Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

t i g a

PUNGGUNG DILABUH DI KERUSI BATU ITU,  Alynna menarik bekal makanannya dekat. "Aku rasa terancam gila duduk dalam makmal tu tadi" katanya kepada Liya, yang duduk bertentangan. "Kan? Aku pun, rasa macam ada aura gelap sepanjang kelas tu. Ikutkan hati, memang aku angkat kaki terus dah" sokong rakannya itu.

Mereka sedang menikmati waktu rehat di tepi padang, dan sedang berbual tentang kelas Kimia tadi. 

"Perasan tak, no matter how she deny she has favourite," Alynna berjeda seketika. "Dia memang prefer kelas Altair" Liya mengangguk laju tanda setuju. "Bak kata orang putih lah, action speaks louder than words"

Alynna mengangguk, menggigit roti sosejnya sebelum dia teringat kejadian semalam. "Eh aku baru ingat, malam tadi kawan papa aku datang," Dia membuka cerita. "Kau tahu siapa?"

Liya mengerutkan dahi, "siapa?" soalnya ingin tahu.

"Family Rayyan!"

"What?" Liya terjerit.

Laju Alynna mengangguk, "terkejutnya aku. Aku langsung tak terfikir yang ayah dia kawan papa" katanya. "Habis tu, reaction dia macam mana?" soal Liya, dia duduk dihujung kerusi dek kerana teruja mendengar berita Alynna.

"Dia terkejut juga aku rasa, tapi itu tak penting. Yang penting, kita orang spend time dekat taman mama" kata Alynna. "Teman adik dia, Arfa main dengan mesin buih aku" 

"Best nya!" ujar Liya. "Jealous pula aku" mulutnya memuncung. Alynna menggulingkan bebola matanya, "tak payah nak jealous sangatlah. Bukan aku ada hati dengan dia pun," katanya.

Memang Alynna tiada hati dengan Rayyan Ariff itu. Aisy Alynna berada di kalangan minoriti yang tidak mengharapkan perhatian salah seorang cucu pengasas sekolah itu. Lainlah dengan dia, sudah empat tahun dia menyimpan rasa dengan Rayyan.

"Ye lah, mana aku tak jealous?" Liya melukis bulatan pada meja dengan jarinya, suara perlahan acah sedih. "Aku yang suka Rayyan, kau yang dapat rehat dengan dia, jumpa mak ayah dia.."

Sekali lagi Alynna menggulingkan bebola matanya, Liya tersengih. "Kau orang bual pasal apa je?" soalnya.

"Well, mula-mula about how many siblings he have. Dia kata tiga orang, dia ada abang seorang and sekarang tengah study dekat Itali," terang Alynna. "Entah macam mana boleh masuk topik Rayqal, mamat tu gelak-gelak cerita balik kes tu"

Liya tergelak, bukan kerana Alynna membuat lawak tetapi teringat bagaimana permusuhan Aisy Alynna dan Luke Rayqal boleh bermula. Memandangkan dia dan Alynna memang rakan sekelas sejak tingkatan satu, dia menjadi salah seorang saksi permusuhan itu.

Kelas Orion dan Cygnus berada di padang sekolah ketika itu, menjalani waktu kelas Pendidikan Jasmani. Pelajar-pelajar lelaki sedang bermain bola, berlawan antara kelas, manakala pelajar-pelajar perempuan sedang bermain bola 'beracun' di tepi padang.

Giliran kumpulan Alynna pula berada di dalam bulatan, mengelak bola yang dibaling kumpulan lawan. Permainan diteruskan sehinggalah semua kecuali Alynna tersingkir. Gadis itu lincah mengelak bola yang dibaling, ahli kumpulannya mengira setiap kali dia berjaya mengelak.

"EMPAT!"

"TIGA!"

Menanglah mereka jika Alynna dapat mengelak 10 kali serangan.

"DUA!"

Alynna mengelak serangan terakhir, baru sahaja hendak menarik nafas lega dan menstabilkan diri ada bola lain menghentam kepalanya. Kuat.

Semua yang melihat terjerit, dan segera mengerumuni Alynna. Tapi gadis itu mengendahkan mereka, dengan kepala pening dia berdiri. Mata mencerlung ke arah bola sepak itu datang. Rakan-rakannya segera melarikan diri daripada berdiri dalam arah pandangan dia.

Seorang pelajar lelaki kelas Cygnus mendekati mereka, langsung tidak sedar akan pandangan membunuh Alynna itu.

"Pass bola tu weh!"

Ibarat air yang sudah mencapai takat didihnya, begitulah amarah Alynna menggelegak. 

"WOI!"

Terjongket bahu semua yang berada di sekitar gadis itu, mendengar jerkahannya. Pelajar lelaki lain turut memandang.

"Kau dah sepak bola kena aku, tak reti nak minta maaf ke ha. Mak bapak kau tak ajar?" tengking Alynna lantang. Wajah budak lelaki itu bertukar tegang, "kau mak bapak jangan main eh!" bidasnya. Jari dituding seraya dia mendekati Alynna.

Gadis berbadan kecil itu sedikit pun tidak berundur, malah makin mara. Rakan-rakan kelas mereka memandang dengan mata bulat. Seorang pun tidak terfikir untuk mencari guru mereka yang menghilang.

"Habis tu tak reti nak minta maaf ke?"

"Bukan aku sengaja pun!"

"Tak sengaja lah mintak maaf bodoh!" Suara Alynna memetir. "Tak ada adab ke?"

Alynna ditarik-tarik rakan sekelasnya, meminta dia bertenang dan tidak memperbesarkan hal. Namun Alynna seorang yang sangat pantang jika orang yang sudah tidak buat salah tidak reti hendak meminta maaf.

"Alyn sudahlah, cucu owner sekolah tu!" tegas Liya, menarik-narik tangan kawannya.

"Aku kisah apa!"

"Perempuan tu yang mulut tak reti jaga!" kata budak lelaki itu, memandang orang yang menahan bahunya.

"Yes, perempuan. Takkan dengan perempuan kau nak bergaduh?" soalnya, "jatuh saham bro kalau cousins lain tahu!"

Budak lelaki itu terhenti seketika, memikirkannya sebelum memandang Alynna tajam. "This does not end here.." ujarnya. "..gila" sambungnya dengan senyuman sinis sebelum beredar.

"MAMAT NI MEMANG NAK KENA"

"Alyn!"

Sepupu lelaki itu tersengih bersalah kepada Alynna, "sorry eh bola kena kau tadi. Nanti aku belanja kau aiskrim as tanda minta maaf!" ujarnya sebelum mengutip bola dan pergi.

Setelah mereka semua pulang ke kelas barulah Alynna tahu yang bergaduh dengannya tadi adalah Luke Rayqal, dan si peminta maaf adalah Rayyan Ariff. Keduanya cucu kepada pengasas Emerald High School.

"Kau memang gila Alyn, aku tak pernah lagi dengar orang kutuk Rayqal tu depan-depan. Kau je yang berani sangat" kata Liya kagum.

Alynna tersenyum bangga, muncung tudung bawal yang jatuh ditiup.

"Well, I'm rare"

⚔️

"Semua dah ada?"

"Ada cikgu!"

Pn. Qaisara menepuk tangannya sekali, gembira. Alynna hanya memandang daripada tempat duduknya, hari ini hari Rabu bermakna perjumpaan kelab diadakan.

"Baiklah! Cikgu dah bincang dengan kakak-kakak senior kamu–" Alynna bertukar pandangan dengan Liya. "–dan lagu untuk gimik pelancaran Minggu Seni nanti dah dipilih"

"Seperti biasa, form four akan menjadi main singers–"

"Cikgu!"

Alynna berpaling ke arah suara itu, melihat Rayqal mengangkat tangannya dan berdiri. "Saya dan kawan-kawan saya nak cover lagu untuk malam penutup!" Ujarnya tegas.

"Ah baiklah" Pn. Qaisara agak keliru namun mengiyakan. "Okay, macam yang cikgu cakap tadi. Form 4 akan jadi main singers, cikgu dah ada lagu untuk kamu semua"

"Lagu apa cikgu?" Soal Liya, curiga.

"The Medley!"

Alynna tercengang seketika, takkanlah?

"Lagu Hindustan cikgu?" Soalnya, ragu-ragu. "Yes!" Guru itu mengiyakan dengan cerianya.

Ternganga semua pelajar tingkatan empat. Liya dan Alynna berpandangan, "mulut kau lah ni, masin sangat!" Bisik Alynna, menyiku rakannya itu. "Aku kata je, mana aku tau dia nak buat betul-betul!" Bisik Liya kembali.

Pn. Qaisara tidak sedar akan perbualan mereka itu, dengan cerianya berkata mereka memerlukan dua orang pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki.

"Liya dan Alynna wajib!" Katanya. "Kamu berdua je perempuan tingkatan empat dekat sini, memandangkan grup Rayqal nak buat persembahan penutup..." Matanya tertumpu pada kumpulan Rayyan.

"Rayyan, kamu dan kawan-kawan kamu bincanglah"

Si pemilik nama segera mengangguk dan memandang kawan-kawannya.

"Sah-sah bukan aku" Adrean segera menarik diri. "Kau orang tau aku nyanyi macam mana"

"Tahu, you couldn't sing to save your live" selamba Danish mengutuk. Adrean menjeling, namun tidak menafikannya.

"Okay, kita lat tali lat!" Cadang Nufail, memandangkan hanya dia, Rayyan dan Danish saja yang bersuara indah.

"Okay, lat tali lat–"

Mereka menghayun tangan.

"–tali tam..."

Tangan diangkat tinggi.

"..plom!"

"Yes!" Danish bersorak apabila dia ganjil, badan digoyang-goyang tanda kemenangan.

Rayyan dan Nufail menjeling, "osom" kata Rayyan. Si Nufail mengangguk, tangan kanan disorok ke belakang badan.

"Osom!"

Dua perkataan.

Nufail menang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com