BAB 43
ALYNNA melangkah masuk ke dalam mansion. Terkejut Hayden dan Wiz yang berdiri berdekatan pintu apabila pintu itu dibuka kasar. "Icy! Mana kau pergi ha? Kau cabut SIM Card eh? Aku tak dapat trace kau tahu?"
Alynna mengendahkan mereka berdua dan berdiri di hadapan Black Phoenix yang lain. Wajahnya tegas, tetapi tidak dingin.
"Semua bersiap, the war will started... Soon" ucapnya. "Kau nak serang?" soal Hayden pelik. "No... Tapi FT dah hantar amaran pada aku..." jawab Alynna. Wajahnya bertukar dingin.
Flashback
Alynna merenung kosong tasik di hadapannya, cuba untuk menenangkan fikiran. "But stay otak aku serabut!" rungutnya. Sedang dia leka, mulut Alynna tiba-tiba saja ditekup daripada belakang. Membuatkan dia meronta.
"Diam!"
Terasa ada besi tajam di lehernya membuatkan Alynna kaku. Otaknya mula bergerak memikirkan rancangan untuk melepaskan diri.
"Kau tak payah nak fikir cara nak lepaskan diri sangatlah, aku cuma nak pesan pada kau" Lelaki bertopeng itu berkata. Alynna memandangnya geram.
"The war... Will start in 24 days... Be ready"
Alynna terkedu, dia tahu perang apa. Tapi 24 hari? "Kau gila? 24 hari kau fikir sempat ke aku nak siapkan budak-budak aku?" marahnya.
"That's not my problem, fikir sendirilah"
Lelaki itu terus berlalu, Alynna mengetap gigi geram. Lantas dia berlari mendapatkan superbike nya dan memecut ke mansion.
End Flashback
"Dalam 24 hari, perang akan bermula... Siapkan awal-awal, senjata api isikan peluru... Senjata tajam asahkan..."
Dengan segera ruang tamu itu kosong, masing-masing menuju ke bilik senjata. Alynna melepaskan nafas berat, perasaan gentar mulai menguasai diri. Banyak sebab mengapa dia gementar, salah satunya kerana Asy takkan turut serta bersama mereka.
"Kau orang dapat jejak Xander?" soal Alynna. Dia tidak putus-putus berharap sharp shooter nya itu pulang.
Wiz menggeleng dengan wajah hampa. Sudah puas dia meng-hack telefon, kereta mahupun peralatan elektronik Xander namun tiada hasil.
"Tak apalah, aku balik dulu..." pamit Alynna dan terus berlalu.
Hayden dan Wiz menghantar dengan pandangan mata, sehingga lah motorsikal Alynna hilang daripada pandangan.
"Kau rasa kita akan menang ke?" soal Wiz ragu.
"Mungkin... Aku harap, Asy akan tolong..." kata Hayden pula.
"Hm.. Harap macam tu lah"
_______
"Bye awak!"
Zulaikha melangkah keluar daripada ruang pejabat Asy. Dia menuju ke tangga kecemasan. Memandangkan lif rosak terpaksa lah dia menggunakannya. Dia menuruni anak tangga dengan pantas, dia sudah berjanji dengan ibunya untuk pulang awal.
Namun entah di mana silapnya, dia tergelincir.
"Kak Ikha!"
Tubuhnya disambut seseorang, Zulaikha membuka mata. Terkebil-kebil dia memandang Alynna. Ya, Alynna yang menyambutnya. Gadis itu datang untuk menemui Asy.
"Terima kasih..." ucap Zulaikha perlahan.
"Sama-sama, akak hati-hati lah... Bahaya tau" pesan Alynna. Baru saja ingin berlalu Zulaikha menahan.
"Hey... Akak tahu nama awak boleh?" pinta Zulaikha.
"Aisy Alynna... Itu nama saya, pergi dulu." Alynna menyambung langkah ke bilik Asy, sejuk tangannya akibat gementar. Pintu diketuk tiga kali.
"Masuk!"
Alynna menolak pintu itu dan melangkah masuk. Asy mengangkat wajahnya, terkedu dia melihat Alynna di situ. Serta merta wajahnya berubah dingin.
"Apa kau nak?"
Alynna terkedu mendengar suara dingin abangnya itu, "Aisy cuma datang nak minta maaf...".
"Can I come near?"
Asy hanya diam, dia sibuk dengan kertas kerja di hadapan mata. Berlambak kerana dia sudah ingin bercuti, tinggal 10 hari untuk dia menghabiskan zaman bujangnya.
"Aisy nak minta maaf atas segala salah silap Aisy... Aisy minta maaf sebab bunuh ibu dan ayah... Aisy minta maaf sebab menjadi penyebabkan Kak Ikha kemalangan"
"Sedar juga diri tu"
Alynna tersentak, dia hanya menunduk sebelum menyambung kata.
"Halalkan segala makan minum Aisy... Semoga abang bahagia dunia akhirat... Doa Aisy, sentiasa untuk abang"
Tangan Asy diraih dan dikucup perlahan. Magiknya lelaki itu tidak menolak. "Your hapiness is my hapiness... Then I will go" ucapnya perlahan.
"Dah habis berdrama? Keluar, aku banyak kerja ni" halau Asy. Alynna mengangguk, dia melangkah ke pintu. Tetapi dia kembali ke sebelah Asy.
"Kau nak apa lag-"
Alynna memeluk Asy erat. Air mata sedaya upaya ditahan agar tidak menitis.
"Kau bu-"
"Please... Sekejap je... For the last time..." rayu Alynna.
Asy berdiam diri, langsung tidak membalas mahupun menolak. Beberapa minit kemudian, Alynna melepaskan Asy.
"Terima kasih..."
Gadis itu berlari keluar. Asy terkebil-kebil memandang Alynna. Hatinya tersentuh, namun ego mengatasi segalanya.
SKIP
Alynna menyeka air mata yang mengalir, sedaya upaya dia menghentikan air mata itu daripada terus mengalir. tidak berjaya.
"Abang... Aisy nak sangat... Aisy nak sangat peluk abang lama-lama... Cium pipi abang macam selalu... Tapi Aisy takut..." tangisnya.
"Aisy tak nak kena pukul lagi... Aisy tak nak... Aisy serik..." sambungnya.
Hatinya sakit. Tersangat sakit. Mengenangkan itu mungkin kali terakhir dia memeluk abangnya.
"Aisy cuba... Aisy takkan jadikan itu yang terakhir... Aisy akan bertahan... Walau apapun jadi" ucap Alynna.
Nafas ditarik, tekaknya sakit sekaligus membataskan pernafasannya. Seperti ada orang menekan kerongkongnya. Sama seperti, dicekik.
"Ibu... Ayah... Al takut... Al takut..."
Lutut dirapatkan ke dada sebelum dia menyembamkan kepala nya.
"Ya Allah... Tolong aku... Tolong lindungi Black Phoenix"
______
" Can I have a hug from you... For the last time? Can I? "
- Alynna
BERSAMBUNG :
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com