Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

B A B 12

PANDANGAN para pelajar Alynna endahkan, blazernya ditanggalkan sebelum diikat di pinggang.

Sudah agak dia akan menjadi perhatian hari ini. Mungkin kerana dua sebab, dia mengaum SIKIT hari ni dan disebabkan dia memakai penutup mata di mata kiri.

Air kotak oren disedutnya perlahan, kafe itu sunyi sepi. Bunyi sudu berlaga juga hampir tidak kedengaran. Betapa gerunnya para pelajar pada Alynna.

"Alyn"

Dia mengangkat muka, White Devil di hadapan mata di pandang. "Aku nak ucap terima kasih sebab balik dan.... Aku jujur, aku kagum dengan kau" kata Rayqal.

Alynna memandang lama mata jejaka itu, mencari keikhlasan dalam katanya. "Kau mampu tundukkan mereka, dengan hanya sekali pandang... Tapi kita orang, nak tercabut anak tekak menjerit pun tak ada seorang layan" sambung Danish.

"Kau memang hebat, ciri-ciri kau memang mengagumkan" puji Qayyum.

"Terima kasih atas pujian kau" kata Alynna.

"Aku ingat... Aku nak tamatkan 'perang' ni.. Kau setuju?" cadang Rayqal. "Aku.... setuju" ucap Alynna, sungguh. Dia rasa seperti tidak matang. Bergaduh hanya kerana hal kecil.

"So... Friends?"

"Friends"

_________

Black Angel memandang Alynna dengan wajah tidak percaya. Like seriously? Ketua mereka tamatkan perang dengan sendiri nya!

"Kau demam eh, Alyn?" soal Iris, dahi Alynna disentuh.

"Aku rasa wayar otak kau ni dah putus lah, kena libas dek si Lay tu.. Tapi kau kena dekat mata, bukan kepala" kata Naura, dagunya dipegang cara berfikir.

"Mengarutlah kau orang ni, apa salahnya perang tamat" kata Irene. Mister potato di tangannya disumbat ke dalam mulut. "Entah.. Aku rasa macam tak matang, bergaduh hanya sebab benda kecil" ucap Alynna, dia memandang televisyen.

"Akhirnya! Kawan aku dah besar!"

"Aku memang dah besar, kau je yang tak besar-besar"

Alynna membalas kata Iris, lalu tersenyum mengejek. "Hey! Tinggi-tinggi jangan main eh!" bentak Iris geram. Tahulah dia rendah, janganlah persendakan!

"Hahaha!" pecah tawa mereka melihat wajah merah Iris.

" Eeii!! Korang ni!! "

SKIP

"Ra! Aku keluar tau! Sebelum maghrib aku balik!" laung Alynna, dia menyarung sneakers miliknya dan melangkah mendekati superbike nya.

"Ha yelah!"

Mendengar sahutan Naura, motorsikal berkuasa tinggi itu pantas dihidupkan dan memecut pergi. Hanya satu tempat dia ingin tuju, rumah arwah Danish.

Rumah itu telah kosong kerana keluarga Danish berpindah ke Johor. Dan kuncinya diserahkan kepada Alynna. Sampai sahaja, dia pantas turun dan membuka pintu pagar rumah banglo setingkat itu.

Dia menolak masuk superbike nya ke dalam. Lalu pintu pagar itu ditutup. Dia menuju ke laman belakang, di sana ada sebuah rumah pokok. Tempat kedua dia dan arwah sahabat-sahabatnya melepak.

Alynna memanjat naik ke rumah pokok itu. Lalu melangkah masuk ke dalam. "Assalamualaikum" ucapnya perlahan.

Senyuman nipis diukir. "Aku rindu korang"

Dia bergerak ke sudut rumah kecil itu, terdapat sebuah meja dengan tiga bingkai gambar di atasnya. Pertama, gambar mereka di pantai. Kedua, gambar ketika sambutan hari jadi Alynna.

Dan ketiga, gambar candid mereka ketika bermain tepung. Waktu itu mereka sepatutnya menolong Naura membuat kek tetapi menjadi peperangan tepung pula.

"Danish!! Janganlah! Habis baju aku!"

"Wek! Hahah!"

"Ish! Ambil ni!"

"Hey! Aku kena tempias tahu tak?! Ambik kau!"

"Aku join!"

"Ambik ni! Kyaa!! Hahahah!"

Terngiang-ngiang suara mereka berlima bermain ketika itu, di telinganya. Air mata jatuh setitis. "I miss you guys... Damn much!"

Senyuman kelat diukir, sedaya upaya dia menahan air mata daripada terus mengalir. "Ya Allah... Kau tolong keluarkan aku daripada memori lama ini... Tolong aku ciptakan memori baru..." gumamnya.

"Terima kasih untuk segalanya, sahabat"

__________

Rayqal mencapai sebuah bingkai gambar di atas meja belajarnya. Gambar dia dan seorang lelaki yang sama umur dengannya.

"Alex, aku rindu nak lepak dengan kau" gumamnya.

Diletakkan kembali bingkai itu, lalu dia melangkah keluar dari bilik. Langkah diatur masuk ke dapur, mencari makanan untuk dikunyah.

"Kau buat apa ha? Terhendap-hendap macam penyangak bertauliah" Harrez tersentak apabila disergah Rayqal.

"Tu"

Dia menuding ke arah Irene yang membaca buku di kolam rumah Black Angel.

"So?" soal Rayqal tidak faham.

"Pandang semak seberang jalan tu" arah Harrez. Rayqal memandang pula ke arah semak di seberang jalan. Kelihatan seorang lelaki sedang menghendap Irene. Membuntang mata dia dibuatnya. Di tangan lelaki itu terdapat sniper!

"Wuish! Bahaya ni!" kata Rayqal sedikit resah.

"Aku naik sekejap!"

Harrez berlari naik ke biliknya, dia menunduk mencari sesuatu di bawah katil. Selaras pistol dia tarik keluar. Lantas di bawa pistol itu dibawa ke tingkap biliknya yang kebetulan menghadap jalan di belakang rumah mereka dan Black Angel.

Dia menyasarkan kepala lelaki yang menghendap Irene itu. Gadis itu masih tidak sedar. Tembakan dilepaskan, namun tiada bunyi kedengaran kerana dia sudah pasang penyenyap.

Keluhan lega dilepaskan. "Nasib baik! Kalau tidak mati katak minah tu!" Dia memandang Irene yang khusyuk itu, gelengan diberi sebelum dia berlalu.

"Kau buat apa?" tanya Rayqal sebaik Harrez turun. "Aku hantar mamat tu ke alam barzakh" jawab Harrez selamba.

"Eh kau... Macam ada something je?" sakat Rayqal. Harrez menjeling.

"Habis? Takkan aku nak biar minah tu mati katak dekat situ?" bidasnya.

"Elelele... Tak nak ngaku lah tu!"

"Shut up you! Satan!"

_________

Irene memandang tingkap bilik Harrez, rasanya dia terlihat kelibat lelaki itu sebentar tadi.

'Perasaan aku je kut?'

Lantas langkah di atur masuk ke dalam rumah. Tanpa sedar yang dia hampir mati.

BERSAMBUNG :

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com