Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 19

MEREKA berdiam diri seketika.

"Matahari terbit sebelah timur..." kata Putra. "Sumber hidup, yang kita tahu.. Air, makanan, udara..." kata Ain pula. "Di situlah aku berada, Rayqal! Guna kompas tu, arah timur" kata Alynna, dia tersenyum tanda tahu. "Sana timur" Rayqal menunjukkan ke arah timur mengikut kompas di tanah.

"Jom!"

Alynna berdiri, diikuti yang lain. Segera mereka berjalan ke arah timur, "hutan biasanya akan ada sungai, cuba cari sungai sekitar sini" arah Alynna.

Kelihatan kumpulan lain turut mencari petunjuk mereka. Dua kumpulan akan mendapat soalan yang sama, jadi mereka perlu cepat supaya menjadi yang pertama.

"Akak, tu!! Sungai!" Liya menunjukkan ke arah sungai yang mengalir. Beberapa tapak dari sungai itu, berdiri seorang fasi di situ.

"Nampaknya kamu semua kumpulan pertama yang sampai, baiklah! Ini cabarannya"

Mereka memandang ke tepi, ada sebuah meja dengan 10 cawan kertas di atasnya.

"Apa ni?" tanya Lizya curiga. "Ha, setiap orang kena minum air ni sambil fikir jawapan teka-teki yang akak bagi"

"Oh..."

Dark Knights membulatkan mulut tanda faham. "Kalau macam tu, biar aku dulu!" dengan semangat Hanif menawar diri. Dia berdiri di hadapan meja bercawan.

"Baiklah, minum dulu baru jawab tau... Bom apa yang tak meletup, dan ia selamatkan orang"

Hanif mengambil secawan air dan meminumnya. Terus kelat wajahnya apabila lidahnya menyentuh air.

"Bwek!! Ini anti-biotik ke?"

Rayqal dan Putra mengemam bibir mereka menahan tawa manakala Liya dan Lizya memandang ke belakang melepaskan tawa. Alynna, Ain dan Rina pula tersengih. Bukan mahu fikirkan jawapan, ketawakan rakan sekumpulan pula!

"Masa tamat, apa jawapan dia?"

" Bomba " Hanif menjawab yakin. Diam seketika membuatkan ahli Dark Knights gementar.

"Betul!"

"Yahoo!!" mereka menjerit kecil. Mana boleh menjerit kuat, tempat orang katakan. "Aih? Kau orang baru sampai?" Alynna tersengih mengejek kepada kumpulan Sun Guard iaitu kumpulan Iris dan Qayyum yang baru tiba.

Mereka menjeling tajam kepada gadis itu,
"kumpulan lain tunggu sekejap ya"

"Akak! Saya pulak!" Putra menawarkan diri.

SKIP

KRING!!!!!

Bunyi loceng panjang kedengaran di seluruh kawasan kem. Membuatkan yang lena terjaga.


Naura menyarung tudungnya dan melangkah keluar dari khemah, sempat dicampak tudung Irene ke muka tuannya.

"Hoahm... Pukul berapa ni?" Alynna melangkah keluar dari khemah dengan wajah mengantuk, tangannya meraup muka lalu memperbetulkan tudung.


"Pukul 3 pagi" jawab Danish di khemah hadapan.

"Oi, bangunlah! Dasar tidur mati, bom meletop dekat sebelah pun kau takkan sedar ya?" Jejaka itu mengejutkan rakan-rakannya.


Iris dan Irene melangkah keluar dari khemah dengan mata tertutup.

"Time aku tengah mimpi date dengan Jin kau nak bunyi" Iris membebel perlahan.

Geram barangkali kerana mimpinya diganggu. Alynna menjeling jam di tangannya, 3:00 pagi.

"Semua berkumpul! Segar-segarkan lah mata korang, kita akan adakan aktiviti night walk! "

Alynna mencapai beg bersaiz kecil dan mengikat di pinggangnya, beg itu kemudian ditutup dengan baju. Langkahnya diatur ke tempat berkumpul untuk mendengar taklimat.

"Kami akan lepaskan kamu semua secara empat-empat, tak ikut kumpulan tadi tau.. Ikut je nak kumpulan mana pun"

Rayqal memandang Alynna dan membuat isyarat dengan tangannya, menandakan mereka sekumpulan. Gadis itu hanya mengangguk.

"Iris, kau ikut aku..." kata Alynna. Dia tidak boleh biarkan Iris sendiri, sepuaka mana pun mulut gadis itu hatinya selembut kapas.

Irene hanya membiarkan Iris bersama Alynna, dia percaya sahabatnya itu dapat menjaga adik kembarnya. "Kalau macam tu.... Aku ikut Iris lah" kata Qayyum. Rayqal mengangguk. Naura dan Irene bersama Harrez serta Danish.

Setiap kumpulan mulai dilepaskan satu persatu.

Kumpulan Alynna dan Harrez memilih untuk menjadi yang terakhir dilepaskan.

"Naura. Kau pergi lah" kata Alynna. Naura hanya mengangguk sebelum mengangkat tangan. Mereka berlalu masuk ke hutan.

Selepas 15 minit, Alynna, Iris, Rayqal dan Qayyum pula masuk. Mereka hanya diam sambil mengikut anak panah yang ditetapkan. Rayqal yang memegang lampu suluh turut diam, tiada siapa yang bersuara ketika itu. Alynna hanya memfokuskan diri kepada sekeliling.

Prak!

"Ap-apa tu?" Iris memeluk lengan Alynna erat. Dia meliarkan pandangan ke sekeliling. "Tak ada apalah, tu.. Geng Danish" kata Rayqal sambil menyuluh ke arah belakang Harrez.

Empat pengawas itu masih tidak sedar yang mereka ada dibelakang.

"Oi! Orang depan!"

Qayyum menyapa. Namun kelibat mereka menghilang. Alynna terdiam, begitu juga Rayqal. Iris awal-awal sudah memeluk batang tubuh Alynna. Qayyum terpempan, 'ha.. Sudah! Benda apa pulak aku tegur ni?' desisnya.

"J-just ignore it" kata Rayqal. Mereka terus-terusan berjalan.

Alynna memegang kemas tangan Iris, risau gadis itu hilang. Mati dia dibelasah Irene nanti. "Weh... Kau orang tak rasa pelik ke?" soal Rayqal tiba-tiba. "Apa yang pelik?" tanya Alynna.

"Biasanya akan ada fasi-fasi menyamar dan kacau kita, ini.. Tak ada pun"

Dup!

Hati Alynna terus menjadi tidak sedap. Dia menolak Iris agar berjalan di depannya tetapi masih berpegang tangan.

"Ha'ah lah kan?" sokong Qayyum. Dia memandang ke sekeliling. "Tak apalah.. Kita cuba jalan dulu, mana tahu jumpa orang lain?" cadang Iris cuba menyedapkan hati.

Mereka mengangguk setuju, dan meneruskan perjalanan. Laluan menjadi semakin sempit dan penuh semak samun. Membuatkan Alynna menjadi semakin tidak sedap hati.

"Kau orang... Anak panah dah tak ada" kata Rayqal serius. Alynna mengetap bibir, cuba diingati fasi-fasi yang ada bersama mereka sebelum pergi.

Kesemua mereka ada kecuali...

'Luqman!'

Alynna mencarut perlahan di dalam hati. Dia sudah terkena perangkap.

"Rayqal... Kita kena terus jalan, bahaya kalau kita stay sini..." kata Alynna, tanpa sengaja dia bersuara dingin.

Mendengar suara Alynna, Iris terus menggeletar perlahan. Dia tahu, jika gadis itu bersuara dingin tanpa sebab pasti ada sesuatu. Rayqal hanya menurut, mereka terus berjalan meredah hutan berlukar itu. Alynna terasa ada sesuatu menusuk belakang betisnya, tidak dalam namun cukup membuatkan dia meringis kesakitan.

"Alyn? Kau okay?" soal Qayyum risau. "Okay... Aku okay, tergores dengan ranting je" bohong Alynna.

Dia mengangkat kaki kirinya, lalu belakang betis di raba. Dia menarik keluar sesuatu yang menusuk betisnya.

' Shit! They are here!! '

Alynna mencampak pisau kecil ke tanah, dia berpaling diam-diam. Pisau miliknya dikeluarkan dari beg kecil yang dibawa bersama. Matanya menangkap satu cahaya malap tidak jauh dari mereka. Pantas pisau di baling ke arah itu, sebelum dia berlari kepada Iris. Leher gadis itu dipaut, supaya dapat menyokong tubuhnya.

"Alyn!" Iris terjerit kecil.

"Aku lah" kata Alynna. Dia berdiri, kesakitan di lukanya hanya di diamkan. "Kita dah sesat" ucap Qayyum. Dia dan Rayqal berpandangan.

"Nak buat apa ni?" soal Qayyum. Dia cuba untuk bertenang. "Qal... Kau ada bawa kompas tu tak?" soal Alynna. Rayqal mengangguk dan mengeluarkan kompas dari poket seluarnya.

"Bagus, bagi-"

" C-cu.. Tolong nenek cu.. "

BERSAMBUNG :

HA! SUDAH!

Apa jadi tu?!!

Hehehehe....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com