Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 36

SENYUMAN manis terukir melihat jari manis Zulaikha telah dihiasi sebentuk cincin.

"Congrats Kak Ikha!"

Alynna memegang erat tangan Zulaikha, gembira kerana wanita itu menjadi bakal kakak iparnya. "Thank you Aisy" Zulaikha membalas.

"Hehe... Tak sabarnya tunggu dua bulan lagi!" kata Alynna ceria. Hari yang paling bermakna buat abangnya akan tiba. "Eh, akak yang nak kahwin Aisy yang excited" sakat Zulaikha. Alynna tersengih.

"Okaylah, mama dah tunggu.. Aisy balik dulu, esok jumpa lagi" kata Alynna.

Dia melambai Zulaikha sebelum melangkah ke kereta keluarga angkatnya itu. Pn. Sri Ayana dan suaminya yang menguruskan pertunangan Asy dan Zulaikha.

"Lyn ada nak singgah mana-mana?" soal Pn. Sri Ayana. "Tak ada, terus balik je" jawab Alynna, dia menongkat dagu di tingkap. Kereta-kereta di luar di pandang, entah kenapa dia terasa tidak sedap hati.

Bagaikan ada sesuatu akan terjadi.

"Okay, dah sampai"

Alynna memandang keluar, sudah tiba di rumah banglo Asy. "Terima kasih, mama papa.. Bye Yana!" Pn. Sri Ayana di salam dan pipi Ryana dikucup pantas sebelum dia keluar.

"Assalamualaikum, abang!"

Belum sempat Alynna membuka pintu, pintu utama itu sudah terbuka daripada dalam.

"Eo? Hayden? Gwenchanaya? (Kau okay? )" soal Alynna dalam bahasa Korea sebaik saja melihat wajah lesu Hayden.

"Nae.. Masuklah"

Alynna melangkah masuk ke dalam rumah, terlopong dia melihat bekas maggi cup yang sudah kosong bersepah!

"What the heck?"

"Oh.. Aisy"

Asy mengangkat tangannya, dia sedang berbaring di sofa.

"Dah kenapa bersepah ni? Bekas maggi merata, baju kotor bersepah... Eeuw!! Boxer siapa ni?"

Hayden pantas menyambar miliknya itu dan berlari ke bilik. Asy terkekek ketawa melihat rakannya itu.

Alynna menggeleng, dia menuju ke dapur dan mengambil penyapu. Lalu ruang tamu itu disapu. "Angkat barang-barang yang nak, Aisy nak sapu ni.. Cepat!" arah Alynna tegas. Asy lambat-lambat mencapai harta bendanya dan Hayden lalu diletak di atas meja.

"Jangan letak situ. Pergi hantar dalam bilik"

Mahu tidak mahu abangnya itu melangkah juga ke biliknya. Alynna mengeluh perlahan, "hish... Ini kalau dengan ibu ni mesti kena bebel sehari semalam".

Alynna tersenyum nipis, teringat akan kenangan bersama arwah ibunya. Kerja menyapu diteruskan sehingga ruang tamu itu bersih.

"Done! Sekarang..." kata-kata Alynna terhenti. "Jap, jap... Xander mana eh? Aku tak nampak pula mamat tu" gumam Alynna.

"Argh!! Dah fresh!"

Alynna memandang Wiz yang baru turun dengan pandangan, 'kau apahal? '.

"Eh hey, Ice.. Morning" kata Wiz ceria. "Kepala otak kau morning, dah nak afternoon bodoh" terkulat-kulat lelaki itu apabila dimaki Alynna.

"Alah.. Relax ah", kata Wiz. "Xander mana? Aku tak nampak dia pun" soal Alynna, dia mengeluarkan bahan masakan. "Entah, dah dua hari dia hilang... Kita orang call tak angkat" adu Wiz, dia duduk di meja 'pulau'.

"Hilang? Pelik... Kalau dia nak pergi mana-mana mesti dia beritahu aku dulu" kata Alynna hairan.

Tok! Tok! Tok!

Tiba-tiba kedengaran seseorang mengetuk pintu. Alynna dan Wiz berpandangan. "Biar aku pergi buka" kata Alynna sebelum berlalu.

Pintu utama dibuka kuncinya sebelum pintu dibuka luas, "apa benda ni?".

Tercengang Alynna melihat terdapat satu kotak kecil di hadapan pintu. Dengan rasa hairan dia mengambil dan melihat isinya.

"Astaghfirullahaazim..."

Alynna terkelu melihat isinya adalah bangkai tikus yang kepalanya sudah terpisah daripada badan. Serta merta memori ketika dia menerima kotak berisi bangkai tikus, ketika dia berkelah di garaj rumah bersama arwah Rayyan, Adrean, Danish dan Nufail.

"Ice, kenapa?"

Mendengar tapak kaki menuju ke pintu, Alynna pantas mencampak kotak itu jauh ke luar pagar rumah. "Tak ada orang pun" kata Alynna kepada Wiz.

"Iya? Hm, jom lah masuk.. Aku tolong kau masak" ajak Wiz.

"Okay jom!"

ANOTHER SITUATION

Bang! Bang! Bang!

Asy memandang telefon miliknya yang berdering itu, nombor yang tidak dikenali. "Siapa pula yang call aku ni?" gumamnya sebelum mencapai telefon itu. Bulatan hijau di sentuh sebelum dilekapkan di telinga.

"Hello?"

"Asy"

"Zaff..."

Asy mengetap bibir mendengar suara sang musuh.

______

"Seram gila cerita tu!" ucap Zulaikha sebaik saja dia dan Alynna melangkah keluar daripada panggung. "Kan? Psiko... Gila!" sokong Alynna.

"Kita nak ke mana pula ni?" soal Zulaikha.

"Hmm... Kita balik lah, Aisy tak pergi mana-mana dah... Lagipun dah nak senja" kata Alynna sambil melihat jam tangannya.

"Okay, jom.. Kita balik"

Mereka melangkah keluar daripada Pavillion itu. Sedang mereka menunggu pemandu Asy tiba, pandangan Alynna terhala ke seberang jalan.

Lalu dia terpandang kelibat yang dikenalinya. "Xander?".

"Xander!"

Alynna melaung nama jejaka itu. Tanpa mengendahkan sekeliling dia berlari ke arah itu.

"Aisy!"

Zulaikha yang terkejut pantas mengejar Alynna. Membuntang matanya melihat sebuah kereta menuju ke arah gadis itu. Tubuh Alynna ditolak ke tepi. Membuatkan gadis itu tersedar, tangannya pantas cuba mencapai Zulaikha namun telah terlambat.

BAM!

Kereta itu merempuh Zulaikha, membuatkan tubuh wanita itu tercampak.

"Kak Ikha!!!"

Alynna menjerit kuat. Dia berlari ke arah Zulaikha. "Kak Ikha!" Kepala wanita itu dipangku, darah yang mulai membasahi badan tidak diendahkan.

"Kak Ikha bangun!"

"A-Aisy..." lemah suara Zulaikha memanggil. "Adik, jangan bagi kakak kamu tutup mata... Jangan risau, ambulans dalam perjalanan" kata seorang lelaki.

Alynna mengangguk akur, "kak... Stay awake please..." rayunya. Air mata mulai mengalir, tangannya menggeletar memegang bahu Zulaikha.

"Ai-sy sa-ayang a-akak kan?"

Alynna mengangguk laju, suara sudah tidak mampu dikeluarkan lagi. "D-don't cry..." Zulaikha menggagahkan diri menyeka air mata Alynna. Membuatkan gadis itu semakin galak menangis.

"S-Sayang... Aisy..."

Ni No! Ni No! Ni No!!

"Kak Ikha bangun!"

_______

" Stay strong... We still want you... "
- Alynna

BERSAMBUNG :

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com