Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

B A B 11

ALYNNA terkebil-kebil memandang siling bilik, masa hampir menginjak subuh tapi dia tidak boleh tidur.

"Ray..." tiba-tiba terlintas nama si sahabat di fikirannya.

"Dah lama aku tak cakap... I miss you, right?" senyuman kelat terukir di bibirnya. Pandangan matanya bertukar redup.

"Minggu depan aku kena bergaya lanun lah... Macam first aku jumpa kau dulu?" Alynna berkata perlahan. Nafas dihela perlahan. Bukan mengeluh, tetapi dadanya terasa sesak saat berbicara.

Sebelum ke Itali aku ada jumpa mama and Yana tau, mama dengan Yana sihat aja" ucapnya. Mata ditutup perlahan. "Masalah kembali datang Ray... Maybe akan ada perang epik nanti... Perang yang aku kena hadap sendiri, tanpa kau... Tanpa yang lain"

Detak jantungnya bertukar rentak apabila membayang situasi tersebut. Takut. Ya dia takut.

"Aku takut Ray.. Aku tak nak hilang orang yang aku sayang lagi..." luah Alynna. "Anak Rayden datang membalas dendam... Black Angel, aku memperketatkan kawalan ke atas mereka... Dan kau tahu? Musuh pengawas aku ialah adik kepada Lay"

"Rayqal... Luke Rayqal... Kenapa nama dia mesti lebih kurang dengan kau eh?" Alynna cuba menghiburkan hati sendiri.

"Dia mafia.. Aku mafia.. White Devil are mafia too!"

"Makin bertambah lah mafia dekat sekolah tu... Aku haraplah dia orang tak cam aku" ucap Alynna.

"I miss you guys... Night.."

_________

Pagi itu, selepas Black Angel dan Asy bersarapan mereka terus menuju ke rumah banglo Asy di Itali. Ingin berjumpa Mak Kiah.

"Assalamualaikum! Mak Kiah!" Alynna terus menyerbu masuk, walaupun jalan macam orang tempang tetap dia paling laju.

"Waalaikumsalam. Ya Allah, Lyn! Apa nak jadi dengan kamu ni? Berbalut sana sini, nak jadi mumia ke?" Mak Kiah mengucap panjang melihat keadaan Alynna.

"Alah.. Mak Kiah, biasalah.. Kita ketua mafia kan?" balas Alynna selamba. Tetapi mendapat habuan daripada wanita itu.

"Au! Sakit Mak Kiah..." telingannya yang berlapik tudung di pegang. Perit siot!

"Ini mafia kamu!"

"Au! Sakit Mak Kiah!"

Asy dan Black Angel tergelak melihat Alynna yang merengek sakit. Kata ketua mafia, kena tarik telinga dah menjerit macam ke apa!

"Aduh..." akhirnya telinga gadis itu dilepaskan.

"Hahahahahah!" tawa mereka pecah.

__________

White Devil menggaru kepala yang tidak gatal. Dewan yang huru hara itu di pandang, puas mereka menyuruh pelajar-pelajar itu diam namun makin bising ada lah.

"Aduh... Macam manalah minah-minah tu handle beruk sesat ni?" ucap Danish berang.

"Diam! Tak reti bahasa ke?" tempik Qayyum.

"Alah... You ni jangan lah marah-marah" ucap seorang pelajar tingkatan lima. Gedik. "Eei! Geli!" balas jejaka itu, dia melarikan diri ke belakang Rayqal.

"Aduh... Baru dua hari sekolah ni dah huru hara tanpa dia orang, apa jampi dia orang ni?" keluh Rayqal. Dahinya diurut perlahan.

"Devil, kenapa bising sangat ni?" tegur Encik Basri. "Cikgu tolong kami cikgu... Kami dah suruh dia orang senyap tapi tak reti bahasa!" adu Harrez. Guru itu mengeluh, mikrofon diambil.

"Semua pelajar senyap!"

A Week Later

Black Angel menatap Alynna lama, aura ketua mereka itu menyeramkan. Pasti Scorpio Thunder membuat hal di kawasan mereka lagi.

"Sial punya babi... Sengaja gali kubur sendiri ke?" gumam Alynna perlahan, dia mengetap giginya berang.

"Okay, kita dah sampai! Jom"

Naura memberhentikan kereta di parkir khas Black Angel. Mereka melangkah keluar dari kereta, kawasan parkir itu lenggang. Mungkin kerana semua pelajar berada di dewan.

"Lewat sangat ke kita sampai?" soal Irene sambil melihat jam tangannya.

7:30 pagi. Perhimpunan baru ingin bermula.

Black Angel melangkah ke dewan sekolah, pintu utama dewan itu dibuka. Satu keadaan membuatkan mereka bengang, huru-hara. White Devil yang mulanya terjerit-jerit di atas pentas menyuruh pelajar diam, terdiam melihat Black Angel di pintu dewan.

"Why is it so noisy?" dengan suara dingin Naura berkata.

Pelajar-pelajar yang perasan akan kedatangan mereka pantas berdiam diri, dan mencuit rakan lain supaya diam.

"BARU AKU TAHU SEKOLAH NI DAH JADI ZOO!"

Iris menyindir lantang, terus dewan itu menjadi senyap sunyi. Semua mata tertumpu pada mereka, termasuk White Devil dan guru-guru di atas pentas. Seisi dewan dapat merasai aura seram Black Angel, lagi-lagi Alynna. Mata helangnya mencerlung tajam ke arah semua pelajar.

"Welcome to the hell"

SKIP

White Devil memerhati Black Angel yang sedang berpeluk tubuh. Bilik mesyuarat pengawas itu sunyi seperti tanah perkuburan di malam hari.

Seorang pengawas pun tidak berani mengangkat muka, gerun dengan pandangan Black Angel. Aura ketegasan mereka dapat dirasai semua.

"Apa tugas kau orang?" soal Iris dingin. Qayyum terdiam, pertama kali melihat Iris seserius ini.

"Aku tanya apa tugas kau orang?"

BAM!!

Iris melantangkan suara, buku limanya menghentak kuat meja. "J-j-jaga d-disip-disiplin pel-pelajar" jawab seorang pengawas perlahan.

"Tahu pun... Habis tadi apa? Aku tengok tak ada seorang pun yang tegur, tak ada seorang pun yang menjalankan tugas!" Naura menengking lantang.

"Ini, kenapa banyak sangat hal jadi? Baru seminggu kita orang tinggal tau?"

BAM!

Buku disiplin untuk bulan itu Irena campak ke atas mereka. "Alah.. Kau bukan ada pun! Kau tak tahu betapa susah kita orang nak handle babi-babi tu!" balas seorang pengawas lelaki.

Alynna tersenyum sinis, dia melangkah kearah pengawas itu. "Babi? I think you are the pig here..." kolar lelaki itu dicekak.

"Aku boleh terima kalau kau orang dah cuba, tapi tidak... Kau orang tak cuba langsung!"

PANG!

BUK!

Tubuh lelaki itu terhempas ke lantai. Dengan bibir pecah. Alynna memandang pengawas yang lain.

"Ini amaran pertama dan terakhir, sekali lagi hal macam ni berlaku... Aku tak teragak-agak nak bagi hukuman berat dan buat kau orang pakai baju putih semula"

Suara Alynna cukup dingin, tapi cukup untuk membuat semua yang berada di situ menggeletar ketakutan. Senyuman diberi kepada White Devil, senyuman ngeri.

"This is the right way to train our prefect to follow our rules..." ucapnya dingin.

Alynna sudah menunjukkan sedikit sisi gelapnya.

You are in danger, Rayqal... Or should we call you....












Shadow?

BERSAMBUNG :

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com