Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 24

"RAYQAL!"

Bergegar blok kelas itu dengan jeritan Alynna. Wajahnya merah bukan main!

"Hahahahah! Padan muka kau!" ejek Rayqal.

Alynna memandangnya seperti mahu telan, langkah seribu dia buka mengejar lelaki itu. Rayqal yang melihat turut membuka langkah, melarikan diri daripada 'singa betina' itu. Sudah seminggu berlalu sejak Majlis Sambutan Hari Ibu itu berlangsung.

Hari-hari Black Angel semakin meriah dengan perangai gila-gila White Devil sejak akhir-akhir ini. Gemar sungguh mengusik dan mengacau mereka. Bagai mahu gila gadis-gadis itu melayan!

"Jangan berlari dekat koridorlah!" tempik Naura apabila melihat Alynna dan Rayqal bekerjaran di koridor.

Dua remaja itu berlari menuruni anak tangga, menyambung larian mereka di dataran. Naura hanya mampu menggeleng, macam budak-budak!

"Sweet kan our leader tu?"

Naura menoleh ke sisi, Danish menayang sengihannya.

"Sweet?"

"Ya lah, kejar sana sini... Usik sana sini... Pick up line lagi... bila kita nak macam tu?" sakat Danish. "Ish kau ni! Mengarut je!" Naura membentak perlahan. Bahu lelaki itu dipukul perlahan dengan novel di tangannya.

"Hehehe... Kau nak ke mana ni?" tanya Danish ingin tahu. "Aku nak pergi perpustakaan, nak pulangkan novel ni" jawab Naura sambil menghayun novel di tangannya. "Kau suka baca buku?" Naura mengangguk. "Tapi novel je, aku tak berapa minat komik"

Danish mengangguk faham. "Petang ni aku nak pergi kedai buku, kau nak ikut?" pelawanya. "Hm... Sound nice, boleh jugak.. Pukul berapa?" soal Naura bersetuju.

"Lepas Asar, kau naik dengan aku je" kata Danish.

"Hm, okay juga! Jimat duit minyak aku" Naura bertepuk tangan gembira.

'Cuteʼ

"Kau nak cari novel lain ke?" soal Danish, mereka menanggalkan kasut dan melangkah masuk ke dalam perpustakaan. "Ha'ah, genre Aksi atau Fantasi" jawab Naura. Dia mendekati rak buku, lelaki itu hanya mengekori dia dari belakang.

"Yang kau ikut aku ni kenapa?" soal Naura pelik. "Saja" gigi yang putih bersih ditayang.

Naura menggeleng, "ikut suka kau lah, Danish..."

______

Iris membaling buah dadu, dia menggerakkan penandanya mengikut jumlah dadu itu.

"Ha! Kena, bayar-bayar"

Qayyum menadah tangannya, meminta wang sewa dari Iris apabila petak tanahnya di 'pijak' gadis itu. Iris menayang wajah bengang, nak tak nak dia menghulurkan duit kepada Qayyum. Giliran Harrez membaling dadu, dia mendapat angka 5. Penandanya digerakkan sebanyak lima kali.

"Oh yeah! KL! Aku nak beli!" bersemangat dia berkata. Irene mengambil kad hartanah, Kuala Lumpur di cari sebelum dia menukar kad itu kepada duit dengan Harrez.

Apa yang mereka buat?

Disebabkan kebosanan, empat remaja ini bermain Saidina sementara menunggu waktu rehat mereka tamat. "Oi, daripada tadi kita main benda alah ni... Tak bosan ke?" soal Irene. Wajah bosan ditayang.

"Bosan juga, jom.. Kita round sekolah?" cadang Iris.

Mendengar kata-kata dua gadis itu, Harrez dan Qayyum pantas bangun dan berlari keluar daripada bilik pengawas. Tercengang kembar itu dibuatnya, "woi! Kemaslah!" namun tidak lama mereka mengaum.

_______

Alynna memberhentikan langkahnya, tercungap-cungap dia menarik nafas. Geram pada Rayqal masih tidak habis, boleh lelaki itu letakkan makanan yang dah berulat dekat atas meja dia?

Manalah Alynna ini tidak bengang.

"Siot kau Rayqal, siot! Mana kau ha..."

Alynna memandang sekeliling, sampai ke bangunan lama dia mengejar Rayqal. Langkah diatur masuk ke dalam bangunan itu. Mulutnya tidak henti-henti menyumpah seranah.

"Mana kau ha? Rayqal!"

"RAYQAL!"

Alynna menjenguk setiap bilik yang ada. "Where are you?" Alynna berpeluk tubuh. Geram apabila tidak menjumpai lelaki itu.

Bang!

"ADUH!"

Alynna memegang kepalanya, dia menunduk. Batu yang jatuh di atas kepalanya je tadi disepak kuat.

"Benjol lah kepala aku..." rungutnya. Kaki kekal melangkah mengelilingi bangunan itu.

Dang!

Langkah Alynna terhenti. Dia menoleh ke belakang, di mana datangnya bunyi itu. Matanya membulat.

"Kau..."

Seorang lelaki bertopeng berdiri di hadapannya, dia dapat rasakan lelaki itu tersenyum sinis. "Siapa hantar kau? Tiger or Scorpio?" Alynna menyoal dengan nada dinginnya. "Siapa lagi kalau bukan Tiger? He really excited for the war you know?"

Alynna berdecit geram, "beritahu dekat ketua kau.. yang dia akan mati, sama macam bapak dia".

"I think... Kau yang akan mati"

"No, aku takkan mati sia-sia" tegas Alynna.

"Well.. Then, bye-bye"

Satu bom asap dilepaskan, membuat Alynna menekup mulutnya menahan nafas. Tiba-tiba satu tangan menyentuh bahunya.

"Don't touch me!"

Alynna berpaling dengan laju. Baru ingin menghayun buku limanya, wajah Rayqal di hadapan menghentikan tujuannya.

"Kau..." Alynna bernafas lega, Rayqal menayang wajah pelik. "Kau kenapa?"

Alynna menggeleng, dia menumbuk bahu lelaki itu kuat. "Kau ke mana ha?"

"Aduh... Sakitlah! Aku ada dekat tingkat atas je..." rengek Rayqal. Alynna menayang wajah jijik, "kenapa dengan suara kau tu? Gelilah!" ucapnya.

"Hm..." lelaki itu mencebik, manja. "Ergh... Geli-geleman aku! Dah jom lah" Alynna melangkah laju ke bangunan mereka kembali. Dia mengerling jam tangannya sekejap, waktu rehat mereka hampir tamat.

"Alyn, tunggu lah!"

"Cepatlah! Lembab!"

_________

Asy melangkah masuk ke dalam sebuah studio rakaman, kelibat seorang wanita di cari.

"Assalamualaikum cik buah hati!"

Zulaikha mengangkat kepala memandang lelaki itu, salam dijawab dalam hati. Wajah kosong ditayang. "Ya encik Asy?"

"Jom, lunch.." ajak Asy.

Zulaikha menggeleng, "saya ada banyak kerja...Awak ni tak ada kerja ke? Asyik kacau saya je!" rungutnya.

"Untuk awak, saya sentiasa free"

Zulaikha menggulingkan bebola matanya tanda menyampah. " Jangan kacaulah, saya nak kena siapkan semua ni sebab saya nak balik Malaysia! "

"Saya nak cuti, dah nak puasa kan?" sambung Zulaikha. "Oh! Kalau macam tu balik dengan saya je lah eh? Bila awak nak balik?" soal Asy bersemangat.

'Ya Allah mamat ni! Dia memang tak tahu erti mengalah!'

"Minggu depan, kalau awak nak balik dengan saya pergi siapkan kerja-kerja awak!" arah Zulaikha, fed up dia dengan jejaka ini.

"Alright, miss! But after we having a lunch! Let's go!"

"Fine, fine! Awak memang tak reti mengalah eh?" soal Zulaikha, dia mengambil beg silangnya. "Saya takkan mengalah selagi saya tak dapat awak" Asy mengenyitkan mata kirinya. Pipi Zulaikha memerah menahan malu, bahu Asy dipukul dengan beg silangnya sebelum dia berjalan laju keluar.

"Honey! Wait for me!"

"Don't call me like that!"

BERSAMBUNG :

Hohoho!

Asy dah ada buah hati! Black Angel macam mana eh? Hmm~😏

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com