BAB 40
ALYNNA merenung lama ombak yang menghempas pantai, Hayden dan Wiz di sisinya juga leka di dalam dunia sendiri.
"Hay, Wiz"
Dua lelaki itu memandang Alynna. Kening dijongketkan. "Aku ingat... Nak selesaikan semuanya sebelum SPM, kau orang rasa sempat tak?" soal Alynna. Pandangan tetap melekat pada pantai, "In Sha Allah sempat..." kata Hayden.
"Tak kiralah sempat atau tak, kita orang akan tolong kau" kata Wiz pula. Cuba menyedapkan hati Alynna. "Terima kasih..." senyuman nipis terukir di wajah Alynna.
"Kau orang rasa... Kemana Xan ya?" soal Alynna lagi. Sungguh dia curiga, selepas kemalangan itu dia langsung tidak melihat Xander. "Entah lah Alyn... Dah puas dicari, langsung tak jumpa" kata Wiz penat.
Alynna hanya mengangguk. Terkilan rasanya, apabila salah seorang yang dia anggap abang menghilang tanpa khabar.
"Jom lah, kita balik... Dah nak senja" ajak Hayden. Alynna dan Wiz akur, mereka menuju ke kereta.
Alynna masuk dan duduk di tempat duduk belakang, membiarkan dua lelaki itu duduk di hadapan. Kereta itu mulai bergerak membelah jalan raya, Alynna pada mulanya berdiam diri bersuara.
"Kau orang rasa aku patut mula dari mana?" soalnya. "Erm... Apa yang mula-mula terjadi?" soal Hayden kembali. "Err... Scorpio Thunder?" cadang Wiz pula.
"Yeah... Pergaduhan BP dan ST, patut aku berunding dengan mereka?"
Hayden dan Wiz mengangguk setuju. Berunding lebih baik daripada peperangan.
"Then... Kita ke Itali, hujung minggu ni" putus Alynna, sedikit semangat berkobar di dalam dirinya.
"Kau tak ada kelas ke?" soal Wiz pelik.
"Ada, ponteng lah sehari.. Pergi petang Jumaat, balik pagi Sabtu" jawab Alynna tenang. Hayden dan Wiz hanya menggeleng. Macam-macam gadis yang seorang ini!
SKIP
Malam itu, Alynna duduk termenung seorang diri di balkoni. Dia kebosanan, tiada teman untuk diajak berbual. Black Angel dia arah pulang ke rumah masing-masing, risau jika Fire Tiger menyerang mereka bertiga.
Rayqal? Jangan di kata, selepas rahsia nya terbongkar mereka langsung tidak bertegur sapa.
"Aku borak dengan kau je lah, bintang"
Alynna mendongak memandang bintang di langit, "seronoknya jadi kau kan bintang? Tak perlu serabut fikirkan masalah...".
Keluhan kecil dilepaskan, kemudian dia menggeleng. "I can't think like that... Semua perkara pasti ada hikmah nya..." ucap Alynna.
"Shine dream smile...
Let us light up the night...
T
onight...
Na na na na na na na..."
Alynna menyanyi kecil, cuba menghiburkan hatinya sendiri. Tetapi tiba-tiba terasa dirinya gila. Langkah diatur masuk ke dalam bilik, pintu balkoni ditutup dan dikunci rapat sebelum dia berbaring di katil. Mata dikatup, cuba melelapkan diri. Dia ingin berehat daripada dunia, yang sering memberi beban. Akhirnya Alynna tertidur.
"Yeay! Yeay!"
Alynna bersorak riang, kedua ibu bapanya tersenyum melihat tingkah anak gadis mereka. "Kita nak pergi mana?", Tan Sri Airil sengaja bertanya. "Kita nak pergi I-City!" sorak Alynna ceria.
Habuan selepas mendapat keputusan cemerlang untuk Peperiksaan Akhir Tahun darjah 5.
"Ayah, ibu... Baca selawat Badriyah boleh?" pinta Alynna manja, selawat itu yang sangat disukainya. "boleh sayang..." Alynna menutup mata menghayati selawat itu, senyuman gembira terukir di bibirnya ketika itu.
"Allahuakhbar!!"
Alynna membuka mata sebaik saja ayahnya menjerit kuat. Bagai mahu terhenti jantungnya melihat sebuah lori balak terbalik. Salah satu balaknya bergolek menuju ke kereta mereka, tanpa sempat mengelak mereka sudah meremouh kayu balak itu.
Alynna menangis sekuatnya akibat kesakitan, dia memandang ibu dan ayah yang kini berlumuran darah. Semakin kuatlah tangisannya.
"Ibu! Ayah! Bangun!"
"Al... Keluar sayang, selamatkan diri" dalam kepayahan ayahnya bersuara. Tangan si ayah menolak-nolak kaki Alynna yang tersepit di antara kerusi.
"Tak nak! Al tak nak tinggalkan ibu dan ayah!" raung Alynna.
"Pergi sayang... Jangan fikirkan tentang kami..."
Kaki Alynna akhirnya terlepas, ketika itu juga bau minyak menusuk rongga hidung. "Aisy Alynna keluar!" arah ayah tegas. Alynna menggeleng-geleng tidak mahu, orang ramai yang cuba membantu turut diendahkan. Tingkap di sebelah kirinya pecah akibat disepak, tubuh kecilnya ditarik keluar.
Alynna meronta-ronta, menjerit memanggil kedua ibu dan ayahnya.
"Ibu ayah! Lepaskan! Ibu! Ayah!"
"Adik bahaya!"
Tubuhnya dipeluk kemas oleh seorang wanita, menghentikan dia daripada berlari ke arah kereta yang sudah remuk teruk. "Ibu! Ayah!"
Boom!
Alynna terkedu, terkejut melihat kereta itu meletup dan terbakar marak. Jantungnya berdetak tidak teratur, "ibu ayah!".
" Aduh! "
Alynna merasa mata kirinya mengeluarkan darah, matanya tergores akibat terkena serpihan kaca yang berterbangan.
"Sa-sakit!"
Air mata mengalir deras, bercampur darah yang keluar. Hatinya remuk, hancur melihat kereta itu terbakar dengan ibu dan ayahnya di dalam.
"Ibu ayah!"
________
"IBU AYAH!"
Alynna terduduk di atas katil, terkejut dengan mimpi yang dialaminya. Peristiwa hitam di dalamnya. "Ibu... Ayah..." Nafas mulai tidak teratur, terbayang-bayang api marak membakar kedua orang tuanya.
Trauma.
Ya, Alynna trauma. Jika melihat api, pasti dia akan teringat akan peristiwa tersebut.
"K-kalau lah... Kalau lah Al sempat tarik ibu dan ayah... Semua ni takkan jadi kan?"
Wajah diraup seraya beristighfar. Semuanya ketentuan Allah SWT, dia tiada hak ingin mempertikaikan. Jam di lihat sebelum dia menuju ke bilik mandi.
SKIP
"Tepilah!"
Alynna teranjak beberapa tapak, nafas dihela perlahan.
"Maaf" ucapnya perlahan.
Dia memandang kelibat Rayqal sehingga hilang daripada pandangan mata. Dia rindukan lelaki itu. Rindu untuk bergurau bersama, sakat-menyakat dan senyuman manis yang terukir.
"Sudah lah Alyn... Dia benci kau, remember that..."
"Alyn!"
Bahu Alynna tiba-tiba dirangkul, wajah ceria Iris menyapa pandangan membuatkan dia tersenyum. "Kau dah siap kerja kan? Jom! Kita masuk kelas" ajaknya. "Sudah, jom... Naura dengan Rene mana?" soal Alynna.
"Dia orang dah ada dekat kelas" jawab Iris, lengan Alynna dipeluk. "Kau kenapa ni? Manja semacam je" kata Alynna pelik, namum dia tidak menolak. "Tak ada apalah, saja nak manja-manja dengan kau" kata Iris tenang.
" Hm... Okay "
Alynna mengangguk akur, namun jauh di sudut hatinya dia terkilan. Irene dan Naura seperti menjauhkan diri daripadanya. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan.
"Hujung minggu ni kita jalan-jalan dekat I-City nak? Kita main salji!" ajak Iris.
"Sorry Ris, aku kena pergi Itali" kata Alynna serba salah. Wajah Iris terus berubah, namun dia segera mengukir senyuman. "Tak apalah, kita pergi lain kali pula" kata Iris.
"Lain kali kita pergi, aku janji"
Alynna mengeluarkan jari kelingkingnya, begitu juga Iris.
"Janji!"
BERSAMBUNG :
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com