yang berperisa oren dan lalu dia makan satu. Dia cuba untuk suapkan chocolate kepada Boboiboy tapi Boboiboy gelengkan sahaja kepala "Alaa... oh yea, Lily khabar baik dan Lily sudi menjadi kawan kamu!"

"Bagus Lily ni.. peramah orangnya. Bukan macam si landak ni" Fang mula berapi api tetapi Probe teruskan sahaja dengan soalan seterusnya "Ini pula datang dari cik bunga! Bunga apakah ini? Hehehee... baiklah, cik bunga ini ingin menggunakan kuasa untuk kebaikan. Bukannya macam si landak yang suka sangat salah guna kuasa macam orang gila" Fang bertambah berapi-api di atas pentas itu "Soalan pertama untuk Boboiboy. Dia nak tahu, apakah sayang kamu kepada Fang seperti mana Fang sayang sangat dekat adik kesayangan dia? Err... betul ke soalan ni? Saya main hentam sahaja.. hehehe"

"Walaupun Fang ni panas baran, suka mengamuk tak tentu pasal. Saya tetap sayangkan dia sebagai kawan baik saya!"

"Ermm... terima kasih Boboiboy" Hati Fang tersentuh sedikit tetapi dia tak nak tunjukkan dia. Dia hanya bermasam muka sahaja. Lily usik-usik pipi Fang untuk buatkan dia senyum tetapi gagal

"Fang oh Fang.. senyumlah sikit. Janganlah nak muka masam sahaja macam abang kamu tu" kata Probe

"SUKA HATI AKU LAH! SIBUK APASAL!"

"Yelah Fang.. soalan kedua untuk Lily" Lily terus melompat sedikit di atas sofa itu "Lily ada adik beradik tak? dan sudikah Lily menjadi kawan dia?"

"Lily ada seorang kakak dan seorang adik perempuan dan sudah tentu Lily sudi menjadi kawan kamu!" jawab Lily dengan penuh semangat

"Seterusnya datang dari Miss Mysteri. Jawapan dia untuk Lynna adalah, sudah tentu dia ingin gunakan jam kuasa untuk kebaikan! Soalan dia untuk tetamu kita pada hari ini. Apakah reaksi kamu tentang watak baru iaitu Emmy?"

"Reaksi saya.. teruja sebab dapat berkenalan dengan watak baru iaitu Emmy! Dia tu memang genius" jawab Boboiboy

"Lily pernah nampak dia sekali sahaja.. dia tu comel! Mata bulat tapi comel!" jawab pula Lily

"Biasa sahaja" jawab Fang dengan nada bosan dia

"Dia juga ada soalan untuk para penonton kita di studio markas kotak! Adakah kamu semua dapat meneka siapakah Emmy?"

"TAKKKKKKKKKKKKKK!"

"Semua tak dapay nak meneka yea.. hehehe.. takpelah kalau tak dapat nak teka.. Oh yea, dia ada pengumuman untuk cik alya-"

"Cheh, sempat lagi budak ni" bisik Fang

"Dia cakap, sila check pm sebab dia ada berita untuk cik alya... itu sahaja dari dia dan kita sambung untuk soalan seterusnya datang dari mr mister dan juga adiknya iaitu cik mimpi! Soalan dia untuk Lily" Lily terus melompat-lompat lagi di atas sofa. Fang rasa macam nak letak gam dekat baju Lily supaya dia duduk diam "Lily dapat dari mana kerepek pisang yang banyak-banyak tu? Tauke kerepek pisang ke?"

"Lily the awesome bukan tauke kerepek pisang tapi ayah Lily tauke kerepek pisang yang terkenal di dunia! Tapi dia tak kisah pun kalau Lily bagi kawan-kawan Lily, lebih-lebih lagi si Rizu ku yang comel!"

"Oh begitu.. soalan seterusnya untuk Boboiboy. Lily ataupun Ratu Lily yang menjadi pilihan Boboiboy?" Lily sudah berkelip-kelip mata dekat Boboiboy. Ratu Lily sudah berada di atas pentas dengan muka comel dia. Dua-dua cuba untuk memikat hati Boboiboy

"Boboiboy pilihlah saya" kata Lily

"Tak, jangan pilih dia.. pilihlah saya!" kata pula Ratu Lily

"Jangan pilih dia, Boboiboy.. pilih saya, Lily the awesome!"

"PILIH AKU LAH! AKU JAUH LEBIH CANTIK DARIPADA KAU!"

"APA KAU CAKAP RATU PONTIANAK!"

"Aku cakap, AKU LEBIH CANTIK DARIPADA KAU! DAN BOBOIBOY AKAN PILIH AKU!"

"BUKAN KAU! TAPI AKU, LILY THE AWESOME!"

Boboiboy sudah tidak tahan dengan pergaduhan mereka, lalu dia bangun dan terus menjerit "TIDAKKKKKKKKKKKK!" Dia berlari keluar dari markas kotak

"BOBOIBOY! JANGAN LARI!" Lily dan Ratu Lily terus mengejar Boboiboy

"Hmmm.. kita akan berehat sebentar" kata Fang di hadapan kamera dengan muka bosan dia

-------------------------

"Hehehee.. maaf yea semua, si Boboiboy lari pulak tadi tapi jangan risau, dia telah pun kembali ke studio markas kotak" Kamera tunjuk ke arah Boboiboy yang sedang bermasam muka. Lily pula cuba untuk suapkan chocolate lagi dekat Boboiboy. Ratu Lily sudah pun berada di tempat duduk asal dia dengan muka masam dan Fang, entah kenapa tiba-tiba sahaja muka dia ceria semacam "Apa kes si landak ni? Kita abaikan sahaja dia. Kita sambung balik soalan dari mister dan cik mimpi. Soalan untuk Fang, apakah pilihan Fang.. abang kamu si kapten sadis atau si comel penguin iaitu Rizu"

"Maaf yea Rizu tapi abang akan pilih abang kesayangan saya iaitu abang Kaizo!"

"Takpe.. Pizu faham" muncul Rizu di atas pentas dengan anak patung penguin dia "Pizu tetap sayangkan abang Fang!" Lalu Rizu duduk di atas riba Fang

"Errr... apa kata Rizu duduk di bawah tapi kalau tak nak, takpelah.. Oh yea, lupa pula saya. Mengikut kata cik mimpi, dia cakap abang dia ingin menggunakan jam kuasa untuk kejahatan sebab abang dia memang jahat. Isk isk isk, tak baik panggil abang kamu jahat. Seterusnya datang dari NoName02! Jawapan dari dia, sudah tentu untuk kebaikan bukan untuk kejahatan! Soalan dia untuk Lily" Lily meloncat-loncat lagi "Berapa umur Lily?"

"Hmmm... saya tua sikit daripada Boboiboy! Tapi author buat umur saya dalam fanfic dia, 15 tahun" senyum Lily di hadapan kamera

"Soalan kedua untuk Boboiboy! Dia berikan dua pilihan"

"Pilihan apa tu?" tanya Boboiboy

"Hah! Pilihan pertama, gadis A! tapi kawan-kawan kau akan terkorban. Pilihan kedua, gadis B! Kawan-kawan kau terselamat tapi galaxy lah yang tengah kau pertaruhkan keselamatannya" kata Probe "Pilih, jangan tak pilih"

"Saya pilih yang kedua lah.. gadis B. Boleh ke?" Boboiboy tersengih kepada para penonton "Sebab saya tak nak kawan-kawan saya terkorban dan saya akan mempertahankan galaxy ini!"

"Bagus bagus! jawapan yang memuaskan! Baiklah, seterusnya datang dari Kaiza! Dia cakap, kalau dia ada jam kuasa.. dia nak kuasa macam Boboiboy.. eh, ini sudah tersilap jawapan ni tapi takpe. Soalan dia untuk Boboiboy, kalau kesemua pecahan Boboiboy berlawan satu sama lain, siapakah yang akan menang?"

"Hmm... susah nak jawap tu"

"Ala, apa susah.. kau pergi lah berpecah tujuh, lepas tu lawan sampai semuanya koma dan AKU AKAN MENJADI PENGGANTI TEMPAT KAU! AKU AKAN JADI LEBIH HEBAT DARIPADA BOBOIBOY! HAHAHAHAHAHAHAAAA!" Lily terus ketuk kepala Fang dan Rizu pula, gelengkan kepala. Boboiboy menepuk dahinya "WOI! Apasal kau ketuk kepala aku"

"Ehem! Jangan nak perasan kau lebih hebat daripada Boboiboy! Aku Lily! Aku akan mempertahankan kehebatan Boboiboy ku!"

"Apa-apa jelah" Fang bermasam muka. Rizu peluk Fang supaya tidak bermasam muka lagi "Terima kasih Rizu"

"Alololo... sweetnya! Baiklah, soalan seterusnya untuk Fang! Bila Fang nak muncul dekat Boboiboy. SUDAH TIGA EPISODE TAPI KAU TAK MUNCUL-MUNCUL JUGA!" Entah kenapa si Probe nak marah-marah pula

"Ala, orang hebat mesti keluar paling terakhir sekali! Aku kan paling hebat! paling bergaya! paling handsome! sebab itu semuanya kena sabar dengan kemunculan aku yang terhebat nanti!" kata Fang dengan penuh keyakinan

"Cheh, berlagak betul" bisik Boboiboy

"Hmmm.. mengikut firasat author yang tak berapa nak betul sangat, dia mengatakan bahawa Fang akan muncul di episode yang ke 5 tapi jangan percaya sangat yea.. hehehehe. Baiklah, seterusnya dari Kaito Jack. Mengikut kata dia, kalau dia ada jam kuasa.. dia nak pergi belasah si landak ungu" Berkerut-kerut dahi Fang "Belasah dia puas-puas yea, bagi semua puas hati"

"Wei! Kau jangan melebih pulak" marah Fang. Lily ketawa sedikit

"Heehehe.. maaf yea landak ungu. Soalan dia untuk Boboiboy tapi soalan yang sama dengan siapa yea tadi.. lupa pula.. soalan dia, siapakah pilihan hati Boboiboy, Lily atau Ratu Lily?" Probe melihat di sofa, Boboiboy sudah menghilangkan diri "Eh, mana pulak si pipi tembam ni"

"Dia dah lari sebab malas nak jawab" kata Fang dengan nada bosan. Lily dan Ratu Lily terpaksa bersedihan kerana Boboiboy tidak mahu menjawab soalan tersebut

"Kalau macam tu, kita baca soalan seterusnya dari NITAAAAAAA! Banyak betul soalan dia ni. Tapi takpe.. kita bagi diri kita pening!" Probe betulkan suara dia yang hampir nak serak "Sebelum kita baca soalan dia, jawapan dia untuk Lynna.. sudah tentu untuk kebaikan! Dia kalau boleh nak jam kuasa Yaya sebab boleh angkat berat. Baiklah, soalan dia untuk Boboiboy. Seronok tak naik motor pemberian Motobot? Boboiboy sama sekolah dengan Fang, Gopal, Yaya dan Ying ke?"

"Mestilah seronok! tak sangka saya dapat naik motor yang begitu bergaya sekali. Soalan kedua tu, ha ah.. saya sama sekolah dengan kawan-kawan saya" jawab Boboiboy yang sudah pun kembali

"Soalan seterusnya untuk Lily the awesome!" Terus Lily berasa bangga "Lily tinggal di mana? Kalau Lily lihat Boboiboy kena seksa, apa Lily akan buat? Kenapa Lily suka usik atau cari pasal dengan Kapten Kaizo? dan adakah Lily sudi berkawan dengan dia?"

"Wuuuuu! Ramai pula nak berkawan dengan Lily the awesome ni. Mestilah saya sudi! Ok, untuk soalan NITAAAAAAAA! Lily tinggal tempat yang rahsia penuh dengan rahsia! Kalau saya lihat Boboiboy kena seksa.. LILY AKAN BELASAH ORANG ITU! WALAUPUN LILY TIADA KUASA, TAPI LILY SUDAH BEBERAPA KALI KENA LATIHAN TEMPUR! DAN LILY AKAN GUNAKAN TEKNIK-TEKNIK YANG TELAH DI AJAR OLEH ABANG KAIZOOOO OOOOOOOO!"

"Hmmm.. teknik panjat tiang" bisik Kaizo yang juga ada di situ

"Lily suka usik atau cari pasal dengan abang Kaizo sebab Lily nak tengok reaksi dia. Yelah, si itik tu suka sangat nak serius sahaja. Cubalah jadi macam Boboiboy ku! Ceria sepanjang hari! Betul tak Boboiboy ku yang comel macam pau kacang" Lily usap-usap kepala Boboiboy

"Errr... betul tu! Tapi itu sudah menjadi kebiasaan abang Kaizo untuk sentiasa serius" kata Boboiboy

"Soalan dia untuk Fang pula. Hadiah apa yang Fang pernah berikan kepada Kapten Kaizo? Kenapa Fang tak jadi cikgu private sahaja? Err.. betul ke ni? Kalau tak betul, maaf yea. Dan soalan terakhir dia, betul ke Fang sudah menjadi nakal balik?"

"Hadiah kasih sayang!" Lily rasa nak muntah pula tapi Fang abaikan sahaja "Kalau aku jadi cikgu private, sudah tentu semua aku akan mengamuk tak tentu pasal sebab tak reti nak jawab soalan! Sebab itu aku tidak sesuai untuk menjadi cikgu yang takde kesabarannya" Boboiboy, Lily dan Rizu angguk-angguk kepala tanda setuju "Nakal tu? Kenakalan aku sentiasa ada di dalam diri aku! Tapi sekarang nakal sikit-sikit sahaja" Fang tersengih kepada para penonton sebab abang dia sedang memberikan renungan maut kepada diri dia

"Hehehee.. jangan nak nakal sangat yea. Baiklah, seterusnya dari AN4. Jawapan dia dari soalan Lynna, dia ingin menggunakan jam kuasa untuk kebaikan! Soalan dia untuk Boboiboy dan Fang, apakah pendapat korang kalau ada orang anggap kamu berdua macam adik beradik? Adik beradik ke ni?" Probe melihat dari Fang terus ke Boboiboy. Manakala Boboiboy dan Fang pula melihat sesama sendiri

"Dia nak jadi adik beradik aku? Aku rasa, tiap-tiap hari bergaduh adalah" kata Fang

"Baik aku adik beradik dengan pecahan aku sahaja tapi apa salahnya kalau Fang adalah adik beradik saya. Mesti seronok! Betul tak betul tak.. adik beradik alien!"

"Boboiboy ku nak jadi adik beradik alien?" Mata Lily membulat besar "TIDAKKKKKKKKKKK!"

"Wei, kau apasal? Salah ke kalau Boboiboy nak jadi alien" marah Fang

"Salah tetap salah!" terus Lily mulakan drama dia "Kalau Boboiboy ku adalah seorang alien, Lily tidak boleh terima! Nanti Boboiboy akan bermasam muka sahaja macam landak dan itik. Boboiboy jangan jadi alien tau, nanti hati ku kecewa! UWAAAA!"

"Tapi kalau Boboiboy jadi hantu ok juga.. boleh kita menghantui si Lily ni" muncul Ratu Lily di belakang Lily "Kita sama-sama akan hidup bahagia di alam hantu!" Lily bangun dan terus merenung mata Ratu Lily. Mereka berdua berlawan mata untuk melihat siapa yang akan berkelip dahulu. Lalu Rizu panjat sofa itu dan tiup ke arah kedua-dua mata duo Lily itu. Mereka berdua berkelip-kelip mata

"YEAHHHH! DUA-DUA KALAH!" Lily dan Ratu Lily pandang ke arah Rizu "Hehehe.. Pizu main-main aje" Rizu tersengih comel

"COMELNYAAAA!" Lily mahu memeluk Rizu. Sama juga dengan Ratu Lily tetapi Rizu mengelakkan diri dan terus duo Lily terpeluk sesama sendiri "APASAL AKU PELUK KAU PULAK!" Menjerit kedua-dua Lily tersebut. Mereka lepaskan pelukan mereka

"Jaga kau wahai ratu pontianak yang tak sedar diri! Aku Lily tak kan benarkan Boboiboy bertukar menjadi hantu!"

"Hahahahaa! Aku ratu bekas kegelapan akan bertukar Boboiboy menjadi hantu juga!"

"DAN AKU FANG TELAH BERTUKAR MENJADI HANTU BAYANGGGGG!" Terkejut mereka semua melihat Fang bertukar menjadi hantu bayang "Kalau korang tak reti nak duduk diam, aku akan belasah korang berdua!"

"Wuuuu! Hantu bayang.. takutnya Lily~" Lily menjelir lidah ke arah Fang

"KAU NI MEMANG BETUL-BETUL NAK KENA!" Terus Lily larikan diri daripada Fang. Ratu Lily pula bebas untuk bermanja dengan Boboiboy. Rizu melihat sahaja abang kesayangan dia mengejar Lily di sekitar studio markas kotak sambil makan chocolate yang diterima oleh Lily tadi

"Errr... kita akan berehat sebentar" kata Probe

-----------------------------

"Selamat kembali semua!" Probe melambai-lambai di depan kamera "Baiklah, nampaknya semua sudah menjadi tenang" Probe melihat Fang sudah pun diberikan donut lobak merah untuk tenangkan dia. Lily cuba untuk suap Boboiboy makan chocolate lagi sekali. Rizu masih lagi ada di atas pentas dan Ratu Lily pula, dia sudah pun kembali ke tempat duduk dia yang asal. Muka dia masam sahaja sambil memerhatikan Lily

"Kita sambung balik dengan soalan kedua dari AN4 untuk Lily" Lily terus meloncat-loncat lagi sekali "Ini sorang lagi, dia nak berkawan dengan Lily"

"Ramai betul nak jadi kawan Lily. Ini mesti Lily lebih popular daripada si landak!" Mata Lily bersinar-sinar dan terus dia berangan yang diri dia dapat kalahkan kepopularity Fang "Sudah tentu Lily sudi menjadi kawan kamu, AN4!"

"Si AN4 ni ada request untuk Boboiboy dan Fang. Dia nak kamu berdua nyanyikan sebuah lagu dari Upin dan Ipin iaitu lagu Sahabat tapi itu kena tunggu dulu yea" Probe tergelak sedikit "Seterusnya dari Karlos Kaize. Dia ni tak kisah pun dengan kuasa apa pun yang dia dapat, janji dia akan gunakan untuk kebaikan! Soalan pertama untuk Boboiboy. Antara semua kawan perempuan kamu, siapakah yang kamu paling suka!"

"Pilih saya Boboiboy!" kata Lily

"Mana boleh, pilihlah saya" muncul Ratu Lily lagi sekali

"Errr... Saya pilih kak Lynna ajelah" terus kedua hati duo Lily berkecai "Sebab kak Lynna paling saya suka!"

"SAMPAI HATI BOBOIBOY TAK PILIH KITA!" Menangis duo Lily sambil berpelukan. Boboiboy tersengih kepada mereka berdua. Fang buat-buat tak tahu sahaja sebab dia tengah menikmati donut lobak merah dia bersama dengan Rizu

"Hehehe.. padan muka korang berdua" terus Lily dan Ratu Lily merenung tajam ke arah Probe "Hehehe.. jangan pandang saya begitu, saya bergurau aje. Sambung balik dengan soalan kedua untuk Fang. Siapa lagi kejam, Author Lynz atau abang kamu si Kapten Kaizo"

"Author lagi kejam daripada abang aku tapi musim ke 3 ni, kurang pula dia seksa aku.. hmmm.. mungkin awal lagi kot" Fang berharap sangat diri dia tidak diseksa lagi oleh author Lynz

"Soalan terakhir untuk Lily" Lily sudah habis menangis bersama dengan Ratu Lily. Dia terus bertepuk tangan sebab tak sabar nak jawab soalan dia "Ibubapa Lily kerja apa? sebab selalu sangat bagi Rizu kerepek pisang"

"Ibu Lily adalah suri rumah tangga dan ayah Lily adalah pengusahawan kerepek pisang yang terkenal di dunia! Sebab itu Lily selalu hantar kerepek pisang dekat Rizu" Lily usap-usap kepala Rizu

"Seterusnya, dari invisible girl tapi dia ni dulu Haruko1212.. kenapa tukar nama wahai peminat setia ku!" Emosi pula si Probe "Isk isk isk.. apa nak jadi dengan peminat setia saya ni. Nak gunakan kuasa untuk kenakan orang macam si landak. Tak baik tau! Kuasa ini untuk melindungi bumi dan galaxy tapi encik bos saya tu nak gunakan kuasa untuk kejahatan dia.. hehehe.. soalan dia untuk Lily, berapa umur Lily? Rasanya Lily sudah pun menjawab soalan itu tadi. Soalan berikutnya, apakah alasan Lily suka dengan Boboiboy sampai nak berebut dengan Ratu Lily"

"Bukan Lily sudah jawab ke soalan tu tapi.. Lily akan jawab balik soalan itu! Jawapan Lily adalah! Boboiboy kan baik, peramah, lebih matang daripada si landak, tak nakal macam si landak, suka tolong orang, tak suka dengan keganasan dan paling penting sekali IALAH PIPI TEMBAM DIA!" Lily cubit pipi sebelah Boboiboy sebab terlampau geram sangat. Boboiboy sabar sahaja dengan Lily

"Soalan seterusnya untuk Lily juga. Adakah Lily ini adalah Lily reinkarnasi Lily Potter di dalam cerita Harry Potter?"

"SALAH LAGI DIPERSALAHKAN!" Menjerit Lily ala-ala Papa Zola

"Hehehe... sudah lama saya tak nampak Papa Zola yea. Mana dia pergi rasanya. Baiklah, soalan terakhir untuk Boboiboy! Apa perasaan Boboiboy apabila Boboiboy dapat berpecah selama-lamanya dan pecahan Boboiboy akhirnya menjadi abang atau adik Boboiboy sendiri?" tanya Probe "WUUU! SOALAN YANG MENARIK NI!"

"Perasaan saya mestilah suka tapi.. dia orang tak kan lupakan kalau terpecah selama-lamanya?"

"Mana saya tahu, Boboiboy. Itu kenalah tanya orang tukang buat watak pecahan kamu tu" Boboiboy merenung ke arah Probe "Hehehee.. seterusnya dari aquamarine2602! Soalan dia untuk Boboiboy. Apakah ketakutan terbesar Boboiboy selain daripada belon meletup"

"Hmmm... ketakutan terbesar saya ialah kehilangan orang-orang yang saya sayang seperti Tok Aba, Ochobot, ibubapa saya dan juga kawan-kawan baik saya" Lily pula menangis di bahu Boboiboy "Aik, yang kau menangis kenapa?"

"Yelah, kau cakap aku salah seorang orang yang kau sayang.. UWAAAAAA! Walaupun Lily bukan kekasih hati Boboiboy tapi Boboiboy menganggap Lily sebagai kawan dia dan kawan dia yang dia sayang. Terharunya Lily" Fang dan Rizu melihat sahaja Lily yang menangis di bahu Boboiboy

"Hehehe... terharu sungguh si Lily ni" Probe usap-usap kepala Lily "Soalan terakhir untuk Lily" Terus Lily berhenti menangis. Dia melihat Probe dengan senyuman lebar dia "Lily suka warna apa? suka makan apa? dan siapakah kawan terbaik Lily?"

"Lily suka warna oren! Warna seperti Boboiboy! Lily suka makan kerepek pisang dan kawan terbaik Lily adalah Faye dan Bella!"

"Macam manalah dia boleh berkawan baik dengan si Bella tu" bisik Fang yang masih lagi tidak puas hati

"Seterusnya dari dark princess. Jika dia ada jam kuasa, dia akan gunakan untuk kebaikan sebab dia nak jadi superhero seperti Boboiboy! Soalan dia untuk Fang, pernah tak Fang kena tampar dengan abang kamu si Kapten Kaizo dan apakah alasannya"

"Sebenarnya..." Fang teringat balik abang dia menampar dia masa mereka di campak ke waktu silam. Lily pula tidak sabar nak mendengar jawapan dari Fang "Abang aku pernah tampar aku sekali" Mata Lily membulat besar, Rizu terkejut dan Boboiboy tahu dengan kisah itu "Masa tu, aku dan abang aku di bawa masuk ke zaman silam aku dan abang aku dulu. Pada masa itu, aku cuba untuk selamatkan ibubapa aku tapi abang aku tak bagi tapi aku tetap nak juga selamatkan mereka. Abang aku marah aku, lalu dia tampar aku sebab aku begitu degil sangat" Air mata Fang mengalir keluar. Rizu peluk Fang supaya tidak menangis. Lily rasa sedih pula tapi dia tidak sangka Kaizo akan menampar adiknya sendiri "Tapi dia buat begitu bukan untuk saja-saja sahaja"

"Maafkan aku, Pang" bisik Kaizo. Lynna usap-usap lengan bahu Kaizo supaya tidak salahkan diri dia sendiri

"Kasihan kau yea landak tapi tamparan itu ada sebabnya.. sudahlah, janganlah kita kenangkan balik benda yang sudah berlalu" Probe mengelap air mata palsunya "Soalan kedua untuk Fang juga, pernah tak Fang melawan perintah abang Fang sendiri?"

"Hmm.. pernah, banyak kali!" kata Fang dengan begitu semangat sekali

"Suka pula kamu" Fang tersengih kepada Probe "Ini pula dari dark reader.. haih, tadi dark princess. Sekarang ni dark reader pula. Adik beradik ke ni? hehehe.. Jawapan untuk Lynna dari dark reader adalah, sudah tentu dia gunakan jam kuasa untuk kebaikan! Soalan untuk Fang, jika kamu disuruh pilih antara sahabat dan abang kamu, mana satu akan menjadi pilihan kamu?"

"Mestilah abang aku. Dia kan satu-satunya abang aku. Kawan-kawan aku mesti faham kenapa aku pilih abang aku daripada mereka"

"Soalan untuk Fang juga. Fang boleh tak mengawal kegelapan? kerana kuasa bayang dengan kegelapan saling berhubungan dan jika kamu boleh mengawal kegelapan, apakah kuasa itu? untuk takutkan Gopal atau untuk kebaikan?" tanya Probe

"Hmmm... aku tak pernah pula cuba untuk mengawal kegelapan tapi.. kalau aku berjaya pun, aku akan gunakan untuk kedua-duanya. Takutkan Gopal dan juga untuk kebaikan! HAHAHAHA..." Terus dia berhenti gelak kerana abang dia sedang memerhatikan dia dengan pandangan yang amat serius sekali "Hehehee... apa soalan seterusnya, Probe?"

"Soalan seterusnya adalah untuk Boboiboy! Diantara pecahan-pecahan Boboiboy, mana satu yang paling hebat sekali menurut Boboiboy? dan diantara sahabat-sahabat Boboiboy, mana satu yang paling dekat dan terbaik, kena pilih satu sahaja"

"Err.. entahlah, semua pecahan aku hebat-hebat semuanya. Tak boleh pula aku nak memilihnya dan soalan kedua tu, kalau aku tak pilih salah satu boleh tak? sebab semua sahabat aku adalah yang terbaik walaupun si Fang ni panas baran" jawab Boboiboy dengan begitu sopan sekali

"Wah! Jadi aku pun sahabat terbaik kau lah yea" Mata Lily bersinar-sinar melihat Boboiboy

"Errr... boleh dikatakan begitu" Mata Lily masih lagi bersinar-sinar. Dia tidak mahu lepaskan pandangan dia dari Boboiboy "Hehehee..." Boboiboy tersengih kepada Lily

"Soalan untuk Lily pula" Lily terus pandang ke arah Probe dengan penuh semangat "Tak rasa seram ke bergaduh dengan hantu Ratu Lily? Ibubapa Lily kerja apa? Ini sudah pun dijawab tadi dan jarak rumah kamu dengan Pulau Rintis, jauh tak?"

"Haih, semuanya nak tahu pekerjaan ibubapa Lily tapi Lily tak payah jawab soalan itu lagikan. Soalan yang pertama tu, tak pernah pulak Lily rasa seram bergaduh dengan si ratu pontianak tu. Lily rasa biasa sahaja dan jarak rumah Lily ke Pulau Rintis.. sebenarnya, tak jauh sangat pun" Lily tersengih sambil menunjukkan peace di hadapan kamera

"Hehehe.. siap ber peace lagi. Baiklah, seterusnya dari miss blank! Jawapan dia adalah untuk kebaikan tapi untuk kejahatan, dia cuma mahu belasah si kapten sadis sahaja. Isk isk isk.. boleh pulak macam tu" Kaizo mengangkat kening sebelah dan rasa ingin tahu siapa yang berani untuk belasah dia "Soalan dari dia untuk Boboiboy. Kenapa pipi Boboiboy chubby? dan boleh tak dia nak topi oren tu?"

"Mana boleh! Topi ini pemberian ayah saya. Jadi saya tidak akan membenarkan sesiapa mengambil topi oren saya!" kata Boboiboy "Pipi saya tembam sebab saya tembam lah"

"Dan saya Lily akan sentiasa melindungi topi Boboiboy dan pipi dia daripada kena cubit kecuali saya" Lily berkelip-kelip mata dekat Boboiboy

"Tak tahu pulak saya yang topi itu ayah kamu yang bagi. Simpan elok-elok yea.. soalan ini pula untuk Fang. Kenapa rambut Fang macam landak? tajam tak rambut tu? Fang tak mahu tukar style rambut lagi ke?"

"Isk! Ada juga nak kena dari aku! Sesuka hati aku lah kalau aku nak buat rambut style landak! SIBUK APASAL?" Berapi-api Fang di atas pentas itu. Rizu terus bagi donut lobak merah kepada Fang untuk tenangkan dia "DONUT LOBAK MERAH! Terima kasih Rizu"

"Senang betul nak tenangkan si landak ni" kata Lily. Terus Lily fikirkan sesuatu. Fang melihat sahaja Lily sedang memikirkan sesuatu yang nakal "Landak jangan risau, Lily tak tak buat apa-apa pun" Lily berikan senyuman nakal dia kepada Fang

"Soalan untuk Lily, soalan pertama ni.. tak perlulah saya ulangkan balik semula. Dia tanya, Lily nak tak combo cari pasal dengan si kapten itik tu? dan sudikah Lily menjadi kawan dia?"

"Hmmmm... itu pun kalau kapten itik tak bagi kita orang hukuman latihan tempur tapi.. rasa macam best aje combo cari pasal. Mesti menarik! Lily sudi menjadi kawan kamu!" Lily merampas anak patung penguin dari tangan Rizu dan lalu memeluk anak patung itu. Rizu cuba tarik anak patung penguin dia tetapi pelukan Lily terlampau kuat sangat

"Kakak Lily ambik anak patung Rizu" mengadu Rizu kepada Fang

"Biarkan si minah pelik tu. Nanti abang bagi anak patung penguin lagi besar!"

"YEAHHHHH!" Rizu peluk Fang sepuas-puasnya

"Baiklah, seterusnya dari... eh! LILY PUN NAK BAGI SOALAN JUGA?! Bukan ke kamu ni tetamu pada minggu ini?" Lily tersengih sambil garu-garu kepala "Soalan dia untuk Fang dan Boboiboy. Apa-apa perkara yang disukai dan paling tidak disukai"

"Hmmm... saya tak suka apabila Fang pergi cari pasal dengan orang lain" kata Boboiboy

"Aku tak suka apabila Boboiboy lebih hebat daripada aku!" Boboiboy menepuk dahinya sebab jawapan Fang tadi

"Saya suka apabila kawan-kawan saya semuanya berkumpul di kedai Tok Aba" Boboiboy senyum sambil melihat kawan-kawan dia satu per satu

"Aku pula suka apabila rumah aku menjadi bersih dan tidak bersepah" kata Fang sambil bayangkan rumah dia sentiasa bersih dan tidak bersepah

"Lily pula suka cari pasal dengan abang Kaizo!" Lily pun nak menyibuk sekali walaupun soalan itu bukan untuk dia

"Heheheee... baiklah, soalan dari Lily seterusnya untuk Boboiboy dan Fang. Apakah pendapat anda berdua tentang Lily si miss kerepek pisang?" Lily tersenyum lebar di atas sofa itu dan tidak sabar untuk mendengar jawapan dari mereka "Kita mulakan dari Boboiboy dulu" kata Probe

"Err.. pendapat saya tentang Lily. Dia ni peminat setia saya dan suka mengejar saya sampai saya sendiri sudah penat dikejar" Lily angguk-angguk kepala "Tapi dia sebenarnya baik dan pelik sedikit. Lama-lama saya sudah mulai suka berkawan dengan dia dan dengan sikap dia yang pelik-pelik ni, membuatkan kehidupan kami semua menjadi lebih ceria"

"Terima kasih BBB-Chan" Lily baru nak peluk Boboiboy tapi Boboiboy sudah pun bagi kucing oren dekat Lily "Kucing pun kucinglah" Lily peluk kucing itu sekuat hati dan terus dia pandang Fang macam nak makan orang "Hah! Apa jawapan kau, landak? Jangan nak jawab benda merapu"

"Bila masa aku nak jawab merapu" kata Fang dengan nada bosan dia "Aku sendiri pernah beritahu kau, kau tu unik dan istimewa tapi suka cari pasal dengan aku dan abang aku. Sebab tu abang aku sentiasa tak puas hati dengan kau tapi semenjak akhir-akhir ni, kau berkelakuan baik pulak dengan abang aku" Lily tersengih "Ada apa-apa ke?"

"Isk! Mana ada apa-apa lah!" marah Lily "Soalan terakhir dari aku untuk aku sendiri!" Fang dan Boboiboy menepuk dahi mereka. Rizu bertepuk tangan bersama dengan Probe

"Hehehehee... dia kan pelik. Kalau dia tak pelik, nanti para penonton akan rasa pelik kenapa dia tidak begitu pelik pada hari ini. Kepelikan" kata Probe sambil tergelak sedikit

"Soalan aku adalah, kenapa Lily suka susahkan-" Terus mulut dia kena tutup dengan Fang

"Probe pergi ke soalan yang seterusnya" kata Fang sambil tersenyum lebar. Lily cuba untuk lepaskan tangan Fang tetapi tangan Fang begitu kuat sekali

"Baiklah! Soalan seterusnya datang dari LizzNP" Baru Fang lepaskan mulut Lily. Dia bersiul buat-buat tak tahu, sementara Lily pula bermasam muka dengan Fang "Lizz cakap, dia tak nak gunakan untuk kebaikan atau kejahatan tapi untuk kebaikan. Aik, budak ni sudah pening kepala ke? Kita abaikan sahaja. Soalan dia untuk Lily" Terus Lily kembali senyum "Apakah perasaan Lily menjadi watak OC dekat sini? Lily minat Boboiboy semenjak bila? Bagaimana perasaan Lily apabila melihat Fang dan Boboiboy berubah menjadi budak kecik?"

"Perasaan saya sangat teruja sekali! Saya sendiri tak sangka author ingin menjadikan saya sebagai watak OC di dalam fanfic Aku Abang, Kau Adik. Terima kasih author! I LOVE YOU!" Lily siap bagi flying kiss dekat hadapan kamera "Lily minat Boboiboy semenjak kemunculan dia. Lily suka dia sebab watak dia yang baik. Bukannya macam si landak ni dan Lily suka sangat apabila Boboiboy dan Fang menjadi budak kecik! Sebab dia orang terlampau comel sangat tapi sudah tentu Boboiboy yang lebih comel daripada si landak ni"

"Terima kasih Lily dengan jawapan kamu. Soalan seterusnya untuk Fang. APASAL FANG TAK MUNCUL LAGI DEKAT BOBOIBOY GALAXY? Kucing Fang tu perempuan atau lelaki? Shadow tu kucing lelaki ke? Bagaimana perasaan Fang apabila jika Fang di bunuh oleh abang sendiri? Bagaimana perasaan Fang saat mimpi dulu, mimpi kawan-kawan Fang, Kapten Kaizo menjadi jahat dan tikam kamu sendiri?"

"Tunggu ajelah kemunculan aku yang terhebat nanti. Kucing aku tu si Shadow tu jantan dan Pikachu pula ialah betina. Perasaan aku.. mestilah sedih, sanggup abang sendiri nak bunuh aku. Sama juga dengan soalan yang terakhir tu, perasaan sedih" kata Fang "Tapi aku tahu abang aku tak kan bunuh aku sebab aku satu-satunya adik kesayangan dia"

"Seterusnya datang dari sarahiko. Jawapan dia adalah.. jam kuasa adalah untuk kegunaan kebaikan bukan untuk kejahatan. Soalan dia untuk Boboiboy, Boboiboy tengok anime tak? Kalau suka, anime apa yang Boboiboy tengok?"

"Hehehehehe... saya jarang tengok tv. Jadi saya sendiri tidak pernah tengok anime, maaf yea yang tukang beri soalan itu" Boboiboy tersengih

"Soalan terakhir dari sarahiko untuk Fang. Fang suka tengok cerita apa?"

"Hmmm..." Fang mula fikir "Aku suka tengok cerita yang ada aksi lawan dan ganas"

"Patutlah si landak ni ganas" Lily tenung muka Fang lama-lama sampai membuat Fang rasa tidak selesa dengan tenungan Lily

"Wei, jangan pandang aku macam tu boleh tak?" tapi Lily abaikan sahaja, dia tenung muka Fang lagi "Ada juga nak kena belasah nanti ni"

"Sabar ajelah yea landak. Ini pula datang dari sofy pinkie. Dia ingin gunakan kuasa untuk kebaikan bukan untuk kejahatan. Soalan untuk si landak, abang landak atau kawan-kawan landak?"

"Mestilah abang aku" Fang sudah mulai bosan dengan soalan yang sama sahaja "Apa soalan seterusnya, Probe?" Rizu rasa kasihan dengan abang kesayangan dia, lalu dia berikan donut lobak merah untuk ceriakan hati Fang

"Seterusnya datang dari Floral Lavender. Jawapan dia untuk Lynna adalah, sudah tentu untuk kebaikan! Soalan dia untuk Lily" Lily bertepuk tangan sebab ada soalan untuk dia "Apakah benda atau perbuatan yang Lily suka dekat Boboiboy?"

"Dia baik! Dia suka menolong orang! Dia tidak suka dengan keganasan atau kekerasan! Dia juga seorang yang peramah! Dia tidak menggunakan kuasanya untuk kegunaan lain seperti belasah orang" Lily pandang sinis ke arah Fang yang sedang menikmati donut lobak merah "dan dia juga seorang yang berani dan tidak akan berputus asa!"

"Terima kasih Lily"

"Sama-sama kekasih hati ku Boboiboy!" Fang rasa nak muntah pula

"Soalan kedua untuk Fang. Apakah kelemahan terbesar Fang?" Fang baru nak jawab tetapi Lily sudah membuka mulutnya dulu untuk menjawab soalan itu

"MESTILAH DONUT LOBAK MERAH! Itu adalah kelemahan terbesar si landak!"

"WOI! Apasal kau yang jawab pulak" Lily tersengih kepada Fang "Bukan donut lobak merah sahaja.. tapi aku ni kan jenis panas baran, cepat marah. Tak boleh nak bersabar"

"Ha ah, betul tu! Tapi bagus juga kau mengaku dengan kesalahan diri kau tu yea" kata Boboiboy. Fang tersengih malu di atas pentas

"Soalan terakhir dari Lavender untuk Boboiboy. Apakah perasaan Boboiboy jika kamu diculik atau ditewaskan oleh musuh?"

"Sudah tentu saya tidak akan mengalah! Saya akan menggunakan kuasa terkuat saya untuk menewaskan musuh saya!" kata Boboiboy dengan penuh semangat. Lily rasa sangat bangga dengan jawapan dari Boboiboy. Fang dan Rizu tak dengar sebab tengah main tepuk-tepuk tangan

"Seterusnya datang dari Azuki5991. Jawapan dia untuk soalan Lynna adalah untuk kebaikan! Dia tidak akan menggunakan kuasa tersebut untuk belasah sesiapa pun termasuklah Kapten Kaizo atau Commander Koko Ci the kuih koci! Heehehehe... maaf yea" Probe tergelak sedikit "Soalan dia untuk Boboiboy, kuasa apa yang Boboiboy selain daripada kuasa elemantal?"

"Hmm... takde kot. Lagipun aku sudah cukup bangga dengan kuasa elemantal saya! Itu pun sudah cukup kuat daripada memiliki terlampau banyak sangat kuasa"

"Wah! Jawapan yang cukup matang. Soalan ini pula ditujukan untuk Fang. Kalau Fang pergi holiday dekat luar negara, negara mana yang Fang mahu singgah? dan apakah alasannya" Fang mula berfikir seketika

"Hmmm.. negara jepun kot sebab ramai katakan nama abang aku dan nama ibubapa aku macam jepun. Muka abang aku pun ada macam jepun juga, kecuali aku"

"Entah-entah sebenarnya si landak ni anak angkat kot" kata Lily "Cuba tengok wajah abang Kaizo dan Fang, kan lain. Sorang macam jepun, sorang macam budak cina"

"WOI! Aku bukan anak angkatlah!" Berapi-api Fang kepada Lily

"Hehehe.. itu teori aku sahaja" Lily tersengih "Apa soalan seterusnya?"

"Soalan untuk Lily, tiada" Terus menangis Lily di bahu Boboiboy sambil peluk anak patung penguin "Kasihan kau yea. Seterusnya datang dari Fangcool! Dia ingin menggunakan kuasa dia untuk menjadi pandai dan dapat kalahkan tiga geng budak pandai iaitu Yaya, Ying dan Fang. Dia juga mahu kejahatan tunduk dibawah kaki dia. Dasyat juga budak ni. Baiklah, soalan dia untuk si panas baran tak sedar diri"

"APA! AKU SEDAR DIRILAH!" Fang makin bertambah berapi-api. Rizu sudah kehabiskan donut lobak merah untuk diberikan kepada abang kesayangan dia "Kalau soalan yang bukan-bukan, nahas dia nanti!"

"Jangan risau, soalan dia bukan soalan merapu. Soalan dia berbunyi begini, apakah tanggapan Fang setelah terbentuknya trio huru hara? dan bagaimana watak masing-masing trio huru hara menurut pandangan Fang" Terus Fang kembali tenang setelah mendengar soalan bukan merapu itu

"Anggapan aku biasa sahaja tapi kalau tak wujud pun trio huru hara, memang sudah huru hara pun tanpa ada Faye dan Bella" Lily angguk kepala tanda setuju "Watak dia orang ni, menurut pandangan aku. Lily pelik, Faye ceria tapi kadang-kadang serius dan si Bella suka fikirkan rancangan yang tak betul dia"

"Ala, rancangan Bella selalunya betul apa" kata Lily

"Betul apa kebendanya. Suka cari nahas dengan aku adalah. Nak aje aku ajar budak perempuan tu. Nahas dia nanti" Aura-aura kegelapan Fang mulai keluar. Dia tengah fikirkan untuk kenakan si Bella dengan rancangan dia yang tak betul juga "Jaga kau Bella" Fang tersenyum sinis

"Menakutkan betul si landak ni" Probe menggigil melihat Fang "Soalan untuk Boboiboy pula. Kenapa Boboiboy menolak bergabung dengan Kapten Kaizo tapi memilih Kokoci? padahal tujuan mereka sama sahaja dan kenapa Boboiboy ingin menjadi superhero balik di Boboiboy Galaxy?"

"Sebab abang Kaizo tu gunakan kekerasan untuk merampas sesuatu. Saya mana suka dengan kekerasan. Saya memilih Kokoci sebab dia tidak menggunakan kekerasan seperti abang Kaizo. Saya nak jadi superhero balik sebab tiada benda nak dibuat dah. Tiada orang jahat baru datang menyerang di bumi. Sebab itu saya gembira dapat menyertai pasukan Kokoci"

"Jawapan yang bernas!" Probe berikan tepukan untuk Boboiboy "Soalan untuk Lily pula" Lily meloncat-loncat di atas sofa "Apakah alasan terbentuknya trio huru hara? dan kenapa Lily tidak mengajak si ratu pontianak untuk bergabung dengan geng kamu?"

"Sebab Bella pun suka huru harakan keadaan dengan cari pasal dengan si landak. Hehehee... dan saya memang suka huru harakan keadaan bersama dengan Faye walaupun dia ni kurang sedikit nak huru harakan. Sebenarnya, boleh sahaja kalau dia nak join tapi DIA MESTI MENGAKU KALAH DULU! BARU BOLEH JOIN TRIO HURU HARA!"

"Eleh, siapa nak join geng korang" Ratu Lily menjelir lidahnya kepada Lily dan terus pandang ke arah lain dengan muka sombongnya. Lily membalas balik dengan menjelir lidah juga dan dia seperti Ratu Lily, pandang ke arah lain dengan muka sombongnya. Rizu tergelak sedikit melihat gelagat duo Lily

"Seterusnya dari Gadis Bintang tapi dia ni tiada soalan. Dia cuma nak jawab soalan dari Lynna sahaja. Dia akan menggunakan kuasa untuk kebaikan sahaja! Bagus gadis bintang! Kamu ni puteri bintang ke? Hehehee..."

"Cheh, sempat lagi kau nak mengurat yea" Probe tersengih malu dekat Fang

"Kita sudah pun menghampiri untuk menjawab semua soalan readers kita. Ini pula datang dari Kurnia24, dia akan menggunakan untuk kebaikan walaupun dia tidak mengenali orang itu siapa. Bagus Kurnia! Tolong sesiapa sahaja dengan seikhlas hati. Soalan untuk Fang, dia ingin menjadi sahabat kamu dan dia juga menjemput kamu ke Indonesia dan dia pasti si landak akan suka!"

"Hmm... aku boleh jadi sahabat kamu tapi dengan satu syarat, kau kena mengaku yang aku lebih hebat daripada Boboiboy! HAHAHAHAA!" Boboiboy menepuk dahinya. Lily menepuk dahi Fang "WOI!" Lily buat-buat tidak tahu "Oh yea, sudah tentu aku akan suka pergi ke Indonesia untuk melawat peminat-peminat setia ku yang ada di sana! HAHAHAHAHAHAHAHAAA!"

"Aduh, apa nak jadi dengan kawan aku sorang ni" Boboiboy menepuk dahinya lagi sekali

"Apalah si landak ni" Probe gelengkan kepala besi dia "Soalan untuk Boboiboy. Siapakah orang yang Boboiboy nak bersama mu jika hari akhir tiba nanti"

"Hmmm.. seluruh keluarga saya dan juga kawan-kawan saya" Jawab Boboiboy

"Soalan terakhir dari Kurnia untuk Lily. Lily rasa, siapa yang paling kacak di antara Kapten Kaizo dan Fang?"

"BOBOIBOY!" Itu jawapan dari Lily

"Woi! Dia tanya siapa yang paling kacak di antara aku dan abang aku. Mana ada Boboiboy dalam senarai tu" marah Fang

"Ala.. jawapan aku tetap BOBOIBOY!" Fang dan Boboiboy menepuk dahi mereka. Lily tetap tersenyum lebar ke arah Boboiboy. Rizu pula sudah tertidur di pangkuan Fang "Tapi.. kalau nak tahu juga.. jawapan dia adalah KAPTEN ITIK! Puas hati?"

"Hmm.. bolehlah" Fang tak puas hati sebab jawapan Lily bukan dia yang paling kacak

"Aku ada nampak macam itik ke?" tanya Kaizo kepada Lynna

"Hmmm.. takde pun tapi mengikut kata Lily, style rambut kau macam ekor itik" Kaizo mula berapi-api dengan Lily. Lynna menahan gelakan dia

"Jaga dia nanti, hukuman latihan tempur selama 1 minggu" bisik Kaizo dengan perasaan geram dia "Aku sekeh juga si Cili tu nanti"

"Baiklah, seterusnya dari Farel! Oh yea, mana si cinta hati ku yea? Dia apa khabar?" Terus Probe kena baling dengan seketul batu dari Fang "Ala, aku nak bertanya sahaja.. itu pun tak boleh" Probe buat muka sedih "Jawapan dia untuk Lynna adalah.. dia ingin menggunakan untuk KEJAHATAN! YEAHHHH! Dia ingin menggunakan kuasa tersebut untuk belasah Kapten Kaizo dan Fang. YEAHHHHH!"

"Suka pula kau yea" kata Fang

"Hehehehe.. tapi ramai sangat nak belasah abang kau dan kau yea. Soalan dia untuk Fang. Apa perasaan kamu jika kamu di bunuh oleh abang kamu sendiri? Fang sayangkan Rizu tak? Kalau sayang, sila cium dan peluk dia sepuas-puasnya" Probe ambil kamera untuk merakamkan saat-saat itu

"Sebelum itu! Mestilah sedih kena bunuh dengan abang sendiri" Fang melihat abang dia lama-lama. Terus dia pandang ke tempat lain "Aku memang sayangkan Rizu pun" Dia melihat Rizu sudah tertidur sambil memeluk anak patung penguin. Lalu dia peluk dan cium kedua belah pipi Rizu. Probe mengambil gambar seberapa banyak yang boleh

"Sayang abang Fang juga" kata Rizu di dalam tidurnya

"Ini adalah soalan terakhir dari readers kita yang terakhir tapi soalan ini datang dari tempat lain. Nhn2015 ingin menjadi kakak angkat kepada Boboiboy dan Fang kerana mereka berdua jarang bergaduh dan dia sudah penat mendengar adik-adiknya yang suka sangat bergaduh. Dia juga ada permintaan untuk Boboiboy dan Ying. Dia ingin menjadi kawan terbaik kepada kamu berdua kerana kawan-kawan di sekolah selalu pinggirkan dia.. alahai, kasihan kamu. Takpe, saya akan pastikan Boboiboy dan Ying akan menjadi kawan terbaik kamu! Di sini juga dia ada tulis, kalau ada hadiah berbentuk pakej percutian.. dia nak mengajak Boboiboy dan Ying! Wah! bagus bagus"

"Boleh aje saya jadi adik angkat kamu tapi nhn2015 larat ke kalau saya dan Fang bergaduh? Tapi jangan risau, kami berdua bergaduh sekejap sahaja" kata Boboiboy

"Hmmm.. boleh percaya ke?" kata Probe dengan penuh kecurigaan "Tapi takpe.. kita buat-buat percaya sahajalah!" Probe terbang di tengah depan pentas tapi...

Beep beep beep..

"Eh, kita telah menerima soalan lagi! Dari siapakah ini?" Probe memeriksa ipadnya yang sudah kena cantas oleh Kaizo pada musim pertama dan kini ia telah di baik pulihkan oleh Adudu sendiri "WAH! DARI AILSA CINTA HATI KU! WELCOME BACK MY LOVE! WELCOME BACK!" Semua pandang ke arah Probe dengan muka rasa nak belasah orang. Terus Probe tersengih seorang diri di atas pentas "Hehehee... mengikut kata Ailsa, dia tidak tahu samada ingin menggunakan kuasa untuk kebaikan atau kejahatan. Dia nak jadi neutral sahaja. Baiklah, soalan dia untuk Fang. Bagaimana tanggapan Fang tentang fanfic Kawan Baik Ku yang telah ditulis oleh author Lynz kita sendiri dan di dalam Kawan Baik Ku 2, abang kau dan Lynna telah mempunyai anak sendiri! EH! AKU BELUM BACA LAGI NI! Kena baca lepas ni"

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAAA! SEBENARNYA! AKU SENDIRI YANG SURUH AUTHOR LYNZ BUATKAN FANFIC ITU!" Lily tepuk dahi Fang "WOI! APASAL KAU TEPUK DAHI AKU!"

"Tak, aku tak tepuk.. tangan aku yang tepuk" Fang mula berapi-api dengan Lily

"Baik kau jawab soalan tu Fang, daripada kau gelak macam orang gila" kata Boboiboy

"Yelah yelah.. sebenarnya aku suka! SUKA SAMPAI TAK TERHINGGA! HAHAHAHAHAHAAAA!" Boboiboy menepuk dahinya. Lily hanya makan chocolate sambil melihat Fang ketawa seorang diri dekat atas pentas macam orang gila. Lalu kepala Fang kena ketuk dengan periuk besi oleh abang dia sendiri. Fang pengsan di atas pentas

"APA NAK JADI DENGAN KAU HAH! GELAK GELAK MACAM ORANG GILA!" Kaizo mengheret adiknya turun dari pentas

"Aduhai, kawan aku ni.. apa nak jadi dengan kau Fang. Kan dan kena dengan abang kau sendiri" Boboiboy sabar sahaja dengan kawan baik dia

"Baiklah, soalan yang terakhir. Betul ke umur Lily 17 tahun? Kalau betul, itu sudah sebaya dengan abang dia iaitu Farel tapi cerita sebenarnya, memang author Lynz letak 17 tahun tetapi dia telah mengubahkan umur Lily kepada 15 tahun" kata Probe "Kita sudah pun selesai menjawab semua soalan dari para readers kita! Sila berikan tepukan gemuruh kepada readers-readers kita yang sudi memberikan soalan!" Para penonton di studio markas kotak berikan tepukan gemuruh "Miss mysteri ada minta request Fang dan Faye nyanyikan sebuah lagu tapi cik author kita tak pasti lagu tu dari anime ke atau dari lagu lain.. maaf yea.. Sebelum kita berakhir dengan rancangan Edisi Malam Minggu, kita berhibur dahulu dengan nyanyi dari Yaya dan Ying!"

Yaya dan Ying sudah pun berada di atas pentas "Kami ingin mempersembahkan sebuah lagu yang bertajuk Anytime you need a friend!"

La La La
La La
La La La
La La

When your sad
When your feeling low
When your hurt
And don't know where to go
Think of me. there i'll be
Anytime you need a friend

When your down
And your luck runs out
Or if your in trouble or in doubt
It's Ok..turn my way
Anytime you need a friend

La La La
La La
La La La

All our lives
Anywhere we are
Just reach out I'll
Never be to far
Come what may when your scared
I will stay with you
When you feel your fallin'
I'll lift you
When your heartbreaks I'll
Ease your aches,
Whatever it takes I'm in
Anytime you need a friend
There I'll stay
Anytime you need a friend

When you need a friend
Come what may, there i'll stay
Now until the very end
Anytime you need a friend

La La La
La La La
La La

"Terima kasih semua!" kata Yaya dan Ying. Mereka rasa sangat terharu dengan tepukan gemuruh yang mereka dapat dari para penonton studio markas kotak. Yaya dan Ying turun dari pentas dan Probe terbang ke tengah pentas

"Semua terhibur dengan persembahan dari Yaya dan Ying tadi?" tanya Probe

"YEAAAAA!"

"Bagus bagus.. kita sudah pun sampai di penghujung rancangan EDISI MALAM MINGGU!" Para penonton berikan tepukan lagi "Minggu hadapan saya akan menjemput 3 tetamu yang tidak asing bagi kita. Tetamu kita yang pertama adalah Gopal, tetamu kita yang kedua adalah Kaizo dan tetamu kita yang terakhir adalah Lynna! Sila berikan 2 soalan untuk mereka bertiga. Tuliskan soalan kamu di ruangan review dan saya pasti, mereka akan menjawabnya secara jujur! Kita akan berjumpa lagi pada minggu hadapan! SELAMAT MALAM SEMUA!" Probe melambai-lambai di hadapan kamera

Terus Fang muncul yang baru bangun dari pengsannya untuk berikan soalan untuk minggu ini "Hai semua, saya adalah Fang! Soalan saya untuk minggu ini, jika saya mengajak kamu untuk keluar berjalan-jalan di bandar Pulau Rintis, adakah kamu akan terima ataupun tidak? Berikan jawapan kamu di ruangan review!" Fang melambai-lambai di hadapan kamera. Tiba-tiba Lily pun sibuk juga nak lambai-lambai sekali. Mereka berdua berebut di hadapan kamera sehingga membuatkan Boboiboy menepuk dahinya

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com