B A B 4
BLACK Angel melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat pengawas. Mereka dan White Devil di minta ke sini untuk pelantikan jawatan, begitu juga pengawas lain.
"Angel, duduklah"
Pn. Sri Hana menjemput mereka duduk, berhadapan dengan White Devil.
Nak tak nak, mereka terpaksa melabuhkan punggung di kerusi itu juga. Demi menjaga hati pengetua mereka itu. Beberapa minit, para pengawas lain mulai memenuhi ruang bilik. Pengawas yang terakhir menutup pintu.
Guru disiplin mereka, En. Basri berdiri. "Semua dah ada?"
"Sudah cikgu"
"Hari ni akan ada pelantikan jawatan untuk Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi, tanpa berlengah.. Kita mulakan dengan jawatan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dahulu"
Alynna memandang ke arah meja di hadapan mereka, 'aku rasa turun jawatan lah aku... Tak apa, kita redha'
"Jawatan Ketua Pengawas akan disandang oleh... Tengku Luke Rayqal"
Rayqal berdiri sebaik sahaja namanya disebut, senyuman mengejek dihadiahkan kepada Alynna. Namun diendahkan gadis itu. "Dan jawatan Penolong Ketua Pengawas akan digalas oleh Aisy Alynna" dia turut berdiri, wajah dingin ditayang.
"Setiausaha dan Naib Setiausaha akan digalas oleh Tengku Danish Irham dan Naura Amelia"
"Bendahari dan Naib Bendahari, Zaid Harrez Lee dan Irene Qirana"
"Dan terakhir, Ketua Biro Disiplin dan Ketua Biro Keselamatan, Kebersihan serta Keceriaan... Qayyum Aliff dan Iris Qairina"
Black Angel dan White Devil berdiri tegak, Black Angel semestinya dengan wajah tiada senyuman manakala White Devil hanya menayang wajah tenang.
"Mereka akan mentadbir sekolah ni, sila berikan kerjasama" ucap En. Basri. "Rayqal, Alynna.. Kamu ada apa-apa nak cakap?"
Mereka menggeleng tanda tiada.
"Baiklah, semua boleh bersurai" Bilik mesyuarat itu beransur kosong, enam pengawas berjawatan tinggi itu turut melangkah keluar.
"You lose... So, kau kena dengar kata kami" kata Qayyum sinis.
"Oh yeah? Kami Black Angel tidak pernah mengira pangkat, tak kisah kau pangkat atas daripada kami pun.. Kami takkan mendengar kata" bidas Iris juga sinis.
"You know what? We make the rules.. We not follow the others rules" kata Naura penuh makna.
Maksudnya, mereka mencipta peraturan buat diri mereka sendiri. Mereka tidak mengikut peraturan orang lain.
"Kau hanya kena tunggu. Aku akan buat kau melutut dekat aku!" kata Rayqal tegas. "Aku tak melutut dekat orang Rayqal... Tapi orang yang melutut dekat aku... You not know how we do our works.. So, get lost"
Alynna membalas tenang. Dia terus berlalu, diikuti tiga rakannya itu. White Devil memandang dengan rasa tidak puas hati. "Kau fikir kau hebat sangat ke ha?" bentak Harrez.
"Kami memang hebat, Devil!" balas Irene kuat. Dia melambai sebelum mereka hilang di sebalik dinding.
__________
Alynna membelek buku nota miliknya mencari kerja. Dia kebosanan sebenarnya. Naura, Iris dan Irene juga turut membuat kerja masing-masing. Kelas mereka tiada guru ketika ini. Mungkin kelas sebelah juga begitu. Bising semacam aja.
"Bisingnya kelas sebelah tu, aku rasa KP dah ada dah" sinis Iris.
"KP ada tapi tak berguna. Buat apa? Buang masa!" ejek Naura, dia dan Iris tergelak. Irene yang memasang telinga turut tersengih.
Alynna hanya buat tidak tahu, dia kini bermain dengan gelang miliknya. Teringat pula kejadian seminggu lepas, Black Angel dan White Devil sepatutnya ditempatkan di kelas yang sama iaitu kelas pertama.
Tetapi disebabkan kejadian itu, White Devil diletakkan di kelas kedua dan mereka dikelas pertama.
FLASHBACK
Black Angel merenung telefon masing-masing, mereka sedang mencari dekorasi yang sesuai untuk Angel Room. White Devil yang baru masuk ke kelas terpandang akan mereka.
"Pengawas pun main telefon dalam kelas?" perli Danish. Naura menjeling lelaki itu, cuba untuk bersabar.
"Sibuk apa kau?" bidas Iris, sesungguhnya dia memang tidak boleh berdiam diri.
"Tak adalah.. Just pelik, pengawas yang kononnya ber.de.di.ka.si main phone dalam kelas" ejek Qayyum.
Irene pantas berdiri dan kerusinya terseret ke belakang dengan kuat. Bunyinya menarik perhatian pelajar kelas lain untuk menjenguk.
"Yang kau orang nak sibuk kenapa? Tak kacau life kau pun kan?" marah Irene, Alynna menguis kaki rakannya itu menyuruh duduk.
"Aih kenapa? Sentap ke sis?" Rayqal bersuara. Alynna memandang tajam, dia kemudian berdiri.
Blazer awal-awal sudah ditanggalkan dan diikat pada pinggang. Memang style mereka, takut hilang katanya. "Aku tak tahu apa masalah kau, tapi kenapa perlu kacau life kami?" tanya Alynna rimas. Matanya memandang tajam Rayqal yang tersenyum sinis.
Suka dapat menaikkan kemarahan gadis itu.
"Dan... Aku nak tanya, kenapa kau pakai gelang? Bukan pihak sekolah tak izinkan ke pelajar pakai barang kemas" Rayqal merentap gelang di pergelangan tangan Alynna.
Serta merta amarah gadis itu memuncak, "jangan sentuh gelang aku dengan tangan jijik kau tu!"
Pantas kaki Alynna menyepak kaki Rayqal, lelaki itu nyaris tersungkur tetapi sempat menstabilkan diri. Alynna cuba merampas gelangnya kembali tetapi Rayqal mengangkat tinggi.
"Bagi balik gelang Alynna lah!" Naura menengking lantang. Benci melihat Alynna seperti dibuli.
"Tak nak" ucap Harrez mengejek. Irene tanpa berlengah melangkah kearahnya.
PANG!
Tapak tangan gadis itu melekat di wajah Harrez membuatkan semua terdiam. Harrez baru saja ingin membalas tetapi Iris pantas menyepak tangannya. "Jangan sentuh kembar aku!" ucapnya tegas.
"Kau tak padan dengan perempuankan?" Qayyum menunjal kepala Iris, Naura pula memulas lengan Danish yang cuba membalas perbuatan Alynna.
Tercipta pergaduhan di situ, tenaga Black Angel hampir setanding dengan tenaga White Devil. Menjadikan kelas tingkatan 5 itu huru hara!
Alynna mencengkam rambut Rayqal,
"bagi balik gelang aku setan!" tetapi Rayqal berkeras. Menambahkan panas hati Alynna apabila melihat Danish cuba menjatuhkan Irene. Dia menyepak belakang tubuh lelaki itu sehingga terlanggar Rayqal.
Keduanya jatuh menyembah tanah.
Pelajar lain yang melihat gelabah mencari guru, akhirnya En. Basri menghentikan pergaduhan mereka.
"Berhenti!! Apa kamu semua buat ni?"
Black Angel hanya menjeling, begitu juga White Devil.
"Tak boleh jadi kalau macam ni... Baiklah, saya akan asingkan kelas kamu..."
Kata Pn. Sri Hana sebaik lapan pengawas itu dibawa berjumpa dengannya.
END FLASHBACK
"Alyn... Bising sangat kelas sebelah ni, kau tak nak pergi sound ke?" tanya Irene geram, terganggu dia ingin melelapkan mata. "They have Headprefect there.. Biarkan, pandai lah babi tu handle.." kata Alynna tenang. Irene mengalah.
"Apa bising-bising ni? Kamu dah menganggu kelas lain nak belajar tahu?"
Black Angel berpandangan sebelum tersenyum lucu. 'Padanlah dengan muka kau, sekali cik singa datang sergah' desis hati mereka. Beberapa minit, mereka dapat lihat pelajar kelas sebelah di denda jalan itik di sepanjang koridor. Termasuklah White Devil.
"Itik... Itik setan lah weh!" sengaja Naura berkata kuat.
"Kesian itik tu.. Kena denda ya?" Iris menayang wajah mengejek kepada Qayyum yang memandangnya. Mata Rayqal bertembung dengan mata Alynna.
1-0.
Rayqal membaca gerak bibir Alynna, kemudian gadis itu tersenyum sinis.
BERSAMBUNG :
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com