Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 41

ALYNNA membuang pandangannya ke luar tingkap pesawat. Kini dia dalam perjalanan ke Itali. Tiba masa untuk dia berunding dengan Lay, dia sudah penat dengan perang segala. Fikirannya melayang ketika majlis ulang tahun syarikat Asy beberapa jam lalu.

Nafas dihela melihat tumpuan para hadirin beralih kepadanya. Kepala dijatuhkan sekali agar Hayden, Wiz dan Eriq memulakan irama.

Alynna memandang ke arah Asy dan Zulaikha di meja hadapan, lelaki itu semestinya tidak memandangnya manakala Zulaikha memandang penuh minat.

"Kenangan yang telah berlalu,
Takkan ku lupa..
Hanya kau yang aku mahu,
Sudah tentu..."

"Kisah cinta ku bersama mu,
Tidak sempurna...
Walau apapun kita,
Tetap akan bersama..."

Senyuman kelat terukir apabila Asy masih tidak memandangnya.

"Hari ku...
Lebih indah...
Pabila...
Kau ada.."

"Ku menunggu,
Kau pulang..."

"Pulang sekarang..."

"Ku rindu wajah mu,
Senyuman manis mu sayang..."

Tangan diangkat dan dihala pada Asy, Alynna perasan yang wajah Zulaikha berubah pelik.

"Hanya kau pemilik hati ku,
Tiada yang dapat,
Mengatasi cinta kita..
Apa adanya..."

"Hari ku...
Lebih indah...
Pabila...
Kau ada..."

"Ku menunggu,
Kau pulang..."

Alynna turun daripada pentas, menuju ke arah meja Asy dan Zulaikha. Abangnya itu tersentak, namun dia langsung tidak endahkan.

"Pulang sekarang..."

"Ku rindu wajah mu,
Senyuman manis mu sayang..."

Tangan Zulaikha dipegang dan di salam. Asy ingin saja menghalang, namun kini meja mereka menjadi tumpuan.

"Pabila...
Bila kau tiada...
Ku renung gambar mu,
Menunggu sampai kau tiba"

"Where
Where did you go
I've got so much to say
So you can't go go go"

"Tak bisa ku percaya
Yang kau sudah tiada
Ku takkan menerima
Kenyataan
Kisah kita..."

Alynna kembali naik ke atas pentas, mata masih kekal tertancap pada Asy.

"Tolong...
Tolonglah pulang
Ku rindu wajahmu
Senyummu yang sudah hilang"

Bagai mahu menangis Alynna ketika itu, lirik itu bukan sekadar lirik. Ianya apa yang Alynna inginkan. Mendayu-dayu lirik itu.

"Pulang
pulang sekarang..."

"Ku rindu wajahmu
Senyumanmu sayang
Pabila Bila kau tiada
Ku renung gambarmu
Menunggu sampai kau tiba"

Badan ditundukkan seketika sebelum dia melangkah ke belakang pentas, begitu juga Hayden, Wiz dan Eriq.

"Icy, kau nak aku beritahu Lay ke yang kita nak berunding?" soal Hayden.

Alynna menggeleng, "tak payah.. Kita sergah je mansion dia orang tu nanti +" jawab Alynna. "Tak apa ke?" soal Wiz was-was.

"Tak apa, abang pernah kata... ST takkan angkat senjata kalau musuh tak angkat senjata" jawab Alynna lagi.

Hayden dan Wiz mengangguk faham. Tahu Alynna tidak mahu menyusahkan mereka.

"Kau orang rasa... Abang akan lembut hati ke?" soal Alynna tiba-tiba.

" %I... Don't know, but maybe dia akan lembut hati... You are his sister"

Alynna mengangguk dengan penyataan Hayden dan Wiz. Matanya terasa kuyu tetapi dia tidak mahu tidur.

"Weh... Aku mengantuk, tapi aku tak boleh tidur... Sing me a song please.." pinta Alynna.

Hayden dan Wiz mengangguk, Alynna segera merendahkan kerusinya dan berbaring. Perlahan-lahan Alynna hanyut ke alam mimpi. Hayden tersenyum.

'Kalau kau adik kandung aku... Dah lama aku usap kepala kau tahu?'

______

Setelah beberapa jam penerbangan, Alynna, Hayden dan Wiz tiba di Itali. Masing-masing berwajah dingin.

"Kita terus ke sana, aku nak selesaikan cepat-cepat" kata Alynna.

Hayden dan Wiz hanya akur, mereka masuk ke dalam kereta yang menunggu dan menuju ke mansion Scorpio Thunder. Alynna hanya termenung ke luar tingkap, jantungnya berdetak laju memikirkan apa yang bakal terjadi.

"Hey... Kau jangan lah risau, aku dengan Hay kan ada?" ucap Wiz tenang.

"Abang kan ada?"

" Kita orang kan ada? "

Tiba-tiba saja suara Asy dan Black Angel menerjah fikirannya. Alynna tersenyum nipis.

"Ya... Aku ada kau orang..." balas Alynna sedikit tenang.

Mereka kembali diam, Alynna juga kembali memandang keluar tingkap. Tanpa dia sedar, telefonnya bergetar berkali-kali.

SKIP

Mansion di hadapan mata Alynna pandang lama, terasa ada tangan menyentuh bahunya. Tidak lain tidak bukan Hayden dan Wiz.

"Icy!"

Seorang lelaki mengacu senjata kepada mereka bertiga setelah mereka masuk ke kawasan rumah agam itu.

"Relax... I want to meet your leader" kata Alynna tenang.

Tangannya diangkat menandakan dia tidak memegang sebarang senjata. Sama seperti Hayden dan Wiz.

"Hm... Okay, follow me"

Mereka menuruti langkah lelaki itu masuk, berpuluh pasang mata memandang mereka curiga namun Alynna sedaya upaya cuba bertenang.

"Lay... Icy want to meet you"

Tok! Tok! Tok!

'Memang macam tu eh adab dia orang? Ketuk pintu sambil bercakap?' desis Alynna dalam hati.

"Let she in"

Pintu itu terbuka, kelihatan Lay sedang duduk di sofa sambil menghadap kerja kerja mungkin. "Oh Icy... Kenapa kau datang ni?", soal Lay sinis.

"Nothing... Aku cuma nak kita berdamai, no more war" kata Alynna.

"Kenapa?" soal Lay pelik.

"Sebab Black Phoenix tidak bersalah, semuanya kerja Fire Tiger" kata Alynna. "Mereka nak jatuhkan Black Phoenix, dan dia orang nak bunuh aku. Mereka nak BP dan ST berbunuh-bunuhan" terang Alynna.

"Dan semuanya gara-gara kau bunuh the old leader, right?" duga Lay.

Alynna mengangguk, "kenapa kau tak berunding dengan Shadow je... Tak payah susah-susah datang sini" kata Lay sengaja. Alynna menayang wajah bosan, "tiga sebab kenapa aku datang sini :

1) aku malas pergi extra class.

2) the true leader is here.

3) mustahil kau tak tahu apa terjadi antara aku dan Shadow"

Alynna menjawab panjang. Lay tersenyum sinis, "how about Asy... Dia tahu yang kau datang sini? " soal Lay.

Wajah Alynna berubah dingin,"tak" jawab gadis itu ringkas. "Okay, aku malas campur sebab bukan urusan aku dah... So, berdamai?"

"Berdamai"

Kedua-dua ketua itu berbalas senyuman.

"So... I need to go, bye"

________

"Iris! Iris! Mana kau?"

Irene bercekak pinggang mencari kelibat kembarnya itu. Dia sudah gelodah setiap sudut rumah, namun tidak pula dia melihat kelibat Iris. Bilik air di dapur di tujunya, tombol dipulas namun berkunci.

"Iris, kau ada dalam ke?"

Senyap. Tiada sahutan.

Irene mulai resah, dia menghentak pintu tandas itu sekuat hatinya. Setelah beberapa kali cubaan baru lah ia terbuka. Matanya membuntang melihat Iris terbaring kaku di atas lantai, dengan kesan darah di pipinya.

"Iris! Bangun!"

Tubuh kembarnya itu digoncang. Namun tiada reaksi diberi.

"Ibu! Ayah!"

Irene menjerit memanggil kedua ibu bapanya, kedengaran bunyi tapak kaki berlari anak ke arahnya. "Astaghfirullah, Iris! Irene apa jadi ni?" ibunya terkejut melihat keadaan Iris.

"No time! Jom bawa Iris ke hospital!"

En. Izzat yakni ayah kembar itu mencempung Iris dan berlari anak ke kereta. Irene dan ibunya, Pn. Aqila juga bergegas ke kereta. Sempat di capai tudung Iris bersama.

'Don't leave us, Iris!'

BERSAMBUNG :

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com