02
بِسْـــــــــــــــمِ اللّٰه الرَّحْمَنِ الرَّحِيـــم
SANG MATAHARI menyimbahkan panasnya sehingga menembusi celah-celah daun. Cuaca terasa berbahang menggigit kulit.
Larmina dan bonda melangkah menuju ke tepi anak sungai yang tidak jauh dari ladang epal itu.
Kedengaran deru air sungai mengalir tenang di samping suara dedaunan dan pepohonan hijau yang tumbuh di tepinya. Suara itu menjadi nyanyian alam. Gemeresik membelai jiwa yang dilanda sepi.
Kicauan burung jelas kedengaran riang. Bebas berterbangan ke sana dan ke sini. Sekali-sekala hinggap di atas pepohonan rendang membuat sarang.
Sang bayu menyentuh lembut wajah dan bermain di setiap helaian rambut.
Ah, sungguh menenangkan hati!
Tangan didepakan. Mata dipejam rapat-rapat lalu nafas ditarik dalam-dalam.
"Tenangnya!" Larmina meletuskan tawa kecil.
Dia suka persekitaran di ladang epal ini. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyum lalu pandangan mata beralih pada air sungai.
Airnya sungguh jernih sehinggakan Larmina mampu melihat dirinya pada biasan air sungai. Dia perlahan-lahan menyentuh permukaan air itu dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat Zuhur.
Demikianlah indahnya ciptaan Tuhan buat makhluknya yang hidup buat sementara waktu sahaja di atas muka bumi ini.
Sehelai kain bersih yang sudah dibawa dari rumah dihamparkan di atas rumput yang tumbuh merumpun itu lalu solat Zuhur didirikan.
Tidak kira bagaimana keadaan ketika itu, kewajipan sebagai seorang mukmin tetap harus dilaksanakan. Kata bonda,
"Kita ni selalu bekerja keras untuk mencari rezeki sampai lalai beribadah kepada Allah. Tapi kita lupa rezeki tu bukan hanya datang dari kerja keras tetapi dari Allah."
Sejak dari umur lima tahun lagi, Larmina sudah diajar tentang solat dan serba sedikit ilmu agama oleh bonda.
Benarlah, anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya.
Rata-rata penduduk di Malverick ini bukan beragama Islam. Di kampung ini tidak ada surau mahupun masjid, yang ada cuma gereja yang masih gah terbina.
Syukur Larmina memang sudah dilahirkan sebagai umat Islam, agama fitrah yang betul lurus.
Shiu~ Shiu~
Angin yang datang dari arah bukit asyik menghelakan nafasnya yang panjang. Menyapu seluruh kampung dan rimba yang subur menghijau.
Pokok epal di ladang meliuk-liuk. Sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan. Mengikut rentak tiupan angin.
Begitu juga dengan desiran daun-daun. Menjadi lagu indah penghibur jiwa penghuni desa. Memecahkan seluruh suasana alam penuh dengan rasa ketenangan dan kegembiraan apabila dihayati.
Rasa dingin dan nyaman membungkus pondok kecil tempat Larmina dan bondanya melepaskan lelah seketika. Setelah mengerah kudrat mengutip buah epal.
Bahang hangat matahari dapat ditepis di bawah pondok kecil yang beratapkan zink dengan bertiangkan dan berlantaikan kayu.
Cahaya yang menyimbah dari matahari yang tinggi di langit biru bersama gumpalan awan tebal memutih menjadikan seluruh alam semesta ciptaan Tuhan jelas kelihatan terang-benderang.
Fuh, penat.
"Bonda, kenapa bonda tak cari kerja lain?" soal Larmina sambil mengibas-ngibas badannya dengan kain, untuk menyejukkan badan daripada rasa haba panas.
"Kenapa Mina tanya macamtu sayang?" Bonda sebaliknya menjawab dengan nada bertanya.
"Umm iyalah, kerja ni penatlah bonda. Mina... Mina kesian tengok bonda letih lepastu peluh menitik-nitik. Kesian bonda," terang Larmina.
"Mina, Mina nak tahu sesuatu tak?" soal bonda kembali. Posisi kedudukannya dibetulkan. Nampaknya nasihat bonda akan muncul.
"Walaupun rezeki kita ni sedikit, tapi kalau kita bersyukur, Allah akan tambahkan lagi rezeki tu tau. Kadang-kadang kan, setiap perkara yang kita anggap buruk itulah sebenarnya yang terbaik untuk kita," ujar bonda.
Larmina terpinga-pinga tidak mengerti.
"Maksud bonda?" Larmina pantas mengajukan soalan bagi meminta penerangan.
"Contohnya, bila lapar, sebutkan "Alhamdulillah, lapar..." sebab, kalau tak lapar, kita tak rasalah nikmatnya makanan yang kita makan tu nanti.
Bila letih, sebut "Alhamdulillah letih," sebabnya kalau tak letih, nanti kita tak rasa nikmatnya dapat rehat dan tidur," jelas bonda.
"Allah tu Maha hebat. Jadi, Allah tu selalu ada perancangan yang terbaik untuk orang yang tak pernah mengeluh," tambahnya lagi dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.
Larmina mengangguk tanda mengerti. Dia sudah faham, bila kita bersyukur... nikmat yang dianggap kecil terasa besar dan dugaan yang dianggap besar terasa kecil.
"Mina nak dengar kisah pasal seorang penjual tauhu tak?" Bonda mula memancing perhatian Larmina.
"Nak nak!" Mata Larmina membulat lantas badan cepat-cepat ditegakkan.
"Dulu kan, ada sorang peniaga tauhu ni dia setiap hari pergi jual tauhu dia kat pasar. Tapi untuk dia nak sampai ke pasar tu, dia kena naik bas. Untuk sampai ke jalan raya pulak, dia kena lalu di sawah padi dulu.
Setiap pagi dia selalu doa dekat Allah. Dia doa apa? Dia doa, 'Ya Allah, moga harini ramai yang nak beli tauhu hamba. Moga-moga, semua tauhu hamba-Mu ini habis dijual.'
Macamtulah dia setiap hari, sebelum berangkat dia berdoa dulu dan waktu petang biasanya dagangan di memang habis dijual."
Larmina tekun mendengar cerita bondanya.
"Tapi ada satu hari tu, masa dia berjalan melalui sawah nak pergi jalan raya, tiba-tiba dia terjatuh ke dalam sawah. Habis semua tauhu jatuh ke sawah tu, hancur dan berselerak. Disebabkan itu dia bukan tak dapat untung je tapi dia pun kerugian modal yang dia dah keluarkan," kata bonda. Buat seketika dia menarik nafas.
"Kesiannya dia..." ucap Larmina. Wajahnya cukup menjadi reaksi akan kisah yang diceritakan bonda.
"Dia mengeluh kepada Allah, bahkan "menyalahkan" Tuhan, kenapa dia diberi ujian sebegini sekali? Padahal dia kan selalu berdoa dan solat setiap pagi. Akhir sekali, dia pun balik dan tak jadi berniaga hari tu," sambung bonda.
"Lepas tu apa jadi, bonda?" Larmina menyoal bondanya dengan penuh minat sambil membetulkan duduk.
"Tapi dua jam lepastu dia ada terdengar berita, bas yang dia selalu naik pagi tu jatuh dalam gaung. Semua penumpangnya tu terkorban!
Dia je satu-satunya penumpang yang selamat, semua disebabkan tauhu dia yang jatuh ke sawah. Sampaikan dia tak dapat nak berniaga hari tu dan dia pun bawa balik semua tauhu-tauhu dia yang dah rosak.
Waktu sebelah petang, ada seorang penternak itik yang cari dia dan nak beli tauhu untuk makanan itik.
Tapi yang peliknya penternak itik tu dia nak cari tauhu yang rosak ataupun hancur sebab tu nak dicampurkan dengan makanan itik je. Peniaga tadi tu pun menangis sebab tauhu dia yang rosak tu semua nak dibeli oleh si penternak itik tu..."
"Alhamdulillah..." ucap Larmina.
"Pengajaran dari cerita ni, doa tu tak semestinya dikabulkan sesuai dengan permintaan kita. Tapi kadang-kadang benda tu Allah akan ganti dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada apa yang kita minta."
Bonda menghela nafas panjang seketika sebelum menyambung,
"Allah tu Maha Pemurah. Bukan itu saja, Allah tu pun Maha Mengetahui keperluan kita dibandingkan diri kita sendiri. Sebab tu kita ni jangan jemu nak berdoa dan jangan sesekali mengeluh... apatah lagi mengutuk." Selengkung senyuman terlakar pada wajah bonda.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah SWT Maha mengetahui, sedang manusia tidak mengetahui," tambahnya lagi.
"Kalau Allah SWT menjawab doa kita, tu maksudnya Allah tengah tambahkan iman kita. Tapi kalau Allah tunda, tu maksudnya Allah tengah tambahkan kesabaran dalam diri kita. Kalau Allah tak jawab doa-doa kita, Allah tengah mempersiapkan yang terbaik untuk diri kita," Bonda menamatkan percakapannya.
"Mina dapat sesuatu tak?" soal bonda kembali.
Larmina mengangguk laju. "Dapat!"
"Alhamdulillah, moga harini dan hari-hari akan datang kita selalu dalam lindungan dan kasih sayang Allah SWT." ucap bonda.
"Aamiin ya Rabbal 'Alamin." Mereka serentak mengaminkan doa.
"Dah. Sekarang... jom kita sambung kerja," ajak bonda lalu bingkas bangun menuju kembali ke ladang.
"Hehe jom!" balas Mina dengan girang. Mereka menyambung semula kerja mengutip epal.
Sungguh, Larmina benar-benar terpesona terhadap bonda yang sentiasa ada kata-kata hikmah untuk dinukilkan. Bonda juga pernah menasihati Larmina dulu, "Jangan sesekali berhenti mendengar nasihat kerana hati akan buta apabila kehilangan nasihat."
.
.
.
PETANG diwarnai dengan suasana redup. Matahari masih lagi kelihatan memancarkan sinarnya. Namun tidaklah terik. Bahang panas matahari tidak terasa menyelubungi seluruh pekan.
Angin petang bertiup lemah-gemalai. Rasa nyaman dan dingin jelas terasa. Bila angin menyusup masuk bersama suaranya yang bergemersik.
Nyanyian suara angin yang mendayu-dayu sungguh mengusik perasaan pabila didengar. Jiwa yang sunyi jadi terhibur.
Demikianlah indahnya desa permai yang tercinta. Memang tidak dapat dinafikan. Antara kota dan desa mempunyai jurang yang amat dalam. Umpama langit dan bumi.
Kota dipenuhi dengan bangunan-bangunan tinggi yang mencakar awan. Menjadi lambang kepesatan pembangunan.
Kesesakan lalu-lintas sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan yang harus dilalui penghuni di kota.
Berbanding dengan di desa, penuh dengan ketenangan dan kedamaian.
***
Larmina dan bonda duduk di atas batu bata yang tersusun di tepi kedai. Setelah penat mengerah kudrat, kini tiba masanya untuk mereka berhenti berehat seketika.
"Miau~" suara halus kucing jelas kedengaran. Larmina tercari-cari punca suara. Dia melilau sekeliling apabila melihat seorang anak kucing sedang merenungnya dari bawah.
"Miau~"
"Eh! Bonda, tengok ni. Ada anak kucinglah," ujar Larmina. Matanya memandang sekilas wajah bonda.
"Allahuakhbar, kesiannya anak kucing ni. Kurus sangat badannya. Mina tunggu sini kejap boleh? Bonda nak beli makanan kucing dekat kedai Uncle Duman," kata bonda sebelum berlalu pergi masuk ke kedai dan tidak lama kemudian, membawa makanan kucing yang dibelinya dan sedikit barang keperluan dapur.
Sejurus bonda meletakkan makanan kucing di dalam pinggan yang ada di situ, anak kucing tadi sudah pun berlari merapatinya.
"Kesiannya dia, mesti anak kucing ni orang buang. Awak lapar, ye? Nah nah, makan makan. Awak makan banyak-banyak tau," ujar Larmina sambil membelai lembut bulu si bulus.
Anak kucing yang sedang berselera makan makanan kucing itu diperhatikan bonda. Ralit dia memerhati gelagat si kucing itu sehingga suatu pengertian timbul di benaknya.
Manusia memberi makanan kepada binatang bermacam-macam cara.
Adakalanya disuapkan ke dalam mulutnya.
Adakalanya dilonggokkan di satu tempat.
Adakalanya diletakkan di sebuah bekas.
Adakalanya dilemparkan ke mukanya.
Adakalanya dilemparkan dan ditabur merata-rata.
Pada haiwan itu tidak berasa apa-apa, apa yang mereka rasa... suka mendapat makanan. Mereka tidak rasa apa-apa bagaimana cara dia diberikan makanan.
Begitulah Allah memberi rezeki kepada manusia dengan bermacam-macam cara. Ada secara bersih, ada secara kotor, ada secara separuh bersih dan ada secara separuh kotor, ada secara terhormat, ada secara terhina, ada secara rahmat dan ada secara istidraj.
Tapi kebanyakkan manusia tidak sedar, kecuali golongan yang sedikit, yang mata hati terbuka.
Terdapat pelbagai jenis rezeki daripada Allah; antaranya ialah rezeki yang telah dijamin, rezeki kerana usaha, rezeki kerana bersyukur, rezeki tak terduga, rezeki kerana istighfar, rezeki kerana menikah, rezeki kerana anak dan rezeki kerana sedekah.
Walau apapun rezeki itu, sama ada besar atau kecil nilainya, cukup mahupun tidak... hanya satu kata kunci kepada rezeki.
Ucapan Alhamdulillah, bersyukur akan setiap nikmat-Nya.
Sabar, syukur, ikhlas.
Itulah rahsia kebahagiaan.
"Hari dah lewat petang ni. Mina, jom balik. Mesti kakak dalam perjalanan balik dari sekolah tu," ujar bonda.
Larmina mengangguk tanda mengerti. "Okey miau. Nanti kita jumpa lagi tau! Awak duduk sini baik-baik, okey? Babai!" ujar Larmina.
Dia terus mendukung anak kucing tersebut. Dahi kucing itu dikucup dengan bibirnya.
Matahari yang tadinya cerah lalu bertukar warna. Seperti buah pinang masak. Larmina dan bondanya bingkas bangun dan berjalan pulang ke rumah. Setelah agak jauh dari situ, bayangan mereka sudah tidak kelihatan.
[Bersambung >> FREEDOM - 03]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com