d u a
KERUSI DITOLAK KE BELAKANG SERAYA DIA BERDIRI, Alynna berpaling kepada rakan semejanya. Dia menjongketkan keningnya melihat Liya mengeluarkan buku matematik daripada bawah meja, bukannya turut serta berdiri untuk ke kantin atau koperasi.
"Tak siap lagi ke?" Soalnya, tahu yang rakannya itu terlupa akan kerja rumah subjek itu semalam. "Belum" jawab Liya, "tapi sikit je lagi. Kau pergilah rehat" sambungnya tanpa mengangkat muka.
"Kau tak nak makan ke, aku belikan?"
"Tak apalah, aku tak lapar"
Alynna mengangguk, meja dikemas sedikit sebelum melangkah ke pintu kelas. Dia berpaling kembali, "betul ni?" Soalnya kepada Liya sekali lagi.
"Betul"
"Okay then"
Dia kembali menuju ke tangga, masih berfikir-fikir sama ada ingin ke kantin atau ke koperasi.
"Alynna!"
Langkahnya terhenti, si pemilik nama memandang sekitar. "Ha sudah siapa panggil aku?" Takkan siang-siang ada hantu?
"Alynna sini!"
Walaupun begitu, dia tetap mengikut arah suara itu datang. Kemudian melihat guru penasihat kelab, Pn. Julia, berada di koridor tingkat atas bangunan berhadapan dengannya.
"Beritahu semua, ada perjumpaan petang ni!"
"Okay!" Tangan diangkat, jarinya membentuk isyarat okay. Guru itu membalas sebelum beredar. Alynna mengeluh sebaik sahaja beliau hilang daripada pandangan dan kembali berjalan.
"Call mama, kalau jumpa Rayyan, bagitau dia suruh bagitau yang lain" Alynna berkata perlahan kepada dirinya. "Kalau tak jumpa..." Riak wajahnya bertukar kelat. "Terpaksalah bagitau si beruk tu"
Kelab dia, Kelab Seni Muzik dan Teater memang aktif berbanding kelab lain. Mungkin kerana ahli-ahli kelab ini yang akan membuat persembahan jika ada tetamu atau ada program-program istimewa.
Lagi-lagi ketika program tradisi Emerald High. Seperti Hari Guru, Hari Ibu dan Hari Bapa disambut sekali ketika Hari Keluarga, Minggu Seni dan Makan Malam.
Dia dan Liya rapat disebabkan kelab ini, oleh kerana hanya mereka berdua pelajar perempuan batch mereka yang sertai. Selebihnya adalah lelaki. Lagi teruk, bagi Alynna, yang budak-budak lelaki itu adalah Rayqal, Rayyan dan rakan-rakan mereka. Liya pula sebaliknya, memandangkan dia ada hati dekat Rayyan.
Alynna melepaskan nafas berat apabila dia teringatkan fakta itu, kemudian memandang ke arah koperasi. Niat ingin membeli roti dan makan di taman sekolah terbatal apabila melihat Rayqal dan kawan-kawannya melepak di kerusi batu bersebelahan koperasi itu.
"Kalau nampak muka aku ni, sah-sah cari gaduh"
Si Rayqal masih tidak puas hati kes kasut Alynna berciuman dengan kepalanya, kalau dia nampak Alynna alamatnya tak makanlah gadis itu dek kerana bergaduh. Hilang selera!
Dia menukar haluan, menuju ke kantin. "Ini dah pergi kantin, memang makan mi sup lah aku" ujarnya perlahan.
⚔️
Untuk bahagiakan Alynna sangatlah mudah. Bagi dia mi sup, air Sunquick oren dan novel yang seronok untuk dibaca, maka dia akan tersenyum-senyum sepanjang hari. Seperti sekarang.
Matanya tertumpu pada skrin telefon, tangan memintal mi dengan garfu. Namun bahagia Alynna terbantut apabila ada yang mengetuk mejanya. Dengan muka membahang, Alynna memandang orang itu.
"Ye?" Tercengang dia melihat Rayyan berdiri di sebelah.
"Aku dengan geng aku duduk sini boleh? Tempat lain penuh" pintanya. Alynna terkebil-kebil memandangnya sebelum minda dia memproses permintaan Rayyan. "Ha? Ah boleh, duduk lah" dia bergerak ke hujung kerusi panjang itu. Di bahagian ruang yang memisahkan dua meja. Dia tidak selesa jika dia duduk seperti terperangkap.
"Thanks!"
Rayyan melabuhkan punggung di hadapan dia, langsung tidak bergerak apabila rakan-rakannya yang lain datang menghampiri. Mujurlah meja itu memang dapat memuatkan enam orang dengan selesa, jadi dua orang duduk di sebelah Rayyan dan seorang di sebelah Alynna.
Keenam-enam mereka diam, masing-masing fokus pada makanan mereka. Alynna juga menyimpan telefonnya, terasa tidak sopan untuk menyambung pembacaan memandangkan sekarang dia tidak lagi sendirian. Ibu ayah dan kemudiannya mama papa sudah terapkan betapa pentingnya adab.
Alynna sedang memintal mee apabila dia teringat pesana Pn. Julia. "Erm.. Rayyan" dia menegur, melihat lelaki itu tekun mengasingkan taugeh dari mee goreng. Dia mengangkat kepala apabila namanya diseru, "ya saya?".
"Cikgu Julia kata ada perjumpaan petang ni" kata Alynna, menarik perhatian tiga lagi penghuni meja itu. "Kau bagitau cousin kau tu sekali eh?" Tambahnya.
Sengihan terukir, "aku nak beritahu tapi kau faham-faham lah" ujar Alynna. "Mamat tu tak puas hati lagi dengan aku"
Rayyan tertawa sebelum mengangguk faham, seminggu sudah berlalu sejak insiden bersayang-sayang dengan kasut itu berlaku. Namun Rayqal masih menyumpah seranah Alynna.
"Ini kes kau baling Qal dengan kasut tu kan?" Soal si orang sebelah. Alynna memandang ke arahnya dan mengangguk, sengihan masih belum pudar. "Gempak ah kau! Hahaha!" Bukan si penyoal yang ketawa.
Alynna menayang wajah bangga, Rayyan yang memerhatinya tersenyum. "Ah by the way, rude of us to not introduce ourselves" kata lelaki berambut ikal mayang di sebelah Rayyan.
"Aku Nufail, sebelah kau Adrean and yang gelak macam hantu ni Danish and of course you know Rayyan"
"Hai" Alynna memberikan senyuman manisnya, dia mengerling ke arah jam tangannya. "Eh aku dah kena masuk kelas dulu, lepas ni kelas cikgu Zubir" katanya seraya berdiri.
"Faham-faham"
Empat jejak itu mengangguk-angguk. Guru lelaki itu memang terkenal dengan ketegasannya.
"Pergi dulu, see you guys this afternoon!"
Dengan itu Alynna meletakkan mangkuk di tempat yang sediakan lalu bergegas pergi. Tidak sedar akan empat sekawan yang mula mengusik salah seorang daripada mereka selepas dia berlalu pergi.
⚔️
"Ace"
Si pemilik nama mengangkat muka daripada kertas kerjanya, mata hazel menusuk mata hitam milik orang kanannya itu.
"They're aware of her existence now"
"F*ck"
⚔️
Bulan naik menggantikan matahari, seperti biasa Alynna membantu Pn. Suhaila di dapur memasak makan malam. En. Hashim makan malam di luar hari ini, urusan kerja kata beliau.
"Cikgu dah panggil bincang pasal tradition perfomance", kata Alynna, memulakan perbualan. Wajah tidak diangkat memandangkan dia sedang memotong bawang, Pn. Suhaila pula sedang menyiang ayam di sinki.
"Iya?"
"Ha'ah, macam biasalah ma. AJKT yang decide bila nak buat traditions tu, Aisy ada dengar yang dia orang bincang minggu lepas" sambungnya.
Emerald High memang lain daripada yang lain, memandangkan sekolah ini sekolah swasta apa yang berlaku di dalamnya bukan urusan orang luar. EHS menerapkan nilai kepimpinan di dalam diri setiap pelajarnya. Lagi-lagi yang memegang jawatan.
Siapa yang berjawatan AJKT Pengawas, mereka seolah-olah raja atau permaisuri sekolah pada tahun itu. Guru-guru hanya menjadi penasihat, dan mengambil alih urusan penghukuman jika AJKT itu sendiri yang membuat masalah. Mereka tidak risau ada yang cuba salah guna kuasa. Sedari awal pemilihan pengawas amatlah ketat.
"Since Aisy form four tahun ni, Aisy lah yang jadi main performer. Cikgu dah suruh fikir-fikir nak buat apa masa Minggu Seni nanti"
"Baguslah tu, bukan Aisy suka ke dapat perform apa semua?" soal Pn. Suhaila, tahu sangat anak daranya itu memang gemar membuat persembahan.
"Memanglah Aisy suka, tapi form five have her wrap around their fingers. Sah-sah cikgu akan ambil idea dia orang, dahlah form five tahun ni semua drama queen" omel Alynna di hujung ayat. Pn. suhaila tertawa kecil melihat wajah menyampahnya itu. "Tak apalah, tahun last dia orang kan? Tahun depan Aisy pulak" pujuknya.
Alynna mencebik namun mengiyakan. "Esok kita ada tetamu tau" maklum Pn. Suhaila. Laju Alynna memandang mamanya, "tetamu? Siapa?" soalnya.
"Kawan papa, jadi kita masak awal sikit" pesan wanita itu. "Nak siap lagi nanti, kawan papa tu ada anak lelaki. Mana tahu boleh buat menantu nanti" beliau mengukir senyuman nakal kepada Alynna.
Gadis itu membulatkan matanya, "mama!".
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com