BAB 46
PEDANG di tangan Alynna tilik, dia sedang menunggu anak buahnya membuat persiapan akhir untuk menghadapi perang besar. Tipulah dia tidak cemas. Dadanya sedari tadi sesak.
"Icy... Semua, dah sedia" tegur Wiz. Alynna memandang lelaki itu dan membetulkan kedudukannya di atas superbike.
"Then, let's go... Goodluck semua, please... Survive" ucap Alynna sebelum menyarung topi keledarnya.
Dia keluar daripada kawasan mansion diikuti Black Phoenix. Pada kali ini, semua turun padang kecuali perempuan yang menguruskan hal perubatan. Alynna memandang jalan menuju ke sebuah lapangan, jauh daripada bandar.
Nafasnya ditarik dan dihembus dengan perlahan. Macam-macam bermain di fikirannya, sehinggakan dia berfikir untuk berpatah balik. Namun, dibatalkan niatnya itu apabila bayangan Black Angel, Zulaikha, ibu dan ayahnya serta Asy terlintas di fikiran.
Beberapa ketika, mereka tiba di lapangan yang dijanjikan. Tempat itu jauh daripada bandar dan juga sedikit dalam ke dalam hutan. Kelihatan Fire Tiger sudah menunggu, dengan Zaff berpeluk tubuh di bahagian hadapan.
Alynna turun daripada superbike nya, langkah di atur berhadapan dengan Zaff. Beberapa meter menjarakkan mereka.
"Kau datang rupanya..." sinis Zaff.
"Kau fikir aku pengecut, macam kau ke?" bidas Alynna turut sinis. Wajah mengejek dipaparkan. "Wow... Mulut kau berbisa ya?" Zaff memandang Alynna tajam.
"Semestinya..."
Zaff dan Alynna saling bertukar pandangan sinis.
"Dan... Aku datang bukan sebab aku nak balas dendam pada kau... If you come for revenge, I come for them"
"Fight!!!"
BANG!
Dengan bunyi tembakan itu saja, cukup untuk membuat dua kumpulan itu menyerang satu sama lain.
Alynna menarik keluar pisau rambo yang terselit di pinggangnya dan cuba menikam Zaff. Lelaki itu pantas mengelak, dan membalas dengan tumbukan di wajah.
Suasana ketika itu huru hara, lapangan yang asalnya cukup cantik untuk melihat bintang. Kini tercemar dengan darah.
Alynna menyepak lutut Zaff sehingga lelaki itu tersungkur, baru saja dia ingin memijak Zaff terlebih dahulu mencengkam kakinya dan menariknya sehingga terlentang. Dia mengeraskan badan apabila Zaff cuba menariknya, kemudian tangannya memegang kaki salah seorang ahli Fire Tiger dan menolaknya ke arah si ketua.
Keduanya jatuh ke tanah, Alynna segera bangun dan berlari sedikit jauh daripada manusia lain. Dia benci bersesak. Zaff mengejar dia, dan melepaskan tembakan. Alynna terselamat, dia membalas dengan balingan syukiren miliknya.
"Argh!"
Salah satu daripada syuriken itu mengenai lengan Zaff. Darah mengalir keluar daripada luka itu. "Sial" pedang di pinggangnya akhirnya di tarik keluar. Alynna turut mengacu pedang miliknya, pedang warisan Black Phoenix.
SHRING!
KTANG!
SRING!
BANG!
Mereka saling berbalas serangan, menunjukkan kekuatan masing-masing. Alynna mahupun Zaff, keduanya tidak mahu kalah. Luka yang sudah memenuhi tubuh diendahkan, rasa sakit nya turut hilang.
SHRING!
Alynna menolak Zaff kuat ke belakang, apabila pedang mereka berlaga. Nafas ditarik pantas.
"Gotcha!"
BAP!
Kepala Alynna terasa dipukul kuat daripada belakang, berpinar biji mata gadis itu. Dia tersungkur, pandangan mulai samar-samar. Sempat dia menangkap senyuman sinis Zaff sebelum segalanya gelap.
Hayden yang melihat Alynna jatuh terkedu, dia bertambah terkedu apabila melihat orang yang menyerang Alynna daripada belakang.
"Xander! What are you doing?" jerkahnya.
Ya, Xander.
Lelaki itu hanya memandang Hayden sekilas dengan tatapan dingin, sebelum mengikat leher Alynna dengan tali. Tidak ketat namun cukup untuk membuatkan tubuh Alynna terseret apabila ditarik.
Dia berdiri kembali dan menarik tali itu, mengikut langkah Zaff. Hayden terkelu, "kau nampak Wiz?" soalnya melalui earpiece di telinga.
Wiz yang bertenggek bersama sniper di atas pokok turut terdiam, tidak tahu ingin berkata apa apabila melihat Xander.
"Kejar!"
Wiz melompat turun daripada pokok, beberapa orang ahli Black Phoenix Hayden tarik supaya mengikutnya. Mereka mengejar Hilux milik Zaff, namun mereka kehilangan jejak kereta itu.
"Wiz! Do your job!" arah Hayden. Wiz pantas mengesan gelang tangan Alynna. Di situ dia telah pasangkan tracker.
"Dapat! Nah!"
SKIP
Aisy Alynna [ POV ]
Mata aku buka perlahan, seluruh tubuh aku terasa sengal dan luka. Seperti diseret. Baru aku sedar, yang aku tergantung di dinding. Arh... Sial. Dia orang fikir aku ni bingkai gambar ke nak gantung dekat dinding?
Kaki dan tangan aku pula diikat dengan rantai besi. Bukan itu je, dekat leher aku pun ada rantai besi.
"Kau dah bangun?"
Aku mengangkat muka dan mencerlung tajam ke arah Zaff.
"Kau bodoh eh? Aku bukan frame nak gantung dekat dinding" sinis ku. Geram ni, lenguh lengan aku akibat mendepa lama.
"Aku tak bodoh, dan bukan aku yang gantung kau dekat dinding tahu? Nak tahu siapa?"
Aku memandangnya pelik. Anak buah dia ke?
"Xander!"
Xander? Seorang lelaki mendekati kami, mata aku membulat memandangnya.
"X-Xander?" aku terkelu. Dia... Khianat aku? Dia khianati Black Phoenix?
"Why? Terkejut? Heh... Kau yang bodoh Icy, langsung tak peka apa yang orang kau buat"
Aku diam tidak membalas, aku memandang Xander. Dan mata dia jelas menunjukkan dia serba salah. Melihat matanya, aku tak jadi hendak marah. Apa alasan kau ha Xander? Apa yang buat kau sampai kau khianati aku?
"Sudah lah! Aku malas nak membuang masa, can you get my present for Icy, Xander"
Zaff memandang aku sinis. Xander kembali dengan satu troli pembawa makanan, bezanya di atas tu penuh dengan senjata. Pisau, cemeti, gerudi dan lain-lain. Ha sudah... Mati aku!
"Let's start with this!"
Zaff mengambil cemeti yang sederhana nipis.
PIAP!
"SAKIT SIAL!"
Aku menjerit kesakitan. Dia melibas cemeti itu ke tubuh aku. Pedih!
"Apa? Tak cukup sakit? Okay"
PIAP!
PIAP!
Libasan lebih kuat mengenai tubuh aku, kesakitan menjalar ke seluruh tubuh apabila cemeti itu menyentuh luka. Ah... Sial...
Setelah beberapa kali libasan, dia mengambil pisau dan mainkannya di luka di perut aku. Ya Allah... Patutlah aku terasa sejuk je, baju aku koyak! Sekaligus mendedahkan luka dan tubuh aku. Menggigil aku apabila Zaff menyentuh luka itu dengan pisau di tangannya.
"Kenapa? Kau takut? Heh..."
"ARGH ZAFF SAKITLAH SIAL!"
Aku menjerit sekuat-kuatnya apabila dia menekan pisau itu ke luka. Lalu dia menarik laju pisau itu. Badan aku menggeletar menahan sakit, nafas juga menjadi tidak teratur.
"Kenapa Icy? Sakit ya? Alalala... Kesian musuh aku ni"
Dia menayang wajah mengejek, membuatkan aku berang. Fuck you!
End Aisy Alynna [ POV ]
ONE HOUR LATER
Alynna melentokkan kepalanya ke bahu kanan, sudah tiada daya. Habis luka di tubuhnya ditoreh Zaff. Tidak lupa badannya berbirat akibat dilibas cemeti.
Bunyi bising menarik perhatiannya, namun dia malas ingin membuka mata. Namun dia gagahi juga membuka apabila mendengar namanya diseru lantang.
"ICY!"
Kelihatan Hayden, Wiz dan ahli yang lain sudah diikat. Wajah mereka penuh dengan lebam, pasti kesan berlawan tadi.
"Hey..."
Alynna cuba menyapa seperti biasa, tidak mahu Black Phoenix melihatnya sebagai seorang yang lemah.
"Look! Black Phoenix ada dekat sini, dah... Kalah eh?"
Zaff menyoal tanda mengejek. Xander di belakangnya hanya menundukkan wajah, walhal sudah berbakul dia menyumpah ketua Fire Tiger itu.
"And... The best thing is, ketua kau orang dah nyawa-nyawa ikan! Tengok, dah macam mayat hidup"
Zaff menunjukkan ke arah Alynna yang tergantung di dinding itu. Gadis itu hanya diam, tiada daya.
"Any last word sweetie?" soal Zaff, pistol sudah dipersiapkan.
" DON'T GIVE UP BLACK PHOENIX!"
Alynna cuba melaung sekuatnya. Black Phoenix terdiam seketika, dalam keadaan Alynna yang boleh dikatakan sadis itu gadis itu memberi mereka semangat.
"Dah habis?"
"Belum!"
BANG!
Xander merampas pistol di tangan Zaff dan berdiri di hadapan Alynna. Pistol itu diacu kepada tuannya. "Kau fikir, Black Phoenix... Senang mengalah? Takkan!"
Hayden perlahan-lahan bangun apabila melihat ahli Fire Tiger semua tertumpu kepada Xander. Dia mengarahkan sebahagian Black Phoenix merampas senjata dan sebahagian lagi mengawal keadaan di luar.
"It's true, Zaff... Black Phoenix takkan kalah!"
BANG!
BANG!
BOOM!
Tembakan kembali bergema, Fire Tiger dan Black Phoenix saling berbalas tembakan. Xander pula setia berdiri di hadapan Alynna melindungi gadis itu.
"Buka rantai ni Xander... Aku boleh fight" arah Alynna lemah. Dia menggoyangkan tangannya perlahan.
"I'll try"
Xander memegang rantai besi di bahagian tangan kanan Alynna, dan menyentaknya kuat. Alynna terkejut, "Xander! Tangan kau boleh sakit tahu?" lelaki itu mengendahkan. Beberapa kali cubaan, masih tiada hasil.
"BERANI KAU SIAL!"
Xander tiba-tiba ditarik orang kanan Zaff dan ditumbuk. Mereka beradu tenaga di situ. Alynna pula cuba melepaskan dirinya. Rantai besi itu ditarik dan disentak kuat, biarpun pergelangan tangannya membiru.
BANG!
"Kau nak cuba lari kan diri? Lepas daripada apa yang kau buat?"
Satu tembakan mengenai bahu Alynna, gadis itu menjerit kecil akibat terkejut. Zaff memandangnya dengan pandangan bengis.
"Kau dah bunuh bapak aku, dan kau nak lari macam tu je? Sorry to say, tapi hutang nyawa dibalas nyawa!"
Zaff menjerkah kuat, dia mengambil gerudi dan mencucuh bahu Alynna yang ditembaknya.
NGENG!
" ARGH! SAKIT! "
Darah membuak keluar daripada luka itu, Alynna menutup mata menahan sengal dan sakit. Pandangannya mulai berbinar-binar, telinganya tiba-tiba menangkap bunyi helikopter dan dia melihat gudang itu semakin dipenuhi orang.
Mata ditutup seketika.
"Berani kau sentuh kawan aku dengan tangan kotor kau tu?"
Alynna membuka mata sejurus mendengar suara yang amat dikenalinya itu.
" Shadow?"
Rayqal berpaling dan memberi senyuman serba salah. "I'm sorry.. Icy, I'm late".
"Now... Biar aku yang habiskan mamat tak guna ni!".
Alynna mengangguk dan menutup mata, nafasnya berombak perlahan. Penat menguasai dirinya. Segala bunyi tembakan sudah tidak diendahkan lagi.
SKIP
Asy menyerbu masuk ke dalam mansion Itali, nafasnya laju.
"Icy, dah balik?" soalnya.
"Belum Asy" jawab salah seorang di situ.
Asy meraup wajahnya dia menyuruh Zulaikha duduk bersama ahli nya itu dan dia berlalu keluar. Ingin menyertai perang, dia tidak tahu dimana tempatnya. Beberapa minit, bunyi deruman Range Rover kedengaran namun tidak bagi enjin superbike Alynna.
Asy yang berdiri di muka pintu mengerutkan dahi apabila melihat satu persatu Range Rover itu dikosongkan. Akhir sekali, Hayden dan Wiz keluar daripada Range Rover mereka. Hayden bergerak membuka pintu belakang, masih tidak sedar Asy di situ.
Rayqal keluar bersama Alynna didalam cempungannya, gadis itu menutup mata seolah-olah tidak bernyawa.
Baju mereka berlumuran darah.
Wajah Asy terus bertukar pucat, dia mendekati mereka dan barulah Hayden dan Wiz sedar akan kewujudannya. Pantas mereka menghalang Asy dengan menutup Alynna. Rayqal hanya diam melihat, jaketnya yang digunakan untuk menutup tubuh Alynna dibetulkan. Manakala dia hanya ber-singlet.
"Please... Aku cuma nak tengok adik aku" rayu Asy, tangannya menggeletar perlahan.
"Siapa adik kau? Icy... Adik kami, kau sendiri yang tak mengaku yang dia adik kau" kata Hayden dingin.
"Entah... Blah lah!" sokong Wiz. Mereka berdua memandang Asy dengan pandangan bengis.
"A-Ab-Abang?"
"Icy..."
Rayqal memandang Alynna yang cuba membuka matanya. Hayden dan Wiz berpaling. "M-mana ab-abang?" soal Alynna lemah. Hayden dan Wiz akhirnya memberi laluan kepada Asy. Lelaki itu mendekati Rayqal. Dia menyerahkan Alynna kepada Asy. Tubuh adiknya itu dicempung dengan hati-hati.
"Aisy..." bergetar suara Asy melihat keadaan Alynna.
Senyuman nipis terukir di bibir Alynna, namun mata tidak juga dibuka. Asy melangkah masuk ke dalam mansion, diikuti Black Phoenix yang setia. Asy melangkah ke bilik rawatan khas, lalu tubuh Alynna dibaringkan di atas katil yang ada.
"Kami akan cuba rawat dia"
Asy melangkah keluar dan pintu ditutup.
SKIP
"Maafkan kami, tapi kami tak dapat nak bantu Icy... Dia kehilangan darah dengan banyak..."
Asy terpempan, tidak. Semua yang berapa di situ terpempan termasuk Zulaikha yang baru saja mengetahui kebenaran. Bagai mahu luruh jantung Asy mendengar khabar itu. Air mata mengalir tanpa dipinta.
"Maaf... Aisy"
________
" ... Tidak semua cerita mempunyai pengakhiran yang gembira.. "
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com