Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

B A B 3

ALYNNA melabuhkan punggung di meja belajarnya. Laptop berjenama Apple itu dibuka. Pandangan dilarikan sekejap ke balkoni bilik, malam bulan sabit.

“Abang ni bukan reti nak skype aku! Aku skype barulah dapat hadap muka dia” Alynna membebel perlahan sambil menekan aplikasi skype. Beberapa saat, muncul wajah yang dirinduinya. Namun Alynna hanya memasang wajah tidak berperasaan.

“ Aisy!! ”

Asy menayang sengihan kepada adiknya itu, tahu bahawa Alynna geram dengan dia.

“Hmm”

“Aisy buat apa tu?”

“Buat bodoh”

“Ala... Marah eh?”

“Tak, tak marah pun. Seronok ni”

Setiap kata-kata Asy dibalas nak tak nak.

“Ala... Janganlah marah, sorry lah”

Sorry boleh pergi mati” kasar sekali balasan Alynna.

Mana dia tidak marah? Abangnya ini jika bukan dia yang bertanya khabar, pasti tiada berita daripadanya dan juga kesam daripada pertengkaran nya dan White Devil.

“Hey.. Kenapa kasar sangat bahasa tu? Abang ni abang Aisy tahu?” Asy memandang Alynna tajam, cukup membuatkan Alynna tertunduk.

“Maaf... Aisy geram sangat dengan empat ekor beruk ni...” kata Alynna serba salah.

“Apa yang mereka buat? Tell me” kata Asy lembut.

Alynna menceritakan pergaduhan Black Angel dan White Devil siang tadi, dari A hinggalah Z. Asy teranguk-angguk faham, tahu yang Alynna seorang yang panas baran. Pantang orang tidak mendengar kata-katanya, Rayqal juga salah kerana keras kepala.

“Alah.. Biar–”

Take my hand now
You are the cause' of my euphoria ~

Alynna melihat nama pemanggil, Hayden, orang kanannya. Jangan dilupakan, Alynna bergiat aktif dalam dunia mafia. Dia kini memerintah Black Phoenix dengan nama samaran Icy. Yang membawa maksud dingin.

What?

“Ice, ada yang buat onar dekat kawasan kita”

Wajah Alynna terus bertukar ketat. “Send location, aku datang”. Talian terus dimatikan, “abang.. Aisy kena pergi dulu... Ada problem sikit” kata Alynna.

“ Hm.. Okay, bye.. Take care ”

“ Okay, bye

Alynna menutup komputer ribanya. Dia menyarung sweater hitam, dan tudung sarung hitam. Memang Alynna merancang ingin ke villa Black Phoenix selepas berskype dengan Asy. Tetapi selepas, bukan semasa.

Kunci Kawasaki Ninja miliknya diambil sebelum dia berlari turun.

“Oi kau nak kemana Lyn?” tegur Irene yang sedang menonton drama. “Ada problem sikit, jangan tunggu aku balik” Alynna terus menutup pintu rumah dan menerpa kearah superbike nya itu.

Dia menghidupkannya dan terus memecut ke lokasi yang dihantar Hayden. Sempat dia lihat sebelum memakai helmet tadi.

S K I P

BANG!

“Bagitahu aku, siapa hantar kau?” Alynna melepaskan tembakan betul-betul disebelah kepala si penceroboh. Mengugut. Mata tajamnya menikam mata si musuh itu.

“Kau fikir aku takut?” Alynna tersenyum sinis mendengar kata-kata lelaki itu. “Xander, kau nak main tak?” Alynna memandang kearah lagi seorang orang kanannya dengan seribu satu muslihat.

“Eh mestilah, Icy!” jawab Xander bersemangat. “Ambil sampah ni”

Alynna berlalu ke sebuah almari, dia menolak almari itu ke tepi. Mendedahkan apa yang ada di sebaliknya. Pelbagai senjata tajam ada, dari sekecil-kecil pisau sehinggalah sebesar-besar alat pemotongan.

Alynna mengambil pisau bedah dan memberinya kepada Xander. Senyuman jahat menghiasi wajah lelaki itu.

SKIP

“Ha.. Kau nak cakap ke tidak?” tanya Xander selamba. “O-Ok-Okay aku beritahu! Sakit!!” Alynna tersenyum sinis, “siapa?”


“Zaff! Dia hantar aku!”

Alynna mengangguk. Dia memberi isyarat kepada Xander supaya berhenti. “Dah, kau tahu nak buat apa kan? Aku nak balik” Alynna melangkah keluar dari Black Room itu, tempat penyeksaan mereka. “Hay, kau cari siapa Zaff.. Dia yang hantar budak tu, dah dapat call aku” arah Alynna. Hayden yang sedang bermain Free Fire mengangkat tangan tanda 'okay'.

“ Aku balik dulu ”

Alynna menghidupkan superbike nya dan memandu membelah kegelapan malam. Dia sudah terbiasa. Tiada apa yang perlu ditakutkan.

Makhluk halus?

Pernah lah sesekali mereka memunculkan diri, tetapi tak adalah mengacau. Sedang Alynna leka memerhati jalan. Ada sebuah kereta memotongnya dengan laju, membuatkan Alynna terkejut dan nyaris hilang kawalan.

“Eh sial.. Nak bunuh aku berdepan lah, cantik muka kau nak langgar-langgar” maki Alynna perlahan.

Dia mengecilkan mata melihat nombor plat kereta itu, memudahkan kerja untuk mengacau nanti. Dia ada Wiz, yang handal mencari dan bijak teknologi. Jangan terkejut jika lelaki itu boleh mengecam musuh dalam sekelip mata.

Gotcha.. Siaplah nanti”

Alynna memasuki kawasan banglo Black Angel dan terus memarkirkan superbike nya di garaj. Dia melangkah masuk ke dalam rumah setelah membuka pintu dengan kunci pendua.

“Lambat balik, Lyn?” tegur Iris, dia turun untuk minum air. “Ha'ah... Problem sikit tadi” kata Alynna. “Kau nak apa-apa? Tiba-tiba rasa tak mengantuk” tanya Iris, dia meneguk air kosong di dalam gelas sehingga habis.

“ Kau masak maggi cup ajalah weh, aku pun tak mengantuk lagi ni.. Kita layan movie jom ” cadang Alynna. “Alright, kau tunggu dekat bilik tayang.. Sat gi aku datang” kata Iris seraya membuka kabinet.

Dua maggi cup berperisa kari dan ayam dikeluarkan. Kari buat Alynna dan ayam untuk dirinya. Keduanya diisi air panas dan di bawa ke bilik tayang mereka.

“Nah”

Alynna menepuk meja rendah di hadapannya, mata tak lekang mencari cerita yang menarik hati. “Kau nak tengok apa?” tanya Alynna meminta cadangan. “Horror, nak?”

Alynna mengangguk, cerita hantu Indonesia dipilih. “Roh Yang Tak Terlihat, sounds nice” kata Iris teruja. Mereka menikmati cerita malam itu bersama 3 cup maggi setiap seorang.

_________

TIT! TIT! TIT! TIT!

Pap!

Jam loceng yang membingit di telinga ditutup kasar, Naura bangun daripada tidurnya. “Hm... Pukul berapa ni?” dia memandang kearah jam. Membulat matanya melihat jam sudah menunjukkan pukul 6:30 pagi.

“Astaghfirullah, dah lambat!” dengan segera dia memecut ke dalam bilik mandi dengan tuala. Dia hanya mandi ala kadar dan menunaikan solat subuh, langkah diatur laju keluar bilik.

“Alyn, Iris, Irene! Bangun!! Kita dah lambat!” Setiap pintu bilik diketuk kasar dengan kuat.

TOK! TOK! TOK! TOK!

Seperti mahu roboh gayanya. Irene yang terjaga dan mendengar pekikan rakannya itu turut lintang pukang masuk ke bilik mandi. Alynna dan Iris yang tertidur di bilik tayang terjaga, Alynna menjeling jam telefonnya.

6:45 pagi.

“Iris, kita dah lambat!!!!”

Gelabah dia berlari ke bilik, mandi dan solat. Begitu juga Iris. Naura menyarung kasutnya, dan memanaskan enjin keretanya. Terpaksalah mereka menaiki kereta yang sama hari ini.

“Cepat!! Kita dah lambat!!! Irene, drift!!

Alynna, Iris dan Irene berlari keluar dari rumah. Iris mengunci pintu, manakala Alynna merembat kasut mereka di rak dan masuk ke kereta.

Berkaki ayamlah Iris masuk ke kereta.

Seatbelt semua!!”

Done!

Sampai sahaja di atas jalan raya, Irene terus menekan minyak. Nyaris 'terlentang' meter kereta itu. Alynna yang duduk disebelah Irene memegang tali pinggang keledar kemas.

Slow sikit woi!!” tempik Iris cemas. “Kau nak mati awal jangan ajak aku!”

Sampai saja di kawasan sekolah, tepat pukul 7 pagi. Mereka keluar dari kereta, dan cuba untuk tidak terhuyung-hayang.

Fuck lah... Macam mana boleh terbangun lewat Ra? ” tanya Alynna, dia berpaut pada kereta. “Kau tak kejut aku apahal? Bukan biasa kau bangun paling awal?” balas Naura. “Aku ada kerja malam tadi, lepastu tengok movie dengan Iris.. Memang tak tersedarlah aku”

“Sudah lah, jom.. Kita masuk kelas” ajak Irene. Mereka mengangguk setuju sebelum melangkah seiring menuju ke kelas.

BERSAMBUNG :


× Jadi tak unsur lawak aku? Kalau jadi aku nak buat lagi😋

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com