Truyen2U.Net quay lại rồi đây! Các bạn truy cập Truyen2U.Com. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

08

بِسْـــــــــــــــمِ اللّٰه الرَّحْمَنِ الرَّحِيـــم

PAGI itu cuaca cerah sahaja. Di kaki langit bola matahari kian meninggi dari arah ufuk timur. Sinarnya memancar seluruh alam perkampungan Malverick.

Tompok awan putih dan biru kelihatan amat jelas sekali. Kicauan unggas riang bersahut- sahutan memecah kesunyian.

Di luar sawah padi dan pepohon pokok mengangguk-angguk perlahan ditiup pawana.

Larmina mengatur langkah perlahan-lahan menuju ke ruang tamu yang menempatkan bonda. Dulang yang berisi cawan air suam dan semangkuk bubur nasi dibawanya dari dapur.

Sebelum ini Larmina pernah diajar bonda untuk membuat bubur nasi meskipun ianya tidaklah sesedap mana kerana hanya menggunakan bahan-bahan asas seperti beras, air dan garam.

Perlahan-lahan dia meletakkannya di atas tikar mengkuang di sebelah tilam nipis bonda. Asap nipis yang keluar daripada bubur nasi yang masih lagi panas itu kelihatan teroleng-oleng naik ke atas lalu menghilang.

Melihat bonda yang masih lena tidur membuatkan dia berasa tidak sampai hati untuk mengejutkan bonda. Larmina selalu melihat perut bonda saat bonda tertidur, bagi memastikan bahawa bonda masih bernafas.

'Kesian bonda. Disebabkan ayah, bonda terpaksa tanggung derita. Kenapa ayah sanggup buat bonda macamni? Ayah tak kesiankan bonda langsung ke?' cetus Larmina di dalam hati. Kejadian kelmarin terpapar dalam laut fikiran.

"Eh, Mina?" Mata bundar bonda mengerjap beberapa kali. Baru terjaga dari lena.

"Assalamualaikum, bonda." Larmina menghulurkan tangan dan menundukkan wajah.

"Waalaikumussalam," jawab bonda lalu sebuah kucupan diterima Larmina pada dahinya sebelum mereka saling berpelukan buat seketika.

"Bonda, Mina ada masakkan bubur nasi untuk bonda. Bonda makan tau." ucap Larmina.

"Bonda tak ada selera nak makan," balas bonda sebaliknya. Batuk tiba-tiba datang menyinggah, dan suaranya memenuhi setiap pelosok rumah kayu usang itu.

"Bonda, bonda kena makan juga. Kalau tak nanti badan bonda akan lemah lemah, sakit sakit. Mina tak naklah si ratu hati Mina ni sakit," pujuk Larmina bernada lembut.

Bonda hanya melepaskan keluhan kecil tanpa berkata apa-apa.

"Em Mina minta maaf sebab tak mampu nak masakkan makanan yang sedap-sedap untuk bonda," tuturnya bernada kesal.

"Takpelah, sayang. Mina masak bubur nasi dengan penuh kasih sayang itupun dah sedap. Tapi macam mana  bonda nak makan kalau puteri kecil bonda ni pun belum alas perut lagi," soal bonda sambil tangannya mengelus lembut pipi Larmina.

"Tak apa bonda, Mina tak lapar. Jom, Mina suapkan bonda makan. Kalau Mina yang suapkan mesti sedap kan?" pujuk Larmina lagi.

Bonda tersenyum mendengar pujukan Larmina. Dia tahu Larmina seorang anak yang baik. Larmina begitu menghormati dan begitu taat kepadanya.

"Pandai anak bonda ni memujuk ye," ujar bonda sehingga membuatkan dua anak beranak itu tertawa kecil.

Larmina menyuakan sudu itu kepada bonda. Dirinya yang masih kecil itu bersungguh untuk melihat bonda kembali sihat seperti sedia kala.

Sejak bonda mula sakit, hari-hari yang dilaluinya tanpa sapaan manja dan gurauan mesra daripada bonda membuatkan harinya begitu suram.

Bonda tersenyum mesra sebelum mulutnya dibuka. Dengan laju sudu yang berisi bubur nasi meluncur masuk ke dalam mulut bonda.

"Ha, sedap tak? Mesti sedapkan Mina yang suap? Bonda nak lagi?" Larmina menyudukan lagi bubur nasi di dalam mangkuk lalu menyuapkannya kepada bonda.

"Alhamdulillah, sedapnya Mina masak." Bonda mengusap pipi Larmina.

Larmina terus menyuapkan bonda sehinggalah suapan kali yang kelima, bonda menggeleng kepala. "Terima kasih sayang tapi, bonda dah kenyang."

Larmina meletakkan sudu di dalam mangkuk lalu dia meletakkannya dengan penuh berhati-hati di sebelah tilam nipis bonda.

Walaupun jauh di sudut hati, dia masih mahu bonda menghabiskan bubur nasi itu tetapi dia tetap akur dengan permintaan bondanya.

Air suam yang berada di sebelah mangkuk bubur nasi tadi dihulurkan kepada bonda.

"Bonda, kejap tau." Larmina bingkas bangun lalu menuju ke dalam biliknya untuk mengambil sesuatu.

Tidak lama kemudian, dia kembali ke ruang tamu semula.

"Nah," kata Larmina sambil menghulurkan sesuatu kepada bonda.

"Ha, apa ni Mina?" soal bonda sambil menyambut huluran tersebut.

"Eh, dari mana Mina dapat duit ni?" tanya bonda lagi, hairan.

Throwback!

Larmina's P.O.V

Mendengar bunyi pertengkaran ayah dengan bonda memecahkan lamunan aku.

Aku bingkas bangun lalu mengintai dari celah pintu bilik ini.

Pertanyaan Kak Alma aku abaikan. Bukannya dia peduli sangat pada bonda. Kakak lebih menyebelahi ayahnya walaupun dia tahu sifat ayahnya bagaimana.

Namun, Kak Alma tetap menyertai aku untuk mengintai bersama.

Huh, perangai ayah masih sama.
Tidak habis-habis meminta duit dari bonda.

Nafkah anak dan isterinya sendiri tidak dia penuhi. Dia lebih mementingkan kepuasan dirinya sendiri dengan bermain judi dan menghabiskan duit untuk membeli cerut.

Kadang-kadang apabila ayah menang judi dia akan memberikan wang kemenangannya kepada bonda, namun bonda tidak menerima duit dari sumber yang haram itu.

Bonda tahu, dan sentiasa menasihatkan aku bahawa sumber haram tidak boleh dijadikan darah daging.

Mendengar kata-kata ayah yang menghina Kak Alma membuatkanku tersentak.

Aku pandang wajah Kak Alma, lalu mataku dilirikkan ke arah tangannya. Kak Alma menggenggam penumbuk sambil menahan tangis.

Aku faham, mesti Kak Alma sebak. Ayah kandungnya sendiri tidak peduli akan dirinya.

Aku memandang dengan sejemput kehampaan yang terlihat di air wajah bonda. Aku menjadi lemah, melihat bonda yang menunduk sambil ditemani tangisan.

Aku yakin, ayah ke bilik bonda mengambil duit.

Mendengarkan kata-kata bonda tentang duit belanja kakak dan perbelajaan rumah, memutuskan aku untuk pergi ke bilik bonda.

Aku masih ingat di mana bonda menyimpan duitnya, lalu aku cuba mengambil duit yang terletak di celahan baju yang dilipat dalam gerobok.

Aku menyelitkan duit itu ke dalam sakuku. Meskipun duit yang aku ambil ini tidak seberapa banyak nilainya, tapi rasanya duit ini cukup untuk perbelanjaan beberapa hari.

PAM!

Pintu yang dihempas kuat memeranjatkanku. Terhinjut bahuku akibat hempasan itu.

Urgh. Kakiku agak sakit ditolak ayah sehingga terjatuh. Terus, aku masuk ke dalam bilik setelah disuruh bonda.

Aku menjadi saksi kekejaman ayah terhadap bonda. Dan itu permulaan derita hidupku, sebagai pembuka cerita.

"Mina janji, bonda. Kalau ayah buat lagi macamni, Mina rela mati demi mempertahankan bonda," janji aku kepada bonda.

'Walaupun Mina terpaksa korbankan nyawa Mina.'

Ayah... syaitan bertopengkan manusia!

Aku terpaksa menjerit dalam kekosongan. Jeritan tanpa suara yang hanya boleh didengari olehku sahaja.

Lantaran jeritan hati aku, mataku mula berkaca. Hatiku teramat pedih. Ada titisan air jernih mengalir dari kelopak mataku.

Aku tidak berupaya membebaskan perasaan itu daripada belenggu hatiku bagaikan sengsara yang terantai pada tangkai hatiku.

Aku cuba meronta-ronta, meronta-ronta dalam gelap jiwaku yang terikat oleh derita. Entah bila akan berakhir, aku sendiri kurang pasti.

P.O.V - END

End throwback!

"Mungkin duit ni tak banyak mana bonda tapi sekurang-kurangnya mampu tampung perbelanjaan dekat rumah ni untuk beberapa hari," tutur Larmina sambil meletakkan duit itu ke dalam genggaman tangan bonda.

Bonda menahan sebak. Berasa tersentuh di pedalaman hatinya.

"Nah bonda," hulur Larmina setelah mengeluarkan lagi duit dari sakunya.

"Ini duit apa pula Mina?" soal bonda.

"Ni duit upah yang bonda bagi Mina selama ni. Bonda gunalah duit ni sebagai duit saku Kak Alma pergi sekolah nanti," jelas Larmina. Dia benar-benar mahu membantu meringankan beban bondanya.

Keharuan kembali mengisi dada.

"Ya Allah terima kasih, sayang. Bonda nak minta tolong Mina sikit, boleh?"

"Boleh bonda. Bonda nak minta tolong apatu?"

"Mina tolong ambilkan kotak baldu merah dekat dalam almari bonda, bawa ke sini. Bonda ada letak dekat dalam laci almari dalam bilik tu."

"Okey bonda, kejap ya Mina pergi ambilkan."

Larmina bingkas bangun dan masuk ke dalam bilik. Laci almari itu dibuka dan terlihatlah sebuah kotak baldu berwarna merah.

"Okey, jumpa pun!" Larmina menutup semula laci itu dan kembali ke arah bonda. Kotak baldu itu bertukar tangan.

Bonda membuka loket tersebut. Matanya berkaca tatkala kenangan mengusik jiwa terpapar dalam ingatannya yang masih segar. Bayang-bayang kesedihan dan kepiluan masih tercalit di wajahnya.

Larmina merenung bonda dengan seribu perasaan yang sendiri tidak mengerti. Tangan Larmina diraih bonda lalu rantai loket diletakkan di atas telapak tangannya.

"Jaga baik-baik tau Mina? Jangan bagi kat sesiapa. Hidup Mina susah macam mana sekalipun, bonda tetap nak Mina jaga rantai loket ni. Ini... satu-satunya kenangan yang bonda ada. Rantai ni arwah abah yang bagi kepada bonda. Janji dengan bonda, boleh?" tutur bonda dengan sebak.

"Andai suatu hari nanti pun bonda dah tak ada, Mina jadikanlah rantai loket ni sebagai pengubat rindu. Walaupun kami tak ada dekat sini, asalkan kami sentiasa ada di hati Mina."

Bonda meletakkan tangan kecil Larmina di dada gadis kecil itu. Mata wanita separuh usia itu berlinangan air mata, sedaya upaya untuk mengawal perasaannya.

"Bonda..." Larmina lantas memeluk bonda erat.

"Mina janji, Mina akan jaga rantai ni baik-baik. Mina janji, bonda," ikrar Larmina.

"Okey kalau macamtu, nanti Mina simpanlah dulu rantai ni dekat mana-mana. Jangan bagi Kak Alma nampak, bonda takut dia akan terasa hati nanti," pesan bonda.

Bukan dia tidak tahu, Alma agak berjauh hati dengannya kerana melebihkan Larmina dari diri gadis remaja itu.

Namun, itu semua bukanlah sama seperti apa yang difikirkan Alma.

Bonda tidak pernah pilih kasih dan melebihkan sesiapa. Bagi bonda, anak kandung dan anak tiri sama sahaja. Tetap bonda sayang sepenuh hati.

Namun sejak peristiwa kelmarin itu Alma agak sedikit berubah. Pada waktu malam dia yang menjaga bonda.

"Baik bonda," angguk Larmina.

"Kaki bonda rasa macam mana, makin baikke?" soalnya.

"Uhm masih rasa sakit tapi tak apalah, biasa je ni, nanti eloklah tu," nafi bonda sambil mengukir senyum nipis.

Namun senyumannya tidak dapat menutup mendung yang menyeliputi wajahnya.

"Takpe, biar Mina tolong picitkan kaki bonda tau," kata Larmina sambil mengambil posisi dan mengurut kaki bonda menggunakan minyak urut herba buatan neneknya, Seimah.

[Bersambung >> FREEDOM - 09]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Com