B A B 7
ALYNNA menutup surah Yasin di tangan, dia merenung lama kubur arwah Rayyan. "Assalamualaikum, Rayyan" tangan dia bergerak mencabut rumput yang tumbuh meliar.
"Ini aku... Alyn..." suara sebak cuba di tahan.
"Kau tahu? Aku fight dengan Rayqal malam tadi... Aku mengaku dia kuat, tapi tetap tak setanding aku!"
Alynna tergelak kecil, atau lebih tepat menahan tangis.
"Aku rindu kau, Ray... Rindu sangat" ucap Alynna sayu. "Aku kerap lepak dekat rooftop bila aku ada masa lapang... Masa tu, macam-macam memori datang menyinggah minda tau"
Alynna menggeleng. "Aku doakan kau sentiasa tenang dekat sana... Aku balik dulu ya? Nak singgah rumah mama pulak ni"
Alynna berdiri dan segera melangkah. Sempat dia memandang sekilas ke arah kubur arwah sebelum masuk ke kereta. Laju keretanya memecut membelah jalan. Dia menuju ke rumah keluarga arwah Rayyan.
Rindu kepada ibu angkatnya menggunung!
Tiada kesempatan dia ingin melawat keluarga itu sejak cuti sekolah yang lalu. Cuti sekolah pula dia habiskan masa di Itali dan Korea, mengikut Asy menguruskan syarikat sekaligus menenangkan diri.
Tipulah jika dia kata peristiwa hitam itu tidak menghantuinya. Malah sehingga kini, masih jelas terbayang tubuh Rayyan rebah di hadapan mata. Alynna memakirkan kereta di luar pagar rumah banglo itu. Ingin membuat kejutan kepada Pn. Sri Ayana.
"Assalamualaikum!"
TOK TOK TOK!
Pintu rumah diketuk cukup tiga kali. Jangan lebih-lebih.
"Waalaikumsalam- Ya Allah.. Alynna!!"
Terkejut Pn. Sri Ayana yang membuka pintu utama, apabila melihat Alynna terpacak dengan senyuman di bibir.
"Mama, apa khabar?" Alynna tunduk menyalami wanita itu. "Mama sihat aja, kamu kenapa lama tak datang?"
"Sibuk sikit mama.. Sejak jadi pengawas ni, macam-macam nak kena baiki semula..." jawab Alynna sopan. "Oh.. Tak apalah, masuklah"
Alynna melangkah masuk ke dalam rumah banglo itu.
"Kak Lyn!"
Alynna memandang kearah tangga,
"Yana!" tangan didepakan untuk memeluk satu-satunya adik arwah sahabat. Ryana memeluk Alynna erat, senyuman ceria menghiasi wajah comel itu.
Alynna mencubit pipi Ryana, si kecil itu comel dengan uniform sekolah yang masih tersarung. Pasti baru pulang.
"Yana baru balik eh?" tanya Alynna.
"Ha'ah, Yana tolong cikgu.. Sebab tu lambat balik" petah gadis kecil itu berbicara.
Alynna menggosok rambut Ryana manja, "bagus adik akak l" pujinya. "Yana pergi mandi.. Sekejap lagi kita makan.. Alyn, makan sekali ya?"
Alynna mengangguk setuju untuk pelawaan Pn. Sri Ayana. Ryana pula memecut ke biliknya. "Nak Alyn tolong apa-apa ke?" tanya Alynna, dia melangkah masuk ke dapur.
"Hm.. Tolong potongkan bawang tu, boleh?" pinta wanita itu. "Eh boleh.. Kacang aja ni"
Alynna duduk dan mengambil pisau serta bawang merah. Dia mengupas kulit bawang itu sehingga habis. 15 minit, habis empat biji bawang merah dikupasnya.
"Mama nak masak apa?" tanya Alynna sambil memotong bawang-bawang utu kepada bahagian kecil.
"Mama ingat nak masak kari ayam aja, minum petang kamu ada sekali lah ya? Mama ada buat kek coklat semalam"
Mendengar saja kek coklat, Alynna mengangguk. Kek kegemaran tu, mana boleh lepaskan peluang!
"Mama, dah siap.. Nak buat apa pulak ni?"
"Basuhkan peria katak tu, lepas tu potong.. Mama nak celur"
" Alright, boss! "
S K I P
Setelah satu jam berada di dapur, siap juga makan tengahari mereka. Alynna mengangkat lauk dan dihidangkan ke meja, manakala Pn. Sri Ayana membancuh orange sunquick kegemaran Ryana.
"Yana, mari makan!"
Laung wanita itu, Alynna mengambil tempat di sebelah Pn. Sri Ayana. Ryana pula mengambil tempat di hadapan Alynna. Masing-masing makan dengan berselera, ditambahkan lagi mulut Ryana yang tidak lekang berceloteh. Memang memeriahkan suasana walaupun hanya bertiga.
Ting! Ting!
Alynna baru mengangkat pinggan ingin berlalu terhenti. Dia mengeluarkan Iphone miliknya. Melihat nama Wiz tertera di notifikasi, terus dia berlalu ke dapur. Pinggan diletakkan ke dalam sinki, pantas mesej daripada jejaka itu dibuka.
Wiz
Icy, aku dah tahu siapa yang berlawan dengan kau tu
Alright, tunggu apa sampai villa
"Ma... Alyn kena balik dah, ada hal sikit.. Maaflah eh?"
Alynna tersenyum serba salah kepada ibu angkatnya itu. Tetapi dibalas dengan gelengan oleh Pn. Sri Ayana.
"Tak apa, mama tahu apa hal kamu tu... Pergilah" katanya.
"Okay, thanks mama! Bye, love you!" pipi wanita itu dikucup pantas sebelum dia mendapatkan Ryana.
"Yana, kak Lyn kena balik dulu... Hujung minggu nanti, kita keluar sama-sama okay?"
"Okay, akak.. Bye!" Ryana menyalami Alynna. Gadis itu segera berlalu keluar. Dia menghidupkan enjin kereta dan terus memecut pergi.
__________
Naura, Iris dan Irene memerhati sebuah lori di hadapan rumah kosong di sebelah rumah mereka. Sejak 15 minit lalu, pemandu lori itu masih belum keluar.
"Ada orang pindah ke?" tanya Iris hairan. "Maybe, siapa agaknya?" jawab Naura.
"Orang dah kawin ke bujang? Itu soalan yang betul" kata Irene. "Dah kawin kut..."
"Weh! Tu!!" Iris menjerit kecil apabila melihat tiga buah kereta memasuki kawasan garaj rumah sebelah. "Tengok weh" Naura mencapai teropong yang entah daripada mana dia dapat. Dia melihat pemilik motosikal berkuasa tinggi itu.
"What the hell?"
"Kenapa? Kenapa?"
Iris merampas teropong itu dan melihat melaluinya.
"Gila lah!"
Irene pula yang merampas. Dia melihat pemilik baru rumah itu.
"Masalah... Masalah... Dekat sekolah hadap muka dia orang, dekat rumah pun hadap muka dia orang!!" bebel Irene kuat.
"Tak ada rumah lain ke sampai mesti pindah sebelah rumah kita?" bentak Iris, dia duduk bersila di atas karpet ruang tamu. Wajahnya masam kalah asam jawa.
"Sudah lah, mampus dia orang lah! Bukan kacau duit kita, haish... Tak amanlah hidup aku lepas ni!"
Naura mengomel sambil melangkah ke dapur. Baik dia membuat kek, daripada 'mengotorkan' matanya. Tiba-tiba sebuah kereta masuk ke dalam garaj rumah mereka.
Lamborghini Aventador Alynna!
"Ha... Leader kita balik dah... Leader kita balik dah!" tempik Iris.
"Yang menjerit apahal, 'cerdik'?" Pantas Irene menyekeh kepala adik kembarnya itu. "Assalamualaikum, apa kecoh-kecoh ni?"
Alynna melangkah masuk ke dalam rumah, dia memandang pasangan kembar itu pelik. "Tak ada apa, kau dah makan?" tanya Iris laju.
"Yang kau tiba-tiba tanya aku dah makan ni kenapa? Dah, aku makan dekat rumah mama" jawab Alynna, meskipun dia hairan dengan tingkah mencurigakan Iris.
"Oh.. Naura tengah buat kek coklat dekat dapur tu" Alynna terus memecut ke dapur.
"Gila coklat betul, minah tu" kata Irene. "Kan?" Iris bersetuju. Mereka membuka televisyen, drama di TV ditonton.
BERSAMBUNG :
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com