Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 25

PEJAM celik, pejam celik Black Angel dan White Devil sudah tamat peperiksaan pertengahan tahun. "Oh yeah!! No more study!" sorak Qayyum. "Yeeha! Cuti!" sorak Iris pula.

"Amboi... Ini baru exam pertengahan tahun tau, bukan SPM" kata Nasuha menyedarkan mereka. "Entah dia, macam baru lepas habis paper SPM je lagaknya" sampuk Danish, senyuman mengejek dihadiahkan kepada kedua periang itu. Lantas wajah Iris dan Qayyum bertukar masam. Alynna tergelak kecil melihat mereka.

"Weh... Kenapa aku rasa kita ada lupa something eh?" kata Rayqal, dia meraup rambutnya ke belakang dengan tangannya di pinggang. Alynna yang melihat memandang ke arah lain, entah mengapa suasana terasa hangat tiba-tiba.

"Kita belum edar surat undangan promp lah!" kata Irene. "Kalau macam tu jom cepat! Sebelum masa balik!" kata Harrez.

Black Angel dan White Devil berlari anak ke bilik pengawas, masing-masing mencapai surat jemputan di atas meja mereka. "Biar kita orang edar dekat budak-budak batch, kau orang edar dekat form 3" kata Rayqal. "Alright!" ucap Alynna. Mereka berpecah.

[ FOR FORM 5 ]

[ FOR FORM 3 ]

S K I P

Black Angel dan White Devil berkumpul kembali di bilik pengawas, habis sudah surat jemputan mereka edarkan.

"Kau orang dah ada baju ke?" soal Danish. "Sudah, umi Naura kan ada butik" kata Irene. Awal-awal Naura meminta uminya membuat baju untuk mereka, dan ianya percuma!

"Oh, kau orang dah ada partner?" tanya Harrez pula. Irene menggeleng tanda tiada, "kau orang?"

"Kita orang pun belum ada, tapi sekarang dah ada!" ucap Qayyum.

"Siapa? Si sotong-sotong jadian tu ke?" sakat Naura, tidak boleh bayangkan jika White Devil berpasangan dengan Pink Divaz. "What? Never! Our partner is infront of us now" ucap Rayqal. Alynna mengerutkan dahinya, "kita orang?" jejaka-jejaka itu mengangguk.

"Siapa setuju?" Black Angel menayang wajah geli. "Alah! Kau orang setuju jugak kan?" rungut Danish.

"Fine, kita orang setuju" kata Alynna sebagai kata putus. "Yes! Thank you, my lion!"

"Euw!"

"Ada orang acah tak suka lah~ Tapi hati berbunga!" sakat Iris. "Mana ada!" nafi Alynna.

"Acecece.... Tak nak ngaku!"

"Hahahahahahah!"

S K I P

Alynna melangkah masuk ke dalam bilik, beg diletakkan di atas meja belajarnya sebelum tubuh di rebahkan di atas katil.

"Ha... Akhirnya, dah nak cuti " kata Alynna sendiri. Dia mengeluarkan telefonnya, memo dibuka.

Kad Jemputan ☑
Poster ☑
Baju ☑
Dewan ◻

"Esok setting dewan... Mujur budak-budak tu dah sedia bahan" Alynna tersenyum senang, pelajar-pelajar tingkatan tiga sudah menyediakan barang-barang perhiasan. Jadi tinggal untuk mereka hias saja dewan sekolah itu.

"First time duh... Urus benda-benda ni"

Alynna berdiri. Dia melangkah masuk ke dalam bilik pakaiannya.

"Now... Jom mandi!"

________

White Devil dan Black Angel melangkah masuk ke dalam dewan sekolah. Kelihatan para pelajar yang terlibat sedang menghias dewan.

"Amazing! Pandai kau orang hias!" puji Iris. "Thanks!" ucap pelajar berdekatan. Rayqal mendekati pentas yang sudah dihias cantik.

"PA system dah check ke?"

"Belum, kita orang mana reti"

Dia mengangguk sebelum berlalu ke belakang pentas bersama Danish. "Ada apa-apa yang perlu kita orang tolong ke?" tanya Naura, dia memandang sekitar. Red carpet sudah dibentang, dan dihias sempurna.

"Awak boleh tolong hiaskan meja², kerusi kita orang dah siapkan cuma nak susun je" kata pelajar yang ada.

"Okay, Rene! Jom, kita hias meja"

Lengan Irene ditarik supaya mengikutnya. Alynna dan Iris pula lincah membantu menghias dinding dengan kain berwarna kuning diraja dan putih. Gelak dan tawa memenuhi dewan itu apabila mereka bergurau senda.

Naura tersenyum lebar, dia membetulkan alas meja tetapi tiba-tiba saja meja itu bergerak. Berkerut dahinya akibat pelik. 'Kenapa bergerak pula ni? Ada kucing ke?' Dia mencangkung, lantas alas meja itu diangkat tinggi.

"BAH!"

"UMI!"

Pecah tawa Danish, dia keluar daripada bawah meja itu. Mengetawakan Naura yang sudah terduduk akibat terkejut.

"Ish! Kau ni, memang nak kenalah!"

Naura bangun dan mengejar Danish, tanpa berlengah lelaki itu turut membuka langkah seribu. Alynna menggeleng melihat kerenah mereka, tangannya lincah menggantung kain putih di tangan.

"Alyn!! Tolong aku sekejap!"

Rayqal memanggilnya daripada atas pentas.

"Sekejap!"

Dia melompat turun dari kerusi dan berlari anak ke arah Rayqal. "Kenapa?"

"Mic ni lah! Geram je aku nak campakkan!" rungut lelaki itu, mereka beriringan ke belakang pentas.

"Haish kau ni, kenapa tak suruh Harrez je?" soal Alynna, dia memegang mikrofon. "Kau ada nampak batang hidung mamat tu ke sekarang ni?" perli Rayqal. "Ya lah... Ya lah... Kau ni sama je macam Rayya- Hmph!" Alynna mengemam bibirnya.

"Macam apa?" tanya Rayqal tidak jelas.

"Sama macam kawan aku" senyuman nipis menghiasi wajah cantik itu. Rayqal hanya diam, malas menyoal lagi.

_________

"Ketibaan putera-putera idaman sekolah! White Devil!" ujar pengacara itu, bergurau.

White Devil melangkah masuk ke dalam dewan dengan bergaya, masing-masing kacak dengan suit mereka.

RAYQAL

DANISH

HARREZ

QAYYUM

"KYAAA!"
"WHY THEY SO HANDSOME?"
"LIKE A REAL PRINCES!"

Para gadis yang ada masing-masing menjerit suka melihat mereka berempat. Siapa yang tidak cair melihat mereka?

"Wah... Semua kacak bergaya! Cair saya..." ujar pengacara perempuan. "Awak jangan ngada-ngada ya? Ingat sikit, buah hati awak dekat sebelah ni" ujar pengacara lelaki pula. Mengundang tawa para pelajar.

"Iyalah... Mari kita persilakan puteri-puteri mereka pula, Black Angel!"

Giliran Black Angel melangkah masuk. Langkah di atur kemas. Terpaku para pelajar lelaki melihat mereka, termasuklah White Devil.

ALYNNA | TUDUNG SOFT GOLD |

NAURA | TUDUNG PEACH |

IRENE | TUDUNG HITAM|

IRIS | TUDUNG PUTIH |

"They are so beautiful..." puji Rayqal kagum. Dia tidak lepas dari memandang Alynna yang melangkah ke arahnya. "True... Really-really beautiful..." sokong Danish.

"Astaghfirullahazim!" Harrez dan Qayyum mengurut batang hidung mereka. Rayqal dan Danish memandang hairan, "zina mata bro!"

ZAPP!

Sentap ke dasar!

Rayqal dan Danish terkelu, nafas yang ditarik tersekat-sekat. "Sentap bro.. Sentap!" kata Danish.

Black Angel yang baru saja berdiri di hadapan mereka memandang hairan, "kau orang kenapa?" soal Irene hairan. Dia membetulkan sarung tangan putih emas yang dipakainya, begitu juga dengan Black Angel yang lain.

"Tak- Tak ada apa" kata Danish.

"How about us? Okay tak?" soal Iris, dia berpusing perlahan membuatkan gownnya turut kembang sedikit. "Can-cantik! Suitable for you" ucap Qayyum. Telinganya memerah menahan malu.

"Thanks, kau pun.. er.. handsome" kecil saja suara Iris memuji, dia menyorok di belakang Irene menyembunyikan wajah merahnya.

"Nak ber-sweet tempat lain ya, merpati sejoli.. Sekarang jom duduk dekat meja kita, pengetua dah sampai"

Black Angel dan White Devil mengambil tempat di meja mereka di hadapan pentas.

"Baiklah!! Mari kita mulakan majlis!"

S K I P

Alynna menongkat dagu sambil memerhati telefonnya, dia baru mendapat mesej daripada Asy bahawa abangnya itu akan pulang esok.

Tiba-tiba dewan menjadi gelap, dia mengangkat wajah.

"What happen, Qal?" soal Alynna, seingat dia Rayqal berada di sebelah tadi. Namun tiada balasan. Dahinya berkerut, Alynna berdiri dan melangkah ke karpet merah yang dibentang dengan memegang kerusi. "Kenapa gelap ni?" gumamnya.

Dia memandang ke hadapan, satu cahaya kecil bergerak ke arahnya.

"BUKA!!"

Serentak itu banyak cahaya putih muncul. Lampu dewan perlahan-lahan terbuka malap.

"Happy birthday to you~
Happy birthday to you~
Happy birthday Aisy Alynna~
Happy birthday to you~ "

Alynna menekup mulut tidak percaya, seisi dewan menyanyikan lagu Happy Birthday kepadanya. Rayqal yang memegang kek tersenyum manis, White Devil juga berada di belakangnya.

"Thank you.. But, mana Angel?" soal Alynna hairan. "Happy Birthday, dear!!" tubuh Alynna dipeluk dari belakang oleh Black Angel yang lain.

"Girls... Thank you so much!" Alynna memegang lengan-lengan yang melibgkar di tengkuknya.

"I'm very happy!!" sambungya beserta mata yang berkaca.

"Welcome Alyn " Naura memeluk Alynna erat. "I miss them.. But I'm okay, thanks for this" bisik Alynna perlahan. "Me too " balas Naura.

"Idea siapa ni?" soal Alynna, dia menyeka air di tubir matanya. "Idea Rayqal dan Naura" jawab Iris.

"Happy birthday, girl... This is for you " Rayqal berkata, dia menghulurkan satu kotak kecil.

"Apa ni? Thanks" senyuman ikhlas menghiasi bibir pink itu.

"Hadiah! Balik rumah nanti baru kau buka eh" kata Rayqal, mata dikenyitkan sekali. Alynna memandang ke arah lain, pipinya memerah. "Ehem! Kita orang wujud lagi dekat sini ni..." sakat Harrez, senyuman sinis terukir.

"Diam lah kau!" Alynna membentak. Ingin saja dia menyepak lelaki itu, malangnya dia memakai gown.

"Sudah lah, dia orang nak umum Prom Prince and Princess dah!" sampuk Irene yang sedari tadi memerhati pentas. Black Angel dan White Devil segera mengambil tempat di meja mereka. Pakaian diperkemaskan.

"Baiklah!! Di tangan saya terdapat sampul surat yang menyatakan Prom Prince dan Princess... Siapa untuk kali ini ya?"

"Dah... Jangan nak berdalih lagi! Mari saya umumkan, Prom Prince untuk Prom Night kali ini adalah... Tengku Luke Rayqal!"

Semua bertepuk tangan, pandangan terarah pada Rayqal yang melangkah ke pentas. Mahkota diletakkan di atas kepalanya sejurus dia naik dan melutut.

Rayqal berdiri kembali, semua menepuk tangan sekali lagi. "Woah... Seperti putera sebenar KP kita! Baiklah giliran puteri nya pula!"

"Dipersilakan... Aisy Alynna sebagai Prom Princess kali ini!"

"Wuhuu!"

"Alyn! Alyn!"

Black Angel menyakat, tidak ketinggalan White Devil. Alynna mencubit Iris di sampingnya sebelum berjalan ke pentas. Dia menunduk hormat ala-ala puteri pada Pn. Sri Hana yang menyampaikan mahkota.

Tiara Prom Princess diletakkan di atas kepala Alynna dengan kemas. Dia mengangkat kepala kembali dan berdiri di sebelah Rayqal.

"Itu dia!! Prince dan Princess kita kali ini!! Bagai pinang di belah dua kau!"

Alynna dan Rayqal hanya menayang wajah selamba, walhal masing-masing wajah sudah seperti udang bakar! Merah bukan main!

"Tiba lah masa untuk kita akhiri majlis malam ni! But, before that we will have a perfomance from White Devil!! "

Alynna pantas turun daripada pentas manakala Rayqal ke belakang pentas. Gadis itu mendapatkan Black Angel yang tersenyum nakal ke arahnya.

"Apa senyum-senyum ha?" ucap Alynna segan.

"Ada orang tu kan... Dia kan... Hati berbunga..." sakat Iris.

"Entah... Suka lah tu..." Naura turut menyakat. Irene pula mencuit-cuit pinggang Alynna, berusaha ketua mereka itu menahan malu.

"Sudahlah!"

"I found a love...
For me~ "

Suara Rayqal menyapa pendengaran mereka. Serentak Black Angel berpaling ke arah pentas, pandangan mereka bertembung dengan White Devil di atas sana.

" Darling just dive right in
And follow my lead " Qayyum menyanyikan liriknya

" Well I found a girl beautiful and sweet
I never knew you were the someone waiting for me " nyanyi Harrez. Mata tidak beralih daripada Irene.

" 'Cause we were just kids when we fell in love
Not knowing what it was " - Danish

" I will not give you up this time " - Harrez

" But darling, just kiss me slow, your heart is all I own
And in your eyes you're holding mine " - Rayqal

" Baby, I'm dancing in the dark with you between my arms
Barefoot on the grass, listening to our favorite song " - White Devil

" When you said you looked a mess, I whispered underneath my breath
But you heard it, darling, you look perfect tonight " - White Devil

Dan, Black Angel terbuai dengan mereka.

BERSAMBUNG :

Speacial chapter tau ni! 2000+ perkataan dia, inilah chapter terpanjang tahu.. Keep voting!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com