BAB 26
SETIAP manusia yang keluar daripada balai pelepasan itu Alynna lihat wajah mereka. Mencari kelibat yang dirinduinya.
"Aisy!"
Mendengar saja nama khas buat panggilan si abang, dia pantas memanjangkan leher mencari kelibat Asy. Alynna berlari anak memeluk Asy sebaik saja melihat kelibat lelaki itu di celahan orang ramai. "Abang.. I miss you!" luah Alynna, dia tersenyum girang. "I miss you too, girl..." balas Asy, juga turut memeluk Alynna kembali.
"Tengok, abang balik dengan siapa"
Asy menunjukkan seorang gadis yang setia berdiri di sampingnya. Memerhati drama dua beradik itu. "Zulaikha, ni adik saya... Aisy, kenalkan diri" arah Asy. "Si', hi akak! Saya Aisy Alynna, akak boleh panggil saya Aisy" ucap Alynna, dia menyalami Zulaikha dan memberi senyuman mesra. (Baik)
"Hi, akak Zulaikha.. Panggil kak Ikha saja" kata Zulaikha pula. "Alright! Jom, kita balik!" ajak Alynna. "Aisy datang dengan siapa?" soal Asy ingin tahu. Alynna tersengih dan menunjukkan angka satu dengan jarinya. "Hish budak ni! Kan abang dah kata, ajaklah Hayden ke... Xander ke... Wiz ke..." bebel Asy.
Alynna menaikkan bebola matanya tanda menyampah. Zulaikha tergelak melihat reaksinya.
"Tu!"
Alynna menunjuk ke arah BMW miliknya. Takkan mahu bawa Lamborghini pula, mana muat mahu letakkan barang. "Aisy boleh bawa kereta?" soal Zulaikha, sedikit tidak percaya. Matanya memandang Alynna daripada atas ke bawah. "Eh kenapa? Tak percaya lah tu! Superbike pun Aisy boleh bawa tau!" Alynna berkata bangga.
Dua gadis itu masuk ke dalam kereta manakala Asy meletakkan bagasinya dan Zulaikha ke dalam bonet kereta. "Umur Aisy berapa?" soal Zulaikha. "17 tahun" jawab Alynna.
"Lah? Akak ingatkan awak 16 tahun!"
Alynna mencebik, tahu lah dia boleh dikategorikan rendah. Jangan kutuk! "Eh.. Akak nak nombor phone Aisy, nanti boleh lah kita calling-calling" kata Zulaikha. Dia menghulurkan telefonnya pada Alynna, gadis itu segera menekan-nekan skrin mengisi nombor telefonnya.
"Okay, done!" ucap Alynna ceria.
"Okay, thanks" Zulaikha menyimpan kembali telefonnya.
"Akak nak balik mana ni?" soal Alynna ingin tahu. "Akak asal Selangor, jadi akak nak balik sana lah" jawab Zulaikha. "Oh..." Alynna terangguk-angguk faham.
Pintu tempat duduk pemandu dibuka Asy sebelum dia masuk. "Aisy nak ikut abang hantar Zulaikha ke?" soal Asy, dia menyelesakan duduknya dan menarik tali pinggang keledar. "Abang hantar Aisy pergi rumah mama je lah, nak spend time dengan Yana" putus Alynna. Zulaikha yang mendengar hairan, tetapi dia diamkan saja.
"Okay, jangan buat hal pulak" pesan Asy. "Pernah ke Aisy buat hal?" Alynna menayang muka kosong. "Mana lah tahu, kepala otak awak tu bukan boleh jangka sangat" Asy memanjangkan tangannya ke tempat duduk belakang.
Alynna yang pelik hanya duduk diam, tetapi apabila tangan Asy menyekeh kepalanya dia menangkap tangan itu dan menggigitnya.
"Grr..."
"Aduh! Sakitlah! Aisy!"
Terjerit-jerit Asy dibuatnya, Alynna melepaskan gigitannya. "Padan muka! Bawa kereta tu bawa je lah, nak sekeh-sekeh kepala orang pula" Alynna bersandar, tangannya di silang ke dada. Zulaikha tertawa kecil melihat tingkah dua beradik itu.
Comel!
"Cute" ucapnya.
"Siapa? Saya?" Asy tersenyum bangga. Sukalah dia dipuji buah hati! "Hek eleh, abang perasan! Muka pecah ada hati nak mengaku cute, pigilah!" kutuk Alynna selamba. "Jealous cakap dik!" balas Asy.
"Tak ada masa eh!"
Dua beradik itu berperang mulut, Zulaikha hanya mampu ketawa melihat mereka. Dia memandang Asy sekilas ketika lelaki itu membuat wajah cemberut. Hatinya tiba-tiba saja berdegup laju, perasaan malu menerjah jiwa.
'Aduhai!! Hati, kuatlah!' desisnya.
"Dah lah! Gaduh dengan abang sampai bila pun tak sudah, Aisy pergi dulu" Alynna menyalami Asy dan Zulaikha, Asy hanya mengangguk. "Jaga my baby elok-elok... Ada calar jaga abang! Aisy kejar sampai kutub selatan!" ugut Alynna sebelum dia masuk ke dalam pagar rumah Pn. Ayana.
Dia melambai Asy dan Zulaikha sehingga kereta yang dipandu abangnya itu hilang dari pandangan mata.
"Assalamualaikum!! Mama!! Lyn datang ni!"
Alynna memberi salam, seraya tangannya menekan loceng rumah.
Ting tong!
"Kenapa cliche' sangat bunyi loceng ni?" omelnya. Tidak sampai beberapa saat, pintu utama itu sudah dibuka. Namun bukan Ryana atau Pn. Ayana yang menyambutnya. Tetapi-
" Rayqal? "
Tercengang dia melihat ketua pengawas Emerald High itu. "Alyn? Kau buat apa dekat sini?" soal Rayqal terkejut bercampur pelik. "Aku? Kau yang buat apa dekat sini?" soal Alynna kembali. "Siapa yang datang, Rayqal? Lah, Lyn.. Buat apa tercegat dekat situ? Marilah masuk"
Pn. Ayana melemparkan senyuman hangatnya seperti biasa. Alynna turut mengukir senyuman manisnya. Dia melangkah masuk, mengendahkan Rayqal yang masih pelik dengan kehadirannya.
"Ha, Rayqal.. Ini lah anak angkat aunty" terang Pn. Ayana. "Alyn anak angkat aunty? So, dia kenal Ray lah kan?" duga Rayqal. "Yeah.. Of course aku kenal arwah Rayyan.. Dan kau siapa pada arwah?" Alynna memandang curiga.
"Rayqal ni childhood friend Ayyan dan lain-lain.. Tapi dia kena pindah waktu umur dia orang 10 tahun" terang Pn. Ayana.
"Oh..." Alynna terangguk-angguk faham. "Ma, Yana mana Yana? Lyn datang nak main dengan dia ni" kata Alynna.
"Yana ada dekat kolam, pergilah.. Mama nak buat kek" kata Pn. Ayana. "Okay! Kek coklat tau mama!" Alynna pantas berlari anak menuju ke kolam renang.
Rayqal memandang langkah gadis itu sehingga hilang daripada pandangan, "Ayyan sayang sangat dekat Lyn... Sebelum dia pergi, arwah minta aunty jaga dan sayang Lyn macam mana aunty sayang arwah"
Pn. Ayana bercerita tanpa di pinta. Rayqal terkebil seketika, "ibu ayah Alyn-"
"Lyn anak yatim piatu, Rayqal.. Dia tak ada sesiapa selain daripada abang dia" kata Pn. Ayana lagi. Rayqal terdiam, "aunty pergi dapur dulu".
Dia melangkah menuju ke kolam, kelibat Alynna sedang meriba Ryana menyapa pandangannya.
"They say before you start a war..."
"You better know what you fighting for"
Alynna mengeratkan pelukannya pada Ryana.
" Well baby you're that all I adore... "
" If love that you need... A soldier I will be "
Ryana ketawa apabila Alynna menamatkan nyanyiannya. "Suara kakak sedap lah! Macam suara Along" Alynna mengukir senyuman nipis, "ya, macam suara Along".
"Alyn"
Rayqal melabuhkan punggung di sebelah Alynna, dia menatap lama wajah gadis itu.
"Kenapa kau pandang aku macam tu?" soal Alynna segan.
"Tak adalah... Aku cuma rasa, takjub sekejap.. Dulu, bila Rayyan dan aku VC, dia selalu cerita fasal seorang budak perempuan ni tau.. Macam-macam dia cerita..." Rayqal menjeda katanya seketika.
"'Dia manja... Dia periang... Dia cengeng...' Dan selalu akhirkannya dengan, 'tapi aku suka'..." Rayqal tergelak kecil. Alynna turut tersenyum nipis, dia mengusap rambut Ryana.
"Tapi sekalipun dia tak pernah beritahu nama budak perempuan tu" kata Rayqal. "Dan betapa kecilnya dunia ni, sekarang budak perempuan tu ada depan mata aku" sambung Rayqal. Alynna hanya mampu mengukir senyuman.
"Bagi kau... Siapa Rayyan?" soal Rayqal ingin tahu.
"Aku? Bagi aku...Dialah abang... Dialah sahabat... Dialah pelindung... Dialah diari... Dialah penghibur... Dialah kesayangan aku..." Senyuman terukir.
"Kakak sayang Along?" tiba-tiba Ryana yang sedari tadi bersama bersuara. "Ya... Kakak sayang Along Yana..." jawab Alynna. "Kakak sayang Yana? Mama? Papa?" soal Ryana lagi. "Kakak sayang mama, papa, Yana macam keluarga akak sendiri! Now.. You are my clown.. You are my love.. You are everthing for me!"
Alynna menggeletek sekejap pinggang gadis kecil itu, membuatkan dia tertawa. "Do you love him?" soal Rayqal pula.
"Yes, I do"
Entah mengapa mendengar ayat yang diucap Alynna, hati jantannya terasa sakit.
'Cemburu? Tak mungkin'.
BERSAMBUNG :
Woah... Alynna sayang Rayyan lagi!
Macam mana ni?
Beritahu aku! Rayqal patut buat apa untuk pikat si Alynna ni?
See you next chapter!!
Ciao!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com