Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 17

BUNYI air terjun menyapa gegendang telinga, sebaik saja turun daripada bas. Melihat persekitaran hutan lipur itu, cukup membuatkan hati tenang.

Alynna kagum sendiri melihat ciptaan Allah di sekelilingnya. Air terjun, sungai jernih serta pokok-pokok di sekeliling. Pasti semuanya di jaga rapi oleh orang-orang di sini.

"Cantiknya!! Air terjun!"

Iris menjerit kecil akibat teruja. Matanya bersinar-sinar melihat suasana di situ.

"Ha'ah lah kan? Damai aja" sokong Naura. Dia turut teruja. "Oi, mari lah ambil beg kau orang ni!" panggil Rayqal apabila melihat anak-anak dara itu statik di tempat mereka. "Alah.. Kau orang angkat lah! Kata lelaki!" ucap Iris, mula dah perangai sengal dia itu.

Ternganga empat jejaka itu dibuatnya, "angkat-angkat.. Kata jantan?" Naura tersenyum mengejek seolah-olah mencabar mereka. Akibat tercabar, White Devil mengangkat juga beg Black Angel. Pengawas-pengawas lain yang memandang tersengih-sengih. Boleh buat bahan ejek...

"Semua berkumpul dekat sini!!" laung En. Basri.

Black Angel membantu 'adik-adik' mereka mengeluarkan beg agar cepat selesai dan cepat berkumpul. "Ambik ni, cepat-cepat..." arah Alynna sambil menghulur. "Terima kasih kak"

Setelah semua berkumpul, En. Basri bersuara lagi. "Saya nak kenalkan, fasi-fasi kamu di sini. Saya harap tiada yang membuat hal walaupun kamu semua pengawas"

"Baiklah, Bad.. Kamu ambil alih"

Seorang lelaki muda mengambil mikrofon dari tangan En. Basri. "Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Badrul.. Semua boleh panggil abang Bad.. Saya ketua fasi di sini" ucap Badrul. "Ini Kak Nad, Kak Yuni, Abang Umar, Abang Luq dan Kak Kira" dia turut memperkenalkan rakan-rakan fasinya.

"Memandangkan kamu semua terlambat sampai, tanpa membuang masa... Abang nak kamu semua diri kan khemah! Satu khemah boleh kongsi 2 orang, mana besar tu.. Rasa muat kut 4 orang kalau untuk adik-adik form 2 ni"

SKIP

Alynna mengesat peluh yang menitik, dia dan Iris baru saja mendirikan khemah. Dia dan Iris akan berkongsi khemah, begitu juga dengan Naura dan Irene.


"Al, nah!"

Rayqal mencampakkan sebotol coke yang dibeli mereka. Alynna menangkap dengan baik, pantas dibuka lalu diteguk rakus. Haus siak!

"Aku tak ada?" soal Iris. "Ada, nah!" Qayyum mencampak pula sebotol fanta orange. Iris segera menyambut, penutup botol dibuka sedikit terlebih dahulu supaya gasnya keluar. Baru lah dia membuka setelah gas berkurang. Bukan apa, takut 'meletop'!

"Wah-wah.. Sedapnya air, sikit!"

Irene merampas fanta grape dari tangan Danish. Ianya masih belum di minum tetapi sudah dibuka. "What the?" Tercengang jejaka itu dibuatnya.

"Thank you!" dan Naura mengambil air yang dihulur Harrez. Lapan pengawas berjawatan tinggi itu duduk di dalam bulatan. Masing-masing menikmati air yang dibeli mereka sewaktu ke pasaraya minggu lepas.

"Kamu semua diberi waktu bebas sehingga malam! Untuk hari pertama ni kita tak buat apa-apa aktiviti kecuali ice breaking malam ni" laung Badrul.

Kedengaran suara-suara bersorak riang. Black Angel hanya beriak selamba manakala White Devil ber-high five.

"Jom, kita pergi tengok air terjun! Jomlah, jomlah" rengek Iris. Tangan Alynna digoyang-goyang. Qayyum hanya memandang sekilas, terasa telinganya memerah.

"Ha'ah Lyn, aku pun nak tengok air terjun tu.. Rasanya air dia jernih, kut-kut lah ada ikan" kata Irene menyokong. "Kalau ada ikan kita boleh tangkap! Buat lauk" cadang Harrez. Sudah terbayang-bayang ikan bakar di fikirannya.

"Kau orang nak pergi, pergi lah.. Aku nak kemas barang sikit" kata Alynna. "Okay, jom... Kita pergi"

Setelah rakan-rakannya itu berlalu, Alynna pantas menanggalkan kasutnya dan masuk ke dalam khemah. Zip beg galas dibuka satu-persatu. Dia meraba-raba isi dalamnya. "Mana... Mana... Hah!" Alynna mengeluh lega apabila terpegang sesuatu tajam dan keras di dalam begnya. Tidak lain tidak bukan pisau rambo. Sentiasa bersedia untuk pertahanan diri.

'Aku nak have fun pun kau orang kacau... Jangan bising lah kalau gudang dadah kau terbakar'

Alynna mengomel di dalam hati, dia berbaring di dalam khemah. Tiba-tiba dia teringat akan mimpinya ketika terlelap di dalam bas. Dia tidak pasti apa yang di mimpinya, tapi yang dia tahu mimpi itu adalah salah satu memori bersama mereka.

Senyuman terukir di bibir. Gembira, kerana dia sudah tidak bersedih lagi. "Terima kasih, Ray... Nish... Nuf dan Ad... Atas semua memori indah yang kau orang cipta..."


_________

Selepas pelajar muslim menunaikan solat Isyak. Mereka berkumpulan di dataran di sebelah surau.

"Seperti yang saya kata siang tadi, malam ni akan diadakan sesi ice breaking... Sekarang mari kita bahagi kan kumpulan... Mula dengan form 2, bangun dan seluk tangan dalam kotak tu"


Badrul menunjukkan kotak bersaiz sederhana yang di pegang Ayuni dan Nadia.

"Dalam tu ada bola berwarna, masing-masing ambil satu... Lepastu duduk semula, lepas form 2 habis baru lah form 3 bangun.. Faham?"

"Faham!!"

Pengawas tingkatan dua berdiri, masing-masing menyeluk tangan ke dalam kotak yang di pegang Nadia dan Ayuni. Pengawas tingkatan lima pula sabar menunggu giliran mereka. Lagi-lagi Black Angel dan White Devil yang duduk di bahagian belakang.


"Haduh... Lama pulak" rungut Qayyum, dia memasang wajah cemberut. "Sabar tak reti sabar?" kata Iris menyampah.


Tiba giliran mereka, mereka berdua dahulu yang menyeluk tangan. "What the heck?! Kenapa mesti sama warna dengan kau?" rungut Iris pula. Dia mengenggam bola merah di tangannya.


Alynna mengendahkan mereka yang mulai bertikam lidah, dia menyelukkan tangannya setelah kesemua rakannya mengambil bola berwarna. Apabila ditarik keluar, bola hitam ada di tangannya. Alynna tersenyum apabila teringat sesuatu. "Naura, kau ingat?" bola itu ditunjuk pada Naura.


Naura memandang bola hitam itu, dia terkebil-kebil pada mulanya tetapi air mukanya berubah sebaik saja dapat menangkap apa yang dimaksudkan Alynna.

"Alyn..."

"Aku okay lah, aku just teringat... Kau orang prank acah tak nak kawan dengan aku" kata Alynna berserta tawa kecil. "Alyn..." Naura menggeleng. Dia risau Alynna masih tenggelam di dalam memori lama.


"Aku dah okay, Naura... Aku dah tutup buku lama, buka buku baru... Tetapi kenangan bersama tetap akan sentiasa ada" senyuman manis diberikan kepada sahabatnya itu.

"You're so strong, Alynna"

" Without you three... I'm nothing "

Rayqal yang terdengar perbualan mereka hairan. 'Apa yang Naura risau? Apa yang prank?' Baru ingin bertanya tetapi suara ketua fasi memotong ayatnya.


"Baiklah! Semua berkumpul ikut kumpulan warna!" arahnya.

"Hitam, sini!"

"Merah!"

"Biru!"

"Kuning!"

"Ungu!"

"Hijau!"

Black Angel dan White Devil berpecah, mereka mendapat warna yang berlainan jadi terpaksalah berpecah. Rayqal mengekori langkah Alynna memandangkan dia sekumpulan dengan gadis itu.


Seribu satu soalan berada di mindanya, namun tidak terucap di mulut.

BERSAMBUNG :


How about this banner? Jadi tak? Ke tak cantik?

Sengaja rajinkan diri buat benda tu.. Kalau cantik aku nak buat untuk buku lain...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com