BAB 20
PANDANGAN masih tidak dialihkan dari hutan di hadapan. Irene menggigit kukunya namun segera ditepis Naura. "Kotorlah" kata gadis itu. Irene membalas dengan keluhan kecil.
"Mana dia orang ni Ra? Takkan lama sangat dalam hutan tu? Dah nak dekat pukul 5 ni" kata Irene risau.
Naura turut memandang ke arah hutan, dia juga risau akan dua sahabatnya yang masih tidak keluar dari hutan itu. Namun cuba untuk menenangkan diri. "Janganlah risau sangat... Fasi dengan budak-budak ni dah pergi cari kan? Aku yakin dia orang tak apa-apa" pujuk Naura. Sekaligus memujuk diri sendiri.
"Aku harap macam tu lah..."
_______
Larian mereka semakin perlahan. Alynna sesekali memandang ke belakang takut- takut ada yang mengejar.
"Hah... Hah... Hah..."
Masing-masing tercungap-cungap mengambil nafas. Terkejut beruk mereka melihat ada nenek kebayan menegur mereka. Langkah seribu terus dibuka. Entah sedalam mana mereka masuk ke dalam hutan ini.
"Kita dekat mana ni?" soal Iris, air mata ditubir mata diseka. Nyaris dia menangis tadi. "Aku pun tak tahu" kata Rayqal. Alynna memandang sekeliling, hanya pokok yang dia lihat.
"Hari dah nak subuh" kata Qayyum sambil melihat jam tangannya. "Kita kena keluar cepat" kata Alynna tegas. Bahaya jika mereka terus berada di dalam hutan. Fire Tiger boleh menyerang bila-bila masa.
"Alyn, kenapa dengan kaki kau tu?" soal Rayqal apabila melihat betis Alynna berdarah. Gadis itu tersedar akan lukanya, terus rasa sakit menyengat luka.
"Aku pun tak tahu" bohong Alynna. Rayqal mengoyakkan lengan bajunya, mendedahkan lengan sasanya. Dia mengikat luka Alynna dengan kain itu. "Thanks" ucap gadis itu.
"Welcome... Kau boleh jalan tak?"
Alynna mengangguk. Dia berpaut di bahu Iris. "Rayqal... Kompas tu" pinta Qayyum. Rayqal menghulurkan kompas yang di pegangnya.
"Kem kita arah mana?" soal Qayyum, kompas diletakkan di atas tanah rata. "Barat" jawab Iris. Qayyum menghalakan bahagian utara kompas mengikut jarum kompas itu. Mereka melihat arah barat, lalu berdiri kembali.
"Dah, jom.. Kita pergi"
Empat pengawas itu melangkah mengikut jarum kompas. Menuju ke arah barat. Alynna tergerak hati ingin berpaling, serentak itu seorang lelaki muncul di belakang mereka.
Hanya Alynna sedar, manakala yang lain terus berjalan. Lincah tangannya membaling pisau di dalam beg kecilnya tepat ke kepala lelaki itu.
Prak!
Lelaki itu jatuh, dan kaku. Rayqal, Qayyum dan Iris berpaling apabila terdengar sesuatu jatuh. Membuntang mata mereka melihat tubuh kaku itu.
"Lari!"
Langkah seribu mereka buka sekali lagi. Alynna juga berlari, sudah tidak kisah akan sakit lukanya.
S K I P
Irene dan Naura menarik nafas dalam, gelisah di hati tidak dapat ditepis lagi. Jam sudah menunjukkan tepat pukul 5 pagi, tetapi kumpulan Alynna masih belum memunculkan diri mereka.
Para fasi lelaki juga baru keluar daripada hutan, selepas subuh jika kumpulan Alynna tidak keluar lagi mereka akan pergi menghubungi polis.
"Naura... Mana dia orang ni?! Dah nak subuh pun..." suara Irene bertukar serak. Ingin menangis rasanya memikirkan adik kembar dan sahabatnya di dalam hutan. "Aku tak tahu Rene... Aku tak tahu" Naura tidak mampu memujuk lagi. Matanya mulai berkaca, perasaan risau dan takut mencengkam jiwa.
"Abang... Takkan abang tak jumpa dia orang? Mustahil dia orang pergi jauh!"
Kedengaran suara Danish dan Harrez berbincang dengan fasi lelaki.
"Arh!"
Batu di hadapan disepak kuat sehingga terlambung jauh. Harrez memandang lama ke arah hutan itu. Bibirnya digigit perlahan, tipulah jika dia kata dia tidak risau. Rayqal dan Qayyum adalah sahabatnya.
"Ya Allah... Lindungilah sahabat aku" Danish melabuhkan punggung. Penat dia berdebat dengan para fasi itu untuk turun mencari rakan-rakannya. Namun tetap tidak dibenarkan.
"Qal... Qay... Balik lah weh, takkan nak tinggal dalam hutan tu" gumam Danish perlahan.
Tiba-tiba kedengaran derap kaki seseorang berlari. Irene pantas berdiri tegak. Dia berlari ke arah hutan itu diikuti Naura di belakang. Terjerit-jerit Badrul menyuruh mereka kembali, tetapi tidak diendahkan. Danish dan Harrez turut mengejar mereka. Risau mereka pula yang hilang.
"Iris!" Irene melaung nama Iris sekuat hatinya. "Alynna!" begitu juga Naura.
"Rayqal!"
"Qayyum!"
Danish dan Harrez membuat perkara yang sama.
"Irene!"
Tubuh Irene tiba-tiba dirangkul seseorang. Terkejut bukan kepalang dia dibuatnya tetapi apabila melihat orang itu adalah Iris dia segera membalas. Muncul Alynna, Rayqal dan Qayyum di balik pokok-pokok. Wajah mereka tidak usah katalah, pucat mungkin kerana penat.
"Kau pergi mana Ris? Kau tahu tak aku takut! Aku nak jawab apa dengan ibu ayah bila kau hilang?" Iris mengeratkan pelukannya. Hilang gundah di hati apabila kembarnya di hadapan mata.
"Alynna, kau okay?" Naura memaut bahu Alynna membantu gadis itu berjalan. "Luka sikit dekat kaki ni, tapi aku okay" kata Alynna beserta senyuman nipis.
"Bro, kau orang okay?" soal Harrez.
"Okay aja, sihat walafiat ni ha" Rayqal berseloroh. Mereka tertawa sekejap, kaki melangkah kembali ke tapak kem.
" Abang Bad! They are back!"
_______
Alynna berbaring di dalam khemah sambil ditemani Naura. "Apa jadi sampai kaki kau luka ni?" soal Naura ingin tahu.
"Aku kena attack dalam sana" jawab Alynna perlahan. Tidak mahu sesiapa dengar. "Ha? Dengan siapa?" Naura menyoal lagi. "FT" ringkas saja jawapan Alynna. Naura hanya mengangguk faham. Malas mahu banyak bunyi.
"Malam ni malam last kita kan?"
Naura mengangguk. "Dia orang nak buat Truth or Dare.. Cliche' ah" Alynna tergelak perlahan. Naura mengomel sendiri. Anti betul dia dengan perkara cliche.
"Biar lah, asal dia orang bahagia!" kata Alynna bergurau. "Dia orang ya lah bahagia, habis aku ni? Terseksa!" balas Naura turut bergurau. Tawa masing-masing meletus. Walau tidak lawak mana, jika bersama sahabat drama sedih pun boleh jadi drama komedi!
BERSAMBUNG :
Genap 20 bab! Keep reading everyone!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com