Minggu Terakhir
"HAI HAI HAI SEMUA! Saya adalah host kamu untuk rancangan EDISI MALAM MINGGU!" Hari ini Probe memakai pakaian costume naga yang berwarna merah "Hari ini kita ada tema, iaitu tema Fairytale.. jadi anggap ajelah ini ala-ala Holloween yea. Hehehee" Probe terbang ke tepi pentas "Baiklah, kita jangan membuang masa sebab hari ini encik bos perlukan studio markas kotak untuk perhimpunan alien-alien durjana seluruh galaxy-" Terus kepala dia kena ketuk dengan Adudu "ADOI! ADOI! AMPUNKAN SAYA ENCIK BOS!"
"YANG KAU BAGITAHU SEMUA ORANG APASAL! CUBA KAU TENGOK, KAPTEN KAIZO SUDAH BERSEDIA UNTUK BELASAH AKU!"
"Maafkan saya encik bos! Saya tak sengaja!"
"AKU TAK PEDULIK! AMBIK NI AMBIK NI AMBIK NI!" Adudu terus mengetuk kepala besi Probe dengan spana gergasi. Tirai pentas dibuka secara automatik dan terpaparlah Rizu dan Ying berpakaian seperti pahlawan sejati
"PIZU DI SINI! UNTUK GANTIKAN TEMPAT ABANG FANG! SEBAB DIA TAK NAK BERDUET!"
"Dan saya adalah Ying! Saksikanlah duet kami iaitu My heart!"
Di sini kau dan aku
Terbiasa bersama
Menjalani kasih sayang
Bahagia ku denganmu
Pernahkah kau menguntai
Hari paling indah
Ku ukir nama kita berdua
Di sini surga kita
Bila kita mencintai yang lain
Mungkinkah hati ini akan tegar
Sebisa mungkin tak akan pernah
Sayang ku akan hilang
If u love somebody
Could we be this strong
I will fight to win
Our love will conquer all
Wouldn't reach my love
Even just one night
Our love will stay in my heart
My heart...
"Terima kasih!" kata Ying dan Rizu serentak. Para penonton markas kotak berikan tepukan gemuruh kepada mereka berdua. Rizu melambai-lambai kepada mereka sambil masuk balik ke dalam belakang pentas. Manakala Ying pula, dia turun ke bawah dan kembali ke tempat duduk dia. Probe kembali di atas pentas dengan benjol di sana sini. Adudu sudah pun dibelasah oleh Kaizo dan kini, dia sedang berehat di dalam bilik sebab Kaizo belasah memang amat terus sekali, selamat tak koma
"Maaf yea semua. Hari ni saya jadi naga benjol ajelah... hehehee" Probe tergelak sedikit "Terima kasih kepada Ying dan Rizu dengan duet kamu tadi. si landak tu memang susah sikit kalau nak ajak berduet tapi kalau dengan orang-orang yang dia paling sayang, cepat aje. Baiklah, saya akan memperkenalkan tetamu-tetamu kita pada hari ini. Tetamu kita yang pertama, dia adalah seorang budak kecil di dalam geng Boboiboy. Suka berceloteh panjang lebar dan suka sangat makan kerepek pisang yang diberikan oleh Lily. Dia adalah RIZU!"
"YEAH! PIZU KEMBALI LAGI SEKALI!" Kali ini Rizu telah menukar pakaian costume dia kepada costume seekor beruang "Hehehee... Pizu nak jadi teddy bear hari ini, bolehkan?"
"Err.. boleh kot. Rizu duduk dulu yea" Rizu duduk di atas kerusi sofa sambil tersenyum comel
"Tetamu kita yang kedua, dia adalah seorang panas baran. Suka sangat marah-marah orang sebab suka sibuk dalam urusan dia, suka cari masalah dengan abang dia dan dia bukanlah seekor landak tapi orang tetap suka panggil dia landak sebab style rambut dia dan dia adalah FANGGG!"
Fang keluar dengan muka masam kerana dia terpaksa berpakaian seperti seekor arnab di dalam cerita Alice in Wonderland. Ramai para penonton yang gelakan dia tapi ada juga yang terasa comel melihat Fang berpakaian seperti itu "APA GELAK-GELAK! KORANG NAK KENA DENGAN AKU KE?"
"Isk isk isk... marah pula si landak ni" kata Probe
"Mestilah marah! SUKA HATI KORANG AJEKAN NAK KETAWAKAN ORANG!" Fang terus duduk di atas sofa sambil bersilang tangan
"Errr... kita ke tetamu kita yang terakhir. Dia adalah seorang puteri fantasy bukan galaxy, lagipun putera galaxy ada dekat situ" Probe tunjuk kearah Kaizo "Walaupun dia seorang yang lemah lembut tapi dia sebenarnya sama kuat seperti Kapten Kaizo. Dia adalah LYNNA!"
"Hai semua!" Lynna keluar pentas belakang dengan senyuman mesra dia. Hari ini dia berpakaian seperti pahlawan puteri "Apa khabar semua?"
"KAMI BAIK SAHAJA!"
"Hehehee..." Lynna terus duduk disebelah Fang yang masih lagi bermasam muka
"Yeah! Tetamu kita sudah pun berada di sini! Mari kita mulakan sesi soal jawab! Tapi sebelum itu, saya akan baca balik soalan Boboiboy pada minggu lepas. Diantara kawan-kawan Boboiboy, siapakah yang layak menjadi idola kamu? Macam-macam jawapan saya terima, nanti saya akan bacakan jawapan kamu dan juga soalan kamu untuk mereka bertiga. Baiklah, kita mulakan dengan reader kita yang pertama iaitu Kaizo atau dikenali sebagai peminat Kaizo. Idola dia adalah Fang dan Yaya. Fang sebab dia nakal macam si peminat Kaizo ni dan Yaya pula sebab dia seorang yang sabar dan suka berikan nasihat yang berguna tapi idola nombor satu dia ialah KAPTEN KAIZO! Soalan dia untuk Fang, boleh tak dia nak resepi donut lobak merah dan apa pendapat kamu tentang fanfic Cinta Pertama Fang?"
"Boleh boleh.. boleh cari dekat internet" jawab Fang dengan nada sinisnya "Heheheee..."
"Cheh, boleh pulak macam tu" kata Probe
"Dah tu, nak sangat resepi tu. Carilah dekat internet"
"Fang Fang.. tak baik tau jawab macam tu. Orang dah tanya, jawablah dengan baik" Fang tersengih dan lalu terasa malu dengan Lynna. Rizu tergelak kecil
"Hmm.. yelah, nantilah adik bagitahu dia. Oh yea, tentang fanfic Cinta Pertama aku tu.. APASAL AUTHOR BUAT FANFIC TU.. UWAAAA! CINTA KU HANYA KEPADA DONUT LOBAK MERAH" Fang gigit cushion sofa tersebut sebab terlampau geram sangat "Pendapat aku, itu hanyalah mimpi author sahaja" Probe terus ketuk kepala Fang dengan spana "WOI! APASAL KETUK KEPALA AKU PULAK!"
"Sebab fanfic itu adalah masa depan landak.. hehehehehe" Fang mula berapi-api dengan Probe dan author Lynz "Seterusnya dari Floral Lavender dan idola dia sudah tentu si landak ungu iaitu FANG! sebab Fang ni handsome, comel, suka menolong kawan-kawan dia di saat-saat dalam kesusahan walaupun dia suka buli orang" Fang terus tersenyum bangga dengan diri dia
"Cheh, banggalah sangat" bisik Gopal yang duduk jauh daripada Fang iaitu di bahagian belakang studio markas kotak
"Soalan dia untuk Fang, apakah perasaan kamu kalau kamu ada penyakit merbahaya dan apa kamu akan lakukan?"
"Hmmm... aku akan cuba untuk merealisikan impian aku sebelum aku mati iaitu melihat abang aku berkahwin dengan kak Lynna" Kepala Fang kena ketuk dengan abang dia tetapi Fang abaikan sahaja "Tapi aku yakin, abang aku akan tetap mencari penawar penyakit aku. Betul tak abang?" Fang tersenyum kepada abang dia yang ada di sebelah dia
"Tak, aku biarkan kau merana aje" Kaizo terus turun ke bawah
"ABANGGGGGGGGG!" Fang berapi-api balik tapi kali ini dekat abang dia pula. Lynna hanya mampu gelengkan kepala. Rizu main dengan teddy bear dia yang baru diberikan oleh Probe
"Hehehee.. kasihan kau yea landak. Soalan seterusnya untuk Lynna. Apa yang kamu selalu lakukan diwaktu lapang bersama Kapten Kaizo di fanfic Aku Abang, Kau Adik?"
"Kita orang selalu pergi latihan tempur, itu pun Kaizo yang ajak. Kadang-kadang tu pergi berjalan-jalan dekat bandar atau dekat luar Pulau Rintis, kadang-kadang tu berborak biasa sahaja. Tiada yang istimewa pun" jawab Lynna secara jujur
"Hehehe... tiada yang istimewa tapi dekat hati ada istimewanya"
"Betul tu Probe! Aku sokong sahaja" Fang menyibuk sekali
"Bagus bagus.. berikan sokongan kepada mereka sampai bila-bila yea. Seterusnya dari cik Fiona! Idola dia adalah FANG! Ramai juga katakan si panas baran ni idola mereka yea"
"Mestilah, aku kan lebih hebat daripada Boboiboy" kata Fang dengan bangganya
"Cheh, hebatlah konon" bisik Gopal lagi
"Soalan dia untuk Fang.. dia ada berikan 10 kotak donut lobak merah khas untuk Fang! Tapi nanti saya akan hantar dekat rumah yea. Oh yea, soalan dia adalah, Fang tak pernah ke nak ajar abang kamu memasak? masakan dia kan masin tahap melampau"
"Hmm.. ajar abang aku masak. Bila ajar aje, mesti bergaduh dengan abang aku tu. Malaslah aku nak ajar dia, biarkan masin.. MUAHAHAAHAHAHAHAAAA!" Fang ketawa sekuat hati di atas pentas. Kaizo berkerut-kerut dahinya di bawah pentas
"Tapi kamu juga yang tukang telan makanan abang kamu" Probe tergelak sedikit
"Hmmm.. memang pun" jawab Fang dengan nada bosan dia
"Baiklah, seterusnya untuk Lynna. Pernah tak Lynna kena kacau dengan orang lelaki semasa shopping ke atau semasa jalan-jalan?"
"Hmmm... sejujurnya, saya jarang kena kacau. Kalau ada pun, saya selalu abaikan mereka sahaja dan teruskan berjalan"
"Bagus bagus.. kalau boleh, biar saya sahaja kacau Lynna" Fang ketuk kepala Probe dengan Spana "Adoi! Yelah, saya tak kacaulah kakak kesayangan kamu yang bakal menjadi kakak ipar kamu tu" Kali ini Probe kena ketuk dengan Kaizo pula "Adeh, timbul satu lagi benjol. Tapi memang betullah kan. Kita ulang balik saat-saat Kaizo memegang cincin untuk melamar Lynna"
Sebuah skrin television muncul di atas pentas dan lalu sebuah video telah dimainkan. Video itu adalah sewaktu Kaizo menghendap adiknya bersama Yaya. Kaizo cakap sesuatu tentang beritahu perkara yang sebenarnya dekat Lynna dan selepas itu television itu dicantas oleh Kaizo
"ALA! Baru nak enjoy movie tadi, dah kena cantas" Probe baru sahaja keluarkan popcorn dia
"APASAL KAU KELUARKAN VIDEO YANG TAK MASUK AKAL!"
"Errr.. jangan marahkan saya Kapten Kaizo. Saya cuma nak buktikan sahaja bahawa KAPTEN KAIZO SUKAKAN LYNNA!" Terus Probe larikan diri. Kaizo mengejar Probe di sekeliling studio markas kotak. Fang tidak berani hendak melihat Yaya dan Yaya pula rasa merah pula muka dia. Lynna tak tahu nak cakap apa
"Kita akan kembali selepas ini!" kata Rizu dengan nada ceria dia
---------------------------
"Adeh, berbenjol-benjol kepala saya ni" Kepala besi Probe sudah dipenuhi dengan benjol-benjol terbaru. Kaizo sudah kembali tenang sambil minum air teh hijau dia. "Kita sambung balik dengan soalan cik Fiona tadi. Soalan untuk Rizu, jika kamu ada kuasa, Rizu nak kuasa apa tapi tak boleh pilih kuasa bayang macam kuasa abang kesayangan kamu tu"
"Alaaaa..." Rizu terus peluk lengan Fang dengan muka sedih dia "Kalau tak boleh.. Pizu nak kuasa terbanglah! Macam kuasa kakak Yaya! Boleh terbang ke sana sini!" Muka sedih dia terus berubah menjadi ceria balik
"Reader kita yang berikutnya iaitu Azuki5991 dan idola dia adalah Fang juga.. sebab si landak tu pandai, rajin dan suka jaga kebersihan" Fang tersenyum bangga lagi "Azuki ni sebenarnya ada soalan lain tapi dia nak tukar soalan lain pulak.. cheh, boleh main tukar-tukar pulak. Selamatlah author ni baik, kalau tidak, sudah lama dia cantas-cantas orang yang suka sangat buat author pening kepala. Hehehee... soalan dia yang pertama untuk Fang. Apa kamu buat apabila kamu terjumpa dengan pelakon suara kamu sendiri iaitu Wong Wai Kay? dan ada mesej yang istimew untuk dia tak?"
Fang bangun dan terus merampas mikrofon di tangan Probe "Wahai pelakon suara ku yang serba comel itu, aku akan berterima kasih kepada dia kerana berikan suara yang cukup macho dan membuat peminat aku lebih ramai lagi! Hahahaaa! Dan mesej aku kepada dia, jagalah suara mu yang serba macho tu elok-elok, kalau tidak, tak bolehlah aku nak marah-marah dia orang yang suka cari pasal dengan aku. Berusahalah pelakon suara ku iaitu Wong Wai Kay! Itu sahaja mesej aku kepada dia. Kalaulah dia baca, berbunga-bunga hati aku nanti.. heheheee" Fang terus kembalikan mikrofon itu kepada Probe
"Macam dia dengar aje mesej dari landak.. hehehee.. dan untuk pelakon suara saya iaitu Encik Anas Abdul Aziz, terima kasih kerana berikan suara comel kepada saya. Sangat sangat terharu" Probe mengesat air matanya lagi
"Lily pun nak juga berterima kasih kepada pelakon suara watak Lily iaitu diri sendiri" Lily menyibuk pula di atas pentas "Lily tahu, ramai yang tengah berimaginasi bagaimana suara Lily. Bayangkan sahaja suara Lily seperti suara Sailormoon! Hahahahahaaaa!" Lily tergelak-gelak sambil turun dari pentas
"Cheh, dia pun nak menyibuk juga" bisik Probe "Soalan seterusnya untuk cik Lynna kita. Cik Lynna, Cik Lynna.. cik Lynna suka bunga apa?" Probe berkelip-kelip mata dia dekat Lynna
"Errr.. Saya suka bunga rose dan bunga Lavender" jawab Lynna dengan lembut
"Bolehlah saya hantar bunga dekat cik Lynna nanti. Hehehee... soalan terakhir untuk Rizu dari Azuki. Apa yang Rizu suka dan tak suka dekat dunia ini?"
"Pizu sukakan keamanan! dan Pizu tak suka tengok haiwan terseksa. Kasihan haiwan-haiwan tu. Pizu menangis bila ada orang suka buli kucing, seksa kucing tapi bukan setakat kucing sahaja, haiwan lain pun ada yang terseksa juga" Rizu mengesat air mata dia yang mengalir keluar sedikit "Robot badut jangan seksa mana-mana haiwan tau"
"Tak, abang badut tak kan seksa mana-mana haiwan lagipun Rizu comel jadi anak beruang ataupun anak penguin" Rizu terus tersenyum lebar. Dia suka pula memakai costume beruang "Adeh, saya terlepas pula dengan satu reader ni. Nama dia adalah Aria sister tapi dia tiada idolanya. Dia cakap, boleh tak Fang nak cuba tanding dengan adik dia iaitu The only Aria?"
"Malas aku" jawab Fang dengan nada bosan dia
"Boleh pulak si landak ni malas. Kita abaikan si pemalas tu. Baiklah, seterusnya dari Kesya-Milk She. Idola dia adalah Lynna kerana dia seorang yang lembut dan bijak. Soalan dia untuk Lynna. Apakah makanan kesukaan Lynna?"
"Saya suka makan pau kacang merah atau apa-apa sahaja yang ada kacang merah... hehehee.. boleh dikatakan saya ni hantu kacang merah" jawab Lynna
"Kacang merah, cendawan lah, kerepek pisanglah, lobak merahlah.. macam-macam betul ada yea. Selamatlah saya ni robot. Soalan seterusnya untuk Fang, berapa banyak haiwan bayang yang Fang ada?"
"Hmmm.. entahlah, tak terkira aku tapi paling utama sekali adalah harimau bayang aku! HAHAHAAAAA!"
"Dan juga penguin bayang!" Rizu buat muka comel dia seperti anak penguin "Pizu suka bila abang Fang keluarkan penguin bayang"
"Nanti abang keluarkan lagi penguin bayang"
"Probe bayang takde" tanya Probe
"Probe bayang tiada di dalam data jam kuasa aku" jawab Fang dengan selambernya
"Cheh, tak guna punya landak" bisik Probe "Soalan in pula untuk Rizu, pernah tak rasa takut dengan Kapten Kaizo yang garang sangat tu?"
"Hmmm... sebenarnya Pizu tak takut sangat pun sebab bila abang Paizo garang, dia nampak comel pula. Comel macam penguin!" Berkerut-kerut dahi Kaizo "Tapi ramai yang suka tengok abang Paizo mengamuk tak tentu pasal terutama sekali kakak Lily!" Lily angguk-angguk tanda betul. Dia ada di sebelah Boboiboy yang entah kenapa hari ini senyap sahaja
"Nanti saya akan kumpulkan kesemua video-video Kapten Kaizo mengamuk. Nantikan keluaran DVD terbaru yang bertajuk Kapten Kaizo mengamuk tak tentu pasal. Hanya dijual di Pulau Rintis sahaja, dapatkan dengan segera sementara stok masih ada. Limited edition ni! Lupa pula, siapa beli, akan dapat plushie percuma iaitu Kaizo dan Lynna" Lily sudah keluarkan duit dompet dia sebab nak beli DVD itu. Kaizo berkerut-kerut dahi lagi. Fang rasa seperti mahu beli juga, mesti seronok kalau dia dapat menonton bersama abang dia nanti. Tak dapat nak dibayangkan "Seterusnya dari Jaina Proudmore. Idola dia adalah Lynna kerana Lynna adalah kakak yang terbaik daripada si Kapten Kaizo tu"
"Ada juga nak tengok keamukan aku nanti ni" bisik Kaizo sambil menggenggamkan tangannya
"Di sini juga, Jaina nak jadi adik kepada Lynna. Boleh ke?" tanya Probe kepada Lynna
"Boleh, akak tak kisah" Lynna melambai-lambai di hadapan kamera sambil tersenyum mesra
"Ini pula datang dari Aisyah! Hai Aisyah! Idola dia adalah Yaya kerana Yaya seorang yang ceria, tegas dan cantik" Probe betulkan suara dia sekejap "Soalan dia untuk Lynna, apa perasaan Lynna jikalau Fang menjadi adik kamu?"
"Saya akan sayang dia seperti mana saya sayangkan dia sekarang" Lynna peluk kepala Fang "Tapi kalau dia buat nakal, saya akan sekeh kepala dia.. hehehee" Lynna sekeh sedikit kepala Fang secara lembut. Mereka tergelak di situ "Takdelah, akak tak kan sekeh kepala Fang. Akak akan nasihatkan Fang, lagipun akak tak suka menghukum orang"
"Kak Lynna dan abang berlainan betul. Dia tu suka hukum orang, kak Lynna tak suka. Abang tu suka dengan kekerasan dan kak Lynna tak suka. Abang tu suka marah-marah orang walaupun tanpa sebab tapi kak Lynna akan marah orang bila ada sebab. Hehehee.. tapi abang tu jarang nak marah kak Lynna"
"Hmm.. tak kan dia nak marah-marah akak pulak"
"Betul tu cik Lynna. Tak kan dia nak marah-marah orang perempuan pulak, tak ke gila tu. Nanti ada juga baling tin kosong dekat si Kapten Kaizo tu. Tak patut, tak patut. Baiklah, soalan untuk Rizu. Rizu nak kuasa apa?"
"KUASA TERBANG!" Rizu terus berdiri dan buat aksi ala-ala superman
"Alahai, comellah pulak budak ni. Soalan yang terakhir untuk Fang. Apakah makanan kegemaran kamu selain daripada donut lobak merah?"
"Hmm.. bubur lobak merah yang abang aku buatkan" Hati Kaizo tersentuh sedikit dengan jawapan adiknya. Dia tersenyum sedikit "Itulah satu-satunya makanan abang aku yang tidak masin"
"Betul tu abang Fang! Abang Paizo kalau masak, mesti masin tahap nak bagi orang masuk ho-" Fang tutup mulut Rizu supaya tidak bercakap lagi. Dia tersengih sahaja kepada abang dia
"Hehehe.. takut Kapten Kaizo mengamuklah tu" Probe tergelak "Seterusnya ialah The only Aria. Dia ni bingung sebab tak tahu nak pilih siapa idola dia, jadi dia pilih sahaja kesemuanya. Soalan dia untuk Lynna, bila cik Lynna nak berkahwin dengan Kapten Kaizo sebab dia tak sabar nak tengok cik Lynna dan Kapten Kaizo bersama. Mesti seronok kan kan kan kan" Tiba-tiba sahaja music orang nak kahwin berbunyi dan Probe letak sejambak bunga mawar putih di atas tangan Lynna dan sebuah topi hitam di atas kepala Kaizo
"KEGILAAN APAKAH INI?!" Kaizo bangun dan terus cantas topi itu "APA YANG KAU CUBA LAKUKAN?"
"Saya cuma nak kahwinkan Kapten Kaizo dan Lynna sahaja.. janganlah marah sebab ramai sangat yang tanya ni, bila Kapten Kaizo nak kahwin?" Kaizo terus menghempuk kepala Probe dengan kerusi "Adeh, memang tiada acara kahwin lah hari ni. Sakit kepala saya"
"Sudah-sudahlah tu, kalau ada jodoh, adalah tu" jawab Lynna sambil tersenyum. Mata Fang bersinar-sinar melihat Lynna "Akak cakap KALAU"
"Hehehee.. baiklah kak Lynna" jawab Fang sambil berangan abang dia sudah pun berkahwin
"Hmmm... landak dah tak betul. Baiklah, seterusnya dari AN! Hai hai AN!" Probe lambai-lambai dekat depan kamera sambil tunjuk plushie Fang dekat AN "Hehehee.. kalau nak, silalah mintak dekat sesiapa yang tercicir dekat atas lantai markas kotak tadi. Tapi comel juga plushie Fang ni, boleh peluk-peluk.. gigit kepala dia, gigit kaki dia.."
"WOI!" Fang rampas plushie Fang "Ini biar aku yang simpan"
"Pizu nak boleh?" Fang bagi dekat Rizu "Terima kasih abang Fang! Nama plushie ni ialah PANG!" Terus Rizu memeluk plushie Fang di dadanya. Berapi-api Fang sebab namakan plushie itu dengan nama Pang
"Kasihan.. hehee.. baiklah, AN ni tiada soalan tapi dia ingin menjawab soalan Boboiboy. Idola dia sudah tentu si landak ungu tak mandi sebulan tu" Terus Fang balik meja dekat Probe dan berbenjollah lagi kepala si Probe "Adeh, sakit kepala saya. Dia cakap di sini, si landak tu pandai, baik, comel dan bergaya"
"Bila masa si landak tu comel dan baik" Lily garu-garu kepala dia sebab kepelikan "BOBOIBOY KU LEBIH BAIK DAN LEBIH COMEL DARIPADA SI LANDAK TU!" Boboiboy tersengih sahaja
"DIAMLAH KAU!" Fang jerit balik dekat Lily
"Jangan nak main ketuk-ketuk kepala pulak" Probe nampak Fang dan Lily sudah bersiap sedia dengan spana masing-masing. Mereka terus duduk diam sebab Kaizo sedang memerhatikan mereka berdua "Hehehe.. tahu takut. Seterusnya dari gadis mysterious. Idola dia adalah Fang, Yaya dan Ying! Mereka adalah idola kepada adik gadis ni kerana Fang suka mengamuk tak tentu pasal macam diri dia. Yaya pula sebab dia gadis muslimah yang hebat dan selalu menutup aurat dan Ying pula selalu bersaing dengan Yaya tapi tak pernah benci Yaya. Soalan dia untuk Fang, diantara kawan-kawan kamu, siapa yang paling kamu sayang? dan adakah Fang suka menonton drama korea?"
"Mestilah aku sayangkan kesemua kawan-kawan aku. Dia orang kawan-kawan terbaik aku. Aku tak berapa gemar menonton drama korea, lebih baik aku ulangkaji matematik! Lagi seronok"
"Wah, rajin sungguh anak alien ni. Kawan-kawan di rumah, ikutlah perangai rajin si landak yea" Probe betulkan suara dia "Seterusnya adalah dare tapi ramen sudah habis dimakan oleh encik bos. Hehehe.. maaf yea sebab dare cik gadis mysterious tidak dapat ditunaikan. Soalan seterusnya untuk Lynna. Apakah makanan kegemaran Lynna?"
"Rasanya saya sudah jawab tadi. Pau kacang merah atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kacang merah" kata Lynna dengan lembutnya
"Soalan untuk Rizu, apakah makanan kegemaran kamu selain daripada kerepek pisang dan chocolate"
"Hmmm... tak tahu tapi Pizu suka makan bubur lobak merah yang abang Paizo buat! SEDAP SANGAT!" Rizu berikan senyuman lebar dekat Kaizo "Nanti buatkan untuk Pizu lagi yea!"
"Suka betul si budak penguin ni. Seterusnya dari guest yang saya tidak tahu apa nama dia. Lupa nak letak namalah ni tapi takpe. Idola untuk si guest ini adalah Yaya kerana Yaya seseorang yang berdisiplin dan bijak. Soalan dia untuk Fang. Kuasa penembus Fang masih boleh digunakan lagi tak? sebab Fang tidak pernah guna di dalam fanfic Aku Abang, Kau Adik"
"Aku pernah guna sekali aje, masa tu dalam chapter... entahlah, aku pun tak ingat chapter mana. Lepas tu aku tak guna dah" jawab Fang dengan jujurnya
"Dia juga ada cabaran untuk Fang. Dia cakap Fang tidak boleh makan donut lobak merah selama seminggu, kalau tidak, abang kamu akan menghukum kamu dengan latihan tempur" Probe tergelak sedikit, manakala Kaizo pula, dia tersenyum sinis
"Boleh aje.. seminggu ajekan, bukannya sebulan pun" kata Fang dengan bangganya
"Yelah tu Fang, entah-entah.. esok menangis sebab tak dapat donut lobak merah" bisik Boboiboy
"Biarkanlah si landak tu. Bukan menangis sahaja, terus jadi tak betul" Lily pula menyibuk sekali
"Seterusnya soalan untuk Lynna. Soalan dia berbunyi begini. Macam mana Lynna boleh tahan dengan perangai adik beradik alien itu? dan apa yang Lynna suka tentang Kapten Kaizo" Probe terus berikan mikrofon dia kepada Lynna "Jawab, jangan tak jawab"
"Hmm... macam mana saya tahan dengan perangai dua orang alien tu. Sebab saya ni penyabar tapi perangai dia orang selalu buat saya tergelak dan gembira dengan keakraban dia orang. Saya tahu, lepas dia orang bergaduh, mesti berbaik semula" Lynna belai rambut Fang yang ada disebelah dia "Untuk soalan kedua tu... saya suka tentang diri Kaizo adalah sikap dia yang suka melindungi adiknya, sayangkan adik dia walaupun dia selalu buli Fang dan juga sikap garang dia. Garang macam mana pun, ada juga kelembutan di hati dia" Lynna terus berikan senyuman manis kepada Kaizo yang berada di bawah pentas. Fang melihat sahaja Lynna, lepas itu dia pandang kearah abang dia. Fang rasa seperti nampak abang dia sedang tersenyum sedikit
"Hmmm..." Fang mengusap-usap dagunya "Mencurigakan" bisik Fang
"Baiklah. Soalan untuk Rizu. Kenapa Rizu suka gigit orang? Rizu nak tak kuasa macam abang kesayangan kamu? Kalau nak, mintak dekat Emmy, suruh dia buatkan dan berikan kuasa bayang dekat Rizu"
"Pizu gigit orang yang suka buat hal sahaja. Ibu cakap, Pizu suka sangat gigit orang dari Pizu bayi lagi. Pizu suka kalau ada kuasa bayang macam abang Fang! Bolehlah Pizu bergabung kuasa dengan abang Fang!" Rizu peluk Fang "Bolehkan abang Fang"
"Boleh" jawab Fang
"Kalau macam tu, ESOK JUGA PIZU MINTAK KAKAK EMMY TOLONG BUATKAN!"
"DAN LILY AKAN MINTAK TOLONG AMMY BUATKAN KUASA MACAM BOBOIBOY! LILY KUASA TUJUH!" Lily terus bayangkan diri dia berpecah tujuh. Boboiboy tersengih sahaja sambil garu-garu kepala dia
"Sibuk aje si pelik ni" bisik Fang
"Seterusnya dari Dark Princess! Idola dia adalah si landak! Kerana landak tu pandai dan kacak. Soalan dia untuk Fang.. tapi soalan ini macam untuk Kapten Kaizo aje" Probe terus terbang ke sebelah Kaizo "Soalan dia berbunyi begini, apakah Kapten Kaizo tahu bahawa Fang pernah pengsan semasa dia mengeluarkan naga bayang saat dia berlawan dengan Ejojo?"
"Aku tahu tentang itu sebab si Pang pernah ceritakan kepada aku" jawab Kaizo dengan nada serius dia
"Soalan untuk Kapten Kaizo dan Fang. Macam mana perasaan Fang jika cermin mata Fang rosak? dan apa Kapten Kaizo akan lakukan jika cermin mata Fang rosak?"
"Aku akan suruh dia sellotape sahaja cermin mata dia tu. Boleh gunakan lagi" jawab Kaizo
"Cheh, tak guna punya abang" bisik Fang "Mestilah perasaan sedih tapi aku kan ada dua cermin mata.. hehehehe tapi satu tu aku dah bagi Rizu pula"
"Abang Fang boleh ambik balik kalau cermin mata abang Fang rosak. Pizu boleh beli baru"
"Terima kasih Rizu" Rizu balas balik dengan senyuman dia
"Comel betul kamu berdua ni" kata Lynna. Probe kembali ke atas pentas. Lalu dia mencari soalan seterusnya
"Reader kita yang seterusnya adalah dari Lizz! Idola dia sudah semestinya si landak ungu yang bernama Fang! sebab dia tu kacak, sombong tapi sebenarnya dia ni baik, pintar, suka bersihkan rumah dan pandai memasak. Mengikut kata dia lagi, SUAMI IDAMAN LIZZ! Probe tergelak di situ. Fang bermasam muka di atas pentas
"WUUUUUUU! SUAMI IDAMAN.. HAHAHAHHAHAHAAAAAAA!" Lily turut tergelak juga bersama Probe di atas pentas
"WOI! Nak bagi soalan atau nak gelakan aku?"
"Maaf yea landak" Probe tergelak sedikit. Lily masih lagi gelak dan Fang ketuk kepala Lily dengan spana, terus muncul satu benjol di kepala Lily "Kasihannn... " Lily menangis di atas pentas, sampailah Kaizo terpaksa mengheret Lily turun dari pentas "Kasihannnn untuk kali kedua. Soalan untuk Fang, kemana kunci yang Ratu Lily berikan kepada kamu di episode Isi Hati Fang?"
"Kunci tu sebenarnya ada dengan saya" Lynna pula yang jadi tukang jawab "Saya yang simpankan kunci itu"
"Ha ah, aku bagi kunci tu dekat kak Lynna sebab tak nak orang lain guna"
"Macam itu pula. Tapi Fang tak nak suruh abang kamu gunakan ke?" tanya Probe
"Hmmm... dia bukannya bagi aku tengok apa yang ada dalam isi hati dia tu" kata Fang sambil bersilang tangan
"Soalan untuk Rizu, apa yang Rizu lakukan bersama dengan ayah kamu semasa Lynna bawa dia ke sini?"
"Pizu berborak dengan ayah Pizu, lepas tu Pizu tunjuk semua lukisan Pizu dekat ayah! Terima kasih kakak Lynna, terima kasih abang Paizo! Pizu sangat terharu dengan kejutan dari kakak Lynna dan abang Paizo! Lepas tu Pizu ceritakan dekat ibu Pizu, dia siap menangis lagi sebab Pizu dapat mengenali ayah Pizu sikit. Ayah Pizu tu kacak orangnya dan juga tinggi lampai. Dia ada pesan dekat Pizu, jadi budak yang baik dan selalu dengar cakap ibu. Jangan lawan kata-kata ibu dan selalu ingat yang ibu selalu sayangkan Pizu. Bukan ibu sahaja, abang Paizo, abang Fang dan kakak Lynna pun sayangkan Pizu juga. Jadi Pizu tak kan ulang balik kejadian hari itu. Maafkan Pizu yea, kakak Lynna dan abang Paizo"
"Akak maafkan" kata Lynna
"Comel betul celoteh budak kecik ni" kata Probe "Oh yea, Lizz ada soalan untuk Kapten Kaizo. Hukuman apakah yang sesuai untuk adik dia sebab gagal dalam peperiksaan!"
"Hukuman paling bagus sekali ialah KALAU AKU SEBAGAI CIKGU DIA! MESTI DIA AKAN TAKUT DENGAN KEGARANGAN AKU! DAN AKU AKAN AJAR DIA SAMPAI PANDAI!"
"Dasyat cikgu Kapten Kaizo ni" Menggigil Probe "Seterusnya dari adhadeva kirana. Idola dia adalah Halilintar kerana dia tu pendiam, calm and cool! Speaking pula saya.. yang kedua pula ialah Kapten Kaizo kerana dia adalah abang paling best di dunia! Dia ni hebat dalam bertarung dan juga penjaga galaxy yang hebat tapi sadisnya tahap 200 level! Baiklah, soalan untuk Lynna, adakah Lynna masih belajar lagi ataupun sudah bekerja?"
"Saya masih belajar lagi tapi bukan dekat sekolah. Belajar dekat Kolej" jawab Lynna
"Oh, belajar lagi rupanya. Si kirana ni ada hadiah macam-macam untuk Rizu tapi saya akan hantarkan hadiah-hadiah tersebut dekat rumah Rizu nanti yea. Soalan untuk Rizu, kalau rumah Rizu tiba-tiba sahaja terputus elektrik, apa yang Rizu akan lakukan? dan kalau kamu dapat pergi ke luar negara. Negara mana yang Rizu nak pergi sangat?"
"Pizu akan hubungi abang Fang dan abang Paizo sebab Pizu takut gelap. Takut hantu keluar nanti. Lepas tu Pizu akan lari keluar rumah dan menjerit 'ABANG FANG! ABANG PAIZO! ADA HANTU NAK MAKAN PIZU!" Tiba-tiba Gopal muncul di atas pentas
"Samalah dengan abang. Abang takut dengan hantu badut, sudahlah tahun lepas ada hantu badut jahat ni gigit tangan abang. Selamat abang tak bertukar menjadi hantu badut"
"Wei, yang kau ada dekat atas pentas kenapa?" tanya Fang dengan nada marah dia
"Hehehe.. aku nak berkongsi pengalaman hantu badut aku dengan Rizu ni aje" Gopal turun ke bawah dengan tersengihnya. Rizu melambai-lambai kearah Gopal dan terus dia sambung balik soalan tadi
"Pizu nak pergi ke Jepun sebab Pizu nak tengok anime-anime dekat sana. Mesti menarik kan kan kan! Abang Fang bawaklah Pizu ke sana nanti, ok?"
"Ok Rizu!" Rizu terus peluk Fang
"Baiklah, soalan untuk Fang. Jika kamu manusia biasa, tiada jam kuasa dan menjalani kehidupan secara normal tanpa ada encik bos dan saya juga di bumi ini, adakah kamu akan bersaing dengan Boboiboy atau sesiapa sahaja? satu lagi soalan untuk kamu, mana lebih kacak, seekor landak, Halilintar atau abang kamu?" tanya Probe
"Kalau aku manusia ke alien ke, ada kuasa ke tiada kuasa ke.. aku akan tetap bersaing dengan Boboiboy.. HAHAHAHAHAHAAAA! Sebab aku lebih hebat daripada dia" Boboiboy hanya mampu menepuk dahi sahaja "Ala, mestilah seekor landak yang lebih kacak daripada Halilintar dan abang aku. Dia orang tu biasa-biasa sahaja" Fang ketawa bangga di atas pentas itu
"Cheh, tak habis-habis dengan berlagak dia" bisik Boboiboy. Lily hanya mengangguk sahaja tanda setuju
"Seterusnya dari NONAME! Agaknya apa nama kamu yea... hmmmmm... Jennifer Lopez? hehehee.. jangan marah yea. Idola si NoName ni adalah Halilintar, Kapten Kaizo dan juga LILY!"
"YEAHHHH!" Lily meloncat-loncat di atas pentas yang baru sahaja muncul "Terima kasih kerana memilih Lily sebagai idola kamu. Lily akan berusaha untuk menjadi pelik yang lebih pelik daripada yang pelik daripada pelik-pelik yang lain. LILY TAK KAN KALAH DENGAN KEPELIKAN LILY YANG BIASA! Lily akan menjadi bertambah pelik dan pelik dan pelik dan pelikkkkk..." Lily kena heret turun oleh Kaizo
"Heheehee.. boleh pulak si pelik buat ucapan dekat atas pentas. Ingat ini acara bagi award ke apa. Berbalik kepada tadi, dia suka Halilintar dan Kapten Kaizo kerana mereka tu dingin dan sadis. Baiklah, soalan untuk Fang, kamu tahu itu anime Vocaloid. Dia cakap muka Fang macam mirip si Kaito Shion"
"Errr.. aku tak pernah tengok anime tu tapi aku mesti lagi kacak dari si siapa.. Kaito Shion?" Lalu Probe tunjuk wajah sebenarnya Kaito Shion. Kaizo pula muncul di atas pentas untuk melihat gambar itu
"Macam muka aku sahaja" kata Kaizo
"Hehehee.. ada sedikit mirip muka Kaizo" Lynna ketawa sedikit
"MANA BOLEH! DIA CAKAP MUKA DIA MACAM ADIK KAN!" Tapi Kaizo dan Lynna abaikan sahaja. Rizu usap-usap lengan Fang "Abang dan kak Lynna saja nak buat adik marah, merajuklah macam ni"
"Hehehee... pandai pulak si Fang ni merajuk" kata Lynna
"Biarkan dia merajuk. Bolehlah kita keluar dua orang lepas ni daripada ajak si budak merajuk ni" Kaizo terus beredar dari situ. Fang berapi-api dengan abang dia
"Alahai, comel pulak si landak ni merajuk. Oh yea, cik NoName ni nak cubit-cubit pipi Rizu sebab comel sangat. Saya akan cubitkan pipi dia khas untuk NoName!" Probe terus cubit pipi Rizu yang tembam sedikit itu "Kita ke reader yang seterusnya iaitu Ejen Alicia. Kejap yea... pening pula Probe baca dia punya ayat ni tapi jangan risau, saya akan usahakannya. Dia cakap dekat sini, idola dia adalah Boboiboy, Fang, Kapten Kaizo, Yaya dan Ying. Mereka adalah idola dia adalah kerana Boboiboy mempunyai pipi tembam dan berani lawan alien dengan mudah. Landak pula sebab rambut dia macam landak, comel dan suka bermanja dengan abang dia. Kapten Kaizo pula mempunyai sifat tegas, ganas, suka buli adik dia dan dia cakap sikap Kapten Kaizo ada mirip seperti dia iaitu Ejen Alicia. Yaya pula, gadis yang sangat ayu, cantik, pintar, sopan dan ada sifat tegas. Ying pula sebab kalau diajak cakap, mesti dia tak kan faham dan dia juga cantik seperti kawan baik dia iaitu Yaya. Dia tanya, boleh tak lima orang superhero ini menerima dia sebagai kawan?"
"Boleh boleh!" jawab Ying
"Saya sudi menjadi kawan kamu" kata Yaya
"Saya ok aje. Saya suka berkawan" kata Boboiboy pula
"Aku pun macam Boboiboy, aku ok aje" kata Gopal. Lalu mereka berempat pandang ke arah Fang yang ada di atas pentas
"Aku?" Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying angguk sambil melihat Fang "Hmmm.. korang kata ok, aku pun ok ajelah"
"Dia cakap dekat sini, dia nak bawak ke markas dia. Boleh berkenalan dengan Ejen Rama, Ejen Jenny dan juga Ejen Ridzwan, termasuklah ejen Ali dan pak cik dia sekali iaitu Ejen Bakar tapi.. bukan ke Ejen Jenny tu jahat? Pelik aku" Probe garu-garu kepala besi dia "Kalau boleh, bawak Kapten Kaizo, kak Lynna dan Rizu sekali yea. Lepas tu, kalau boleh.. dia nak bergabung dengan Kapten Kaizo dan kak Lynna untuk sesi latihan tempur sebab dia nak kenakan ejen Ali nanti, kalau boleh, jangan bagitahu dia"
"Boleh, akak tak kisah kalau ejen Alicia nak menghadiri sesi latihan tempur dengan akak dan abang Kaizo. Kami sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja" jawab Lynna secara lembut
"Seterusnya dari Zulaila Athirah! HAI LAILA!" Probe melambai-lambai di hadapan kamera "Soalan untuk Fang, kamu alien kan? kenapa kamu boleh berbahasa cina?"
"Soalan apa macam tu, sudah tentu aku ni alien. Aku boleh berbahasa cina sebab aku belajarlah. Bukan bahasa cina sahaja yang aku belajar, bahasa lain pun aku belajar juga" jawab Fang
"Soalan kedua untuk Fang, adakah kamu suka berfashion?"
"Errr.. entah, tak kot" kata Fang sambil berfikir, diri dia bukannya suka berfashion sangat "Rasanya tak lah kot"
"Soalan ketiga, diantara kamu, Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying, siapakah yang paling tinggi?" Probe garu-garu sekejap kepala dia
"Gopal tinggi sikit daripada aku dan Boboiboy lebih rendah daripada aku! HAHAHAAAAA!" Boboiboy rasa geram pula dengan si Fang "Aku lebih tinggi daripada Boboiboy.. HAHAHAAA!"
"Adeh, sudah-sudah lah tu.. asyik nak berlagak aje si landak mambang ni. Oh yea, berapa ketinggian Kapten Kaizo? Bukan saya tanya yea, si Laila yang tanya"
"Abang aku tinggi, tinggi sedikit daripada kak Lynna... tapi aku tak tahu berapa cm.. tujuh kot.. entahlah"
"Soalan keempat, bila hari jadi Fang?"
"13 April" jawab Fang secara ringkas
"Soalan terakhir dari Laila untuk Fang juga. Hadiah apa yang kamu harapkan sewaktu tiba hari jadi kamu nanti?"
"Ermmm... buku latihan matematik! Heheheehe... Aku tak kisah pun hadiah apa-apa tapi, jangan bagi yang pelik-pelik sudah" Fang terus pandang ke arah Lily yang sedang makan kerepek pisang itu "Kalau boleh, buatlah kejutan untuk aku. Betul tak abang?"
"Hmmm.. tengoklah dulu" jawab Kaizo dengan nada serius dia
"Baiklah, kita sudah sampai kepada reader yang terakhir iaitu Aruna Hikana! Idola dia adalah Kapten Kaizo! Soalan dia untuk landak. Sekiranya abang kamu mati kerana kawan baik kamu si Boboiboy yang bunuh, adakah kamu akan tetap berkawan dengan dia? dan kamu rasa, abang kamu tu elok jadi lelaki atau perempuan?"
"Kalau Boboiboy bunuh abang aku. AKU TAK KAN MAAFKAN DIA!" Terus aura-aura kegelapan dia keluar "Tapi aku yakin, kawan baik aku bukan sejahat itu. Hati dia tu terlalu suci murni macam dah kena basuh dengan klorox. Putih aje. Soalan kedua tu, abang aku tak sesuai jadi perempuan. Dia sesuai jadi lelaki aje" Fang sudah kembali tenang sedikit
"Soalan untuk Lynna. Di beberapa chapter dalam fanfic Aku Abang, Kau Adik. Ada part waktu Lynna dan Kapten Kaizo bersama. Adakah kamu berdua sedang berdating?"
"Ermmm... takdelah, mana ada dating pun. Just pergi jalan-jalan bersama aje"
"Ala, datinglah tu kan.. betul tak betul tak betul tak" Probe usik-usik lengan Lynna. Muka Lynna berupa menjadi merah sedikit "Hehehee... muka cik Lynna merah lah. Soalan kedua untuk cik Lynna. Muka Lynna ikut muka ibu atau ayah kamu?"
"Saya ikut muka ibu saya" Lynna tersenyum sedikit sebab masih lagi rasa malu
"Soalan untuk Rizu. Macam kamu boleh berjumpa dengan Lily? dan kenapa Rizu suka banyak bercakap?"
"Masa tu Pizu jalan-jalan, lepas tu Pizu jumpa kakak Lily. Dia tanya Pizu, kenal tak abang Boboiboy? Pizu jawablah kenal, dan abang Boboiboy tu kawan baik kepada abang kesayangan Pizu iaitu abang Fang. Lepas tu kakak Lily bagi Pizu kerepek pisang dan ajak Pizu pergi berjalan-jalan dekat bandar. Lepas tu kakak Lily asyik tanya tentang abang Boboiboy. Dia cakap, kalau ada informasi terbaru, bagitahu dekat kakak Lily. Kakak Lily selalu datang ke Pulau Rintis dan dari situlah kakak Lily dapat berkawan dengan abang Fang, abang Boboiboy, abang Gopal, kakak Yaya, kakak Ying, kakak Faye dan juga kakak Bella. Hehehee..." Rizu bagi peace dekat depan kamera "Pizu banyak cakap sebab Pizu suka bercerita!"
"Sini dia ada soalan tambahan untuk Boboiboy" Probe terbang ke sebelah Boboiboy yang ada di bawah pentas "Apa nama ibu bapa kamu dan Boboiboy rasa diri kamu comel tak? Sebelum tu, minum air ini dulu"
"Air ni?" Boboiboy mengambil secawan air daripada tangan Probe "Tak naklah, mesti ada apa-apa muslihatkan"
"Mana ada.. minum ajelah" Boboiboy rasa ragu-ragu untuk minum air itu tetapi dia minum sahaja. Terus Boboiboy bertukar menjadi perempuan. Semua yang ada di dalam studio markas kotak terkejut. Fang tergelak besar di atas pentas
"HAHAHAAHAAAA! BOBOIBOY JADI PEREMPUAN! ELOKLAH TU! SESUAI SANGAT DENGAN SUARA KAU YANG MACAM PEREMPUAN TU! HAHAHAAAAA!" Fang tergelak sambil berguling-guling di tengah pentas
"WEI! APA KAU BUAT NI?" Terkejut Boboiboy. Hati Lily hancur melihat Boboiboy bertukar menjadi seorang gadis. Lalu dia ketuk Probe dengan spana gergasi
"TUKAR BOBOIBOY BALIK! TUKAR BOBOIBOY BALIK! TUKAR BOBOIBOY KEPADA LELAKI YANG SEJATI! BUKAN GADIS TIRUAN!" menjerit Lily di dalam markas studio kotak
"Adeh adeh! yelah yelah.. saya tukarkanlah dia balik" Probe bagi air yang seterusnya. Lalu Boboiboy berubah menjadi biasa iaitu lelaki sejati bukan tiruan "Dengan itu, berakhirlah sesi soalan jawab dan persembahan kita yang terakhir adalah persembahan dari lima orang superhero Pulau Rintis dengan lagunya Hanya melihat ke depan"
"NANTI DULUUUUU!" Lily menjerit di mikrofon yang dia baru beli tadi. Ramai para penonton studio markas kotak terpaksa tutup telinga sebab Lily menjerit tadi "Lily nak bagi soalan juga!"
"Adeh.. yelah yelah, cepat sikit" Probe duduk jauh-jauh sebab takut kena tolak dari Lily lagi. Lily terus naik ke atas pentas dengan muka ayu tambah nakalnya
"BBB-CHAN ADALAH IDOLA KUUUUU! ADOI!" Fang ketuk kepala Lily dengan spana "Heheheee.. Lily tak kan menjerit lagi. Soalan untuk Rizu si comel penguin. Penguin, penguin, selain daripada abang landak, siapa lagi idola Rizu?"
"ABANG PAIZO DAN KAKAK LYNNAAAAAA!"
"Aduh, Rizu dan Lily ni.. dua-dua asyik nak jerit aje" Pening kepala Probe
"Soalan untuk landak yang tak handsome, jika Harraz minta perhatian lagi dari abang Kaizo yang super duper hot atau terlebih hot tu, landak nak marah atau cemburu lagi?"
"Heheheee... aku akan be-" Fang nampak Lynna sedang perhatikan dia "Aku akan tegur dia secara elok-elok, tak marah dan tak cemburu" Fang tersengih sambil melihat Lynna. Lalu Lynna angguk tanda bagus
"Errrr... Lily tiada soalan untuk kak Lynna tapi terimalah kerepek dan teh but teh hijau takde" Lily terus bagikan sekotak besar yang penuh dengan kerepek dan teh. Lalu dia turun ke bawah dengan gembiranya. Fang sudah bangun untuk berdiri di tengah pentas untuk bersiap sedia dengan persembahan dia sebentar lagi, Lynna dan Rizu duduk di tepi pentas
"Habis pun soalan dari Lily si pelik. Baiklah, sekarang baru boleh kita terhibur dengan persembahan dari lima superhero kita iaitu Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying dengan tajuk lagunya HANYA MELIHAT KE DEPAN!"
Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying sudah pun berada di tengah pentas bersama dengan Fang. Penyanyi utama mereka adalah Yaya dan Ying
hanya lihat ke depan karena jika menoleh
air mata ini akan terlihat
memandang jauh ke depan dan membulatkan tekad
ayo melangkah ke sana
bertemu denganmu dan selalu bersama
masa remaja kita yang penuh kenakalan
kita tahu bahwa hal yang teramat penting
tuk kehidupan ini berada di masa depan
walaupun sekarang menyenangkan
tapi tak akan berlanjut selamanya
jangan terus terbuai
hanya lihat ke depan tuk terakhir kalinya
biarkan ku tampil dengan keren
walau aku masih takut pada tempat yang baru
tidak ada kata mundur
jika berpaling ke jalan di belakang
hanya ada angin yang bertiup
woo ooo woo ooo woo ooo yess woo woo woo wooo
waktu ku jatuh cinta kemudian patah hati
lalu seperti anak kecil berdiri di ayunan
kata-kata yang kotor semua ku teriakkan
di saat itu pun kamu tetap menemani aku
walau seberat apapun kesedihan tak berlanjut selamanya, ayo hadapilah
hanya lihat ke depan, saatnya berpisah
percayalah pada hari esok
walaupun tak ada dirimu, walaupun tak ada aku
tetap bisa hidup sendiri
walau berjalan di jalur berbeda
langit yang luas menghubungkan kita
woo ooo woo ooo woo ooo yess woo woo woo wooo
saatnya tuk berangkat
ayo buanglah semua kenangan
hanya lihat ke depan tuk terakhir kalinya, biarkan ku tampil dengan keren
walau aku masih takut pada tempat yang baru, tidak ada kata mundur
jika berpaling ke jalan di belakang, hanya ada angin yang bertiup
woo ooo woo ooo woo ooo wooo ooo wooo ooo woo ooo yesss woo woo woo wooo
"Terima kasih semua!" kata Yaya dan Ying sambil melambai-lambai kearah para penonton studio markas kotak. Mereka telah diberikan tepukan gemuruh "Jumpa lagi!"
"Akhirnya tamat juga Edisi Malam Minggu tapi ini adalah episode terakhir bagi musim kedua. Musim baru atau seterusnya memang tiada yea kerana author Lynz ingin buat Edisi Malam Minggu sampai musim kedua sahaja tapi jangan risau, fanfic Aku Abang, Kau Adik masih lagi diteruskan. Sedih pula saya ingin meninggalkan rancangan ingin... uwaaaa! sebab terlampau banyak sangat kenangan. Lebih-lebih lagi kenangan kena belasah. Author Lynz juga ingin minta maaf kalau ada kesilapan apa-apa. Dia juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sentiasa menghantar soalan atau cabaran di Edisi Malam Minggu dan terima kasih juga kerana sentiasa menyokong fanfic Edisi Malam Minggu. TERIMA KASIH SEMUA! Jumpa lagi di fanfic yang lain, itu pun kalau adalah... author Lynz! BUATLAH RANCANGAN LAIN PULAK NANTI! SAYA KEMARUK NAK JADI HOST LAGI! UWAAAA!
"DIAMLAH KAU!" Fang ketuk kepala Probe dengan spana gergasi "Jumpa lagi di fanfic lain semua" Fang melambai-lambai di hadapan kamera
-Tamat-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com