BAB 45
"ABANG!"
"Aisy... "
"Abang, Aisy pergi dulu ya!"
"Aisy... Nak pergi mana?"
"Jumpa ibu ayah, bye abang!"
"AISY!"
Asy terjaga daripada tidurnya, nafas laju akibat terkejut dengan mimpinya."Awak? Kenapa ni?" Zulaikha yang baru keluar daripada bilik mandi gelabah mendapatkannya.
"Aisy..."
"Siapa Aisy?" soal Zulaikha pelik. "Adik saya... Dia nak pergi... " ucap Asy.
"Pergi mana? Kenapa saya tak tahu awak ada adik?" Zulaikha menyoal lagi. "Dia kata... Dia nak pergi jumpa ibu dan ayah saya..." kata Asy gelisah. Soalan kedua Zulaikha tidak dijawabnya.
Zulaikha diam, "apa nama penuh adik awak?".
" Aisy, Aisy Alynna "
Zulaikha pantas teringat akan surat yang diterimanya malam semalam. Dia membuka kasar laci di sebelah dan memberi surat itu kepada Asy.
"Saya dapat semalam"
Asy membaca seluruh isinya, matanya membulat.
"Shit"
_________
Alynna mendepakan tangannya, menghirup udara pagi. "Morning Itali!" Senyuman terukir di wajahnya, senyuman pahit.
'Mungkin je... Pagi ni pagi terakhir aku' desis Alynna.
Rambutnya yang ditutupi tuala di sikat dengan jari. Udara di hirup sepuasnya, perasaannya langsung tidak tenang. Malam ini, semuanya akan berubah. Penderitaan selama hampir setahun di tanggung akan lenyap.
"Mungkin aku akan jumpa ibu dan ayah..." gumamnya.
Itu lah yang Alynna resahkan, dia tidak mahu mati lagi. Dia masih ada tanggungjawab untuk dijaga, dia masih ada cita-cita untuk dicapai. Dan paling penting, amalannya masih belum cukup.
Tok! Tok! Tok!
"Icy! Kau dah bangun ke?"
Lamunannya terhenti apabila suara Hayden ditangkap deria pendengaran. "Dah!" balas Alynna. "Cepatlah! Kita sarapan dan cari Xander" kata Hayden daripada luar pintu.
Alynna segera menukar bajunya daripada baju tidur kepada seluar jeans dan kemeja hitam. Tudung bawal biru laut disarung ke kepala.
"Okay jom!"
Baru lah dia membuka pintu, Hayden mengangguk. Mereka menuju ke ruang makan.
Kelihatan meja makan yang mampu memuatkan ramai orang itu sudah dipenuhi anak buahnya. Lelaki mahupun perempuan, semua sudah ada. "Sorry, I'm late" ucap Alynna. Dia duduk di hujung meja, doa makan dibaca sebelum mereka menjamah sarapan di hadapan mata.
SKIP
Deruman kereta Alynna endahkan, dia sibuk memerhati sekeliling. Wiz akhirnya mendapat lokasi terakhir Xander, iaitu Rom. "Mana kau Xan..." gumam Alynna, dia memerhati sekeliling sambil menyedut smoothie di tangan.
"Kau dapat detect dia Wiz?" soal Hayden melalui earpiece. "Belum, mana mamat ni..." rungut lelaki itu.
Alynna tiba-tiba terpandang keluar tingkap, kelibat Xander di seberang jalan dilihatnya.
"Wiz! Tu!"
Tanpa amaran Alynna berlari keluar daripada kafe yang mereka duduki. Wiz terus mengejar Alynna. "Alynna! Tunggu!" Lengan Alynna direntap, menahan gadis itu daripada terus berlari menyeberangi jalan.
"Wiz! Tu! Tu Xander!"
Alynna merentap lengannya daripada terus dipegang Wiz sambil menuding ke arah Xander yang membelakangi mereka. "Sabar Alyn! Kereta banyak ni!" tegas Wiz, cengkaman diperkuatkan.
"Wiz! Lepaslah! Aku nak pergi dekat Xander!"
Alynna cuba melepaskan diri, air mata bergenang. Dia rindu. Dia rindu akan 'abang'nya yang seorang itu. "Alyn! Sabar boleh tak sabar?" jerkah Wiz kuat. Membuatkan Alynna terdiam, dia memandang Xander yang berpaling ke arah mereka.
"Xander..." panggil Alynna tanpa suara.
Xander terkedu, terkejut melihat Alynna yang memandang nya dengan mata bergenang air mata. Serta Wiz yang memegang Alynna kuat.
"Alyn..."
Buku lima digenggam kuat, sebelum dia membalikkan badan dan berlalu pergi. Alynna menjerit-jerit memanggil Xander, pandangan orang sekitar langsung tidak diendahkan. Wiz menahan Alynna, "Alyn!" Hayden berlari ke arah mereka.
"Hay... Xander weh" ucap Wiz.
Entah bagaimana Alynna terlepas daripada pegangan Wiz, gadis itu lincah mengelak kereta dan berlari mengejar Xander.
"Alynna!"
Tanpa lengah Hayden dan Wiz mengejar, Alynna mengejar Xander yang lari daripadanya. Dia cuba melajukan langkah, namun dia tersilap langkah dan jatuh.
"Aduh!"
Lutut dan telapak tangannya luka. Xander terhenti dan berpaling ke arah Alynna yang perlahan-lahan bangun. Dia berlari pergi. Wiz dan Hayden mendekati Alynna. "Kau okay Alyn? Itu lah, aku cakap tunggu kau degil" bebel Wiz. Alynna hanya mengendahkannya dan berdiri, tapak tangan yang luka dibelek seketika.
"Ye lah... Sorry" ujar Alynna.
"Dah... Jom, kita balik... Nak training lagi, malam dah nak fight" ajak Hayden.
Mereka berlalu ke kereta. Alynna masih ingin mengejar Xander, tetapi Wiz sudah awal-awal memegang dia agar tidak lari.
Nasib badan lah Lynna!
________
"Assalamualaikum! Rayqal! Rayqal!"
Asy menekan loceng rumah White Devil bertalu, Rayqal terus keluar dengan wajah berang. "Asy? Kau buat apa dekat sini?" soal Rayqal pelik, hilang perasaan marah nya. "Aisy ada beritahu apa-apa tak?" soal Asy pantas. "Alyn? Beritahu apa?" soal Rayqal kembali.
"Ini"
Asy menghulur surat yang diterima Zulaikha, Rayqal terus membaca dengan teliti. Lidahnya kelu. "Kau tahu dia dekat mana sekarang?" soal Asy.
"Itali, seingat aku... Lay ada beritahu yang malam ni BP dan FT akan ada perang besar" kata Rayqal. "Malam ni? Perang besar?" mahu luruh jantung Asy mendengar. Dia langsung tidak tahu menahu mengenai perang itu.
"Okay, thanks... Aku pergi dulu"
Asy masuk ke dalam kereta dan memecut laju. Rayqal memandang kereta Asy hingga hilang daripada pandangan mata. Hatinya sedang runsing, sama ada ingin ke Itali membantu Black Phoenix ataupun tidak.
"Arh! Pandai-pandai lah dia orang hidup!"
SKIP
Asy kelam kabut mengutip barang pentingnya sebaik saja tiba di rumah. Mengundang rasa pelik Zulaikha. "Awak nak kemana?" soal Zulaikha.
"Sayang, awak ambil barang-barang awak yang awak rasa penting... Kita ke Itali sekarang juga" arah Asy tegas.
"Kenapa?"
"Jangan banyak tanya, cepat!"
Zulaikha akur, dia segera mencapai telefon dan lain-lain. Terdetik rasa pelik di hatinya dengan tingkah Asy. Namun hanya di diamkan saja.
________
" Selamat tinggal semua! "
BERSAMBUNG :
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com