Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 18

KTUNG!

KTANG!!

KTUNG!!

KTANG!!

Alynna terjaga sebaik saja mendengar bunyi bising itu, dia duduk memandang ke pintu khemah yang tertutup.

"Bangun! Bangun! Subuh dah nak dekat! Mandi! Mandi!"

Kemudian dia melepaskan nafas lega, ingatkan apalah. Iris disebelah dikejut, sambil itu tangannya mencapai barang mandian.

"Ris, bangun... Jom mandi" kejut Alynna, selimut Iris ditarik lalu di letak ke tepi. "Hmm? Erm..." perlahan-lahan Iris bangun. Matanya ditenyeh bagi menjelaskan penglihatan. "Ambil barang mandi kau cepat, lambat nanti penuh... Jom, kita mandi" ajak Alynna lembut.

Iris mengangguk, dia menyarung tudungnya dan mengambil barang mandian. Begitu juga Alynna.

Dua gadis itu melangkah keluar dan menuju ke tandas. Baru beberapa orang berada di ruang mandi ketika itu, memudahkan kerja mereka. Selepas menyarung pakaian, mereka melangkah keluar menuju ke khemah Naura dan Irene.

"Naura! Irene! Bangun!" Iris yang sudah segar mencungkil zip khemah agar terbuka.

"Bangun! Nanti bilik mandi penuh, susah!" arah Alynna.

Dia menarik tangan Naura dan Irene supaya mereka bangun, Iris menampar-nampar pipi kembarnya itu. Tidak kuat, tetapi cukup untuk membuat Irene terjaga.

"Ye lah.. Yelah"

Dua gadis itu melangkah ke bilik mandi.

"Kamu berdua dah bangun? Boleh tolong kejutkan yang lain?" tegur Nadia.

"Boleh kak, yang ni biar kami settle kan" kata Alynna. Iris mengangguk setuju. "Baiklah, kejut tau" selepas Nadia berlalu, Alynna dan Iris berpecah dan menuju ke setiap khemah.

Semua mereka kejutkan, melihat fasi lelaki sedang membantu fasi perempuan memasak Alynna segera melangkah ke khemah Rayqal.

"Rayqal! Bangun! Dah nak subuh!"

Jejaka itu terpisat-pisat bangun, dia duduk namun dengan mata tertutup. "Rayqal! Bangun! Kau nak khemah kau ni roboh ke?" Alynna mulai mengugut ingin merobohkan khemah Rayqal dan Harrez.

"Janganlah..." kedengaran suara serak basah Rayqal melarang. Alynna tercair seketika. "Dah tu? Bangun cepat!" namun beberapa saat dia kembali menyinga. Rayqal membuka zip khemah lalu keluar bersama tuala dan pakaian ganti.

"Bagus! Kau dah siap nanti kejut yang lain tau!" Alynna terus berlalu meninggalkan lelaki itu. Bukan apa, hati tidak kuat melihat rambut messy Rayqal itu!

Mencairkan jiwa anak gadis!

"Morning girls!"

Beberapa minit Naura dan Irene kembali ke khemah mereka. Iris dan Alynna hanya mengangkat tangan membalas sapaan, sebelum kembali membaca tentatif program.

"Lepas sarapan ni... Kita akan buat treasure hunter... Then pertandingan memasak... Malam ada night walk..." Alynna menggumam.

Otaknya bekerja keras, cuba memikirkan masa yang berkemungkinan Fire Tiger akan menyerangnya.

'Kalau masa treasure hunter boleh jadi juga... Tapi siang hari.. Maybe night walk nanti... Then I need to put that rambo in my shoes... Hm..

"Pagi Angel sekalian!" tegur Qayyum, dia melangkah mendekati Black Angel diikuti rakan-rakannya. "Pagi..." sahut Iris, hairan mengapa Qayyum memanggil mereka 'Angel'. Lelaki itu kebiasaannya memanggil mereka 'Black'.

"Sarapan apalah agaknya?" soal Naura apabila melihat pinggan plastik yang tersusun di atas meja.

"Nasi lemah kut..." jawab Danish.

"Yang mana dah siap mandi, pergi sarapan.. Duduk je dekat mana-mana, tapi dalam kawasan ni aja!" Luq atau Luqman menempik memberi arahan.

Mendengar itu Alynna tanpa kata berdiri, "jom.. Kita makan, lepas ni ada treasure hunt.. And Dark Knights will be a winner, right Rayqal?" Senyuman sinis diberikan kepada Rayqal, lelaki itu turut membalas dengan senyuman sinis.

"Aku akan pastikan Blood Moon menang!" kata Naura, yang berada di dalam kumpulan merah.

"No, no, no... Kami yang akan menang!" kata Qayyum, pasangan kumpulan kuning.

"Well... We will see, Danger Forest pasti akan menang" kata Harrez pula, tak nak kalah.

Lapan pengawas itu melangkah ke meja makanan, sambil berperang mulut. Masing-masing tidak mahu kalah. Begitu yakin kumpulan mereka yang akan menang.

SKIP

Rayqal memandang wajah ahli Dark Knights iaitu kumpulan hitam.

Terdiri daripada 2 orang pengawas tingkatan dua, 3 pengawas tingkatan 3, seorang dari tingkatan empat dan dia serta Alynna dari tingkatan lima.

Masing-masing hanya menunduk menikus apabila Alynna memandang mereka. Sepatah haram keluar daripada mulut mereka.

"Yang kau orang tunduk ni kenapa? Don't be scared.... Minah ni mengaum kalau kau orang buat salah je" kata Rayqal selamba.

Tuk!

Alynna yang sedang bermain dengan kayu, menghayun kayu itu ke kepala lelaki itu.
"

Kau fikir aku harimau ke nak mengaum? Dan.. Kau orang tak payah lah nak takut sangat.. Aku ni chill-chill je" kata Alynna.


Rayqal menggosok kepalanya yang sakit akibat diketuk Alynna, dia menjeling gadis di sebelahnya itu.

"Akak dengan abang ni sweet lah" salah seorang pengawas tingkatan dua bersuara.

"Ha?" Alynna berkerut tidak faham.

"Akak dengan abang macam couple tau! Gurau sana-sini" katanya lagi. Tangan ditepuk-tepuk, comel saja. "Hish! Mana ada, abang nak couple dengan singa betina ni? Tunggu kucing terbang lah ya dik" sekali lagi kepala Rayqal diketuk.


"Ish siput babi ni... Dah, ignore this guy... Apa kata kau orang kenalkan diri, semalam tak sempat kan?" cadang Alynna.

"Ah.. Okay, saya Liya.. Ni kembar saya Lizya" pengawas tingkatan dua itu memperkenalkan diri serta kembarnya.

"Akak boleh panggil saya Zya"

"Okay, saya pulak Ain"

"Saya Hanif"

"Saya Putra"

"Saya Rina"

Alynna terangguk-angguk faham.
"Baiklah!! Semua dah pilih ketua kan? Sekarang, ketua bangun dan ambil klu dan barang-barang dekat abang!" suara Badrul menyampuk perbualan mereka.

"Ray, pergi lah" memandangkan mereka tidak sempat memilih ketua, Alynna menolak Rayqal dengan kayu di tangan.

"Eh asal aku?!" bantah Rayqal. "Kau kan paling tua" kata Hanif, pengawas tingkatan tiga. "Dan abang lelaki" sambung Ain. Alynna tersenyum sinis kearah lelaki itu.

Dengan wajah masam, Rayqal melangkah juga pergi mengambil apa yang di suruh. Dia kembali dengan kertas berwarna kelabu, peta, kompas dan beberapa utas tali berwarna hitam.

"Mari aku baca" Alynna merampas kertas itu apabila Rayqal ingin membukanya. "Ceh, aku jugak yang ambil.. Tarak guna punya makhluk" omelan Rayqal diendahkan.


Di mana matahari terbit,
Berdekatan sumber hidup,
Di situlah aku berada

Pengawas-pengawas itu berpandangan. Memikirkan maksud di sebalik petunjuk itu.

BERSAMBUNG :

Kau orang boleh teka pentunjuk tu? 😀

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com